2b aplikasi prinsip pembinaan item ke atas soalan

Upload: tengku-zainudin

Post on 14-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

prinsip

TRANSCRIPT

Prinsip Pembinaan Item Yang Di Aplikasikan Semasa Membina Item-Item Soalan.

PengenalanItem aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan skornya juga lebih senang dikendalikan daripada soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa mengetahui keperluan pengetahuan sebenar dari soalan. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas (rujuk rajah 1) iaitu :i) Stimulus Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain lagi.ii) StemAdalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi.iii) Pilihan/OpsyenAdalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Komponen ini mengandungi dua fungsi, iaitu :a)a) Kunci bagi pilihan betul atau terbaikb) Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar dari jawapan sebenar

contoh soalan. Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri suatu bentuk 2 matra. Namakan bentuk itu.A. OktagonB. Heptagon C. Heksagon D. Pentagon StimulusPilihan / OpsyenKunci B (Jawapan betul)Penganggu A, C dan DStemRajah 1 menunjukkan komponen asas bagi soalan

Menurut Black (1944), terdapat beberapa panduan menulis soalan objektif. Oleh itu, kami menggunakan panduan tersebut untuk membina item-item soalan.

i) Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkapDalam kertas peperiksaan ini, terdapat beberapa soalan yang ditulis dalam bentuk pertanyaan dan ayat yang tidak lengkap. Soalan seperti ini akan merangsang minda murid untuk memberi perhatian yang berlebihan kepada pokok soalan dalam bentuk pertanyaan dan ayat yang tidak lengkap. Jika memerhatikan item soalan 2 (rujuk rajah 2), pokok soalan diberi dalam bentuk pertanyaan memudahkan murid-murid memahami kehendak soalan.

Soalan 2

Gambarajah 1

Ayat matematik bagi operasi darab di atas ialah

A3 x 7 = 21C3 x 8 = 24

B4 x 7 = 21D3 x 3 = 9

Rajah 2 menunjukkan item soalan 3

Manakala item soalan 3 (rujuk rajah 3), pokok soalannya ditulis dalam ayat yang tidak lengkap. Dengan ini, murid akan difahamkan bahawa mereka perlu mencari nilai yang tidak diberi dalam ayat Matematik tersebut.Soalan 3

Soalan 18

8 000 ml = l

A. 0.008C. 0.8B. 0.08D. 8Rajah 2.1.1.3 menunjukkan item soalan 18

Soalan 18

8 000 ml = l

C. 0.008C. 0.8D. 0.08D. 8Rajah 2.1.1.3 menunjukkan item soalan 18

Rajah 3 menunjukkan item soalan 3

ii) Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.Arahan soalan harus ditulis dalam bahasa yang mudah agar murid-murid dapat memahami kehendak soalan. Jika bahasa yang digunakan tidak difahami, murid yang memahami bahan ujian tetapi tidak memahami kehendak soalan maka mereka akan menghadapi masalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Mari kita menganalisis item soalan 4 (rujuk rajah 4) dan item soalan 6 (rujuk 5). Soalan 4

Arahan yang diberi dalam soalan ini jelas dan mudah difahami

Rajah 4 menunjukkan item soalan 4

Soalan 6

Arahan yang diberi dalam soalan ini jelas dan mudah

Rajah 5 menunjukkan item soalan 6

iii) Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.Semua item soalan 1 hingga 10, soalan dan jawapannya ditulis padat dan tidak menggunakan perkataan berbunga-bunga. Secara ringkasnya, item-itemnya hanya mengandungi komponen yang asas (stimulus, stem dan pilihan/opsyen) sahaja.iv) Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud suatu sistem susunan jawapan pilihan.Dalam prosesn pembinaan item dalam kertas ujian ini, kami mendapati ada jawapan pilihan yang disusun dari nilai besar ke kecil ( rujuk 6 ) dan ada juga soalan di mana jawapan pilihannya disusun dari nilai kecil ke besar ( rujuk 7 ).Soalan 4

Susunan tertib menurun

Rajah 6 menunjukkan item soalan 4

Soalan 1

Susunan tertib menaik

Rajah 7 menunjukkan item soalan 1

v) Jawapan penganggu.Pilihan jawapan hendaklah mempunyai penganggu. Penganggu ini ialah jawapan yang hampir. Jika asas murid tersebut tidak kukuh, maka jawapan yang salah akan dipilih olehnya. Soalan sebegini dapat menguji tahap pengetahuan, konsep, dan kefahaman murid terhadap sesuatu tajuk.Soalan 8

Jawapan penganggu

Rajah 8 menunjukkan item soalan 8

vi) Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yang betulSetelah menganalisis kesemua item soalan, kami mendapati tiada satu item soalan pun yang mempunyai pilihan jawapan seperti semua di atas atau tiada satu pun yang betul. Dengan ini boleh dikatakan bahawa item-item yang dibina menepati prinsip di atas.

vii) Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak.Dalam pembinaan item objektif, penyediaan taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak supaya tidak mengikuti sesuatu sistem tertentu. Hal ini kerana murid-murid dapat meneka jawapan jika jawapan betul mempunyai pola atau urutan tertentu. PilihanJawapan betul

A3

B2

C3

D2

Jumlah10

Rajah 9 menunjukkan jadual taburan jawapan