4-elemen-elemen falsafah pendidikan kebangsaan

Upload: mohd-shahril

Post on 03-Jun-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 4-Elemen-Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    1/4

    6

    Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    1. Pendidikan suatu usaha secara berterusan

    Berdasarkan kepada unsur ini, pendidikan adalah satu proses berlakunya

    pemerolehan serta pemindahan ilmu pengetahuan,kemahiran serta nilai murni.

    Proses pmerolehan dan pemindahan berlaku secara berterusan bermula dari kecil

    sehingga besar iaitu hingga ke akhir hayat. Dalam hal ini, pendidikan awal kanak-

    kanak amat penting bagi membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam

    lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Seterusnya, sahsiah tersebut

    dibentuk terus ke peringkat persekolahan. Apabila sudah tamat zamanpersekolahan, individu masih terus boleh meningkatkan ilmu selain akhlak dan

    kemahiran. Sehubungan dengan itu, proses pendidikan yang berterusan dapat

    membantu seseorang individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

    2. Memperkembang potensi individu

    Dalam membentangkan elemen ini, dapat diketahui bahawa setiap individu

    memiliki keupayaan dari segi unsur intelek, jasmani, rohani, serta emosi semenjak

    lahir. Dengan itu, fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan serta

    meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap yang cemerlang. Potensi dan

    kebolehan individu dapat dipupuk serta dipertingkatkan. Sehubungan dengan itu,

    bagi merealisasikan peningkatan potensi individu, interaksi dengan orang lain dari

    segi sosial dan alam sekeliling diperlukan.

  • 8/13/2019 4-Elemen-Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    2/4

    7

    3. Insan yang seimbang dan harmonis

    Insan yang seimbang memiliki ilmu serta akhlak yang baik. Selain daripada itu

    adalah kepercayaan kepada Tuhan dan sahsiah yang bagus. Di samping itu juga

    insan yang seimbang mempunyai kesihatan yang baik selain memiliki kesedaran

    terhadap tanggungjawab diri., keluarga, bangsa dan negara. Individu seperti ini akan

    sentiasa berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, melaksanakan

    tanggungjawab dengan dedikasi untuk diri, keluarga, bangsa dan negara. Selain tu,

    individu sentiasa mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram serta berfikiran positif.

    4. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

    Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan kepada aspek

    seperti mengakui wujudnya pencipta, mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia

    dan alam, mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang

    ditetapkan oleh Tuhan, menyedari bahawa penciptaan manusia adalah untuk

    memakmurkan alam, menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

    perbuatannya. Selain daripada itu ialah meningkat serta mengukuhkan kepercayaan

    beragama, mengikuti serta mengamalkan ajaran agama, dan melakukan kebaikan

    serta menghindari kejahatan atau dalam erti kata lain dalam islam ialah amar

    makruf nahi mungkar.

    5. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

    Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki

    ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, minat akan membaca, sentiasa

    menambahkan ilmu pengetahuan, berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu di

    samping berfikiran luas,jauh dan terbuka serta memanfaatkan ilmu untuk kebajikan

    diri dan orang lain.

  • 8/13/2019 4-Elemen-Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    3/4

    8

    6. Rakyat Malaysia yang berketerampilan

    Rakyat Malaysia yang berketerampilan memiliki ilmu pengetahuan ,

    kemahiran serta kelayakan yang bersesuaian dalam pelaksanaan tugasan. Selai itu,

    rakyat Malaysia yang berketerampilan melaksanakan tugas dengan dedikasi, cekap

    dan sempurna.

    7. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

    Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia memiliki ciri-ciri seperti menyedari

    kesan perbuatan baik dan buruk, yakin serta utuh terhadaap nilai murni dan

    mengamalkan perlakuan baik di samping menjauhi perlakuan buruk. Selain daripada

    itu mereka menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan, dan kewarganegaraan selain

    memahami nilai yang baik dan nilai yang buruk.

    8. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

    Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adalah rakyat yang menyedari

    tugas serta tanggungjawab adalah amanah. Selain daripada itu rakyat yang

    bertanggungjawab menyedari tugas mesti dilaksanakan dengan sempurna tidak kiar

    apa pun yang memberi nilai yang baik. Seterusnya ialah menjalankan tugas dengan

    bersih,cekap dan amanah. Rakyat Malaysia juga perlu mematuhi peraturan dan

    undang-undang dan serta berusaha memajukan diri, keluarga,masyarakat, agama,

    bangsa dan negara.

    9. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri

    Rakyat Malaysia yang berupaya untuk mencapai kesejahteraan diri adalah

    mereka yang memiliki fikiran dan sikap yang waras, jiwa yang yang tenang serta

    kesihatan yang baik. Selain itu ialah mempunyai daya ketahanan dan kesabaran

    kendiri yang kuat bagi menghadapi cabaran, masalah serta rintangan hidup.di

    samping itu, mereka yang boleh mencapai kesejahteraan berupaya untukmewujudkan hubungan baik dengan orang lain.

  • 8/13/2019 4-Elemen-Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    4/4

    9

    10. Rakyat Malaysia yang berupaya memberi sumbangan untuk keluarga,

    masyarakat dan negara.

    Rakyat Malaysia yang berupaya memberi sumbangan untuk keluarga,

    masyarakat dan negara adalah amat baik. Ciri-ciri sumbangan kepada pihak yang

    ditujukan adalah sumbangan tersebut berupaya memupuk keharmonian keluarga.

    Selain daripada itu sumbangan yang diusahakan dapat memupuk perpaduan melalui

    semangat kerjasama, berbakti, toleransi, mewujudkan semangat kekitaan dan

    saling hormat menghormati.

    Di samping itu, sumbangan yang direalisasikan memajukan ekonomi ke arah

    perkembangan negara dengan menggunakan sains dan teknologi serta ICT.

    Seterusnya, sumbangan yang ditujukan dapat mengekalkan kestabilan negara

    dengan toleransi dan semangat kerjasama. Selain itu ialah mematuhi, mengekal dan

    mempertahankan Perlembagaan dan undang-undang negara, menghayati serta

    mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersemangat patriotik serta

    semangat cintakan negara.