242297919 epid peng hulu denggi

11
Pengenalan Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar. Selama dua minggu saya telah ditempatkan di Klinik Kesihatan Pendang bahagian unit kesihatan Alam Sekitar (BAKAS) bagi menjalani latihan klinikal tahun III semester I. Objektif latihan klinikal di bahagian unit Kesihatan Alam Sekitar Klinik Kesihatan Pendang adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelatih untuk memahami trend penyakit- penyakit di kawasan penempatan. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang terdapat di unit Kesihatan Persekitaran serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan dalam pencegahan dan kawalan penyakit. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mempelajari kaedah mengumpul pungutan data dan statistik kesihatan. Klinik Kesihatan Pendang bahagian unit Kesihatan Alam Sekitar merupakan satu organisasi di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang, Kedah. Laporan Epidemiologi ini ialah

Upload: muhammad-arif

Post on 19-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PengenalanPenyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar. Selama dua minggu saya telah ditempatkan di Klinik Kesihatan Pendang bahagian unit kesihatan Alam Sekitar (BAKAS) bagi menjalani latihan klinikal tahun III semester I. Objektif latihan klinikal di bahagian unit Kesihatan Alam Sekitar Klinik Kesihatan Pendang adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelatih untuk memahami trend penyakit-penyakit di kawasan penempatan. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang terdapat di unit Kesihatan Persekitaran serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan dalam pencegahan dan kawalan penyakit. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mempelajari kaedah mengumpul pungutan data dan statistik kesihatan. Klinik Kesihatan Pendang bahagian unit Kesihatan Alam Sekitar merupakan satu organisasi di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang, Kedah. Laporan Epidemiologi ini ialah berkaitan mengenai penyakit demam denggi yang berlaku dan dilaporkan di Unit Kesihatan Alam Sekitar Klinik Kesihatan Pendang.

Data dan Statistik

LAPORAN KES DEMAM DENGGI DAERAH PENDANGBAGI TAHUN 2014

BulanJumlah Kes DilaporJumlah Kes DidaftarJumlahKes abai

Januari422

Februari1138

Mac624

April101

Mei220

Jun1046

Julai972

Ogos532

September100

Oktober532

November550

Disember440

Jumlah:63 kes35 kes daftar

27 kes abai

( Januari hingga Disember 2014 )( Minggu epid 01 hingga 52 )

Jadual di atas menunjukkan data dan statistik kejadian demam Denggi yang berlaku sepanjang tahun 2014 iaitu dari bulan Januari 2014 sehingga bulan Disember 2014 yang dilaporkan di Unit Kesihatan Persekitaran Klinik Kesihatan Pendang. GRAFT 1.1 LAPORAN KES DEMAM DENGGI DAERAH PENDANGBAGI TAHUN 2014

Pada bulan Januari 2014 terdapat 4 kes demam Denggi yang telah dilaporkan tetapi hanya 2 kes yang didaftarkan dan ini menyebabkan 2 kes lagi telah diabaikan.Pada bulan Februari 2011 terdapat 11 kes yang telah dilaporkan tetapi hanya 3 kes yang didaftarkan dan menyebabkan 8 kes terabai. Pada bulan Mac 2014 sebanyak 6 kes telah dilaporkan tetapi hanya 2 kes telah didaftarkan dan telah menyebabkan 4 kes telah diabaikan. Pada bulan April terdapat 1 kes dilaporkan tetapi tiada yang didaftarkan dan menyebabkan 1 kes diabaikan. Pada bulan Mei terdapat 2 kes telah dilaporkan dan 2 kes telah didaftarkan dan dengan itu tiada kes pengabaian kes. Pada bulan Jun terdapat 10 kes telah dilaporkan dan 4 kes telah didaftarkan dan menyebabkan 6 kes telah terabai. Pada bulan Julai pula, terdapat 9 kes telah dilaporkan dan 7 kes telah didaftarkan dan menyebabkan 2 kes telah terabai. Pada bulan Ogos terdapat 5 kes telah dilaporkan dan 3 kes telah didaftarkan dan menyebabkan 2 kes telah diabaikan. Pada bulan September terdapat 1 kes telah dilaporkan dan tiada kes didaftarkan dan diabaikan.Pada bulan oktober terdapat 5 kes telah dilaporkan dan 3 kes telah didaftarkan dan menyebabkan 2 kes telah diabaikan. Pada bulan November terdapat 5 kes telah dilaporkan dan didaftarkan dan menyebabkan tiada kes telah diabaikan. Pada bulan terakhir dalam tahun 2014iaitu bulan Disember terdapat 4 kes demam Denggi yang telah dilaporkan dan didaftarkan dan tiada kes telah diabaikan. Secara keseluruhan dan daripada data yang telah dikumpulkan jumlah kes demam denggi yang telah dilaporkan ialah sebanyak 63 kes manakala tedapat 35 kes telah didaftarkan dan menyebabkan 27 kes telah diabaikan.

Tempat/lokasi/Tarikh notifikasi kes yang didaftar mengikut bulanan.

Bulan2014Tarikh dilaporLokaliti Kes

Januari11/01/201431/01/2014 Kg.Kuak Luar, Pgkln Hulu Kg.Sri Utara, Klian Intan. Pgkln Hulu

Februari14/02/201414/02/201416/02/2014 Kg.Selarong, Pgkln Hulu Kg.Pahit Luar, Kerunai ( wabak D/D ) Kg.Pahit Luar, Kerunai (wabak D/D )

Mac05/03/201430/03/2014 Kg.Pong, Belukar Semang. Pgkln Hulu Kg.Pondok Al-Latifiah, Kuak Luar. Pgkln Hulu

AprilTiada Tiada kes daftar

Mei05/05/201416/05/2014 Kg.Pahit Tengah, Kerunai Kg.Sri Utara, Klian Intan. Pgkln Hulu

Jun15/06/201425/06/201429/06/201430/06/2014 Kg.Pdg Tamat, Pgkln Hulu ( wabak D/D ) Kg.Pdg.Tamat, Pgkln Hulu ( wabak D/D ) Tmn.Aman, Pgkln Hulu Kg.Selarong, Pgkln Hulu

Julai01/07/201404/07/201412/07/201414/07/201416/07/201418/07/201419/07/2014 Krts Balai Polis Pgkln Hulu Felda Lepang Nenering, Pgkln Hulu Kg.Tjg.Luas, Pgkln Hulu Kg.Bukit Buloh, Pgkln Hulu ( wabak D/D ) PPMS Tanah Hitam, Pgkln Hulu Kg.Bukit Buloh, Pgkln Hulu ( wabak D/D ) Kg.Bukit Buloh, Pgkln Hulu ( wabak D/D )

Ogos01/08/201403/08/201416/08/2014 Felda Lepang Nenering, Pgkln Hulu Kg.Sri Utara, Klian Intan. Pgkln Hulu Kg.Tasek, Belukar Semang. Pgkln Hulu

SeptemberTiada Tiada kes daftar

Oktober21/10/201421/10/201421/10/2014 Tmn.Semarak, Pgkln Hulu Tmn.Lam Kok Loon, Pgkln Hulu Krts JKR Pgkln Hulu

November08/11/201410/11/201417/11/201424/11/201429/11/2014 Kg.Tjg.Luas, Air Panas. Pgkln Hulu Kg.Pdg.Tamat, Pgkln Hulu Pondok Al-Latifiah, Kuak Luar. Pgkln Hulu MRSM Pgkln Hulu Tmn.Sentosa, Pgkln Hulu

Disember09/12/201409/12/201418/12/201429/12/2014 Kg.Pdg.Tamat, Pgkln Hulu Kg.Selarong, Pgkln Hulu Kg.Kuak Tengah, Pgkln Hulu Tmn.Sri Jaya, Pgkln Hulu

( Data disediakan dari bulan Januari hingga Disember 2014 )Jadual di atas menunjukkan tempat,tarikh lokasi notifikasi yang telah didaftarkan sepanjang bulan Januari sehingga bulan Disember 2014.Langkah Pencegahan Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu. Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup. Gunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah. Menjalankan tinjauan aedes/pemeriksaan aedes dalam lingkungan 200/400meter radius. Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (kompaun RM500.00). Menjalankan semburan kabus (ULV) & semburan asap (Fogging) dalam lingkungan 200/400meter radius (KKM/MDPH). Menjalankan pemusnahan takungan/jentik-jentik (larvaciding/abating/bunjut/Oilling/spray) seperti longkang, pelepah keladi, tin-tin kosong, tong drum dll. Menjalankan pendidikan kesihatan seperti ceramah, edar risalah, poster, secara individu dan sebagainya. Menjalankan pengesanan kes demam denggi ( ACD ). Menubuh pasukan COMBI bagi membimbing masyarakat & peranan masyarakat/perubahan tingkahlaku.

RumusanSecara keseluruhannya, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil berat dan memandang ringan mengenai kejadian demam Denggi. Ini dapat dibuktikan dengan ditunjukkan oleh statistik iaitu terdapat 27 kes lagi demam Denggi yang diabaikan dan tidak didaftarkan. Masyarakat seharusnya mengambil berat dan segera ke klinik berhampiran sekirannya mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit ini. Rawatan awal penyakit ini dapat mengurangkan risiko kematian. Kempen dan ceramah tentang bahaya denggi dapat memberi kesedaran kepada penduduk. Di samping itu, denda dikenakan kepada penduduk yang terlibat dalam pembiakan nyamuk. Ini akan memberi sedikit kesedaran untuk penduduk dan mendorong mereka membersihkan halaman rumah mereka. Jelaslah di sini bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting bagi mengurangkan kejadian demam Denggi.