huraikan elemen-elemen dalam falsafah pendidikan kebangsaan. jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum...

36
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA EDU 3101 Kumpulan 4 NAMA PENSYARAH: DR.HELEN KHOO CHOOI SIM

Upload: ipg-kpp

Post on 24-Jun-2015

2.816 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAEDU 3101

Kumpulan 4

NAMA PENSYARAH: DR.HELEN KHOO CHOOI SIM

Page 2: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

AHLI KUMPULAN

REVATHI A/P RAJENDRAN

SARATHA A/P RAJA RAHMAN

ANBARASI A/P VARATHARAJOO

Page 3: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut.

TAJUK TUGASAN4

Page 4: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

PENGENALAN

Page 5: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Dengan berpandukan kepada pernyataan FPK, adalah difahamkan bahawa:

(1.Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan) ke arah (2.memperkembangkan lagi potensi individu) (3.secara menyeluruh dan bersepadu) untuk mewujudkan (4.insan yang seimbang dan harmonis) dari segi JERI berdasarkan (5.kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.)

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang (6.berilmu pengetahuan), (7.berketrampilan), (8.berakhlak mulia), (9.bertanggungjawab) dan (10.berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri) serta (11.memberi sumbangan) terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Page 6: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka dapat diringkaskan seperti berikut:

Elemen – elemen dalam FPK

Pendidikan suatu usaha berterusan

Memperkembang potensi individu

Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

Insan yang seimbang dan harmonis

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejateraan diri

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

Page 7: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia.

Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.

1. Pendidikan suatu usaha berterusan

Page 8: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, sekolah dan diteruskan di peringkat selepas institut pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT, secara on-line dan melalui media massa.

Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita menghadapi dan menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK.

Page 9: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya.

Keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri.

Usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk, memperkembangkan dan meningkatkan bakat serta keupayaan.

2. Memperkembang potensi individu

Page 10: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkembang potensi individu.

Setiap potensi boleh berkembang ke tahap cemerlang jika diberikan peluang yang secukupnya.

Usaha untuk memperkembang potensi individu perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh- sungguh.

Page 11: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Perkembangan unsur intelek

Perkembangan unsur jasmani

Memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M

(membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat

berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain,

termasuk kemajuan negara.

Penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti

menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran

teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan

kepada kemajuan negara.

Page 12: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Perkembangan unsur emosi

Perkembangan unsur rohani

Emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran

menilai dan menghargai keindahan dan kesenian.

Penekanan tumpuan ialah kepada sifat kejiwaan dan kebatian, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta,

menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.

Page 13: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan.

Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu.

Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah.

Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.

3. Perkembangan potensi secara menyeruluh dan bersepadu

Page 14: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang

4. Membentuk insan yang seimbang dan harmonis.

Berilmu pengetahuan

Berakhlak mahir

Mempunyai kepercayaan kepada Tuhan

Mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram

Bertenaga mahir

Tubuh badan sihat dan cergas

Kematangan emosi dan sosial

Page 15: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Selain itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan dalam tahap optimum.

insan ini juga adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Page 16: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan.

Manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.

5. Kepercayaan kepada Tuhan

Page 17: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan seperti mengakui wujudnya Pencipta

- mengakui manusia dan alam dijadikan oleh penciptanya, - mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta,

-menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam atau menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri - melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan.

Page 18: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

6.Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :

mencintai ilmu pengetahuan(gemar membaca)

menambah ilmu pengetahuan

berfikiran terbuka luas dan mendalam.

meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Page 19: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

7.Rakyat Malaysia yang berketrampilan

rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap dan sempurna.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti:

berilmu pengetahuan

berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan

kemahiran yang sesuai dalam

perlaksanaan tugasan secara cekap dan

sempurna

Page 20: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

8.Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

menyaran rakyat perlu memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Secara umumnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti :

mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk

keyakinan terhadap nilai murni dan menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan

mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk.

Page 21: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

9.Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti:

menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna

berusaha meningkatkan

daya pengeluaran

mematuhi peraturan dan undang-undang

negara

berusaha memajukan diri, keluarga dan masyarakat

Page 22: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

10.Rakyat malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri

Melalui perkembangan potensi individu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti :

daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup

berfikiran waras dengan jiwa tenang, tubuh badan yang sihat serta

perhubungan yang baik.

Page 23: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

11. Rakyat malaysia yang dapat memberi sumbangan

Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti :

memupuk keharmonian keluarga, semangat kerjasama dan perpaduan

menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan negara.

Page 24: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

JELASKAN CARA-CARA

PENGURUSAN KURIKULUM YANG

BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU

UNTUK MEREALISASIKAN

HASRAT FPK

Page 25: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan kurikulumGuru hendaklah memahami serta menghayati falsafah dan matlamat pendidikan negara agar guru mempunyai sifat positif serta kompeten dalam mentafsir kurikulum.Guru harus mengetahui apa yang hendak dicapai, bagaimana mencapai objektif, dan bagaimana dapat mengukur pencapaian objektif.

PENGENALAN

Page 26: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Pentaksiran kurikulum harus berdasarkan aspek-

aspek berikut: Objektif-objektif Pengetahuan Pengalaman

Pembelajaran Penilaian

Page 27: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

GURU

ALAT BANTU

MENGAJAR

STRATEGI PEMBELAJA

RAN

KAITKAN DENGAN

PENGALAMAN

MENGADAKAN

PENILAIAN

NILAI MORAL

BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

Page 28: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Alat Bantu Mengajar

Dalam pelaksanaan kurikulum, guru harus menggunakan alat bantu mengajar yang lebih menarik dan berinovatif. Guru perlu mempelbagaikan alat bantu mengajar yang sejajar

dengan kehendak objektif pelajaran.Guru perlu mempunyai kreativiti untuk mereka mengajar dan menggunakkan bahan yang sedia ada.

CONTOH BAHAN PENGAJARAN :

Buku teks, buku rujukan

Slaid, pita rakaman

Kad imbasan, carta

Modul pengajaran

Page 29: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Strategi PembelajaranDalam perancangan pengajaran, strategi pengajaran harus dipilih dengan baik agar dapat membina dan mengukuhkan minat pelajar.Pembelajaran yang sesuai dapat membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti pelajaran.Seterusnya, pelajar menguasai kemahiran yang hendak disampaikan dan akan mengalami suatu pelajaran yang bermakna.CONTOH TEKNIK PEMBELAJARAN BERDASARKAN SITUASI:

BERCERITA PERBINCANGAN SIMULASI, LAKONAN

Page 30: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Kaitkan Dengan Pengalaman

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar.

Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi.

Perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya jelas dan padat.

Page 31: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Mengadakan PenilaianPenilaian dilakukan untuk meninjau keberkesanan pengajaran dan pencapaian objektif pembelajaran. Menentukan sejauh mana pelajar

Memperoleh dan

menguasai pengetahuan

Kemahiran yang disampaikan

Perkara-perkara yang diambil kira

dalam penilaian

Menguji perkara-perkara yang telah disampaikan

Mengukur keseluruhan pembelajaran

Mempelbagaikan bentuk penilaian

Page 32: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Nilai Moral

Ini bermaksud guru bertanggung jawab bagi melahirkan anak murid yang memiliki sikap kenegaraan serta sikap patriotisme. Ini boleh diterapkan dalam pelajaran moral.

Guru harus melahirkan para pelajar seperti:

Bersatu padu, demokratik

Progresif dan berdisiplin yang berseimbang dari segi JERI seperti dalam

FPK.

Page 33: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Bimbingan Dan Kaunseling

Mengawal disiplin pelajar supaya proses pembelajaran berjalan lancar.

Jika, segala nilai-nilai disiplin dan bimbingan ditanam di dalam jiwa pelajar sejak Di sekolah, masalah dapat dikawal.

Disiplin dibentuk berdasarkan kesedaran terhadap keperluan dan tanggungjawab kepada pelajar.

Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan, dan mengawal tingkah laku mereka.

Tanggungjawab utama guru:

Page 34: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Rumusan

Pendidikan merupakan acuan bagi melahirkan masyarakat yang

berjaya membentuk dan membina negara serta mampu

memajukan dan meletakkan negara ke tahap yang paling baik.

Hanya pendidikan mampu mengubah sikap masyarakat. Falsafah

Pendidikan sebenarnya ialah resipi yang digunakan untuk

membentuk masyarakat di sesebuah negara. Resipi pendidikan ini

haruslah sesuai dengan keadaan sesebuah negara. Masyarakat dan

ekonomi merupakan impak yang besar bagi melahirkan resipi ini.

Page 35: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

Rujukan Buku• (2012). In L. K. Noriati A.Rashid, Falsafah Pendidikan di Malaysia (p. 206).

Kuala Lumpur: OXFORD FAJAR.

• (2008). In C. L. Phd, Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk program ijazah sarjana muda perguruan (p. 228). Shah Alam: U.G Press Sdn Bhd.

• (2008). In B. P. Ying, pedagogi 1 ( semester 2) (p. 152). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Internet• http://zackzahran.blogspot.com/2010/03/1.html• http://limineddie.blogspot.com/2013/03/bagaimana-guru-dapat-

menjayakan.html• http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/peranan-sekolah-

dalam-merealisasikan.html• http://oh-cikgu.blogspot.com/2009/04/peranan-sekolah-dalam-m

erealisasikan.html

Page 36: Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut

TERIMA KASIH