apakah gagasan modal insan dalam rmk10 selaras dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan

26
APAKAH GAGASAN MODAL INSAN APAKAH GAGASAN MODAL INSAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN K E B A NG S A A N? K E B A NG S A A N? PENSYARAH :D R .R U SLIN A M IR OLEH: M D FUAD M D RAFIK P51130 (Pentadbiranpendidikan)

Upload: md-fuad-md-rafik

Post on 27-Jul-2015

390 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

APAKAH GAGASAN MODAL INSAN APAKAH GAGASAN MODAL INSAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN?KEBANGSAAN?

PENSYARAH : DR. RUSLIN AMIR

OLEH:

MD FUAD MD RAFIK P51130(Pentadbiran pendidikan)

Page 2: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

APAKAH GAGASAN MODAL INSAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN

HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN?

1.0 Pengenalan

1.1 Modal Insan

Menyingkap intipati utama RMK10, kita akan dapati bahawa salah satu faktor

utama yang kritikal yang akan menentukan prestasi cemerlang negara pada masa hadapan

adalah membangunkan serta mewujudkan gagasan modal insan bertaraf dunia.

Modal insan merupakan aspek penting kerana jika kita ada sistem terbaik di dunia

sekalipun tetapi jika pengurusan tidak cekap, ia tidak akan mampu diuruskan dengan

baik. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai

murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin,

dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya

saing.

Mantan. Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan

revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan

sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan.

Di dalam artikel Prof. Madya Mohd kamil Abdul Majid yang bertajuk

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia : Analisis Terhadap Gagasan Islam Hadhari ada

menyebut bahawa

“Apa yang dipentingkan dalam pembentukan modal insan ini adalah pembentukan

manusia sebagai agen terpenting, dapat dikatakan sebagai modal utama bagi

menjayakan sesuatu proses pembangunan negara. Ianya dirujuk kepada keupayaan dan

kemampuan seseorang insan atau warga negara Malaysia dari segi kognitif (elemen

pemikiran), afektif (elemen sikap) dan psikomotor (kemahiran).Ianya merujuk kepada

penggunaan akal fikiran yang bermutu tinggi.”

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Page 3: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Daripada pernyataan-pernyataan di atas jelaslah bahawa penekanan yang

terpenting perlu diberikan terhadap pembangunan modal insan yang mantap sebelum

mendongak tinggi ke langit mengejar apa jua aspirasi negara.

1.2 Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10)

RMK10 bertindak sebagai penggerak Model Baru Ekonomi dalam membawa

pelbagai pendekatan baru yang meletakkan pertumbuhan ekonomi sebagai matlamat yang

utama. Ianya merupakan pelan holistik yang menjurus kepada strategi serta dasar pro-

pertumbuhan. Dalam pada itu, pelbagai dasar dan langkah baru akan diperkenalkan bagi

mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mentransformasi ekonomi negara.

Pada masa yang sama, RMKe-10 juga memberi penekanan kepada pembangunan

masyarakat progresif dalam segala aspek, termasuk kestabilan politik, keharmonian

sosial, nilai-nilai murni, kualiti hidup yang tinggi dan juga perpaduan nasional.

Pendekatan ini didokongi oleh konsep keadilan sosial, yang mana Kerajaan akan berlaku

adil kepada setiap individu, merentasi batas kaum dan agama.

 

Keadilan sosial akan memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada arus

pembangunan perdana negara, dengan menyediakan peluang bagi semua.

1.2.1 RMKe-10 – Lima Teras Strategik

Bagi mencapai aspirasi RMK10, lima teras strategik utama telah dikenal pasti sebagai

panduan ke arah mencapai objektif serta sasaran yang telah ditetapkan dalam Rancangan

ini. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:

 

Page 4: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah

mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA;

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan

pertumbuhan ekonomi;

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif;

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; dan

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan

kualiti hidup.

Merujuk kepada teras keempat RMK10, pembangunan dan pengekalan modal

insan, sumber, bakat, teknologi dan inovasi sektor-sektor awan dan swasta perlu

digerakkan supaya menjadi jentera pertumbuhan ekonomi yang lebih berkesan. Pelbagai

inisiatif transformasi yang dilaksanakan tidak akan menemui kejayaan tanpa gagasan

modal insan yang berkualiti untuk menggerakkannya. Modal insan merupakan faktor

kritikal utama dalam melaksanakan transformasi ekonomi negara.

Sehubungan ini, tumpuan akan terus diberikan kepada usaha meningkatkan

kemahiran, produktiviti dan juga keupayaan soft skills, di sepanjang rantaian nilai bidang

pendidikan dan latihan, daripada pendidikan pra-sekolah ke pembelajaran sepanjang

hayat. Antara langkah baru utama RMKe-10 dalam aspek pembangunan modal insan

termasuk:

Pertama: Menubuhkan Talent Corporation yang akan bekerjasama dengan sektor

swasta untuk memastikan bekalan modal insan berkepakaran dan berkemahiran

yang mantap dan mencukupi;

Page 5: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kedua: Menggalakkan diaspora Malaysia kembali berkhidmat serta menyumbang

kepada agenda pembangunan negara;

Ketiga: Mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT),

dengan meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT bagi para pelajar, penyedia

perkhidmatan TEVT dan juga industri;

Keempat: Meningkatkan kualiti dan tenaga pengajar di sepanjang rantaian nilai

bidang pendidikan;

Kelima: Meningkatkan bilangan kelas prasekolah di sekolah rendah Kerajaan dan

menggalakkan sektor swasta menyediakan pendidikan prasekolah melalui

pemberian insentif; dan

 

Keenam: Memperluaskan program berteraskan latihan kemahiran terutamanya

melalui kerjasama dengan sektor swasta.

1.2.2 RMK-10: Membangun modal insan cemerlang

SEPULUH idea utama telah dirangka dalam Strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh

(RMK-10), untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020. Salah satu

daripada idea tersebut yang diberi tumpuan ialah memupuk, menarik dan mengekalkan

modal insan cemerlang.

Modal insan cemerlang dalam konteks pengurusan organisasi Islam merujuk

kepada pembangunan diri pekerja dalam menyemai nilai dan ciri-ciri yang baik dari segi

akhlak, etika, perwatakan, pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia penting sebagai

tenaga penggerak organisasi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Page 6: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sehubungan itu, pelaburan dalam modal insan perlu diberi keutamaan organisasi

dalam membentuk pekerja yang mempunyai nilai yang boleh diteladani. Melalui

kerangka modal insan, ia harus dijana dengan baik sejak peringkat awal lagi kerana di

tangan mereka inilah setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan perancangan

dilaksanakan.

Berasaskan kepentingan modal insan ini, maka Islam memberikan penekanan

yang lebih utama berbanding dengan pembangunan dari aspek fizikal.

Alasan ini begitu jelas, bahawa insan yang terbina akal, minda dan jiwanya akan

membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syariat-Nya. Apabila pembinaan

sahsiah insan tersebut dibangunkan mengikut syariat-Nya, maka segala tindak-tanduknya

tidak sesekali melanggar perintah Allah SWT.

Di situ akan lahirlah insan yang bertanggungjawab dan amanah dalam

melaksanakan tugas yang penting dalam organisasi. Individu yang bertanggungjawab dan

amanah seringkali dikaitkan dengan definisi al-Quran sebagai mereka yang mempunyai

akal fikiran yang sempurna (ulul al-Bab) iaitu seseorang yang mengerti nilai kehidupan

dan memeliharanya dengan sempurna baik dalam diri, keluarga, organisasi, masyarakat

dan negara.

Begitu juga dengan pandangan Ibnu Khaldun yang turut menegaskan bahawa

pembinaan sesebuah tamadun amat bergantung kepada manusia sebagai aset terpenting

kerana mereka mempunyai kemampuan berfikir, menentu, memilih dan mempelajari

sesuatu untuk tujuan hidup yang bertamadun.

Justeru, menyedari diri pekerja sebagai aset dan tenaga penggerak utama

organisasi maka mereka perlu menggalas amanah serta tanggungjawab untuk

melaksanakan tugas dengan penuh iltizam, minat dan kesungguhan, mengutamakan

kepentingan majikan serta organisasi berbanding dengan kepentingan diri, sentiasa

berusaha memastikan majikan dan organisasi tempat bekerja mencapai matlamat yang

disasarkan dengan jayanya.

Page 7: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja, cuai dan juga sikap sambil

lewa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sikap ini akan menyebabkan

sesebuah organisasi gagal dan mundur.

Oleh itu, beberapa langkah dalam memberi nilai tambah dari segi peningkatan

ilmu pengetahuan, memotivasikan pekerja, melihat contoh dan teladan yang baik, di

samping semangat dan roh pekerjaan sebagai satu ibadat perlu dijadikan misi dalam

menjayakan modal insan terbaik dalam RMK-10.

Memandangkan kepentingan ilmu pengetahuan sebagai asas nilai tambah dalam

pembangunan insan dalam diri pekerja, maka di sini peranan majikan amat penting untuk

memupuk, memberi semangat dan dorongan kepada pekerja untuk terus menimba ilmu

bagi melahirkan individu yang berjaya, di samping dapat bertindak sebagai pekerja yang

beradab dan berdisiplin dalam organisasi masing-masing.

Dalam Laporan Model Baru Ekonomi (MBE), menyatakan pada tahun 2007,

hanya 80 peratus daripada tenaga kerja Malaysia mendapat pendidikan setakat Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM). Menyedari hal ini, majikan perlu menggalakkan tenaga kerja

untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi melalui

pelbagai program dan latihan kemahiran.

Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia begitu komited dalam menggalakkan

pembangunan para pekerjanya. Melalui institusi sokongan seperti IBFIM dan INCEIF,

tumpuan latihan, pendidikan dan penyelidikan diberi kepada pekerjanya untuk terus

meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran.

Dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki kelak, pekerja akan dapat

melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan bersedia menyahut cabaran besar tanpa

rasa gentar.

Selain itu, melalui seminar, ceramah, kursus, bengkel dan juga pelbagai bentuk

latihan yang diusahakan oleh majikan kepada golongan pekerja, secara tidak langsung

Page 8: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di samping berupaya mengesan kelemahan,

mengenal pasti masalah serta mencari penyelesaiannya dengan penuh bijaksana.

Tanpa pengayaan ilmu, proses untuk pembangunan insan dan kemajuan negara

amat sukar untuk dicapai, malah akan memberi kesan terhadap perancangan

pembangunan negara yang telah disusun.

Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang

bermaksud; "... Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu,

dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa

darjat. Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu

lakukan".

Menyedari hal ini dalam meningkatkan modal insan di kalangan pekerja, maka

inisiatif yang ditawarkan oleh mana-mana organisasi untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan perlulah direbut oleh pekerja.

Namun, perlu diingat apabila pekerja tersebut dapat menyambung pelajarannya ke

peringkat yang lebih tinggi secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) misalnya, pembahagian

masa antara tugas di pejabat dan masa mengulangkaji perlu diselaraskan dengan baik

agar tugasan yang diberikan tidak menjejaskan prestasi organisasi.

Dengan langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh organisasi, moga-moga

dapat mengilap kepakaran yang ada, dapat meningkatkan pembinaan jati diri modal insan

di kalangan pekerja dan dapat mencegah aliran keluar golongan bijaksana (International

Brain Drain).

Justeru, menjadi harapan organisasi agar pengurusan pembangunan modal insan

dapat digilap kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi terus

berdaya saing dan dapat mentransformasikan negara mencapai status berpendapatan

tinggi.

Page 9: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di

Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara

sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan

secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan

Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu

universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.

Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia

dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.

Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,

seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling

penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang

berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk

membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya

kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus

menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi

cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada

Page 10: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan

menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi,

mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh

mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi

nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa

berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu

yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi

juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.

Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu

tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu

berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat

memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri

manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga

dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan

berbakti.

2.0 Perkaitan antara gagasan modal insan dalam RMK10 dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, FPK.

Melalui RMK10, Kerajaan percaya inisiatif pembangunan modal insan akan dilaksanakan

dengan lebih berkesan melalui penubuhan Talent Corporation. Pendekatan yang diambil

oleh Talent Corporation adalah memfokus kepada kumpulan sasar tertentu dari kalangan

pelajar, pekerja berkepakaran tinggi dan penyelidik di luar negara. Salah satu konsep asas

yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam

pembangunan insan dan masyarakat. Di sini dapat diperhatikan wujudnya keselarasan di

antara kedua-dua dasar di mana ilmu dan kepakaran yang dipupuk kepada golongan

sasaran disalurkan kepada arah yang betul dan spesifik.

Page 11: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Usaha untuk menarik kumpulan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama semua

pihak yang berkaitan, termasuk agensi Kerajaan dalam dan di luar negara serta pihak

swasta. Usaha akan ditumpukan ke arah menyediakan peluang yang lebih besar dan

pelbagai bagi menarik minat kumpulan tersebut. Selain itu, Kerajaan akan berusaha

menyediakan persekitaran dan kualiti hidup yang unggul untuk semua. Berdasarkan hala

tuju yang jelas, pendekatan yang berfokus dan dengan usaha-usaha bersepadu ini,

Kerajaan yakin penubuhan Talent Corporation akan berjaya untuk menarik tenaga mahir

dari luar negara, sama ada diaspora Malaysia ataupun warga asing.

Selain itu, RMK10 juga menyatakan kepelbagaian modal insan negara yang

berbilang etnik akan dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa.

Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa secara tabiinya dapat menjalinkan hubungan

yang erat dengan negara China, India dan Indonesia, yang merupakan antara negara yang

paling pesat membangun di rantau ini. Umat Islam di negara ini juga mampu menjalinkan

hubungan yang lebih erat dengan negara-negara Islam lain, khususnya di Timur Tengah

yang mempunyai sumber kewangan dan pelaburan yang begitu besar. Kelebihan unik

negara ini perlu dipergunakan sepenuhnya untuk membina jaringan perdagangan dan

pelaburan yang lebih besar dengan negara-negara berkenaan. FPK juga melihat individu

itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja

untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan

kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga,

meluas kepada masyarakat dan negara.

Pendekatan RMK10 ini juga mengambil kira perkembangan terkini senario

antarabangsa yang mana kita sedang menyaksikan kebangkitan semula Asia sebagai

kuasa besar ekonomi dunia. Negara-negara peneraju ekonomi utama di benua Asia bukan

sahaja telah merapatkan jurang pembangunan antara mereka dengan dunia Barat, malah

juga berjaya mengurangkan jurang teknologi dan inovasi. Kedudukan kita di tengah-

tengah anjakan transformasi Asia ini harus kita garap dan manfaatkan sepenuhnya.

Page 12: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Melihat pandangan FPK, Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang

berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan

sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri

serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat

inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses

dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan

perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja

boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu

yang sedia ada pada manusia. Justeru perluasan ilmu yang dimaksudkan dalam FPK

dillihat seiring dengan hasrat RMK10 yang ingin melihat status negara diangkat

setanding dengan negara-negara lain yang lebih maju.

3.0 Kesimpulan

Intipati Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) cukup komprehensif dan jelas sama

sekali. Walaupun ada yang mengkritik bahawa RMK - 10 tidak ada bezanya berbanding

dengan Rancangan Malaysia yang terdahulu, namun kalau melihat secara terperinci, RMK

-10 mempunyai kelainan tersendiri.

Melalui RMK-10, perhatian khusus diberikan dalam sektor pendidikan. Perkara ini

cukup penting kerana modal insan yang terbaik akan menentukan kemajuan negara kita.

Modal insan yang bakal dihasilkan bukan sahaja berkemahiran tinggi tetapi juga mestilah

beretika, berintegriti tinggi dan bersahsiah mantap.

Bukan mudah untuk menghasilkan modal insan sebegini. Di samping itu, kerajaan

juga akan menubuhkan Talent Corporation bagi menarik rakyat Malaysia yang

berkemahiran tinggi di luar negara pulang bekerja di Malaysia. Inilah cabaran besar bagi

menjayakan RMK-10. Tanpa modal insan yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi,

produktiviti negara akan berada pada takuk yang sama.

Cabaran yang harus dipikul oleh semua rakyat Malaysia adalah membentuk

kerjasama satu pasukan Malaysia yang kuat dan mantap. Maka, mahu tidak mahu, anjakan

Page 13: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

paradigma dibantu dengan keyakinan dan motivasi yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia

mestilah diterapkan dalam budaya kerja rakyat Malaysia jika kita mahu melihat

transformasi ekonomi ke arah negara maju dapat direalisasikan pada tahun 2020.

Menjawab soalan sama ada gagasan modal insan RMK10 selaras atau tidak dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua pihak termasuk penggubal dasar seharusnya lebih

peka dengan persekitaran modal insan yang ingin dibangunkan itu sendiri. Apa yang kita

dan mereka hadapi dalam arus pembangunan terkini haruslah disesuaikan dengan

pendekatan-pendekatan yang bakal dijalankan. Melihat kepada apa yang terkandung secara

bertulis di dalam RMK10, pendekatan yang digariskan menjurus lebih kepada

pembangunan ekonomi secara menyeluruh. Apa yang dinyatakan berkenaan modal insan

juga lebih cenderung membangunkan modal insan tersebut dalam aspek fizikal seperti

pembangunan ilmu dan kepakaran dalam kerjaya. Aspek-aspek kerohanian dan sahsiah,

sebagaimana yang digariskan secara kukuh dalam FPK dilihat kurang dititikberatkan dalam

RMK10. Namun begitu, apa yang tersurat tidak semestinya menggambarkan niat atau

maksud sesuatu kemahuan. Dalam apa jua proses, hasilan yang diperolehi bukan hanya apa

yang kita mahu tetapi kita juga akan beroleh pelbagai sampingan yang muncul secara

langsung atau tidak langsung dalam proses tersebut. Sama ada ianya positif atau negatif, ia

bergantung kepada, pendekatan dan persekitaran yang dilalui. Dalam hal RMK10, adalah

diharap segala pendekatan pembangunan modal insan yang digariskan sekaligus dapat

menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial sepertimana yang dipahat kukuh dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 14: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Rujukan

Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapiperubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Abd Rahim Abd Rashid. (1993). Pendidikan nilai merentasi kurikulum KBSM.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Falsafah Pendidikan Negara. KualaLumpur: DBP

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.Malaysia: Kementeriaan Pendidikan Malaysia.

Mohd. Kamal Hassan, 1988. Pendidikan Dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu.Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Nik Azis Nik Pa. (1997). Pendidikan Moral dan Nilai di Malaysia: satu analisis tentang konsep dan realiti dari perspektif bersepadu. Prosiding Konvensyen Kebangsaan: Pendidikan moral dan nilai dalam pembangunan manusia ke arah pembentukan acuan pembangunan negara.

Suzalie Mohamad. 2003. Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet

http://www.haluan.org.my/v3/index.php/bicara-presiden/

http://cempakabiru.wordpress.com/modal insan/Modal Insan Pemangkin Negara maju

http://www.aspirasi-ndp.com/pendekatan pembangunan modal insan di Malaysia..html

http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/MOHE_MAIN_PAGE/

speech/PM_Speech/RMK10_Ucapan_10062010.

Page 15: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

APAKAH GAGASAN MODAL INSAN APAKAH GAGASAN MODAL INSAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN?KEBANGSAAN?

PENSYARAH : DR. RUSLIN AMIR

OLEH:

MD FUAD MD RAFIK P51130(Pentadbiran pendidikan)

1. MODAL INSAN

individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral

yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik,

inovatif, kreatif, sihat, bersemangatpatriotik, adil, progresif, cekal dan

berdaya saing.

Page 16: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

www.themegallery.com

2. Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10)Lima Teras Strategik

Mewujudkan persekitaran kondusif ke arahmempertingkatkan kualiti hidup

Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia

Menuju ke arah pembangunan sosioekonomisecara inklusif

Mewujudkan persekitaran kondusifbagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi

Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arahmentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA

Pertama: Menubuhkan Talent Corporation yang akan bekerjasamadengan sektor swasta untukmemastikan bekalan modal insanberkepakaran dan berkemahiranyang mantap dan mencukupi;

Kedua: Menggalakkan diasporaMalaysia kembali berkhidmat sertamenyumbang kepada agenda pembangunan negara;

Ketiga: Mengarusperdanakanpendidikan teknikal dan latihanvokasional (TEVT), denganmeningkatkan nilai dan daya tarikanTEVT bagi para pelajar, penyediaperkhidmatan TEVT dan jugaindustri;

aspek pembangunanmodal insan RMK10

Keempat: Meningkatkan kualiti dantenaga pengajar di sepanjangrantaian nilai bidang pendidikan;

Kelima: Meningkatkan bilangankelas prasekolah di sekolah rendahKerajaan dan menggalakkan sektorswasta menyediakan pendidikanprasekolah melalui pemberianinsentif

Keenam: Memperluaskan program berteraskan latihan kemahiranterutamanya melalui kerjasamadengan sektor swasta.

Page 17: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usahaberterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagimelahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Perkaitan antara gagasan modal insan dalamRMK10 dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

FPK.

Penubuhan TALENT CORPORATION. Pendekatan

yang diambil oleh Talent Corporation adalah

memfokus kepada kumpulansasar tertentu dari kalangan

pelajar, pekerjaberkepakaran tinggi danpenyelidik di luar negara.

Salah satu konsep asasyang terkandung dalamFPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan

ilmu dalampembangunan insan dan

masyarakat.

RMK10 FPK

ilmu dan kepakaran yang dipupuk kepadagolongan sasaran disalurkan kepada arah

yang betul dan spesifik

Page 18: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Perkaitan antara gagasan modal insan dalamRMK10 dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

FPK.

kepelbagaian modal insan negara yang

berbilang etnik akandimanfaatkan untuk

mencapai kejayaan diarena antarabangsa.

FPK juga melihat individuitu dalam beberapa lapisan

pertalian atauperhubungan. Tujuan

pendidikan bukan sahajauntuk pembangunan dan

kesejahteraan diri individutetapi juga untuk

pembangunan dankesejahteraan setiap

lapisan hubungan individuberkenaan bermula dengan

keluarga, meluas kepadamasyarakat dan negara.

RMK10FPK

Perkaitan antara gagasan modal insan dalamRMK10 dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

FPK. Pendekatan RMK10 ini juga

mengambil kira perkembanganterkini senario antarabangsa

yang mana kita sedangmenyaksikan negara-negarapeneraju ekonomi utama di

benua Asia bukan sahaja telahmerapatkan jurang

pembangunan antara merekadengan dunia Barat, malah jugaberjaya mengurangkan jurang

teknologi dan inovasi.

perluasan ilmu yang dimaksudkan dalamFPK dillihat seiring

dengan hasratRMK10 yang ingin

melihat status negara diangkat

setanding dengannegara-negara lain yang lebih maju.

RMK10FPK

Page 19: Apakah Gagasan Modal Insan Dalam Rmk10 Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KESIMPULAN

Dalam apa jua proses, hasilan yang diperolehi bukan hanya apa yang kita mahu tetapi kita jugaakan beroleh pelbagai sampingan yang muncul

secara langsung atau tidak langsung dalam proses tersebut

Aspek-aspek kerohanian dan sahsiah, sebagaimana yang digariskan secara kukuh dalamFPK dilihat kurang dititikberatkan dalam RMK10.

RMK10 cenderung membangunkan modal insan tersebut dalam aspek fizikal seperti pembangunan ilmu dan kepakaran dalam kerjaya

pendekatan yang digariskan RMK10 lebih menjuruskepada pembangunan ekonomi secara menyeluruh

semua pihak termasuk penggubal dasar seharusnya lebih peka dengan persekitaran modal insan yang ingin dibangunkan itu sendiri

APAKAH GAGASAN MODAL INSAN APAKAH GAGASAN MODAL INSAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN DALAM RMK10 SELARAS DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN?KEBANGSAAN?

KESELARASAN WUJUD DALAM PELBAGAI ASPEK ANTARA RMK10 DENGAN FPK. NAMUN

PENITIKBERATAN KOMPONEN KEINSANAN DAN KEROHANIAN DALAM PEMBENTUKAN

MODAL INSAN RMK10 MASIH LONGGAR.