6-hsp tahun 6

14
Tahun 6 TEMA KEMASYARAKATAN TAJUK PELANCONGAN MASA HASIL PEMBELAJARAN 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN Aras 2 i. Menceritakan sesuatu peristiwa dengan penuh penghayatan menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. bercerita tentang keistimewaan tempat-tempat perlancongan di negara ASEAN menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Kewarganegaraan Nilai : Patriotisme, Kemasyarakatan EMK: TMK KP : Verbal Linguistik SISTEM BAHASA Sebutan dan intonasi Ayat majmuk

Upload: ati-mamora

Post on 11-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

6-HSP TAHUN 6

TRANSCRIPT

Kemahiran membaca

Tahun 6

TEMAKEMASYARAKATAN

TAJUKPELANCONGAN

MASA

HASIL PEMBELAJARAN2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARANAras 2

i. Menceritakan sesuatu peristiwa dengan penuh penghayatan menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran, murid dapat:

i. membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. bercerita tentang keistimewaan tempat-tempat perlancongan di negara ASEAN menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik.

PENGISIAN KURIKULUMIlmu : Kewarganegaraan

Nilai : Patriotisme, Kemasyarakatan

EMK: TMK

KP : Verbal Linguistik

SISTEM BAHASASebutan dan intonasi

Ayat majmuk

BAHAN BANTU BELAJARLampiran, borang markah

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid dapat membaca dan bercerita tentang keistimewaan tempat-tempat perlancongan di negara ASEAN menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik.

REFLEKSI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITIPENGISIAN KURIKULUMCATATAN

Melafazkan Pantun Empat Kerat1. Murid melafazkan pantun bertajuk Jiran Serantau.2. Guru dan murid berbincang mengenai pantun tersebut3. Murid melagukan semula pantun yang diberi mengikut irama Rasa Sayang.Nilai: Patriotisme, pemuafakatanIlmu: Kewarganegaraan

Sistem Bahasa:

Sebutan dan intonasi

KP: Verbal Linguistik

Lampiran 1- Pantun

Membaca dan Memahami

1. Murid membaca senyap petikan teks yang diedarkan untuk mendapatkan maklumat. 2. Murid membaca teks secara individu, berpasangan atau berkumpulan3. Murid menjawab soalan yang diberi berdasarkan teks yang dibaca menggunakan ayat yang betul.

4. Murid menyatakan pertukaran mata wang asing bagi tujuan perlancongan di negara ASEAN.

Nilai: Kerjasama

Ilmu : Celik Kewangan

Sistem Bahasa:

Sebutan dan intonasi

BCB: Bacaan Mekanis

KP: Verbal Linguistik

Lampiran 2

Petikan teks

Menaakul Dan Mengumpul Maklumat1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

2. Menggunakan perisian vle frog, murid melayari internet untuk mencari maklumat tentang tempat pelancongan yang menarik di negara-negara ASEAN.

Kumpulan 1 : Singapura

Kumpulan 2 : Thailand

Kumpulan 3 : Vietnam

Kumpulan 4 : Filipina

Kumpulan 5 : Brunei

3. Murid membina peta pemikiran i-Think untuk menerangkan maklumat tempat pelancongan yang menarik di negara-negara ASEAN.

Nilai : Patriotisme, Kemasyarakatan

Ilmu : Kewarganegaraan

Sistem bahasa:

Sebutan dan intonasi

KP: Verbal Linguistik

Lampiran 3

Peta pemikiran

Penilaian

(Pertandingan Pembentangan Peta Pemikiran)

1. Wakil kumpulan akan bertindak sebagai duta kecil bagi Program Pertukaran Pelajar Negara ASEAN.

2. Murid menerangkan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di negara tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. 3. Semua ahli kumpulan menilai pembentangan rakan mereka dengan mengisi borang markah.

Nilai : Patriotisme, Kemasyarakatan

Ilmu : Kewarganegaraan

Sistem bahasa:

Sebutan dan intonasi

KP: Verbal Linguistik

Lampiran Penilaian Borang

pemarkahan

Pemulihan.

1. Murid diberi gambar yang menunjukkan suasana di sebuah festival kebudayaan.

2. Murid membina lima ayat yang lengkap tentang suasana di festival kebudayaan tersebut.

3. Guru membimbing murid membina ayat dengan tepat.

Lampiran

- Gambar tunggal

Pengayaan

1. Murid meneliti gambar tempat-tempat yang menarik di Malaysia.2. Murid menulis karangan surat kiriman tidak rasmi kepada seorang rakan dari negara ASEAN untuk menceritakan tempat-tempat yang menarik di Malaysia.KB : Mentafsir, merumusMedia:

Lampiran

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3

PETA BUIH

Penilaian

Pertandingan Pembentangan Peta Pemikiran.Kumpulan: ......................

BilNama MuridMarkahKedudukan

Dihakimi oleh:

Pemulihan

1. ....................................................................................................................................................2.

3.

4.

5.

Pengayaan

Lafazkan pantun di bawah

Pantun Jiran Serantau

Batu geliga batu permata,

Diikat dengan butiran mutiara;

Jiran serantau saudara kita,

Layanlah dengan beramah mesra.

Gerimis bercucuran hujan tak lebat,

Gugur bertaburan si bunga langsat;

Negara ASEAN perlu bermuafakat,

Agar hubungan sentiasa erat.

Asah di batu si tanduk rusa,

Rusanya mati dilanggar kereta;

Bantu membantu tak kira masa,

Hidup muafakat aman sejahtera.

Baca dan fahami teks di bawah.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cikgu Fazlina, guru kelas Tahun Enam Bestari dan rakan sekalian. Saya Meriam Octavia dari Bali, Indonesia, peserta Program Pertukaran Pelajar Malaysia-Indonesia 2015. Saya berasa senang sekali berada di sini walaupun ini merupakan kali pertama saya berkunjung ke Malaysia.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Pada kesempatan ini, saya ingin menceritakan keistimewaan tempat tinggal saya, iaitu Bali. Antara tarikan utama pengunjung ke Bali ialah tarian kecak dan api di arena pertunjukan di Uluwatu ketika matahari sore menjelang. Tarian kecak dan api ini tidak diiringi sebarang alat muzik tetapi menggunakan paduan suara para penarinya yang menyebut Kecakkecakkecak. Tarian ini akan mencapai kemuncaknya ketika Hanoman, iaitu Sang Kera Putih diikat di tengah gelanggang arena lalu sabut kelapa dibakar di sekelilingnya. Hanoman yang dapat melepaskan dirinya akan menendang dan menginjak api-api itu hingga padam. Para penonton yang duduk di tepi arena gelanggang akan memberikan tepukan gemuruh.

Tarikan lain yang terdapat di Bali ialah gunung berapi di Kintamani. Gunung berapi ini berada pada ketinggian 900 meter di atas permukaan laut dan suhunya yang sejuk pada waktu siang dan dingin pada waktu malam. Lokasi gunung berapi ini yang dingin menjanjikan panorama indah di sekeliling gunung berapi ini. Dari jauh, kita dapat melihat dengan jelas gunung berapi itu berwarna hitam dan kepulan awan seakan-akan asap yang keluar dari dalam kawah gunung berapi itu.

Selain itu, kawasan penanaman padi bukit di Tegalalang ialah daya penarik lain pelancong ke Bali. Di kawasan Tegalalang ini, para pelancong akan berasa kagum akan hamparan padi menghijau yang ditanam di petak-petak sawah di teres bukit. Apabila berkunjung ke sini, para pelancong akan tertanya-tanya bagaimana pesawah-pesawah di sini mengairi sawah mereka di teres bukit itu. Rimbunan pepohon kelapa pula ditanam di tepi teres-teres sawah ini.

Akhir sekali, tarikan pengunjung ke Bali ialah keenakan kopi luwak. Kopi luwak ini antara kopi termahal di dunia kerana cara pembuatannya yang pelik. Saya difahamkan oleh ayah saya, para petani akan memetik buah kopi yang terbaik sebelum luwak, iaitu sejenis haiwan seakan-akan musang memakan buah kopi itu. Kopi luwak akan terhasil apabila luwak itu mengeluarkan najis luwak. Namun, bagi peminat kopi tegar, keenakan kopi luwak ini mengatasi segala-galanya.

Hingga di sini sahaja yang dapat saya cerita. Saya berharap agar rakan-rakan dapat membantu saya menyesuaikan diri semasa berada di sini. Sekian, terima kasih.

Bina peta pemikiran i-Think untuk menerangkan maklumat tempat pelancongan yang menarik di negara-negara ASEAN.

Tempat Pelancongan

Pertandingan Pembentangan Peta Pemikiran

Bina ayat berdasarkan suasana di sebuah festival kebudayaan.

Tulis surat kiriman tidak rasmi kepada seorang rakan dari negara ASEAN untuk menceritakan tempat-tempat yang menarik di Malaysia berpandukan gambar di bawah.