67126762-refleksi-edu-3108-kkp

3
REFLEKSI Tugasan KKP EDU 3108 Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru adalah tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih pengajian Prasekolah Semester 8. Tugasan ini bertujuan untuk mengasah asas kepimpinan dan profesionalisme seorang guru dalam mempuh cabaran di dunia pekerjaan sebenar. Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu para guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas dan menganalisa maklumat untuk dipersembahkan sebagai satu hasil kerja yang berkualiti. Bagi melaksanakan tugasan ini saya membuat bacaan daripada pelbagai sumber seperti internet, buku, dan surat khabar. Bacaan dibuat untuk pencarian maklumat tentang isu yang berkaitan dengan guru di mana saya telah memilih dua isu iaitu isu guru ponteng sekolah dan guru cabul murid. Penyelidikan dibuat berdasarkan isu dengan melihat kepada aspek-aspek yang dilanggari, faktor penyebab dan kesan-kesan kepada pihak terbabit. Oleh yang demikian penilaian dibuat secara kritis bagi menghuraikan setiap aspek yang diselidik bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang disebut. Sewaktu menjalankan proses pencarian maklumat saya berhadapan dengan pelbagai masalah yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman sesawang dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan saya.

Upload: parames-mes

Post on 11-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Tugasan KKP EDU 3108 Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru adalah tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih pengajian Prasekolah Semester 8. Tugasan ini bertujuan untuk mengasah asas kepimpinan dan profesionalisme seorang guru dalam mempuh cabaran di dunia pekerjaan sebenar. Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu para guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas dan menganalisa maklumat untuk dipersembahkan sebagai satu hasil kerja yang berkualiti.Bagi melaksanakan tugasan ini saya membuat bacaan daripada pelbagai sumber seperti internet, buku, dan surat khabar. Bacaan dibuat untuk pencarian maklumat tentang isu yang berkaitan dengan guru di mana saya telah memilih dua isu iaitu isu guru ponteng sekolah dan guru cabul murid. Penyelidikan dibuat berdasarkan isu dengan melihat kepada aspek-aspek yang dilanggari, faktor penyebab dan kesan-kesan kepada pihak terbabit. Oleh yang demikian penilaian dibuat secara kritis bagi menghuraikan setiap aspek yang diselidik bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang disebut. Sewaktu menjalankan proses pencarian maklumat saya berhadapan dengan pelbagai masalah yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman sesawang dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan saya.Selain itu, masalah untuk membahagikan masa untuk tugasan ini dan komitmen terhadap perkara yang lain juga menggusarkan saya terutamanya ketika tarikh untuk menghantar tugasan semakin hampir. Situasi ini telah mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan betul dan menyedarkan saya untuk menggunakan peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin.

Berdasarkan tugasan ini saya telah mempelajari kaedah untuk membuat penyelidikan dokumen. Kaedah yang saya gunakan adalah dengan mencari isu-isu terkini yang berkaitan dengan guru melalui pelbagai sumber. Melalui maklumat yang diperolehi saya juga dapat menganalisis secara kritis dan kreatif. Menurut Sperry (1970), di mana ia menghuraikan otak manusia yang menggunakan otak kirinya adalah berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. Selain itu, dapatan baru hasil kajian saintifik yang dilakukan tentang keajaiban otak manusia menyimpan pelbagai maklumat, kuasa berfikir dan perkembangan pelbagai kecerdasan turut mempengaruhi pengajaran kemahiran berfikir (Abd Rahim,1999). Seterusnya saya dapat membincangkan isu secara kritikal iaitu mencari jalan penyelesaian kepada isu terbabit dengan membuat cadangan futuristik berdasarkan data yang diperolehi. Ini amat berguna apabila saya menjadi guru kelak kerana jika saya menghadapi isu yang serupa, saya mengetahui kaedah penyelesaian bagi menangani sesuatu isu dan saya juga dapat mengelak daripada menjadi punca isu tersebut.Melalui tugasan ini saya melihat isu berkaitan guru adalah isu yang sering dipaparkan di media massa sama ada bercetak ataupun elektronik. Guru adalah profesion yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan tidak hairanlah sekiranya berlaku isu berkaitan guru mendapat liputan yang meluas dari media massa. Berkemungkinan isu berkaitan guru dijadikan sebagai modal untuk melariskan jualan surat khabar kerana rata-rata masyarakat bermaklumat mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan media yang senang dicapai adalah melalui surat khabar. Saya mengaitkan tugasan ini dengan diri saya di mana saya mendapati saya perlu menghayati profesion keguruan dengan bersungguh dengan mendalami ilmu melalui budaya membaca, menyelidik dan menulis. Dengan cara demikian saya mendapat banyak pengetahuan seterusnya dapat meningkatkan asas kepimpinan dan profesionalisme sebagai seorang guru.Secara keseluruhan refleksi, guru perlu memahami dengan mendalam konsep etika, akauntabiliti dan integriti bagi mencapai asas kepimpinan dan profesionalisme yang jitu dan kukuh bagi menghadapi cabaran semasa. Guru perlu mengambil tindakan yang mana difikirkan baik bagi mencari jalan peningkatan profesionalisme dan membuat sempadan bagi sesuatu yang tidak baik seperti peribahasa menyebut buang yang keruh, ambil yang jernih.