40 soalan latih tubi tatabahasa penjodoh bilangan

6
40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | PENJODOH BILANGAN PENJODOH BILANGAN Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat- ayatberikut. 1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus __________ kawat berduri. A utas B gulung C gelung D bidang 2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia A Sejambak B Sekuntum C Sejambangan D Sebatang 3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang. A utas B untai C gulung D lembar 4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah. A cuit B cubit C colet D genggam 5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara. A Segugus B Sekelompok C Sehamparan D Sekumpulan 6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand. A kelompok B tompok C buah D biji 7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya. A patah B potong C cebis D untai 8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar. A biji B ulas

Upload: chieng-keh-ling

Post on 10-Apr-2016

212 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

penjodoh bilangan

TRANSCRIPT

Page 1: 40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa Penjodoh Bilangan

40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | PENJODOH BILANGANPENJODOH BILANGAN

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayatberikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.A utasB gulungC gelungD bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul SofiaA SejambakB SekuntumC SejambanganD Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.A utasB untaiC gulungD lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmahkepada Jamilah.A cuitB cubitC coletD genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.A SegugusB SekelompokC SehamparanD Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.A kelompokB tompokC buahD biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.A patahB potongC cebisD untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.A bijiB ulasC buahD buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.A cebisB bentukC lembarD cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.A butirB das

Page 2: 40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa Penjodoh Bilangan

C bijiD pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .A papanB kepingC naskhahD rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.A barisB patahC rangkapD buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.

 Gambar 1

13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.A gelungB papanC mataD biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.A puntungB berkasC kotakD pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknyamendapat __________ .A sebijiB seruasC sehirisD seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di KampungSungai Kota.A pintuB papanC bidangD rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.A seutasB sebilahC sejambakD serumpun

Page 3: 40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa Penjodoh Bilangan

Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untukmencantikkannya.A ulasB butirC kepingD potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.A segulungB segelungC sekajangD sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.A sekepingB selembarC senaskhahD sehelai

21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.A biji ... buahB sisir ... ikatC tandan ... gugusD sikat.....longgok

22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.A biji ... batangB buah ... batangC bekas ... bilahD butir ... bilah

23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, diameletakkannya di atas se __________ almari.A kuntum ... bijiB bakul ... buahC jambak ... deretD jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan__________ tali untuk mencari rotan.A sebentuk ... selembarB sebatang ... segelungC selaras ... segulungD sebilah ... seutas

25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.A seekorB secubitC seketulD segenggam

Page 4: 40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa Penjodoh Bilangan

26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.A segugus ... setangkaiB segugus ... seikatC sebiji ... selonggokD setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.A sekuntum ..... sebilahB sejambangan ..... seberkasC setangkai ..... sepucukD sejambak ..... sebatang

28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan denganmenggunakan lima _________ rifel M16.A butir ..... pucukB das ..... larasC biji ..... batangD laras ..... das

29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di KedaiPayang.A sehelai ..... segulungB secarik ..... segelungC secebis ..... sehamparanD sehelai ..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.A genggam ..... segerombolanB batang ..... sekumpulanC ketul ..... sekawanD kepal ..... seekor

31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepibangunan itu.A Sebatang ..... bijiB Sedas ..... buahC Selaras ..... butirD Sekaki ..... butir

32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?A sebakul ..... seberkasB selonggok ..... seikatC seberkas ..... seikatD sekawan ..... segulung

33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.A sepotong ….. bijiB sehiris ….. ulasC seketul ….. bijiD sekeping ….. biji

34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.A ulas ….. sikatB biji ….. tandanC ikat ….. tandanD ikat ….. sisir

35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.A jalur ….. pintuB kaki ….. barisC batang ….. deretD baris ….. buah

Page 5: 40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa Penjodoh Bilangan

36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulutdan memakan __________ sirih.A seketul ….. sekepingB segenggam ….. sehelaiC sepotong ….. selembarD sekepal ….. sekapur

37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa__________ penggali dan beberapa __________ dawai.A sebatang ….. gelungB sebuah ….. gelungC sekerat ….. lembarD sebilah ….. utas

38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai dibelakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.A baris ….. pucukB deret ….. kelompokC batas ….. rumpunD ikat ….. jambak

39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.A sekepulB segugusC setompokD segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3

 Gambar 3

40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencarimakan.A SepasukanB SekawanC SerumpunD Sekumpulan