perkembangan kecerdasan

19
PERKEMBANGAN KECERDASAN

Upload: shaznie-hasran

Post on 22-Jan-2017

152 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan kecerdasan

PERKEMBANGANKECERDASAN

Page 2: Perkembangan kecerdasan

PENGENALAN Menurut kamus dewan,kecerdasan bermaksud kesempurnaanakal (untuk berfikir,memahami, dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan).

kecerdasan juga keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat, dan kreativiti yang tinggi, bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya.

Individu yang didefinisikan seorang yang pintar sebenarnyamempunyai tahap kecerdasan (IQ) melebihi 120 yang mampu membuatkan mereka mudah memahami sesuatu perkara.

Istilah “kecerdasan” mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton dan beliau percaya bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat keturunan.

Page 3: Perkembangan kecerdasan

Cantell (1971) melihat kecerdasan sebagai komposit atau kombinasi ciri-ciri manusia termasuk melihat keupayaan melihat hubungan yang kompleks, iaitu kesemua proses yang melibatkan pemikiran yang abstrak, kebolehan menyelesaikan masalah dan kebolehan mempelajari keupayaan yang baru.

Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antropologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia.

Beliau telah memperkenalkan Sembilan jenis kecerdasan yang terdapat pada seseorang individu.Menurut Gardner lagi, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. 

Page 4: Perkembangan kecerdasan
Page 5: Perkembangan kecerdasan
Page 6: Perkembangan kecerdasan

ALAT MENGUKUR KECERDASAN

James McKeen Cattell (1860-1944) Mental Test Membentuk idea dengan pengujian terhadap kecerdasan

Alfred Binet (1857-1911) Orang pertama menggunakan ujian kecerdasan

Binet-Simon Scales (1905) Mengenalpasti kanak-kanak dibahagikan kelas-kelas khusus mengikut

pencapaian akademik Mencipta serangkaian ujian dengan kemampuan yang lebih kompleks

Page 7: Perkembangan kecerdasan

Stanford-Binet Intelligence Scales Membezakan budak-budak yang lemah mental dengan

cerdas mental Ujian ini lebih kepada kanak-kanak

Charles Edward Spearman (1863-1945) General Intelligence. Kecerdasan mempunyai satu faktor umum yang sama

iaitu kecerdasan umum (g-general intelligence) Mendapat satu dapatan dipanggil sebagai terdapat

korelasi ujian yang dijalankan terhadap individu

Page 8: Perkembangan kecerdasan

Louis Thurstone (1887-1955) Primary Mental Abilities Menggunakan analisis faktor untuk menentukan

kedudukan kecerdasan Terdapat tujuh jenis keupayaan seperti

menggambarkan ruang, ingatan, mempersepsi, bahasa, penaakulan, mengira dan perkataan

David Wachsler (1896-1981) Ujian kecerdasan Wechsler Mencetak ujian kecerdasan untuk orang dewasa yang

dikenali sebagai (WAIS) dan kanak-kanak dikenali sebagai (WASC)

Page 9: Perkembangan kecerdasan

FAKTOR MEMPENGARUHI KECERDASAN

FAKTOR GENETIK Faktor warisan atau keturunan yang di warisi daripada

ibu bapa kandung. Kajian dilakukan dengan membandingkan tahap

kecerdasan anak angkat dengan tahap kecerdasan ibu bapa kandung.

Hasil mendapati masih mempunyai tahap skor IQ yang hampir sama dengan ibu bapa kandung.

Kajian lain adalah keatas anak kembar yang berkongsi gen yang sama walaupun dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza.

Hasilnya masih mempunyai tahap IQ yang hampir sama.

Page 10: Perkembangan kecerdasan

FAKTOR PERSEKITARAN Menstabilkan lagi skor kecerdasan yang diwarisi. Faktor taraf sosioekonomi keluarga – anak – anak

yang berasal daripada taraf ekonomi rendah apabila tinggal dengan keluarga yang taraf ekonomi tinggi akan meningkatkan lagi skor IQ.

Faktor pendidikan – di sekolah anak – anak mula membaca, mengeja dan menulis. Peranan guru dan rakan – rakan sangat penting. Kecedasan dapat dilihat apabila mendapat skor yang tinggi dalam peperiksaan.

Faktor persekitaran rumah atau keluarga – ibu bapa sebagai model dan beperanan meningkatkan kecerdasan anak – anak.

Page 11: Perkembangan kecerdasan

Kajian dilakukan keatas anak angkat yang dibesarkan dalam keluarga angkat dimana kesemua dibesarkan dalam persekitaran yang sama.

Hasil didapati walaupun anak angkat tersebut tidak mempunyai hubungan biologi tetapi masih mempunyai tahap IQ yang sama.

Bagi melihat faktor mempengaruhi kecerdasan 2 teknik yang telah digunakan iaitu kajian keatas anak kembar dan anak angkat.

Ringkasnya genetik bukan faktor tunggal dalam membangunkan kecerdasan.

Page 12: Perkembangan kecerdasan

IQ SEBAGAI PERAMALPencapaian akademik Melalui ujian kecerdasan (IQ) Dapat melanjutkan pengajian yang lebih tinggi

selepas institusi sekolah

Bidang pekerjaan Merupakan pencapaian terbaik kepada orang dewasa Membentuk personaliti Kepentingan kecerdasan praktikal

Penyesuaian Psikologikal Memperbaiki diri atau mengubah tingkah laku

Page 13: Perkembangan kecerdasan

KECERDASAN VS KREATIVITI Kajian awal banyak menunjukkan bahawa kreativiti adalah sangat berkait

rapat dengan kecerdasan.

Definisi kreativiti itu bergantung kepada segi penekannya iaitu kreativiti boleh didefinisikan dalam empat jenis dimensi iaitu “Four P’s Creativity” iaitu Person, Proses, Press dan Product.

Kajian yang dilihat paling memberi kesan dalam menunjukkan bahawa kreativiti adalah sebahagian daripada komponen kecerdasan adalah kajian Guilford (1967), yang mencadangkan satu model kecerdasan multidimensional yang komprehensif dan merangkumi lebih daripada 120 kebolehan.

Gardner menggariskan beberapa jenis kecerdasan yang berkaitan dengan kreativiti, termasuk kecerdasan muzik, kecerdasan ruang dan kecerdasan emosi.

Page 14: Perkembangan kecerdasan

Menurut Sternberg and O’hara (2000),terdapat lima cara dimana kreativiti dan kecerdasan itu mungkin saling berkait iaitu :

Teori yang mengkonsepkan kreativiti sebagai sebahagian daripada kecerdasan Teori yang mengkonsepkan kecerdasan sebahagian daripada kreativiti Teori yang mengkonsepkan kecerdasan dan kreativiti sebagai konstruk yang

sama Teori yang mengkonsepkan kreativiti dan kecerdasan sebagai konstruk yang

tidak berkaitan Teori yang mengkonsepkan kreativiti dan kecerdasan sebagai konstruk yang

berkaitan 

Page 15: Perkembangan kecerdasan

JURNAL KECERDASAN Dapatan kajian oleh pendidik seperti Armstrong (2000),Berman (1998), Campbell et al. (1996),Jasmine (1996) dan Lazear (1991) menunjukkan aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pendidikan berkeupayaan menyumbang kepada kejayaan pembelajaran pelajar di sekolah.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Johari Bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd Idrus (2011).Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai dikalangan kanak kanak prasekolah dapat dikenalpasti dengan majoriti kanak-kanak mempunyai kecerdasan muzikal yang tinggi.Purata peratus bagi kecerdasan muzikal ini ialah 91.7%.

Page 16: Perkembangan kecerdasan

Bowling (1998) dalam kajiannya mengenai SQ telah menguji lapan kecerdasan pelbagai (multiple intelligences) yang diperkenalkan oleh Gardner (1984,1993) iaitu logik-matematik, linguistik, muzik, gerak badan, interpersonal, intrapersonal ruang dan keadaan semula jadi. Kajian beliau mendapati kriteria Gardner (1984, 1993) dapat membantu memahami kewujudan kecerdasan spiritual. Melalui kajian Siti Nurul Mahfuzah dan Mohd Azran (2010) ke atas pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan pembelajaran Teknologi Maklumat dalam ujian pos selepas pengajaran menggunakan perisian interaktif berasaskan Kecerdasan Pelbagai.Pelajar-pelajar didapati seronok belajar menggunakan perisian yang dibangunkan serta mampu merangsang kemahiran dan ilmu pelajar berbanding pengajaran tradisional.

Page 17: Perkembangan kecerdasan

KESIMPULAN Teori kecerdasan pelbagai amat penting dan perlu diaplikasikan dengan sebaiknya kerana

kebijaksanaan mengaplikasi daripada teori ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan individu yang berkebolehan serta mampu memberi faedah kepada semua pihak.

Selain itu,teori kepelbagaian kecerdasan ini mampu mengubah dan mengatasi kelemahan dan kekurangan sistem pendidikan yang sedia ada.Menurut pandangan Horward Gardner, beliau sentiasa percaya bahawa kekuatan perspektif teori kecerdasan pelbagai adalah dalam teori dan praktikal.

Tambahan lagi,teori kecerdasan dapat dijadikan petunjuk kepada potensi pelajar, menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajaran mereka, membangun bidang akademik dan kokurikulum serta mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah dan sebagainya.

Page 18: Perkembangan kecerdasan

Selain itu,faktor kecerdasan bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor genetik tetapi juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran.Hal ini dilihat apabila dua-dua faktor dilihat memainkan peranan penting dalam perkembangan kecerdasan seseorang individu.

Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner juga merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan.

Selain itu, teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan pelajar untuk mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan kepentingan.Maka, semua pelajar akan akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk membangunkan diri mereka.  

Page 19: Perkembangan kecerdasan

SEKIAN TERIMA KASIH