3. hasil perbincangan
DESCRIPTION
hasil perbincanganTRANSCRIPT
HASIL PERBINCANGAN
Sepanjang menjalani praktikum selama 3 bulan di SK Desa Petaling, beberapa sesi
perbincangan telah saya jalankan dengan penyelaras, guru pembimbing dan guru yang saya
ambil alih subjek pengajarannya.
i. Penyelaras PPKI, Puan Royati
Beliau telah memberi taklimat yang ringkas kepada saya dan rakan praktikum saya sebagai
satu tanda penghargaan terhadap kedatangan kami ke sekolah mereka. Beliau telah memberi
nasihat dan tunjuk ajar kepada kami supaya kami sentiasa mengingati peraturan sekolah.
Beliau telah memberi banyak input dan info yang baharu tentang Pendidikan Khas kepada
kami. Beliau juga menyedari kami supaya sentiasa berinisiatif untuk melaksanakan sesuatu
kerja dan membuat kerja yang orang lain tidak melakukannya.
Perbincangan dengan beliau juga berkenaan tentang pembahagian jadual waktu mengajar
kelas PPKI dan arus perdana. Hasil perbincangan ialah masa yang diperuntukkan untuk
mengajar adalah 12 waktu seminggu, iaitu 10 waktu di kelas PPKI dan 2 waktu di arus
perdana. Menerusi perbincangan, mata pelajaran yang saya akan ajar ialah Matematik dan
Bahasa Malaysia Tahun 2, Kemahiran Manipulatif Tahun 1, Pendidikan Seni Muzik Tahun 1
dan Bahasa Malaysia Tahun 4 serta Bahasa Malaysia Tahun 3 di arus perdana. Beliau
mengingati saya supaya Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
(KSSR) mestilah menjadi panduan dalam perancangan RPH.
ii. Guru pembimbing, Puan Suriani
Masalah tingkah laku dan emosi murid turut dibincang bersama guru pembimbing agar
pengurusan kelas dan tingkah laku mudah dikendali semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Beliau memberikan pendedahan awal kepada saya tentang tingkah
laku murid yang menggangu dan tahap penguasaan murid. Saya juga berbincang dengan
beliau tentang mata pelajaran yang saya akan ambil alih. Hal ini telah memudahkan saya
dalam mengetahui setakat mana yang diajar oleh guru tersebut dan melihat cara pengajaran
guru yang dilaksanakan.
iii. Guru-guru lain (Pn. Akidah, Puan Anita, Puan Hazwawani)
Saya juga berbincang dengan guru-guru yang saya akan ambil alih subjek mereka supaya
memudahkan saya untuk meneruskan tajuk pengajarannya. Dengan perbincangan ini, saya
dapat lebih memahami tentang tahap pencapaian murid dan dapat mengetahui tahap
penguasaan murid. Hal ini membolehkan saya merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan mereka. Selain itu, saya juga bertanya daripada
guru tentang kegemaran aktiviti mereka supaya saya boleh memperbanyakkan jenis aktviti
yang mereka gemari supaya tidak mudah berasa bosan.