undang-undang dan perlembagaan persatuan sukan dan...

31
1 UNDANG-UNDANG PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN PERAK (PSKPP PERAK) Fasal 1 NAMA, ALAMAT BERDAFTAR (1) Persatuan ini dikenal dengan nama PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN PERAK. Nama ringkas persatuan ini ialah PSKPP Perak dan dirujuk selepas ini sebagai PERSATUAN. (2) Alamat berdaftar PERSATUAN ini adalah di Jabatan Pelajaran Perak, Jalan Tun Abdul Razak, 30640 Ipoh atau di mana- mana tempat lain yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa Negeri dengan mendapat kelulusan pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. Fasal 2 TAFSIRAN (1) Jawatankuasa Negeri bermaksud Jawatankuasa Pusat yang terdiri daripada Pengarah Pelajaran, Timbalan Pengarah Pelajaran, semua Ketua Sektor dan semua Pegawai Pelajaran Daerah. (2) Jawatankuasa Daerah bermaksud cawangan PSKPP Perak yang terdiri daripada semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Ibu Pejabat yang meliputi Jabatan Pelajaran Perak, Institut Perguruan Ipoh, Ulu Kinta, Pejabat Pusat Sumber Negeri Perak, Jemaah Nazir Perak dan Pejabat Audit Perak. (3) Cawangan PSKPP Perak akan dipanggil PSKPP Daerah. Fasal 3 BENDERA DAN LAMBANG (1) Lambang berbentuk perisai bermaksud kekuatan dan kejituan warga pendidik. (2) Sepanduk kuning di bawah yang tertera nama PERSATUAN melambangkan kesepaduan semua warga pendidik (3) Perisai berwarna putih, kuning dan hitam melambangkan bendera negeri Perak. (4) 4 bulatan melambangkan (a) Kegiatan Sukan (b) Kegiatan Kebudayaan

Upload: vandan

Post on 07-Feb-2018

479 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

1

UNDANG-UNDANG PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN PERAK (PSKPP PERAK) Fasal 1 NAMA, ALAMAT BERDAFTAR

(1) Persatuan ini dikenal dengan nama PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN PERAK. Nama ringkas persatuan ini ialah PSKPP Perak dan dirujuk selepas ini sebagai PERSATUAN.

(2) Alamat berdaftar PERSATUAN ini adalah di Jabatan Pelajaran

Perak, Jalan Tun Abdul Razak, 30640 Ipoh atau di mana-mana tempat lain yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa Negeri dengan mendapat kelulusan pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Fasal 2 TAFSIRAN

(1) Jawatankuasa Negeri bermaksud Jawatankuasa Pusat yang terdiri daripada Pengarah Pelajaran, Timbalan Pengarah Pelajaran, semua Ketua Sektor dan semua Pegawai Pelajaran Daerah.

(2) Jawatankuasa Daerah bermaksud cawangan PSKPP Perak

yang terdiri daripada semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Ibu Pejabat yang meliputi Jabatan Pelajaran Perak, Institut Perguruan Ipoh, Ulu Kinta, Pejabat Pusat Sumber Negeri Perak, Jemaah Nazir Perak dan Pejabat Audit Perak.

(3) Cawangan PSKPP Perak akan dipanggil PSKPP Daerah.

Fasal 3 BENDERA DAN LAMBANG

(1) Lambang berbentuk perisai bermaksud kekuatan dan kejituan warga pendidik.

(2) Sepanduk kuning di bawah yang tertera nama PERSATUAN melambangkan kesepaduan semua warga pendidik

(3) Perisai berwarna putih, kuning dan hitam melambangkan bendera negeri Perak.

(4) 4 bulatan melambangkan (a) Kegiatan Sukan (b) Kegiatan Kebudayaan

Page 2: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

2

(c) Kegiatan Kebajikan (d) Kegiatan Kekeluargaan

(5) Huruf PSKPP di bawah bulatan bermaksud ’Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Perak ’.

(6) Bulan Sabit dan bunga padi di dalamnya melambangkan naungan Kerajaan Negeri Perak.

(7) ’PERAK’ bermaksud Persatuan ini di dalam negeri Perak. (8) Obor ditengah-tengah bermaksud semangat ahli yang jitu dan

membara berterusan. BENDERA Berbentuk segi empat tepat dan berlatarbelakang warna kuning yang bermaksud warga pendidikan.

Fasal 4 TUJUAN-TUJUAN DAN MAKSUD-MAKSUD

(1) Tujuan-tujuan Persatuan ini adalah: (a) Untuk memajukan dan menggalakkan kemajuan dan

jasmani ahli-ahli.

(b) Untuk memaju dan meninggikan kegiatan dan olahraga di kalangan ahli-ahli.

(c) Untuk mengadakan kemudahan-kemudahan bagi

kemajuan intelek ahli-ahli.

(d) Untuk mengadakan kemudahan-kemudahan bagi pertalian sosial yang lebih rapat di antara ahli-ahli Persatuan ini.

(e) Untuk menjalin perasaan muhibbah dan kebajikan di

antara ahli-ahli dengan masyarakat.

(f) Menggalakkan ahli-ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna berdasarkan kehormatan diri dan sifat-sifat berdikari serta berdisiplin.

(g) Memimpin dan berusaha mendorong ahli-ahli untuk

memberi khidmat yang tulin berdasarkan rasa tanggungjawab dan keikhlasan.

(h) Memberi derma ikhlas kepada ahli-ahli yang ditimpa

kemalangan.

Page 3: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

3

(i) Mengadakan dan memelihara rumah-rumah Persatuan

serta kemudahan dan kelengkapannya untuk ahli-ahli Persatuan lain atau orang perseorangan dengan percuma atau dengan bayaran.

(j) Memohon dari Kerajaan, membeli, menyewa atau

menukar dan sebagainya untuk mendapatkan sebarang tanah atau bangunan yang diperlukan bagi kegunaan di atas tujuan Persatuan dan menyewakan, menjual, menggadai dan memberikan dengan pertukaran tanah atau bangunan tersebut atau sebahagian daripadanya.

(k) Bergabung dengan membuat peraturan dua hala dengan

sebarang kelab atau persatuan yang sesuai dan seiring jalan supaya ahli-ahli Persatuan dapat menikmati dan memberi keistimewaan hak, kemudahan dan kelengkapan Persatuan masing-masing.

(l) Melaburkan dan membuat peraturan yang ditentukan dari

semasa ke semasa di atas wang-wang Persatuan yang tidak diperlukan untuk kegunaan semasa. Dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan Persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini.

(m) Mencarum atau menderma kepada badan-badan

kebajikan, agama dan perkara-perkara yang layak.

(n) Memungut wang antara ahli-ahli untuk kegunaan Persatuan dengan cara yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.

(o) Merancang dan melaksanakan perkara-perkara lain yang

berkaitan serta menggalakkan pencapaian tujuan-tujuan di atas, dengan jalan yang dibenarkan oleh Undang-Undang.

Page 4: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

4

Fasal 5 KEAHLIAN

(1) Ahli-Ahli adalah tiga jenis:

(a) Ahli Biasa (b) Ahli Bersekutu (c) Ahli Kehormat

Fasal 6 SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI

(1) Seorang Ahli Biasa hendaklah:

(a) Warganegara Malaysia yang menjadi kakitangan Pelajaran Perak.

(b) Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup

menerima dan menurut Undang-undang dan dasar-dasar PERSATUAN.

(2) Seorang Ahli Bersekutu hendaklah:

(a) Warganegara Malaysia yang pernah bertugas di Jabatan

Pelajaran Perak.

(b) Suami, isteri dan anak-anak kakitangan dan bekas kakitangan Jabatan Pelajaran Perak.

(c) Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup

menerima dan menurut Undang-undang dan dasar-dasar PERSATUAN.

(3) Seorang Ahli Kehormat hendaklah:

(a) Orang-orang perseorangan yang dipilih dalam Mesyuarat

Perwakilan Dwi Tahunan sebagai Ahli Kehormat.

(b) Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Undang-undang dan dasar-dasar PERTUBUHAN.

Fasal 7 PERMOHONAN MENJADI AHLI

(1) Seseorang yang berkehendakkan menjadi Ahli Biasa/Ahli Bersekutu hendaklah menghantar permohonannya kepada Setiausaha di mana ia berkehendakkan menjadi Ahli dengan menggunakan borang permohonan yang tertentu dan ia hanya dibenarkan menjadi ahli dalam satu PSKPP Daerah sahaja.

Page 5: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

5

(2) Borang permohonanan menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh yang meminta dan hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli biasa.

(3) Tertakluk kepada Fasal 6, Jawatankuasa Negeri berhak

mengadakan peraturan yang tertentu dalam perkara permohonan hendak menjadi Ahli.

Fasal 8 TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI BIASA

(1) Adalah menjadi kewajipan setiap ahli:

(a) Memegang teguh dasar peraturan PERSATUAN dan melaksanakan tujuan-tujuannya.

(b) Mematuhi perintah-perintah dan disiplin PERSATUAN.

(c) Memberitahu Setiausaha Daerah dengan segera apabila

pindah atau bertukar alamat.

(d) Membayar yuran-yuran PERSATUAN dengan menepati waktu.

(e) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil

bahagian dalam kegiatan PERSATUAN.

(f) Berkelakuan baik apabila menghadiri mesyuarat PERSATUAN, jika tidak ia akan disuruh keluar oleh ahli-ahli Jawatankuasa atau orang-orang yang tertentu yang dilantik oleh Jawatankuasa.

(g) Menggunakan harta benda PERSATUAN dengan baik

dan cermat.

(h) Mengelak menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling mengenai PERSATUAN melainkan jika surat keterangan atau surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa Daerah dan Negeri dan mengelak mengumumkan sesuatu perkara PERSATUAN kepada orang yang bukan ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau surat-surat khabar dengan tiada mendapat kebenaran yang tersebut.

(i) Menjaga rahsia-rahsia PERSATUAN.

(j) Memelihara nama baik PERSATUAN.

(k) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat PERSATUAN.

Page 6: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

6

(2) (a) Berhak bercakap dan mengemukakan pendapat- pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat- mesyuarat PERSATUAN.

(b) Berhak memilih dan dipilih untuk sebarang jawatan dalam PERSATUAN.

Fasal 9 TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI BERSEKUTU

(1) Adalah menjadi kewajipan setiap ahli :

(a) Memegang teguh dasar dan peraturan PERSATUAN dan melaksanakan tujuan-tujuannya.

(b) Mematuhi perintah-perintah dan disiplin PERSATUAN.

(c) Memberitahu Setiausaha Daerah dengan segera apabila

pindah atau bertukar alamat.

(d) Membayar yuran-yuran PERSATUAN dengan menepati waktu.

(e) Mengelak menerbitkan sebarang surat keterangan atu

surat pekeliling mengenai PERSATUAN melainkan jika surat keterangan atau surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa Daerah dan Negeri dan mengelak mengumumkan sesuatu perkara PERSATUAN kepada orang yang bukan ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau surat-surat khabar dengan tiada mendapat kebenaran yang tersebut.

(f) Menjaga rahsia-rahsia PERSATUAN.

(g) Memelihara nama baik PERSATUAN.

(h) Tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa Daerah atau

Perwakilan di semua Peringkat PERSATUAN.

(2) Ahli-ahli Bersekutu adalah berhak ke atas segala keistimewaan PERSATUAN ini kecuali mereka tidak layak mengundi atau mengambil bahagian di dalam pengurusan hal-hal PERSATUAN.

Fasal 10 TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI KEHORMAT

(1) Ahli Kehormat tidak tertakluk kepada mana-mana Fasal di dalam Undang-undang ini, tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa atau Perwakilan di semua peringkat PERSATUAN dan tidak berhak mengundi.

Page 7: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

7

Fasal 11 BAYARAN MASUK, YURAN-YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN (1) (a) Ahli Biasa dikenakan bayaran berikut: Yuran Tahunan RM5.00

(i) Pembahagian yuran tersebut seperti berikut : Untuk Daerah RM4.00 Untuk Negeri RM1.00

(b) Ahli Bersekutu dikenakan bayaran berikut:

Bayaran Masuk RM5.00

(c) Ahli Kehormat tidak dikenakan yuran masuk atau yuran

bulanan.

(2) Ahli yang tidak menjelaskan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat ingatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Daerah, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya yang dituntut telah dibayar.

(3) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah

yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli PERSATUAN dan jawatankuasa Negeri boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya.

Fasal 12 PEMBERHENTIAN

(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli PERSATUAN hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Daerah dan membayar segala hutang-hutangnya.

(2) Ahli-ahli yang berhenti berkhidmat dengan Jabatan Pelajaran

Perak dengan sendirinya berhenti menjadi Ahli Biasa PERSATUAN.

(3) Ahli-ahli yang mempunyai keistimewaan penuh dibenarkan

menjadi Ahli Bersekutu apabila meninggalkan Jabatan Pelajaran Perak.

(4) Ahli-ahli yang berhenti mestilah menentukan segala wang yang

patut dibayar oleh mereka kepada PERSATUAN ini telah dijelaskan. Mana-mana ahli yang berhenti jika didapati masih belum menjelaskan hutangnya kepada PERSATUAN ini akan dianggap sebagai seorang yang ingkar. Dalam keadaan begini,

Page 8: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

8

notis akan dikeluarkan oleh Setiausaha Daerah menuntut ianya membayar segala hutangnya sebelum pemberhentiannya dari PERSATUAN diterima.

Fasal 13 AHLI-AHLI YANG MASUK SEMULA

Seseorang ahli yang telah berhenti dahulu atau namanya dipotong dari daftar keanggotaan melainkan ahli yang dipecat dan ingin memasuki semula PERSATUAN ini boleh membuat permohonan kepada Setiausaha Daerah dan berhak memasuki semula PERSATUAN ini dengan syarat ia telah menjelaskan segala tunggakannya kepada PERSATUAN. Bayaran masuk semula tiada dikenakan.

Fasal 14 SUSUNAN DAN PENTADBIRAN PERSATUAN

(1) Bentuk susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa adalah seperti berikut:

(a) Negeri - iaitu Mesyuarat Perwakilan. (b) Daerah - iaitu Mesyuarat Agung Daerah.

Fasal 15 MESYUARAT PERWAKILAN DWI TAHUNAN

(1) Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan diadakan tidak lewat dari 30 Jun.

(2) Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan hendaklah terdiri daripada:

(a) Ahli Jawatankuasa Negeri.

(b) Wakil-wakil Daerah yang dilantik oleh Daerah dalam tiap-

tiap Mesyuarat Agungnya. Tiap-tiap Daerah berhak memilih dan menghantar 10 orang ahli dalam daerahnya.

(3) Ahli Jawatankuasa Negeri tidak boleh dilantik menjadi wakil

Daerah.

(4) Pengerusi Mesyuarat boleh memutuskan sesuatu apabila undi terbahagi sama banyak.

(5) Pemberitahu untuk Mesyuarat Perwakilan hendaklah dihantar

kepada Setiausaha-Setiausaha Daerah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. Penyata kira-kira tahun lalu yang telah diaudit hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan nota mesyuarat. Segala usul dan cadangan hendaklah disampaikan ke tangan Setiausaha Agung Kehormat selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh mesyuarat.

Page 9: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

9

(6) Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli

yang berhak mengundi atau dua kali jumlah Ahli-Ahli Jawatankuasa Negeri, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi (korum) untuk mesyuarat.

(7) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu

yang ditetapkan untuk mesyuarat itu maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Negeri dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang PERSATUAN dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli-ahli.

(8) Kerja-kerja Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan ialah:

(a) menerima laporan Jawatankuasa Negeri berkenaan

kerja-kerja PERSATUAN di dalam tahun yang lalu.

(b) menerima laporan Bendahari dan Penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.

(c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Negeri, melantik dua (2)

orang Juruaudit Dalam, dan Pegawai Harta dua tahun sekali.

(d) Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di

dalam Mesyuarat itu.

(9) Setiausaha Agung Kehormat hendaklah menyampaikan satu salinan rangka minit Mesyuarat kepada semua Setiausaha-setiausaha Daerah selepas Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan dalam tempoh satu bulan dari tarikh Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan.

Fasal 16 MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA

(1) Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa akan diadakan:

(a) Apabila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa Negeri atau;

(b) Dengan permintaan yang bertulis oleh sekurang-

kurangnya dua buah Daerah dan mesti diadakan dalam tempoh 30 hari selepas diterima permintaan tersebut.

Page 10: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

10

Permintaan tersebut hendaklah menyatakan sebab perlunya Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa diadakan.

(c) Pemberitahu dan agenda Mesyuarat Perwakilan Luar

Biasa hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Daerah 10 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara yang ada dalam agenda sahaja yang boleh dibincangkan dalam persidangan.

(d) Fasal-Fasal 15 (7) & (8) di dalam undang-undang ini

berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Perwakilan luar biasa tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Perwakilan luar biasa atas permintaan Daerah-Daerah maka Mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat perwakilan luar biasa atas permintaan Daerah-Daerah dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(e) Setiausaha Agung Kehormat hendaklah menyampaikan

kepada semua Setiausaha Daerah satu salinan rangka minit Mesyuarat perwakilan Luar Biasa dengan segera setelah selesai mesyuarat itu.

Fasal 17 JAWATANKUASA NEGERI

(1) Jawatankuasa Negeri adalah mengandungi:

(a) Seorang Yang DiPertua – Pengarah Pelajaran Perak

(b) Seorang Timbalan Yang DiPertua – Timbalan Pengarah Pelajaran

(c) 8 orang Naib Yang DiPertua - Semua Ketua Sektor

(d) Seorang Setiausaha Agung Kehormat – lantikan Yang

Dipertua

(e) Seorang Penolong Setiausaha Agung Kehormat – lantikan Yang Dipertua

(f) Seorang Bendahari Kehormat – lantikan Yang Dipertua

(g) 11 orang Ahli Jawatankuasa Biasa – 10 orang Pegawai

Pelajaran Daerah dan seorang Pengerusi Ibu Pejabat

Page 11: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

11

(2) Pemegang-pemegang jawatan persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam persatuan ini hendaklah warganegara Malaysia.

(3) Nama-nama untuk jawatan yang di atas kecuali Setiausaha

Agung Kehormat, Penolongnya, Bendahari Kehormat dan Pengerusi-pengerusi Daerah hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan tiap-tiap 2 tahun sekali.

(4) Jawatankuasa Negeri adalah badan yang menjalankan dasar

pentadbiran dan hal ehwal Persatuan di bawah perintah Mesyuarat Perwakilan.

(5) Jawatankuasa Negeri hendaklah bermesyurat sekurang-

kurangnya sekali di dalam 3 bulan.

(6) Korum adalah mencukupi apabila dihadiri oleh setengah (1/2) daripada jumlah ahli-ahli jawatankuasa Negeri.

(7) Panggilan mesyuarat jawatankuasa Negeri hendaklah dibuat

sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mesyuarat diadakan dan akan diuruskan oleh Setiausaha Agung Kehormat atas arahan dan persetujuan Yang DiPertua.

(8) Apabila sesuatu perkara yang berkehendakkan keputusan

Jawatankuasa Negeri dengan serta merta dan tidak dapat diadakan mesyuarat Jawatankuasa Negeri, maka bolehlah Setiausaha Agung Kehormat dengan persetujuan Yang DiPertua mendapat keputusan dengan mengedarkan surat pekeliling.

(9) Syarat-syarat yang berikutan hendaklah disempurnakan

sebelum keputusan jawatankuasa Negeri boleh dianggap sebagai telah diterima.

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan

dengan terang di dalam Surat Pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa.

(b) Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan

ahli-ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu.

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa Negeri kemudiannya untuk dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

Page 12: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

12

(10) Mesyuarat Jawatankuasa Negeri bolehlah diadakan dengan

permintaan 1/3 daripada Ahli jawatankuasa Negeri.

(11) Ahli jawatankuasa Negeri yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Negeri tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Negeri.

Fasal 18 KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA NEGERI

(1) Kewajipan-kewajipan dan kuasa Jawatankuasa Negeri adalah seperti berikut:

(a) Berkuasa melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa kecil

untuk mengemaskan perjalanan Persatuan.

(b) Membentuk asas dasar dan rancangan dalam perlaksanaan Fasal 3 dalam Undang-undang ini.

(c) Mengikhtiarkan penubuhan PSKPP Daerah dan

mensesuaikan perjalanannya mengikut Undang-undang, memperhatikan serta mengawal perjalanan PSKPP Daerah.

(d) Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Dwi

Tahunan satu laporan lengkap bagi menerangkan perjalanan Persatuan termasuk maju mundur, kekuatan dan kelemahan serta penyata kewangan yang telah diperiksa dan disahkan.

(e) Jawatankuasa Negeri berkuasa menggantungkan

PSKPP Daerah, jika didapati perjalanan sesuatu PSKPP Daerah itu bertentangan dengan Undang-undang PERSATUAN.

(f) Menyelesaikan perselisihan yang berbangkit di kalangan

semua peringkat PERSATUAN dan memutuskan segala rayuan samada daripada ahli-ahli atau Ahli Jawatankuasa setelah diminta oleh PSKPP Daerah.

(g) Membuat Peraturan-peraturan Tetap berkenaan dengan

penubuhan PSKPP Daerah, tatatertib ahli-ahli mesyuarat dan Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi melaksanakan tujuan-tujuan PERSATUAN dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Undang-undang PERSATUAN.

Page 13: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

13

(h) Memutuskan rayuan-rayuan dari seseorang yang telah ditolak oleh PSKPP Daerah atas permintaannya hendak menjadi Ahli.

(i) Menjalankan sebarang usaha bersama dengan

kumpulan-kumpulan atau pertubuhan-pertubuhan lain yang berdaftar atas hal-hal yang sesuai dengan Undang-undang PERSATUAN.

(j) Memilih ahli-ahli bagi mewakili PERSATUAN di dalam

sebarang kumpulan atau jemaah atau majlis mesyuarat dan sebagainya.

(k) Memberhentikan seorang Ahli Jawatankuasa Negeri

selain daripada Yang DiPertua dengan persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah ahli, Jawatanakuasa Negeri sekiranya didapati tindakan mereka bertentangan dengan dasar PERSATUAN atau mereka tidak menjalankan kewajipan masing-masing dengan sempurna, dan berkuasa melantik mana-mana ahli-ahli bagi memangku jawatan yang dikosongkan.

(l) Jika perlu mengarahkan PSKPP Daerah mengadakan

Mesyuarat Agung.

(m) Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang Ahli yang telah dipecat atau menarik diri daripada PERSATUAN untuk diterima balik.

(n) Keputusan Jawatankuasa Negeri adalah muktamad jika

tidak dibatalkan oleh Mesyuarat Perwakilan. Fasal 19 TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA NEGERI

(1) Yang DiPertua adalah bertanggungjawab:

(a) memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Negeri.

(b) menjadi Ketua PERSATUAN yang bertanggungjawab

atas kesempurnaan perjalanan PERSATUAN seluruhnya.

(c) mengawasi segala pentadbiran dan perjalanan

PERSATUAN. (d) melantik Setiausaha Agung Kehormat, Penolong

Setiausaha Agung Kehormat dan Bendahari Kehormat dengan persetujuan Jawatankuasa Negeri dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugasnya.

Page 14: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

14

(e) menandatangani cek-cek bersama-sama dengan

Bendahari Kehormat dan Setiausaha Agung Kehormat. (f) mengumumkan sesuatu perkara PERSATUAN kepada

orang bukan ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau mana-mana sebaran am.

(2) Timbalan Yang DiPertua adalah bertanggungjawab :

(a) membantu Yang DiPertua menjalankan tugasnya. (b) memangku jawatan Yang DiPertua dalam masa

ketiadaannya.

(3) Naib Yang DiPertua adalah tanggungjawab :

(a) membantu Yang DiPertua menjalankan tugasnya.

(b) memangku Jawatan Yang DiPertua dalam masa ketiadaan Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua.

(4) Setiausaha Agung Kehormat adalah tanggungjawab:

(a) secara langsung kepada Yang DiPertua.

(b) melaporkan kepada Yang DiPertua segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran Negeri.

(c) mendapat persetujuan daripada Yang DiPertua

berkenaan dengan pengambilan pegawai-pegawai dan anggota-anggota Negeri dan juga atas perberhentian mereka itu.

(d) mengurus panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan

dan persetujuan Yang DiPertua serta menghadiri dan menulis minit mesyuarat tersebut.

(e) mengawasi kerja-kerja kakitangan.

(f) atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lainnya dengan teratur.

(g) menandatangani segala cek-cek bagi pihak

PERSATUAN bersama-sama dengan Yang DiPertua dan Bendahari Agung Kehormat.

(h) menyimpan buku daftar ahli.

Page 15: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

15

(6) Penolong Setiausaha Agung Kehormat adalah bertanggungjawab:

(a) membantu Setiausaha Agung Kehormat menjalankan

tugasnya. (b) memangku jawatan Setiausaha Agung Kehormat dalam

masa ketiadaannya.

(7) Bendahari Kehormat

(a) menyimpan, menyediakan dan membentangkan penyata kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Negeri dan Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan.

(b) menandatangani segala cek-cek bagi pihak

PERSATUAN bersama-sama dengan Yang DiPertua dan Setiausaha Agung Kehormat.

(8) Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu

Jawatankuasa Negeri menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 20 KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang PERSATUAN boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan PERSATUAN termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2) Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang runcit tidak

lebih daripada RM500.00 (Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Negeri. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama PERSATUAN.

(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-

kira PERSATUAN hendaklah ditandatangan bersama oleh Yang Dipertua (atas ketiadaannya oleh Timbalan Yang DiPertua), Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Semasa ketiadaan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung maka bolehlah Jawatankuasa Negeri melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menurunkan tandatangan.

Page 16: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

16

(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 (Sepuluh ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Negeri dan perbelanjaan yang lebih daripada RM100,000.00 (Seratus Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Perwakilan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM10,000.00 (Sepuluh ribu) boleh diluluskan oleh Yang DiPertua bersama Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta

kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 21 undang-undang ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan yang berikut nya dan salinan boleh diperolehi untuk makluman ahli di alamat tempat urusan PERSATUAN yang berdaftar dan dari Pejabat-pejabat tiap-tiap Daerah.

(6) Tahun kewangan PERSATUAN ini bermula daripada 01 Januari

tiap-tiap tahun. FASAL 21 JURUAUDIT

(1) Dua orang yang bukannya pegawai PERSATUAN boleh dilantik di dalam Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan sebagai juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun.

(2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira PERSATUAN

dan DAERAH-DAERAH bagi setahun, dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan daerah. Mereka juga dikehendaki bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira PERSATUAN atau DAERAH-DAERAH pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Negeri.

FASAL 22 PEGAWAI HARTA

(1) Tiga pegawai harta terdiri daripada pemegang-pemegang

jawatan dan berusia lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik

di dalam MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN DWI TAHUNAN

sebagai Pegawai Harta bagi maksud Seksyen 9 (b) Akta

Pertubuhan 1966.

(2) Mereka hendaklah memegang jawatan mereka sehingga

tempoh bagi mereka memegang jawatan selama tahun berakhir

Page 17: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

17

di Mesyuarat Agung Perwakilan / Tahunan akan datang dan

mereka layak untuk dipilih semula.

(3) Pegawai-pegawai yang dilantik di bawah undang-undang

ini hendaklah mengurus harta tak alih PERSATUAN

sebagaimana yang dikehendaki oleh mesyuarat agung tetapi

semua harta tak alih PERSATUAN hendaklah didaftar atas

nama PERSATUAN.

(4) Mereka tidak boleh menarik balik atau menukarkan harta

kepunyaan PERSATUAN dengan tidak ada persetujuan dan

kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung ahli-ahli.

(5) Seorang pegawai harta yang diperakukan boleh dilucutkan

daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur

kerana sakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri, atau

kerana lain-lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh

menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan.

Jika berlaku kematian, letak jawatan atau pembuangan bagi

seorang pegawai harta yang diperakukan sebelum Mesyuarat

Agung Dwi Tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan

oleh Mesyuarat Agung Khas yang diadakan untuk tujuan

tersebut.

FASAL 23 PEMBUBARAN

(1) PERSATUAN ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan

persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) jumlah

semua wakil Daerah yang hadir di dalam suatu Mesyuarat

Perwakilan yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya PERSATUAN hendak dibubarkan secara yang

disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan

PERSATUAN yang sah mengikut undang-undang

hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah

diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam

Mesyuarat Perwakilan berkenaan.

Page 18: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

18

(3) Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah

disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa

14 hari daripada tarikh pembubaran.

FASAL 24 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN DAERAH-DAERAH

(1) Jawatankuasa Negeri boleh membenarkan penubuhan

daerah di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya

50 ahli PERSATUAN. Penubuhan Daerah hendaklah

dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan

terlebih dahulu.

(2) Jawatankuasa Negeri boleh membubarkan Daerah :

(a) Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan

berturut-turut kurang daripada 50 orang ; atau

(b) Jika Daerah tidak mematuhi undang-undang

PERSATUAN atau keputusan Mesyuarat Perwakilan

atau Jawatankuasa Negeri mendapatinya bersalah

kerana perbuatannya mencemarkan PERSATUAN.

FASAL 25 SUSUNAN DAN PENTADBIRAN DAERAH

(1) Cawangan Daerah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Daerah bagi kakitangan dalam kawasan berikut:-

(a) Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang (b) Pejabat Pelajaran Daerah Manjung (c) Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.

(d) Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan

(e) Pejabat Pelajaran Daerah Kerian

(f) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar

(g) Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

(h) Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang Selama

(i) Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak

Page 19: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

19

(j) Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

(k) Ibu Pejabat – meliputi Jabatan Pelajaran; Institut Perguruan Ipoh; Pejabat Audit Negeri ; Pejabat Nazir Persekutuan dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri

(2) Sesebuah PSKPP Daerah tidak boleh ditubuhkan dengan tidak

mendapat kebenaran oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

(3) Pentadbiran Daerah adalah di bawah kekuasaan dan arahan

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan tetapi Mesyuarat Agung Dwi Tahunan itu sendiri tertakluk di bawah Undang-undang PERSATUAN.

(4) Jawatankuasa Daerah adalah menjadi badan yang menjalankan

pentadbiran hal ehwal PSKPP Daerah di bawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Mesyuarat Agung Dwi Tahunan waktu ketiadaannya, segala langkah-langkah itu hendaklah selaras dengan Undang-undang PERSATUAN dan dilaporkan kepada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

Fasal 26 PENERIMAAN MENJADI AHLI

(2) Setiausaha Daerah hendaklah membawa segala permohonan menjadi Ahli kepada mesyuarat Jawatankuasa PSKPP Daerah dengan seberapa segera, ataupun dengan dipekelilingkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa PSKPP Daerah itu.

(3) Jawatankuasa PSKPP Daerah hendaklah menimbangkan

segala permohonan menjadi Ahli dan berhak memutuskan sama ada diterima atau ditolak ataupun ditangguhkan timbangan sesuatu permohonan itu dengan tidak terpaksa memberi apa-apa sebab atas keputusannya itu.

(4) Seseorang yang permohonannya untuk menjadi ahli yang telah

ditolak oleh Jawatankuasa PSKPP Daerah bolehlah merayu kepada Jawatankuasa Negeri.

(5) Seseorang yang dipecat daripada menjadi ahli tidak boleh

diterima kembali menjadi ahli melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa Negeri.

(6) Tiap-tiap permohonan apabila telah diluluskan dan bayaran

masuk dan yuran bulanannya yang pertama telah dijelaskan maka nama pemohon hendaklah didaftarkan oleh Setiausaha Daerah dan Negeri dalam buku daftar ahli sebagai seorang ahli.

Page 20: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

20

FASAL 27 MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN DAERAH

(1) Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Daerah hendaklah diadakan tidak lewat dari 30 April pada tarikh dan tempat yang ditetapkan Jawatankuasa Daerah.

(2) Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Daerah terdiri daripada:

(a) Jawatankuasa Daerah dan semua ahli-ahli biasa dalam Daerah

(b) Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Daerah akan melantik seorang

daripada ahli untuk menjadi Pengerusi bagi mesyuarat itu. (c) Pemberitahu untuk mesyuarat agung dwi tahunan daerah

hendaklah dihantar kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. Penyata kira-kira tahun lalu yang telah diaudit hendaklah diedarkan bersama-sama notis mesyuarat. Segala usul-usul dan cadangan hendaklah disampaikan ke tangan Setiausaha Kehormat Daerah selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

(d) Satu perdua (1/2) daripada jumlah bilangan ahli biasa yang

berhak mengundi atau dua kali mana yang kurang adalah mencukupi korum mesyuarat.

(e) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu

yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang PERSATUAN dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(f) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Daerah ialah :

i) menerima laporan Bendahari Daerah dan kira-kira Daerah yang telah diaudit bagi tahun lepas.

ii) Melantik wakil-wakilnya ke Mesyuarat perwakilan untuk

tahun hadapan. iii) Memilih jawatankuasa Daerah dan dua (2) orang

Juruaudit Dalam bagi dua tahun sekali.

Page 21: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

21

iv) Membincangkan perkara-perkara lain yang telah dibentangkan kepadanya

(g) Setiausaha Kehormat Daerah hendaklah menyampaikan satu

salinan rangka minit mesyuarat kepada semua ahli-ahli Daerah dan Setiausaha Agung Kehormat selepas mesyuarat agung dwi tahunan dengan segera.

FASAL 28 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA DAERAH

1. Mesyuarat Agung Luar Biasa Daerah akan diadakan:-

(a) atas permintaan jawatankuasa Negeri atau (b) apabila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa Daerah

atau (c) dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya

satu pertiga (1/3) dari ahli-ahli dan mesti diadakan dalam tempoh tersebut. Permintaan tersebut hendaklah menyatakan sebab perlunya mesyuarat agung luar biasa.

(d) Pemberitahu agenda mesyuarat agung luar biasa

hendaklah disampaikan kepada jawatankuasa Daerah tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat itu. Perkara yang ada dalam agenda sahaja yang boleh dibincangkan dalam mesyuarat agung.

(e) Satu perdua (1/2) ahli-ahli biasa yang mengundi atau dua

kali jumlah ahli jawatankuasa ikut mana yang kurang, adalah mencukupi korum mesyuarat.

(f) Fasal-Fasal 21 (d) (e) di dalam undang-undang ini

berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat agung luar biasa atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini mesyuarat agung luar biasa atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(g) Satu salinan rangka minit mesyurat agung luar biasa

hendaklah dihantar kepada setiausaha agung kehormat dengan segera setelah selesai mesyuarat tersebut.

FASAL 29 JAWATANKUASA DAERAH

(1) Jawatankuasa Daerah adalah badan yang menjalankan dasar,

pentadbiran dan hal ehwal PERSATUAN di bawah perintah mesyuarat agung dwi tahunan.

Page 22: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

22

(2) Jawatankuasa Daerah adalah mengandungi: (a) Seorang Pengerusi - Pegawai Pelajaran Daerah (ex-officio)

(b) Seorang Timbalan Pengerusi – Timbalan PPD Pengurusan Pembangunan Manusia (ex-officio)

(c) 3 orang Naib Pengerusi – Semua Timbalan PPD (ex-officio) (d) Seorang Setiausaha Kehormat Daerah – lantikan Pengerusi

(e) Seorang Penolong Setiausaha Kehormat Daerah – Lantikan Pengerusi

(f) Seorang Bendahari Kehormat Daerah– lantikan Pengerusi (g) Tujuh orang Ahli Jawatankuasa Biasa

`(3) Pemegang-pemegang jawatan Daerah PERSATUAN ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas –tugas pemerintah dalam Daerah ini hendaklah warganegara Malaysia.

(4) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas kecuali

Setiausaha kehormat daerah, penolongnya dan Bendahari hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli didalam mesyuarat agung dwi tahunan Daerah dua tahun sekali.

(5) Jawatankuasa Daerah hendaklah bermesyuarat sekurang- kurangnya tiga bulan sekali.

(6) Satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli jawatankuasa

Daerah adalah cukup koram .Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberi kepada ahli jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu.

(7) Panggilan mesyuarat jawatankuasa Daerah akan diuruskan

oleh setiausaha kehormat daerah atas arahan dan persetujuan Yang DiPertua atau permintaan bertulis sekurang-kurangannya satu perdua daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.

(8) Ahli jawatankuasa Negeri yang mungkir menghadiri mesyuarat

Jawatankuasa Negeri tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Negeri.

FASAL 30 KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA DAERAH

Kewajipan –kewajipan dan kuasa jawatankuasa Daerah adalah seperti berikut:

(a) berkuasa melantik jawatankuasa kecil untuk mengemaskan

perjalanan aktiviti persatuan Jawatankuasa Daerah.

Page 23: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

23

(b) Membentuk asas ,dasar dan rancangan dalam perlaksanaan Fasal 4 dalam undang-undang PERSATUAN.

(c) Membeli barang-barang keperluan yang difikirkan perlu untuk

penyelenggaraannya . (d) Membenarkan pembelian segala kelengkapan Sukan dan

memberi pengawasan seluruhnya tentang penggunan dan penyelenggarannya.

(e) Membentangkan kepada mesyuarat agung dwi tahunan satu

laporan lengkap bagi menerangkan Daerah termasuk maju mundur kekuatan dan kelemahan serta penyata kewangan yang telah diperiksa dan disahkan.

(f) Jawatankuasa Daerah berkuasa menggantungkan keahlian

ahli-ahli. (g) Menyelesaikan perselisihan yang berbangkit di kalangan ahli

dan memutuskan segala rayuan samaada daripada ahli-ahli atau ahli jawatankuasa setelah diminta oleh ahli-ahli.

(h) Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan atau

pertubuhan lain atas hal-hal yang sesuai dengan undang-undang PERSATUAN

(i) Memilih ahli-ahli bagi mewakili PERSATUAN di dalam

sebarang kumpulan atau jemaah atau majlis mesyuarat dan sebagainya.

(j) Meluluskan permohonan menjadi ahli PERSATUAN.

(k) Mengisi kekosongan di dalam jawatankuasa dan juruaudit dari

kalangan ahli-ahli yang layak apabila sahaja ianya berlaku.

(l) Memberi kebenaran pengunaan sepenuhnya PERSATUAN ini atau sebarang Daerah darinya untuk mesyuarat-mesyuarat,majlis-majlis keramaian dan sosial atau majlis –majlis lain dan membenarkan pada masa –masa yang tertentu, orang-orang yang pada kebiasaanya tidak dibenarkan berbuat demikian , menggunakan PERSATUAN ini.

(m) Pada amnya untuk menjaga kepentingan PERSATUAN ini.

(n) Menerima dan meluluskan permohonan pinjaman wang

daripada ahli-ahli untuk kegiatan Sukan dan kebajikan

FASAL 31 TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA DAERAH

Tugas-tugas ahli-ahli jawatankuasa Daerah adalah seperti berikut:

Page 24: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

24

(1) Pengerusi adalah bertanggungjawab:

(a) menandatangani cek-cek PSKPP Daerah bersama-sama dengan bendahari kehormat dan setiausaha umum kehormat.

(b) Mengawasi segala pentadbiran dan perjalanan PSKPP

Daerah. (c) Melantik ,mengantungkan dan membuang pekerja

PERSATUAN ini yang mana pelantikan mereka tidak dibuat di mesyuarat Agung dwi tahunan dengan persetujuan ahli jawatankuasa

(d) Melantik setiausaha dan penolong dengan persetujuan

jawatankuasa

(e) Melantik bendahari dengan persetujuan jawatankuasa

(2) Timbalan Pengerusi adalah bertanggungjawab:

(a) membantu pengerusi menjalankan tugas-tugasnya. (b) Memangku tugas-tugas pengerusi dalam masa

ketiadaannya.

(3) Naib Pengerusi adalah bertanggungjawab:

(a) membantu pengerusi menjalankan tugasnya. (b) Memangku jawatan pengerusi dalam masa ketiadaan Timbalan Pengerusi.

(4) Setiausaha Kehormat Daerah adalah bertangungjawab :-

(a) Kepada Pengerusi atas semua perkara perhubungan dalam dan luar mengenai PERSATUAN

(b) Bertanggungjawab atas surat-surat, buku-buku, dokumen-

dokumen dan sebagainya dengan kemas dan teratur. (c) Memanggil dan menghadiri semua mesyuarat

jawatankuasa Daerah serta menulis minit-minit (d) Menandatangani cek-cek PSKPP Daerah bersama-sama

dengan Pengerusi dan Bendahari Kehormat Daerah (e) Menyimpan Buku Daftar Ahli

Page 25: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

25

(5) Penolong Setiasaha Kehormat Daerah dalam bertanggungjawab

(a) Membantu Setiausaha Kehormat Daerah menjalankan

tugas-tugasnya (b) Memangku jawatan Setiausaha Kehormat Daerah semasa

ketiadaannya (c) Menyimpan dengan lengkapnya inventori semua harta

benda PERSATUAN

(6) Bendahari Kehormat Daerah adalah bertanggungjawab

(a) Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bagi pihak PERSATUAN

(b) Menyimpan Buku Kira-kira dengan teratur (c) Menyediakan penyata kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat

bagi jawatankuasa Daerah dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Daerah

(d) Menandatangani segala cek-cek Daerah bersama-sama

dengan Pengerusi dan Setiausaha kehormat Daerah. (e) Bertanggunggjawab keseluruhannya di atas kewangan

Daerah.

(7) Ahli-ahli Jawatankuasa Daerah hendaklah membantu Jawatankuasa daerah menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya.

8 Ahli jawatankuasa Daerah yang mungkir menghadiri

mesyuarat Jawatankuasa Daerah tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Daerah.

FASAL 32 KEWANGAN DAERAH

(1) Semua wang yang dikutip di Ibu pejabat dan Daerah akan

menjadi aset bersama PERSATUAN.

(2) Mesyuarat Perwakilan Dwi Tahunan akan menentukan dari

semasa ke semasa peratusan kadar yuran ayang akan

disimpan di Daerah sebagai kumpulan wang Daerah dan

Page 26: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

26

akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan

menggunakan wang Daerah

(3) Tiap-tiap Bendahari Daerah akan menyampaikan kepada

Bendahari Agung sebelum 15hb tiap-tiap bulan yuran-yuran

yang diterima oleh daerah setelah ditolak peratusan yang

disimpan sebagai kumpulan wang Daerah.

(4) Bendahari Daerah akan juga menyampaikan kepada

Bendahari Agung sebelum 15hb tiap-tiap bulan suatu

penyata pendapatan dan perbelanjaan Daerah bagi bulan

lepas.

(5) Semua wang Daerah hendaklah disimpan di atas nama

Daerah di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuas

Negeri dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama-

sama oleh Pengerusi Daerah, Bendahari Daerah dan

Setiausaha Daerah. Bendahari Daerah dibenarkan

menyimpan wang di dalam tangan sebanyak tidak lebih

daripada RM500.00 (Lima ratus) pada suatu masa.

Perbelanjaan yang melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu)

bagi suatu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran

diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Daerah

dan perbelanjaan yang kurang RM10,000.00 (Sepuluh

Ribu) bagi suatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi

Daerah bersama-sama dengan Setiausaha Daerah dan

Bendahari Daerah.

(6) Semua wang, buku dan harta-harta lain PERSATUAN yang

dipegang oleh mana-mana Daerah yang telah dibubarkan

akan dihantar dengan segera oleh Setiausaha Daerah

kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata

kira-kira sebagaimana dinyatakan pada Fasal

Page 27: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

27

FASAL 33 PUNCA PENDAPATAN

(1) Kewangan PERSATUAN adalah diperolehi daripada:-

(a) Yuran

(b) Derma-derma / Sumbangan

(c) Ikhtiar-ikhtiar lain yang dipersetujukan oleh

Jawatankuasa Negeri dan Daerah.

(d) Setiausaha Daerah hendaklah menghantarkan kepada

Setiausaha Agung Kehormat dan kira-kira bagi satu

tahun kewangan yang telah diperiksa dan disahkan.

FASAL 34 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI DAERAH

(1) Dimana peruntukan khas tiada disebut di dalam Undang-

Undang ini bagi perkara-perkara berhubung dengan

pentadbiran Daerah, undang-undang yang berkenaan

mengenai pentadbiran Ibu Pejabat PERSATUAN akan diikuti

sejauh mana yang sesuai.

(2) Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Negeri akan

memberi arahan kepada Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa

Daerah mengenai pentadbirannnya.

FASAL 35 JURUAUDIT DALAM

(1) Mesyuarat Agung Tahunan Daerah hendaklah melantik dua

orang Juruaudit Dalam yang bukan terdiri dari pegawai-pegawai

PERSATUAN untuk memeriksa kira-kira masing-masing.

Mereka akan memegang jawatan selama 2 tahun

(2) Kedua-dua Juruaudit Dalam hendaklah membuat audit

bersama-sama ke atas kira-kira dan mengesahkan penyata

kewangan tahunan yang diedarkan oleh Bendahari Kehormat

pada peringkat masing-masing.

Page 28: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

28

(3) Juruaudit Dalam berhak melihat dan memeriksa resit-resit,

baucar-baucar dan lain-lain surat keterangan yang perlu untuk

menyempurnakan tugas-tugas mereka.

(4) Jawatankuasa Daerah berkuasa pada bila-bila masa

menjalankan pemeriksaan kira-kira wang dan harta Daerah.

(5) Jawatankuasa Negeri berkuasa membuat sebarang peraturan

yang berkenaan dengan kira-kira itu.

FASAL 36 MEMINDA UNDANG-UNDANG

(1) Undang-undang ini atau sebarang Daerah daripadanya boleh

dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang

dipersetujukan oleh tidak kurang daripada 2/3 ahli-ahli yang

hadir dalam Mesyuarat Perwakilan dan hendaklah dikemukakan

kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh

keputusan meminda Undang-undang itu untuk mendapat

kebenarannya.

(2) Satu ketetapan hendak meminta atau memansuhkan Undang-

undang ini hendaklah dihantarkan kepada Setiausaha Kehormat

mengikut syarat di dalam peraturan mesyuarat PERSATUAN.

(3) Setiap pindaan akan berjalan kuatkuasanya mulai pindaan itu

diluluskan oleh pendaftar pertubuhan.

FASAL 37 PEMBUBARAN PSKPP DAERAH-DAERAH

(1) Jawatankuasa Negeri boleh membubarkan PSKPP Daerah:

(a) Jika bilangan ahli-ahli di dalam masa enam bulan

berturut-turut kurang daripada 30 orang atau;

(b) Jika PSKPP Daerah tidak patuh kepada undang-undang

pertubuhan atau keputusan Mesyuarat Perwakilan atau

Jawatankuasa Negeri atau jika difikirkan bersalah oleh

Jawatankuasa Negeri kerana perbuatan yang

merosakkan Pertubuhan.

Page 29: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

29

(2) Keputusan membubarkan Daerah hendaklah dengan undi

terbanyak terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Negeri,

dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan

Daerah dengan sebab yang disebutkan di dalam perenggan

1(b) di atas, Daerah yang berkenaan hendaklah diberi satu

kenyataan 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk

menjawab tuduhan-tuduhan.

(3) Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh

Setiausaha Agung Daerah tidak boleh dijalankan mulai dari

tarikh penerimaan perintah kecuali kerana urusan bekenaan

pembubaran. Sebarang Daerah yang musykil di atas perintah

pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada

Setiausaha Agung, di dalam tempoh 30 hari daripada

Penerimaan perintah, membuat rayuan kepada Mesyuarat

Perwakilan-perwakilan. Walaupun rayuan telah di buat namun

perintah pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga

dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang demikian

Jawatankuasa Negeri boleh melantik satu jawatankuasa

pengurus dari ahli-ahli untuk menguruskan hal-hal Daerah itu

sementara rayuan ditimbangkan.

(4) Jika sesuatu PSKPP Daerah ditutup kerana sebab yang

disebutkan pada Fasal 37(a) aturan ini. Maka Jawatankuasa

Negeri hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada

Daerah yang hampir sekali. Dan jika Daerah ditutup kerana

sebab di dalam Fasal 37(b) aturan ini maka ahli-ahli akan

terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan.

(5) Adalah menjadi tanggungan kepda Pengerusi, Setiausaha dan

Bendahari bagi PSKPP Daerah itu menyerahkan kepada

Setiausaha Agung segala buku-buku, rekod-rekod, wang dan

lain-lain harta yang dimiliki oleh PSKPP Daerah itu beserta

dengan satu keterangan kira-kira PSKPP Daerah mulai dari

Page 30: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

30

tarikh akhir penyata itu dihantarkan sehingga tarikh perintah

penutupan.

(6) Jika ahli-ahli sesuatu PSKPP Daerah hendaklah keluar dari

Pertubuhan, maka pegawai-pegawai PSKPP Daerah itu dengan

sertamerta mesti menyerahkan kepada Setiausaha Agung

semua buku-buku, rekod-rekod, wang dan lain-lain harta

Pertubuhan dan seterus menyedia dan menyerahkan

keterangan kira-kira kepada Setiausaha Agung seperti di dalam

Fasal 37 (5) di atas ini.

FASAL 38 LARANGAN

(1) Sebarang bentuk permainan judi didalam PERSATUAN ini

adalah dilarang

(2) PERSATUAN ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada

dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama PERSATUAN

atau pegawai-pegawainya atau jawatankuasa atau ahli tanpa

kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

(3) Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2

Akta Pertubuhan tidaklah boleh diberi oleh PERSATUAN

kepada mana-mana ahli PERSATUAN.

(4) Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh

diterima menjadi ahli PERSATUAN ini kecuali ia telah

dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor

Universiti yang berkenaan.

FASAL 39 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran

Undang-undang ini atau peraturan mesyuarat PERSATUAN

yang dibuat di bawah jawatankuasanya maka tafsiran yang

diberikan oleh Jawatankuasa Negeri adalah muktamad. Jika

tidak dipinda atau dibatalkan oleh Mesyuarat Perwakilan.

Page 31: UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/spk/Perlembagaan-pskpp-4.… · undang-undang persatuan sukan dan kebudayaan perkhidmatan

31

FASAL 40 DISIPLIN PERSATUAN

(2) Tindakan disiplin boleh diambil di atas ahli yang melanggar

tanggungjawab yang terkandung dalam Fasal 8 dan 9 Undang-

undang PERSATUAN ini.

(3) Jawatankuasa Disiplin hendaklah ditubuhkan di peringkat

Negeri dan Daerah. Negeri dan Daerah bolehlah melaporkan

kegiatan ahli-ahli yang didapati melanggar disiplin PERSATUAN

kepada Jawatankuasa-jawatankuasa itu untuk tindakan yang

sewajarnya. Jawatan disiplin itu berhak memberi amaran dan

menggantungkan hak-hak seseorang ahli atau memecatnya

daripada PERSATUAN.

(4) Ahli-ahli PERSATUAN yang melanggar disiplin PERSATUAN

boleh:-

(a) Diberi amaran

(b) Digantung hak-haknya di dalam PERSATUAN

(c) Dipecat

(5) Seseorang ahli yang tidak berpuashati dengan tindakan disiplin

yang dikenakan ke atasnya bolehlah merayu kepada

Jawatankuasa Disiplin Negeri dan keputusan Jawatankuasa

Disiplin Negeri adalah muktamad.

(6) Jawatankuasa Negeri berhak mengadakan peraturan-pertauran

berhubung dengan disiplin dalam PERSATUAN.

Ghazali bin Kasim Azahar bin Shuib Setiausaha Agung Kehormat Bendahari Kehormat

Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan

Pelajaran Perak

Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan

Pelajaran Perak