( penglahiran bakat kreatif-puisi )

51
(Penglahiran Bakat Kreatif-Puisi) PM Dr. Hajah Samsina Abd.Rahman

Upload: brody-shields

Post on 02-Jan-2016

152 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

( Penglahiran Bakat Kreatif-Puisi ). PM Dr. Hajah Samsina Abd.Rahman. Gaya Bahasa atau Unsur-unsur bahasa dalam Puisi Melayu. Pengenalan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Slide 1

(Penglahiran Bakat Kreatif-Puisi)PM Dr. Hajah Samsina Abd.Rahman

1Gaya Bahasa atau Unsur-unsur bahasa dalam Puisi MelayuPengenalan

Gaya bahasa bermaksud cara,stail atau gaya seseorang pengarang atau penyair menggunakan bahasa iaitu bagaimana seseorang itu memanipulasi (mendayagunakan) bahasa.2Rahman ShaariGaya bahasa adalah cara bahasa digunakan untuk menimbulkan kesantertentu seperti kesan puitis ataukesan makna.3Dharmawijaya Puisi adalah ekspresi dari pengalaman imaginatif manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata atau bahasa. Melalui daya imaginasi penyair, bahasa menghidupkan pelbagai gerak emosi dan mendukung pelbagai peranan. Tegasnya, bahasa memainkan peranan penting dalam sesebuah puisi. Ini kerana melalui bahasa, penyair dapat meluahkan pengalaman, perasaan dan mesej atau pemikirannya.4Muhammad Hj. Salleh(SN)Puisi adalah suatu bentuk yang kental, berentak, banyak berunsur muzik bahasa.Penggunaan bahasa dalam puisi lebih padat,lebih teliti dan kadang-kadang mendekatilagu. Bahasa dalam puisi berbeza dalam genre prosa atau esei ilmiah.5DiksiDiksi merujuk kepada pemilihan dan susunan perkataan serta ketepatan dan keistimewaan perkataan2 itu apabila di- gunakan. Menurut pendapat S.T Coleridge, Puisi adalah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik(dikaitkan dengan diksi iaitu bagaimana kata-kata dipilih dan disusun untuk menghasilkan gubahan puisi yg indah, menarik dan berkesan.6Diksi dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Indonesia, Jawa, Arab, Jepun Hindustan, Parsi dan loghat atau dialek tertentu seperti kelantan, terengganu, negeri sembilan atau kedah. Contoh-contoh boleh dirujuk dalam puisi-puisi karya A. Aziz Deraman dan J.M Aziz. Misalnya dalam kumpulan puisi Penyu Menangis dan Bahtera Madani serta Gapura Diri.7Contoh diksi daripada puisi A. Aziz Deraman.Puok KitoLagu niilah puok-puok kitoMalae siae lain takdok khiijoMalaee ke balasah: semayaeSiaeee pakak gi ke baghoh:Buak padiHok nyo ado musen belako8Puisi Ike darak Ike lautIke darak kohor sihat Ike laut kohor kurus Ike darak sihat sokmoIke laut sakit sokmo9Dialog Kafir(A. Aziz Deraman) Mu kato kakku kape aku tak samaye ko? aku tak poso ko? aku tak mengucak ko? aku tak berzakak ko? aku toksir gi ke makkah ko?10Faktor-faktor yang dikaitkan denganpenggunaan bahasa asing.a) Kemahiran penyair menguasai pelbagai bahasa.b) Latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga seperti sekolah Arab, sekolah Inggeris, sekolah Cina dan Jepun.c) Tempat di mana puisi itu dihasilkan(negeri).d) Ada signifikantnya dalam konteks maksud (mesej)puisi yg hendak disampaikan.11Simbol(lambang)Penggunaan kata-kata yang melambang kan atau menunjukkan atau menggambarkan sesuatu objek atau hal yg lain dpd makna asalnya. Sesuatu objek atau hal ygdikatakan simbol itu membawa erti lebihdaripada apa yang sebenarnya. Dua jenissimbol ialah konvensional(sejagat) danpersonal(peribadi).

12Contoh-contoh simbol sejagat

Bunga melambangkan gadisKumbang-jejaka/terunaBuaya darat-lelaki jahatPutih-kesucianHitam-kekotoranBiru-kedamaian/ketenanganMerah-keberanian atau darahKeringat-kegigihan dan usaha kuat13Simbol bersifat personalHanya difahami oleh penyair sahaja tetapidapat dikaitkan dengan tema atau kontekspuisi. Baca dan analisis keseluruhan puisiuntuk menanggapi maksud2 simbol peribadiyang digunakan oleh seseorang penyair. Ada kalanya dapat difahami oleh rakan2 ygakrab dengan penyair.14Gaya bahasa perbandinganPersonifikasi(perorangan)DepersonifikasiMetaforaSimilieHiperbolaAlusi15Contoh Personifikasi(Memberikan sifat manusia kpd benda,binatang,tumbuhan, dan idea yang bersifat abstrak)Ada keluh batu-batu- puisi kematian sebuah bukitAda tangis rumput-rumputAda resah pepohonanDisapa tangan waktuMentari marah membakar mayaSang camar tersenyum riangPohon nyior melambai mesra16Depersonifikasi(Memberikan sifat benda kepada manusia)

Aku adalah hutan liar yang terbiarDia adalah batu tak berperikemanusiaanDia adalah garuda buas bermaharajalela

MetaforaDedaun waktuSungai kehidupanPantai zamanPohon sabarAkar syukur17Similie-membandingkan sesuatu, keadaan, suasana, peristiwa ataubenda dengan benda yg lain atauperbandingan dua hal yang hakikatnya berlainan tetapi dianggap sama. Ia boleh dikenal dengan penggunaan kata seperti, bak,umpama, laksana, ibarat.18Contoh-contoh similieBagai airmata sejarahBagai ikan-ikan kecilKau umpama merak kayanganAku laksana gagak di rimbaDirimu bak burung di langit tinggiAku seperti rumput di bumiKemerdekaan juga bagai sungai hayat19Hiperbola-suatu perbandingan secara berlebih-lebihan daripada keadaan biasa.ContohMuara duka tak berteluk tak berpantaiSepi yang menggigit-gigit dan merobek-robek kalbuMatanya yg merah yang marah yg bernyalaYang bersaga dan tak mengenal kemanusiaan20Alusi-gaya perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kpd kata2 masyhur dalam peristiwaSejarah, kitab suci, tokoh-tokoh, tempat2Dongeng atau lagenda.Contoh:Di rongga mulutmuTelah kubenamkan Kejujuran Abu BakarKecekalan Bilal21Gaya bahasa pertentangan(paradoks)Suatu pernyataan yang sekali imbaskelihatan bertentangan atau kedengaran agak aneh bunyinya, namun pada hakikatnya atau realitinyaia menunjukkan suatu kebenaran faktadalam kehidupan seharian manusia.

22Contoh puisiTerasa sunyi dalam keriuhanRupa tiada terasa hadirnyaTangisan dalam kegembiraanAkrab namun terasing Jauh(di mata) tapi dekat di hati

23Inversi(pembalikan)Suatu gaya yang membalikkan kalimat atau frasa atau rangkaikata2 tertentu. Tujuannya untuk menjadikan sesebuah puisi menjadi lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu(puitis dan estetik).24Contoh baris-baris puisi Begitu dingin sekali anginTelah terkabul suatu doa yang mendebarkan telah kembali ke dalam diri seorang diaApi sepi membakar diriBegitu sayu diri dimamah rinduTelah terlakar indah pelangi cinta25Asindeton-pengguguran kata hubung dalam baris atau kalimat dan diganti dengan tanda baca.Bicara bisuMenuju, menikam kalbu, termanguBicara bisuMembuat aku rindu, tersenduMembuat aku piluMembuat aku malukeluMeniti hari berlalu26PolisindetonOnomatopiaHaplologiHybridImej dan ImejanGaya Bahasa Penegasan atau RepetisiNadaKesan penggunaan unsur-unsur bahasadalam puisi Melayu27Contoh polisindetonDoakuyang sepiyang sunyiyang pasrahyang menyerahyang redhahanya pada-Mu ya Rabb28 Unsur OnomatopiaPeniruan bunyi asal sesuatu benda atau binatang. Contoh perkataan berikut:

Cip,cip,cip,cipgak,gak,gak,gakring,ring,ring,ringgggggtik tok,tik tok,tik tok29 Haplologi bermaksud susut bunyi atau kata-kata yang sama atau sama bunyinya disebut sekali sahaja.Contoh rama-rama jadi rerama, batu-batu jadi bebatu, layang-layang jadi lelayang, rumput-rumput jadi rerumput.30Imej(citra)-gambaran atau kesan gambaran yang timbul daripada penggunaan kata-kata. Penggunaan imej adalah untuk membantupembaca menyelami pengalaman yangdiungkapkan oleh penyair.Dua jenis imej iaitu imej terikat dan imejbebas.31Citra terikat bersifat perlambangan(sejagat) yang ditafsirkan secara harafiah(literal) dan tidak memungkinkan pelbagai makna.Imej bebas-berupaya menerbitkan maknayang berbeza-beza menurut tafsiran pembacaatau pengkaji.Contoh puisi lautan di waktu subuh karyaZaihasra. Imej ini bebas sebab memungkinkanKesan perasaan yang pelbagai spt perasaan32Romantis atau kesan bimbang (isteri nelayan)-mengikut gambaran atau tafsiran seseorang tentang laut.Imejan adalah kumpulan imej yang Menggambarkan sesuatu yang ditemui dalam sesebuah puisi. Contoh penggunaan dua imej iaitu pohon-pohon pucat danseekor kucing kurus yang menimbulkan kesan gambaran kemiskinan atau penderitaan hidup.33Gaya Bahasa perulangan(repetisi)Anafora-perulangan kata di awal baris atau kalimat. ContohIkan darat ikan lautIkan darat sedap mulutIkan laut sakit perutPerulangan kata ikan.

34Epifora-perulangan kata di akhir baris atau kalimatContoh:Hidupku bak guaKelam dan gelapTerbiar dan gelapTerasing dan gelapPerulangan kata gelap35Responsie(mesodiplosis)-perulangan kata di tengah baris atau kalimat.Contoh:Serulingku telah patahKecapiku telah putusRebanaku telah tembusPentasku telah robohSuaraku telah bisuPerulangan kata telah36Anadiplosis-perulangan kata di akhir baris pertama menjadi kata pertama dalam baris berikutnya.Contoh:Kota membentuk hatiku jadi batuBatu membeku dan membisuMembisu dan termanguTermangu tanpa tujuTuju nan beribuBeribu dan celaru37Simploke(Gabungan ARE)Masa depanku adalah mentariCerah dan bersinar gemilangCerah dan bersinar gemilangCerah dan bersinar gemilang38Perulangan kataContoh:Di kota penuh kemulian iniYang kucari adalah Allah, Allah, AllahYang kupohon adalah dari Allah, AllahYang kupasrahkan diri hanya untuk-MuAllah, Allah, Allah, Allah, Allah,AllahAllah, Allah, Allah, Allah, Allah, AllahMaha Suci-Mu Ya Allah39Perulangan frasaContoh:Dalam meniti kehidupan iniYang kucari adalah ketenanganYang kucari adalah keredhaanYang kucari adalah kesejahteraanYang kucari adalah keberkatan-MuYang kucari adalah kerahmatan-MuAmin40Perulangan kalimatAku datang menyahut panggilan-MuAku datang menyahut panggilan-MuAku datang menyahut panggilan-MuAku datang menyahut panggilan-Mu41Perulangan angka tertentu sptangka 3, 7 atau seribuMenanti dan mencintaimuTujuh lautan kan kurenangiTujuh gunung kan kudakiTujuh lurah kan kuharungiBersama seribu doaBersama seribu pasrahBersama seribu restu Yang Satu42Perulangan angka tertentu ada kaitannya dengan konotasi(makna agama dan pengaruh jampiMantera dan serapah. Contohnya 7 hari, 7Lapis syurga, 7 lapis neraka, 7 tingkat langit7 lapis bumi, 7 warna pelangi, 7 lautanDan malam seribu bulan(al-Qadr), 7 pohon,7 daun, 7 keturunan, 3 kali baca salawat, 33Kali bertasbih, 33 kali berzikir, 33 kali bertakbir, 99 asmaul husna.43Perulangan bunyi vokal (asonansi) dan bunyi konsonan(aliterasi)Contoh asonansiHari-hari yang berlariPenuh liku dan duriMenusuk rasa dan hati nubariMengguris pohon diriTercalar dan ngeri44Contoh aliterasi(bunyi konsonan)Kerana kau kejamKau buatku karamKau buatku muramKau buatku keringKau buatku mering

45Nada-ia dihubungkan dengan tinggi atau rendahnya tekanan suara. Dalam puisi, nada digunakan apabila membicarakan sikap penyair terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya.Jenis-jenis nada Melankolik Patriotik Romantik Sinis46Nada Melankolik-menggambarkansuasana hati yg murung merayu2. Nada begini sesuai untuk puisi yang mengemukakan isi atau persoalan penderitaan, kehambaan dan kerinduan. Contoh sajak-sajak tahun 1930-an dan 1940-an.47Nada patriotik-menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat. Isi atau persoalanperjuangan, cita-cita tinggi serta penuh keberanian. Contoh seperti puisi ttgperang, berjihad dan cintakan tanah airPuisi-puisi menentang penjajah sepertipuisi-puisi Usman Awang sewaktu inginmenuntut kemerdekaan tanah air.48Nada romantik-menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Ia sesuai untukmengemukakan isi atau persoalanyang berhubung dengan peristiwa indah dan menggembirakan seperti soal cinta dan kasih sayang,harapan dan impian untuk hidup bahagia.49Nada sinis-menggambarkan suasana hati yang kurang senang sesuai untuk mengemukakan persoalan yang tidak digemari atau tidak disukai. Contoh Puisi sindiran atau kritikan sosial kepada individutertentu(ahli politik/pemimpin) atau kepada sesuatu institusi dalam masyarakat.50Kesan penggunaan unsur-unsurbahasa dalam puisi Melayu.1.Mendatangkan kesan atau nilai estetik/puitis/indah.2. Membina kesempurnaan sesebuah puisi dgn penggunaan unsur bahasa yang tepat dan sesuai.3. Memperjelaskan maksud/mesej puisi yg sekaligus memperjelaskan pemikiran penyairnya.

51