5. contoh aspek metodologi

Upload: asliza-adzlan

Post on 14-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ASPEK KAEDAH / METODOLOGI DALAM PELAPORAN KAJIANCONTOH 1Kaedah utama kajian ialah kuantitatif, menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpul maklumat daripada kumpulan pengurusan dan guru sekolah menengah kebangsaan zon Utara mengenai empat dimensi kepimpinan berkualiti dalam pengurusan sekolah (Dimmock, 2003). Instrumen kajian dibina sendiri berasaskan ciri-ciri kepimpinan berkualiti yang dikemukakan oleh Brundrett et al. (2003). Soal selidik yang diguna mengandungi maklumat mengenai faktor demografi iaitu jantina dan lokasi sekolah serta item-item mengenai dimensi kepimpinan berkualiti iaitu, (i) Nilai-nilai Pendidikan, (ii) Pengetahuan Profesional, (iii) Kemahiran Mengurus dan (iv) Sifat Peribadi. Responden diperlukan memberi jawapan kepada pernyataan-pernyataan yang disediakan mengikut keadaan yang sedia ada di sekolah masing-masing, berpandukan skala 1 hingga 5. Skala 1 adalah untuk sangat tidak bersetuju dan 5 untuk sangat bersetuju. Skor jawapan yang diperoleh diinterpretasikan seperti berikut. Skor min 4.3 - 5.00 menunjukkan responden bersetuju pada tahap yang sangat tinggi, skor min 3.4 - 4.2 menunjukkan persetujuan pada tahap tinggi, skor min 2.7 - 3.4 menunjukkan mereka bersetuju pada tahap sederhana, skor min 1.9 - 2.6 menunjukkan tahap persetujuan yang rendah dan skor min 1.0 - 1.8 adalah tahap yang sangat rendah.

CONTOH 2Kajian ini merupakan kaedah tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama. Sampel kajian melibatkan seramai 128 guru besar (GB), 141 Penolong Kanan Kurikulum (PK 1), 132 orang Penolong Kanan HEM (PK HEM), 129 orang Penolong Kanan Kokurikulum (PK KOKU) daripada sekolah-sekolah rendah di zon tengah yang terdiri dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan di mana nilai Alfa Cronbach ialah .958. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferens dengan statistik ujian MANOVA dengan menggunakan SPSS versi 16.0.

CONTOH 3

Reka bentuk kajian ialah kajian deskriptif korelasi. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan rawak mudah. Penganalisisan data menggunakan statistik deskriptif untuk menjelaskan min, frekuensi, dan peratusan.

Statistik inferens yang digunakan ialah korelasi Spearman Rho, korelasi Pearson, dan regresi berganda Populasi kajian terdiri daripada semua guru tetap sekolah menengah kebangsaan harian di Daerah Larut. Sebanyak 10 buah sekolah kajian dengan seramai 750 orang guru tetap yang bertugas tidak kurang daripada dua tahun di sekolah-sekolah tersebut. Saiz sampel seramai 260 orang berdasarkan kiraan Formula Persampelan (Yamane, 1967). Instrumen kajian diubah suai berpandukan reka bentuk instrumen kepemimpinan etika oleh Teng (1999) dan juga inventori burnout oleh Rohana (2002). Instrumen kepemimpinan etika mengukur persepsi sampel kajian terhadap 28 item nilai-nilai etika merentasi kepemimpinan. Item-item dalam soal selidik ini adalah berdasarkan 16 nilai etika iaitu nilai baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat bermasyarakat. Terdapat 22 item yang berdasarkan tiga sub skala burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi, dan pencapaian peribadi dalam inventori burnout tersebut. Nilai Cronbach Alpha yang diperoleh bagi instrumen kepemimpinan etika dan burnout guru adalah 0.945 dan 0.860 yang menunjukkan kebolehpercayaan instrumen pada tahap yang baik.

CONTOH 4Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif yang melibatkan 341 orang staf IPTS. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang ditadbir melalui pos. Populasi sasaran kajian ialah staf IPTS yang terletak di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sebanyak 23 buah IPTS yang telah beroperasi melebihi lima tahun telah dilibatkan dalam kajian ini. Pensampelan secara rawak berstrata digunakan bagi memilih responden kajian. Data diperoleh melalui soal selidik yang diisi oleh staf pengurusan, staf akademik dan staf sokongan di IPTS. Tempoh yang diambil bagi menjalankan kerja lapangan adalah selama enam bulan, iaitu bermula dari akhir Oktober 2008 hingga awal Mac 2009. Maka sejumlah 341 borang soal selidik diterima dan hanya 319 digunakan dalam analisis ini. Responden kajian terdiri daripada 119 orang staf sokongan, 117 orang staf akademik dan 83 orang staf pengurusan. Daripada jumlah tersebut, 171 adalah perempuan dan 148 adalah lelaki.

Soal selidik kajian mengandungi maklumat mengenai latar belakang IPTS, latar belakang responden, dimensi amalan PSM. Dimensi amalan PSM mengandungi tujuh konstruk iaitu pemilihan staf, latihan dan pembangunan, perancangan dan pembangunan kerjaya, penilaian prestasi, pentadbiran pampasan, keselamatan dan kesihatan serta perhubungan pekerja. Item berkaitan amalan PSM dibina berdasarkan pelbagai literatur dalam bidang PSM. Jawapan bagi item amalan PSM diberikan dalam bentuk persetujuan mengikut skala Likert lima point iaitu daripada 1= sangat tidak setuju hingga 5= sangat setuju. Bagi tujuan kesahan, seramai 9 orang pakar telah memberikan pandangan terhadap item soal selidik. Kajian rintis juga telah dijalankan di dua buah IPTS di Negeri Sembilan. Penambahbaikan telah dibuat ke atas item soal selidik berdasarkan pandangan dari pakar dan responden kajian rintis. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Bagi tujuan ini, pakej SPSS 11.5 for Windows digunakan. Semua item mempunyai nilai Cronbach Alpha melebihi 0.75, skor corrected item-total correlation melebihi 0.3, indeks KMO>0.6 serta loading factor melebihi 0.4. Ini menandakan item yang digunakan mempunyai konsistensi dalaman, kebolehpercayaan serta kesahan yang baik.

(JIKA KAJIAN TEORETIKAL-KERTAS KONSEP)CONTOH 6Sekolah berkesanSekolah berkesan merupakan sekolah yang mempunyai ethosnya sendiri. Mortimore (1995) mengetengahkan beberapa ciri mengenai sekolah berkesan. Antara faktor-faktornya ialah keberkesanan kepimpinan sekolah, peranan penolong-penolong kanan, kepimpinan guru-guru kanan, peranan aktif semua guru, penyediaan pembelajaran yang berstruktur, tahap keintelektualan guru, penekanan fungsi guru, persekitaran positif, peranan ibu bapa, dan penglibatan badan kerajaan serta badan bukan kerajaan.CONTOH 7

Faktor mempengaruhi kecemerlangan sekolah Kecemerlangan sekolah boleh diukur berasaskan output atau pencapaian sesebuah sekolah. Kajian-kajian awal tentang sekolah cemerlang oleh Weber (1971),mengatakan bahawa terdapat empat faktor utama penentu kecemerlangan sesebuah sekolah, iaitu kepimpinan pengetua / guru besar yang teguh, harapan yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar, iklim sekolah yang kondusif serta penekanan kepada kemahiran asas.

1