6 6 14 6 4...6 6 14 6 4 residensi seni residensi reka bentuk fellowship media residensi perkhidmatan...

4
KHAZANAH RESIDENCY PROGRAMME 0101011100 1101010101 1010101110 1001110101 An initiative by Khazanah Nasional @K H A Z A N A H R E S I D E N C Y # K H A Z A N A H R E S I D E N C Y PROGRAM RESIDENSI KHAZANAH *Maklumat yang terdapat dalam brosur ini adalah tepat semasa penerbitan/dimuat naik. TENTANG PROGRAM INI Program Residensi Khazanah menyokong bakat muda tempatan yang mempamerkan kebolehan dan pencapaian luar biasa dalam disiplin terpilih dengan membantu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian mereka dalam bidang masing-masing. Program-program yang ditawarkan termasuk residensi, fellowship atau kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi terkenal di seluruh dunia. Program yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, mereka hanya diminta untuk berkongsikan pengalaman yang diperoleh daripada residensi masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia secara amnya. ARTIS ARKITEK WARTAWAN KAKITANGAN KHAZANAH & GLC PENJAWAT KERAJAAN PESERTA TAJAAN* Wolfson College, Cambridge, UK Acme Studios, London, UK AA School of Architecture, London, UK ANZSOG, Canberra, Australia LKY NUS, Singapore ANZSOG, Wellington, NZ 6 6 14 6 4 RESIDENSI SENI RESIDENSI REKA BENTUK FELLOWSHIP MEDIA RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM *Setakat Januari 2020

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KHAZANAH RESIDENCYPROGRAMME

    0101011100110101010110101011101001110101

    An initiative by Khazanah Nasional

    @K H A Z A N A H R E S I D E N C Y# K H A Z A N A H R E S I D E N C Y

    PROGRAM RESIDENSIKHAZANAH

    *Maklumat yang terdapat dalam brosur ini adalah tepat semasa penerbitan/dimuat naik.

    TENTANG PROGRAM INIProgram Residensi Khazanah menyokong bakat muda tempatan yang mempamerkan kebolehan dan pencapaian luar biasa dalam disiplin terpilih dengan membantu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian mereka dalam bidang masing-masing. Program-program yang ditawarkan termasuk residensi, fellowship atau kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi terkenal di seluruh dunia. Program yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, mereka hanya diminta untuk berkongsikan pengalaman yang diperoleh daripada residensi masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia secara amnya.

    ARTIS ARKITEK WARTAWAN KAKITANGANKHAZANAH & GLC

    PENJAWAT KERAJAAN

    PESERTA TAJAAN*

    Wolfson College, Cambridge, UK

    Acme Studios, London, UK

    AA School ofArchitecture,London, UK

    ANZSOG, Canberra, Australia

    LKY NUS, Singapore

    ANZSOG, Wellington, NZ

    6 6 14 6 4

    RESIDENSI SENI

    RESIDENSI REKA BENTUK

    FELLOWSHIP MEDIA

    RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM

    *Setakat Januari 2020

  • SENI

    ACME STUDIOS, LONDON

    KRITERIA & KEL AYAKAN

    STRUKTUR PROGRAM

    APA YANG KAMI BIAYA

    Dilancarkan pada tahun 2017, Program Residensi Artis Bersekutu Khazanah Nasional (KAAR) bertujuan untuk memberi peluang kepada artis tempatan yang kian meningkat naik (emerging) dalam bidang seni halus untuk menimba ilmu dan pengalaman menerusi program residensi seni untuk tempoh 12 minggu di Acme Studios, London. Setiap tahun, program sokongan artis ini menyediakan ruang yang selamat dan praktikal bagi sehingga dua (2) orang artis yang terpilih untuk menginap dan berkarya, serta menerima manfaat daripada bimbingan program sokongan artis dan pembangunan profesional sepanjang tempoh program tersebut.

    • 12 minggu (Sep – Dis)• Menghasil karya seni untuk

    pameran pasca residensi• Manganjur pameran solo serta

    sesi perkongsian ilmu (pasca residensi)

    • Tarikh Tutup Permohonan: 1 March 2021

    • Tiket penerbangan pergi-balik (Kelas Ekonomi)

    • Yuran Residensi (termasuk program sokongan dan penginapan di London)

    • Elaun sara hidup• Elaun bahan dan peralatan

    asas karya seni (sekali sepanjang program)

    • Insurans perubatan/kesihatan

    KAAR dijalankan dengan kerjasama Acme Studios, London. Ditubuhkan pada tahun 1972, Acme berhasrat untuk menyokong para artis menerusi penyediaan ruang studio serta program residensi dan anugerah yang bertujuan untuk mentranformasikan amalan artis di semua peringkat kerjaya mereka. Setiap residensi direka khusus untuk memenuhi keperluan dan amalan seseorang artis dengan memberi kesempatan kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan, membina hubungan serta memberi tumpuan kepada

    penghasilan karya seni baharu dalam persekitaran yang disokong sepenuhnya. Para peserta akan memperoleh manfaat daripada sesi lawatan studio dan kritikan berkumpulan, dengan mentor jemputan dari galeri seni terkemuka, barisan kurator, organisasi kebudayaan dan barisan artis kontemporari yang berkarya di London. Para peserta juga akan dijemput ke pameran tertutup, majlis dan sesi jalinan rangkaian bersama-sama artis residensi Acme yang lain.

    Artis (sepenuh masa) warga negara Malaysia yang kian

    meningkat naik –

    Berpengalaman profesional kira-kira 5 hingga 10 tahun,

    tidak termasuk tempoh pendidikan formal

    –Pernah menganjurkan sekurang-kurangnya

    satu pameran solo atau berkumpulan

    –Fasih berbahasa Inggeris

    (percakapan dan penulisan)–

    Boleh menyediakan portfolio karya untuk dinilai oleh barisan panel pemilihan

    –Keutamaan diberikan kepada

    artis yang tidak pernah menyertai residensi di luar

    negara

    RESIDENSI

  • ZULKIFLEE LEE, KOHORT 2019

    “Residensi ini telah memberi peluang kepada saya untuk keluar daripada rutin dan zon selesa saya. Program ini memberikan saya

    masa dan ruang untuk mencuba cara baharu untuk saya menghasilkan karya seni sama ada secara teknikal mahupun kosep. Bahan-bahan

    seni, persekitaran dan kenalan baharu telah banyak mambantu saya dan memberi perspektif baharu kepada amalan karya seni saya.”

    WINNIE CHENG, KOHORT 2018

    “London adalah salah sebuah kota raya yang mempunyai pengaruh kesenian utama dengan bertapaknya galeri seni, institusi kesenian

    dan pameran seni yang masyhur. Program ini adalah program kendalian sendiri (self-directed) dan membolehkan saya untuk

    meluangkan masa sepenuhnya bagi melihat, menimba pengalaman dan menghasilkan karya seni saya di ruang studio yang disediakan. Tambahan lagi, sesi bersama mentor yang terdiri daripada barisan

    artis dan kurator yang berpengalaman memberikan saranan yang baik dan bermakna untuk saya menghalusi amalan karya saya.”

    HAFFENDI ANUAR, KOHORT 2018

    “KAAR adalah program yang sangat baik untuk mendedahkan artis Malaysia yang kian meningkat naik dengan persekitaran seni di

    London. Sepanjang program ini, saya berpeluang untuk memperoleh dua kemahiran baharu; acuan jesmonite dan juga seramik dan penyaduran serta membina hubungan dengan barisan artis dan kurator yang ternama yang sukar untuk artis luar negara temui

    sekiranya tidak biasa dengan kota London.”

    RAJA AZEEM IDZHAM (AJIM JUXTA), KOHORT 2017

    “Program di Acme Studios, London telah memberikan saya peluang untuk menyemai dan membina kerjaya seni saya dalam pelbagai

    aspek sebagai artis profesional, khususnya sesi bersama mentor dan pendedahan kepada persekitaran seni di kota London. Seterusnya ia

    membolehan saya untuk meningkatkan hasil karya seni saya ke tahap yang lebih baik seperti yang saya pamerkan melalui pameran pasca

    residensi saya.”

    TESTIMONI

    “Matlamat Acme adalah untuk memberi impak yang nyata. Bekerjasama dengan Khazanah Nasional membolehkan kami menjemput artis-artis yang berbakat besar dari Malaysia ke pusat komuniti seni antarabangsa yang terdapat di London, di samping memberi peluang kepada mereka untuk mentransformasikan hasil dan haluan karya mereka.”

    LEA O’LOUGHLINPengarah Bersama, Acme Studios, London

  • PERMOHONAN & MAKLUMAT L ANJUT –

    Hubungi:[email protected]

    DENGAN KERJASAMA –

    AKTIVITI PASCA RESIDENSI

    TUGU | UGUT A co l laborat ive Exhib i t ion oleh A j im Juxta

    ( 15 NOV – 2 DIS 2018)

    HIDDEN BEYOND YESTERDAY Azam Ar is 10 Years and Now

    (22 DIS 2018 – 5 JAN 2019)

    MIRROR MIRROR oleh Winnie Cheng

    (20 JUL – 3 OGOS 2019)

    MIDDAY STANZA o leh Haf fendi Anuar

    (23 JAN – 16 FEB 2019)