7.0 latihan aspek perundangan perniagaan 2.doc

4
BAB 7. ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN (LATIHAN PENGUKUHAN) 7.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK 1. Takrifkan Akta Kontrak 1950. [2] 2. Jelaskan maksud setiap elemen kontrak berikut; i. tawaran ii. penerimaan iii. balasan i!. niat !. ketentuan dan !i. keupa"aan; (kes13U) [#] $. %uraikan elemen kontrak tawaran den&an meru'uk kepada kes (reston )orp *dn +,d l eon& / rs 19 23 24 J22. (13u) [ ] . Teran&kan dua 'enis s"arat kontrak tersirat dan tersurat3 [ ] 5. Teran&kan istila, kontrak berikut; i. kontrak sa, ii. kontrak tidak sa, iii.kontrak batal i !.pelepasan kontrak !. remedi; [5] 7.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG #. Takrifkan Akta Jualan +aran&6baran& 1957 dari aspek implikasin"a kepada urusa baran&. (13u) [2] 7. Jelaskan dua klasifikasi baran&6baran& menurut *eks"en # Akta Jualan +aran&6bar (13) [#] . Teran&kan maksud kontrak 'ualan. [2] 9. +e8akan antara s"arat6s"arat tersurat dan tersirat "an& terdapat dalam Akta Jual [ ] 10. Teran&kan elemen6elemen "an& perlu ada dalam sesuatu kontrak 'ualan waranti, k daripada kesulitan, boleh guna, dan mutu3. (13,) [5] 11. Teran&kan dua waranti tersirat kontrak 'ualan baran&. (13u) [ ] 1. Ali Abu dan Arnina, merupakan rakan karib. Ali tela, per&i ke sebua, pasar ra"a dan mendap di atas rak la"an diri pasar ra"a tersebut. +eliau men&ambil sebua, mesin pen&isar bua,bua,an d troli. *ewaktu tiba di kaunter pemba"aran pen'a&a kaunter men"atakan ba,awa mesin itu bukan un untuk dipamerkan sa,a'a. Ali tidak berpuas ,ati kerana beliau mendakwa perbuatan meletakkan bar merupakan tawaran ole, pi,ak pasar ra"a dan beliau tela, membuat penerimaan sewaktu meletakkan bua,an itu di atas kaunter pemba"aran. Abu pula tela, membuat tawaran kepada rakan baikn"a im untuk men'ual sebua, motosikal antik mi 000. Tawaran itu terbuka selama satu bulan bermula dari tarik, tawaran itu dibuat. *elepas dua persetu'uann"a untuk membeli motosikal antik kepun"aan Abu. *edan&kan Abu baru sa,a'a men'ual m kepada oran& lain kerana men&an&&ap im tidak berminat den&an tawaran tersebut. irn mendakwa Ab motosikal tersebut kepadan"a. Amina, bersetu'u untuk membeli sebua, basikal daripada sepupun"a Ani den&an ,ar&a 4$00. :amu 4$00 itu akan diba"ar ole, bapa Amina,. Ani mendakwa balasan itu mestila, datin& men'adikan per'an'ian itu sa,. :asi,atkan keti&a6ti&a pi,ak di atas. [15] 1

Upload: veritinus-santiong

Post on 06-Oct-2015

144 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Varrie

BAB 7. ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN (LATIHAN PENGUKUHAN)

7.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK

1. Takrifkan Akta Kontrak 1950.[2]

2. Jelaskan maksud setiap elemen kontrak berikut;

i. tawaran

ii. penerimaan,

iii. balasan,

iv. niat,

v. ketentuan, dan

vi. keupayaan; (kes13U)[6]

3. Huraikan elemen kontrak tawaran dengan merujuk kepada kes Preston Corp Sdn Bhd lwn. Edward Leong & Ors (1982) 2MLJ22. (13u)[4]

4. Terangkan dua jenis syarat kontrak(tersirat, dan tersurat) [4]

5. Terangkan istilah kontrak berikut;

i. kontrak sah,

ii. kontrak tidak sah, iii. kontrak batal, iv. pelepasan kontrak, v. remedi;[5]

7.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

6. Takrifkan Akta Jualan Barang-barang 1957 dari aspek implikasinya kepada urusan jual beli barang-barang. (13u)[2]

7. Jelaskan dua klasifikasi barang-barang menurut Seksyen 6 Akta Jualan Barang-barang 1957. (13)[6]

8. Terangkan maksud kontrak jualan.[2]

9. Bezakan antara syarat-syarat tersurat dan tersirat yang terdapat dalam Akta Jualan Barang-barang 1957.[4]

10. Terangkan elemen-elemen yang perlu ada dalam sesuatu kontrak jualan (waranti, keterangan, bebas daripada kesulitan, boleh guna, dan mutu). (13,)[5]

11. Terangkan dua waranti tersirat kontrak jualan barang. (13u)[4]

1. Ali, Abu, dan Arninah merupakan rakan karib. Ali telah pergi ke sebuah pasar raya dan mendapati banyak barang diletakkan di atas rak layan diri pasar raya tersebut. Beliau mengambil sebuah mesin pengisar buahbuahan dan memasukkannya ke dalam troli. Sewaktu tiba di kaunter pembayaran, penjaga kaunter menyatakan bahawa mesin itu bukan untuk dijual sebaliknya hanya untuk dipamerkan sahaja. Ali tidak berpuas hati kerana beliau mendakwa perbuatan meletakkan barang di atas rak pameran merupakan tawaran oleh pihak pasar raya dan beliau telah membuat penerimaan sewaktu meletakkan mesin pengisar buah-buahan itu di atas kaunter pembayaran.

Abu pula telah membuat tawaran kepada rakan baiknya Lim untuk menjual sebuah motosikal antik miliknya dengan harga RM20 000. Tawaran itu terbuka selama satu bulan bermula dari tarikh tawaran itu dibuat. Selepas dua bulan berlalu, Lim menyatakan persetujuannya untuk membeli motosikal antik kepunyaan Abu. Sedangkan Abu baru sahaja menjual motosikal antik tersebut kepada orang lain kerana menganggap Lim tidak berminat dengan tawaran tersebut. Lirn mendakwa Abu sepatutnya menjual motosikal tersebut kepadanya.

Aminah bersetuju untuk membeli sebuah basikal daripada sepupunya, Ani dengan harga RM300. Namun, balasan berjurnlah RM300 itu akan dibayar oleh bapa Aminah. Ani mendakwa balasan itu mestilah dating daripada Aminah sendiri untuk menjadikan perjanjian itu sah.

Nasihatkan ketiga-tiga pihak di atas. [15]

2. Zainal telah membuat tawaran untuk menjual kereta yang berjenama BMW miliknya kepada Ah Long dengan harga RM250 000. Sebelum sempatAh Long membuat penerimaan terhadap tawaran tersebut, Zainal meoinggal dunia akibat serangan sakit jantung. Ah Long tahu tentang kematian Zainal. Namun Ah Long ingin membuat penerirnaan ke atas tawaran tersebut, sedangkan isteri Zainal mendakwa tawaran yang dibuat oleh Zainal berakhir dengan sendirinya setelah kematian Zainal.

Dua bulan sebelum kematiannya, Zainal telah membuat perjanjian secara bertulis untuk menyerahkan sebidang tanah yang bernilai RM100 000 yang terletak di Sungai Petani kepada Zairiah, anak perempuannya tanpa sebarang balasan. Proses pindah milik tanah tersebut telah dibuat di Pejabat Tanah dengan sah. Kini, anak lelakinya Zaini mengatakan bahawa perjanjian itu tidak sah kerana tidak wujud sebarang unsur balasan daripada Zairiah kepada Zainal.

Zaini pula telah memaksa Zairiah untuk menandatangani satu kontrak pinjaman wang yang berjurnlah RM500 000 yang akan digunakan oleh Zaini untuk melabur dalam satu perniagaan. Zaini telah mengancamuntuk mencederakan ibu mereka jika Zairiah tidak mahu menandatangani kontrak tersebut. Pinjaman tersebuttelah diluluskan, namun wang tersebut belum diserahkan. Zairiah kini ingin membatalkan kontrak tersebut kerana Zaini telah ditangkap oleh pihak polis atas kesalahan berkaitan dengan dadah.

Nasihatkan pihak-pihak yang berkaitan. [15]

3. Thee Rung telah membuat tawaran melalui pos untuk menjual rumahnya yang terletak di No 21, Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor kepada Ben Dee dengan harga RM350 000. Masa yang diberikan kepada Ben Dee untuk membuat penerimaan adalah selarna sebulan dari tarikh tawaran tersebut. Ben Dee telah mengkomunikasikan penerimaan ke atas tawaran tersebut secara pos dengan mengepos surat penerimaan di Pejabat Pos Petaling Jaya sehari selepas beliau menerima surat yang menyatakan cadangan tersebut. Sebelum sempat surat penerimaan itu sarnpai kepada Thee Rung, Thee Rung telah membuat tawaran yang sarna kepada adiknya Thee Pang. Ben Dee amat tidak berpuas hati dengan tindakan Thee Rung atas alas an komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang apabila penerimaannya telah dalarn perjalanan pengiriman kepadanya.

Thee Rung telah berjanji kepada Thee Bee, anak perempuannya yang sedang menuntut di universiti untuk memberikan wang perbelanjaan kepadanya berjurnlah RM500 setiap bulan. Narnun, disebabkan masalah kewangan yang dibadapi oleh Thee Rung, beliau hanya dapat memberikan wang berjumlah RM300 kepada Thee Bee sejak tiga bulan belakangan ini. Thee Bee mendakwa ayahnya Thee Rung telah melanggar perjanjian antara mereka.

Setahun kemudian, Thee Rung jatuh sakit dan tidak berupaya lagi untuk menguruskan diri sendiri. Kehidupan beliau bergantung sepenuhnya pada Thee Bee. Thee Bee telah berjaya mempengaruhi Thee Rung untuk menandatangani satu perjanjian untuk menyerahkan hak milik sebuah rumah kepada Thee Bee. Thee Rung yang telah pun sihat kini ingin membatalkan perjanjian tersebut.

Selesaikan permasalahan di atas. [15]

4. Chia telah memasuki beberapa perjanjian dengan pelbagai pihak untuk membeli barangan tertentu seperti yang ditunjukkan dalarn jadual di bawah ini.

Masalah yang dibadapi oleh Chia:

(a) Ah Li Sdn. Bhd. ingin membatalkan kontrak atas alasan pokok getah yang belum ditebang bukanlah dalam kategori barang bagi kontrak jualan barang.

(b) Set andarnan pengantin yang diserahkan oleh Alia Kosmetik tidak secocok dengan perihal yang dinyatakan dalarn katalog.

(c) Kereta BMW yang diserahkan oleh Maju Car Sales Sdn. Bhd. mempunyai beban cukai berjurnlah RM3 000 yang belum dijelaskan.

Nasihatkan Chia berkenaan dengan permasalahan di atas. [15]

5. Kiah, Peah, dan Juju merupakan tiga sahabat baik sejak di bangku sekolah. Mereka memerlukan nasihat anda berkenaan dengan perkara yang berikut:

(a) Kiah telah berjanji untuk membeli sebuah mesin jahit yang selalu digunakan oleh Ah Boon dengan harga RM3 000. Namun, apabila tiba hari yang dijanjikan, Kiah mendapat maklumat bahawa sebenarnya hak milik mesin jahit tersebut masih pada ibu Ah Boon. Kiah enggan meneruskan kontrak dan mendakwa bahawa Ah Boon tiada hak untuk melepaskan barangan tersebut sewaktu proses jualan.

(b) Peah telah membeli sebuah motosikal daripada Aida, teman serumahnya dengan harga RM2 000. Memandangkan Aida masih menyimpan kunci pendua rnotosikal tersebut, beliau sering menggunakannya sewaktu Peah tiada di rumah dan menyebabkan berlakunya beberapa kerosakan pada motosikal tersebut. Perkara ini tidak disenangi oleh Peah dan beliau rnendakwa bahawa beliau berhak untuk menggunakan motosikal tersebut dengan amannya.

(c) Juju pula telah menyatakan kepada Ah Seng bahawa beliau ingin membeli sebuah mesin pengisar ketulan ais bagi menjalankan perniagaan "ice blended". Ah Seng mencadangkan beliau untuk membeli sebuah mesin untuk tujuan berkenaan dengan harga RM500. Namun mesin tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menghancurkan ketulan ais. Hal ini disebabkan mesin tersebut hanya berfungsi menghancurkan bahan yang lebih lembut. Juju mendakwaAh Seng telah melanggar syarat tersirat bahawa barang mestilah bersesuaian dengan tujuan yang dikehendaki.

Selesaikan permasalahan di atas. [15)

1