37617414 kertas kerja bengkel asas kepemimpinan dan asas tadbir organisasi bakat

Upload: sarimahpemadi

Post on 05-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA KEPIMPINAN

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGAN

BENGKEL ASAS KEPEMIMPINANDAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010(BAKAT 2010)

13 sehingga 14 Mac 2010Sekolah Menengah (P) Jalan Air Panas

DISEDIAKAN OLEH:IQ CLASS MANAGEMENTNo 17-B Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort,47000, Saujana Utama, Sungai Buloh SelangorNo. Tel: 03-6038 8101 / No. Faks: 03-6038 8102Blog: http://iqclassmanagement.blogspot.comEmel: [email protected]

PENGENALANOrganisasi merupakan sebuah pergerakan yang disertai oleh sekumpulan manusia. Mereka melakukan sesuatu tugasan atau tanggungjawab berdasarkan objektif yang ditetapkan. Kebiasaannya organisasi akan diwakili oleh pemimpin dan pasti setiap pemimpin akan ada pengikutnya. Organisasi amat perlu dalam kehidupan kita seharian. Ini disebabkan oleh cara hidup manusia yang mementingkan kehidupan sosial. Bermula dari organisasi kekeluargaan sehinggalah kepada persyarikatan atau perjabatan yang diwujudkan oleh kerajaan atau swasta.

Namun seringkali bermain diminda kita, bagaimana organisasi ini mampu berkesan. Berkesan kepada persekitaran atau masyarakat setempat. Kadangkala juga kita dengar, bagaimana organisasi ini gagal berfungsi dengan baik yang akhirnya berpecah atau bercerai bagi sesebuah keluarga. Ada juga yang dapat kita dengari atau lihat keberjayaan sesebuah organisasi yang akhirnya memberikan manfaat kepada persekitarannya. Si ketua berperanan dengan baik sehinggakan para pengikutnya bekerja keras dan menyumbang sebaik mungkin untuk organisasi mereka. Akhirnya kesungguhan sumbangan itu bukan sahaja dapat dirasakan oleh organisasi tersebut bahkan masyarakat yang dapat kita lihat dan fahami seperti tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh sesetengah pihak swasta atau pergerakan organisasi bukan kerajaan yang terus menyalurkan pelbagai manfaat yang dapat dikongsikan semua rakyat di negara ini.

Maka, Bengkel Asas Kepemimpinan dan Asas Tadbir Organisasi 2010 atau lebih dikenali sebagai BAKAT 2010 telah kami bina bagi merungkai rahsia keberjayaan pengurusan sesuatu organisasi yang berkesan. Bengkel yang dibentukkan modulnya selama 2 hari 1 malam akan mengetengahkan kemahiran asas khususnya buat pelajar-pelajar sekolah menengah, bagaimana daya kepemimpinan mereka yang baik dan hebat akan mampu mendorong organisasi ke arah lebih cemerlang. Tidak setakat itu sahaja, mereka juga perlu melengkapkan diri mereka dengan beberapa kemahiran penting yang juga dimuatkan di dalam modul BAKAT 2010.

MATLAMAT AKHIR PROGRAMPeserta akan dapat memperbaiki penampilan diri sebagai pemimpin serta dapat memimpin rakan-rakan organisasi dengan berkesan.

OBJEKTIF PROGRAMSelepas menyertai program ini, pelajar akan dapat;Membentuk penampilan pemimpin yang berkaliber;

Memperbaiki komunikasi dalam organisasi;

Menambah kemahiran bermesyuarat serta;

Mempelajari teknik berkesan mengetuai organisasi.

JANGKAMASA DAN TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAMJangkamasa perlaksanaan adalah selama 2 hari 1 malam. Bermula 3.00 petang hari pertama (13 Mac 2010) sehingga jam 4.00 petang hari kedua (14 Mac 2010).

TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAMTertakluk kepada persetujuan dan perbincangan.

SASARAN PESERTA PROGRAMMaksimum 80 orang peserta dari kalangan kepimpinan pelajar. Tertakluk kepada syarat yang ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.

PIHAK PENGANJUR PROGRAMUnit DisplinSekolah Menengah Kebangsaan (P) Jalan Air Panas

KOS PENGANJURAN PROGRAMRM 2,000.00 untuk bilangan pelajar maksimum seramai 80 orang sahaja. Untuk setiap pelajar yang lebih, bayaran dikenakan untuk setiap orang pelajar sebanyak RM20.00 sahaja. Bilangan pelajar hendaklah ditentukan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum dari tarikh program berlangsung.

Kami akan sediakan bahan untuk peserta iaitu;Buku Nota Peserta,

Alatulis seperti pen dan kertas A4;

Fail peserta; serta

Sijil Penyertaan.

KOS SEWAAN TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAMSila rujuk kepada lampiran di mukasurat 3.

JADUAL PERJALANAN PROGRAMSila rujuk kepada lampiran di mukasurat 3.

PELAN PEMBELAJARAN PROGRAMSila rujuk kepada lampiran di mukasurat 4.

PENUTUPPerlaksanaan BAKAT 2010 ini akan meninggalkan pengharapan besar pihak sekolah kepada generasi kepimpinan baru sekolah agar dapat melaksanakan tugasan serta amanah yang diberikan dengan berkesan dan sistematik. Melalui kursus yang ringkas dan padat, pastinya, hasil tidaklah mampu memberikan kesan yang besar kepada pelajar. Segala usaha yang dibuat, anggaplah ia sebagai sentuhan pertama yang memerlukan tugasan lanjutan buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Harapan kami, dengan hadirnya BAKAT 2010, akan mampu memberikan pembelajaran serta pengalaman kepada peserta untuk menjadi peribadi yang berkesan di dalam sesebuah organisasi. Moga-moga kita dapat melahirkan generasi yang juga akan berkesan untuk keluarga, masyarakat dan negara mereka.

LAMPIRAN

SENARAI TEMPAT DAN KOS SEWAANBENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010(BAKAT 2010)

BILNAMA TEMPATKOS SEORANG (RM)KOS x 80 ORANG PESERTA (RM)JUMLAH KOS + KOS PERUNDINGAN IQ CLASS MANAGEMENT (RM)

1.De Congkak Forest, Sungai Congkak35.002,800.004,800.00

2.SUKIDA Resort, Semenyih50.004,000.006,000.00

3.Kem El-Azzhar, Morib Banting50.004,000.006,000.00

4.Ulu Kali Training Centre, Batang Kali, Hulu Selangor50.004,000.006,000.00

5.Kem Bumi Jati, Jalan Kebun Shah Alam55.004,400.006,400.00

6.Warisan Sembilang Resort55.004,400.006,400.00

Tertakluk kepada perubahan semasa.

JADUALBENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010(BAKAT 2010)

HARIMASAHARI PERTAMA (8 Mei 2010)HARI KEDUA (9 Mei 2010)

4.30 pagiBangun dan bersiap diri

5.15 pagiQiyamullail dan Diskusi Pagi

6.15 pagiSolat Subuh berjemaah dan Tazkirah Subuh

7.45 pagiPendaftaran dan taklimat awal pesertaSenaman Pagi

8.15 pagiTaklimat KursusSarapan pagi dan bersiap diri

9.00 pagiAktiviti Pemecah BendunganBAKAT 4

10.30 pagiMinum pagi dan Solat Sunat DhuhaMinum pagi dan Solat Sunat Dhuha

11.00 pagiBAKAT 1BAKAT 5

12.45 tengahariMakan tengahari dan solat Zohor berjemaahMakan tengahari dan solat Zohor berjemaah

2.30 petangBAKAT 2Resolusi dan Majlis Perasmian Penutup BAKAT 2010

4.15 petangMinum petang dan Solat Asar berjemaahBersurai

5.15 petangAktiviti Kejelikitan Kumpulan

6.30 petangMakan malam dan bersiap diri

7.30 malamSolat Maghrib berjemaah, Tazkirah Maghrib dan Diskusi Petang

8.45 malamSolat Isyak berjemaah

9.15 malamBAKAT 3

10.45 malamMinum malam dan persiapan diri

11.30 malamTidur

LAMPIRAN

PELAN PEMBELAJARANBENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010(BAKAT 2010)

BilTajuk SlotObjektifModus Operandi

1.Aktiviti Taklimat dan Pemecah BendunganMengetahui peraturan dalam BAKAT 2010;

Mengenali fasilitator;

Memulakan perkenalan awal dengan peserta lain; serta

Membentuk kumpulan sepanjang BAKAT 2010.

Taklimat, permainan bermodul dan LDK

2.BAKAT 1Tajuk: Gaya Kepimpinan1. Memahami apa itu kepimpinan;2. Mempelajari gaya-gaya kepimpinan berkesan serta;3. Membincangkan ciri-ciri pemimpin berkaliber.LDK

3.BAKAT 2Tajuk: Komunikasi Berkesan Di Dalam Organisasi1. Memahami apa yang dikatakan komunikasi;2. Mempelajari tatacara komunikasi di dalam organisasi serta;3. Mengaplikasikan komunikasi yang berkesan di dalam organisasi.Ceramah dan bengkel

4.Aktiviti Kejelikitan Kumpulan1. Membina kesefahaman kumpulan;2. Mempelajari teknik berkesan dalam perhubungan serta;3. Membentuk pemikiran terbuka.Permainan bermodul

5.Tazkirah Maghrib dan Diskusi PetangTajuk: Membina Fokus Yang Betul1. Memahami sebab mengapa mereka berada di BAKAT 2010; serta2. Mengetahui fokus sebagai seorang pemimpin remaja yang berkaliber.Ceramah pendek dan bengkel

6.BAKAT 3Tajuk: Mengurus Mesyuarat1. Memahami apa itu mesyuarat;2. Mengenali bentuk-bentuk mesyuarat serta;3. Mengetahui teknik-teknik mesyuarat berkesan.LDK dan Main Peranan

7.Tazkirah Subuh dan Diskusi PadiTajuk: Pupuk Matlamat Yang Jelas1. Memahami kepentingan matlamat yang jelas; serta2. Membina matlamat dalam kehidupan sebagai pemimpin teladan.Ceramah pendek dan bengkel

8.BAKAT 4Tajuk: Pemimpin dan Pengikut; Siapa KETUA?1. Membezakan diantara pemimpin dan pengurus;2. Membincangkan peranan ketua dan pengikut serta;3. Memahami fungsi daya kepemimpinan di dalam organisasi.Permainan bermodul

8.BAKAT 5Tajuk: Ketua, Pengikut dan Situasi1. Memupuk rasa bertanggungjawab di atas amanah yang diberikan;2. Mengaplikasikan setiap perkara yang telah dipelajari serta;3. Menguruskan sebuah majlis rasmi.Main Peranan