document

2

Click here to load reader

Upload: diana-amran

Post on 24-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Hishamuddin: Tiada pengurangan dalam bajet pendidikanDiterbitkan: Selasa 17 Jun, 2008BANGKOK: Meskipun harga minyak dunia yang semakin melonjak menjejaskan projek-projek pembangunan, kerajaan tidak akan mengurangkan peruntukan tahunan bagi sektor pendidikan negara sebaliknya mencari jalan bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar itu di sekolah-sekolah kawasan luar bandar dan membantu keluarga pelajar yang terjejas, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata memandangkan kementerian membelanjakan sejumlah RM1 bilion setahun untuk membantu sekolah-sekolah di luar bandar menggunakan generator, ia memerlukan sejumlah RM400 juta lagi bagi menyerap kos berikutan kenaikan 41 peratus harga petrol dan 67 peratus bagi harga diesel.

"Malah dalam krisis kewangan pada tahun 1998, 1999 peruntukan bagi pendidikan tidak dikurangkan. Kami harap beberapa penyesuaian dalam RMK-9 (Rancangan Malaysia Kesembilan) bagi mengambil kira perubahan yang berlaku," kata beliau.

Hishammuddin, yang juga Presiden Pertubuhan Menterimenteri Pelajaran Asia Tenggara (Seameo) yang berpejabat di sini sedang dalam rangka lawatan tiga hari sejak Ahad.

Menteri Pelajaran itu adalah suatu yang berfaedah kini terdapat teknologi baru menggunakan solar selain generator hibrid yang beroperasi menggunakan kedua-dua teknologi solar dan diesel, yang telahpun diedarkan ke kawasan-kawasan luar bandar, terutamanya di Sabah.

"Kombinasi tenaga solar dan diesel ini saya fikir merupakan pilihan terbaik dalam konteks kenaikan (harga) diesel dan petrol pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata kementerian juga sedang melihat kepada kesan kenaikan harga minyak terhadap makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah dan tambang bas sekolah, dan kementerian juga perlu proaktif dan bertindak menyediakan para pelajar menghadapinya.

Sambil menegaskan bahawa perkara terakhir yang ingin dilihatnya berlaku adalah anak-anak tidak ke sekolah kerana kenaikan harga minyak, Hishammuddin berkata Seameo akan meneliti kesan kenaikan harga minyak dunia dalam sektor pendidikan di rantau ini bagi membolehkan negara anggota berkongsi pengalaman.

Beliau berkata negaranegara anggota Asean juga boleh berkongsi pengalaman dalam menangani isu-isu sekolah yang kurang pelajar, bagaimana jurang antara bandar dan luar bandar boleh dirapatkan dan bagaimana mereka memberikan galakan kepada para guru untuk berkhidmat di kawasan luar bandar yang kurang kemudahan infrastruktur.BERNAMA