6 peranan video dlm pendidikan

12
CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN SERTA PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN Nurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia ABSTRAK Biasanya pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai hubungkait dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Artikel ini mengupas mengenai peranan video dalam pendidikan. Selain daripada itu, artikel ini juga mengupas mengenai isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah yang dihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan, artikel ini menekankan kepentingan aplikasi video dalam pendidikan disamping beberapa kaedah yang boleh digunakan supaya objektif pembelajaran dapat dicapai. PENGENALAN Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video

Upload: zainab-adnan

Post on 20-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 Peranan Video Dlm Pendidikan

CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN SERTA PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN Nurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia ABSTRAK

Biasanya pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai hubungkait

dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran seperti video yang terdiri

daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat

dan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Artikel ini mengupas mengenai

peranan video dalam pendidikan. Selain daripada itu, artikel ini juga mengupas

mengenai isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah yang

dihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Sebagai kesimpulan, artikel ini menekankan kepentingan aplikasi

video dalam pendidikan disamping beberapa kaedah yang boleh digunakan

supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.

PENGENALAN

Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu

guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan

sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan

dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah

berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya

telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa

kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.

Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakan

video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsep

kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar

bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan

kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran

Page 2: 6 Peranan Video Dlm Pendidikan

menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap

mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan

kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video

merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan

pengalaman pelajar.

PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu

pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat

membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau

peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya.

Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada

atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada

pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja

stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar

secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau

menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang

memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah

berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.

Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar.

Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika

dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar

mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada

mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu

pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet

mereka.

ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Page 3: 6 Peranan Video Dlm Pendidikan

Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah

menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik. Gabungan elemen

mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan

perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam

pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran dan

pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan dan

pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan

melaui ’gerak perlahan’ dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapat

dibawa masuk ke dalam kelas.

Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu

isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi

kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi

salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam

mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga

menjadi salah satu isu aplikasi media ini.

ciri-ciri video pembelajaran yang berkesan dan peranannya dalam pendidikan

kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah

lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.

Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakan

video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsep

kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar

bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan

Page 4: 6 Peranan Video Dlm Pendidikan

kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran

menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap

mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan

kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video

merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan

pengalaman pelajar.

PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu

pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat

membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau

peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya.

Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada

atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada

pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja

stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar

secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau

menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang

memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah

berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.

Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar.

Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika

dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar

mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada

mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu

pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet

mereka.

Page 5: 6 Peranan Video Dlm Pendidikan

ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah

menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik. Gabungan elemen

mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan

perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam

pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran dan

pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan dan

pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan

melaui ’gerak perlahan’ dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapat

dibawa masuk ke dalam kelas.

Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu

isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi

kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi

salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam

mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga

menjadi salah satu isu aplikasi media ini.

Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara efektif untuk

memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video perlulah

dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Guru perlulah mengadakan aktiviti sebelaum, semasa dan

selepas tayangan. Sebelum tayangan bermula, guru boleh berbincang dengan

murid tentang pengalaman yang lepas disamping menerangkan istilah atau

perkataan baru dan menerangkan kandungan rancangan.

Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau

perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menonton bersama-sama

murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang sedang ditayangkan. Selepas

Page 6: 6 Peranan Video Dlm Pendidikan

tayangan, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya disamping

mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan

terhadap butiran-butiran yang penting.

CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat

membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti

yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara

sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan

sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap

beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan

pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman

pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu,

interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara bahan

pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang berkesan

iaitu:

i. Matlamat/ Objektif

Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis.

Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti perkembangan

teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran.

Menurut Ee Ah Meng (1999), media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan

teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu

sendiri. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan

mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka

latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.

ii. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Page 7: 6 Peranan Video Dlm Pendidikan

Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses

pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan

animasi dan penggunaan warna. Sesuatu media mampu membantu proses

pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. Latihan yang diberikan mencukupi

dan berkaitan isi kandungan dalam media yang digunakan.

Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat

untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik

melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan

penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan pelajar-pelajar kerana

perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan.

Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam

pembelajaran

Media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat

menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya

mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999),

penggunaan media dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang

lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan.

iii. Kandungan

Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan

seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu

masalah. Pengenalan dan kandungan mudah difahami dan mencapai objektif

yang ditetapkan. Kandungan sesuatu media yang digunakan sebagai ABBM

mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar.

Page 8: 6 Peranan Video Dlm Pendidikan

Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan

seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Pengolahan

kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini.

Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah

disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang

sesuai.Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran dapat menambahkan

dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan mestilah

berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan konsep-konsepnya. Media yang

bersesuaian dapat memenuhi kehendak- kehendak isi dan objektif pelajar.