242820110-laporan-big-ceramah-semeser-6-pismp-ipgm.docx

11
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AMBILAN JANUARI 2012 LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDU KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 CERAMAH SURAT PEKELILING IKHTISAS & PERATURAN-PERATURAN AKTA PEKELILING 550 (2014) NAMA : HEINNY ANAK SELAN NO KAD PENGENALAN : 901107-1305596 NO MATRIK : 201006089 KUMPULAN : PISMP BI 2 AMBILAN JANUARI 2012 TARIKH : 24 SEPTEMBER 2014 TEMPAT : BILIK SEMINAR IPG KAMPUS BATU LINTANG PENSYARAH MENTOR : PN. DAYANG SITI HAWA : EN. MICHAEL TOH KA MING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG JALAN KOLEJ, 93200 KUCHING

Upload: cikguami

Post on 18-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Laporan BIG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANGJALAN KOLEJ, 93200 KUCHING

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKANAMBILAN JANUARI 2012

LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDUKURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6CERAMAH SURAT PEKELILING IKHTISAS & PERATURAN-PERATURAN AKTA PEKELILING 550 (2014)

NAMA:HEINNY ANAK SELAN

NO KAD PENGENALAN:901107-1305596

NO MATRIK:201006089

KUMPULAN:PISMP BI 2 AMBILAN JANUARI 2012

TARIKH:24 SEPTEMBER 2014

TEMPAT:BILIK SEMINARIPG KAMPUS BATU LINTANG

PENSYARAH MENTOR:PN. DAYANG SITI HAWA

:EN. MICHAEL TOH KA MING

ISI KANDUNGAN1.Biodata Guru Pelatih......

2.Pengenalan.......

3.Matlamat

4.Objektif Aktiviti.

5.Tempat...

6.Jadual Pelaksanaan / Tarikh.

7.Kandungan...

8.Refleksi......

10.Penutup.........

11. Lampiran......................................................................................

Nama:Heinny anak Selan

Jantina:Perempuan

Status Perkahwinan:Bujang

Kumpulan :PISMP BI 2 Ambilan Januari 2012

Semester:6

Stesyen/Alamat:Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan Kolej, 93200 Kuching, Sarawak.

Alamat Tetap:No. 212, Jalan Meranti, 96100 Sarikei, Sarawak.

No. Telefon Sekolah/Pejabat:-

No. Telefon Bimbit:010-5947237

Nama Waris Terdekat:Selan anak Laja

Perhubungan:Bapa

No. Telefon Bimbit:019-8163110

BIODATA GURU PELATIH1.0 BIODATA GURU PELATIH

2.0PENGENALAN

Program BinaInsan Guru (BIG) merupakansatuinisiatifBahagianPendidikan Guru (BPG) bagimelahirkan guru yang berkualititinggi, berkaliber, berkeperibadianmuliasertafleksibeldalamsegalabidang yang diceburiberlandaskanfalsafahpendidikanbagimenjaditeladan modal insan yang holistikkepadamurid-murid. BIG dilaksanakan dengan bervisikan sebagai suatu aktiviti pencetus dan pembentuk insaniah guru yang berkeperibadian sempurna serta seimbang. Memandangkan profesion keguruan adalah profesion yang mencabar, guru haruslah melengkapkan diri bukan sahaja dengan pengetahuan akademik malahan juga dengan pengetahuan dan kemahiran di luar bilik darjah seterusnya menghayati nilai-nilai murni ataupun kurikulum tersembuyi (hidden curriculum) yang terdapat dalam aktivit-aktiviti tersebut. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, guru pelatih akan dapat mengenalpasti keupayaan diri serta menambahbaik apa yang perlu dalam mana-mana bidang yang terlibat dan mampu mengaplikasikan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai guru berketerampilan secara berterusan.

Justeru, adalah diharapkan agar Program BinaInsan Guru (BIG): CeramahSuratPekelilingIkhtisas&Peraturan-peraturanAktaPekeliling 550 melahirkan guru-guru yang mantap sahsiahnya dan mempunyai sikap professionalisme yang unggul serta sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai cabaran pendidikan yang mendatang.

3.0MATLAMAT

Program BIG ini merupakan salah satu usaha kepada pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri dan keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Di samping itu, ceramah bertajuk Program Bina Insan Guru (BIG): Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-peraturan Pekeliling Akta 550 akan menjadi aktiviti bagi program BIG kali ini dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan, supaya semua bakal guru dapat lebih mengenali surat pekeliling ikhtisas dan juga peraturan-peraturan tersebut pada waktu perkhidmatan kelak.

4.0 OBJEKTIF AKTIVITI

Melaluiceramahini, para guru pelatihdapat:i.Meningkatkankefahamandanpenguasaanpelajarberkaitan domain kandungankurikulumBinaInsan Guru (BIG)ii.Membinakualitiperibadidan professional sebagaiseoranginsan guru yang mulia, peranan guru sebagaipendidikdanagenperubahanmasyarakatiii.Meningkatkantanggungjawab guru dalammengenalisuratpekelilingikhtisasdanperaturan-peraturanpekelilingAkta 550

5.0TEMPAT

Bilik Seminar, InstitutPendidikan Guru KampusBatuLintang

6.0 JADUAL PELAKSANAAN/ TARIKH

Tarikh: 24 September 2014 (Rabu)

7.0 KUMPULAN SASARAN

PISMP BI1 AmbilanJanuari 2012 PISMP BI2 AmbilanJanuari 2012PISMP BI3 AmbilanJanuari 2012PISMP BI4 AmbilanJanuari 2012PISMP PRA AmbilanJanuari 2012PISMP BC1 AmbilanJanuari 2012PISMP BC2 AmbilanJanuari 2012PISMP BM AmbilanJanuari 2012Jumlahpeserta: 186 orang

8.0 KANDUNGAN

Program Bina Insan Guru (BIG) 2014: Ceramah Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-peraturan Akta Pekeliling 550 telah berlangsung pada 24 September bertempat di Bilik Seminar, IPG Kampus Batu Lintang. Program ini telah disertai oleh peserta-peserta yang terdiri daripada guru-guru pelatih dari kumpulan PISMP BI1 AmbilanJanuari 2012, PISMP BI2 AmbilanJanuari 2012, PISMP BI3 AmbilanJanuari 2012, PISMP BI4 AmbilanJanuari 2012, PISMP PRA AmbilanJanuari 2012, PISMP BC1 AmbilanJanuari 2012, PISMP BC2 AmbilanJanuari 2012 dan PISMP BM AmbilanJanuari 2012 yang seramai 186 orang. Syukur kepada Tuhan, program BIG ini telah berjaya dilangsungkan selama tiga jam tanpa sebarang aral yang melintang. Berikut merupakan log kandungan ceramah ceramah tersebut.Sepanjang ceramah ini dijalankan pelbagai maklumat telah saya perolehi sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ceramah yang diberikan bertajuk Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-peraturan Akta Pekeliling 550 telah menarik perhatian saya kerana penceramah menggunakan pendekatan yang sangat menarik untuk menyampaikan isi ceramahnya, berbeza dengan beberapa ceramah BIG ataupun bukan BIG yang telah kami jalani. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Azahari Ahmat (01460) K.B, P.A. yang merupakan Ketua Unit Kaunseling dari Unit Psikologi dan Kaunseling IPGK Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.En. Azahari telah memulakan ceramah beliau dengan beberapa anekdot dan seterusnya menerangkan inti ceramah. Oleh yang demikian, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, Ia juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas diwartakan bertujuan untuk memberikan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan, langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna, merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta sebagai satu perturan dan perlindungan. Dalam pada itu, Surat Pekeliling Ikhtisas menyasarkan sasaran kepada pelajar, guru, pentadbir (sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara), ibu bapa, dan agensi luar (NGO & GO). Oleh yang demikian pegawai pendidikan (guru) terikat dengan undang-undang awam dan undang-undang pendidikan.Selanjutnya, undang-undang berkaitan dengan guru terbahagi kepada dua iaitu, undang-undang tidak bertulis dan undang-undang bertulis. Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada undang-undang tort dan undang-undang keadilan asasi. Kamus undang-undang Blackstone mendefinisikan undang-undang tort sebagai sebahagian undang-undang yang melindungi seseorang individi daripada kesalahan sivil, persendirian atau kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspek kecuaian. Kamus Random House mentakrifkan kecuaian sebagai kegagalan mengambil tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang.Dalam konteks pendidikan, aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Dalam pada itu, kecuaian guru selalunya dikaitkan dengan kemalangan atau kecederaan yang menimpa murid dan mengakibatkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh murid, seperti mata buta, patah tangan ataupun melibatkan kematian. Dalam pada itu, undang-undang tort adalah satu kecuaian sepeti kecuaian pendidikan, kecuaian guru di bawah dokrin in loco perantis dan prinsip kejiranan dan lain-lain. Manakala, undang-undang keadilan asasi ialah audi alteram parterm (hak untuk membela diri) dan nemo Judex incausa sua (undang-undang menentang tindakan berat sebelah).Bagi undang-undang bertulis yang berkaitan dengan guru melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Pelajaran 1957 serta Akta Pendidikan 1996. Undang-undang bertulis Perlembagaan Persekutuan melibatkan 4 lapisan, iaitu lapisan 1 Akta Pendidikan 1996, lapisan 2 Peraturan-peraturan Pendidikan dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam, lapisan 3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) serta lapisan 4 Peraturan-peraturan Sekolah. Manakala, undang-undang bertulis Ordinan Pelajaran 1957 serta Akta Pendidikan 1996 melibatkan School (general) Regulation 1951, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1957, Peraturan Pelajaran (Pelancongan) 1959, Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Peraturan Pelajaran (Majalah Sekolah) 1998, Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah)1998.Oleh hal demikian, pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan penting bagi semua anggotan kerajaan. Pekeliling ini bertujuan menyediakan garis panduan mengenai sesuatu perkara di agensi-agensi kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberikan perhatian dan diambil tindakan oleh agensi-agensi kerajaan.Justeru itu, ceramah ini membolehkan guru pelatih dapat mengenali dan menilai diri sendiri dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru pelatih juga dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang seimbang dari semua bidang.Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah mempunyai hubung kait yang kuat dengan pihak kerajaan. Ini kerana sebagai penjawat awam, kerajaan memberikan satu keistimewaan agar guru-guru dapat memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan itu khasnya. Guru-guru juga terlibat dengan perundangan mereka sendiri, termasuklah, nilai, etika, profesion, dan tatatertib.Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.

9.0 REFLEKSI

Setelah mengikut sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Azahari Ahmat yang bertajuk Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-peraturan Akta Pekeliling 550, pelbagai maklumat yang berguna telah saya perolehi. Dalam pada itu, sesi ceramah yang disampaikan menyedarkan saya tentang betapa pentingnya mengetahui pekeliling ikhtisas apabila menjadi seorang guru kelak di samping mengamalkan peraturan-peraturan perkhidmatan.Guru-guru hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen penting seperti Surat Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan agar apa sahaja yang guru-guru lakukan tidak menyalahi undang-undang keguruan itu sendiri. Selain itu, pekeliling-pekeliling yang dihantar kepada pihak sekolah adalah sebagai salah satu cara daripada pihak kerajaan untuk menyampaikan perkara-perkara yang baru, juga sebagai garis panduan atau pemudahcara untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun menyelesaikan sesuatu perkara.Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak memberikan kesat buruk kepada diri sendiri. Juga, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang guru. Kekuatan ceramah ialah isi yang disampaikan oleh Encik Azahari Ahmat ini sesuai dengan tajuk ceramah yang disampaikan. Beliau menggunakan teknik penyampaian yang menarik, berkesan disertai unsur kecindan dan berserta contoh-contoh yang sesuai untuk memudahkan para guru pelatih memahami. Manakala isi ceramah yang disampaikan jelas dan menjurus kepada tajuk yang ingin disampaikan. Dalam pada itu, beliau menegaskan dengan memahami apa itu Surat Pekeliling Ikhtisas dan peraturan-peraturan perkhidmatan dapat membantu para guru pelatih kelak.Kesimpulannya, guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu sendiri. Guru hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil berat atas semua perkara yang mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati konsep kerjaya mereka ini adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa.

10.0 PENUTUPKesimpulannya, kursus Bina Insan Guru banyak membawa manfaat dan faedah dalam pembentukan insan guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Selain itu, ceramah ini telah banyak mengajar kami tentangguru dan perundangan, khususnya mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas dan juga peraturan peraturan akta pekeliling 550.Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan.Sekian, terima kasih.

11.0 LAMPIRAN

Sila rujuk mukasurat seterusnya.