4. perlembagaan

4
CONTOH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI, 26700 MUADZAM SHAH, PAHANG DARUL MAKMUR. PERLEMBAGAAN KELAB PETANQUE 1. MATLAMAT 1.0 Menjadi sebuah kelab yang dapat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli kelab. 2. OBJEKTIF 2.1 Dapat merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk ahli-ahli 2.2 Dapat mencungkil bakat kepimpinan di kalangan ahli-ahli kelab. 2.3 Dapat menjana kecemerlangan ilmu melalui aktiviti berpersatuan 3. KEAHLIAN 3.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini. 3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 4. GURU PENASIHAT 4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. 4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. 5. AHLI JAWATANKUASA 5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung Kelab Pentaque 5.2 Ahli yang hadir dan tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK. 5.3 Pemilihan AJK secara undian. 5.4 AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. 5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri :- 5.6.1 Pengerusi

Upload: balqisnabil

Post on 24-Jun-2015

334 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4. perlembagaan

CONTOH:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI,26700 MUADZAM SHAH, PAHANG DARUL MAKMUR.

PERLEMBAGAAN KELAB PETANQUE

1. MATLAMAT

1.0 Menjadi sebuah kelab yang dapat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli kelab.

2. OBJEKTIF

2.1 Dapat merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk ahli-ahli2.2 Dapat mencungkil bakat kepimpinan di kalangan ahli-ahli kelab. 2.3 Dapat menjana kecemerlangan ilmu melalui aktiviti berpersatuan

3. KEAHLIAN

3.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4. GURU PENASIHAT

4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti

apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA

5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung Kelab Pentaque5.2 Ahli yang hadir dan tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.5.3 Pemilihan AJK secara undian.5.4 AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru

Penasihat.5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri :-

5.6.1 Pengerusi5.6.2 Naib Pengerusi5.6.3 Setiausaha5.6.4 Penolong Setiausaha5.6.5 Bendahari5.6.6 AJK Kecil5.6.7 Pemeriksa Kira-kira

5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6. DERMA

6.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.6.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi

membiayai projek tersebut.

7. KEHADIRAN / PENYERTAAN

Page 2: 4. perlembagaan

7.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-

hak keahlian kelab.

8. AKTIVITI

8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.

8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

9. PERATURAN-PERATURAN

9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN

10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :10.2.1 Amaran lisan10.2.2 Amaran bertulis10.2.3 Gantung keahlian10.2.4 Pecat keahlian

10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan

kepada guru penasihat Kelab Ping Pong secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,

Guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan

Membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan perlu dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua.

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab

……………………………………Pengetua Tarikh : 5.1.2010