contoh penulisan graf 'bakat

24

Click here to load reader

Upload: mohd-al-malizi

Post on 20-Jun-2015

363 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh penulisan graf 'bakat

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Pada keseluruhan pencapaian pelajar tingkatan 5E adalah agak lemah. Ini dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimana 3% pelajar mendapat C, 94% pelajar mendapat D dan 3% pelajar mendapat gred E dalam mata pelajaran sains.

Sikap pelajar yang negatif banyak memberikan kesan buruk terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta menyumbang kemerosotan prestasi mereka. Ketika membincangkan jawapan bagi soalan peperiksaan pertengahan tahun, semasa membincangkan soalan no. 5 (soalan objektif) pengkaji ada menyelitkan kata-kata leteran dan teguran kerana didapati hanya 5 orang sahaja yang lulus dalam peperiksaan itu. Seorang pelajar terus menyampuk “O. K cikgu, kita teruskan soalan no. 6”. Bila mendengar pelajar itu menyampuk, pengkaji merasakan amat geram kerana pelajar itu tidak lansung ingin mendengar leteran dan teguran pengkaji. Pada pandangan pengkaji leteran itu amat bermakna untuk merubah sikap pelajar tetapi leteran itu dianggap hanya membuang masa sahaja. Kadang-kadang pengkaji merasakan agak “boring” mengajar pelajar dalam kelas ini yang kebanyakan daripada mereka mempunyai “ego yang tinggi”. Pengkaji juga memikirkan sekiranya pengkaji berterusan dengan sikap begini tentu pengkaji tidak berjaya mendidik pelajar ini untuk berjaya.

Melalui luahan rasa seorang guru Sastera, beliau menyatakan “Pelajar Tingkatan 5E, ramai yang berlagak, engkau tengok X tu, meluat akak. Bukan pandai sangat pun tapi lagak yang lebih”. “Si Y, hari tu dia soal akak, akak layan orang lain dulu, dia merajuk. Dia buatlah kerja lain masa akak mengajar, akak malas nak tegur, menyampah akak, mengada-ngada”. Pengkaji juga ada membuat temubual dengan guru B. Inggeris yang mengajar 5E. Pengkaji bertanya “can you give me some comment about form 5E students”Beliau menyatakan “ There are not motivated to succeed, their target is not excellent, for them excellent is not important. There just want to finish form five”.

Daripada pandangan yang diberikan oleh rakan guru dan pengalaman pengkaji sendiri menyebabkan pengkaji membuat kesimpulan bahawa pelajar tingkatan 5E ini mempunyai ego mereka tersendiri dan mereka ini memerlukan perhatian dan dorongan agar mereka lebih berminat untuk belajar. Pengkaji memikirkan bagaimana hendak mendorong sifat ego, sifat ingin bersaing dan sifat memerlukan perhatian ke arah positif yang dapat meningkatkan minat mereka dalam pelajaran. Hasil daripada permasalahan ini maka tercetuslah idea menggunakan graf “BAKAT” sebagai dorongan untuk memotivasikan pelajar supaya lebih berminat dengan pelajaran terutamannya mata pelajaran sains.

Page 2: Contoh penulisan graf 'bakat

2.0 FOKUS KAJIAN

Sains merupakan mata pelajaran teras dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas peperiksaan terbahagi kepada dua iaitu Kertas Satu (soalan objektif) dan Kertas Dua (soalan struktur dan soalan esei). Kertas Satu yang terdiri daripada 50 soalan objektif menyumbangkan 50% daripada markah keseluruhan.

Berdasarkan pengalaman pengkaji, pelajar tidak boleh menjawab soalan objektif dengan tepat seperti yang dikehendaki oleh soalan. Peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan 70.3% mendapat gagal bahagian objektif. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar masih belum dapat menguasai soalan objektif dengan baik.

Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaranya maka mereka boleh berjaya menjawab soalan objektif dengan baik dan dapat menguasai mata pelajaran sains.

Memupuk semangat motivasi merupakan perkara yang amat penting bagi mewujudkan perasaan terdorong untuk berjaya. Pelajar tidak mungkin akan berjaya sekiranya mereka tidak didorong dengan kuat untuk berjaya.

Menurut Noraini Ahmad (1998), “kejayaan seseorang itu 90% ditentukan oleh sikapnya dan sebanyak 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada”Motivasi diri merupakan pemangkin kejayaan dan merupakan langkah pertama kecemerlangan diri pelajar kerana hanya motivasi sahaja dapat merubah sikap pelajar.

Menurut Pn. Chin Mee Moi (2003) dalam Kajian Tindakannya menyatakan bahawa terdapat tiga perkara utama yang membolehkan pelajar itu cemerlang iaitu sikap, kemahiran asas dan latihan. Beliau menyimpulkan sikap yang ada pada diri pelajar paling utama. Sikap yang positif akan menjamin perubahan yang lain.

Berdasarkan permasalahan ini telah mendorong pengkaji memfokuskan kajian dengan menggunakan graf ‘BAKAT’ terutamanya menjawab soalan objektif bagi menjana sikap positif pelajar dengan memupuk minat pelajar. Minat merupakan satu motivasi secara langsung untuk meningkatkan lagi kesungguhan belajar. Tanpa motivasi pelajar akan kehilangan minat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Page 3: Contoh penulisan graf 'bakat

Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif am dan objektif khusus.

3.1 Objektif Am

Meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan 5 terhadap mata pelajaran sains.

3.2 Objektif Khusus

1. Menjawab soalan objektif dengan tepat2. Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains3. Mewujudkan pembelajaran yang bermatlamat4. Menambahkan keyakinan pelajar untuk menghadapi

peperiksaan5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bersemangat

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 27 orang pelajar tingkatan 5 Efektif yang terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1 Analisis Tinjauan Masalah

Pengkaji mendapati terdapat dua masalah yang perlu diatasi iaitu sikap pelajar itu sendiri dan sejauh manakah guru berjaya menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengkaji telah mengadakan Ujian Pra, pemerhatian dan temubual bagi mengenalpasti punca masalah.

Masalah pertama ialah dari segi sikap pelajar yang kurang bermotivasi terhadap pembelajaran mereka. Melalui pemerhatian pengkaji, pelajar di dalam kelas ini mudah berpuas hati dengan markah yang dimiliki oleh mereka. Mereka merasa bangga jika markah mereka melebihi rakan mereka walaupun satu markah. Malahan kalau diperhatikan markah mereka masih tetap rendah dari peratus yang sepatutnya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa yang dicatatkan di bawah :

Pada 16.6. 2003 pengkaji memulangkan kertas jawapan objektif yang telah disemak bagi peperiksaan pertengahan tahun. Pengkaji biasanya memanggil nama pelajar dan markah yang didapatinya. Selepas beberapa pelajar mendapat kertas jawapan mereka, tibalah giliran seorang pelajar yang namanya dan markahnya disebut oleh pengkaji. Apabila pelajar ini mengambil kertasnya tiba-tiba beliau berteriak, “Aku lebih daripada X, ye ! Pengkaji mendapati markah beliau ialah 16/50

Page 4: Contoh penulisan graf 'bakat

(32%) dan rakannya itu 15/50 (30%). Di dapati markahnya masih rendah. Pengkajipun menyampuk, “Lebih satu markah aje”. Beliau menjawab “Janji lebih cikgu”. Ekoran dari peristiwa ini, terlintas difikiran pengkaji sebenarnya pelajar ini masih mempunyai semangat dan ego untuk bersaing dengan rakan mereka tetapi perlu dipupuk lagi supaya lebih bersemangat.

Pengkaji merasakan guru memainkan peranan yang agak penting untuk menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama bagi pelajar yang agar lemah seperti tingkatan 5E ini. Pengkaji telah meminta bantuan guru tingkatan tersebut untuk menemuduga pelajar tentang pandangan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Tinjauan ini tidak dilakukan sendiri oleh pengkaji kerana dikuatiri data yang akan diperolehi tidak tepat. Setelah menganalisa keseluruhan hasil temuduga dengan guru tingkatan, kami telah membuat kesimpulan seperti berikut :

1. Pelajar pada keseluruhannya menyatakan pengkaji adalah guru yang garang.

2. Pelajar tidak suka kepada cara pengkaji mengajar kerana sering meleteri mereka.

3. Pelajar menyatakan bahawa pengkaji jarang memberi kata pujian pada mereka

5.2 Tindakan / Aktiviti

Bagi mengatasi masalah yang dikenalpasti seperti di atas, pengkaji telah menggunakan graf “BAKAT” dalam sesi latih tubi bagi memotivasikan pelajar dan membolehkan pelajar menguasai soalan objektif. Penggunaan graf “BAKAT” ini lebih banyak memfokuskan kata-kata pujian dan kata-kata semangat. Pengkaji tidak langsung menggunakan leteran yang dianggap membosankan pelajar.

5.3 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

Selepas menghabiskan sukatan pelajaran, pengkaji mengedarkanUjian Pra untuk dijawab oleh pelajar. Setelah pelajar tamat menjawab soalan, pengkaji mengumpulkan soalan dan jawapan pelajar. Pengkaji tidak membincangkan jawapannya dalam bilik darjah kerana set soalan ini akan digunakan oleh pengkaji dalam ujian Pos 1.

Pengkaji menyediakan 9 set soalan objektif yang terdiri daripada 35 soalan untuk setiap set. Setiap set mengandungi 2 atau 3 soalan dari setiap bab tingkatan 4 dan tingkatan 5. Tajuk set ujian ini adalah berbentuk kata-kata motivasi seperti “Saya Boleh, Yakin Boleh 1”. Di akhir setiap set pengkaji juga meletakkan kata-kata dorongan seperti

Page 5: Contoh penulisan graf 'bakat

“Saya Boleh, Saya Yakin Boleh”, “Disediakan Untuk Pelajar Tersayang Oleh Pn. Sabiah Ninggal”, dan “ Pastikan Kali Ini Lebih Baik Dari Yang Lepas”. Pelajar diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan. Apabila pelajar selesai menjawab soalan, guru akan memunggut kertas jawapan mereka dan setiap pelajar akan menyemak jawapan rakan mereka disamping perbincangan dengan guru untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setelah selesai perbincangan jawapan, pelajar diminta mengira markah yang betul untuk kertas jawapan rakan mereka dan menukarkannya dalam bentuk peratus. Setelah selesai pengiraan markah kertas jawapan tadi akan diserahkan semula kepada pelajar berkenaan.

Semua pelajar diminta menyediakan kertas graf untuk membuat graf “BAKAT”. Bentuk graf “BAKAT” ditunjukkan seperti di bawah :

Markah (%)

80

50 40

10

1 2 3 4 5 6 7 8 9 Bilangan

Ujian

B

A

K

A

T

B

A

A

K

Berjaga-jaga. Bangkit segera untuk baiki graf anda.

Ada Peningkatan. Giatkan lagi usaha anda. Anda ada potensi untuk meningkat

Anda Hebat. Tingkatkan lagi usaha anda supaya lebih cemerlang

Kejayaan Milik Anda. Tapi jangan terlalu selesa. PERJUANGAN BELUM SELESAI

Page 6: Contoh penulisan graf 'bakat

Aras-aras yang dibuat dalam graf “BAKAT” adalah untuk memotivasikan pelajar supaya dapat memupuk keyakinan bahawa mereka masih boleh berjaya jika mereka berusaha lebih. Aras-aras yang dibuat tidak mengikut mana-mana “standard” dan dicipta oleh pengkaji sendiri bertujuan semata-mata memberi harapan kepada pelajar agar lebih berusaha untuk mencapai aras yang mereka inginkan.

Selepas membuat graf seperti yang ditunjukkan di atas, pelajar diminta memplotkan markah yang didapati dalam ujian 1. Perkara ini diulang sehingga ke set ujian yang ke 9. Setiap pelajar akan disediakan dengan fail poket. Pelajar diminta menampal kertas graf yang mereka buat di bahagian dalam kulit fail dan perkataan “BAKAT” berserta dengan maknanya di bahagian poket fail mereka. Ujian diberikan sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Kertas-kertas ujian yang telah mereka jalani akan dikumpulkan di dalam fail mereka

Setelah selesai menghabiskan 9 set soalan, pelajar akan diberi Ujian Pos 1. Perbincangan jawapan dibuat bersama pelajar bersama-sama dengan pelajar. Seminggu kemudian pelajar diberi Ujian Pos 2.

Soal selidik diberikan kepada pelajar untuk mendapat pandangan pelajar terhadap penggunaan graf “BAKAT”. Dalam masa yang sama pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku pelajar dan beberapa pelajar dipilih secara rawak untuk ditemubual. Kajian ini telah dijalankan selama dua bulan iaitu dari pertengahan bulan Ogos hingga pertengahan bulan Oktober 2003.

5.4 REFLEKSI KAJIAN

5.4.1Analisis Pencapaian Pelajar

Jadual 1 menunjukkan pencapaian pelajar dalam ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2. Markah ini direkodkan untuk mengesan perubahan dalam pencapaian pelajar.

Jadual 1 : Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Gred Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus

1A 0 0.0 1 3.7 0 0.02A 0 0.0 2 7.4 2 7.43B 1 3.7 0 0.0 2 7.44B 0 0.0 7 25.9 3 11.1

TTahniah. Tentukan kejayaan milik anda untuk hari ini, esok dan selamanya

Page 7: Contoh penulisan graf 'bakat

5C 1 3.7 3 11.1 4 14.86C 2 7.4 7 25.9 9 33.47D 5 18.5 4 14.9 4 14.88E 3 11.1 2 7.4 3 11.19G 15 55.6 1 3.7 0 0.0

Jumlah 27 100.0 27 100.0 27 100.0

Ujian Pra menunjukkan bahawa terdapat seramai 15 orang (55.6%) pelajar gagal dalam menjawab soalan objektif sains. Hanya seorang pelajar (3.7%) mendapat 3B,1 orang pelajar(3.7%) mendapat 5C, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat 6C, 8 orang pelajar (25.6%) mendapat hanya lulus sahaja.

Ujian Pos 1 menunjukkan terdapat peningkatan yang memberansangkan oleh pelajar. Jumlah pelajar yang gagal telah berkurang kepada seorang sahaja (3.7%). Terdapat seorang pelajar (3.7%) mendapat 1A, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat 2A, 7 orang pelajar (25.9%) mendapat 4B, 3 orang pelajar (11.1%) mendapad 5C, 7 orang pelajar (25.9%) mendapat 6C dan 6 orang pelajar (22.3%) mendapat lulus.

Ujian Pos 2 membuktikan keupayaan pelajar dimana tidak ada seorang pelajar pun yang gagal. Dua orang pelajar (7.4%) mendapat 2A, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat 3B, 3 orang pelajar (11.1%) mendapat 4B, 4 orang pelajar (14.8%) mendapat 5C, 9 orang pelajar (33.4%) mendapat 6C dan 7 orang pelajar (25.9%) mendapat lulus sahaja.

5.4.2Analisis Soal Selidik

Kajian soal selidik dilaksanakan dengan mengira min (purata) untuk setiap item. Keputusannya adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Kajian Tentang Keberkesanan Penggunaan Graf “BAKAT”

Bil. ItemJumlah Skor (27 pelajar) Min

1. Pengajaran menggunakan graf “BAKAT” dapat menarik minat saya. 125 4.6

2. Pengajaran menggunakan graf “BAKAT” lebih seronok. 117 4.3

3. Saya boleh menilai prestasi saya menjawab soalan objektif melalui graf “BAKAT”.

129 4.8

4. Saya lebih bersemangat belajar dengan menggunakan graf “BAKAT”. 118 4.4

5. Graf “BAKAT” dapat mewujudkan perasaan sentiasa ingin memperbaiki prestasi saya menjawab soalan objektif. 125 4.6

6. Pembelajaran saya lebih bermatlamat dengan menggunakan graf “BAKAT”. 110 4.1

Page 8: Contoh penulisan graf 'bakat

7. Saya rasa tercabar bila mendapat markah yang rendah.

123 4.6

8. Penggunaan graf “BAKAT” tidak mematahkan semangat saya untuk belajar. 119 4.4

9. Saya suka membuat graf “BAKAT”. 120 4.4

Pada keseluruhannya penggunaan graf “BAKAT” memberi kesan positif terhadap perubahan tingkah laku pelajar. Kebanyakan pelajar sangat bersetuju penggunaan graf “BAKAT” dapat menarik minat mereka, boleh menilai prestasi mereka, mewujudkan perasaan sentiasa ingin memperbaiki prestasi mereka dan mencabar mereka sekiranya mendapat markah yang rendah di dalam ujian. Pelajar juga menunjukkan respond yang positif dimana mereka bersetuju dengan pernyataan menggunakan graf “BAKAT” lebih seronok, lebih bersemangat untuk belajar, pembelajaran mereka lebih bermatlamat, tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar dan mereka suka membuat graf bakat.

Melalui soalan terbuka yang dikemukakan didapati semua pelajar meminati sains dan suka menjawab soalan objektif kecuali seorang pelajar menyatakan beliau tidak minat menjawab soalan objektif tetapi meminati sains dan seorang lagi pelajar menyatakan beliau tidak meminati sains tetapi minat menjawab soalan objektif.

Menilai komen pelajar terhadap penggunaan graf “BAKAT” didapati kebanyakan pelajar menyatakan graf “BAKAT” membolehkan mereka menilai prestasi meraka dalam mata pelajaran sains, pembelajaran lebih seronok, lebih bersemangat dan ada yang menyatakan bahawa dahulu beliau tidak meminati sains tetapi selepas menggunakan graf “BAKAT” minatnya terhadap sains bertambah.

Antara komen yang diberikan oleh pelajar tehadap pengkaji setelah penggunaan graf “BAKAT” ialah seorang guru yang kreatif, mengambil berat terhadap muridnya, seorang yang tegas dan garang tapi baik hati, kelakar, menarik minat saya terhadap sains dengan semangat dan kata-kata peransangnya, lebih yakin menjawab soalan objektif kerana setiap soalan dibincangkan oleh guru, mementingkan prestasi pelajarnya, guru bersungguh-sungguh mengajar pelajarnya, guru ada cara tersendiri mengajar pelajarnya, memberi nasihat dan teguran, seorang guru yang perihatin dan rajin berusaha untuk melihat muridnya berjaya, guru yang berpandangan jauh, guru memberi saya semangat untuk meningkatkan prestasi pelajar, guru bertanggung jawab dan buat macam-macam cara untuk muridnya berjaya, sentiasa berkepercayaan kami boleh,, guru yang rasional, dan ada juga pelajar yang memberi komen “ada gaya mengajar yang tesendiri dan semoga Kak Sal begitu sukses lagi klass …..”

5.4.3Analisis Pemerhatian

Page 9: Contoh penulisan graf 'bakat

Suasana proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menunjukkan perubahan sikap yang positif. Sebelum kajian dilaksanakan ketika pelajar menduduki ujian topikal, ada dikalangan mereka yang bercakap dengan kawan dan ada juga yang tidur. Semasa pengkaji menjalankan kajian ini didapati pelajar lebih bersungguh-sungguh menduduki ujian yang diberi dan tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang bercakap ataupun tidur. Pelajar kelihatan tekun menjawab soalan yang diberi. Semasa sesi perbincangan didapati pelajar menumpukan perhatian dan kadang kala kedengaran beberapa orang pelajar berteriak, “yes ! betul” dan ada juga mengeluh “ala… salah”. Pengkaji merasa seronok melihat perubahan tingkah laku pelajar yang kelihatan lebih bersemangat. Selepas sesi perbincangan didapati pelajar sibuk menjumlah markah dan mengira peratusnya. Apabila selesai mereka terus memberi kertas ujian rakannya yang telah disemak dan mencari manakah kertasnya. Mereka terus memplot graf tanpa diarahkan lagi oleh guru. Pengkaji ada membuat pemantauan dan bertanya sama ada graf mereka naik atau turun. Kalau turun pengkaji akan terus memberi kata-kata semangat. Kalau graf mereka naik pengkaji akan mengucapkan tahniah kepada mereka dan usaha lagi.

Sebelum kajian pengkaji sering memarahi pelajar kerana tidak menyiapkan kerja rumah tetapi selepas kajian ini pengkaji mendapati pelajar rajin menyiapkan latihan yang diberi di rumah. Kini pengkaji tidak perlu lagi memarahi dan meleteri pelajar lagi. Pengkaji dapat merasakan pelajar kini lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar tanpa perlu dipaksa oleh guru lagi. Pengkaji amat terharu dengan perubahan ini. Pengkaji sendiri merasakan amat seronok mengajar mereka berbanding dengan sebelum kajian dimana pengkaji merasakan ‘boring’ untuk mengajar pelajar di kelas ini.

5.4.4Analisis Temubual

Berikut adalah beberapa temubual antara guru dan pelajar yang telah dijalankan.

Pelajar A :

Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?Pelajar : Minat.Guru : Bagaimana dengan ujian anda ?Pelajar : Naik sikitlah, dulu gagal je.Guru : Seronok tak belajar sains ?Pelajar : SeronokGuru : Kenapa ?Pelajar : Keputusan makin meningkat cikguGuru : Rasa-rasa SPM nanti boleh lulus sains tak ?Pelajar : Saya yakin boleh, cikguGuru : Kenapa ?Pelajar : Minat saya makin bertambah pada sains,

jadi saya yakin

Page 10: Contoh penulisan graf 'bakat

boleh.

Pelajar B :

Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?Pelajar : Mula-mula tak minat, bila beri perangsang bertambah

minat.Guru : Suka buat graf “BAKAT”Pelajar : Sukalah, sebab dapat tengok prestasi diri

sendiri. Cikgu, kenapa tak buat macam ni dulu ?

Guru : (Tepinga-pinga sebentar.)Dulu belum dapat idea

Guru : Dah sedia untuk SPM ?Pelajar : Bagi saya dah cukup sedia.

Pelajar C :

Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?Pelajar : Dulu tak minat tapi sekarang minat.Guru : Kenapa ?Pelajar : Cikgu banyak beri kata semangat.Guru : Ye ke nie… ?Pelajar : Ye cikgu, memang betul.Guru : Anda suka buat graf “BAKAT” ? Pelajar : Suka sebab dapat tengok prestasi diri

sendiri.

Pelajar D :

Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?Pelajar : Minat.Guru : Macam mana keputusan anda sekarang?Pelajar : Sekarang lebih baik dari dulu sebab banyak

latihan.Guru : Suka buat graf “BAKAT”Pelajar : Suka sebab dapat tahu pemikiran saya.Guru : Apa anda rasa kalau graf anda jatuh ?Pelajar : Sakit hati, saya lebih semangat untuk

naikkan graf

Pelajar E :

Guru : Anda berminat dengan sains ?Pelajar : Sikit-sikit.Guru : Kenapa ?Pelajar : Sains susahGuru : Dah bersedia nak ambil SPM ?

Page 11: Contoh penulisan graf 'bakat

Pelajar : Belum.Guru : Kenapa ?Pelajar : Saya tak belajar kat rumah.Guru : Suka buat graf “BAKAT” ?Pelajar : SukaGuru : Kenapa ?Pelajar : Dapat tengok diri sendiri.Guru : Bagaimana prestasi anda sekarang ?Pelajar : Meningkat.Guru : Baru sedikit minat sains, keputusan meningkat juga.

Kalau awak minat lagi meningkat ye !Pelajar : (tersenyum-senyum sambil mengaru

kepalanya)Guru : Apa azam awak sekarang ?Pelajar : Nak lulus sains.Guru : Ye, ke … Bagaimana ?Pelajar : Belajar betul-betul.Guru : Kena belajar dekat rumah le.Pelajar : (tersenyum sahaja)

6.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KENDIRI SELEPAS PERLAKSANAAN KAJIAN

Kajian Tindakan ini memberi peluang kepada pengkaji untuk mengenalpasti kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri. Menurut Atan Long (1976), “sebagi pencipta situasi pengajaran, seseorang guru mestilah melakukan sesuatu untuk dapat melaksanakan pengajarannya”. Menyedari hakikat ini pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menggunakan graf “BAKAT” sebagai pendekatan memotivasikan pelajar supaya lebih berminat terhadap pembelajaran mereka. Dengan bertambahnya minat maka daya ingatan pelajar terhadap sesuatu yang dipelajarinya lebih kukuh.

Penggunaan graf “BAKAT” juga dapat menilai potensi pelajar. Dengan ini pelajar mengetahui prestasi mereka. Pelajar boleh menilai adakah pencapaiannya sekarang sudah mencukupi atau perlu diperbaiki lagi. Dengan ini mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih

Page 12: Contoh penulisan graf 'bakat

bermatlamat. Keadaan ini menyebabkan pelajar lebih bersemangat untuk membuat persediaan dan melatih diri mereka untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.

Kata-kata galakan dan pujian yang terdapat dalam graf “BAKAT” dapat memberi dorongan dan semangat kepada pelajar untuk lebih berusaha kearah meningkatkan prestasi mereka. Sesungguhnya tidak ada yang lebih beerti daripada kata-kata pujian. Maslow dan Heori Hirarki (1970) menjelaskan perlunya manusia kepada perasaan dihargai. “Ini dalam proses menuju kesempurnaan diri. Individu yang dihargai dan dihormati akan merasakan kehadirannya amat penting kepada kelompok”

Daripada analisa ujian yang dibuat didapati penggunaan graf

“BAKAT” memberi kesan positif terhadap perlakuan pembelajaran pelajar. Sikap dan semangat pelajar telah dapat merubah keputusan ujian yang semakin meningkat. Pelajar perlu meneruskan lagi usaha mereka sehinggalah menjelang peperiksaan supaya mereka berjaya kelak.

Pengalaman menarik semasa mengkaji dan bertindak telah memberi semangat baru pada pengkaji untuk terus berusaha mencari pendekatan yang boleh menarik minat dan mudah diterima oleh pelajar supaya mereka lebih bersedia untuk belajar. Sebagai seorang pendidik pengkaji dapat merasakan dengan membuat Kajian Tindakan dapat menambah ilmu di dada dan dapat meningkatkan lagi profesionalisma keguruan. Semasa menjalankan kajian ini pengkaji sempat merujuk beberapa buah buku yang berkaitan dengan motivasi. Banyak perkara-perkara yang pengkaji tidak tahu berkenaan dengan motivasi telah pengkaji jumpai. Ini menambahkan lagi ilmu pengkaji terhadap bidang kaunseling yang boleh pengkaji gunakan dalam bilik darjah. Pengkaji percaya sekiranya pengkaji tidak menjalankan kajian tindakan, pengkaji tidak akan membaca buku-buku ini. Pengkaji berazam akan menjalankan kajian tindakan untuk tahun-tahun seterusnya supaya pengkaji dapat menjadi guru yang berkesan.

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Penggunaan graf “BAKAT” dapat memotivasikan pelajar untuk memperbaiki prestasi mereka. Graf “BAKAT” dapat menarik minat pelajar untuk menguasai sains terutama menjawab soalan objektif. Pelajar didapati lebih bersemangat dan sentiasa cuba memperbaiki prestasi mereka dengan menggunakan graf “BAKAT”. Daripada kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar amat memerlukan dorongan dan perhatian dari gurunya untuk berjaya. Guru memainkan peranan yang amat penting bagi menjana suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat pelajar.

Page 13: Contoh penulisan graf 'bakat

Hasil daripada kajian ini pengkaji mencadangkan untuk terus menggunakan graf “BAKAT” sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang supaya dapat memotivasikan pelajar untuk terus berusaha meningkatkan prestasi mereka. Pengkaji mungkin akan mengubah aras yang terdapat pada graf “BAKAT” mengikut kesesuaian pelajar.

Pengkaji juga akan terus berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang supaya dapat menarik minat pelajar terhadap matapelajaran matematik.

RUJUKAN

1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

2. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian

Pendidikan (2003) Manual Kursus Kajian Tindakan. Unit Penerbitan

3. Chin Mee Moi (2003). Kemahiran Penyelesaian Persamaan Kuadratik Dalam Mata Pelajaran Matematik Tingkatan Empat Sek. Men. Keb. Alor Akar,

Kuantan Pahang.

4. Noraini Ahmad (1998) Mengekalkan Daya Ingatan. Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

LAMPIRAN A

KAJIAN TENTANG KEBERKESANAN PENGGUNAAN GRAF ‘BAKAT’

ARAHAN : Tandakan ‘/’ di ruangan yang berkenaan.

Page 14: Contoh penulisan graf 'bakat

Perkara Ya TidakAdakah anda meminati mata pelajaran sains ?

Adakah anda suka menjawab soalan objektif ?

ARAHAN : Bulatkan pilihan anda berdasarkan tahap persetujuan berikut:1. Sangat tidak setuju2. Tidak setuju3. Kurang setuju4. Setuju5. Sangat setuju

Bil. Pernyataan Skala1. Pembelajaran menggunakan graf

‘BAKAT’ dapat menarik minat saya.5 4 3 2 1

2. Pembelajaran menggunakan graf ‘BAKAT’ lebih seronok

5 4 3 2 1

3. Saya boleh menilai prestasi saya menjawab soalan objektif melalui graf ‘BAKAT’

5 4 3 2 1

4. Saya lebih bersemangat belajar dengan menggunakan graf ‘BAKAT’

5 4 3 2 1

5. Graf ‘BAKAT’ dapat mewujudkan perasaan sentiasa ingin memperbaiki prestasi saya menjawab soalan objektif

5 4 3 2 1

6. Pembelajaran saya lebih bermatlamat dengan menggunakan graf bakat

5 4 3 2 1

7. Saya merasa tercabar bila mendapat markah yang rendah

5 4 3 2 1

8. Penggunaan graf ‘BAKAT’ tidak mematahkan semangat saya untuk belajar

5 4 3 2 1

9. Saya suka membuat graf ‘BAKAT’ 5 4 3 2 1

KOMEN :

_________________________________________________________________

KOMEN ANDA TERHADAP GURU ANDA____________________________________________________________________

GRAF “BAKAT” MEMOTIVASIKAN PELAJARDALAM MATA PELAJARAN SAINS

Page 15: Contoh penulisan graf 'bakat

Oleh :Sabiah Bte Ninggal

Sek. Men. Keb. Durian Tunggal,Durian Tunggal, 76100 Melaka.

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi masalah sikap pelajar yang menyebabkan mereka tidak menguasai mata pelajaran sains dan tidak dapat menjawab soalan objektif dengan betul dan sejauh manakah penggunaan graf “BAKAT” dapat memotivasikan pelajar. Tinjauan awal mendapati sikap pelajar dan cara pengajaran dan pembelajaran guru menyumbangkan kemerosotan prestasi pelajar terhadap mata pelajaran sains. Kajian ini tertumpu kepada 27 orang pelajar tingkatan 5 Efektif . Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan menggunakan Graf “BAKAT” sebagai satu cara memotivasikan pelajar supaya lebih bersikap positif terhadap pembelajaran mereka. Di dalam Graf “BAKAT” terdapat kata-kata dorongan dan semangat yang boleh memotivasikan pelajar. Ujian Pra menunjukkan terdapat seramai 15 orang pelajar (55.6%) yang gagal dalam menjawab soalan objektif. Prestasi pelajar bertambah baik dalam Ujian Pos 1 dimana hanya seorang pelajar (3.7%) sahaja gagal manakala di dalam Ujian Pos 2 didapati tidak ada seorangpun pelajar yang gagal. Temu bual dengan pelajar dan pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan graf “BAKAT” memberi kesan positif memotivasikan pelajar. Pelajar kini lebih berminat untuk belajar, sentiasa bersemangat untuk baiki prestasi mereka dan mempunyai keyakinan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

Page 16: Contoh penulisan graf 'bakat
Page 17: Contoh penulisan graf 'bakat
Page 18: Contoh penulisan graf 'bakat
Page 19: Contoh penulisan graf 'bakat
Page 20: Contoh penulisan graf 'bakat