5.3 refleksi nilai poendidikan

5
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke arah kedudukan yang maju dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini juga merupakan satu usaha untuk memenuhi tujuan FPK. Tambahan pula, kajian ini turut memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada diri penyelidik sendiri malah turut memberi implikasi kepada murid-murid, guru- guru dan pihak sekolah. 8

Upload: thinagaran-mahendran

Post on 11-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: 5.3 Refleksi Nilai Poendidikan

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), "Pendidikan di Malaysia

adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara." (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).

Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya

menganjakkan diri ke arah kedudukan yang maju dengan mengungkapkan secara

jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan

Malaysia. Kajian ini juga merupakan satu usaha untuk memenuhi tujuan FPK.

Tambahan pula, kajian ini turut memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada diri

penyelidik sendiri malah turut memberi implikasi kepada murid-murid, guru-guru

dan pihak sekolah.

Sesi pengajaran yang lepas memberi peluang kepada penyelidik untuk

mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Masalah yang

telah dikenal pasti dalam kalangan murid-murid Tahun Tiga ialah kesukaran untuk

memahami struktur gigi, jenis gigi dan fungsi gigi. Masalah dalam kalangan murid-

murid ini berjaya dikenal pasti melalui pemerhatian ke atas mimik muka, tingkah

laku dan responden murid-murid di dalam bilik darjah ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

8

Page 2: 5.3 Refleksi Nilai Poendidikan

Penggunaan buku teks, nota edaran, dan pengajaran secara kuliah untuk

mengajar topik ini telah menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai tajuk gigi

dengan mahir. Hal ini adalah kerana penggunaan kaedah-kaedah yang dinyatakan

menyebabkan murid-murid pasif dan aktiviti pengajaran bersifat lebih berpusatkan

guru. Oleh itu, pengkaji menggunakan Teori Konstruktivisme iaitu yang dipelopori

oleh Howard Gardner. Beliau mencadangkan lapan jenis kepelbagaian kecerdasan.

Kepelbagaian kecerdasan yang berdasarkan visual dan spatial memberi kesan yang

besar kepada manusia (Williams & Dunn, 2008). Jadi, penggunaan gambar secara

peringkat demi peringkat iaitu secara bersiri dapat membantu murid-murid untuk

memahami satu konsep sains yang rumit seperti tajuk Gigi.

Di sini satu persoalan termuncul, iaitu mengapakah pelbagai kajian

dijalankan walaupun guru mempunyai pelbagai tugasan lain di sekolah? Rasionalnya

adalah kerana terdapat nilai-nilai pendidikan yang harus setiap pendidik patuhi untuk

memastikan murid-murid, guru-guru dan pihak sekolah mencapai tujuan FPK.

Menurut FPK, setiap murid perlu mendapat pendidikan yang sama rata. Kajian ini

sependapat dengan FPK kerana tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mencari

punca masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah dalam pelajaran mereka dan

menyelesaikannya. Hal ini amat penting supaya murid-murid yang berpencapaian

rendah juga tidak terpinggir dalam alam pendidikan malah mendapat pendidikan

yang sama rata seperi murid-murid lain.

Selain itu, kajian ini dapat menghasilkan satu suasana di mana murid-murid

belajar dengan aktif. Penggunaan kaedah gambar bersiri dapat memastikan murid-

murid melibatkan diri dengan aktif dengan menggabungkan gambar-gambar struktur

gigi dan fungsinya dalam bentuk individu atau kumpulan. Jadi mereka tidak hanya

9

Page 3: 5.3 Refleksi Nilai Poendidikan

duduk di tempat masing-masing malah bergaul dengan rakan-rakan mereka untuk

mencari penyelasaian yang betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tambahan pula, kajian ini dapat juga memotivasikan murid-murid yang

berpencapaian rendah untuk belajar. Penggunaan gambar dapat menarik minat

kanak-kanak yang berumur sembilan tahun. Disamping itu, murid-murid yang

berpencapaian rendah sangat suka untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran

apabila penggunaan gambar yang berwarna warni digunakan. Secara tidak langsung

ia dapat memotivasikan murid-murid untuk belajar kerana mereka suka akan kaedah

yang digunakan.

Kajian ini turut memberi kesan yang positif kepada pihak guru. Nilai guru

yang bertanggungjawab dapat disemai melalui kajian ini. Guru-guru melaksanakan

kajian untuk meningkatkan kecekapan profesional mereka. Kecekapan profesional

yang dimaksudkan di sini adalah dengan mengajar murid-murid secara sama rata dan

dengan penuh bertanggungjawab. Setiap murid perlu dipandang sama dan guru harus

sentiasa berusaha untuk memastikan setiap murid memahami dan menguasai

pengajaran yang dipelajari. Selain itu, kajian sebegini dapat membantu guru

menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap tindakan yang murid-murid

lakukan merupakan satu cabaran untuk guru-guru ketika berada di kelas. Jadi kajian

sebegini dapat membantu guru untuk menguasai cara-cara yang efektif untuk

merancang strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. Tambahan pula, sifat-

sifat positif turut tersemai dalam hati guru apabila pelbagai kajian dilaksanakan. Satu

persefahaman juga akan terbentuk dalam kalangan warga sekolah kerana mereka

sentiasa bertukar pendapat untuk mencari maklumat mengenai murid-murid,

pedagogi dan sebagainya. Kesimpulannya, kajian ini akan membantu penyelidik

untuk menyemai nilai pendidikan seperti yang dinyatakan.

10