7.0 garis panduan rekabentuk bandar

31
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN 7 - 1 7.0 GARIS PANDUAN REKABENTUK BANDAR Garis panduan rekabentuk bandar akan meliputi aspek-aspek seperti:- i. Program Bandar Selamat ii. Rekabentuk Bandar Selamat iii. Rekabentuk Bangunan Khusus Perniagaan iv. Rekabentuk Bangungna Khusus Institusi v. Rekabentuk Bangunan Khusus Kawasan Pemeliharaan/ Warisan vi. Rekabentuk Perumahan Selamat 7.1 PROGRAM BANDAR SELAMAT Program Bandar Selamat yang boleh dilaksanakan menerusi rekabentuk bandar serta aspek pengurusan dan perancangan telah menggariskan 3 strategi yang mengandungi 23 langkah-langkah pencegahan. 7.1.1 Strategi 1: Merekabentuk Persekitaran Fizikal i. Pengasingan laluan/ lorong pejalan kaki daripada jalan bermotor dengan penanaman landskap dan pembinaan rel penghadang sebagai pemisah; Foto 7.1: Penanaman Landskap Sebagai Pemisah Antara Laluan Pejalan Kaki Dengan Jalan Bermotor Foto 7.2: Pembinaan Rel Penghadang ii. Penyediaan ‘bollard’ yang memainkan peranan ‘semi private’ untuk orang ramai, terutamanya pejalan kaki; Foto 7.3: Rekabentuk ‘Bollard’ Juga Dapat Membentuk Imej Kawasan iii. Mengawal/ menyelenggara penanaman landskap di laluan pejalan kaki supaya tidak mewujudkan kawasan semak, berlindung yang membawa kepada berlakunya isu jenayah; iv. Penyelidikan pencegahan jenayah dengan mendalami dan menguatkuasa garis panduan berkaitan seperti ‘Garis Panduan Pencahayaan’ serta ‘Garis Panduan Pencegahan Jenayah Melalui Rekabentuk Persekitaran’; v. Perkongsian maklumat jenayah melalui GIS Based Mapping; dan vi. Penyemakan Garis Panduan Susunatur Perumahan.

Upload: others

Post on 22-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 1

7.0 GARIS PANDUAN REKABENTUK BANDAR Garis panduan rekabentuk bandar akan meliputi aspek-aspek seperti:- i. Program Bandar Selamat ii. Rekabentuk Bandar Selamat iii. Rekabentuk Bangunan Khusus Perniagaan iv. Rekabentuk Bangungna Khusus Institusi v. Rekabentuk Bangunan Khusus Kawasan Pemeliharaan/ Warisan vi. Rekabentuk Perumahan Selamat 7.1 PROGRAM BANDAR SELAMAT

Program Bandar Selamat yang boleh dilaksanakan menerusi rekabentuk bandar serta aspek pengurusan dan perancangan telah menggariskan 3 strategi yang mengandungi 23 langkah-langkah pencegahan. 7.1.1 Strategi 1: Merekabentuk Persekitaran Fizikal

i. Pengasingan laluan/ lorong pejalan kaki daripada jalan bermotor

dengan penanaman landskap dan pembinaan rel penghadang sebagai pemisah;

Foto 7.1: Penanaman Landskap Sebagai Pemisah Antara Laluan Pejalan Kaki

Dengan Jalan Bermotor

Foto 7.2: Pembinaan Rel Penghadang

ii. Penyediaan ‘bollard’ yang

memainkan peranan ‘semi private’ untuk orang ramai, terutamanya pejalan kaki;

Foto 7.3: Rekabentuk ‘Bollard’ Juga Dapat Membentuk Imej Kawasan

iii. Mengawal/ menyelenggara penanaman landskap di laluan

pejalan kaki supaya tidak mewujudkan kawasan semak, berlindung yang membawa kepada berlakunya isu jenayah;

iv. Penyelidikan pencegahan jenayah dengan mendalami dan

menguatkuasa garis panduan berkaitan seperti ‘Garis Panduan Pencahayaan’ serta ‘Garis Panduan Pencegahan Jenayah Melalui Rekabentuk Persekitaran’;

v. Perkongsian maklumat jenayah melalui GIS Based Mapping; dan

vi. Penyemakan Garis Panduan Susunatur Perumahan.

Page 2: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 2

7.1.2 Strategi 2: Memperkasakan Kawasan Sasaran i. Menyediakan

pondok polis di kawasan yang telah dikenalpasti sebagai nodus bandar dan/atau kawasan sasaran jenayah;

Foto 7.4: Penyediaan Pondok Polis Bagi Meningkatkan Aspek Keselamatan Awam Di Nodus Bandar

ii. Menyediakan papan tanda peringatan jenayah yang mengandungi peringatan dan nombor telefon untuk mendapat pertolongan semasa kecemasan;

Foto 7.5: Contoh Papan Tanda Peringatan Jenayah

iii. Memasang cermin keselamatan di beberapa lokasi kejadian curi

ragut dan jenayah kecurian seperti di lorong-lorong yang terlindung;

iv. Pemasangan Penggera Keselamatan ’Safety Alarm’ yang mudah

dilihat dan digunakan; v. Membersihkan/menyelenggarakan kawasan semak dan terlindung

seperti laluan pejalan kaki dalam kawasan perumahan dan komersil;

vi. Rekabentuk kemudahan tempat letak motosikal yang berteduh, mempunyai kemudahan mengunci motosikal dan dilengkapi dengan lampu;

vii. Sudut bangunan yang membentuk ‘termination point’, selari

dengan axis yang dibentuk, mempunyai ‘sense of enclosure’ dan ruang terlindung, perlu dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV);

viii. Rekabentuk lampu dan pencahayaan pada waktu malam dibuat

dengan menarik dan mencukupi di semua premis perniagaan; ix. Rekabentuk jejantas tidak harus menghalang pandangan awam.

Rekabentuk jenis ‘intricate ornate design’ atau bumbung condong hingga menghalang pandangan adalah tidak dibenarkan;

x. Memasang lampu jenis terang di sekitar lokasi-lokasi pasar malam; xi. Susunan meja dan kerusi makan bagi tujuan komersil tidak

dibenarkan di atas laluan pejalan kaki dan kaki lima;

Foto 7.6 : Pemasangan Lampu Jalan/Halaman Rumah Yang Menerangkan Kawasan Persekitaran Akan Mencegah Berlakunya

Jenayah

Page 3: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 3

xii. Menjanakan pelbagai aktiviti perniagaan, dengan syarat tidak menghalang kelancaran lalu lintas atau menimbulkan isu lalu lintas; dan

xiii. Penawaran perkhidmatan pengawal keselamatan swasta,

terutamanya di kawasan/taman perumahan baharu sebagai langkah pencegahan jenayah.

7.1.3 Strategi 3: Kegiatan Sosial/Kemasyarakatan Dan Pendidikan Kesedaran Awam i. Mempergiatkan pendidikan mengenai perilaku/kelakuan individu

semasa berada di luar rumah/ pejabat, khususnya kepada kaum wanita;

ii. Meningkatkan rondaan dan penyertaan komuniti di kawasan-

kawasan perumahan yang mengalami kadar kes jenayah yang tinggi;

iii. Pemasangan lampu di depan, tepi dan belakang rumah bagi

memudahkan pengawasan dan menghindarkan kegiatan pecah rumah, terutamanya kawasan/ taman perumahan yang kerap berlaku jenayah pecah rumah; dan

iv. Menggalakkan penyertaan komuniti dalam penyediaan risalah

tentang status jenayah dan keperluan keselamatan di kawasan komuniti masing-masing.

7.2 GARIS PANDUAN REKABENTUK BANDAR 7.2.1 Pintu Masuk i. Rekabentuk elemen ketibaan di pintu-pintu masuk utama bandar,

perlu direkabentuk mengikut karakter yang unik bagi kawasan yang terlibat. Di samping itu, rekabentuk elemen ketibaan di pintu masuk daerah, juga diberi perhatian untuk membezakan antara sempadan daerah. Elemen ketibaan yang disediakan boleh

dirancangkan di dalam bentuk pintu gerbang, papan tanda bandar/ arca/ penataan landskap yang menarik; dan

Rajah 7.1: Pintu Masuk Hendaklah Jelas Dan Rekabentuknya Perlu Unik

Dan Mampu Menunjukkan Sempadan Daerah Bandar Dengan Jelas

Disamping Bertindak Mengalu-Alukan Kedatangan Orang Ramai Dan

Kawasan Peletakan Batu Tanda Juga Perlulah Kemas Dan Indah

Foto 7.7: Penataan Pintu Masuk Semasa (Melawati)

Kurang Memberi Kesan Terhadap Kewujudannya

ii. Papan petunjuk arah, pelan lokasi dan laluan pejalan kaki perlu

disediakan di kiri dan kanan jalan utama/ jalan protokol mengikut kesesuaian peletakan.

7.2.2 Laluan Kenderaan Dan Tempat Letak Kenderaan (TLK) i. Penyeragaman landskap yang bermula di setiap lokasi pintu

masuk yang dikenalpasti perlu dibuat untuk memberi kesan yang berlainan dan unik bagi setiap pusat bandar/ pusat tempatan yang berkenaan, selaras dengan ciri-ciri setempat;

Page 4: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 4

ii. Laluan di zon perniagaan, perlu mempunyai corak dan jenis turapan yang berbeza dengan turapan jalan utama;

iii. Laluan di zon perniagaan perlu dilengkapi dengan pokok-pokok

teduhan yang mempunyai penyelenggaraan minimum;

iv. Laluan di zon perumahan perlu menitikberatkan keselamatan kepada penduduk dalam kawasan kejiranan berkenaan;

v. Tempat letak kenderaan dalam kawasan perumahan hendaklah

untuk penduduk setempat, dengan tambahan kegunaan pengunjung mengikut kadar pemilikan kereta seunit kediaman;

vi. Tempat letak kenderaan yang disediakan harus disertakan

elemen-elemen/ ruang landskap yang berukuran 2.5 meter (X) 2.5 meter, untuk keselesaan pemandu dengan fungsinya sebagai peneduh; dan

vii. Penyediaan tempat letak kenderaan pinggir jalan turut berfungsi

sebagai pemisah antara laluan pejalan kaki dan jalan bermotor.

Rajah 7.2: Tempat Letak Kenderaan Pinggir Jalan Bertindak

Memisahkan Antara Laluan Pejalan Kaki Dan Jalan Bermotor

Rajah 7.3: Penyediaan Ruang Landskap

Yang Bertindak Sebagai Peneduh Di Tempat Letak Kenderaan

7.2.3 Laluan Pejalan Kaki i. Laluan pejalan kaki perlu diutamakan dalam zon perniagaan dan

zon institusi/kemudahan masyarakat. Konsep pengoptimuman ruang antara bangunan amat ditekankan bagi mewujudkan kesinambungan pejalan kaki;

ii. Laluan pejalan kaki zon ini tidak dibenarkan terputus dan

mempunyai aras yang sama serta mempunyai ciri-ciri mesra golongan kurang upaya (OKU);

iii. Laluan pejalan kaki perlu dilengkapi dengan perabot jalan, papan

tanda, arah jalan yang menggunakan rekabentuk ‘kontemporari’ atau tropika.

Rajah 7.4: Laluan Pejalan Kaki Yang Dilengkapi Dengan Pokok Teduhan

Dan Penghadang Mewujudkan Keadaan Yang Selesa Dan Selamat

Kepada Pejalan Kaki

Rajah 7.5: Contoh Ilustrasi Laluan Pejalan Kaki Yang Searas Dan Mesra

Kepada Golongan OKU

Page 5: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 5

7.2.4 Papan Tanda, Peletakan Alat Penghawa Dingin i. Perletakan alat penghawa dingin tidak dibenarkan di hadapan

bangunan; ii. Sebarang pendawaian elektrik tidak dibenarkan melintangi mana-

mana bahagian fasad bangunan secara terbuka;

iii. Papan tanda bagi bangunan perniagaan dikawal dan tidak menutup fasad bangunan;

iv. Papan tanda bagi rumah kedai digalakkan menggunakan tulisan

yang berbentuk ‘formal’, mudah dan jelas;

v. Ruang yang dikhususkan untuk pemasangan papan iklan perlu mempunyai saiz panjang dan lebar serta ketebalan yang seragam antara setiap lot;

vi. Lokasi pemasangan papan iklan hendaklah sebaris dengan unit

bersebelahan dan juga unit di atas dan bawah (secara ’vertikal’ dan ’horizontal’);

Foto 7.8: Penyediaan Ruang Papan Iklan Yang Seragam Secara Tidak

Langsung Mengekalkan Estetik, Tanpa Menjejaskan Karakter

Bangunan

vii. Paparan papan iklan haruslah mengambil kira aspek keselamatan

awam dari segi perletakan mengikut syarat kelulusan PBT dan ruang kelegaan, iaitu 5 meter dari aras jalan mengikut pematuhan Jabatan Bomba. (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, Sek. 37(3));

Rajah 7.6: Rekabentuk Papan Iklan Hendaklah Tidak Menutupi Fasad

Bangunan Dan Sesuai Dengan Saiz Dan Bentuk Bangunan

Rajah 7.7: Penggunaan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Utama

Di Atas Papan Iklan

Foto 7.9: Contoh Papan Tanda Yang Jelas, Tidak Menutup Fasad Bangunan

Dan Dirancang Dalam Rekabentuk Bangunan Perniagaan

Rajah 7.8: Kepanjangan Dan Kelebaran Ruang Papan Iklan

Harus Sama Dan Seragam Pada Setiap Unit Premis

viii. Kedudukan papan tanda dan perletakannya perlu dirancang

dalam peringkat rekabentuk bangunan berkenaan. ‘Typology’ papan tanda (papan iklan) di tunjuk dan dalan Rajah 7.9 dan garis panduan serta penjelasannya di tunjukkan pada Jadual 7.1, Jadual 7.2 dan Jadual 7.3.

Page 6: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 6

Rajah 7.9: ‘Typology’ Papan Tanda (Papan Iklan) Jadual 7.1: Papan Tanda Yang Dibenarkan

Papan Tanda Di Kawasan Siar Kaki A Papan tanda di dinding pintu pagar B Papan tanda di dinding adang C Papan tanda di pintu pagar masuk D Papan tanda berbentuk menegak atau mendatar E Papan tanda berbentuk ikon F Papan tanda bertiang G Papan tanda karusel H Papan tanda berbentuk payung I Papan tanda informasi J Papan tanda pada perabot jalan K Pengiklanan di turapan laluan pejalan kaki Papan Tanda Di Bangunan L Papan tanda pada dinding bangunan M Papan tanda pada garislangit bangunan N Papan tanda pada kanopi dan 'awning' O Papan tanda di ambang pintu P Papan tanda di tingkap Q Papan tanda yang bergerak dan bertukar-tukar

R Papan tanda berlampu, bercahaya dan berkelipan E Papan tanda ikon S Papan tanda berbentuk 'panel' atau 'mural' T Papan tanda berbentuk tirai atau 'shutter' beroda Papan Tanda Yang Didirikan Untuk Sementara U Papan tanda bagi tujuan pesta/perayaan V Sepanduk W Bendera hiasan X Papan tanda 'inflatable' Y Papan tanda pembinaan Z Lain-lain papan tanda

Jadual 7.2: Papan Tanda Yang Tidak Dibenarkan

Papan Tanda Yang Tidak Dibenarkan AA Papan tanda 'A-Frame' BB Papan tanda di atas bumbung CC Papan tanda di ‘column’ bangunan DD Papan tanda yang terunjur dari fasad bangunan EE Papan tanda yang tidak ada permit

Page 7: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 7

Jadual 7.3: Garis Panduan Dan Jenis Papan Tanda

KATEGORI PAPAN TANDA

KEPERLUAN GARIS PANDUAN

Papan tanda boleh dipasang, dilukis, dicat atau dicap pada dinding pintu masuk pagar. Hanya dibenarkan pada bahagian depan dinding pagar sahaja. Permit pengiklanan diperlukan.

Litupan maksima dibenarkan hanya 20% dari jumlah keseluruhan permukaan dinding pintu pagar

A

Papan tanda boleh dipasang atau dicat pada dinding adang. Bagi papan tanda sementara, pengiklanan, poster, tanda amaran dan lain-lain boleh dibuat hanya pada papan adang di kawasan pembinaan. Rekabentuk papan adang perlu mendapat kelulusan dan permit pengiklanan dari PBT.

Litupan maksima dibenarkan hanya 5% dari keluasan dinding adang bagi setiap jarak 1 meter

B

Papan tanda boleh dipasang, dilukis, dicat atau dicap pada pintu masuk. Rekabentuk papan tanda perlu mengambil kira rangka pintu masuk.

C

Permit pengiklanan diperlukan.

Litupan maksima hanya 80% sahaja dibenarkan di permukaan pintu pagar masuk

Rekabentuk yang ‘fleksibel’ dari segi rupa dan bentuk tetapi perlu mengikut ukuran yang ditetapkan Permit pengiklanan diperlukan.

Ukuran bagi Stesen Minyak – 5.2m (X) 1.42m dan lain-lain papan tanda tidak boleh melebihi ukuran 3.5m (X) 1.075m

D

Papan tanda berbentuk arca atau model objek yang berskala lebih besar dari yang asal. Peletakan sebagai sebahagian dari perabot jalan di laluan pejalan kaki atau rekabentuk digabungkan dengan fasad bangunan.

E

Permit pengiklanan diperlukan.

-

Bersambung…

A : Papan Tanda Di Dinding Pintu Pagar

B : Papan Tanda Di Dinding Adang

C: Papan Tanda Pintu Pagar Masuk

D : Papan Tanda Berbentuk Mendatar/ Menegak

E : Papan Tanda Berbentuk Ikon

Page 8: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 8

Jadual 7.3: Garis Panduan Dan Jenis Papan Tanda (sambungan)

KATEGORI PAPAN TANDA

KEPERLUAN GARIS PANDUAN

Didirikan pada tiang di dalam perkarangan bangunan. Permit pengiklanan diperlukan.

Saiz maksima yang dibenarkan hanya meliputi 10% daripada saiz fasad bangunan bersebelahan

F

‘A free standing structure’ dengan paparan iklan bergerak. Permit pengiklanan diperlukan.

- G

Papan tanda, iklan dan pesanan, yang dicap di atas payung.

H

Permit pengiklanan diperlukan.

Litupan maksima yang dibenarkan hanya 20% dari keluasan kanopi.

Papan tanda informasi adalah termasuk papan tanda pemberitahuan, penerangan, amaran, arahan, papan tanda undang-undang dan sebagainya. Diletakkan pada struktur yang kekal atau dipasang pada pagar.

I

Permit pengiklanan tidak diperlukan.

Ketinggian maksima yang dibenarkan adalah 2.0 meter

Papan tanda yang dipasang, dicap atau diukir pada dinding utama di pintu masuk bangunan. Papan tanda yang melebihi keluasan maksima perlu mendapat kelulusan dari PBT terlebih dahulu.

Keluasan maksima adalah 1m (X) 1m dan jarak min dari aras tanah ialah 1.2 m

L

Bersambung…

H : Papan Tanda Berbentuk Payung

F : Papan Tanda Bertiang

G : Papan Tanda Karusel L : Papan Tanda Pada Dinding

Bangunan

Page 9: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 9

Jadual 7.3: Garis Panduan Dan Jenis Papan Tanda (sambungan)

KATEGORI PAPAN TANDA

KEPERLUAN GARIS PANDUAN

Papan tanda yang dipasang, dicap atau diukir pada tingkat bangunan teratas di bawah dinding parapet.

Permit pengiklanan diperlukan.

Litupan maksima adalah 80% daripada permukaan, tetapi sekiranya rekabentuk fasad bangunan telah mengambil kira perletakan papan tanda litupan boleh mencecah 10%.

M

Papan tanda yang dipasang, dicap, pada kanopi, ‘awning’ bangunan. Permit pengiklanan diperlukan.

Liputan maksima adalah 50% dari permukaan dan ketinggian minima hendaklah 3m dari paras tanah

N

Papan tanda yang dipasang di ambang pintu, pintu masuk utama ke bangunan atau tingkap peraga. Permit pengiklanan diperlukan.

- O

Papan tanda yang dipasang atau diperagakan pada tingkap bangunan. Papan tanda tidak boleh terunjur dari tingkap. Permit pengiklanan diperlukan.

Litupan maksima yang dibenarkan hanya 20% dari keseluruhan permukaan tingkap

P

Papan tanda yang memaparkan grafik elektronik yang berupaya bergerak secara menyeluruh atau sebahagian sahaja atau pertukaran maklumat secara elektronik (VMS). Permit pengiklanan diperlukan.

-

Q

Bersambung…

Q : Papan Tanda Yang Bergerak-Gerak & Bertukar-Tukar.

M : Papan Tanda Pada Garisan Langit Bangunan

N : Papan Tanda Pada Kanopi, ’Awning’

P : Papan Tanda Di Tingkap

O : Papan Tanda Di Ambang Pintu

Page 10: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 10

Jadual 7.3: Garis Panduan Dan Jenis Papan Tanda (sambungan) KATEGORI

PAPAN TANDA

KEPERLUAN GARIS PANDUAN

Papan tanda (atau sebahagian dari papan tanda) yang berlampu, bercahaya dan berklipan. Permit pengiklanan diperlukan.

- R

Papan tanda yang dipasang atau dicat di atas dinding sebagai papan iklan atau lukisan. Permit pengiklanan diperlukan.

Litupan maksima yang dibenarkan hanya 10% dari jumlah keseluruhan permukaan fasad bangunan

S

T

Paparan pada tirai atau penutup beroda yang berbentuk iklan.

Litupan maksima yang dibenarkan adalah 80% dari keseluruhan kawasan tirai atau ‘shutter’ beroda.

Permit pengiklanan diperlukan.

Paparan di atas tiang yang diletakkan di sepanjang laluan pejalan kaki di dalam perkarangan bangunan. Lambang penganjur boleh digabungkan dengan papan tanda perayaan, tetapi litupannya tidak boleh melebihi 20% dari keseluruhan papan tanda. Permit pengiklanan diperlukan

U

Papan tanda sepanduk adalah untuk tempoh sementara bagi tujuan promosi atau perayaan, ia juga boleh di buat dengan cara ‘inflatable’, di atas kanvas atau kain. Papan tanda tidak boleh menghalang atau melindungi mana-mana tingkap, pintu atau ‘features’ senibina bangunan. Permit pengiklanan diperlukan.

V

S : Papan Tanda Berbentuk Panel Dan ‘Mural’

U : Papan Tanda Bagi Tujuan Pesta /Perayaan

V : Sepanduk

R : Papan Tanda Berlampu Cahaya Dan Berkelipan

T : Papan Tanda Berbentuk Tirai Dan ’Shutter’ Beroda

Bersambung…

Page 11: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 11

Jadual 7.3: Garis Panduan Dan Jenis Papan Tanda (sambungan)

KATEGORI PAPAN TANDA

KEPERLUAN GARIS PANDUAN

Papan tanda ini bertujuan untuk sementara sahaja bagi tujuan promosi atau perayaan yang dipasang sebaris, dari bangunan ke tanah, dalam lingkungan sempadan hartanah. Papan tanda ini tidak boleh menghalang pemandangan dan pergerakan pejalan kaki dan kenderaan. Permit pengiklanan diperlukan.

Litupan maksima yang dibenarkan hanya 10% dari jumlah keseluruhan permukaan fasad bangunan

W

Paparan yang dicat atau dicap di atas belon, atau mana-mana bentuk benda yang ‘inflatable’, yang diikat dari bumbung atau dinding yang paling tinggi pada bangunan. Permit pengiklanan diperlukan.

X

Struktur papan tanda yang mengandungi maklumat mengenai projek pembinaan termasuk pakar runding dan kontraktor yang terlibat. Hanya dibenarkan di tapak pembinaan. Permit pengiklanan di perlukan.

-

Y

Sebarang iklan dan struktur papan tanda, selain dari yang telah dijelaskan di atas di dalam ‘typology’.

Z

Permit papan tanda diperlukan.

-

AA Papan tanda mudah alih dan kebiasaannya diletakkan di kaki lima atau laluan pejalan kaki. -

BB Papan tanda yang didirikan di atas atau melepasi paras bumbung bangunan. -

CC Papan tanda yang dipasang atau dicat pada ‘column’ bangunan. -

DD Papan tanda yang dipasangkan pada dinding, ’column’ atau mana-mana bahagian bangunan dan terunjur keluar lebih dari 0.3 m dari struktur tersebut.

-

EE Papan tanda yang dipasang, dicap atau diukir di atas harta awam seperti tiang lampu, bangku, lampu isyarat, pokok dan sebagainya.

-

X : Papan Tanda ‘Inflatable’

W :Bendera hiasan

Y : Papan Tanda Pembinaan

Page 12: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 12

ix. Penentuan jarak bagi perletakan papan iklan ‘unipole’ dan ‘billboard’ secara umumnya ialah 1.0km bagi jalan pengagih utama yang menghubungkan antara bandar dan 0.5km bagi jalan pengagih utama di dalam bandar. Walau bagaimanapun penentuan jarak antara papan iklan ini berhubungkait dengan saiz jalan dan hadlaju. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.4

Jadual 7.4: Penentuan Jarak Antara Papan Iklan (‘unipole’ Dan ‘billboard’)

Mengikut Hierarki Jalan

PENENTUAN JARAK HIERARKI JALAN JALAN SAIZ

JALAN HAD LAJU ANTARA

BANDAR DALAM

BANDAR Pengangih daerah (60 kmj)

Jalan Pengumpul 20m (66’) 60 0.6 km 0.3km

Jalan (Kelajuan 40-50)

Jalan Tempatan

15m (50’) 12m (40’) 10m (33’)

40 0.40km 0.2km

a. Jalan Raya Antara Bandar Jarak antara papan iklan (’Unipole’ dan ’Billboard’) berpandukan hierarki jalan dan hadlaju

1 km

152m500’

610m2000’

Lingkungan Jarak Pembacaan yang selesa

Huruf besaiz 60”(Rujuk carta ‘letter visibility’)

48’

14’

Huruf besaiz 60” (mak) dimuatkan di dalam Papan Iklan bersaiz 14’ X 48’

Papan Iklan

Huruf besaiz 12”(Rujuk carta ‘letter visibility’)

Dengan kelajuan 100km/j hanya 22 saat sahaja masa untuk kelegaan melihat dan hanya 3 saat

digunakan untuk melihat papan iklan. (maksimum papan iklan yang boleh dilihat

adalah 3)

Pengiraan100km = 1 jam100,000m = 3600 saat610m = (610 X 3,600)/100,000

= 22 saat

b. Jalan Raya Utama Dalam Bandar Jarak antara papan iklan (Unipole dan Billboard) berpandukan hierarki jalan dan hadlaju

c. Jarak Antara Papan Iklan ’Unipole’ Dan ’Billboard’) Dengan Papan

Tanda Lalu lintas (Jalan Raya/ Lebuh Raya Dalam/Antara Bandar) Berpandukan Hierarki Jalan Dan Had Laju

Pengiraan 1 3 saat minimum diperlukan untuk melihat papan iklan oleh itu jarak sesuai diantara papan tanda lalu lintas dan papan iklan pada jarak jalan hadlaju 100km/j ialah 1 jam = 100km 3600 saat = 100,000 m 3 saat = (3 X 100,000)/ 3600 = 83 m Oleh itu jarak 100m adalah wajar bagi penentuan peletakan di antara papan tanda dan papan iklan

Pengiraan 2 Jarak Pandangan (rujuk Rajah Had Pandangan) Jarak pandangan minimum di perlukan adalah 51m oleh itu jarak 100m adalah jarak kelegaan yang sesuai bagi penentuan antara dua papan tanda dan papan iklan

Page 13: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 13

• Analisa Saiz ‘Unipole’ (MELINTANG) : Melihat Kepada Aspek Rekabentuk Bandar - ‘Proportion’

Ketinggian Unipole adalah bergantung kepada saiznya. Oleh itu jika saiz papan iklan 60’X20’ maka ketinggian papan iklan adalah sesuai berada di dalam lingkungan setinggi 60’

Cadangan ukuran 60’ X20’ adalah

mengikut pembahagian yang seimbang

• Analisa Saiz ‘Unipole’ (MENEGAK) - Melihat Kepada Aspek Rekabentuk Bandar - ‘Proportion’

Dengan mengunakan grid 20 X 20 penentuan ketinggian papan iklan dapat dibuat sekiranya papan iklan tersebut diletakan secara menegak. Ketinggian yang sesuai masih lagi pada tahap 60’ tetapi saiz papan iklan di kurangkan kepada saiz 40’ X 20’ supaya ianya berada dalam lingkungan yang selesa .

• Had Ketinggian

Penentuan Ketinggian Papan Iklan adalan berdasarkan kepada faktor ‘proportion’ dengan persekitaran. Melihat ketinggian rumah 2 tingkat ketinggian 30 kaki adalah bersesuaian ianya juga adalah selaras dengan jarak pembacaan yang memberi impak maksimum • Jadual Perkaitan Antara Saiz Papan Iklan Dan Ketinggian Untuk

‘Unipole’ Jadual menunjukkan perkaitan saiz papan iklan dan ketinggian, perbezaan sebanyak 15% dibenarkan bagi memberi kelenturan di dalam rekabentuk papan iklan

SAIZ PAPAN IKLAN

(MELINTANG)

SAIZ PAPAN IKLAN

(MENEGAK)

KETINGGIAN

10’ X 30’ 10’ X 20’ 30’

11’ X 33’ 11’ X 22’ 33’

13‘ X 39’ 13’ X 26’ 39’

15’ X 45’ 15’ X 30’ 45’

20’ X 60’ 20’ X 40’ 60’

Page 14: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 14

d. Peletakan Papan Iklan (Pinggir Jalan) • Bertentangan Dengan Jalan Raya / Lebuhraya Antara Dan Dalam

Bandar

• Simpang Tiga • Simpang Empat

• Sejajar Dengan Jalan Raya / Lebuhraya Antara Bandar

• Sejajar Dengan Jalan Raya / Lebuhraya Dalam Bandar

Kawasan ‘view termination point’ perlu diberi keutamaan dengan perletakan ‘public art’, elemen air dan sebagainya. Hanya papan iklan yang dapat memberi ciri ini dibenarkan di dalam kawasan ini.

Page 15: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 15

7.2.5 Rekabentuk Bangunan Di Dalam Pusat Bandar i. Rekabentuk bangunan mesti mencerminkan atau mempunyai ciri-

ciri identiti dan imej yang ditetapkan; ii. Rekabentuk bangunan baharu mesti mengambil kira bangunan

bersebelahan dan persekitaran bagi mewujudkan kesinambungan dan keharmonian di antara bangunan. Rekabentuk haruslah ‘sympathetic’ terhadap pembangunan sedia ada di lot bersebelahan dan perlu mengambil kira ciri-ciri fizikal dan sosio-budaya setempat;

Foto 7.10: Kepentingan Sudut Bangunan Hendaklah Diberikan Dan

Rekabentuknya Perlulah Melengkapi ‘Complement’ Antara Satu Dengan Yang Lain

iii. Rekabentuk bangunan perlu mengambil kira keperluan golongan

kurang upaya dan golongan cacat (OKU);

Foto 7.11: Penyediaan Keperlauan OKU Hendaklah Berterusan Dan Mempunyai Rangkaian Yang Lengkap

iv. Rekabentuk bangunan di persimpangan atau bangunan-

bangunan penting seperti bangunan institusi utama mestilah mempunyai ‘strong sense of character and identity’. Rekabentuk moden yang keterlaluan tidak digalakkan dan bentuk bangunan seperti kotak perlu dielakkan;

v. Bangunan baharu hendaklah dibina dan direkabentuk agar tidak

menghalang pemandangan dari bangunan sedia ada ke sekitar kawasan, terutama ke kawasan jalan utama, kawasan lapang, sungai dan kawasan hutan;

Foto 7.12: Pembangunan Baharu Di Melawati Yang

Telah Memberi Keutamaan Terhadap Pandangan Ke Arah

Kawasan Sekitar

Page 16: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 16

vi. Bangunan baharu hendaklah mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang akan memperbaiki pemandangan sekitar sedia ada atau menyumbang kepada pemandangan baharu yang lebih menarik; dan

vii. Bangunan baharu perlulah dibina dengan mengambil kira keadaan

sekeliling dan rekabentuk bangunan sedia ada dan menitikberatkan aspek visual dan fungsinya dengan kawasan dan bangunan sekitar.

7.2.6 Rekabentuk Fasad i. Rekabentuk fasad hendaklah menarik berdasarkan konsep seni bina

yang berkaitan dengan sejarah dan budaya tempatan; dan

Foto 7.13: Perincian

Rekabentuk Dan Gaya Senibina Memberi Imej

Kepada Kawasan Ini - Melawati

Foto 7.14: Bangunan Yang Mempunyai Potensi Warisan – Pekan Ampang

Foto 7.15: Bangunan Kedai-Pejabat - Pandan Indah

ii. Peralatan tambahan seperti penghawa dingin tidak dibenarkan di

bahagian hadapan fasad bangunan.

Foto 7.16: Susunan Penghawa Dingin Di Luar Bangunan Sedikit Sebanyak Mencacatkan Keadaan Fasad Bangunan Yang Menarik

Foto 7.17: Tempat Penghawa

Dingin Perlu Direkabentuk Dan

Menjadi Sebahagian Dari Penataan Fasad

Bangunan

7.2.7 Mercu Tanda Dan Aktiviti Awam Luar Bangunan i. Pemilihan arca sebagai mercu tanda perlu mempunyai ciri-ciri

artistik dan mudah dirujuk oleh pengunjung bandar;

Foto 7.18: Pintu Masuk Sebagai Pengenalan Kepada Kawasan

Perniagaan

Foto 7.19: Ruang-Ruang Bandar Perlu

Digunakan Secara

Optimum

Page 17: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 17

ii. Aktiviti bersifat ‘café terbuka’ dan menggunakan secara optimum ruang-ruang dalam bandar; dan

iii. Rekabentuk aktiviti ini perlu bersifat kekal dengan senibina

‘kontemporari’ atau tempatan. 7.2.8 Skala Bangunan

i. Bangunan baharu hendaklah direkabentuk supaya seimbang dan sensitif dengan pembangunan sekitar dari segi ketinggian saiz dan rekabentuk;

ii. Projek pembangunan hendaklah menitikberatkan rekabentuk

yang seimbang dan bersesuaian dengan saiz di antara bangunan-bangunan dan kawasan lapang sekitar; dan

iii. Rekabentuk bangunan hendaklah menyumbang kepada

perubahan bentuk dan saiz di antara bangunan besar dengan bangunan lebih kecil di sekitar kawasan tersebut atau dengan kawasan pembangunan yang bekepadatan lebih rendah.

7.2.9 Anjakan Bangunan i. Kriteria-kriteria yang diambil kira dalam menentukan anjakan:-

• Jarak keselamatan • Ruang udara • ‘Natural lighting’ • Keselesaan

ii. Anjakan pada tingkat bawah (atau/dan pada aras yang memerlukan penyambungan koridor) untuk tujuan penyediaan laluan pejalan kaki bersambungan dari bangunan bersebelahan perlu disediakan sekurang-kurangnya 3 meter (10 kaki).

7.2.10 Nisbah Plot i. Pembangunan tanah kosong khususnya pada lot-lot yang

keluasannya kurang 1 ekar dan dibina secara komprehensif insentif 10 % tambahan nisbah plot dengan syarat menyediakan landskap sepenuhnya;

ii. Peratus tambahan nisbah plot, jika menyediakan kemudahan

seperti berikut:- • Plaza pejalan kaki • Laluan pejalan kaki berlandskap • Tangga bergerak di dalam atau di luar bangunan untuk kegunaan

awam • Surau/Perhentian bas dan teksi disediakan secara bersepadu iii. Asas nisbah plot boleh diubahsuai, sekiranya bangunan yang ingin

dibangunkan memainkan peranan atau berfungsi sebagai mercu tanda bandar.

Jadual 7.5: Peratus Tambahan Nisbah Plot Mengikut Kategori Kemudahan

KATEGORI KEMUDAHAN PERATUS TAMBAHAN Plaza Pejalan Kaki 60 Laluan Pejalan Kaki Berlandskap 60 Tangga bergerak di dalam atau di luar bangunan untuk kegunaan awam.

1,110 mps/unit (turun atau naik)

Surau/Perhentian bas dan teksi disediakan secara bersepadu

5.0 mps

Page 18: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 18

Rajah 7.10: Cadangan Ilustrasi Pembangunan Laluan Pejalan Kaki Di

Pinggiran Sungai

Rajah 7.11: Contoh Ilustrasi Laluan Pejalan Kaki Yang Searas Dan Mesra

Kepada Golongan OKU

7.2.11 Bumbung Bangunan i. Bahan binaan untuk bumbung bangunan hendaklah dari jenis

genting atau bersamaan dengannya;

ii. Warna bumbung hendaklah sekata dengan warna bumbung bangunan sekeliling; dan

iii. Rekabentuk bumbung hendaklah harmoni dan membentuk

’roofscape yang menarik’ dan melengkapi ’complement’ bangunan bersebelahan.

7.2.12 Tingkap i. Saiz, imbangan dan rekabentuk tingkap hendaklah bersesuaian

atau sepadan dengan tingkap bangunan-bangunan bersebelahan yang sedia ada;

ii. Bentuk tingkat hendaklah harmoni dengan mengambilkira faktor

‘proportion dan scale’; dan iii. Bangunan-bangunan baharu yang telah meminda rupa bentuk

tingkap dan fasad dengan rekabentuk yang bercanggah dengan rupa bentuk tingkap bangunan-bangunan di dalam barisan yang sama perlu mengubahsuainya semula kepada rekabentuk asal.

7.2.13 Warna Bangunan i. Semua warna dibenarkan tetapi pengawalan dibuat terhadap

warna hitam berkilat atau terlalu terang (hanya dibenarkan bagi menimbulkan kesan yang sesuai);

ii. Warna lembut atau cerah digalakkan di permukaan yang luas;

iii. Warna yang digunakan mesti serasi dan harmoni dengan

bangunan bersebelahan dan persekitaran alam dan semulajadi;

iv. ‘Colour wheel’ boleh dijadikan rujukan bagi keharmonian pemilihan warna bangunan bersebelahan supaya ianya di dalam kumpulan yang sama

Page 19: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 19

RODA WARNA/ ‘COLOUR WHEEL’

WARNA DIBAHAGIKAN KEPADA 3 JENIS IAITU WARNA ‘PRIMARY’ WARNA ‘SECONDARY’ DAN

WARNA TERRITORY

Bahagian tengah : Primary colour (3 warna asas iaitu merah, kuning dan biru) Bahagian kedua : Secondary colour (terhasil dari campuran antara 3 warna asas. Mewujudkan warna hijau, violet dan jingga) Bahgian luar : Territary colour (terhasil dari gabungan warna primary dan secondary. Akan mewujudkan warna jenis monochrome harmoni dan monochrome kontra)

7.2.14 Bahan Bangunan i. Penggunaan bahan ‘reflective glass’ di dinding luar bangunan

secara berleluasa tidak digalakkan; ii. Untuk pembangunan ‘infill’, bahan yang digunakan mestilah serasi

dan harmoni dengan bangunan bersebelahan; iii. Penggunaan bahan terkini yang berteknologi tinggi dan berkualiti

adalah digalakkan bagi meningkatkan imej bandar yang mesra alam; dan

iv. Pengunaan bahan tempatan ‘local material’ yang sesuai

digalakkan bagi membentuk identiti tempatan 7.3 REKABENTUK BANGUNAN KHUSUS - PERNIAGAAN i. Pembangunan bangunan perniagaan hendaklah seimbang dan

ketinggian yang berpatutan, tanpa menjejaskan keselesaan dan keselamatan para pengguna;

ii. Zon perniagaan digalakkan dengan rekabentuk bangunan yang bersifat moden dinamik dan disusun secara berkelompok/ kompleks;

Foto 7.20: Dua Rekabentuk Bangunan Yang Berbeza Tetapi Masih Didalam Satu Kumpulan Gaya Yang Sama

iii. Semua bangunan dalam zon perniagaan perlu mempunyai gaya

seni bina bangunan tropika, dilandskap dengan baik dan menawarkan aktiviti perniagaan yang menarik;

iv. Semua bangunan dalam

zon perniagaan perlu mempunyai gaya seni bina bangunan tropika, dilandskap dengan baik dan menawarkan aktiviti perniagaan yang menarik;

Foto 7.21: Penataan Tepi Bangunan Yang Menarik Dengan Pengindahan

Landskap

v. Bangunan-bangunan rumah kedai sedia ada perlu diselenggara.

Bangunan-bangunan rumah kedai yang memerlukan pengubahsuaian atau pembangunan semula diwajibkan mempunyai ciri-ciri rekabentuk senibina rumah kedai yang mengekalkan karakter senibina bangunan bersebelahan;

Page 20: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 20

vi. Bangunan-bangunan rumah kedai baharu atau gerai-gerai makanan yang dibangunkan digalakkan menggunakan konsep senibina rumah kedai era peralihan;

vii. Laluan di zon perniagaan perlu mempunyai corak dan jenis

turapan yang berbeza dengan turapan jalan utama; dan viii. Laluan di zon perniagaan perlu dilengkapi dengan pokok-pokok

teduhan yang mempunyai penyelenggaraan minimum. Rajah 7.12: Contoh Ilustrasi Laluan Kenderaan Dan Pejalan Kaki

Di Kawasan Perniagaan

7.4 GARIS PANDUAN REKABENTUK BANDAR KAWASAN INSTITUSI 7.4.1 Rekabentuk Bangunan i. Zon institusi dipertingkatkan kualiti bangunan dari masa ke semasa

meliputi aspek-aspek berkenaan :-

• Penyelenggaraan bangunan • Kemasan cat bangunan • Pengindahan landskap dalam setiap institusi

ii. Zon institusi yang akan dibangunkan, digalakkan menggunakan

rekabentuk yang menghasilkan kesan formal yang ketara, selaras dengan fungsi dan penekanan kepada kepentingan kegunaannya;

iii. Bangunan baharu yang dibina perlu mengadaptasi senibina moden yang mudah tetapi menarik;

iv. Bahan binaan digalakkan di dalam bentuk bahan konkrit, bata dan penggunaan kaca secara terkawal;

v. Bentuk bangunan dan warna-warna yang menarik boleh digunakan di dalam rekabentuk bangunan hostel / kediaman pelajar untuk menghasilkan suasana yang ’lively’ dan dinamik sesuai dengan citarasa golongan pelajar;

vi. Konsep pembangunan zon institusi digalakkan secara berintegrasi,

berkelompok atau kompleks bagi memudahkan pejalan kaki dan dapat mewujudkan tempat letak kenderaan secara berpusat;

vii. Rekabentuk bangunan perumahan di dalam bentuk apartments, SOHO dan hostel antarabangsa perlu menyediakan kemudahan interaksi yang selesa kepada penghuni, termasuklah penyediaan apartment studio bagi pelajar berkeluarga / pelajar lanjutan;

viii. Pembangunan zon institusi digalakkan menggunakan elemen

landskap sebagai sempadan lot institusi; ix. Bangunan perlu membenarkan ruang landskap atas bumbung

dan bukaan dari ruang kediaman ke kawasan landskap di luar bangunan;

x. Akses berasingan boleh dibenarkan di bangunan kediaman

pelajar bagi membolehkan pergerakan keluar masuk yang lancar;

Page 21: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 21

xi. Bangunan perlu direkabentuk dengan sistem kawalan keselamatan dan kecemasan yang lengkap seperti CCTV dan pengawal keselamatan; dan

xii. Teknologi bangunan yang tinggi perlu digunakan seperti sistem

teknologi maklumat tersedia, penjimatan tenaga dam perancangan kecemasan.

Foto 7.22: Rekabentuk Bangunan Kediaman Untuk Disewa Kepada Pelajar /

Penyelidik Dengan Rekabentuk Yang ‘Lively’

Foto 7.23: Rekabentuk Yang Membenarkan Pemandangan Keluar Ke Kawasan Hijau Dan Akses Keluar Masuk Yang Mudah

7.4.2 Ruang Awam dan Kemudahan Lain i. Komponen pejalan kaki yang selesa, luas dan diteduhi dengan

tanaman landskap perlu disediakan bagi menghubung antara satu kawasan dengan kawasan yang lain dan dari kawasan kediaman ke Pusat Pengajian.;

ii. Kemudahan tempat letak motorsikal yang mencukupi perlu

disediakan di semua bangunan kediaman, kawasan perniagaan dan ruang awam bagi kegunaan pelajar; dan

iii. Kemudahan kawasan interaksi pelajar perlu disediakan di dalam

bentuk ruang awam seperti plaza, taman mini (pocket park) di luar bangunan kediaman dan dilengkapi dengan kemudahan tempat duduk yang selesa.

Page 22: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 22

Foto 7.24: Laluan Pejalan Kaki, Tempat Perbincangan Dan ’Public Art’ Di Kawasan Kediaman Pelajar

7.5 REKABENTUK BANGUNAN BAGI PEMAJUAN DI DALAM

LINGKUNGAN KAWASAN-KAWASAN PEMELIHARAAN 7.5.1 Nisbah Plot dan Ketinggian Bangunan i. Nisbah plot bagi bangunan perniagaan di kawasan pemeliharan

bangunan Warisan ialah 1:2.5 dengan ketinggian maksima 4 tingkat ; dan

ii. Ketinggian mana-mana bangunan baharu hendaklah tidak

melebihi 16 meter, yang diukur dari paras tanah sehingga ke cucur atap atau setara ketinggian bangunan warisan sedia ada.

7.5.2 Bumbung

i. Bumbung tibar layar (gable) hendaklah diadakan dan sudut bumbungnya hendaklah serupa dengan sudut bumbung bangunan-bangunan bersebelahan; dan

ii. Bahan binaan untuk bumbung hendaklah dari jenis genting atau

bersamaan dengannya.

7.5.3 Muka Hadapan Bangunan (’Facade’) i. Ketinggian setiap tingkat hendaklah selaras dengan bangunan-

bangunan bersebelahan, atau sekiranya ketinggian bangunan sedia ada di dalam setiap barisan itu tidak seragam, maka ianya hendaklah mengikut purata ketinggian tingkat untuk barisan bangunan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;

ii. Bagi pemajuan yang dibuat di atas lebih daripada satu lot atau

bahagian hadapan yang melebihi 12 meter (40 kaki), rawatan muka hadapan hendaklah mewujudkan satu suasana bangunan/ rumah kedai berciri serupa dengan kelebaran yang serupa dengan bangunan-bangunan bersebelahan yang sedia ada; dan

iii. Bahagian hadapan bangunan hendaklah memberi penekanan

terhadap kedua-dua unsur tegak dan mendatar serta mencerminkan ciri asal bangunan-bangunan di kawasan tersebut.

7.5.4 Beranda

i. Beranda hendaklah disediakan sekiranya bangunan tersebut mempunyai sempadan yang sama dengan jalan; dan

ii. Paras tingkat dan ketinggian beranda hendaklah selaras dengan

bangunan-bangunan bersebelahan yang sedia ada atau sekiranya paras tingkat dan ketinggian beranda di bangunan-bangunan sedia ada di dalam sesuatu barisan itu tidak seragam, maka ianya hendaklah mengikut purata paras dan ketinggian seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ketinggian

Page 23: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 23

beranda tersebut hendaklah tidak melebihi daripada ketinggian satu tingkat.

7.5.5 Tingkap

i. Saiz dan imbangan tingkap hendaklah bersesuaian atau sepadan dengan saiz dan imbangan tingkap bangunan-bangunan bersebelahan yang sedia ada; dan

ii. Tingkap berbentuk arca bersegmen menyerupai kumpulan

bangunan yang berciri serupa adalah digalakkan.

7.5.6 Bahan-Bahan Dan Lain-Lain

i. Warna, ’texture’, rekabentuk, saiz dan jenis bahan gunaan yang hendak dipakai di bahagian dinding luar bangunan dinilai di atas merit setiap kes;

ii. Tiada alat pengudaraan secara mekanikal atau sebahagian

darinya hendaklah kelihatan dari jalanraya;

iii. Peletakan alat-alat pelindung cahaya matahari atau papan-papan tanda/iklan hendaklah yang tidak menghalang bahagian hadapan bangunan seperti tingkap atau mana-mana elemen hiasan. Papan-papan tanda/iklan hendaklah direka sebagai penyempurnaan kepada bangunan dan hendaklah tidak melebihi garisan atas pemukaan bumbungnya; dan

iv. Garis panduan untuk bangunan warisan dan kumpulan bangunan

berciri serupa (kategori 1) akan terpakai, apabila sesebuah bangunan itu dikenalpasti untuk pengekalan/pemeliharaan.

7.5.7 Garis Panduan Untuk Bangunan Warisan Kategori 1

i. Keadaan rupa luar bangunan hendaklah dikekalkan dan tiada pindaan ke atas mana-mana bahagian hadapan bangunan (facade) yang dibenarkan, selain dari kerja-kerja yang perlu untuk mengekalkan dan menyelenggara bangunan bagi memperbaiki keadaan bangunan;

ii. Pemajuan semula bagi sebahagian daripada kawasan mungkin

boleh dibenarkan bergantung kepada merit pemajuan; iii. Sebarang tambahan atau sambungan kepada bangunan sedia

ada akan hanya dibenarkan bergantung kepada merit cadangan tersebut;

iv. Pindaan-pindaan di bahagian dalam boleh dibenarkan; tertakluk

kepada kelulusan Majlis; v. Penggunaan semula yang berpadanan bagi sesuatu bangunan

akan dibenarkan, selagi keadaan rupa luaran bangunan tidak terjejas atau berubah;

vi. Sebarang pemasangan semula bumbung hendaklah dari jenis

bahan binaan asal/ hampir asal; dan vii. Tiada alat pengudaraan secara mekanikal atau sebahagian

darinya kelihatan daripada jalanraya.

X √

Rajah 7.13: Rupa Bentuk Tingkap Yang Bercanggah Dengan Rupa

Bentuk Tingkap-Tingkap Bangunan Bersebelahan

Rajah 7.14: Rupa Bentuk Tingkap Yang Bersesuaian Dengan Tingkap-Tingkap Bangunan Yang Sedia Ada

Page 24: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 24

7.5.8 Garis Panduan Untuk Kawasan Bersejarah Dan Kebudayaan

i. Rangkaian jalanraya sedia ada, halaman dan ruang-ruang luar hendaklah dikekalkan;

ii. Garis panduan untuk bangunan warisan dan kumpulan bangunan

warisan (kategori 1) akan terpakai bagi bangunan-bangunan yang telah dikenalpasti untuk pengekalan dan pemeliharaan;

iii. Sebarang pemajuan semula di mana yang dibenarkan akan

direka supaya menyerupai rekabentuk seni bina dan ciri asal bangunan-bangunan dalam kawasan tersebut;

iv. Penggunaan semula sesuatu bangunan dari kediaman kepada

kegunaan-kegunaan lain yang lebih berekonomi, terutamanya yang bersangkutan dengan aktiviti tradisional, sosial, institusi dan perniagaan dan yang akan menarik minat pelancong akan digalakkan; dan

v. Kegunaan bangunan untuk aktiviti ternakan unggas dan lain-lain

kegunaan yang tidak bersesuaian tidak dibenarkan. 7.5.9 Garis Panduan Untuk Pembangunan Semula i. Pembangunan di kawasan ’infill’ harus mengambil kira bangunan

bersebelahan dan berhampiran dari segi kumpulan warna yang sama, rekabentuk/seni bina bangunan;

ii. Mengawal/mengharmonikan rekabentuk fasad bangunan rumah

kedai lama melalui penggunaan:-

• ’R.C. Copping’, • Papan tanda yang sama saiz, • Kanopi, dan • Warna-warna bangunan dihadkan kepada 3 jenis sahaja.

Foto 7.25: Keadaan Semasa Di

Pekan Ampang

Rajah 7.16: Pembangunan ‘Infill’ Perlu Merujuk Kepada Penataan Fasad Bangunan Bersebelahan Dan Juga Gaya Seniba Yang Dapat Memberi Nilai

Tambah Kepada Fasad Semasa

7.6 REKABENTUK DAN JENIS BANGUNAN BAGI PEMBANGUNAN PERUMAHAN BANDAR

i. Sesuai dengan ciri-ciri tempatan; ii. Jenis rumah : teres, berkembar, sesebuah/ rumah kampung dan

rumah pangsa;

Rajah 7.15: Warna Kanopi Yang Seragam, Dan Warna Putih Adalah Dicadangkan

Page 25: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 25

iii. Rekabentuk harus mencerminkan kebudayaan Malaysia, terutamanya kebudayaan Negeri Selangor;

iv. Bagi memastikan sistem pengudaraan secara semula jadi diterima

bagi perumahan yang dibina, ruang untuk pengudaraan semulajadi perlu disediakan mengikut piawaian;

v. Susunatur kawasan perumahan dan perancangan aktiviti di

kawasan perumahan hendaklah mewujudkan ruang awam dan kawasan tanah lapang awam di tempat yang sesuai dan serasi dengan keperluan untuk berinteraksi; dan

vi. Laluan di zon perumahan perlu menitikberatkan keselamatan

kepada penduduk dalam kejiranan berkenaan.

Rajah 7.17: Contoh Ilustrasi Konsep Rekabentuk Laluan Kenderaan Di Zon Kediaman

7.7 GARIS PANDUAN REKABENTUK BANDAR BAGI KORIDOR PERNIAGAAN DI JALAN AMPANG Garis panduan rekabentuk bandar bagi koridor perniagaan di Jalan Ampang dibuat bagi memantapkan karakter (’sense of place’). Penentuan karakter adalah penting bagi membentuk satu kawasan yang memberi gambaran serta penekanan terhadapan pembangunan dan

senitaman yang mempunyai keunikan ciri-ciri tempatan. Ianya boleh dicapai dengan membentuk:- i. Senitaman yang unik dan individu ii. Keadaan semula jadi iii. Bangunan yang mempunyai keunikan ciri-ciri tempatan iv. Jalan dan corak jaringan jalan v. Ruang khas vi. Latar langit dan penataan barisan bumbung (roofscape) vii. Bahan binaan viii. Kebudayaan tempatan dan tradisi adat resam ix. Memperkenalkan idea baharu dalam menyelesaikan masalah dan

tidak mengunapakai piawaian atau ketetapan yang seragam Garis panduan juga dapat meningkatkan ‘legibility’ daerah bandar dengan membentuk/ merancang kawasan supaya ianya mempunyai imej yang jelas dan mudah difahami. Ianya dicapai melalui:- i. Mercu tanda dan titik tumpuan ii. Pandangan iii. Laluan yang mudah diikut dan jelas iv. Pintu masuk di kawasan-kawasan yang tertentu v. Pencahayaan vi. Kerja-kerja seni dan kraf vii. Papan tanda iklan dan petunjuk arah. Bagi mencapai matlamat tersebut garis panduan akan membentuk i. ‘Typology’ bangunan ii. Garis panduan pembangunan di kawasan pembangunan baharu

(berskala besar ,pembangunan infill dan di kawasan berpotensi warisan)

iii. Pandangan (‘views’, axis’ dan ‘vista’)

Page 26: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 26

7.7.1 Typology ‘Building Massing’/ peletakan blok bangunan di sepanjang jalan utama mempengaruhi kualiti pandangan. Sebahagian daripadanya tidak mengambil potensi pandangan ke luar dan ke arah Jalan Utama. Cadangan pengukuhan imej bangunan di tepi jalan ini dibahagikan kepada empat bahagian mengikut typology bangunan. Cadangan pengukuhan imej bangunan mengikut ‘typology’ ditunjukkan di dalam Rajah 1 dan penjelasannya adalah seperti berikut :- i Typology 1 : Fasad Bangunan Menghadap Ke Arah Jalan Utama a. Pengawalan papan iklan - meminimakan papan iklan dengan mengurangkan saiz dan bilangan. Cadangan pengelompokan supaya ianya tidak bersifat individu, pengelompokan kawasan perniagaan memberi satu identiti daripada mewakili individu. Contoh pemberian nama daerah bandar ;

b. Penyediaan kaki lima di tingkat bawah; dan c. Tingkat atas akan memberi keutamaan kepada pembentukan

fasad yang lebih menarik. ii. Typology 2: Bahagian sisi bangunan menghadap ke jalan utama a. Mengubahsuai bangunan supaya dapat membentuk fenestration ,

verandah, balcony bagi memperpaiki fasad; b. Elakan ‘blank wall’ dinding yang kosong; c. Membuat pengindahan melalui penanaman pokok yang sesuai; d. Membuat replica fasad bersebelahan bagi menjaga kualiti

pandangan; dan

e. Peluang membuat intervention.

iii. Typology 3 : Bangunan Besar (Pasaraya) Yang Tidak Mempunyai Fasad Belakang Yang Ketara

a. Akses masuk ke bangunan di tingkat bawah dan egress and

ingress tidak di bahagian menghadap ke jalan utama tetapi melalui belakang atau tepi yang mana lebih sesuai mengikut keadaan tapak; dan

b. Ketinggian mengikut ketetapan di dalam garis panduan.

iv. Typology 4 : Bangunan Yang Mempunyai Court Yard/Halaman Di

Bahagian Hadapan a. Tiada halangan yang membendung pandangan ke arah

bangunan utama dan memaparkan pandangan perspektif fasad bangunan;

b. Ruang pejalan kaki boleh merentasi halaman dan dijadikan urban

space ruang Bandar yang baik; dan c. Penyediaan pagar yang membenarkan penglihatan ke arah

kawasan lapang (bukan blank wall) boleh dibuat bagi mewujudkan streetwall.

Page 27: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 27

Jadual 7.6 : Ringkasan Typology Bangunan ‘TYPOLOGY’ PENJELASAN LAKARAN ‘Typology’ 1 Fasad bangunan menghadap ke jalan utama

‘Typology’ 2 Bahagian sisi bangunan menghadap ke jalan utama

‘Typology’ 3 Bangunan besar (pasaraya) yang tidak mempunyai fasad

belakang yang ketara

‘Typology’ 4 Bangunan yang mempunyai ‘court yard’/halaman di

bahagian hadapan.

Page 28: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 28

Rajah 7.18: Koridor Jajaran Ampang

Page 29: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 29

7.8 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN PEMBANGUNAN BAHARU, ‘INFILL’ DAN DI KAWASAN BERPOTENSI WARISAN

Pembangunan tertumpu di jalan utama merupakan fenomena biasa dalam perancangan. Walau bagaimanapun pembinaan lebuhraya atau jalan baharu yang dibuat selepas sesuatu pusat penempatan atau pusat bandar dirancang akan sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan asal atau ‘building massing’/pengaturan blok bangunan yang tidak menjangka kewujudan lebuhraya/jalan baharu ini. Oleh itu cadangan garis panduan dibuat mengikut pembahagian zon kawasan seperti berikut :- i. Pembangunan Baharu

• Tanah kosong dan belukar – Pembangunan Baharu • Poket tanah kosong, belukar dan bangunan kosong - Pembangunan Infill

ii. Pembangunan Sedia ada – Pembaikan (Rujuk ’typology’) Garis panduan pembangunan bagi kawasan baharu dan pembangunan sedia ada (tepubina) di tunjukkan dalam Jadual 7.7.

Jadual 7.7: Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Sedia Ada (Tepubina)

GARIS PANDUAN UKURAN A. PEMBANGUNAN BAHARU

i. Penentuan Streetwall (Streetwall adalah dinding pada anjakan sifar dari laluan pejalan kaki atau sekiranya tiada laluan pejalan kaki ianya dikira dari sempadan jalan)

• Ketinggian tidak melebihi 4 tingkat (13m) (rujuk kepada paras jalan).

• Sekiranya bangunan tersebut melebihi ‘street wall’ anjakan bangunan akan digunapakai

Anjakan Bangunan Dibuat Pada Bangunan Yang Melebihi Ketetapan

Ketinggian Streetwall [Penentuan Anjakan Dibuat Berdasarkan Kelebaran Separuh Jalan)

Ketinggian Di Jalan Biasa

Ketinggian Yang Disesuaikan Dengan

Jalan Bertingkat

ii. Unjuran struktur bangunan Tiada pengunjuran (projection) bangunan keluar (seperti verandah, tingkap dan sebagainya ) melebihi sempadan tanah pemilikan

Bersambung…

Page 30: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 30

Jadual 7.7: Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Sedia Ada (Tepubina) (sambungan)

7.9 GARIS PANDUAN PENGEKALAN DAN PEMBAIKAN PANDANGAN (‘AXIS’ DAN ‘ VISTA’)

Kawalan pandangan adalah berkait rapat dengan penentuan axis dan vista serta pengawalan ketinggian. Kesesuaian ketinggian bangunan di jalan utama perlu dilihat bukan sahaja dari aspek rekabentuk Bandar tetapi juga dari aspek keselamatan. Aspek Ketinggian juga akan mempengaruhi anjakan bangunan dari jalan utama. Anjakan dan penentuan ketinggian ini amat penting (dilihat dari faktor ‘evacuation’ dan ruang kelegaan) kerana apabila berlakunya bencana, ianya tidak akan menjejaskan atau memutuskan perhubungan di jalan utama. Aspek ketinggian juga membentuk latar langit sesebuah pusat bandar. Kepelbagaian ketinggian yang membentuk ‘rhythm’ yang akan menjadikan sesuatu bandar itu lebih menarik. Pengiraan ketinggian juga berkait rapat dengan pengiraan ‘nisbah plot’ dan kawasan ‘plinth’

GARIS PANDUAN UKURAN A. PEMBANGUNAN BAHARU iii. Garisan Bangunan Bangunan hendaklah dibina sehingga

sempadan tanah pemilikan iv. Rekabentuk bangunan

hendaklah memberi sumbangan kepada interaksi pandangan diantara aktiviti di tingkat bawah dan laluan pejalan kaki

• Menyediakan kaki lima • Mengabungkan cermin lutcahaya di

tingkat bawah • Menyediakan pintu masuk pejalan kaki ke

kawasan perniagaan runcit.

v. Fasad Bangunan Bangunan di tingkat atas perlu direkabentuk dengan fasad yang lebih menarik

vi. ‘Egress and Ingress’ Jalan masuk kenderaan hendaklah melalui bahagian belakang atau tepi bangunan mengikut kesesuaian.

vii. Ruang Terbuka Bersebelahan Pembangunan baharu tidak dibenarkan menghalang ruang terbuka persendirian terutama di kawasan perumahan

viii. Unit Penghawa Dingin Peletakan unit penghawa dingin hendaklah diletak jauh dari pandangan awam jika dilihat dari lalauan utama

B. PEMBAIKAN DAN PENGEKALAN BANGUNAN LAMA BERPOTENSI WARISAN i. Pembangunan hendaklah

mengikut ciri-ciri bangunan warisan dengan menterjemahkannya seperti berikut :-

• ’Punched openings’ • ’Parapets’ • Corak/bentuk menegak yang ketara • Corak ketara pada bangunan sedia ada

seperti penisbahan tingkap dan kedudukannya

• Pengunaan warna dari mengikut kumpulan warna yang sesuai

ii. ‘Intervention’

• Tambahan struktur baharu hendaklah meyokong keseluruhan fasad bangunan semasa

C. PEMBANGUNAN ‘INFILL i. Pembangunan hendaklah

mengikut ciri ciri bangunan bersebelah

• Rujuk garis panduan bangunan baharu dan sekiranya bangunan bersebelahan adalah bangunan warisan rujuk cadangan pembaikan dan pengekalan bangunan lama berpotensi warisan.

ii. Garisan bangunan • Garisan bangunan hendaklah dihubungkan melalui intervention yang baik

Page 31: 7.0 Garis Panduan Rekabentuk Bandar

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN

7 - 31

7.10 GARIS PANDUAN TEMPAT LETAK KENDERAAN Tempat letak kenderaan di galakkan di bina secara ‘offstreet’ iaitu di sisi bangunan, belakang bangunan atau di dalam bentuk bangunan tempat letak kenderaan berpusat. Tempat letak kenderaan boleh disedia dengan konsep baharu seperti konsep ‘fragmented’ atau ‘informal’ seperti di dalam bentuk courtyard dan taman yang direkabentuk di dalam kawasan persendirian dan separa awam. Bangunan tempat letak kenderaan berpusat perlu direkabentuk secara sensitif supaya bangunan ini tidak memberi kesan visual negatif kepada persekitaran. 20% dari ruang lantai bangunan tempat letak kenderaan berpusat boleh dibenarkan untuk tujuan perniagaan dan ruang ini di susun menghadap jalan dan menghalang pemandangan terus ke ruang tempat letak kenderaan. Bahan binaan yang digunakan pada fasad bangunan tempat letak kenderaan yang menghadap jalan utama perlulah dari jenis yang berkualiti dan direkabentuk dengan teliti. Landskap tempat letak kenderaan luar bangunan harus dapat menghalang pemandangan ke kenderaan dan laluan pejalan kaki perlu disediakan menghubung ke bangunan berhampiran. Penggunaan laluan pejalan kaki berbumbung digalakkan bagi bangunan-bangunan awam dan kompleks membeli-belah.

Rajah 7.20: Bangunan TLK Berpusat Yang Tertutup

Komponen Perniagaan

Rajah 7.19: Ruang TLK Di ‘Basement’ Bangunan

Rajah 7.21: Landskap Kawasan Tempat Letak Kenderaan