06 pengenalan isi kesimpulan

18
1.0 PENGENALAN Pembungkusan yang menarik merupakan satu elemen penting bagi menarik minat pembeli untuk memiliki sesuatu produk yang dipasarkan. Disamping itu ianya juga perlulah menjamin keselamatan produk daripada terdedah kepada risiko pencemaran dan berupaya mengekalkan keaslian produk seperti baru dikeluarkan. Pengeluar pula memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi sesuatu produk. Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan dalam merancang pengeluaran sesuatu produk bagi meningkatakan permintaan dalam kalangan pengguna terutamanya kaedah pembungkusan bagi produk makanan. Ini kerana, produk makanan merupakan produk yang menjadi keperluan harian kepada pengguna. Selain itu, kaedah pembungkusan juga menggambarkan kualiti produk dan identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Kaedah pembungkusan produk yang terbaik adalah pembungkusan yang memenuhi kehendak pengguna dan dapat menarik pengguna untuk membeli produk yang dipasarkan. Isu – isu pembungkusan produk yang biasa terjadi adalah berkait rapat dengan persaingan di kalangan pengeluar produk makanan yang semakin sengit (Stewart-Knoxand Mitchell, 2003; Bogue, 2001; Harmsen, 1994). Dalam situasi ini, sehingga 71 hingga 88 peratus daripada pengeluar gagal mempertahankan kedudukan produk keluaran mereka dalam pasaran (Bogue, 2001; Lord, 1999; Buisson, 1995; Fuller, 1994; Rudolph,1995). Bagi mengatasi masalah ini, didapati penambahbaikan bungkusan dan kualiti produk perlu dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan dapat bersaing dengan lebih baik. Selaras dengan itu, kesedaran tentang kepentingan pembungkusan telah meningkat (Silayoi and Speece, 2004; Nancarrow et al., 1998; Bloch, 1995). Selain itu, persepsi pengguna juga perlu diambil kira dalam

Upload: azrul-hafiz

Post on 16-Nov-2015

540 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

haha

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANPembungkusan yang menarik merupakan satu elemen penting bagi menarik minat pembeli untuk memiliki sesuatu produk yang dipasarkan. Disamping itu ianya juga perlulah menjamin keselamatan produk daripada terdedah kepada risiko pencemaran dan berupaya mengekalkan keaslian produk seperti baru dikeluarkan. Pengeluar pula memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi sesuatu produk. Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan dalam merancang pengeluaran sesuatu produk bagi meningkatakan permintaan dalam kalangan pengguna terutamanya kaedah pembungkusan bagi produk makanan. Ini kerana, produk makanan merupakan produk yang menjadi keperluan harian kepada pengguna. Selain itu, kaedah pembungkusan juga menggambarkan kualiti produk dan identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Kaedah pembungkusan produk yang terbaik adalah pembungkusan yang memenuhi kehendak pengguna dan dapat menarik pengguna untuk membeli produk yang dipasarkan.Isu isu pembungkusan produk yang biasa terjadi adalah berkait rapat dengan persaingan di kalangan pengeluar produk makanan yang semakin sengit (Stewart-Knoxand Mitchell, 2003; Bogue, 2001; Harmsen, 1994). Dalam situasi ini, sehingga 71 hingga 88 peratus daripada pengeluar gagal mempertahankan kedudukan produk keluaran mereka dalam pasaran (Bogue, 2001; Lord, 1999; Buisson, 1995; Fuller, 1994; Rudolph,1995). Bagi mengatasi masalah ini, didapati penambahbaikan bungkusan dan kualiti produk perlu dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan dapat bersaing dengan lebih baik. Selaras dengan itu, kesedaran tentang kepentingan pembungkusan telah meningkat (Silayoi and Speece, 2004; Nancarrow et al., 1998; Bloch, 1995). Selain itu, persepsi pengguna juga perlu diambil kira dalam menentukan bungkusan yang digunakan bagi memastikan keberkesanan strategi pemasaran produk (Ampuero dan Vila, 2006).Oleh hal yang demikian, kami telah menyediakan satu kertas cadangan pembungkus makanan dan minuman yang sesuai untuk digunakan oleh kesemua pengeluar makanan dan minuman, dalam memastikan keaslian produk yang dipasarkan terjamin. Penggunaan teknolgi hijau yang diamalkan oleh kami juga dalam menghasilkan pembungkus makanan ini, ternyata memberi kesan positif kepada syarikat pengeluar makanan seterusnya kepada pengguna. Kami berharap kertas cadangan kami ini diterima oleh kesemua syarikat pengeluar makanan dan minuman kerana ianya adalah satu inovasi baharu yang ditemuai dengan kesan yang amat positif kepada pengeluar, pengguna seterusnya kepada alam sekitar.

2.0 DEFINISI PEMBUNGKUSANPembungkusan dapat dihuraikan sebagai satu bekas yang mempunyai hubungan langsung dengan produk itu sendiri, ianya memegang, melindungi, menyimpan dan mengenal pasti produk selain untuk memudahkan proses pengurusan dan mengkomersialkan produk (Vidales Giovannetti, 1995). Secara spesifik, terdapat tiga kategori pembungkusan. Kategori pertama ialah pembungkusan yang berhubung terus dengan produk. Kategori kedua pula merupakan pembungkusan yang mempunyai fungsi atau hubungan untuk menjaga kualiti produk. Ianya mengandungi satu atau lebih pembungkusan kategori pertama. Manakala pembungkusan kategori ketiga merupakan pembungkusan yang mengandungi pembungkus kategori pertama dan kategori kedua.fungsi pembungkus kategori ketiga adalah untuk proses pengedaran, penyelarasan dan melindungi semasa proses mengkomersialkan produk.Selain itu, ada juga pendapat yang menghuraikan bahawa pembungkusan merupakan sebahagian daripada proses untuk membina produk dan jenama sesuatu produk. Antaranya pendapat yang diutarakan oleh Evans dan Berman (1992) yang menyatakan bahawa pembungkusan merupakan ciri-ciri khas produk atau sifat produk. Daripada pendapat yang diutarakan oleh beliau, dapat ditakrifkan bahawa pembungkusan melambangkan ciri-ciri atau sifat sesuatu produk. Seperti mana produk-produk yang terdapat dipasaran, pasti terdapat gambar atau maklumat yang berkaitan dengan produk pada bungkusan produk yang dipasarkan. Disamping itu, gambar atau maklumat yang dipaparkan bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pengguna berkenaan produk yang dipasarkan. Pendapat ini disokong oleh Olson dan Jacoby (1972) yang menghuraikan mengenai perkaitan antara produk dan bungkusan. Pada pendapat beliau, pembungkusan adalah elemen luaran bagi suatu produk. Elemen yang dimaksudkan adalah elemen yang bertujuan untuk mengakui atau menggambarkan produk. Akan tetapi,tidak mempunyai hubungan fizikal dengan produk itu sendiri.Dengan kata lain, pembungkusan juga merujuk kepada operasi membalut dan membungkus bertujuan untuk melindungi sesuatu barangan. Ia juga merupakan satu seni dan teknologi dimana ia memerlukan kepakaran seni reka bentuk.Oleh hal yang demikian, segala perincian yang perlu ada dalam setiap proses pembungkusan makanan dan minuman telah kami spesifikasikan dalam kertas cadangan ini agar pengeluar makanan dan minuman tahu kelebihan pembungkusan makanan yang telah diinovasikan dan berteknologi tinggi yang dicadangkan oleh kami. Kami berharap teknik pembungkusan makanan dan minuman yang diutarakan kami diterima oleh kesemua pengeluar makanan.3.0 KENYATAAN MASALAHIndustri pengeluar makanan dan minuman di negara kita kian meningkat saban tahun tetapi kebanyakan pengeluar makanan dan minuman tidak mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang terutamanya dalam pemasaran makanan dan minuman segera dan siap. Hal ini telah dicatatkan oleh Kementerian Industri Asas Tani bahawa 30 peratus pengeluar makanan dan minuman yang mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang dan selebihnya dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh diibaratkan hidup segan mati tak mahu. Pelbagai kaji selidik telah dijalankan yang bertujuan membantu pengeluar makanan dan minuman terus berada dalam dunia pemasaran.Antara masalah yang sering timbul adalah seperti isu pembungkusan produk yang biasa terjadi adalah berkait rapat dengan persaingan di kalangan pengeluar produk makanan yang semakin sengit (Stewart-Knoxand Mitchell, 2003; Bogue, 2001; Harmsen, 1994). Dalam situasi ini, sehingga 71 hingga 88 peratus daripada pengeluar gagal mempertahankan kedudukan produk keluaran mereka dalam pasaran (Bogue, 2001; Lord, 1999; Buisson, 1995; Fuller, 1994; Rudolph,1995). Bagi mengatasi masalah ini, didapati penambahbaikan bungkusan dan kualiti produk perlu dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan dapat bersaing dengan lebih baik.Selaras dengan itu, kesedaran tentang kepentingan pembungkusan telah meningkat (Silayoi and Speece, 2004; Nancarrow et al., 1998; Bloch, 1995). Selain itu, persepsi pengguna juga perlu diambil kira dalam menentukan bungkusan yang digunakan bagi memastikan keberkesanan strategi pemasaran produk (Ampuero dan Vila, 2006). Oleh hal yang demikian kami telah menyediakan satu kertas cadangan bagi membantu pengeluar makanan dan minuman dalam menghadapi persaingan dalam dunia pemasaran dengan mengeluarkan satu rekaan pembungkus makanan dan minuman yang menarik menggunakan teknologi terkni dengan kos pengeluaran pembungkusan yang murah becirikan teknologi hijau yang selamat. Di samping itu, kaedah pembungkusan yang kami cadangkan adalah satu inovasi terbaru dengan rekaan yang bercirikan mesra pengguna dan mampu mengekalkan keaslian produk dan dijamin selamat. Kaedah pembungkusan kami juga telah diuji secara saintifik dan telah diperakukan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan, Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Kami berharap kaedah dan rekaan pembungkus makanan dan minuman yang direka oleh kami mampu membantu usahawan yang ingin memasarkan produk mereka ke seantero dunia.

4.0 PERKEMBANGANSetelah membuat pertimbangan sewajarnya, kami memilih untuk membuat satu pembungkus yang boleh memuatkan makanan dan minuman untuk sarapan. Makanan yang dipilih adalah sandwich yang mempunyai inti berbeza iaitu tuna, daging dan ayam manakala minuman pula terdiri daripada tiga jenis minuman iaitu coklat, kopi dan teh. Justeru, kami membuat tujuh rekaan model termasuk pembungkus utama untuk memuatkan set sarapan ini.Sebelum mereka pembungkus makanan dan minuman ini, ramuan dan maklumat pemakanan disediakan terlebih dahulu. Antara maklumat pemakanan yang diambil kira ialah kandungan kalori, karbohidrat, protein, lemak, kalsium dan sebagainya. Maklumat pemakanan bagi makanan (Rajah 1) dan minuman (Rajah 2) dikira mengikut kandungan setiap 100 g bagi makanan dan 100 ml bagi minuman sebelum pengiraan kandungan untuk setiap hidangan.

RAJAH 1 RAJAH 2Selepas itu, pemilihan warna tema setiap produk dibincangkan dan kami menggunakan tema biru dan jingga. Pertamanya, kami membuat reka bentuk untuk minuman. Kami menggunakan tin aluminium berisipadu 325 ml. Untuk grafik luar, kami mencetaknya dengan ukuran 11 cm x 22 cm. kami membuat tiga grafik berbeza mengikut jenis minuman iaitu kopi (Rajah 3), teh (Rajah 4) dan coklat (Rajah 5). Setiap grafik dicetak gambar produk, ramuan, tarikh luput, berat bersih, maklumat pemakanan, arahan, kod bar, logo halal, logo syarikat pengeluar, logo kitar semula, logo Buatan Malaysia, logo amalan perkilangan yang baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan alamat pengilang.

RAJAH 3

RAJAH 4

RAJAH 5Grafik ini dicetak dan dilekatkan pada tin aluminium seperti dalam Rajah 6.

RAJAH 6

Kedua, kami membuat reka bentuk untuk bungkusan sandwich. Untuk rekaan ini, kami menggunakan kotak berbentuk kuboid yang dipotong separuh pada pepenjurunya. Ia mempunyai ketinggian sebanyak 10 cm, lebar 5 cm dan tinggi 10 cm. Kotak ini boleh memuatkan 2 keping sandwich berbentuk segitiga yang sedia untuk dimakan. Sandwich ini mempunyai tiga jenis inti dan rajah-rajah menunjukkan bentangan ini. Rajah 7 menunjukkan bentangan bentuk dan grafik bagi sandwich ayam, Rajah 8 (Sandwich tuna) dan Rajah 9 (Sandwich daging).RAJAH 7

RAJAH 8 RAJAH 9Grafik ini dicetak dan dilekatkan pada bentuk bungkusan sandwich yang dibuat seperti dalam Rajah 10.

RAJAH 10Akhir sekali, kami membuat bungkusan utama yang boleh memuatkan satu bungkusan sandwich dan satu tin minuman. Bungkusan berbentuk kotak ini senang untuk dibawa dan diberi nama Set Sarapan Pagi atau Breakfast Set. Kotak ini menggunakan latar warna jingga dan mempunyai maklumat lengkap tentang makanan dan minuman di dalamnya. Di kotak ini tertera pilihan tiga jenis makanan dan tiga jenis minuman yang berada di dalamnya. Di samping itu, semua maklumat berkaitan produk disertakan dalam dwibahasa bagi memudahkan pengguna tempatan dan antarabangsa. Antaranya ialah gambar produk, ramuan, tarik luput, berat bersih, maklumat pemakanan, arahan, kod bar, logo halal, logo syarikat pengeluar, logo kitar semula, logo Buatan Malaysia, logo amalan perkilangan yang baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan alamat pengilang. Bentangan kotak ini beserta ukuran adalah seperti dalam Rajah 11 dan kotak yang telah siap seperti dalam Rajah 12.

RAJAH 11

RAJAH 12

5.0 APLIKASI Dalam menghasilkan pembungkus makan tersebut kami menggunakan kotak yang telah dihasilkan daripada pulpa kenaf yang mana ianya mampu memberikan kesan yang positif kepada produk yang dipasarkan. Selain itu, ianya mampu mengekalkan kesegaran sesuatu produk makanan segera contohnya seperti sandwish, burger dan pelbagai lagi. Hal ini kerana kami telah menggunakan satu teknologi baharu dengan inovasi penggunaan kotak yang berkualiti tinggi malah selamat digunakan yang mana ianya telah diperakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Teknologi penghasilan kotak makanan ini juga adalah satu inovasi baharu yang mampu mengekalkan rasa makanan, mengelakkannya daripada berubah rasa tengik atau berubah rasa dan tahan lebih lama. Disamping itu ianya mampu meningkatkan lagi sifat produk seperti rasa, rupa, aroma dan tampak bergaya. Pembungkus makan ini juga mekanisme bertindak balas secara aktif kepada makanan yang dibungkus atau dibalut. Selain itu, bagi produk minuman kami menggunakan kaedah pengetinan menggunakan aluminium.Oleh hal yang demikian terdapat beberapa fungsi pembalut yang digunakan oleh kami seperti yang berikut :5.01 FUNGSI DAN PERANAN 1. Mengekalkan kesegaran sesuatu produk .2. Melindungi produk dari faktor-faktor yang mempengaruhi seperti masa,rasa, bau dan barangan yang mudah rosak/pecah.3. Untuk menarik perhatian pembeli dengan menggunakan kelebihan dari segi reka bentuk dan pemilihan warna.4. Salah satu cara memasarkan produk secara tak langsung.5. Memudahkan sesuatu produk dibawa kemana-mana dan untuk proses pengangkutan.6. Meningkatkan mutu barangan terutamanya supaya kelihatan menarik 7. Menyimpan dan melindungi produk 8. Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelakkan pembeli membeli produk pesaing.9. Memudahkan penyimpanan dan kegunaan produk 10. Mempromosikan produk 11. Memudahkan mendapat sokongan dari pihak pengedar untuk mengedar.

5.02 CIRI-CIRICiri- ciri pembungkus makanan yang direka oleh kami adalah sesuai dengan makanan yang ingin dipasarkan seperti burger, sandwish dan pelbagai jenis makanan segera yang lain. Bukan itu sahaja ia juga dapat mengisi makanan dengan sempurna malah pembungkusannya amat sesuai dengan makanan yang ingin dipasarkan.Selain itu, isu keselamatan makanan tidak dilupakan. Pembungkus makanan ini juga dapat melindungi makanan daripada kerosakan dan pencemaran semasa pengedaran dan pengstoran.Tambahan pula ianya dapat melindungi makanan daripada air, wap, gas, bau, mikroorganisma, habuk dan gegaran malah ianya tidak menjadi toksik kepada makanan apabila bertindak balas dengan pembungkus secara terus.Di samping itu aspek kekukuhan bahan juga menjadi fokus kami. Oleh hal yang demikian kaedah dan teknologi pembungkusan cara kami ini dapat mengurangkan kecenderungan rosak semasa proses pembungkusan, pengedaran dan penstoran seperti tidak kemek, tidak bocor, tidak retak, dan tidak koyak.Bukan itu sahaja, ianya juga dihasilkan dengan rekaan yang bermaklumat dan berinformasi. Hal ini kerana pembalut makan yang dicadangkan kami dapat menerangkan butir-butir mengenai makanan seperti nama, berat, nama dan alamat pembuat, ramuan, tarikh tamat dan sebagainya.Akhir sekali aspek fungsi dan kegunaannya dapat mempastikan makanan berada dalam keadaan bersih dan menghalang kotoran mencemarinya. Ianya juga dapat melindungi makanan daripada kerosakan fizikal, kelembapan, oksigen dan cahaya serta dapat mengekalkan nilai nutrien makanan selama tempoh yang telah ditetapkan. Malah ianya dapat memberi keselesaan kepada pengguna.

6.0 IMPLIKASITerdapat beberapa implikasi yang positif dan negatif daripada penggunaan pembungkus makanan yang direka khas ini. Pertamanya, pembungkus makanan yang digunakan ini diperbuat daripada pulpa kenaf yang bersifat semulajadi dan semestinya ia tidak mempunyai bahan kimia terlarang seperti BPA dan sebagainya. Justeru, ia akan memberikan implikasi positif kepada pengguna di mana mereka tidak terdedah kepada bahan kimia berbahaya daripada pembungkus makanan seterusnya mereka dapat mengekalkan kesihatan diri masing-masing. Mereka juga dapat menikmati makanan dengan selesa tanpa sebarang keraguan.Keduanya, warna yang menarik dapat menarik minat pelanggan terutama kanak-kanak untuk mendapatkan produk yang dijual seterusnya dapat meningkatkan jumlah jualan. Hal ini kerana kanak-kanak sangat sukakan bungkusan yang menarik walaupun pada mulanya, mereka tidak mengetahui rasa makanan yang terkandung. Tarikan warna secara tidak langsung menarik minat mereka untuk membeli, merasa seterusnya akan membeli lagi pada masa hadapan.Ketiga, bungkusan ini bersifat mesra alam kerana ia boleh dikitar semula. Bungkusan ini juga boleh diguna kembali untuk menyimpan barangan seperi pad memo dan sebagainya kerana ia kukuh dan mempunyai reka bentuk yang menarik.Keempat, bungkusan produk ini dapat memudahkan pengguna kerana ia mengandungi set makanan dan minuman hanya di dalam satu bungkusan yang ringkas. Ini boleh menjimatkan masa dan tenaga pengguna untuk membeli makanan dan minuman secara berasingan seperti kebiasaan. Kelima, bungkusan ini juga tidak membebankan pengguna jika ingin dibawa ke mana-mana kerana ia mempunyai pemegang yang kukuh dan selamat. Akhir sekali, bungkusan produk ini dijamin diperbuat daripada bahan yang halal dan mengandungi makanan yang halal sahaja sebagaimana yang telah ditetapkan dalam piawaian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Implikasinya, pengguna Muslim tidak perlu ragu dan menolak bungkusan produk ini.

7.0 CADANGAN Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, beberapa cadangan dapat dibuat dalam membantu dalam penambahbaikan pada bungkusan yang sedia ada selain meningkatkan prestasi syarikatsyarikat di malaysia yang terlibat dalam pembungkusan produk. Selain usahawanusahawan di malaysia, cadangan ini juga boleh digunakan sebagai rujukan oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Cadangan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: a)Pihak syarikat perlu mengekalkan kaedah bungkusan yang sedia ada kerana majoriti pengguna mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah pembungkusan yang sedia ada.b)Dalam merancang untuk memilih bungkusan, 5 elemen utama pembungkusan hendaklah dikaji terlebih dahulu agar bungkusan yang terbaik dapat dihasilkan. Setiap elemen yang digunakan hendaklah diaplikasikan dengan baik pada bungkusan agar fungsi setiap elemen tersebut mencapai matlamatnyac)Mungkin pihak syarikat boleh menggunakan bahan lain seperti tin dan balang plastik untuk membungkus produk mereka. Ini bagi memberi lebih banyak variasi dan kelainan kepada pengguna dalam memilih produk keluaran syarikat.d)Selain bahan yang digunakan, reka bentuk bungkusan juga boleh diubah mengikut satu kadar waktu tertentu agar ianya bersesuaian dengan trend semasa. Reka bentuk bungkusan yang menarik dapat menarik pengguna untuk melihat dan seterusnya membeli produk keluaran syarikat.e)Maklumat pemakanan yang dipaparkan pada bungkusan hendaklah disemak dari masa ke semasa agar maklumat yang dipaparkan benar-benar bertepatan dengan kandungan bungkusan, jelas dan tidak mengelirukan pengguna

8.0 RUMUSAN Kesimpulan dari tugasan ini, didapati pengguna mempunyai persepsi dan penilaian tersendiri ke atas pembungkusan produk produk di pasaran. Walaupun terdapat pengguna yang mempunyai persepsi negatif, namun jumlahnya amat sedikit. Akan tetapi pihak syarikat tidak boleh mengabaikan perkara ini dan harus mengenal pasti kekurangan yang mungkin tidak disedari oleh pihak syarikat. Ini adalah untuk kebaikan bersama bagi pihak syarikat dan pengguna. Melalui bungkusan yang menarik, berkualiti dan terbaik, pihak syarikat mempunyai kemampuan menjual produk mereka dengan mudah di pasaran. Manakala para pengguna pula dapat membeli produk yang berkualiti dengan bungkusan yang menarik dan terjamin. Selain itu, pihak syarikat tidak perlu menukar bungkusan yang sedia ada kerana pengguna mempunyai tahap penerimaan yang baik terhadap bungkusan tersebut. Pihak syarikat hanya perlu membuat penambahbaikan kecil pada bungkusan sedia ada. Penambahbaikan yang dimaksudkan adalah pengolahan warna pada bungkusan agar kelihatan lebih menarik, sesuai dengan bungkusan dan menonjolkan produk di pasaran. Ini adalah berdasarkan nilai min yang rendah bagi elemen warna pada bungkusan yang menunjukkan kekurangan pada warna yang digunakan.