7.0 kesimpulan

1

Click here to load reader

Upload: mohd-rashidi-bin-zainal-abidin

Post on 12-Jun-2015

695 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7.0 Kesimpulan

B

1

Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

Kesimpulan 7.0

Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 1 7.0 Kesimpulan

7.0 Kesimpulan

Landskap budaya ini memberi sumbangan yang penting

kepada karektordesa atau kampung. 11 elemen yang dikaji

akan mengambarkan karektornya yang unik akibat peredaran

masa dan sebagainya. Memandangkan Kempung Kuala Kepis

masih lagi mempunyai ciri-ciri dan identiti kampung yang masih

terpelihara maka pengekalan dan pemeliharaan patut

dilaksanakan dengan segera.

Daripada pemerhatian saya, didapati identiti kampung

ini masih mengekalkan .ciri-ciri landskap budayanya yang juga

merupakan kesinambungan kepada warisan senibina Minang

dan sosio-budaya yang diamalkan oleh penduduk iaitu sistem

adat perpatih, merupakan satu kawasan yang berpotensi

sebagai pembangunan pelancongan. Oleh itu untuk mencapai

persekitaran yang harmoni dan sempurna bagi sesebuah

kampung tradisi ini, ianya bukan sekadar dengan memenuhi

keperluan fizikal sahaja, malah lebih daripada itu iaitu dari segi

budaya dan sosio kehidupan penduduk setempat.

Untuk memelihara status Kampung Kuala

Kepis sebagai sebuah kampung tradisi yang

menonjolkan ciri-ciri landskap budayanya yang

tersendiri, kaedah pengekalan dan pemuliharaan terhadap

perkampungan serta penglibatan dari semua pihak ini haruslah

diteruskan dari segi kaedah kawalan pembangunan dan

panduan rekabentuk agar ianya mampu meningkatkan identiti

kampung Kuala Kepis.

Cadangan berdasarkan strategi dan kepelbagaian

aktiviti secara tidak langsung akan mewujudkan sebuah

kawasan pelancongan. Memandangkan penduduk Kampung

Kuala Kepis ini adalah majoritinya petani yang biasanya kurang

kemahiran terutamanya di dalam bidang pelancongan, intensif

kerajaan dari segi bantuan kemahiran dan modal adalah perlu

bagi menggalakkan pertumbuhan dan kejayaan kampung

pelancongan. Sokongan dan galakan dari agensi dan juga

pihak Kementerian Kebudayaan juga perlu bagi memastikan

program 'Homestay' ini terus berjalan dengan lancar sekaligus

dapat memperkenalkan kawasan kajian kepada masyarakat

umum.