document6

2
6.2 PERSEKITARAN Perilaku melihat perkembangan bahasa tidak lagi dianggap sebagai penjelasan yang layak tentang bagaimana anak memperoleh bahasa, namun banyak kajian menggambarkan persekitaran mempengaruhi kemampuan bahasa kanak - kanak. Michael Tomasello (2003, 2006; Tomasello & Carpenter, 2007) menekankan bahawa anak- anak muda sangat tertarik dalam dunia sosial mereka dan pada awal perkembangan, mereka dapat memahami bahasa melalui persekitaran. Dalam konteks ini, keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kemahiran berbahasa, malah sokongan padu daripada ibu bapa dan guru adalah penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Misalnya, di rumah aspek perkembangan bahasa berlaku secara tidak langsung melalui perbualan harian antara keluarga dan rakan sebaya menerusi ajukan percakapan serta peniruan bahasa. Di sekolah, pemerolehan bahasa diperolehi melalui komunikasi antara guru dan rakan-rakan sekolah serta pembelajaran bahasa dalam mata pelajaran contohnya Bahasa Melayu. Namun demikian, kajian mengenai masa interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibu bapa tersebut juga antara yang mempengaruhi pemerolehan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menurut Betty Hart dan Todd Risley (Santrock,2007) mendapati ibu bapa daripada golongan profesional menyediakan suasana persekitaran yang lebih baik untuk perkembangan bahasa kanak-kanak berbanding dengan golongan bukan profesional contohnya menyediakan perpustakaan mini dan penggunaan teknologi seperti komputer di rumah membolehkan kanak-kanak itu meneroka menerusi aktiviti pembacaan dan penerokaan maklumat, berbanding kalangan golongan bukan profesional yang hanya bergantung kepada pembelajaran bahasa di sekolah sahaja. Tambahan lagi, sebahagian golongan bukan profesional juga kurang berinteraksi dan susah

Upload: awie-zat

Post on 16-Dec-2015

308 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PERSEKITARAN

TRANSCRIPT

6.2 PERSEKITARANPerilaku melihat perkembangan bahasa tidak lagi dianggap sebagai penjelasan yang layak tentang bagaimana anak memperoleh bahasa, namun banyak kajian menggambarkan persekitaran mempengaruhi kemampuan bahasa kanak - kanak. Michael Tomasello (2003, 2006; Tomasello & Carpenter, 2007) menekankan bahawa anak-anak muda sangat tertarik dalam dunia sosial mereka dan pada awal perkembangan, mereka dapat memahami bahasa melalui persekitaran.Dalam konteks ini, keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kemahiran berbahasa, malah sokongan padu daripada ibu bapa dan guru adalah penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Misalnya, di rumah aspek perkembangan bahasa berlaku secara tidak langsung melalui perbualan harian antara keluarga dan rakan sebaya menerusi ajukan percakapan serta peniruan bahasa. Di sekolah, pemerolehan bahasa diperolehi melalui komunikasi antara guru dan rakan-rakan sekolah serta pembelajaran bahasa dalam mata pelajaran contohnya Bahasa Melayu.Namun demikian, kajian mengenai masa interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibu bapa tersebut juga antara yang mempengaruhi pemerolehan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menurut Betty Hart dan Todd Risley (Santrock,2007) mendapati ibu bapa daripada golongan profesional menyediakan suasana persekitaran yang lebih baik untuk perkembangan bahasa kanak-kanak berbanding dengan golongan bukan profesional contohnya menyediakan perpustakaan minidan penggunaan teknologi seperti komputer di rumah membolehkan kanak-kanak itu meneroka menerusi aktiviti pembacaan dan penerokaan maklumat, berbanding kalangan golongan bukan profesional yang hanya bergantung kepada pembelajaran bahasa di sekolah sahaja. Tambahan lagi,sebahagian golongan bukan profesional juga kurang berinteraksi dan susah untuk menerangkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak mereka. Malah dalam kajian lain menyatakan kanak-kanak yang banyak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka mempunyai empat kali ganda lebih perbendaharaan kata berbanding kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang pendiam.Kajian di sebuah prasekolah di Amerika (1998-1999), mendapati ibu bapa yang membaca buku kepada anak-anak mereka yakni tiga hingga empat kali seminggu akan menyebabkan anak-anak ini mempunyai kemahiran berbahasa lebih baik berbanding ibu bapa yang tidak berbuat sedemikian. Justeru itu, aspek perkembangan bahasa melalui persekitaran adalah penting dalam pembentukkan kemahiran berbahasa kanak-kanak samada di sekolah mahupun di rumah.