6.1 3d

16
Pensyarah: Hj. Rekkeman bin Kusut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Upload: allison93

Post on 25-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

6.1 3D

TRANSCRIPT

Pensyarah: Hj. Rekkeman bin Kusut

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Dari segi bahasa, bahan 3 dimensi ialah bahan yang mempunyai isipadu iaitu panjang, lebar dan tinggi.

Bahan 3D atau tiga dimensi ialah bahan-bahan yang sebenar, sama ada berbentuk asli atau modelnya yang dibuat sama dengan saiz benda asal ataupun dikecilkan menggunakan skala tertentu.

Realia ialah bahan bahan yang sebenar yang dibuat oleh manusia seperti benda-benda yang telah digunakan seperti artifak.

Contoh-contoh realia ialah anak patung sebenar, pakaian, perkakas rumah, barang barang mainan seperti gasing dan hasil-hasil kraftangan.

Bahan-bahan realia tebahagi kepada dua iaitu bahan realia dalam konteks dan bahan realia di luar konteks.

Apabila kita berada dalam satu latihan mekanik di sesebuah gudang, maka bahan realia dalam konteks ini adalah mesin dan bahagiannya-bahagiannya yang terdapat dalam gudang itu.

Oleh kerana banyak bahan realia atau mesin sebenar dan bahagian bahagian kecilnya terdapat dalam bahan realia ini (iaitu mesin-mesin di kilang boleh menyebabkan kecederaan kepada pelajar atau berlaku kerosakan kepada bahan-bahan itu jika tidak digunakan dengan cermat semasa mengajar).

Maka satu perancangan dan kawalan yang terperinci perlu disediakan sebelum bahan-bahan realia di dalam konteks dapat digunakan dalam pengajaran.

Jenis ini merupakan bahan realia yang digunakan di luar tempat barang itu terdapat.

Misalnya membawa sebuah mesin dari gudang ke dalam bilik darjah untuk dipelajari.

Jika bahan-bahan realia ini dikeluarkan dari keadaan keseluruhan konteksnya, pembelajaran murid menjadi lebih terkawal dan pengajaran menjadi lebih mudah.

Model adalah bahan 3 dimensi yang menggambarkan objek–objek sebenar tetapi berbeza dari segi saiz, bahan dan fungsi.

Model olok-olok mungkin boleh dibuka atau dikeluarkan bahagian-bahagiannya untuk dikaji satu persatu.

Ia boleh diperbuat daripada bahan lutsinar seperti bahan plastik supaya murid boleh melihat bahagian-bahagiannya.

Pada amnya, model olok-olok adalah serupa saiznya dengan benda asal manakala model merupakan saiz yang lebih kecil atau lebih besar daripada benda asal.

Walau bagaimanapun istilah model dan model olok-olok biasa digunakan seolah-olah kedua-dua perkara itu adalah sama.

Model biasanya digunakan untuk digunakan untuk menggambarkan perhubungan-perhubungan statik atau perhubungan kedudukan.

Diorama ialah istilah yang berasal daripada bahasa Yunani yang bererti ‘melihat melalui’.

Hal ini adalah berkaitan dengan ciri-cirinya seperti model tiga dimensi, latar belakang yang melengkung, pemberian kesan-kesan istimewa seperti pemandangan yang realistik, pemberian kesan penglihatan dan akhirnya ia berkesan kerana banyak butiran lanjut dapat dimasukkan dalam model diorama.

Konsep yang betul dibina di mana murid boleh melihat benda yang sebenarnya.

Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna.

Murid dapat memahami sifat dan binaan dan sesuatu pergerakan benda itu dengan lebih baik.

Memberi pengalaman kepada keadaan sebenar.

Pelajar dapat memahami dengan jelas mesej yang ingin disampaikan.

Pelajar dapat merasa sendiri keadaan sebenar sesuatu fizikal tersebut.

Meningkatkan imaginasi pelajar.

Memberi peluang yang banyak kepada kepada pelajar untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain.

Menimbulkan semangat ingin tahu.

Memerlukan kawalan yang rapi daripada guru.

Kos penyediaan agak tinggi.

Memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menyampaikan pengajaran melalui media pengajaran sebegini.