peranan pengetua dlm kokurikulum

79
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERANAN PENGETUA SEBAGAI PENGURUS KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING. SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya NOR AZAH BINTI AZMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:- 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan teisis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 118, TMN MULIA, JALAN KESANG LAUT, DR MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN 84000 MUAR, JOHOR . Nama Penyelia Tarikh: 30. 10. 2007 Tarikh: __________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: auliya-al-zahra

Post on 02-Jul-2015

384 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERANAN PENGETUA SEBAGAI PENGURUS KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING.

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya NOR AZAH BINTI AZMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:- 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan teisis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 118, TMN MULIA, JALAN KESANG LAUT, DR MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN 84000 MUAR, JOHOR. Nama Penyelia

Tarikh: 30. 10. 2007 Tarikh: __________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan (Pengurusan Dan Pentadbiran) "

Tandatangan : ………………………….

Nama Penyelia : DR. HJ. MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh : ………………………….

Page 3: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

PERANAN PENGETUA SEBAGAI PENGURUS KOKURIKULUM DI SEKOLAH

MENENGAH DAERAH MERSING

NOR AZAH BINTI AZMAN

Disertasi ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan ijazah Sarjana Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2007

Page 4: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan: …………………………………………..

Nama Penulis: NOR AZAH BINTI AZMAN

Tarikh:

Page 5: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

iii

DEDIKASI

Untuk ibu dan papa tersayang,

Khusus buat suami tercinta, Mohd Hapiz Bin Raya,

Anak-anak, Mohd Haziq dan Iwani,

Kasih sayang dan dorongan kalian amat kuhargai buat selamanya.

Page 6: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT. kerana dengan keizinan-Nya

dapat saya menyiapkan Kertas Projek ini. Saya terlebih dahulu melafazkan sekalung doa dan

ucapan terima kasih kepada Penyelia Kertas Projek, Dr. Mohd. Anuar Bin Abdul Rahman

yang telah memberikan bimbingan dan pandangan bagi menyiapkan Kertas Projek ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah lain yang telah banyak

memberikan pelajaran serta pengajaran kepada saya selama mengikuti kursus ini bagi

menambahkan ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Bagi kedua-dua ibu bapa, terima kasih , dorongan dan segala pengorbanan yang

dicurahkan dan diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Ribuan terima kasih kepada suami

tercinta, Mohd Hapiz Bin Hj. Raya kerana memahami masalah yang dihadapi oleh isteri

sebagai seorang pelajar dan sentiasa memberikan restu bagi meneruskan perjalanan dalam

mendapatkan ilmu bagi bekalan meneruskan wadah perjuangan di alam pekerjaan di

kemudian hari. Adik-adik yang memahami, angah dan adik terima kasih juga diucapkan

kerana sentiasa memberikan dorongan dan inspirasi. Buat anak-anak yang dikasihi;

Muhammad Haziq dan Iwani, kesabaran kalian menjadi pendorong kepada ibu meneruskan

pengajian. Semoga anakanda berdua akan menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Page 7: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat persepsi penyelaras kokurikulum

terhadap peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah-sekolah menengah

daerah Mersing. Aspek pengurusan kokurikulum yang dilihat adalah pengetua sebagai

perancang, pengelola, pemimpin, dan pengawal pengurusan kokurikulum serta pengurusan

kokurikulum secara keseluruhan. Sampel kajian ini terdiri daripada 90 orang guru dari 9

buah sekolah menengah di daerah Mersing. Kajian ini bersifat deskriptif dengan

menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan kepada panduan pengurusan

kokurikulum yang telah dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Sekolah. Soal selidik telah diuji

terlebih dahulu untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahan dengan mengadakan satu

kajian rintis dan kemudian dianalisis dengan menggunakan alpa Cronbach dan mendapati

nilai Alpha adalah 0.952. Data yang diperolehi dianalisis telah menggunakan kaedah

deskriptif bagi menerangkan dapatan Skor min dan sisihan piawai digunakan bagi

menerangkan setiap dimensi yang dikaji. Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menilai

persepsi penyelaras kokurikulum berdasarkan maklumat demografi penyelaras kokurikulum

untuk peranan yang dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah.

Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru mempersepsikan pengetua mereka memainkan

peranannya dalam pengurusan kokurikum pada tahap sederhana bagi setiap dimensi dan

pengurusan keseluruhan. Justeru itu, diharapkan agar pengetua memainkan peranan yang

lebih efektif dalam pengurusan kokurikulum agar guru dapat merasakan pengetua sentiasa

terlibat dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah.

Page 8: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

vi

ABSTRACT

The aim of the study was to investigate at the co-curriculum coordinator perception

to wards role of principals in co-curriculum management in Mersing district. The principal’s

of co-curriculum management studied includes the area ofplanning,organizing, controlling

and overall leadership. The sample onsists of 90 teachers from 9 secondary school in

Mersing. The study carried out is descriptive in nature using a set of questionnaire based on

the “ Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah” by Jemaah Nazir Sekolah

Persekutuan with chapter on co-curriculum management as a guide its validity and

reliability. Analysis using the Alpha Cronbach resulted in an Alpha value of 0.952. The data

were analysed using descriptive statistic. Each of the dimension is explained using mean

score and standard deviation.T-Test and ANOVA based on the co-curiculum coordinator

demographic background are also carried out to evaluate the co-curriculum coordinator

perception to wards the role of principal in co-curriculum management. The findings

indicate that the principals were perceived to be performed their co-curriculum management

for every dimension and overall, at a moderate level only. Therefore, the principal were

hoped to play more effective roles in their co-curriculum management , so the teachers will

feel that the principals always involved in their co-curiculum management schools.

Page 9: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian Dan Hipotesis 8

Kajian

1.5.1 Persoalan Kajian 8

1.5.2 Hipotesis Kajian 9

1.6 Rasional Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop Batasan kajian 11

1.9 Kerangka Kajian 13

1.10 Definisi Kajian 16

Page 10: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

viii

1.10.1 Peranan Pengetua 16

1.10.2 Pengurusan Kokurikulum 16

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Konsep pengurusan 18

2.2.1 Pengurusan 18

2.2.2 Kokurikulum 27

2.2.3 Dasar Pelaksanaan Kokurikulum 29

Di Sekolah

2.2.4 Tujuan Program 31

Kokurikulum

Di Sekolah

2.2.5 Konsep Kesepaduan 32

Dalam Kokurikulum

Bersepadu

2.3 Pengetua Sebagai Pengurus 33

Kokurikulum

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk 37

3.3 Tempat dan Sampel Kajian 38

3.4 Instrumen 39

3.5 Kebolehpercayaan Dan Kesahan item 41

3.6 Prosedur Kajian 42

3.7 Analisis Data 43

Page 11: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

ix

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 46

4.2 Analisis tentang latar belakang responden 47

4.3 Dimensi Peranan Yang Sepatutnya 51

dan Yang Sebenar Dilakukan Oleh

Pengetua

4.4 Pengujian Hipotesis 52

4.4.1 Hipotesis 1 (Ho1) 52

4.4.2 Hipotesis 2 (Ho2) 53

5 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan Kajian 54

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 56

5.4 Cadangan Dan Tindakan 60

5.5 Penutup 61

RUJUKAN 63

Page 12: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

x

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Pembahagian Item Pengetua Sebagai Pengurus 40

Kokurikulum (Perancang, Pengelola, Pemimpin, dan Pengawal)

3.2 Jadual objektif dan statistik yang digunakan 44 3.3 Pengukuran Tahap 44 4.1 Analisis Bilangan Responden Mengikut Jawatan 47

Yang Disandang, Umur Serta Jantina 4.2 Analisis Responden Mengikut Jawatan Yang 48

Disandang, Kelulusan Akademik Tertinggi Dan Jantina

4.3 Analisis Responden Mengikut Jawatan Yang 49

Disandang, Kelulusa Akademik Tertinggi Dan Jantina

4.4 Peranan Yang Sepatutnya Dan Yang Sebenar 51

Dilakukan Oleh Pengetua 4.5 Ujian-t Bagi Amalan Pengetua Sebagai Pengurus 52

Kokurikulum Mengikut Jantina.

4.6 ANOVA bagi amalan pengetua sebagai pengurus 53 kokurikulum mengikut jawatan penyelaras kokurikulum sekolah.

Page 13: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

xi

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Kerangka Kajian 13 2.1 Proses Pengurusan Dalam Organisasi 21 2.2 Konsep Pengurusan Taylor 26

Page 14: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang

dilaksanakan diluar bilik darjah. Menurut Abd.Alim (1995), aktiviti kokurikulum

merupakan kesinambungan dan pengukuhan kepada program atau aktiviti

pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum. Kegiatan kokurikulum sesungguhnya

penting untuk membantu melengkapi dan memperkukuhkan proses pembelajaran di

dalam bilik darjah, di samping itu ianya dapat menunjukkan perubahan tingkah laku

dan banyak mempengaruhi sahsiah murid. Justeru itu, Kementerian Pelajaran telah

mewajibkan semua sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum dan setiap pelajar

pula ditegaskan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah diprogramkan.

Kementerian Pelajaran (1989), menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak

kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman

pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik

darjah seperti bidang badan beruniform, bidang persatuan dan kelab dan bidang

sukan dan permainan.

Ibrahim (2001) merumuskan kegiatan kokurikulum adalah satu bidang

pembelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan perlu dilakukan

dalam masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum adalah berorentasikan dari dan

Page 15: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

2

bukan berasaskan mata pelajaran akademik. Kegiatan-kegiatan kokurikulum juga

dikatakan satu cara bagi mencapai matlamat-matlamat pendidikan. Berdasarkan

laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)

menyatakan bahawa gerak kerja kokurikulum ini;

“...adalah penting untuk menyemai, memupuk, dan menanam perasaan

kekitaan atau ‘esperit de corps’ di antara pelajar-pelajar berbagai-bagai

keturunan. Aktiviti kokurikulum bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya

bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin,

berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai”.

(sumber: Laporan Jawatankusa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaan

tahun 1979)

Namun begitu, sekolah-sekolah di Malaysia masih terdapat kelemahan dari

segi pelaksanaan dan keberkesanan gerak kerja kokurikulumnya. Antara sebab-

sebabnya adalah wujudnya anggapan bahawa gerak kerja kokurikulum ini tidak

penting kerana tidak menekankan domain intelek. Menurut Coleman (1961), melalui

model ‘Zero Sum’ menegaskan bahawa penglibatan yang tinggi oleh para pelajar

dalam kegiatan kokurikulum akan melemahkan pencapaian akademik mereka akibat

daripada pengurangan masa yang digunakan untuk pembelajaran akademik.

Walaubagaimanapun, banyak kajian yang dibuat selepas Coleman (1961)

yang menunjukkan dapatan sebaliknya. Contohnya, menurut Holland dan Andre

dalam buku pengurusan sekolah (Omardin : 1999), penglibatan pelajar di dalam

kegiatan kokurikulum menggalakkan perkembangan keseluruhan individu itu.

Penglibatan pelajar dalam kokurikulum juga boleh menghasilkan kesan yang positif

yang dapat dilihat daripada ciri-ciri penghargaan kendiri pelajar yang tinggi,

keupayaan untuk mengawal kehidupan sendiri, mempunyai aspirasi yang tinggi serta

mempunyai pencapaian akademik yang tinggi terutama bagi pelajar lelaki, di

samping penglibatan dalam aktiviti sosial dan politik yang tinggi.

Di sekolah, pengetua merupakan individu yang paling penting untuk

menerajui kegiatan kokurikulum. Pengetua juga merupakan individu penting yang

berusaha memimpin sesebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Sebagai

ketua dalam organisasi sekolah, pengetua diharap dapat mentadbir dan mengurus

Page 16: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

3

ketiga-tiga bidang tugas sekaligus. Sebagai pengurus kokurikulum pula, pengetua

seharusnya mempunyai asas-asas pengetahuan semasa yang terkini untuk

menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap, berwibawa, berkualiti serta

berpandangan jauh dalam merangka program terhadap kemajuan kokurikulum dalam

organisasinya. Dalam hal ini pengetua harus mempunyai idea yang bernas dan

pemikiran yang strategik. Oleh itu, bagi menentukan perancangan strategik ini,

pengetua perlu menentukan visi dan misi yang dapat dicapai melalui perancangan

jangka panjang yang terperinci, pelaksanaan yang tepat serta penilaian dan

pengawasan prestasi yang berkesan agar tahap pencapaian kokurikulum di sekolah

mencapai matlamatnya. Pengetua memerlukan perancangan dan pengurusan sumber

tenaga yang kemas iaitu bertindak sebagai perancang utama tetapi melaksanakannya

melalui ‘empowerment’kepada organisasi dibawahnya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Tugas mengurus sekolah pada masa ini sangat mencabar, hanya pemimpin

sekolah terutamanya pengetua yang mengetahui beban tugas yang dipikul apabila

berhadapan dengan pelbagai harapan dari pelbagai pihak. Sekiranya dahulu seorang

pengetua boleh menjalankan tugasnya dengan selesa kerana tidak banyak sangat

kerenah yang dihadapi. Tetapi dewasa ini, masyarakat sudah berubah menjadi lebih

kompleks, lantas banyak perkara yang ditimbulkan dari segi isu-isu pendidikan.

Lantaran itu seorang pengetua sekolah, sama ada sekolah rendah atau sekolah

menengah, tidak boleh cepat berpuashati dengan apa yang ada padanya. Pengetua

perlulah menambahkan lagi kepakaranya dalam kepemimpinan bukan sahaja untuk

melicinkan pengurusan murid, guru, kakitangan, kurikulum, kokurikulum, keceriaan

kawasan dan bangunan sekolah bahkan untuk dapat mengurai dengan segera

pelbagai isu yang bakal timbul.

Pengetua adalah sebagai pelaksana dasar kerajaan di sekolah.Kerajaan

Malaysia telah banyak memperuntukkan perbelanjaan dalam pembangunan mutu

pendidikan dan kemudahan infrastuktur. Tindakan ini banyak dilakukan melalui

dasar-dasarnya. Bagi pembangunan mutu pendidikan, kerajaan melakukan

Page 17: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

4

penambahbaikannya melalui dasar Plan Induk Pembangunan Pelajaran yang

menekankan untuk pembentukan dan melahirkan lebih banyak model insan kelas

pertama manakala pembangunan dari segi teknikal banyak dibantu oleh pengagihan

peruntukan perbelanjaan di RMK 9 iaitu menaik taraf kemudahan-kemudahan fizikal

yang terdapat di sekolah-sekolah.

Oleh sedemikian, pengetua merupakan tunggak utama pelaksanaan bagi

dasar-dasar kerajaan perlulah sentiasa memastikan perjalanan aktiviti di sekolah

sentiasa seiring dengan aspirasi dasar-dasar yang dilancarkan. Pendidikan adalah

nadi pembangunan sesuatu bangsa. Jika pendidikan jumud, bangsa juga turut kaku

dan beku. Sebaliknya kalau pendidikan dinamik, bangsa menjadi cergas dan maju.

Kenyataannya boleh dilihat sendiri oleh sesiapa sahaja. Negara-negara yang bergerak

pantas adalah negara-negara yang memberi tumpuan dan penekanan serius kepada

pendidikan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang sains dan teknologi. Hasilnya

ciptaan-ciptaan canggih diwujudkan terus menerus bertali arus. Negara-negara ini

berada di depan menjadi pemimpin dunia. Dengan ini, jika pengurusan pengetua

tidak pro aktif maka ia akan memberi kesan kepada pendidikan negara secara tidak

langsung,

Pengetua adalah sebagai penggerak jentera kerja yang berkesan.

Pengetua sepatutnya sentiasa berperanan mengkemudi kumpulan kerja yang sentiasa

bergerak di atas landasan yang tepat. Karisma seorang pengetua perlu ditunjukkan

kepada kumpulan pekerjanya supaya mendapat keyakinan dari para pekerja bahawa

mereka telah menerima setiap arahan dan panduan di bawah seorang yang cekap.

Untuk tujuan ini, pengetua perlu mencaturkan segala tindak-tanduk dan memberikan

keputusan dengan sempurna dalam melaksanakan dasar dan menyelesaikan masalah.

Namun demikian, pengetua masih sukar bertindak sebagai ketua yang berkesan

kerana arahan sering kali tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Faktor-faktor

kejayaan sekolah sebenarnya wujud hasil pengurusan yang mantap. Oleh yang

demikian, seseorang pengetua sekolah perlu memahami semua hal pengurusan

dengan mendalam jika ingin melihat sekolahnya berjaya. Pengurusan adalah sebagai

proses membuat sesuatu dengan bersama orang lain untuk mencapai matlamat yang

ditetapkan. Maka konotasinya, mengurus ialah mengendalikan sesuatu dengan baik.

Ia melibatkan penggemblengan aktiviti merancang, mengatur, menyusun, melaksana,

Page 18: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

5

menyelenggara dan mengawal secara sempurna untuk mengeluarkan hasil seperti

yang dikehendaki. Dalam pengurusan yang unggul iaitu yang berjaya mencapai

matlamat yang dihasratkan, pengendalian ini dilakukan oleh pengurus dengan

kerjasama ahli-ahlinya yang lain. Oleh yang demikian, adalah harus dikatakan

bahawa pengetua juga merupakan pengurus kokurikulum disekolah.

Pengetua adalah sebagai penyelia dan penilai bagi gerak kerja aktiviti di

sekolah, segala perancangan strategi telah dirancang, diusul dan dipersetujui. Tetapi

dari segi pelaksanaannya perlulah di pantau oleh pengetua. Ini adalah kerana tanpa

pemantauan pengetua, aktiviti yang dijalankan adalah kurang berkualiti dan dari segi

perlaksanaannya perlulah didokumentasikan dengan cekap. Kemudiananya,

pelaporan dan dokumentasian yang disediakan dijadikan instrumen pengukur bagi

mutu kerja para pekerjanya. Teapi secara realiti, sekiranya pemantauan pihak nazir

dilakukan, maklumat perlaksanaan aktiviti yang dirujuk adalah tidak

menggambarkan perlaksanaan aktiviti yang berkualiti sepertimana yang direkod.

Menurut Mohd Shaphri (1999), kerja-kerja mengurus dan perencanaan

kokurikulum sekolah tidak termasuk di dalam jadual kerja pengetua. Mereka sering

terikat dengan kerja-kerja yang rutin dan kurang berusaha membabitkan diri dengan

aktiviti peningkatan berterusan perkembangan profesionalismenya. Justeru,

kekurangan penglibatan pengetua dalam menerajui pengurusan kokurikulum di

sekolah adalah lumrah melanda sistem pendidikan kita. Seringkali pengetua

terkongkong dengan budaya pandang sebelah mata kerana ingin menumpukan

sepenuhnya kepada pengurusan kurikulum sahaja. Hal ini secara tidak langsung

membantutkan usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum di sekolah.

Seperti mana kurikulum, gerak kerja kokurikulum juga mempunyai peranan

dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar. Oleh yang

demikian, kokurikulum sekolah juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-

sekolah. Apa yang jelas pada masa ini,ialah bahawa gerak kerja kokurikulum sekolah

kurang medapat tempat yang sewajarnya.(Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4/1995)

Sekolah-sekolah yang tidak memberi ketegasan yang sewajarnya bagi

mengimbangkan antara kepentingan gerak kerja kokurikulum dengan akademik dan

Page 19: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

6

kurang pula menekankan tentang penyertaan menyeluruh pelajar-pelajar di dalam

gerak kerja tersebut, boleh menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai.

(Surat Pekeliling Iktisas Bil. 7/1988)

1.3 Pernyataan Masalah

Pengetua berada di dalam kedudukan dilema di dalam memfokuskan

kecemerlangan sekolahnya. Dibandingkan untuk mengejarkan kecemerlangan

kokurikulum individu setiap murid di sekolahnya, pengetua lebih memfokus untuk

mengacapi kecemerlangan sasaran akademiknya. Pengetua lebih cenderung berusaha

untuk menempatkan sekolahnya untuk berada di dalam senarai terbaik di dalam

peperiksaan umum Malaysia sama ada PMR, SPM mahupun STPM. Ini adalah

kerana pihak atasan iaitu JPN telah menjadikan pencapaian akademik sekolah

sebagai satu kayu ukuran keberkesanan pengurusan pengetua di sekolah. Fokus

pengetua terhadap kokurikulum boleh dilihat dari segi peruntukan perbelanjaan yang

dilakukan terhadap pembangunan kemudahan fizikal dan jumlah perbelanjaan

mengurus aktiviti kokurikulumnya. Sekiranya perbelanjaan hanya banyak kepada

kurikulum, masalah dan kekangan akan timbul dari segi kelancaran aktiviti

kokurikulum yang akan dijalankan. Begitu juga dengan focus pembangunan

peningkatan kemahiran guru, dimana sokongan dan galakan oleh pengetua terhadap

kursus-kursus yang dapat membantu guru-guru meningkatkan ilmu pengetahuan

untuk menjalankan aktiviti kokurikulum.

Berdasarkan masalah dan huraian-huraian mengenai peranan dan kepimpinan

pengetua di atas, adalah menjadi fokus kepada kajian ini untuk merungkai

permasalahan peranan pengetua berkaitan dengan perkara-perkara iaitu peranan

pengetua sebagai menggerakkan aktiviti kokurikulum di sekolah sejajar dengan dasar

kerajaan untuk menyeimbangkan perlaksanaan aktiviti dengan kurikulum

sepertimana yang dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/1985 yang

menjelaskan bahawa pengetua-pengetua sekolah seringkali memfokuskan

kecermelangan hanya kepada bidang kurikulum berbanding kecemerlangan

kokurikulum.

Page 20: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

7

Selain daripada itu, peranan pengetua sebagai menyediakan elemen-elemen

yang lengkap untuk menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah. Elemen yang

dimaksudkan ialah kemudahan fizikal untuk aktiviti kokurikulm dan tenaga kerja

mahir untuk mengendali dan menjalankan aktiviti kokurikulum yang berkualiti.

Seterusnya, peranan pengetua sebagai menguruskan perlaksanaan kegiatan

kokurikulum di sekolah. Ini akan melihatkan sejauhmana campurtangan pengetua

dalam memastikan kegiatan kokurikulum yang dijalankan adalah berkualiti.

Berdasarkan laporan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan dalam Buku Panduan

Pengurusan Profesional Sekolah Menengah (1993), faktor kepimpinan, khususnya

dalam bidang pengurusan juga menjadi punca kepada timbulnya pelbagai masalah

dalam perlaksanaan kokurikulum. Penekanan terhadap pengurusan kokurikulum

pada umumnya masih belum begitu tegas berbanding dengan perhatian yang

diberikan kepada bidang akademik. Ini dapat dilihat daripada kualiti perancangan

pelaksanaan dan kawalan yang terdapat di beberapa buah sekolah.

Peranan pengetua sebagai mengikhtiraf pencapaian aktiviti kokurikulum yang

dijalankan adalah satu intrumen bagi penilaian prestasi kerja pekerjanya. Tahap

penilaian pengetua tidak hanya merujuk kepada pelaporan tetapi bagaimana proses

perlaksanaan kegiatan kokurikulum dilakukan iaitu secara pendekatan sosial seperti

tahap moral dan kecekapan mengurus ketika kegiatan itu dilakukan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. Melihat tahap peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pengetua sebagai

pengurus kokurikulum.

2. Mengenalpasti tahap peranan yang sebenar dimainkan oleh pengetua sebagai

pengurus kokurikulum menurut persepsi penyelaras kokurikulum.

Page 21: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

8

3. Mengenalpasti tahap peranan sebenar yang dimainkan oleh pengetua sebagai

pengurus kokurikulum berdasarkan bidang tugas

4. Melihat perbezaan amalan pengetua berdasarkan jawatan penyelaras

kokurikulum sekolah.

5. Melihat perbezaan amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum

berdasarkan jantina.

1.5 Persoalan Kajian Dan Hipotesis Kajian.

Bahagian ini membincangkan persoalan kajian dan hipotesis kajian.

1.5.1 Persoalan Kajian

Berdasarkan tujuan di atas, kajian ini dijalankan untuk mencari jawapan

kepada soalan-soalan berikut;

1. Apakah tahap peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pengetua sebagai

pengurus kokurikulum menurut persepsi penyelaras kokurikulum?

2. Apakah tahap peranan yang sebenar dimainkan oleh pengetua sebagai

penguru kokurikulum menurut persepsi penyelaras kokurikulum?

3. Apakah tahap peranan sebenar yang dimainkan oleh pengetua sebagai

pengurus kokurikulum berdasarkan bidang tugas?

4. Adakah terdapat perbezaan amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum

berdasarkan kumpulan penyelaras?

5. Adakah terdapat perbezaan amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum

berdasarkan jantina?

Page 22: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

9

1.5.2 Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak ada perbezaan yang signifikan diantara amalan pengetua berdasarkan

jantina.

Ho2: Tidak ada perbezaan yang signifikan diantara amalan pengetua berdasarkan

jawatan penyelaras kokurikulum sekolah.

1.6 Rasional Kajian

Pengurusan kokurikulum yang berkesan dapat menjamin output yang

optimum. Para pendidik harus peka tentang prosedur dan pengkaedahan dalam

pengurusan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Pengetua

sebagai pengurus kokurikulum harus jelas dalam pengurusanya.

Pengurusan kegiatan kokurikulum yang lebih meluas dan fleksibel dapat

memberi pulangan yang setimpal kepada pelajar-pelajar. Keberkesanan kokurikulum

bergantung kepada sistem pengurusan sekolah yang berkesan. Pengetua sebagai

pengurus harus mengurus “do things right”. Ini bermakna seorang pengurus

merupakan seseorang yang mempunyai kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam

pengurusan (Hussein, 1997). Pengurusan kegiatan kokurikulum di sekolah dan

peranan pentadbir sekolah merupakan tunjang dan tenaga penggerak dalam

pelaksanaanya. Dengan ini, pengetua bertanggungjawab untuk memastikan segala

peracangan seluruh aktiviti kerja, pembimbing dan penggalak bagi meningkatkan

kecekapan guru melaksanakan gerak kerja kokurikulum. Sebagai pemimpin,

pengetua mesti memberi contoh dan bersikap tegas, seterusnya menjalankan

penilaian bagi menentukan matlamat kegiatan kokurikulum tercapai. Menurut Abu

Bakar (1991), isu kokurikulum telah diberi penegasan yang kuat dengan kenyataan

Menteri Pendidikan pada tahun 1984 tentang usaha kementerian untuk meningkatkan

mutu pendidikan, di mana pelajar-pelajar diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum.

Page 23: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

10

Sebagai seorang pengurus kokurikulum, pengetua harus melalui empat proses

utama (aktiviti kokurikulum) iaitu merancang, mengelola, memimpin, dan

mengawal. Di sini, penulis bertujuan untuk membuat satu tinjauan di sekolah

menengah di sekitar bandar daerah Mersing mengenai pengetua sebagai pengurus

kokurikulum sekolah.

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini adalah penting untuk dijadikan panduan kepada berbagai pihak

seperti berikut:

1. Memberi maklumat kepada pengetua, Pejabat Daerah, Jabatan Pendidikan

Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia situasi sebenar untuk pengurusan

kokurikulum oleh pengetua di sekolah menengah.

2. Membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Negeri dan Pejabat Daerah mengenalpasti beberapa kelemahan yang ada pada

pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah dalam usaha untuk merancang

dan menyusun beberapa program yang perlu diberi keutamaan agar pengetua dapat

berperanan sebagai pengurus kokurikulum yang berkesan.

3. Membantu pengetua untuk menilai sendiri prestasi pengurusan kokurikulum

masing-masing dan mengambil beberapa langkah penyelesaian yang dicadangkan

untuk memperbaikinya.

4. Memberi kesedaran kepada pengetua bahawa peranan yang dimainkan oleh

mereka hendaklah diseimbangkan di antara tugas pentadbiran dan pengurusan

kokurikulum iaitu sentiasa mengambil berat tugas-tugas yang dilaksanakan oleh guru

yang menyandang jawatan sebagai penyelaras kokurikulum khususnya dalam

pengurusan kokurikulum di sekolah.

Page 24: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

11

5. Membantu pengetua mengetahui beberapa penilaian guru yang menyandang

jawatan sebagai penyelaras kokurikulum terhadap peranan mereka sebagai pengurus

kokurikulum yang boleh dijadikan panduan untuk memastikan pada masa akan

datang pernan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar tidak timbul

ketidakpuasan dikalangan guru-guru.

6. Membantu kajian-kajian akan datang untuk mengkaji mengenai peranan

pengetua sebagai pengurusan kokurikulum dari berbagai sudut yang lain agar

peranan ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana ianya berkait rapat dengan

kecemerlangan kokurikulum pelajar.

1.8 Skop Batasan kajian

Kajian ini dibataskan kepada pengetua sebagai pengurus kokurikulum di

sekolah-sekolah menengah di sekitar bandar Mersing, Johor Darul Ta’zim. Sekolah-

sekolah tersebut adalah sekolah menengah harian biasa, gred A dan gred B.

Seterusnya, kajian ini hanya terbatas kepada pandangan guru-guru di sekolah yang

dipilih. Kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan melalui soal selidik. Jawapan

yang akan diberikan oleh responden berasaskan kepada kejujuran dan keikhlisan

responden. Jadi diharap responden memberikan jawapan secara jujur dan ikhlas.

Andaian penyelidik tentang pengetua di sekolah berkenaan adalah mereka yang

berperanan sebagai pengurus kokurikulum sekolah. Guru-guru yang menjadi subjek

kajian merupakan guru yang menyandang mana-mana jawatan penyelaras

kokurikulum.

Penyelidikan ini terbatas kerana jangka masa yang terlalu singkat. Alat ukur

min dan sisihan piawai digunakan untuk melihat tahap peranan yang sepatutnya

dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum menurut persepsi

penyelaras kokurikulum, mengenalpasti tahap peranan yang sebenar dimainkan oleh

pengetua menurut persepsi penyelaras kokurikulum dan mengenalpasti tahap peranan

sebenar yang dimainkan oleh pengetua berdasarkan bidang tugas. Untuk melihat

perbezaan amalan pengetua berdasarkan penyelaras kokurikulum sekolah alat ukur

Page 25: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

12

Anova digunakan. Manakala alat ukur Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan

amalan pengetua berdasarkan jantina. Keputusan kajian ini mungkin dapat digunakan

untuk membuat kesimpulan bagi tempat-tempat lain

Page 26: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

13

1.9 Kerangka Kajian

Kerangka kajian dapat dijelaskan seperti rajah di bawah:

Peranan Pengetua Sebagai Pengurus

Kokurikulum sekolah

1. Pengetua sebagai

perancang

kokurikulum.

2. Pengetua sebagai

pengelola

kokurikulum

sekolah.

3. Pengetua sebagai

pemimpin

kokurikulum.

4. Pengetua sebagai

pengawal dalam

pengurusan

kokurikulum

sekolah.

Penyelaras

kokurikulum

1. Penyelaras Kelab dan Persatuan

2. Penyelaras

Sukan dan Permainan

3. Penyelaras

Unit Beruniform

Peranan yang sepatutnya dilakukan oleh pengetua.

Peranan yang sebenar dilakukan oleh pengetua.

Rajah 1.1 : Kerangka Kajian

Page 27: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

14

Berdasarkan Rajah 1.1, kumpulan penyelaras kokurikulum terdiri daripada

penyelaras kelab dan persatuan, penyelaras sukan dan permainan dan penyelaras unit

beruniform. Jawatan penyelaras kelab dan persatuan adalah terdiri daripada guru

penasihat untuk setiap kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah. Begitu juga bagi

jawatan penyelaras sukan dan permainan adalah terdiri daripada guru penasihat

untuk setiap sukan dan permainan. Bagi jawatan penyelaras unit beruniform pula

adalah terdiri daripada guru penasihat untuk setiap unit beruniform.

Peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah terdiri daripada

empat dimensi iaitu perancang kokurikulum, pengelola kokurikulum, pemimpin

kokurikulum dan pengurus kokurikulum sekolah. Kumpulan penyelaras kokurikulum

diambil sebagai responden untuk melihat peranan yang sebenar dilakukan oleh

pengetua disekolah. Setiap peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di

sekolah adalah diperolehi daripada Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah

Menengah (1993) yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Persekutuan. Dan peranan

pengetua yang dinyatakan di atas merupakan peranan yang sepatutnya dilakukan

oleh pengetua di setiap sekolah.

Berdasarkan gambar Rajah 1.1, dari sudut prosesnya merangkumi fungsi-fungsi

seperti merancang, mengelola, memimpin, mengawal. Hal ini bersesuaian dengan

pendapat Mohd Salleh (2000), mengenai menggariskan keberkesanan tingkah laku

pemimpin, iaitu:

1. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan memberi arahan kepada

kakitangannya untuk mencapai matlamat organisasi.

2. Mempunyai matlamat dan visi jangka masa pendek dan jangka masa panjang

serta melatih kakitagannya memahami dan memenuhi matlamat yang

dikehendaki.

3. Meningkatkan prestasi kerja kakitangan-kakitangan yang lain.

4. Berusaha untuk melakukan perubahan yang baik.

Page 28: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

15

5. Pemimpin mestilah tegas dan berusaha untuk menggerakkan atau

memotivasikan kakitangan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu.

6. Sanggup menghadapi risiko. Seseorang pengetua harus mempertahankan

hujah-hujah tertentu jika terdapat bantahan dan rungutan daripada pihak luar.

7. Mempunyai kematangan dan kecerdasan berfikir. Dengan adanya daya

pemikiran yang sihat. Ianya membolehkan seseorang pemimpin itu

merancang sebarang perancangan atau strategi dengan teratur.

8. Pemimpin perlu mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan.

9. Berjaya mempengaruhi dan menyakinkan kakitangannya dalam sebarang idea

atau perancangan yang hendak dilakukan.

10. Mempunyai sifat bertimbang rasa seperti kemesraan, layanan yang baik, dan

hormat menghormati terhadap kakitangan.

11. Pengetua juga perlu mementingkan tugas yang berstruktur, seperti membuat

perancangan yang teratur, mencuba idea-idea yang baru, dan pandai

mengawasi perjalanan organisasi.

12. Mempunyai bakat semula jadi atau dilahirkan sebagai pemimpin.

Maksudnya, seseorang yang menjadi pemimpin biasanya mempunyai

ketokohan dan kewibawaan sebagai seorang pemimpin.

13. Banyak melibatkan diri dengan komunikasi di antara kakitangan-kakitangan

melalui proses komunikasi dua hala.

14. Pemimpin juga perlu sabar dan tabah sekiranya terdapat tekanan-tekanan

daripada pihak tertentu.

Page 29: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

16

1.10 Definisi Kajian

Bahagian ini memfokuskan definisi pengetua dan pengurusan kokurikulum.

1.10.1 Peranan Pengetua

Peranan bermaksud tugas atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh

seseorang pengetua. Sebagai seorang pengetua, peranannya adalah mengetuai

sekolah. Walau bagaimanapun peranan pengetua dalam kajian ini ialah sebagai

pengurus kokurikulum yang hanya membincangkan empat peranan sahaja iaitu

sebagai perancang kokurikulum, pengelola kokurikulum, pemimpin kokurikulum dan

pengawal dalam pengurusan kokurikulum sekolah.

1.10.2 Pengurusan Kokurikulum

Kemahiran mengurus kokurikulum merupakan satu proses yang sangat

penting bagi mencapai matlamat dan tujuan kegiatan kokurikulum. Apabila disebut

perkataan pengurusan, dua konsep yang tidak boleh dipisahkan dan sentiasa

berhubung kait atau saling bertindan ialah konsep mengurus dan mentadbir. Kedua-

dua konsep ini mempunyai persamaan dan perbezaanya.

Mengikut Kamus Dewan (1994), mentadbir adalah mengelola, menjalankan,

dan memerintah atau mengarah. Manakala mengurus pula adalah mengendali,

mengelola, dan menjaga sesuatu perkara supaya teratur, rapi, dan sempurna serta

menyelenggara dan menyelesaikan sesuatu perkara.

Menurut Abd. Alim (1995), dalam situasi pengurusan kokurikulum di

sekolah, inputnya ialah kewangan, tenaga jurulatih, peralatan, dan kemudahan-

kemudahan lain. Manakala output ialah murid atau pelajar yang mendapat sesuatu

manfaat daripada penyertaan mereka alam aktiviti kokurikulum yang dirancang oleh

sekolah atau persatuan dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 30: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

17

Antara beberapa tugas utama pengurus kokurikulum ialah perancangan,

dimana seseorang pengurus itu dapat menentukan objektif dan matlamat aktiviti

kokurikulum, membentuk AJK dan mengenal pasti peserta-peserta serta kemudahan

dan tempat menjalankan aktiviti. Tugas yang kedua penting ialah pengelolaan,

dimana mewujudkan struktur organisasi dan perlembagaan dengan pernyataan tugas-

tugas, peranan, objektif dan matlamatnya. Tugas yang ketiga ialah pimpinan, dimana

memainkan peranan sebagai penasihat, pemimpin dan fasilator. Tugas yang ke empat

ialah penyeliaan, dimana bertugas sebagai memerhati, mengawal dan menilai aktiviti

dan program semasa dijalankan untuk menentukan pencapaian matlamatnyadan

tugas yang kelima ialah perhubungan luar, dimana berhubung dengan ibu bapa dan

agensi-agensi yang boleh memberi sokongan dan bantuan untuk menjalankan aktiviti

kokurikulum yang ditentukan.

Untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan,

pengurus harus menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan aktiviti

kokurikulum serta memperoleh sikap positif antaranya ialah memperoleh

pengetahuan tentang tatacara pengurusan organisasi kokurikulum, memperoleh

pengetahuan tentang perlembagaan atau peraturan atau undang-undang terhadap

aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan, menguasai kemahiran

merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelidik pelaporan tentang

aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan, menguasai kemahiran hubungan

interpersonal dan kemahiran khusus tentang aktiviti kokurikulum yang

dipertanggungjawabkan, serta kemahiran menilai dan membuat keputusan. Selain itu,

pengurus perlu mempunyai sikap cemerlang yang dapat mengharumkan nama baik

sekolah.

Kesimpulannya, di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran mengurus

mempunyai perkaitan dengan kemahiran merancang, mengatur, strategi, menyelia,

melaksana dan mengarah, memotivasi, perhubungan manusia, dan membuat

penilaian.

Page 31: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Bab ini akan memfokuskan perbincangan kepada sorotan penulisan yang

berkaitan dengan konsep pengurusan, dasar pelaksanaan kokurikulum di sekolah dan

pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah.

2.2 Konsep pengurusan

Bahagian ini membincangkan konsep pengurusan yang terdiri daripada pengurusan,

kokurikulum, dasar pelaksanaan kokurikulum di sekolah, tujuan program

kokurikulum di sekolah dan konsep kesepaduan dalam kokurikulum bersepadu.

2.2.1 Pengurusan

Apabila satu organisasi telah diwujudkan, masalah yang akan timbul ialah

bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai

matlamat yang dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah

mungkin akan timbul, baik dari segi kewangan, pemprosesan, dan inventori

hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja. Menurut Ab. Aziz

(2000) pengurusan pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:

Page 32: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

19

1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan

pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semuasumber

organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas

operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi

sepenuhnya.

Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan

jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan

“proses” dan “matlamat”. Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan

ialah:

1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta

memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang

lain.

2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan

teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka

matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk

kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).

Thierauf et.al, (1977) dan Stoner (1984), menyatakan pengurusan sebagai

satu proses menempatkan input organisasi melalui perancangan, pengelolaan,

pengarahan dan pengawalan bagi menghasilkan output supaya mencapai matlamat

organisasi. Menurut Mohd Jaafar (1988), pengurusan adalah satu proses

mengagihkan input-input organisasi termasuk sumber kakitangan dengan cara

perancangan, pengorganisasian, pengarahan, dan pengawalan untuk tujuan

mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya

objektif organisasi tercapai.

Dalam pengurusan moden, pengurusan dikaitkan dengan tingkahlaku

manusia dan dilihat sebagai satu unsur penting dalam sesebuah organisasi untuk

menjalankan tugas-tugas mengurusan dengan berkesan untuk mencapai

Page 33: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

20

matlamat.Terdapat pelbagai definisi pengurusan yang telah dikemukakan oleh para

sarjana dalam bidang pengurusan. Secara amnya, pengurusan merujuk kepada proses

pencapaian matlamat organisasi mengikut cara yang berkesan dan cekap. Ini

dilakukan melalui proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan

pengawalan sumber-sumber organisasi (Draft, 1997:8). Dua ide penting yang

terkandung dalam definisi ini ialah fungsi pengurusan ada empat iaitu perancangan,

pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Yang kedua ialah matlamat

organisasi dicapai mengikut cara yang berkesan dan cekap.

Semua organisasi mempunyai individu yang bertanggungjawab untuk

membantu mereka mencapai matlamat. Individu ini digelar pengurus. Peranan

pengurus ialah untuk memandu organisasi kearah pencapaian matlamat. Oleh kerana

semua organisasi wujud untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu, maka golongan

pengurus bertanggungjawab untuk menggabungkan dan menggunakan sumber-

sumber organisasi bagi memastikan organisasi mereka mencapai matlamat yang

dikehendaki. Secara khusus, pengurus merupakan individu yang membuat

perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan ke atas sumber-sumber

manusia, kewangan, fizikal dan maklumat organisasi (Griffin, 1993:6).

Memandangkan sumber manusia merupakan asset terpenting dalam sesebuah

organisasi, pengurus bertanggungjawab menyelia kerja-kerja subordinatnya.

Pengurus menggunakan pelbagai jenis kemahiran untuk melaksanakan peranannya.

Pengurus yang gagal menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dengan berkesan dan

cekap akan menjejaskan kejayaan organisasinya.

Pengurus yang berjaya berupaya melaksanakan keempat-empat fungsi asas

pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan di

dalam organisasinya. Kebanyakan pengurus terlibat lebih daripada satu aktiviti pada

masa yang sama. Di dalam Rajah 1.2 menunjukkan proses pengurusan dalam

organisasi.

Page 34: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

21

Rajah 2.1 Proses Pengurusan Dalam Organisasi

Berdasarkan rajah 2.1 diatas menunjukkan proses pengurusan dalam

organisasi, perancangan bermaksud ke arah mana organisasi ingin berada pada masa

akan datang dan bagaimana untuk mencapai matlamat ini (Draft, 1997:8). Pada

amnya, perancangan bermaksud mendefinisikan matlamat organisasi untuk masa

akan datang dan membuat keputusan mengenai tugas dan penggunaan sumber yang

diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus melakukan perancangan

untuk tiga tujuan berikut:

1. menetapkan arah yang hendak dituju oleh organisasi pada masa akan datang

seperti meningkatkan keuntungan, meluaskan pasaran, atau memperjuangkan

tanggungjawab sosial.

Input daripada Persekitaran

• Sumber Manusia

• Sumber kewangan

• Sumber fizikal

• Sumber maklumat

• Sumber- sumber lain

Matlamat Dicapai secara:

• Cekap • Berkes

Perancang Pengorganisasi

Pengawala Kepimpin

Page 35: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

22

2. mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukan untuk mencapai matlamat.

3. membuat keputusan mengenai aktiviti-aktiviti yang diperlukan bagi mencapai

matlamat.

Setelah pelan disediakan oleh pengurus, langkah selajutnya ialah

menterjemahkan ide-ide abstrak yang terdapat dalam pelan tadi kepada realiti.

Tindakan ini memerlukan fungsi pengorganisasian. Pengorganisasian melibatkan

mengagihan tugas-tugas, pengumpulan tugas-tugas ke dalam jabatan, pembentukan

deskripsi kerja, pengagihan sumber-sumber kepada jabatan dna penstafan. Aktiviti

ini memerlukan pembentukan struktur perhubungan yang akan membolehkan pekerja

melaksanakan pelan yang telah dibentuk oleh pengurus. Pengorganisasian yang

dilakukan dengan berkesan dapat membantu pengurus dalam menyelaraskan sumber-

sumber manusia dan bahan dengan lebih baik. Kejayaan organisasi bergantung ke

atas kebolehan pihak pengurusan untuk menggunakan sumber-sumber organisasi

secara cekap dan berkesan.

Kepimpinan merupakan fungsi pengurusan yang semakin penting setelah

pelan dibentuk, struktur perhubungan dalam organisasi diwujudkan, dan pekerja

yang berkebolehan direkrutkan. Kepimpinan bukan sahaja dilakukan selepas proses

perancangan dan pengorganisasian. Ia juga penting kepada kejayaan fungsi-fungsi

berkenaan. Kepimpinan merujuk kepada penggunaan pengaruh untuk memotivasikan

pekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi (Draf, 1997:10). Kepimpinan

bermaksud mewujudkan budaya dan nilai yang dikongsi bersama, menyalurkan

maklumat mengenai matlamat kepada semua ahli organisasi melalui proses

komunikasi, dan menanamkan dalam diri pekerja semangat berusaha ke arah tahap

prestasi yang tinggi. Kepimpinan melibatkan proses memotivasikan keseluruhan

jabatan, bahagian dan individu yang bekerja rapat dengan seseorang pengurus.

Kebolehan untuk membentuk budaya, menyalurkan matlamat dan memotivasikan

pekerja adalah kritikan kepada kejayaan perniagaan terutama dalam era

ketidakpastian, pengecilan saiz organisasi, persaingan antarabangsa, dan

kepelbagaian dalam tenaga pekerja.

Page 36: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

23

Pengawal merupakan fungsi keempat dalam proses pengurusan. Pengawalan

merujuk kepada proses dalam mana seseorang individu, kumpulan mahupun

organisasi, secara sedar mengawasi prestasi dan mengambil tindakan-tindakan

pembaikan (Hellriegel & Slocum, 1996:9). Pengurus mestilah memastikan organisasi

bergerak kearah matlamatnya. Arah aliran baru yang membabitkan perkongsian

kuasa (empowerment) dan peningkatan kepercayaan pihak pengurusan terhadap

golongan pekerja bawahan telah mengurangkan aktiviti kawalan yang bercorak ‘atas

ke bawah’ (top down). Sebaliknya, tumpuan yang lebih banyak diberikan ke atas

aktiviti latihan bagi memperbaiki prestasi kerja mereka sendiri. Dalam proses

pengawalan, pengurus akan menetapkan piawaian prestasi, mengukur prestasi masa

kini berbanding dengan piawaian yang telah ditetapkan, mengambil tindakan untuk

memperbaiki apa-apa penyimpangan dan mengubahsuai piawaian jika perlu.

Fungsi sistem kawalan samalah seperti sistem termostat yang menghantar

isyarat kepada sistem pemanasan bahawa suhu bilik adalah terlalu tinggi atau terlalu

rendah. Dalam hal ini, sistem kawalan akan memberi isyarat kepada pengurus

bahawa sesuatu yang berlaku itu adalah tidak seperti yang dirancangkan. Jika tidak,

tindakan pembaikan bagi mengatasi masalah tersebut diperlukan.

Pengurus melaksanakan empat fungsi asas pengurusan, disamping memegang

beberapa peranan pengurusan. Henry Mintyberg telah mengkaji pelbagai pekerjaan

pengurusan. Beliau telah membuat rumusan bahawa aktiviti-aktiviti pengurusan yang

berbeza dapat dikelaskan kepada sepuluh peranan. Peranan merujuk kepada

sekelompok jangkaan mengenai gelagat individu (Draft, 1997:21). Peranan-peranan

pengurusan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu interpersonal (mengurus

melalui manusia), Informasional (mengurus melalui maklumat) dan pembuatan

keputusan (mengurus tindakan). Setiap peranan mewakili aktiviti yang pengurus

perlu ambil bagi melaksanakan fungsi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan,

dan pengawalan. Sebelum membincangkan peranan-peranan pengurusan dengan

lebih lanjut, kita perlu sedar bahawa pekerjaan setiap pengurus mengandungi

kombinasi beberapa peranan. Peranan-peranan ini lazimnya mempengaruhi kerja-

kerja pengurusan. Peranan-peranan ini juga saling berkait dan kepentingan suatu

peranan berbanding dengan peranan yang lain adalah berbeza mengikut peringkat

dan fungsi pengurus.

Page 37: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

24

Dalam Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah oleh Jemaah

Nazir Sekolah Persekutuan (1993 : 8), digariskan bahawa untuk menjadi seorang

pengurus yang kreatif dan bermutu di samping memberi pengurusan yang cekap dan

berkesan, seseorang pengurus perlu memiliki sifat-sifat peribadi yang mulia serta

ciri-ciri positif seperti berikut:

1. Berkhemah tinggi, seperti bersikap amanah, jujur, adil, dan

bertanggungjawab;

2. Mempunyai wawasan untuk organisasinya;

3. Bersikap inovatif dan berorientasikan perubahan;

4. Dapat mendorong pegawai dan kakitangan di bawahnya untuk bekerja

dengan bersungguh-sungguh dan berkomitmen;

5. Berupaya untuk memupuk semangat kekitaan di kalangan pegawai dan

kakitangannya;

6. Bersedia untuk melibatkan pihak tersebut dalam proses membuat keputusan

yang menyentuh hal kebajikan mereka

7. Bersedia untuk mendengar pandangan serta fikiran mereka mengenai sesuatu

isu atau masalah.

Hickman dan Silva (1985), menggambarkan pengurus yang mempunyai wawasan

mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Sentiasa mencari idea, konsep, dan cara pemikiran sehingga tercapai

wawasan yang jelas

2. Menerangkan wawasanya melalui falsafah yang mudah difahami.

Page 38: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

25

3. Mendorong staf dan kakitangannya untuk menyokong atau menerima

wawasannya melalui cara-cara yang boleh dijadikan sebagai contoh atau

teladan kepada mereka.

4. Menghubungi serta berinteraksi dengan semua lapisan pekerja di dalam

organisasinya untuk mengetahui akan kebimbangan mereka dan kesan

wawasan itu ke atas mereka.

Konsep pengurusan Taylor (1984) merupakan salah satu panduan kepada

pengetua dalam pelaksanaan pengurusan di sekolah. Merujuk Rajah 2.2 terdapat

kitaran bagaimana pengurusan berjalan dengan lancar, terarurdan berkesan.

Page 39: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

26

Konsep Pengurusan Taylor (1984)

Prinsip pengurusan Taylor (1984) merangkumi;:

i. Menggantikan ‘Rules Of Thumb’ dengan sains, iaitu sesuatu pengetahuan

yang terancang.

ii. Mendapatkan keharmonian di dalam kumpulan, bukannya perpecahan.

iii. Mencapai kerjasama di antara manusia, bukannya individualisme yang

bertentangan.

iv. Bekerja untuk ‘output’ yang maksimum, bukan yang terhad.

v. Pekerja diperkembangkan dengan seberapa yang dapat untuk kemakmuran

majikan dan diri sendiri.

PERANCANGAN

TINDAKAN PELAKSANAAN

SEMAK

Prestasi pekerja langsung – tidak ada penglibatan dalam proses membuat keputusan ataupun aktiviti penyelesaian masalah

Kawalan oleh pihak pentadbiran. Pentadbir bertanggungjawab atas semua aktiviti menyelesaikan masalah.

Rajah 2.2 : Konsep Pengurusan Taylor

Page 40: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

27

2.2.2 Kokurikulum

Kokurikulum adalah segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran

dirancangkan dan dibimbing oleh pihak sekolah di luar waktu sekolah mencapai

matlamat dan objektif pendidikan. Ia juga dikenali sebagai kurikulum tambahan

(exta-curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau

aktiviti kelas tambahan (extra-class activities). Gerak kerja kokurikulum (GERKO)

merupakan sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti

persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform dijalankan di luar bilik

darjah. Aktiviti-aktiviti kokurikulum ini tidak termasuk dalam jadual waktu mata-

mata pelajaran sekolah. Aktiviti kokurikulum merupakan pelbagai aktiviti

pendidikan luar Sukatan Pelajaran dan disertai oleh pelajar-pelajar mengikut minat

ataupun kepandaian istimewa diri mereka. Pada asasnya ia merupakan sebahagian

daripada kurikulum sekolah atau lebih tepat lagi sebagai lanjutan daripada bilik

darjah.

Kokurikulum adalah bertujuan untuk memperkukuh dan memperluaskan

pendidikan dalam bilik darjah melalui aktiviti dan pengalaman yang sesuai serta

terancang. Selain daripada itu, ia merangkumi kokuriklum dalam kurikulum formal

ialah memupuk minat, kegemaran dan kepandaian istimewa pelajar, demi

mengakomodasi dan mengembangkan keperluan, intelek, kebolehan dan bakat

kreatif, meluaskan bidang ilmu pengetahuan, mempertingkatkan kesihatan jasmani

dan kemahiran pemikiran, memupuk nilai moral, estetik, rohani dan sosial, serta

melapangkan jiwa murni pelajar. Oleh itu, kokurikulum adalah merupakan gerak

kerja yang membantu perkembangan murid secara sepadu, seimbang,dan harmonis.

Isi kandungan aktiviti-aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti pendidikan

jasmani, seni dan rekreasi, aktiviti sains dan teknologi, serta aktiviti kumpulan dan

sosial. Antara prinsip-prinsip melaksanakan aktiviti kokurikulum ialah isi kandungan

dan organisasinya hendaklah berlandaskan Dasar Pendidikan Negara, penyertaan

pelajar hendaklah berlandaskan minat, kebolehan, bakat kegemaran dan

kesukarelaan, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti kokurikulum dimana

guru hanya memainkan peranan sebagai pemudahcara (fasilitator) dan penasihat

sahaja. Aktiviti kokurikulum juga hendaklah sesuai dengan peringkat perkembangan

Page 41: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

28

dan pertumbuhan pelajar dan akhir sekali ialah aktiviti kokurikulum hendaklah

sesuai dengan situasi, alam sekitar, ekonomi, kebudayan masyarakat dan keadaan

institut pendidikan.

Rancangan KBSR dan KBSM serta institusi pendidikan tinggi pula

menitikberatkan program kokurikulum. Di bawah rancangan kokurikulum, tumpuan

diberikan kepada aktiviti-aktiviti yang merangkumi aspek-aspek khidmat

masyarakat, rekreasi dan pengayaan. Melalui aktiviti-aktiviti persatuan berpakaian

seragam, kelab-kelab, permainan dan sukan, kurikulum formal dan pengalaman

amali dikukuhkan serta diluaskan, dan nilai-nilai murni dapat dipupuk secara

langsung. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak

kerja terancang. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat

menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

Antara peranan kokurikulum ialah mengamalkan dan mengukuhkan ilmu

pengetahuan yang diperoleh di dalam bilik darjah, memupuk dan mengeratkan

hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat, mengisi

masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah, disamping

memelihara kesihatan fizikal dan mental, membantu pelajar melengkapkan bidang

akademik dengan memupuk kesedaran tentang pemilihan kerjaya dan memberikan

pelajar peluang untuk melatih diri serta memupuk sikap yakin kepada diri sendiri dan

berdikari.

Mengikut laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar

Pelajaran (1979), gerak kerja kokurikulum boleh dikategorikan seperti berikut:

Pasukan Pakaian Seragam (Unit Beruniform), Kelab dan Persatuan serta Sukan dan

Olahraga (permainan). Pelaksanaan ativiti kokurikulum adalah bertujuan

mengembangkan potensi, bakat dan kepimpinan pelajar dalam bidang jasmani,

sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat, disamping membentuk sahsiah dan

sikap yang positif. Sebagai guru penasihat, mereka juga dilatih dengan kemahiran

pengurusan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.

Page 42: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

29

Maka program perancangan gerak kerja kokurikulum dalam institusi

perguruan mengutamakan penguasaan kemahiran asas, kebolehan mengurus,

kebolehan memimpin, dan kepegawaian dan kejurulatihan. Oleh itu, bagi kursus

perguruan, struktur gerak kerja kokurikulum adalah dirancang dalam tiga komponen

yang utama seperti kemahiran dan pengurusan persatuan, kemahiran dan pengurusan

unit beruniform dan akhir sekali ialah kemhiran dan pengurusan pemaina dan

olahraga.

2.2.3 Dasar Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah

Menurut Y. A. B. Datuk Seri Abdullah dalam Kementerian Pelajaran

Malaysia (2000), matlamat dasar pendidikan kebangsaan ialah untuk mewujudkan

suatu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan

dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan uang seimbang

dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi

penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini

bermakna seseorang pelajar itu diberi didikan yang menyeluruh merangkumi aspek

mental, fizikal, dan spiritual.

Menurut Dato’ Abdul Rahman dalam Kementerian Pelajaran Malaysia

(2000), penekanan baru kepada gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah adalah

sesuai dengan masa dan keperluan pendidikan di Negara kita sekarang. Ini akan

menjadi pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan

kokurikulum. Kedua-dua bidang ini seharusnya digabungkan, diberi penekanan baru,

dan diberi penilaian dan pengiktirafan yang sesuai supaya keseluruhan pelajar-pelajar

dan guru-guru dapat memahami konsep pendidikan yang berasaskan kepada

penekanan yang sama kepada bidang kokurikulum dan bidang akademik.

Di dalam laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran (1979), gerak kerja kokurikulum adalah penting untuk menyemai,

memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun ‘esprit de crops’ di antara

pelajar-peajar pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup

yang berlainan.ia juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap

Page 43: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

30

bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan

berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.

Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada

menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu

kepada pelajar-pelajar, bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat

memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi,

berdisiplin, dan bahagia. Justeru itu, sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar-

pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta

menghayati nilai-nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukun Negara (Surat

Pekeliling Iktisas Bil. 1/1985)

Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan

satu program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh.

Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin

pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran (Surat Pekeliling

Iktisas Bil. 4/1995)

Menurut N. Marimuthu dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (2000),

terdapat pelajar yang mengumpul 80 mata gagal mengikuti kursus perubatan apabila

mendapat tiga mata untuk kegiatan kokurikulum. Pada masa yang sama, pelajar yang

berjaya mengikuti kursus perubatan walaupun mendapat 76 mata dan memperolehi

lapan mata untuk kokurikulum. Kesimpulannya, bukan sahaja akademik adalah

penting tetapi kokurikulum juga turut sama pentingnya.

Menurut Dato’ Dr Abd. Shukor dalam Kementerian Pelajaran Malaysia

(2000), Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan dan menetapkan

bahawa dasar dan syarat pemilihan pelajar ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama

Penuh (SBP) bermula kemasukan tahun 2000, memberi penekanan utama kepada

penglibatan dan pencapaian pelajar dalam aspek kepimpinan, sukan dan

kokurikulum, di samping mengekalkan syarat kecemerlangan akademik.

Page 44: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

31

2.2.4 Tujuan Program Kokurikulum Di Sekolah

Sebuah organisasi yang ditubuhkan mestilah mempunyai matlamat yang

digariskan bagi memastikan kejayaan sesuatu projek. Menurut Omardin (1999),

sekolah yang mengadakan program kokurikulum untuk mengembangkan seluruh

potensi individu yang meliputi perkara-perkara yang berikut:

1. Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam kelas dan

perluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.

2. Pembentukan sahsiah dan membina konsep kendiri dan peningkatan

disiplin di kalangan pelajar.

3. Peningkatan tahap kesihatan, kesejahteraan diri, kecergasan fizikal,

penyemaian nilai murni, dan pembentukan insan berakhlak.

4. Penggunaan masa lapang yang berfaedah dan bermakna dan

pemupukan sikap positif, selaras dengan hasrat Rukun Negara.

5. Menerapkan interaksi dan integrasi kaum, minat, dan kecenderungan

pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

6. Integrasi sosial yang bermakna dan mengeratkan hubungan dengan

peningkatan kerjasama antara sekolah, ibubapa, dan masyarakat.

7. Perkembangan dan meningkatkan kemahiran-kemahiran asas sesuatu

permainan, persatuan dan unit beruniform.

8. Pencegahan jenayah remaja dengan menyediakan peluang kegiatan

masa lapang yang berfaedah dan bermanfaat.

Page 45: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

32

9. Pencapaian kecemerlangan dalam bidang sukan ke peringkat daerah,

negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.

10. Melahirkan pemimpin berkualiti pada masa depan.

2.2.5 Konsep Kesepaduan Dalam Kokurikulum Bersepadu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan konsep kesepaduan

dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah. Ini bererti konsep kesepaduan juga perlu dimasukkan dalam kokurikulum

dan menjadikannya Kokurikulum Bersepadu. Menurut Mahmud Ash’ari (1998),

semasa merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah, ada beberapa

konsep kesepaduan yang perlu diberikan penekanan. Konsep –konsep tersebut mesti

difahami dan dikuasai oleh semua guru kerana mereka adalah orang yang

bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan, latihan, dan aktiviti tersebut

kepada pelajar. Konsep kesepaduan dalam aktiviti Kokurikulum Bersepadu

memberikan penekanan kepada :

1. Bersepadu dengan kurikulum – aktiviti perstuan yang dirancang dan

dilaksanakan itu dapat memberikan pengukuhan kepada mata

pelajaran yang dipelajari semasa di bilik darjah, contoh Aktiviti Reka

Cipta Taman Sains dan Teknologi oleh Persatuan Sains dan

Matematik.

2. Bersepadu dan merentasi dengan kokurikulum yang lain – pelajar

dapat menjalankan aktiviti persatuannya dengan pelbagai jenis aktiviti

persatuan lain, contoh Aktiviti Pertandingan Syarahan agama yang

dilakukan melalui Persatuan Bahasa Melayu.

3. Bersepadu dengan nilai murni dan penghayatan Islam atau Moral –

setiap aktiviti perstuan hendaklah memupuk nilai ke arah melahirkan

pelajar berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia.

Page 46: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

33

4. Bersepadu degnan nilai kepimpinan – setiap aktiviti persatuan

hendaklah menjurus ke arah pembentukan sikap, sahsiah, dan minda

mereka untuk menjadi pemimpin, jurulatih, pegawai, pengurus serta

pakar pada masa hadapan.

Dengan adanya konsep kesepaduan dalam pengurusan kokurikulum, nescaya

pihak sekolah akan dapat mewujudkan satu bentuk kegiatan kokurikulum yang lebih

mantap ke arah membentuk generasi pelajar yang berilmu, berketrampilan,

berwibawa, beriman, dan berakhlak mulia.

2.3 Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum

Menurut Omardin (1999), dalam pengurusan kegiatan kokurikulum di

sekolah bidang tugas dan peranan pentadbir sekolah merupakan tunjang dan tenaga

penggerak dalam pelaksanaannya. Pengetua bertanggungjawab untuk memastikan

segala perancangan seluruh aktiviti kerja, pembimbing, dan penggalak bagi

meningkatkan kecekapan guru melaksanakan gerak kerja kokurikulum. Pengetua

harus berbincang dan memberikan galakan bagi meningkatkan lagi kecekapan guru

melaksanakan program. Sebagai pemimpin, pengetua mesti memberi contoh dan

bersikap tegas, seterusnya menjalankan penilaian bagi menentukan matlamat

kegiatan kokurikulum tercapai.

Sebagai seorang pengurus, pengetua tidak dapat lari daripada melalui empat

proses utama dalam mencapai matlamat organisasinya walaupun melibatkan aktiviti

kokurikulum iaitu merancang, mengelola, memimpin, dan mengawal. Berdasarkan

Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah oleh jemaah Nazir

Sekolah Persekutuan (1993 : 74 – 78) peranan Pengetua sebagai pengurus

kokurikulum adalah seperti berikut:

i. Pengetua Sebagai Perancang Kokurikulum

1. Menyatakan matlamat dan objektif kokurikum.

Page 47: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

34

2. Mengenalpasti input utama yang sedia ada serta kemungkinan

perolehan input-input dalam bentuk kemudahan fizikal, tenaga

jurulatih, potensi pelajar, teknologi, dan kewangan sebagai sumber

bahan perancang kokurikulum.

3. Menentukan komponen dan menubuhkan unit-unit kokurikulum

yang sesuai dengan situasi sekolah.

4. Menentukan kandungan program kurikulum. Aktiviti-aktiviti

program hendaklah disusun mengikut urutan dan perkembangan

yang boleh membantu serta menyokong pembelajaran secara

bersepadu.

5. Menyediakan jadual sesi kokurikulum yang berasaskan kepada satu

sistem yang praktikal, rasional dan ekonomi dari segi pengumpulan

pelajar, agihan sumber tenaga, jurulatih, alatan dan bahan serta

kemudahan-kemudahan ruang dan masa.

ii.Pengetua Sebagai Pengelola Kokurikulum

1. Pengetua harus menubuhkan jawatankuasa kokurikulum yang kuat dan

mantap dengan dianggotai oleh guru-guru yang berpengetahuan,

berkemahiran, dan mempunyai sikap yang sesuai.

2. Bidang dan spesifikasi tugas jawatankuasa ditentukan dengan jelas agar

semua ahli memahami saluran komunikasi dan peringkat tanggungjawab

masing-masing.

3. Jawatankuasa kokurikulum bertanggungjawab menggariskan dasar-dasar

utama berkaitan dengan kokurikulum selaras dengan falsafah dan matlamat

sekolah.

Page 48: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

35

iii.Pengetua Sebagai Pemimpin Kokurikulum

1. Sentiasa berbincang dengan guru-guru kokurikulum tentang perkara penting

bagi tujuan penyeliaan secara formatif.

2. Mengatur garis panduan formal dan tidak formal yang baik pada semua

peringkat organisasi kokurikulum sekolah.

3. Membina pendekatan yang berteraskan kerjasama berpasukan dalam

pengurusan kokurikulum.

4. Melibatkan diri secara peribadi dakam menentukan harapan dan menyokong

inisiatif-inisiatif yang sesuai yang dicadangkan oleh guru.

5. Menanam semangat tinggi dikalangan masyarakat sekolah untuk menaikkan

nama sekolah melalui kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

iv. Pengetua Sebagai Pengawal dalam Pengurusan Kokurikulum

1. Menyelia pergerakan kokurikulum dengan membandingkan pencapaian

sebenar dengan sasaran yang ditetapkan. Pengetua harus mengesan dan

membimbing

dengan menggunakan teknik pemerhatian untuk mengumpul maklumat untuk

dianalisis yang boleh membantunya membuat keputusan dengan berkesan.

2. Menilai kualiti kandungan kokurikulum dari segi pengalaman pengajaran dan

pembelajaran, kemajuan pencapaian pelajar, pengurusan tenaga guru serta

peralatan, dan perhubungan infrastruktur fizikal.

3. Menyimpan rekod dan data perlulah dilaksanakan oleh semua peringkat yang

bertanggungjawab dalam organisasi kokurikulum sekolah mengikut

keutamaan dan keperluannya. Jenis rekod yang boleh disimpan ialah seperti

rekod kehadiran pelajar dan laporan aktiviti perjumpaan.

Page 49: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

36

4. Rekod prestasi pelajar, hasilan projek, penggunaan kemudahan, alatan dan

bahan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta minit-minit mesyuarat yang

dijalankan.

5. Keselamatan pelajar, keselamatan guru, rekod dan dokumen serta kemudahan

kelengkapan alat dan bahan perlulah dititikberatkan.

Sekiranya pengetua dapat berperanan secara efektif sebagai pengurus

kokurikulum, pastinya kegiatan kokurikulum dianggap berkesan untuk memupuk

keseimbangan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani, dan

sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum boleh memberi arah tuju kepada pelajar

supaya melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Berikutan penglibatan ini,

adalah diharapkan dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-

aktiviti tersebut boleh memupuk gaya hidup yang sihat selepas alam persekolahan

pelajar itu nanti (Wee, 1996).

Menurut Azmi dan Hamsiah (2000), kegiatan kokurikulum yang mantap

dapat memperkukuhkan interaksi antara pelajar dan sekali gus memupuk integrasi

antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia. Kegiatan ini juga boleh memupuk

sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin, dan patuh kepada undang-

undang dan boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna.

Justeru itu, jelas bahawa kegiatan kokurikulum yang berkesan di sekolah perlulah

diurus dengan efektif dan professional oleh pengetua. Dengan adanya peranan

perancangan, pengelola, kepemimpinan, dan pengawalan yang rapi, maka

Page 50: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

Bab 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan kaedah kajian yang digunakan untuk menilai persepsi

penyelaras kokurikulum terhadap peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum

di sekolah-sekolah di daerah Mersing, Johor Darul Takzim. Pelaksanaan kajian ini

melibatkan aktiviti memilih tempat dan sampel, reka bentuk kajian, instrumen,

prosedur dan analisis data.

3.2 Reka Bentuk

Kajian ini bersifat deskriptif dan dijalankan menggunakan pendekatan

tinjauan. Pendekatan tinjauan dipilih kerana keputusan yang diperoleh mempunyai

kesahan dan kebolehpercayaan yang agak tinggi dimana pola perlakuan masyarakat

sukar berubah dengan mendadak (Mohd Najib : 2003). Pembolehubah yang diukur

adalah pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah. Soal selidik digunakan

untuk menilai persepsi guru yang menyandang jawatan penyelaras kokurikulum iaitu

guru penasihat kelab dan persatuan atau guru penasihat unit beruniform atau guru

penasihat sukan dan permainan terhadap pengetua sebagai pengurus kokurikulum di

Page 51: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

38

sekolah-sekolah. Penggunaan soal selidik di pilih kerana soal selidik ialah alat atau

instrumen yang digunakan untuk mengukur tingkahlaku responden (Mohd Najib:

2003). Aspek pengurusan pengetua dalam bidang kokurikulum dilihat dari segi

peranananya sebagai perancang, pengelola, pemimpin, dan pengawal.

3.3 Tempat Dan Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di sembilan buah sekolah menengah di daerah Mersing,

Johor Darul Ta’zim iaitu:

i. Sekolah Menengah Kebangsaan Pai Chee(CF).

ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing.

iii. Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing.

iv. Sekolah Menengah Kebangsaan Anjaung Batu.

v. Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin.

vi. Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar.

vii. Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar.

viii. Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir.

ix. Sekolah Menengah Kebangsaan (FELDA) Tenggaroh.

Responden terdiri daripada kalangan guru-guru sekolah menengah yang

sedang berkhidmat di sekolah- sekolah menengah di daerah Mersing dan memegang

jawatan sebagai penyelaras kelab dan persatuan atau penyelaras sukan dan permainan

atau penyelaras unit beruniform. Mereka dikategorikan sebagai telah berkhidmat

selama kurang 1 tahun, 2 hingga 10 tahun, dan melebihi 10 tahun. Seramai 10 orang

responden telah diambil dari setiap sekolah menjadikan sampel seramai 90 orang

responden.

Page 52: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

39

3.4 Instrumen

Soal selidik telah dibentuk berdasarkan kepada panduan pengurusan

kokurikulum yang telah dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan dalam

Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah (1993) iaitu pengetua

sebagai perancang, pengelola, pemimpin, dan pengawal.

Soal selidik yang digunakan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Bahagian A: Makluamat demografi guru iaitu jenis jawatan penyelaras yang

disandang, jantina, umur, tahap pendidikan, dan pengalaman mengajar.

Bahagian B: Mengandungi 36 item yang mengukur peranan pengetua yang

sepatutnya dan yang sebenar sebagai pengurus kokurikulum di sekolah iaitu

sebagai perancang, pengelola, pemimpin, dan pengawal. Item-item yang terdapat di

bahagian ini adalah merupakan penyesuaian berdasarkan senarai tugas pengetua

sebagai pengurus kokurikulum seperti mana yang dikeluarkan oleh Jemaah nazir

Persekutuan dalam Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah

(1993). Pembahagian item adalah seperti berikut dalam Jadua 3.l.

Page 53: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

40

Jadual 3.1 : Pembahagian Item Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum

(Perancang, Pengelola, Pemimpin, dan Pengawal)

Pengetua Sebagai

Pengurus Kokurikulum

Item

Jumlah Item

Pengetua Sebagai

Perancang Kokurikulum

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9

9

Pengetua Sebagai

Pengelola Kokurikulum

Sekolah

10, 11, 12

3

Pengetua Sebagai

Pemimpin Kokurikulum

13, 14, 15, 16, 17, 18

6

Pengetua Sebagai

Pengawal Dalam

Pengurusan Kokurikulum

Sekolah

19, 20, 21, 22, 23, 24, 25,

26, 27, 28, 29, 30, 31, 32,

33, 34, 35, 36

18

Kesemua item positif digunakan untuk mengukur peranan pengetua yang

sepatutnya dan yang sebenar sebagai pengurus kokurikulum di sekolah. Skil Likert 5

skala yang digunakan adalah seperti berikut;

5 = Sangat setuju

4 = Setuju

3 = Tidak pasti

2 = Tidak setuju

1 = Sangat tidak setuju

Page 54: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

41

3.5 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Item

Soal selidik yang dibentuk adalah berdasarkan kepada Panduan Pengurusan

Kokurikulum yang telah dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan dalam

Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah (2003) iaitu pengetua

sebagai perancang, pengelola, pemipin dan pengawal. Soalan bagi soal selidik adalah

berbentuk positif.

Satu kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kesesuaian format, aspek

menggunakan bahasa, ketepatan, dan kefahaman terhadap maksud item-item yang

terkandung dalam soal selidik tersebut. Seramai 24 orang guru sekolah menengah

(guru penolong kanan kokurikulum dan setiausaha kokurikulum) dipilih untuk satu

kajian rintis. Guru berpengalaman dipilih untuk memastikan ketepatan dan

kesesuaian item yang digunakan untuk mengukur pembolehubah yang dikaji. Nilai

Alpha cronbach yang diperoleh untuk 36 item ialah 0.952 (rujuk lampiran B). Nilai

indeks adalah antara 0 hingga 1. Nilai hampir 0 bermakna tahap kebolehpercayaan

yang sangat rendah dan nilai yang hampir kepada 1 ialah tahap kebolehpercayaan

yang sangat tinggi (Mohd Najib, 2003). Nilai 0.6 didapati memadai untuk diterima

sebagai tahap kebolehpercayaan yang sesuai untuk sesuatu alat.

Bagi memastikan item-item yang terkandung dalam soal selidik tersebut

mudah difahami, bersesuaian dengan keadaan setempat, serta terhindar daripada

unsur-unsur yang sensitif, soal selidik terlebih dahulu dikemukakan kepada penyelia

projek. Kebenaran untuk menjalankan kajian dipohon daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancang Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(EPRD). Selain itu, kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan

Pelajaran Daerah juga diminta bagi mebolehkan kajian dilakukan di sekolah-sekolah

yang berkenaan.

Page 55: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

42

3.6 Prosedur Kajian

Prosedur Kajian ini dilakukan adalah secara berperingkat seperti yang berikut:

1. Meminta kebenaran daripada pihak yang berkenaan; Dekan Fakulti

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancang Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Pejabat Pelajaran Daerah Mersing, dan Pengetua sekolah disekitar Bandar

Mersing yang dikaji.

2. Mendapatkan maklumat awal berkenaan sekolah yang dikaji dengan

mengadakan temu bual dengan pengetua sekolah yang dipilih. Manakala satu

hari lain diperuntukkan untuk setiap buah sekolah untuk mentadbir soal

selidik. Sepuluh orang guru dipilih untuk menjawab soal selidik. Borang soal

selidik diedarkan dan guru-guru diberi tempoh tujuh hari untuk mengisi

borang soal selidik, dikumpulkan pada hari kelapan setelah diedarkan. Ini

bagi memberi tempoh masa yang mencukupi bagi guru-guru mengisi borang

soal selidik.

3. Borang soal selidik dikumpulkan (data diperolehi) dan dianalisis

Page 56: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

43

3.7 Analisis Data

Segala soal selidik dikumpulkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Soal selidik yang dikembalikan dan disemak bagi memastikan segala item dijawab

atau dipenuhi oleh responden. Soal selidik yang lengkap untuk dianalisis perlu

dikumpulkan. Untuk di analisis, soal selidik perlu ditukar dalam bentuk angka

dengan diberikan kod (pengkodan) untuk memudahkan analisis secara kuantitatif.

Selepas dianalisis, segala angka tadi akan diterjemahkan semula dalam bentuk

deskriptif (ayat). Pengkaji menggunakan perisian SPSS for Windows bagi tujuan

menganalisis data. Oleh kerana reka bentuk penyelidikan ini ialah penyelidikan

kuantitatif, maka prosedur penganalisaan data dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu:

i. Analisis Deskriptif

ii. Analisis statistik Inferen

Analisis Deskriptif lebih ditumpukan kepada sesuatu yang menunjukkan status

semasa. Analisis data secara deskriptif digunakan untuk menganalisis data belakang

(demografi) responden dan analisis statistik inferen menggunakan kaedah Ujian-t dan

ANOVA satu hala.

Bagi menganalisis profil responden, kaedah statistik deskriptif telah

digunakan bagi mendapatkan bilangan dan peratusan responden. Bagi menilai setiap

tahap peranan pengurusan pengetua iaitu pengetua sebagai perancang kokurikulum,

pengelola kokurikulum, pemimpin kokurikulum, pengawal kokurikulum, dan

pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah secara keseluruhannya, pengkaji

telah menggunakan kaedah statistik deskriptif bagi menerangkan dapatan. Skor min

dan sisihan piawai juga diperolehi bagi menerangkan setiap dimensi yang dikaji.

Kaedah statistik inferen memfokuskan untuk melihat perhubungan di antara

pembolehubah yang terdapat dalam hipotesis iaitu hubungan diantara pembolehubah

peranan sebenar dan sepatutnya dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus

kokurikulum di sekolah. Analisis ini juga digunakan intuk melihat perbezaan amalan

Page 57: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

44

pengetua berdasarkan penyelaras kokurikulum sekolah dan perbezaan amalan

pengetua berdasarkan jantina. Jadual 3.2 menunjukkan objektif dan kaedah statistik

yang digunakan.

Jadual 3.2 : Jadual objektif dan statistik yang digunakan

Bil Objektif Statistik

1. Melihat tahap peranan yang sepatutnya dimainkan

oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum

menurut persepsi penyelaras kokurikulum.

Min dan Sisihan Piawai

2. Mengenalpasti tahap peranan yang sebenar

dimainkan oleh pengetua menurut persepsi

penyelaras kokurikulum.

Min dan Sisihan Piawai

3. Mengenalpasti tahap peranan sebenar yang

dimainkan oleh pengetua berdasarkan bidang

tugas

Min dan Sisihan Piawai

4. Melihat perbezaan amalan pengetua berdasarkan

penyelaras kokurikulum sekolah.

Anova

5. Melihat perbezaan amalan pengetua berdasarkan

jantina.

Ujian-t

Bagi analisis infrensi, tahap diukur berdasarkan kepada jadual 3.3 dibawah.

Jadual 3.3: Pengukuran Tahap

Nilai Indeks Interpretasi

3.68 – 5.00 Tinggi

2.34 – 3.67 Sedarhana

1.0 – 2.33 Rendah

Page 58: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

45

Bagi pengujian hipotesis pula, aras signifikan 0.05 digunakan untuk

menerima atau menolak hipotesis yang dibina. Kaedah Ujian-t dan Anova satu hala

yang digunakan akan dapat menjawab persoalan hipotesis penyelidikan sebagaimana

berikut:

1. Hipotesis Ho1 yang mengatakan tidak ada perbezaan yang signifikan diantara

amalan pengetua berdasarkan jantina. Di uji dengan menggunakan ujian-t kerana

terdapat dua pembolehubah.

2. Hipotesis Ho2 yang menyatakan tidak ada perbezaan yang signifikan diantara

amalan pengetua berdasarkan jawatan penyelaras kokurikulum sekolah. Oleh kerana

terdapat lebih daripada dua pebolehubah maka ANOVA telah digunakan

Bagi nilai signifikan yang kurang daripada 0.05, Ho akan ditolak dan

bermakna terdapat perbezaan yang signifikan pada hipotesis yang dibina. Sekiranya

nilai signifikan lebih daripada 0.05, maka Ho akan diterima dan bermakna tidak

terdapat perbezaan yang signifikan pada hipotesis yang dibina.

Page 59: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membentangkan dapatan kajian serta perbincangan terhadap

penemuan kajian. Dapatan kajian yang dibentangkan adalah berdasarkan pernyataan

dan analisis masalah yang dinyatakan dalam kajian ini. Aspek-aspek yang akan

dibincangkan adalah profil responden, dan dimensi-dimensi kajian iaitu pengetua

sebagai perancang kokurikulum, pengetua sebagai pengelola kokurikulum, pengetua

sebagai pemimpin kokurikulum, pengetua sebagai pengawal pengurusan

kokurikulum, dan dimensi keseluruhan iaitu pengetua sebagai pengurus kokurikulum

di sekolah.

Seterusnya, kajian ini juga akan melihat perkaitan antara profil responden

iaitu jawatan penyelaras kokurikulum, jantina, umur, pengalaman mengajar dan juga

kelulusan akademik dengan persepsi responden terhadap peranan pengetua sebagai

pengurus kokurikulum di sekolah secara keseluruhan dengan menggunakan kaedah

Jadual Silang (Coss-tabulation)

Page 60: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

47

4.2 Analisis tentang latar belakang responden

Responden kajian terdiri daripada 90 orang guru yang sedang

berkhidmat di sekolah-sekolah menengah daerah Mersing. Profil responden iaitu

jawatan yang disandang dalam unit kokurikulum, jantina , umur, kelulusan akademik

tertinggi, dan pengalaman sebagai guru.

Jadual 4.1 di bawah menunjukkan responden terdiri daripada 39 orang

(43.3%) lelaki dan 51 orang (56.7%) perempuan. 36 orang (40%) menyandang

jawatan sebagai guru penasihat kelab dan persatuan manakala 29 orang (32.2%)

menyandang jawatan sebagai guru penasihat badan beruniform dan 25 orang (27.8%)

yang menyandang jawatan guru penasihat sukan dan permainan.

Jadual 4.1 : Analisis Bilangan Responden Mengikut Jawatan Yang

Disandang, Umur Serta Jantina

Bil Jawatan Umur Jumlah Kurang

daripada 30 tahun

31 tahun Hingga

39 tahun

Melebihi 40 tahun

L P L P L P 1 Guru Penasihat

Kelab & Persatuan 3 8 12 9 2 2 36

2 Guru Penasihat Unit Beruniform

4 7 2 10 5 1 29

3 Guru Penasihat Sukan & Permainan

4 5 5 6 2 3 25

JUMLAH 11 20 19 25 9 6 90 PERATUS 34.4% 49% 16.6% 100%

• L = Lelaki

• P = Perempuan

Berdasarkan dapatan, 31 orang (34.4%) adalah terdiri daripada responden

yang berumur kurang daripada 30 tahun. Seramai 44 orang (49%) pula berumur

antara 31 hingga 39 tahun dan 15 orang (16.6%) pula melebihi 40 tahun. Seramai 3

orang lelaki dan 8 orang perempuan yang menyandang sebagai guru penasihat kelab

dan persatuan, manakala 4 orang lelaki dan 7 orang perempuan yang menyandang

sebagai guru penasihat badan beruniform serta 4 orang lelaki dan 5 orang perempuan

yang menyandang jawatan guru penasihat sukan dan permainan, kesemua responden

Page 61: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

48

ini berumur kurang daripada 30 tahun. Bagi responden yang berumur antara 31

hingga 39 tahun pula, 12 orang lelaki dan 9 orang perempuan menyandang jawatan

guru penasihat kelab dan persatuan manakala 2 orang lelaki dan 10 orang perempuan

menyadang jawatan guru penasihat badan beruniform. Bagi jawatan guru penasihat

sukan dan permainan pula terdiri daripada 5 orang lelaki dan 6 orang perempuan.

Jumlah responden yang berumur melebihi 40 tahun pula adalah 2 orang lelaki dan 2

orang perempuan yang menyandang sebagai guru penasihat kelab dan persatuan,

bagi guru penasihat badan beruniform pula adalah 5 orang lelaki dan 1 orang

perempuan sahaja. Dan akhir sekali, jawatan guru penasihat sukan dan permainan

diwakili oleh 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Jadual 4.2 : Analisis Responden Mengikut Jawatan Yang Disandang, Kelulusan

Akademik Tertinggi Dan Jantina

Bil Jawatan Kelulusan Akademik Tertinggi

Diploma

Sarjana Muda

Sarjana

Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan1 Guru

Penasihat Kelab & Persatuan

1 0 16 18 0 1

2 Guru Penasihat Unit Beruniform

0 0 11 18 0 0

3 Guru Penasihat Sukan & Permainan

0 0 10 12 1 2

JUMLAH 1 0 37 48 1 3 PERATUS 1.1% 94.4% 4.5%

Merujuk kepada Jadual 4.2 hanya terdapat seorang lelaki yang berkelulusan

diploma yang memegang jawatan sebagai guru penasihat kelab dan persatuan dan

tiada langsung bagi jawatan penasihat yang lain. Manakala tiada langsung guru

perempuan yang berkelulusan diploma memegang sebarang jawatan penyelaras

kokurikulum dan ini memberi perangkaan 1.1% bagi kelulusan diploma yang

menjadi guru penasihat kokurikulum. Bagi kelulusan tertinggi sarjana muda pula,

bilangan guru penasihat bagi kelab dan persatuan masing-masing adalah 16 lelaki

Page 62: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

49

dan 18 perempuan. Seterusnya untuk guru penasihat unit beruniform, bilangan bagi

guru lelaki ialah 11 orang dan 18 orang bagi guru perempuan. Dan bagi guru

penasihat sukan dan permainan, seramai 37orang guru lelaki dan 12 orang guru

perempuan. Secara kolektifnya terdapat 37 orang guru lelaki dan bilangan guru

perempuan adalah lebih ramai iaitu 48 orang yang mempunyai kelulusan sarjana

muda. Peratusan guru berkelulusan sarjana muda didapati berjumlah 94.4%.

Bahagian guru penasihat berkelulusan sarjana pula memberikan hanya seorang lelaki

sahaja yang menjadi guru penasihat sukan dan permainan dan tiada guru lelaki lain

menjadi penasihat unit kokurikulum yang lain. Tetapi terdapat 3 orang guru

perempuan yang menjadi guru penasihat dimana seorang di unit kelab dan persatuan

dan 2 orang selebihnya di unit sukan dan permainan. Secara keseluruhannya,

peratusan guru berkelulusan sarjana ialah 4.5%. Kini dapat dilihat bahawa jumlah

peratusan tertinggi yang menjadi guru penasihat kokurikulum adalah berkelulusan

sarjana muda sebanyak 94.4 % diikuti dengan kelulusan sarjana iaitu 4.5% dan

akkhirnya guru berkelulusan diploma iaitu 1.1%.

Jadual 4.3 : Analisis Responden Mengikut Jawatan Yang Disandang,

Pengalaman Sebagai Guru Dan Jantina

Bil Jawatan Pengalaman Sebagai Guru Kurang

Daripada 1 tahun

2 tahun Hingga

10 tahun

Melebihi 10 tahun

Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan1 Guru

Penasihat Kelab & Persatuan

1

1

12

12

4

6

2 Guru Penasihat Unit Beruniform

1

4

5

13

5

1

3 Guru Penasihat Sukan & Permainan

3

1

5

9

3

4

JUMLAH 5 6 22 34 12 11 PERATUS 12.2% 62.2% 25.6%

Page 63: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

50

Analisis pengalaman mengajar menunjukkan bahawa 11 orang (12.2%) guru

penasihat yang baru berkhidmat kurang daripada 1 tahun, 56 orang (62.2%)

berpengalaman antara 2 hingga 10 tahun, dan 23 orang (25.6%) berpengalaman

melebihi 10 tahun. Hanya 1 orang lelaki dan 1 orang perempuan menyandang

jawatan sebagai guru penasihat kelab dan persatuan, 1 orang lelaki dan 4 orang

perempuan menyadang sebagai guru penasihat unit beruniform serta 3 orang lelaki

dan 1 orang perempuan sebagai guru penasihat sukan dan permainan yang baru

berkhidmat kurang daripada 1 tahun. Bagi responden yang berpengalaman antara 2

hingga 10 tahun pula, mewakili 12 orang lelaki dan 12orang perempuan sebagai guru

penasihat kelab dan persatuan, 5 orang lelaki dan 13 orang perempuan untuk jawatan

guru penasihat badan beruniform serta 5 orang lelaki dan 9 orang perempuan untuk

guru penasihat sukan dan permainan. Responden yang mempunyai pengalaman

melebihi 10 tahun mewakili 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan menyandang

jawatan guru penasihat kelab dan persatuan, bagi jawatan guru penasihat badan

beruniform pula terdiri daripada 5 orang lelaki dan 1 orang perempuan, serta 3 orang

lelaki dan 4 orang perempuan menyandang jawatan sebagai guru penasihat sukan dan

permainan. Secara keseluruhannya, guru yang berpengalaman antara 2 hingga10

tahun lebih ramai menyandang jawatan sebagai guru penasihat iaitu 62.2%, di ikuti

oleh guru yang berpengalaman melebihi 10 tahun iaitu 25.6% dan bagi guru yang

berpengalaman kurang daripada 1 tahun ialah 12.2%.

Page 64: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

51

4.3 Dimensi Peranan Yang Sepatutnya Dan Yang Sebenar Dilakukan Oleh

Pengetua

Jadual 4.4 : Peranan Yang Sepatutnya Dan Yang Sebenar Dilakukan Oleh

Pengetua

Aspek Peranan Sepatutnya dilakukan oleh pengetua

Peranan Sebenarnya dilakukan oleh pengetua

Min Sisihan Piawai Min Sisihan piawai Perancang Kokurikulum

4.40 0.49 3.33 0.85

Pengelola Kokurikulum

4.44

0.60 3.26 0.90

Pemimpin Kokurikulum

4.45 0.51 3.10 0.97

Pengawal Dalam Pengurusan Kokurikulum

4.42 0.61 3.14 0.94

Keseluruhan 4.43 0.55 3.20 0.912

Berdasarkan jadual 4.4, skor min dimensi peranan yang sepatutnya dilakukan

oleh pengetua sebagai perancang kokurikulum adalah 4.40 dengan sisihan piawai

0.49. Manakala skor min bagi dimensi peranan yang sepatutnya dilakukan oleh

pengetua sebagai pengelola kokurikulum adalah 4.44 dengan sisihan piawai 0.60.

Bagi skor min peranan yang sepatutnya dilakukan oleh pengetua sebagai pemimpin

kokurikulum adalah 4.45 dengan sisihan piawai 0.51. Skor min bagi dimensi peranan

yang sepatutnya dilakukan oleh pengetua sebagai pengawal dalam pengurusan

kokurikulum sekolah adalah 4.42 dengan sisihan piawai 0.61. Manakala skor min

bagi dimensi peranan yang sepatutnya dilakukan oleh pengetua sebagai pengurusan

kokurikulum sekolah secara keseluruhan adalah 4.43 dengan sisihan piawai 0.55.

Bagi skor min dimensi peranan yang sebenarnya dilakukan oleh pengetua

sebagai perancang kokurikulum adalah 3.33 dengan sisihan piawai 0.85. Manakala

skor min bagi dimensi peranan yang sebenarnya dilakukan oleh pengetua sebagai

pengelola kokurikulum adalah 3.26 dengan sisihan piawai 0.90. Skor min bagi

dimensi peranan yang sebenarnya dilakukan oleh pengetua sebagai pemimpin

kokurikulum adalah 3.10 dengan sisihan piawai 0.97. Skor min bagi dimensi peranan

yang sebenarnya dilakukan oleh pengetua sebagai pengawal dalam pengurusan

Page 65: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

52

kokurikulum sekolah pula adalah 3.14 dengan sisihan piawai 0.94. dan secara

keseluruhannya, skor min bagi dimensi peranan yang sebenarnya dilakukan oleh

pengetua sebagai pengurusan kokurikulum adalah 3.20 dengan sisihan piawai 0.912.

Dengan ini skor min peranan sepatutnya dilakukan oleh pengetua adalah lebih tinggi

iaitu 4.43 berbandinga dengan skor min peranan sebenar yang dilakukan oleh

pengetua iaitu 3.20.

4.4 Pengujian Hipotesis

Pengujian hipotesis didalam kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu hipotesis 1 (Ho1)

dan hipotesis 2 (Ho2).

4.4.1 Hipotesis 1 (Ho1):

Hipotesis ini mengatakan bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara amalan

pengetua mengikut jantina.

Jadual 4.5 : Ujian-t Bagi Amalan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum

Mengikut Jantina.

Kategori N Min Sisihan

Piawai

t dk Signifikan

(p)

Lelaki 39 4.3561 0.48154 -1.208 88 0.022

Perempuan 51 4.4790 0.47611

* Anggaran signifikan adalah 0.05

Data dalam jadual 4.5 diatas adalah hasil dari ujian-t yang telah dijalankan.

Nilai signifikan adalah 0.022 iaitu kurang daripada aras signifikan 0.05. Oleh itu,

hipotesis nol ditolak (Ho1). Keputusannya didapati terdapat perbezaan yang

signifikan antara amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum mengikut jantina

di terima.

Page 66: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

53

Min guru lelaki ialah 4.3561 dan min guru perempuan ialah 4.4790.

Perbezaan sebanyak 0.1229 ini memberikan nilai t = -1.208 yang signifikan pada

aras p < 0.05. Dengan ini hipotesis nol yang menyatakan tiada perbezaan yang

signifikan di antara guru lelaki dan guru perempuan adalah ditolak. Ini menjelaskan

bahawa wujud perbezaan yang signifikan antara amalan pengetua sebagai pengurus

kokurikulum di antara guru lelaki dan guru perempuan.

4.4.2 Hipotesis 2 (Ho2):

Hipotesis 2 mengatakan bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara amalan

pengetua mengikut jawatan penyelaras kokurikulum sekolah.

Jadual 4.6 ANOVA bagi amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum

mengikut jawatan penyelaras kokurikulum sekolah.

Punca

Varians

Jum. Kuasa

dua

dk Min Nisbah

F

Signifikan

(p)

Antara

Kumpulan

0.529 2 0.265

Dalam

Kumpuan

60.929 87 0.700 0.378 0.686

Jumlah 61.458 89

* Anggaran signifikan adalah 0.05

Daripada jadual 4.6 di atas, didapati darjah kebebasan di antara kumpulan

ialah 2, nisbah F = 0.378 dan p = 0.686. Dengan ini ianya tidak signifikan pada aras

0.05 di mana menyebabkan hipotesis nol di terima. Keputusan di dapati tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pengetua sebagai pengurus

kokurikulum mengikut jawatan penyelaras kokurikulum sekolah.

Page 67: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan beberapa perkara iaitu rumusan kajian,

perbincangan kajian, kesimpulan kajian dan cadangan kajian.

5.2 Rumusan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menilai peranan sepatut dan sebenar pengetua sebagai

pengurus kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di daerah Mersing, Johor Darul

Takzim. Sekolah-sekolah yang terlibat terdiri daripada sembilan buah sekolah yang

terletak di bandar dan luar bandar. Seramai 90 orang responden telah dipilih bagi tujuan

kajian. Responden yang dipilih terdiri daripada guru yang menyandang jawatan

penyelaras kokurikulum di sekolah. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik

yang dibentuk dan diubah suai berdasarkan kepada panduan pengurusan kokurikulum

yang telah dikeluarkan oleh Jemaan Nazir Responden menjawab soal selidik yang

mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B iaitu peranan sepatutnya dan

sebenar yang dimainkan oleh pengetua di sekolah. Soal selidik mengandungi 36 soalan

keseluruhannya. 9 soalan berkaitan dengan peranan pengetua sebagai perancang

Page 68: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

55

kokurikulum, 3 soalan berkaitan peranan pengetua sebagai pengelola kokurikulum di

sekolah, 6 soalan berkaitan peranan pengetua sebagai pemimpin kokurikulum dan 18

soalan berkaitan peranan pengetua sebagai pengawal dalam pengurusan kokurikulum

sekolah.

Hasil kajian menunjukkan peranan pengetua sebagai perancangan menurut

persepsi penyelaras kokurikulum adalah hanya kerap kali (setuju) pengetua

menjalankan peranannya sebagai perancang. Peratusan bagi sentiasa (sangat setuju)

agak kurang, dan didapati ada juga penyelaras kokurikulum yang memberi persepsi

sekali sekala (sedikit setuju).

Bagi dimensi pengetua sebagai pemimpin dan pengelola menurut persepsi

penyelaras kokurikulum berada pada tahap kerap kali (setuju) dan sekali sekala

(sedikit setuju). Berdasarkan konsep Taylor, tahap pengurusan ini iaitu sebagai

pemimpin dan pengelola berada pada tahap pelaksanaan di mana dalam prinsip

pengurusan Taylor. Sebagai pemimpin dan pengelola, pengetua perlu menggantikan

‘Rules Of Thumb’dengan sains, iaitu pengetahuan yang terancang, mendapatkan

keharmonian di dalam kumpulan, bukannya perpecahan, mencapai kerjasama di

antara manusia, bukannya individualisme yang bertentangan, bekerja untuk ‘output’

yang maksimum, bukan yang terhad, dan pekerja diperkembangkan dengan seberapa

yang dapat untuk kemakmuran majikan dan diri sendiri.

Seterusnya, bagi dimensi pengetua sebagai pengawal kokurikulum menurut

persepsi penyelaras kokurikulum berada pada tahap kerap kali (setuju). Sepatutnya,

dimensi ini perlu diambil tindakan dan perhatian yang serius oleh pengetua sebagai

pengurus kokurikulum sekolah.

Page 69: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

56

5.3 Perbincangan kajian dan Kesimpulan kajian

Kajian ini melibatkan responden seramai 90 orang. Persepsi penyelaras

kokurikulum adalah untuk melihat sejauh mana pengetua telah menjalankan peranan

sebagai perancang, pemimpin, pengelola, dan pengawal dalam pengurusan

kokurikulum di sekolah. Konsep pengurusan Taylor (1984) telah dijadikan panduan

perbincangan. Oleh itu, perbincangan ini diharap dapat dijadikan panduan kepada

pengetua untuk membaiki keadaan yang perlu agar pelaksanaan kokurikulum di

sekolah dapat berjalan lancar, teratur, dan berkesan.

5.3.1 Tahap peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pengetua sebagai

pengurus kokurikulum.

Bahagian ini menerangkan persepsi penyelaras kokurikulum terhadap

peranan sepatutnya dimainkan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah.

Bagi persepsi penyelaras kokurikulum terhadap peranan yang sepatutnya dimainkan

pengetua sebagai perancang kokurikulum.didapati 89 peratus menyatakan sangat

setuju dan 11 peratus menyatakan setuju. Keseluruhannya didapati peranan pengetua

sebagai perancang kokurikulum adalah sangat perlu dalam pengurusan kokurikulum

Bagi persepsi penyelaras kokurikulum terhadap peranan yang sepatutnya dimainkan

pengetua sebagai pengelola kokurikulum pula didapati penyelaras kokurikulum

menyatakan pengetua sepatutnya menjalankan peranan sebagai pengelola

kokurikulum iaitu 100 peratus menyatakan sangat setuju. Ini menunjukkan peranan

pengetua sebagai pengelola kokurikulum adalah diperlukan dalam pengurusan

kokurikulum.

Bagi persepsi penyelaras kokurikulum terhadap peranan yang sepatutnya

dimainkan pengetua sebagai pemimpin kokurikulum, kebanyakan penyelaras

kokurikulum menyatakan pengetua sepatutnya menjalankan peranan sebagai

pemimpin kokurikulum iaitu 67 peratus menyatakan sangat setuju dan 33 peratus

menyatakan setuju. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa pengetua perlu memainkan

peranan sebagai pemimpin kokurikulum dalam pengurusan kokurikulum di sekolah.

Persepsi penyelaras kokurikulum terhadap peranan yang sepatutnya dimainkan

pengetua sebagai pengawal dalam pengurusan kokurikulum di sekolah, didapati 67

Page 70: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

57

peratus menyatakan sangat setuju dan 33 peratus menyatakan setuju. Secara

umumnya peranan pengetua sebagai pengawal kokurikulum adalah diperlukan.

Secara keseluruhan, peranan seperti perancang kokurikulum, pengelola kokurikulum,

pemimpin kokurikulum dan pengawal dalam pengurusan kokurikulum di sekolah

adalah penting dalam pengurusan kokurikulum di sekolah dan pengetua perlu

menitik beratkan aspek ini bagi memperolehi pengurusan yang cemerlang.

5.3.2 Tahap peranan yang sebenar dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus

kokurikulum menurut persepsi penyelaras kokurikulum.

Bahagian ini pula menerangkan persepsi penyelaras kokurikulum terhadap

peranan sebenarnya dimainkan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah.

Persepsi penyelaras kokurikulum terhadap peranan yang sebenarnya dimainkan

pengetua sebagai perancang kokurikulum adalah 56 peratus menyatakan sedikit

setuju dan 44 peratus menyatakan setuju. Menunjukkan bahawa pengetua kurang

memainkan peranan sebagai perancang kokuriklum disekolah. Bagi persepsi

penyelaras kokurikulum terhadap peranan yang sebenarnya dimainkan pengetua

sebagai pengelola kokurikulum pula didapati 67 peratus menyatakan setuju dan 36

peratus menyatakan sedikit setuju. Ini menunjukkan sebahagian kecil pengetua

kurang berperanan sebagai pengelola kokurikulum di sekolah. Persepsi penyelaras

kokurikulum terhadap peranan yang sebenarnya dimainkan pengetua sebagai

pemimpin kokurikulum, 50 peratus setuju bahawa pengetua sebenarnya menjalankan

peranan sebagai pemimpin kokurikulum dan 50 peratus menyatakan sedikit setuju.

Secara umum boleh dikatakan sebahagian pengetua kurang memainkan peranan

sebagai pemimpin kokurikulum di sekolah. Untuk persepsi penyelaras kokurikulum

terhadap peranan yang sebenarnya dimainkan pengetua sebagai pengawal dalam

pengurusan kokurikulum di sekolah, 67 peratus menyatakan setuju dan 33 peratus

menyatakan sedikit setuju. Dengan ini sebahagian pengetua kurang memainkan

peranan sebagai pengawal dalam pengurusan kokurikulum. Secara keseluruhan, nilai

min bagi peranan sebenar yang dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus

kokurikulum menunjukkan pengetua kurang memainkan peranan sebagai pengurus

kokurikulum di sekolah.

Page 71: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

58

5.3.3 Perbezaan amalan pengetua berdasarkan jawatan penyelaras

kokurikulum sekolah.

Bagi hipotesis dua (Ho2) mengatakan bahawa tiada perbezaan yang signifikan di

antara amalan pengetua mengikut jawatan penyelaras kokurikulum sekolah. Daripada

analisis ANOVA, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara amalan

pengetua mengikut jawatan penyelaras kokurikulum sekolah.

5.3.4 Perbezaan amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum

berdasarkan jantina.

Hipotesis yang pertama (Ho1) menyatakan bahawa tiada perbezaan yang

signifikan antara amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum mengikut jantina.

Daripada ujian-t, didapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara amalan

pengetua sebagai pengurus kokurikulum dengan jantina penyelaras kokurikulum.(t =

- 1.208, p < 0.05). Ini menunjukkan bahawa penyelaras kokurikulum lelaki dan

perempuan bersetuju bahawa pengetua perlu memainkan peranan sebagai pengurus

kokurikulum di sekolah.

Berpandukan objektif kajian, peranan pengetua sebagai perancangan menurut

persepsi penyelaras kokurikulum adalah hanya kerap kali (setuju) pengetua

menjalankan peranannya sebagai perancang. Peratusan bagi sentiasa (sangat setuju)

agak kurang, dan didapati ada juga penyelaras kokurikulum yang memberi persepsi

sekali sekala (sedikit setuju). Justeru, berdasarkan konsep pengurusan Taylor, hal ini

perlu di utamakan. Ini kerana menurut Omardin (1999), perancangan merupakan

suatu matlamat yang mana meramalkan keadaan pada masa akan datang supaya

dapat memaju dan mengembangkan tindakan yang bakal diambil untuk memenuhi

keadaan yang dijangkakan. Perancangan juga merupakan kaedah untuk mencapai

penyelarasan di kalangan unit kecil dalam sesebuah organisasi. Selain itu,

perancangan merupakan penentu agar rancangan unit-unit kecil tidak bertindih.

Perancangan juga dapat membantu pengurus menentukan keperluan untuk

mengembangkan sumber dengan meletakkan peraturan dan keutamaan. Perancangan

juga merupakan sebahagian daripada system kawalan disebabkan perancangan

digunakan sebagai standard prestasi yang dapat dinilai.

Page 72: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

59

Bagi dimensi pengetua sebagai pemimpin dan pengelola menurut persepsi

penyelaras kokurikulum berada pada tahap kerap kali (setuju) dan sekali sekala

(sedikit setuju). Berdasarkan konsep Taylor, tahap pengurusan ini iaitu sebagai

pemimpin dan pengelola berada pada tahap pelaksanaan di mana dalam prinsip

pengurusan Taylor. Sebagai pemimpin dan pengelola, pengetua perlu menggantikan

‘Rules Of Thumb’dengan sains, iaitu pengetahuan yang terancang, mendapatkan

keharmonian di dalam kumpulan, bukannya perpecahan, mencapai kerjasama di

antara manusia, bukannya individualisme yang bertentangan, bekerja untuk ‘output’

yang maksimum, bukan yang terhad, dan pekerja diperkembangkan dengan seberapa

yang dapat untuk kemakmuran majikan dan diri sendiri.

Seterusnya, bagi dimensi pengetua sebagai pengawal kokurikulum menurut

persepsi penyelaras kokurikulum berada pada tahap kerap kali (setuju). Sepatutnya,

dimensi ini perlu diambil tindakan dan perhatian yangserius oleh pengetua sebagai

pengurus kokurikulum sekolah. Berdasarkan konsep Pengurusan Taylor perkara ini

berada pada tahap semak dan ambil tindakan di mana ada kawalan oleh phak

pentadbiran. Pentadbir bertanggungjawab atas kesemua aktiviti menyelesaikan

masalah. Menurut Omardin (1999), penyeliaan merupakan pengawasan

pelaksanaannya agar aktiviti dapat berjalan dengan tersusun bagi mencapai matlamat

yang ditetapkan.

5.3.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, bagi peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di

sekolah, majoriti persepsi penyelaras kokurikulum mengatakan berada pada tahap

setuju sahaja. Perlu diingatkan bahawa pengurusan kokurikulum yang melibatkan

perancangan, pengelolaan, pimimpin dan pengawalan mestilah dibuat dengan adil,

teliti, kemas dan tersusun. Bagi melicinkan perjalanan dan pengendalian gerak kerja

kokurikulum di sekolah dan bagi memastikan pengetua dapat memainkan peranan

yang efektif dalam pengurusan kokurikulum, segala langkah perlu diatur agar setiap

individu dalam organisasi itu perlu mengetahui dengan jelas mengenai kedudukan

Page 73: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

60

dan bidang tugas tersebut. Oleh itu, pengetua perlu tegas dalam hal ini dan jangan

menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada penolong kanan untuk melaksanakannya.

5.4 Cadangan Kajian

Berdasarkan dapatan dan metodologi kajian terdapat cadangan tindakan dan

cadangan lanjutan.

5.4.1 Cadangan Tindakan

Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi , didapati:

a) Peranan pengetua sebagai perancang kokurikulum adalah sangat

diperlukan kerana perancangan merupakan kaedah untuk mencapai

penyelarasan di kalangan unit kecil dalam sesebuah organisasi.

b) Peranan pengetua sebagai pemimpin kokurikulum juga turut penting

kerana dapat memimpin organisasi untuk mencapai matlamat pengurusan

kokurikulum.

c) Peranan pengetua sebagai pengelola kokurikulum diperlukan dalam

pengurusan kokurikulum di sekolah supaya aktivit kokurikulum dapat

berjalan dengan lancar sebagai mana yang dirancang.

d) Peranan pengetua sebagai pengawal kokurikulum juga turut diperlukan

kerana pengawasan perlaksanaan aktiviti dapat berjalan dengan tersusun

bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

5.4.2 Cadangan Lanjutan

Berdasarkan limitasi dalam kajian inidiharapkan kajian lanjutan boleh

dilakukan antaranya:

a) Kajian yang telah dijalankan hanya meliputi daerah kecil Mersing dan

tidak boleh dijadikan generalisasi bagi keseluruhan persepsi

Page 74: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

61

penyelaras kokurikulum yang berada di Malaysia. Pengkaji hanya

melihat persepsi penyelaras kokurikulum berdasarkan dimensi iaitu

sebagai perancang, pengelola, pemimpin, dan pengawal.

Perbincangan terhadap item-item bagi setiap dimensi tidak dilakukan

secara terperinci. Oleh itu, dicadangkan kajian lanjutan dilakukan

seperti mengkaji setiap item dalam peranan pengetua sebagai

perancang kokurikulum, pengelola kokuriulum, pemimpin

kokurikulum dan pengawal dalam pengurusan kokurikulum secara

mendalam.

b) Selain daripada itu, kajian boleh dibuat dalam aspek permasalahan-

permasalahan yang dihadapi oleh pengetua bagi menjalankan

tanggungjawab sebagai perancang, pengelola, pemimpin, dan

pengawal kokurikulum.

c) Memandangkan sampel kajian ini hanya terdiri daripada guru-guru di

sembilan sekolah di daerah Mersing sahaja, maka dicadangkan supaya

kajian seumpama ini dibuat di tempat-tempat dan latar belakang yang

lain supaya menemui hasil yang lebih umumdan dapat dipakai seluruh

negara.

d) Kajian ini juga boleh dibuat mengenai peranan pengetua sebagai

pengurus kokurikulum di sekolah mengikut persepsi murid-murid,ibu

bapa dan sebagainya. Persepsi mereka mungkin berbeza danmungkin

lebih tepat.

5.5 Penutup

Keberkesanan gerak kerja kokurikulum di sekolah bergantung kepada

perancangan, stratergi, pelaksanaan, dan penyeliaan yang teliti daripada semua pihak.

Namun, tidak dinafikan bahawa pengetua merupakan tunjang utama disekolah

memainkan peranan bagi memastikan perkara ini dilakukan dengan teliti dan

sistematik.Justeru itu, sebagai pengurus kokurikulum, pengetua seharusnya

mempunyai asas-asas pengetahuan semasa yang terkini untuk menjalankan tugas

mereka dengan lebih cekap, berwibawa, berkualiti serta berpandangan jauh terhadap

Page 75: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

62

kemajuan kokurikulum dalam organisasinya. Bagi menjamin keberkesanan

pelaksanaan kokurikulum, pengetua harus mempunyai idea yang bernas dan

pemikiran yang stratergik. Bagi menentukan perancangan yang stratergik ini,

pengetua perlu menentukan arah haluan melalui perancangan jangka panjang yang

terperinci, pelaksanaan yang tepat serta penilaian dan pengawasan prestasi yang

berkesan seperti mana yang disyorkan berdasarkan konsep Taylor (1984) agar tahap

pencapaian kokurikulum disekolah mencapai matlamatnya. Kesannya, pasti pengetua

dapat memainkan peranan yang sepatutnya dalam pengurusan kokurikulum di

sekolah.

Page 76: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum
Page 77: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

63

Bibliografi

Abd. Alim Abdul Rahim (1995). “Pengurusan Kokurikul.” Shah Alam: Penerbit

Fajar Bakti.

Abd. Alim Abdul Rahim (1999). “Pengurusan Kokurikulum dan Badan Berunifom.”

Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Abd. Aziz Yusof (2000). “Perubahan Dan Kepimpinan.” Sintok: Universiti Utara

Malaysia.

Abdul Shukor Abdullah (1998). “Fokus Pengurusan Pendidikan.” Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan.

Abu Bakar Nordin (1991). “Kurikulum : Perspektif Dan Pelaksanaan.” DBP: Kuala

Lumpur.

Azmi Abd Rahman dan Hamsiah Mohd Dahalan (2000). “Pengetua Sebagai Pengurus

Kokurikulum Sekolah.” Genting Highlands: Kertas Kerja seminar Nasional

Pengurusan Dan Kepimpinan Ke-9.

Coleman, J.S (1961). “The Adoloscent Society.” New York: Free Press.

Draf, R.L. (1997). “Management. 4th ed.” Orlando: The Dryden Press.

Griffin, R.W. (1993). “Management. 4th ed.” Boston: Houghton Mifflin Company.

Page 78: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

64

Hellriegel, D.& Slocum Jr., J.W. (1996). “Management. 7 th ed.” Ohio: South Western

College Publishing.

Hichman & Silva, M.A (1885). “Creating Excellence.” London: Umwim Paperback

Hussein Mahmood (1997). “Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.” Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat (2001). “Pengetua Sekolah Menangani Isu Dan Cabaran Kepimpinan.”

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Ismail Adnan (1998). “Kepimpinan Pengetua/ Guru Besar Ke arah Pelaksanaan

Kurikulum Yang Berkesan.” Jurnal Pendidikan (1). 88 – 108.

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (1993). “Buku Panduan Pengurusan Profesional

Sekolah Menengah.” Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamus Dewan (1994). “Kamus Dewan.” (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “Laporan JawatanKuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pelajaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1989). “Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). “Dokumen Undang-undang, Tatacara Dan

Kaedah Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah-sekolah.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahmud Ash’ari (1998). “Kokurikulum Bersepadu Sebagai Usaha Menangani Masalah

Pelajar Dan Remaja.” Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 79: Peranan Pengetua Dlm Kokurikulum

65

Mohd. Jaafar Bin Abdul Karim (1988). “Pengurusan Sekolah.” Petaling Jaya: Maju

Enterprise.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.”

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Salleh Lebar (2000). “Pentadbiran Pendidikan Dan Pendidikan Di Malaysia.”

Kuala Lumpur: Longman.

Mohd. Shaphri Bin Mohd Yusof (1999). “Penyelidikan Pengurusan Pendidikan Di

Peringkat Sekolah: Satu Cabaran Dan Penyelesaian Di Kalangan Pengetua.”

Johor: Terbitan Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah

Negeri Johor.

Omardin Ashaari (1999). “Pengurusan Sekolah : Satu Panduan Lengkap.” Kuala

Lumpur.Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd.

Stoner J.A.F (1984). “Management.” New Jersey. Englewood Cliffs. Prentice – Hall Inc.

Taylor, W. (ed) (1984). “Metaphors of Education.” London: Heinemann. Thierauf et al. (1977). “Management Principles and Practices: Acontigency and

Questionnarire Approach.”. New Jersey: John Wiley And Sons.

Wee Eng Hoe (1996). “Gerak Kerja Kokurikulum (Sukan).” Shah Alam: Penerbitan

Fajar Bakti.