falsafah pendidikan kebangsaan di sk kg jawa

17
8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 1/17 1 ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009 Pengaplikasian Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, Segamat Oleh: Ziham Zawawi Bin mazlan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada sistem pendidikan di Malaysia sejak 1988. Untuk maklumat , FPK telah distruktur berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan ya ng menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Choong, 2008). Pada 23 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009 yang lalu, penulis berkesempatan untuk mengalami pengalaman menyertai program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau juga dikenali sebagai School Based Experience (SBE) yang dianjurkan oleh Bahagian Pengambilan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Melalui kesempatan ini penulis telah mengkaji tentang perancangan dan pelaksanaan FPK disebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa yang terletak di Segamat, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah gred A dan mempunyai dua sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang 1 . Sekolah yang terletak tiga kilometer dari Pejabat Pelajaran Daerah Segamat merupakan sebuah sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa untuk menghanta r anak-anak mereka berikutan prestasi akademik dan kokurikulum yang memberangsangkan saban tahun 2 . Berdasarkan pemerhatian penulis, kajian tentang pelaksanaan FPK di sekolah tersebut boleh dibahagikan kepada empat sektor iaitu kelompok pengurusan dan organisasi sekolah, kelompok prasarana sekolah, kelompok kurikulum dan kelompok program dan aktiviti. Kelompok aspek yang pertama iaitu penguru san dan organisasi sekolah di SK Kg. Jawa sememangnya berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Frasa ³... rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat ´ yang terdapat dalam FPK jelas ditonjolkan melalui kepimpinan organisasi dan pengurusan sekolah. Sistem pengurusan SK Kg. Jawa yang diterajui guru besarnya, En. Md Salehan Bin Jaafar 1 Rujuk Lampiran 1.1 2 Rujuk Lampiran 1.2

Upload: ziham-zawawi

Post on 30-May-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 1/17

1

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

Pengaplikasian Amalan Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) di Sekolah Kebangsaan

Kampong Jawa, Segamat

Oleh: Ziham Zawawi Bin mazlan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada sistem

pendidikan di Malaysia sejak 1988. Untuk maklumat , FPK telah distruktur

berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan ya ng

menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan

(Choong, 2008). Pada 23 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009 yang lalu, penulis

berkesempatan untuk mengalami pengalaman menyertai program Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) atau juga dikenali sebagai School Based Experience(SBE) yang dianjurkan oleh Bahagian Pengambilan Guru (BPG), Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM). Melalui kesempatan ini penulis telah mengkaji tentang

perancangan dan pelaksanaan FPK disebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan

Kampong Jawa yang terletak di Segamat, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah

gred A dan mempunyai dua sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang 1. Sekolah

yang terletak tiga kilometer dari Pejabat Pelajaran Daerah Segamat merupakan

sebuah sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa untuk menghanta r anak-anak mereka

berikutan prestasi akademik dan kokurikulum yang memberangsangkan sabantahun 2.

Berdasarkan pemerhatian penulis, kajian tentang pelaksanaan FPK di

sekolah tersebut boleh dibahagikan kepada empat sektor iaitu kelompok pengurusan

dan organisasi sekolah, kelompok prasarana sekolah, kelompok kurikulum dan

kelompok program dan aktiviti. Kelompok aspek yang pertama iaitu penguru san dan

organisasi sekolah di SK Kg. Jawa sememangnya berlandaskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Frasa ³... rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat ´ yang terdapat dalam FPK

jelas ditonjolkan melalui kepimpinan organisasi dan pengurusan sekolah. Sistem

pengurusan SK Kg. Jawa yang diterajui guru besarnya, En. Md Saleha n Bin Jaafar

1 Rujuk Lampiran 1.12 Rujuk Lampiran 1.2

Page 2: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 2/17

2

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

dengan jelas telah melaksanakan dasar -dasar yang telah dibuat oleh kerajaan.

Sebagai contoh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI), Program 3K (Kerjasama KPM, Kumpulan Utusan dan Tetra Pak

Malaysia) 3, Program Sekolah Selamat 4, Rancangan Makanan Tambahan, Program

Susu Sekolah dan penggunaan bahasa Melayu dalam urus an rasmi sekolah (sepertitermaktub dalam Perlembagaan Malaysia). Teraju organisasi sekolah yang

dianggotai kepimpinan yang berlainan bangsa dan jantina juga jelas menunjukkan

proses pemupukan perpaduan rakyat mela lui guru sebagai role-model dan

persamaan taraf antara lelaki dan wanita 5. Selain itu, jumlah guru dan kakitangan

seramai 60 orang 6 banyak membantu guru besar dalam menguruskan murid seramai

860 orang 7.

Prasarana sekolah sememangnya menjadi agenda utama bagi setiap

kelompok kepimpinan yang menguruskan sesebuah sekolah. Prasarana yang baik

dan sempurna 8 akan membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

melalui frasa ³ P endidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani ...´ dan frasa ³...usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat, dan negara ´. Prasarana yang baik

dan sempurna amat penting agar pr oses P&P murid-murid tidak akan terganggu

sebaliknya mampu membantu murid untuk memperkembangkan lagi diri mereka

terutama dari aspek intelek.

Prasarana yang terdapat di SK Kampong Jawa sememangnya lengkap

dan amat bersesuaian untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan

berkualiti. Sebuah bangunan khas untuk dua buah Makmal Komputer 9 yang lengkap

dengan komputer dan wayerles mampu menjana penggunaan teknologi maklumat

3 Rujuk Dokumen B4 Rujuk Dokumen C5 Rujuk Lampiran 1.3.1 dan Lampiran 1.3.26 Rujuk Lampiran 3.1.2, 3.1.3, 3.1.4, 3.1.5dan 3.1.67 Rujuk Lampiran 3.2.1, 3.2.2, 3.2.3 dan 3.2.48 Rujuk Lampiran 1.29 Gambar 2.10

Page 3: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 3/17

3

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

dan ICT dalam proses pembelajaran. Hal ini sememangnya benar, apabila penulis

sendiri melihat murid-murid menggunakan waktu rehat mereka untuk membuat

soalan latihan yang terdapat di internet. Murid -murid itu sendiri sudah mengetahui

laman web mana yang harus dibuka atas tunjuk ajar guru -guru mereka. Selain

Makmal Komputer, Makmal Sains yang dilengkapi dengan peralatan -peralatan sainsserta mural-mural seperti gambar plane-planet yang terdapat di Galaksi Bima Sakti

dan sebagainya membantu menarik minat murid -murid untuk mempelajari subjek

sains.

Pusat sumber yang dilengkapi buku-buku rujukan UPSR, buku-buku

fiksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sememangnya mampu untuk

menggalakkan murid untuk menanam minat untuk membaca. Namun, sewaktu

penulis tiba untuk melawat perpustakaan, keadaan di situ agak bersepah kerana

kerja-kerja pengubahsuian telah dilakukan beberapa hari sebelum penulis tiba.

Selain perpustakaan, antara tempat lain yang mampu untuk menambahkan ilmu

pengetahuan murid-murid di SK Kg. Jawa ialah seperti Sudut Bacaan yang terdapat

di setiap kelas, sebuah waqaf sumbangan PIBG SK Kg. Jawa yang dinamakan

Waqaf Ilmu yang mana mengandungi Sudut J-Qaf dan Sudut Bacaan, kantin yang

ditepekkan nota-nota di atas mejanya 10 dan sebuah sudut sains yang terletak di

hadapan Makmal Sains yang mampu menarik minat murid untuk mempelajari s ubjek

Sains.

Sekolah ini bukan sahaja mengutamakan bidang akademik malah juga

menumpukan pada aspek kokurikulum dalam usaha untuk membangunkan aspek

jasmani murid-murid. Oleh hal itu, prasarana berkaitan aktiviti kokurikulum yang

lengkap sememangnya telah disediakan di SK Kg Jawa, antaranya ialah sebuah

padang pelbagai guna (juga padang bola sepak), sebuah gelanggang badminton

terbuka, sebuah gelanggang bola tampar dan sebuah gelanggang bola jaring. Selain

prasarana-prasarana di atas, murid-murid yang masih kecil seperti pra-sekolah dan

tahap 1telah disediakan pihak sekolah dengan dua buah kawasan permainan yang

dilengkapi dengan jongkang-jongkit, buaian, gelongsor dan sebagainya.

10 Gambar 2.1

Page 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 4/17

4

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

Selain kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk pembelajaran murid

dan aktiviti kokurikulum, pihak sekolah juga amat menitik beratkan tentang aspek-

aspek kecerian dan keselamatan. Hal ini terbukti apabila sekolah ini telah menyertai

Program Keindahan Keceriaan dan Alam Sekitar Sekolah (Program 3K) 11 . Program

ini merupakan projek usahasama antara pihak sekolah di bawah KementerianPelajaran Malaysia, Kumpulan Utusan dan Tetra Pak Malaysia. Visi utama projek ini

adalah untuk melahirkan generasi berkeperibadian yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek menjelang 2020. Untuk itu, pihak sekolah telah

berusaha untuk meningkatkan tahap keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah

dengan melaksanakan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah program melukis mural yang

dijayakan oleh guru dan murid-murid, kata-kata hikmah yang ditampal di dinding-

dinding dan di gantung di susur gajah, penanaman pokok -pokok bunga renek oleh

kontraktor yang telah dipilih dan µ maintenance ¶ kebersihan kawasan sekolah denganpelantikkan kontraktor yang membawa masuk pekerja yang akan memastikan

kebersihan kawasan sekolah.

Dari aspek keselamatan, pihak sekolah telah melantik dua orang pengawal

keselamatan yang akan bertugas secara bergilir-gilir di sebuah pos pengawal yang

telah dibina di hadapan kantin. Pengawal keselamatan ini bukan sahaja memastikan

keselamatan kawasan sekolah malah memastikan keselamatan murid-murid ketika

pada awal pagi murid-murid berpusu-pusu ke sekolah dan ketika murid-murid pulangdari sekolah. Pengawal keselamatan itu juga ditugaskan untuk membantu murid-

murid melintas jalan dengan mengawal aliran trafik di hadapan kawasan sekolah.

Aspek keselamatan daripada bencana kebakaran juga dititikberatkan oleh pihak

sekolah. Hal ini dibuktikan apabila setiap aras blok dan bilik -bilik khas diletakkan alat

pemadam api manakala pelan kebakaran bagi ³ fire drill ́ diletakkan disemua kelas

dan tempat-tempat strategik 12 . Untuk kemasukan pelawat, mereka dikehendaki

berjumpa dengan Guru Besar dahulu untuk berurusan dengan para guru atau mu rid-

murid.

Bilik darjah merupakan kemudahan infrastruktur yang paling penting bagi

sesebuah sekolah. Disebabkan jumlah murid yang ramai di SK Kg. Jawa iaitu

11 Rujuk Dokumen B12 Rujuk Lampiran 2.1

Page 5: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 5/17

5

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

seramai 852 orang murid dan kelas yang tidak mencukupi, sesi akademik diadakan

pada dua sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang. Murid yang menghadiri sidang

pagi adalah murid-murid pra-sekolah, darjah 1, 4, 5 dan 6 manakala sidang petang

pula dihadiri oleh murid -murid darjah 2 dan 3. Namun hal ini tidak menghalang murid -

murid untuk belajar dan mengikuti proses P&P. Hal ini diyakinkan dengan setiapsudut di dalam bilik darjah terutama di papan kenyataan di setiap kelas dipenuhi

dengan nota-nota, cerita-cerita pendek, gambar-gambar menarik, jadual waktu,

jadual bertugas, Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta pelbagai lagi

maklumat yang mampu menjana pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.

Aspek ketiga yang ingin penulis gunakan untuk menghurai tentang amalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di SK Kg. Jawa adalah dari aspek

kurikulum. Menurut Kerr (dalam kelly, 1993;199) kurikulum merupakan semua

pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan dan dilaksanakan sama ada

kelompok atau individu, di dalam atau di luar bilik darjah. John Dewey (1916) pula

menggariskan kurikulum dalam bukunya bertajuk D emocracy and Education sebagai

berperanan memperjuangkan pembentukan semula masyarakat.

Oleh hal yang demikian, untuk tujuan pembentukan semula masyarakat

Malaysia ³...yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyar akat dan

negara´ seperti yang tertulis dalam FPK, kurikulum yang mempunyai sukatan

pelajaran yang bersesuaian dengan budaya, agama dan adat resam tempatan yang

dikeluarkan oleh Pusat Pengembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah diguna pakai oleh warga pendidik di SK Kg Jawa dalam

melaksanakan P&P. Kesemua subjek yang diajar di SK Kg Jawa mempunyai

sukatan yang bertujuan untuk membangunkan modal insan yang terdapat di

kawasan sekitar SK Kg Jawa.

Buku rekod pengajaran guru merupakan antara medium yang digunakan

oleh guru besar dalam usaha memantau dan memastikan agar setiap apa yang

diajar oleh para guru adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah diberikan ole h

PPK, KPM. Selain sumber pengajaran yang didasarkan pada sukatan pelajaran yang

Page 6: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 6/17

6

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

dikeluarkan oleh PPK, KPM, pihak sekolah juga menggalakkan agar para guru

menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar ketika proses P&P

agar pembelajaran menjadi menarik dan murid akan menjadi minat untuk belajar.

Antara alat bantu mengajar yang disediakan pihak sekolah untuk digunakan oleh

warga pendidik untuk menjalankan proses P&P adalah seperti LCD Projektor, laptop(untuk guru-guru Sains, Matematik, bahasa Ing geris dan pemulihan), glob, radio,

televisyen dan pelbagai lagi alat bantu mengajar dan bahan bantu mengajar yang

telah disediakan oleh pihak sekolah melalui peruntukan -peruntukan yang telah

disediakan oleh pihak kerajaan. Dari aspek murid pula, mereka dib erikan bahan

bantu belajar dan alat bantu belajar yang bersesuaian. Sebagai contoh, untuk tahun

2008 yang lepas pihak PIBG telah membelanjakan sebanyak RM24,496.02 untuk

buku tulis, buku kerja dan lembaran kerja murid 13 .

Kokurikulum merupakan antara agenda utama di SK Kg Jawa. Melalui

penubuhan pelbagai jenis persatuan, kelab -kelab permainan dan unit-unit

beruniform, murid-murid diberi ruang dan peluang untuk menonjolkan bakat dan

mengasah bakat tersebut ke peringkat yang paling tinggi. Antara unit -unit beruniform

yang terdapat di SK Kampong Jawa ialah Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah

(TKRS), Puteri Islam, Tunas Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Terdapat juga persatuan-persatuan akademik seperti Persatuan Sains dan

Matematik, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris dan persatuanatau kelab bukan akademik seperti Kelab Badminton, Kelab Bola Sepak, Kelab Hoki,

Kelab Tenpin Boling dan sebagainya yang menjadi pilihan murid -murid untuk

mengasah minat dan bakat mereka.

Program Pemulihan yang telah lama wujud di SK Kg Jawa merupakan satu

langkah atau agenda yang diguna pihak sekolah untuk mengatasi masalah keciciran

penguasaan 3M dan pelbagai lagi masalah pembelajaran dalam kalangan murid -

murid SK Kg. Jawa. En Azmi Bin Othman telah dipertanggungjawabkan untuk

mengelolakan dan menguruskan Kelas Pemulihan dengan menjalankan aktiviti di

sebuah bilik darjah khas untuk murid -murid pemulihan khas. Aspek disiplin juga amat

dititikberatkan di sekolah ini. Di bawah kepimpinan En. Teh Cheng Chuan, beberapa

13 Dokumen A Muka Surat 14

Page 7: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 7/17

7

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

jawatankuasa telah dibentuk untuk memastikan disiplin murid adalah dalam keadaan

yang baik dari segala sudut dan aspek 14 .

Aspek keempat yang ingin penulis gunakan untuk menghurai tentang

amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di SK Kg. Jawa adalah dari aspek

pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Lapangan kurikulum yang diketui oleh Guru

Penolong Kanan 1 SK Kg Jawa, En Mohd Khamis Bi n Mohd Yasin dan bidang

kokurikulum yang diketuai oleh Guru Kanan Kokurikulum, Puan Sharinah Binti

Ismail@Sharif sememangnya merupakan dua jenis bidang yang sangat

dititikberatkan oleh pihak pengurusan sekolah dari semua aspek. Hal ini juga

disokong oleh pihak PIBG SK Kg Jawa yang memberikan 100% sokongan kepada

pihak sekolah untuk membangunkan potensi diri murid -murid dari aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelek melalui sumbangan-sumbangan dari segi pelbagai bentuk

yang telah diberikan 15 .

Pelbagai program dan aktiviti kurikulum 16 telah dirangka, disusun dan

diadakan semata-mata untuk meningkatkan dan memperkembangkan lagi aspek

intelek murid-murid. Selain itu, sebuah jawatankuasa khusus telah dibentuk saban

tahun untuk menjaga aspek kurikulum di SK Kg Jawa 17 . Sebagai contoh, pihak SK

Kg Jawa telah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti Program Kecemerlangan UPSR

(Julang ± Cahaya Enam 2009) khusus untuk memantapkan murid-murid yang bakal

menduduki peperiksaan UPSR, Program 10 Minit Bersama Buku 18 , Anugerah

Banyak Membaca, kuiz-kuiz berkala yang diadakan mengikut tema, Program NILAM,

Minggu Membaca, Kursus Motivasi Pelajar UPSR, kelas tambahan malam untuk

murid tahun 6 19 , Program Zoom A (Projek Komputer dalam Pendidikan) dan pelbagai

aktiviti lain yang bertujuan untuk meningkatkan dan memperkembangkan lagi aspek

intelek murid-murid di SK Kg. Jawa.

14 Rujuk Lampiran 1.6.1, 1.6.21.6.3 dan 1.6.415 Rujuk Dokumen A Muka Surat 1516 Rujuk Dokumen E17 Rujuk Lampiran 1.5.1, 1.5.2 dan 1.5.318 Rujuk Lampiran 4.119 Rujuk Lampiran 1.5.4 dan 1.5.5

Page 8: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 8/17

8

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

Di bawah kepimpinan Puan Sharinah Binti Ismail@Sharif yang merupakan

GPK Kokurikulum SK Kg Jawa 20 , pelbagai program dan aktiviti kokurikulum 21 telah

dirangka, disusun dan dilaksanakan bagi meningkatkan dan memperkembangkan

aspek jasmani murid-murid di SK Kg. Jawa. Hal ini amat penting kerana otak yang

cerdas adalah kerana badan yang cergas. Mendukung FPK yang menjadi tulangbelakang sistem pendidikan di Malaysia, sebuah jawat an kuasa induk yang

mengawal, merancang dan melaksanakan aktiviti -aktiviti kokurikulum telah

diwujudkan saban tahun. Antara aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak

sekolah ialah Program Sukan Tahunan Sekolah, Perkhemahan Unit -unit Beruniform,

Hari Kokurikulum, Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun dan

pelbagai lagi aktiviti kokurikulum yang mampu untuk meningkatkan aspek jasmani

murid-murid.

Bagi aspek rohani pula, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG, Masjid An -

Nur, Kg. Jawa dan beberapa organisasi lain telah bahu -membahu untuk

membangunkan dan mengisi aspek kerohanian murid -murid di SK Kg Jawa. Antara

aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan 22 ialah Majlis Sembahyang Hajat yang

diadakan setiap tahun di Masjid An-Nur, Kg Jawa, Kursus Keibubapaan Pelajar

Murid Tahun 6, Majlis Membudayakan Al-Quran yang diadakan setiap pagi Jumaat

untuk murid-murid darjah 1 hingga 5, Majlis Bacaan Yasin untuk murid darjah 6 pada

setiap pagi Jumaat dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang bertujuan untuk mengisiaspek rohani murid-murid di SK Kg. Jawa.

Selain pihak sekolah, pihak PIBG juga merupakan antara organisasi yang

sangat bekerjasama secara kolaboratif dan bekerja keras dalam memastikan amalan

FPK dijadikan panduan dan acuan dalam membentuk generas i baharu yang

fizikalnya sangat kental dan kuat dalam menghadapi cabaran dan dalamannya

sangat subur dengan nilai-nilai murni agama, budaya dan adat resam warisan

bangsa. Tamsilannya, sudah terang lagikan bersuluh bahawa SK Kampong Jawa

merupakan sebuah institusi pendidikan rendah yang mendukung Falsafah

Pendidikan Kebangsaan demi merealisasikan impian dan hasrat negara bangsa

20 Rujuk Lampiran 1.7.1, 1.7.2, 1.7.3, 1.7.4, 1.7.5, dan 1.7.621 Rujuk Dokumen E22 Rujuk Dokumen E

Page 9: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 9/17

9

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

Malaysia. Hal ini terbukti melalui 10 misi sekolah ini yang mana antaranya adalah

untuk meningkatkan usaha membangunkan modal insan 23 .

23 Rujuk Lampiran 4.2

Page 10: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 10/17

10

ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN | 2009

Refleksi

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan bahawa setiap manusia akanmelakukan kesilapan. Itu merupakan fakta dan bukan hipotesis yang nyata. Oleh halyang demikian, manusia seharusnya memperbaiki diri mereka saban hari. Untuk

tujuan itu, pelbagai langkah dan u saha perlu dilakukan untuk memperbaiki diri. Antara cara yang paling mujarab dan paling kerap digunakan oleh manusia untukmemperbaiki diri adalah dengan muhasabah diri atau refleksi diri.

Untuk ruangan ini, saya akan mencoretkankan refleksi saya sepanjan gmenyiapkan tugasan ini. Melakukan ³field work´ bukan merupakan satu tugas yangmudah berbanding hanya duduk di pejabat atau meja belajar dan menyiapkantugasan atau kerja. ³Field work´ akan membuat kita (guru) lebih dekat dengan klienkita atau pada saya bakal klien. Perbezaan individu di dalam kelas meneybabkansesetengah guru menghadapai stress sekaligus memberi impak kepada kualiti kerjamereka.

Melalui program PBS/SBE ini saya telah mengaut seberapa banyakpengalaman dan pengajaran yang berguna untuk saya praktikkan di masa-masaakan datang (bila saya sudah menjadi guru nanti). Selain itu, pergaulan dengan guruyang dahulunya menjadi cikgu saya merupakan satu kejutan budaya bagi saya. Halini sangat normal, oleh hal itu saya perlu menyesuaikan diri ag ar perjalanan programPBS/SBE ini tidak terganggu.

Di samping itu, berkat bantuan rakan -rakan seramai empat orang yangmenyertai saya membuat program PBS/SBE di sini telah banyak membantu sayauntuk mengumpul data-data dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan

tugasan-tugasan yang telah diberikan. Selain itu, walaupun kami berlima dari institutperguruan yang berbeza, namun semangat kerjasama jelas ditunjukkan oleh merekasaya dan saya sangat gembira dengan hal ini.

Sekian sahaja refleksi saya pada kali ini, adalah diharapkan agar sayadiberi peluang untuk menyertai aktiviti seperti ini lagi kerana aktiviti ini merupakansatu program yang sangat bagus dan sesuai dalam usaha membentuk jati diripendidik dalam diri setiap pelatih guru di IPGM-IPGM di seluruh Malaysia. Sekian,wasalam.

Yang benar,

(ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN)

Page 11: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 11/17

11

Z

¡

¢

£

Z¢ ¤ ¢ ¤

B

¥

MA Z¦

AN | 2009

Gambar-gambar

1. Pengurusan dan organisasi sekolah.

Gambar 1.1 Guru Besar SK Kg. Jawa, En. Md Salehan Bin Jaafar sedangmengadakan sesi temu bual bersama penulis (duduk dua darikanan) dan rakan-rakan penulis.

Gambar 1.2 Rakan penulis bersama Guru Penolong Kanan 1 SK Kg Jawa,En. Mohd Khamis Bin Mohd Yasin di pejabatnya.

Page 12: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 12/17

12

Z§ ¨

AM ZAWAWI BIN MA Z©

AN | 2009

Gambar 1.3 En. Teh Cheng Chuan, Gambar 1.4 En. Tugiran BinGuru Penolong Kanan Sopnan, YDP PIBGSK Kg. Jawa bersama memberikan ucapanrakan penulis di ketika Mesy uaratpejabatnya. Agung PIBG SK Kg.

ke-33 26 Mac 2009yang lepas.

Gambar 1.5 Sesi diskusibersama En

Najib BinSapari, GuruKanan SainsSK Kg. Jawa diMakmalKomputer.

Gambar 1.6 Pn Azlinaton Bte Yaacob,Pembantu Tadbir N 17 SK

Kg Jawa. Beliaubertanggungjawabmenguruskan hal-halberkaitan pengurusansekolah. Beliau jugadibantu oleh beberapaorang lagi kakitangan .

Page 13: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 13/17

13

ZIHAM ZAWAWI BIN MA Z

AN | 2009

2. Prasarana sekolah.

Gambar 2.1 Murid-murid yang Gambar 2.2 Kantin yang bersihsedang makan pada akan menjaminwaktu rehat juga boleh keselamatan makananmengulang kaji pelajaran ya ng menyihatkan.

dengan nota-nota yangdiletakkan pada mejamakan murid-murid.

Gambar 2.3 Bilik Guru yang kemas, Gambar 2.4 Kemudahan meletakteratur dan bersih akan basikal yang disediakanmenjadi contoh kepada oleh pihak sekolahmurid-murid. membantu mengelak

jenayah kecurian.

Gambar 2.5 Blok dua tingkat ini dibinakhusus untuk menempatkan duabuah Makmal Komputer untukkegunaan murid-murid dan paraguru. Makmal Komputer ini jugadilengkapkan dengan kemudahanwayerles yang mampu member kemudahan talian internet kepadapenduduk kawasan sekitar.

Page 14: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 14/17

14

ZIHAM ZAWAWI BIN MA Z

AN | 2009

Gambar 2.6 Bilik Pemulihan Khas Gambar 2.7 Surau yang digunakantempat di mana klien untuk aktiviti kerohanian.-klien En. Azmi BinOthman menjalaniproses P&P.

Gambar 2.8 Bengkel Kemahiran hidup Gambar 2.9 Bilik Operasi SPBTyang mana digunakan tempat di manauntuk meningkatkan murid-muridkemahiran vokasional mendapatkan pinjamanmurid-murid. buku teks.

Gambar 2.10 Makmal Komputer yang Gambar 2.11 Unit Bimbingan danlengkap dengan kaunseling di bawahkemudahan terkini seliaan Pn Salmahseperti Skrin LCD dan Bt Sabdin dan En Mohdliputan wayerles. Fadzil B. Satar.

Page 15: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 15/17

15

ZIHAM ZAWAWI BIN MA Z

AN | 2009

3. Kurikulum

Gambar 3.1 Papan kenyataan yang ditampal dengan nota -nota danbahan-bahan ilmiah.

Gambar 3.2 Mural di sebelah Bilik Gerakan ini memaparkan tentangprinsip Rukun Negara yang menjadi asas kepada FalsafahPendidikan Kebangsaan dan logo Kempen CintailahBahasa Kita.

Page 16: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 16/17

16

ZIHAM ZAWAWI BIN MA Z

AN | 2009

4. Program dan aktiviti

Gambar 4.1 Syarikat Milo Nestle telah menaja minuman yangberkhasiat untuk murid-murid di SK Kg Jawa.

Gambar 4.2 Pasukan bola sepak bawah 12 tahun SK Kg Jawasedang menjalani latihan intensif untuk pertandinganperingkat zon. Manakala di sebelah sana, pemilihanuntuk pasukan bola tampar sekolah sedangdijalankan.

Gambar 4.3 Ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat Agung PIBGkali ke-33 di Dewan SK Kg Jawa pada 26 Mac 2009yang lalu.

Page 17: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

8/9/2019 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di SK Kg Jawa

http://slidepdf.com/reader/full/falsafah-pendidikan-kebangsaan-di-sk-kg-jawa 17/17

17

ZIHAM ZAWAWI BIN MA Z

AN | 2009

Gambar 4.5 Di sampingkemudahan alatpemadam api yangdisediakan, aktiviti latihakebakaran atau ³firedrill´ seringkalidiadakan dengankerjasama pihak bomba.

Gambar 4.4 Tuan Haji RahmatBin baba, PengurusTabung Haji cawanganSegamat memberikanucapan perasmiansewaktu MesyuaratAgung PIBG yang lalu.

Gambar 4.6 Murid-murid di SK Kg Jawadiwajibkan memberus gigi 5minit sebelum tamat wakturehat mengikut darjahmasing-masing.

Gambar 4.7 Murid-murid pra-sekolahtersenyum riang tatkala

terpandang lensa kamera.