isu denggi

22
GMGA 2033 Etika Pentadbiran Awam PENGLIBATAN PENDUDUK DI KAWASAN TADBIR URUS MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ) DALAM MEMERANGI KES DENGGI MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG 1. Pengenalan Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit: Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam. Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun 1

Upload: izrinfarahhaninovy

Post on 14-May-2017

280 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

PENGLIBATAN PENDUDUK DI KAWASAN TADBIR URUS MAJLIS BANDARAYA

PETALING JAYA (MBPJ) DALAM MEMERANGI KES DENGGI MELALUI

AKTIVITI GOTONG ROYONG

1. Pengenalan

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi

(genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui

gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.Terdapat

dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan

Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata4

hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam

mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

• Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta

dengan kemunculan ruam.

• Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom

demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk,

ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

• Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

• Kadar kematian amat rendah.

Menyedari hal ini, pencegahan merupakan kaedah terbaik untuk mengekang penularan

demam denggi. Kesedaran untuk mengekang penyakit ini dalam kalangan masyarakat perlu

diterapkan kerana tanpa kerjasama semua pihak usaha ini tidak mungkin mencapai matlamatnya.

1

Page 2: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

2. Pernyataan Masalah

Demam denggi merupakan salah satu penyakit bawaan vektor yang masih lagi menjadi

ancaman kepada manusia.Kes ini telah di dapati meningkat dari tahun ke tahun namun masih

lagi menjadi masalah kepada kesihatan umum.Bagi negeri Selangor, kes Demam Denggi masih

lagi belum dapat di kawal sepenuhnya. Justeru, kajian ini adalah merupakan satu analisis kepada

data-data kes Demam Denggi yang di kaji semenjak tahun 2009 hingga 2012 khasnya di bawah

pentadbiran pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

3. Komposisi Ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya

MPBJ di ketuai oleh seorang Datuk Bandar yang berpangkat Jusa C-VU7.Tugas beliau

dibantu oleh seorang Timbalan Datuk Bandar yang menyandang Gred – M54.Dalam carta

organisasi MBPJ, terdapat enam (6) unit-unit berbeza yang berada dibawah penyeliaan Datuk

Bandar.Manakala, sepuluh (10) jabatan-jabatan berbeza berada dibawah pentadbiran Timbalan

Datuk Bandar. Dalam isu denggi ini, ia diletak dibawah Jabatan Kesihatan Persekitaran,

Bahagian Kesihatan Awam. Ia deketuai oleh seorang Pengarah yang menyandang gred U52.

Berikut adalah carta organisasi ahli-ahli MBPJ secara terperinci:

2

Page 3: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

Setiap jabatan menjalankan fungsinya yang tersendiri di bawah portfolio yang dipegang.

Bagi pengawalan penyakit berjangkit seperti denggi ini jabatan yang bertanggungjawab menyelia

hal ini ialah Jabatan Kesihatan Persekitaran. Antara peranan umum jabatan ini ialah

mengendalikan aktiviti perkhidmatan kesihatan di kawasan sekitar Petaling Jaya, pengurusan

perkhidmatan alam sekitar dan pengurusan kompaun. Fungsi jabatan ini secara khusus adalah

seperti di bawah:

Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti kesihatan awam seperti kawalan mutu

makanan, kebersihan alam sekitar, dan kawalan penyakit.

Mengurus dan menyelia aktiviti-aktiviti perniagaan, perkilangan, kawalan mutu air,

kawalan udara dan bising.

Kawalan vektor dan penyakit berjangkit.

Menguruskan dan menyelia aktiviti-aktiviti perkhidmatan bandar.

3

Page 4: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

4. Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini dilakukan bertujuan adalah untuk menangani krisis penyakit

Demam Denggi khususnya di kawasan MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.

Manakala objektif spesifik antara lainnya ialah:

Untuk mengenal pasti punca krisis penyakit Demam Denggi.

Untuk mengenalpasti penyebab krisis penyakit Demam Denggi

Untuk mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat dalam krisis.

Untuk mengenalpasti faktor – faktor yang menyebabkan peningkatan kes Demam Denggi

di Selangor.

Untuk mencadangkan langkah - langkah kawalan dan pencegahan penyakit Demam

Denggi.

5. Metadologi

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi

menyempurnakan sesuatu kajian. Laporan kajian ini dibuat dengan mengumpul maklumat

daripada sumber yang diperolehi dari internet, media massa, perpustakaan serta dari laporan

kajian terdahulu dan Laporan Tahunan MBPJ. Pengumpulan data sekunder juga diperolehi dari

bahan bacaan seperti buku, jurnal, laman web, artikel, laporan atau kajian selain dari rujukan

melalui keratan-keratan akhbar.

6. Analisis Kajian

Kenapa Kes Denggi Banyak Di Selangor?

Denggi merupakan penyakit virus bawaan vektor (pembawa) dan dikenali sebagai penyakit

urban (bandar). Pembangunan yang pesat menjadikan virus ini susah hendak dikawal kerana di

kawasan bangunan tidak siap menjadi tempat utama tempat pembiakan nyamuk. Ini dibuktikan

4

Page 5: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

dengan statistik.Melalui bilangan premis tapak binaan yang disiasat di Selangor, 57% didapati

positif untuk indeks aedes.Sedangkan kawasan perumahan cuma menyumbang 1.3% kes positif.

Selangor juga mempunyai populasi tertinggi di Malaysia iaitu hampir 5 juta orang.Ini ialah 26%

daripada total populasi Malaysia.Jadi tidak hairanlah Selangor mengepalai kes denggi dengan

32.5% daripada keseluruhan kes denggi iaitu 14,814 daripada 45,557 kes.

Pekerja warga asing yang banyak tertumpu di Selangor yang kebanyakannya tiada penempatan

yang tetap dan berpindah randah mengikut pembangunan projek juga menyulitkan kawalan

denggi secara optimum.Kebanyakan warga asing tinggal di struktur penempatan yang bersepah,

tidak bersih dan kurang kemudahan kesihatan juga menyumbang kepada kes peningkatan denggi.

7. Statistik Kes Denggi MBPJ

Daripada sumber Laporan Tahunan yang didapai di laman web MBPJ, menunjukkan statistik

kes denggi yang berlaku dikawasan Petaling Jaya meningkat pada setiap tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2012, bilangan kes denggi yang dilapor adalah sebanyk 1,197 kes, manakala

sebanyak 1,343 kes telah dilapor pada tahun 2011.Laporan yang sama dibuat pada tahun 2010

melibatkan sebanyak 1,656 kes.

Walaupun bilangan kes yang dilapor di lihat berkurangan pada tahun 2012, akantetapi

bilangan kes yang disahkan pada tahun 2012 meninggkat sebanyak 584 kes berbanding 434 kes

pada tahun 2011. Manakala, pada tahun 2011 pula, bilangan kes yang disahkan adalah sebanyak

485 kes.

Untuk mengelakkan kes denggi ini berleluasa, pihak MBPJ telah mengadakan semburan

fogging dari rumah ke rumah.Menurut statistik pada tahun 2012, memperlihatkan sebanyak

424,551 buah rumah telah terlibat dengan aktiviti semburan ini.Manakala pada tahun 2011,

angkanya telah menurun sebanyak 366,738 sahaja.Akan tetapi, pada tahun 2010, jumlah rumah

yang terlibat dalam semburan fogging meningkat sebanyak 912,503 buah rumah.

5

Page 6: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

Selain dari rumah, pihak MBPJ juga telah turut memfokus pemeriksaan mereka kepada pejabat-

pejabat kerajaan. Bilangan pejabat kerajaan yang diperiksa pada tahun 2012 adalah sebanyak 35

buah, berbanding 75 pemeriksaan pejabat telah dilakukan masing-masing pada tahun 2011 dan

2010.

Kilang-kilang di bawah kawasan pentadbiran MBPJ juga tidak terkecuali dari diperiksa

dan statistik untuk tahun 2012 menunjukkan sejumlah 170 buah kilang terlibat dalam

pemeriksaan ini. Pada tahun 2011 pula, sejumlah 294 kilang telah diperiksa tetapi jumlah ini

menurun pada tahun 2010 yang hanya menyaksikan sebanyak 144 buah kilang sahaja yang telah

di periksa.

Selain daripada itu, MBPJ telah membuat pemeriksaan berkala melalui pemeriksaan dari

rumah ke rumah dalam menangani isu denggi ini.Sejumlah 42,950 pemeriksaan keatas rumah

telah direkodkan pada tahun 2012. Peningkatan bilangan rumah yang diperiksa jelas direkodkan

pada tahun 2011 iaitu sebanyak 51,682 manakala 77,258 buah rumah terbabit pada tahun 2010.

Berikut adalah kesimpulan yang dapat dirumus untuk memudahkan kita melihat statistik

kiraan dan bacaan untuk tiga tahun berturut-turut ini:

Kes Denggi Tahun 2012

6

Page 7: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

Kes Denggi Tahun 2011

Kes Denggi Tahun 2010

8. Kepentingan Gotong Royong

Melihat kepada statistik kes denggi di atas, maka adalah perlu untuk pihak kerajaan

tempatan, yakni MBPJ melakukan usaha mengadakan gotong royong bersama penduduk

setempat dalam memerangi kes denggi ini. Aspek perpaduan antara masyarakat harus kukuh

untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden apatah lagi Malaysia terdiri dari

masyarakat yang berbilang kaum.

Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu,

dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.

Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang,

7

Page 8: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong boleh merapatkan

ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di

pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan

membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini.

Budaya bergotong-royong merupakan amalan kerjasama yang berdasarkan kesanggupan

seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara ikhlas; tanpa mengharapkan sebarang

balasan dalam bentuk upah atau gaji. Secara jelas, bergotong-royong mengetepikan sikap

mementingkan diri sendiri dan kebendaan. Aktiviti seperti ini dapat mengecilkan jurang

perbezaan yang disebabkan pelbagai aspek seperti sosial, kaum dan ekonomi. Sekaligus,

perpaduan erat dapat dicapai antara masyarakat Malaysia.

Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.Demikian juga tentang

kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya

dan juga belanjanya akan menjadi kurang dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah

prinsip gotong-royong. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk

gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk

pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.

9. Penglibatan masyarakat

Oleh kerana kes Denggi yang meningkat di kawasan pentadbiran MBPJ, maka, penglibatan

masyarakat setempat untuk berganding bahu bersama MBPJ di lihat amat penting bagi

memastikan isu ini dapat ditangani dengan baik.Justeru, melalui kajian, kami dapati bahawa,

terdapat kerjasama erat daripada penduduk setempat. Sebagai contoh, Persatuan Penduduk

Seksyen 6 Kota Damansara dengan kerjasama MBPJ telah mengadakan Gotong Royong

Membersih Kawasan Bagi Mencegah Denggi yang diadakan secara dua peringkat iaitu Zon 1

dan Zon 2. Pemilihan Kawasan Zon 1 dan Zon 2 ini berdasarkan keadaan kawasan yang kritikal

oleh kerana iamencatatkan kes Denggi yang agak Tinggi sejak November 2010.

8

Page 9: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

Sebelum aktiviti gotong royong ini dijalankan, pihak MBPJ telah mengadakan sesi taklimat

kepada penduduk setempat agar program yang diajurkan berjalan dengan lancar. Selain taklimat,

pameran mengenai punca pembiakkan dan kesan dari wabak denggi serta cara membenterasnya

juga diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk sekitar.

Contoh lain pula ialah penduduk di Persatuan Penduduk Apartment Impian Baiduri, Petaling

Jaya juga telah mengadakan acara Gotong Royong Perdana pada 15 Julai 2012. Ia bertujuan

untuk membersihkan kawasan persekitaran apartment bagi mencegah pembiakan jentik-jentik

dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Selain itu, para pengamal perubatan juga perlu sentiasa peka dengan kawasan wabak Denggibagi

membantu mereka untuk mendiagnos kes Denggi denganlebih awal dan mengurangkan risiko

kematian akibat Denggi.Menurut kajian, terdapat dikalangan pegawai perubatan yang tidak

melaporkan kes demam denggi yang sedang dirawat di hospital.Jika ini dapat dikawal, maka

Jabatan Kesihatan MBPJ boleh menjalankan aktiviti kawalan fogging, ulv dan larvaciding di

kawasan yang berisiko tersebut.

10. Mekanisme dalam menggalakkan penyertaan penduduk

Dalam usaha untuk menggalakkan penyertaan penduduk setempat, MBPJ telah menjalankan

pelbagai aktiviti mencegah denggi dengan mengedar risalah dari rumah ke rumah untuk memberi

kesedaran kepada orang ramai supaya bertindak proaktif dalam menjaga kebersihan kawasan

sekitar. Ini penting kerana punca terjadinya Denggi boleh dibendung jika penduduk peka dan

mempunyai tingkat kesedaran yang tinggi tentang cara pencegahannya.

Selain itu, aktiviti gotong royong akan berjaya menarik ramai penyertaan yang diiklankan

melalui kain-kain rentang yang dipasang di tempat-tempat yang strategikserta mudah dilihat oleh

ramai orang. Kemunculan individu yang berpengaruh seperti golongan artis popular juga dilihat

dapat menarik minat orng ramai untuk turun padang menjayakan aktiviti ini. Peluang ini perlu

9

Page 10: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

digunakan kerana ia memberi impak yang besar dan golongan seperti ini boleh menjadi role

model yang baik dikalangan penduduk setempat.

11. Masalah dan Cabaran

Adalah menjadi lumrah apabila sesuatu aktiviti dijalankan, akan terdapat beberapa masalah

dan cabaran.Antara isunya ialah ada kalanya, aktiviti gotong royong ini terpaksa dijalankan dua

peringkat walaupun dikawasan yang berdekatan.Ini disebabkan oleh kekurangan peralatan dari

pihak MBPJ sendiri. Contohnya, MBPJ tidak mempunyai alatan yang cukup untuk digunakan

oleh sekumpulan orang ramai pada waktu yang sama contohnya mesin penyembur air .

Selain itu, cabaran lain yang dihadapi oleh MBPJ adalah untuk mendapat sokongan dari

penduduk setempat. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan masa kerana masing-masing sibuk

dengan aktiviti harian. Selain daripada itu, wujud juga sikap sambil lewa dikalangan individu

dalam menangani isu denggi ini disebabkan kurangnya kesedaran akan bahaya wabak ini.Ramai

yang tidak sedar, malah mereka lebih mengharapkan pihak kesihatan atau PBT untuk menangkis

kejadian demam denggi ini sedangkan masyarakat adalah medium penting dalam memerangi

denggi ini.Tugas ini bukanlah hanya patut digalas oleh pihak kesihatan dan PBT sahaja.Justeru,

peranan masyarakat sangat penting dalam mengurangkan kejadian demam denggi.

Nilai gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat masa kini. Nilai

dalam masyarakat moden sudah semakin susut seiring dengan kemajuan negara dalam era

globalisasi. Masyarakat Malaysia khususnya kaum belia hari ini seakan kurang nilai dalam diri

mereka. Aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan pihak berkuasa tempatan dipandang sepi dan

hanya mendapat sambutan daripada golongan pertengahan atau warga emas yang sudah pencen.

Masyarakat masa kini lebih individualistik dan materialistik. Mereka cukup menyendiri

lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi

perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari wang dan pangkat kononnya untuk

memperoleh keselesaan dalam kehidupan.

10

Page 11: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

”Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini.

Sikap mengharapkan balasan atas sesuatu pekerjaan yang dilakukan menunjukkan sifat

keikhlasan semakin pudar dalam masyarakat kita. Walhal, setiap apa yang dilakukan juga akan

membawa manfaat kepada diri mereka tetapi masyarakat seakan menutup mata dengan hal-hal

yang melibatkan kepentingan bersama ini.

Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Jiran di sebelah tidak

dikenali sehinggalah terjadi hal-hal yang tidak dijangka seperti kemalangan dan kecemasan.

Senario seperti ini yang banyak ditayangkan dalam media massa dan iklan-iklan sebenarnya

memang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita.

Memetik kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia, beliau

menganalogikan rakyat Malaysia sebagai ‘first class facility, third class mentality’. Kenyataan

ini mempunyai sindiran yang cukup mendalam terhadap sikap rakyat Malaysia. Rakyat negara

ini terutamanya di kawasan bandar sangat dimanjakan dengan pelbagai kemudahan yang

diberikan pihak kerajaan. Namun begitu, penghargaan terhadapnya amat menyedihkan. Rakyat

Malaysia gemar mengkritik atau ‘big complaint’ tetapi sangat kurang untuk membantu.

Misalnya, mengkritik kawasan sekitar yang kotor yang tidak diselenggara pihak terlibat, tetapi

tidak mahu membantu memelihara kawasan sekitar daripada menjadi kotor atas alasan bukan

tugas mereka. Walhal, sebenarnya, bukankah pemeliharaan kawasan setempat adalah

tanggungjawab bersama?

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, baru-baru ini kerajaan telah melibatkan

beberapa artis dalam kempen kesedaran anti-denggi.Penglibatan artis ini bertujuan untuk

menggunakan pengaruh mereka dalam mengubah pemikiran masyarakat. Namun begitu, aktiviti

yang melibatkan artis ini, sebagaimana yang disiarkan dalam media, melibatkan kos yang agak

besar untuk dibelanjakan untuk program ini. Adalah dilihat lebih baik jika sumber kewangan ini

digunakan untuk menyiarkan cara-cara untuk menjauhi rumah daripada nyamuk Aedes.

11

Page 12: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

12. Pihak Yang terlibat

Untuk membasmikan penyakit ini secara berkesan, memerlukangabungan langkah pencegahan

bersifat jangka pendek dan jangka panjang.Langkah pencegahan jangka pendek seperti

memastikan bilangan tong sampah yang mencukupi, kerap membersihkan parit, pemeriksaan

tempat pembiakan Aedes, dan menyembur ubat pembasmi nyamuk. Aktiviti ini perlu dijalankan

dengan lebih kerap lagi.

Bagi membasmi penyakit ini dalam jangka panjang pula, ia memerlukan pendekatan yang

berstrategik. Kejadian musim hujan dan banjir telah mengakibatkan penularan penyakit denggi

semakin teruk.Pihak berkuasa kesihatan perlu dilengkapi dengan kakitangan dan kemudahan

yang mencukupi.Program pendidikan yang multi-sektor perlu diwujudkan bagimemberi panduan

yang tepat dan mampu melakukan perubahan sikap.Bagi membasmikan penularan penyakit

denggi secara menyeluruh,masyarakat hendaklah bersiap-sedia dan bersatu padu menjalankan

aktivitipencegahan.Kerajaan perlu mengadakan jadual pencegahan denggi danbekerjasama

dengan semua lapisan masyarakat, Jawatankuasa anti-denggi diperingkat kampung boleh

diwujudkan untuk mengawasi masalah denggi dikawasan mereka.

Peranan ibu bapa amat penting untuk mendidik anak-anak mereka .Selainmemberikan

pendidikan di sekolah, ibu bapa perlu mendidik dengan memberimaklumat kepada anak-anak

tentang penyakit-penyakit yang hangat meningkat diMalaysia terutamanya penyakit demam

denggi.Selain itu, banyak lagi penyakit-penyakit berjangkit yang kini berlaku di Malaysia yang

boleh membawa kematian.Ibu bapa harus menjadi “role model” kepada anak-anak supaya

menitikberatkantetang langkah kawalan dan pencegahan demam denggi di kawasan kediaman.

Sikap bergotong-royong juga patut diamalkan di kalangan pelajar. Penglibatan para pelajar

dalam kerja gotong-royong dapat mendedahkan mereka kepada cara hidup bermasyarakat. Di

samping itu, amalan gotong-royong juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Para pelajar boleh menerapkan amalan ini dalam kegiatan persatuan, perbincangan, bersukan dan

lain-lain.Contohnya, dalam kegiatan persatuan, projek yang dirancangkan boleh berjalan dengan

12

Page 13: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

lebih lancar dan tanpa gangguan sekiranya ahli-ahlinya mengamalkan sikap bergotong-royong.

Hasil kerja yang dilaksanakan juga akan lebih baik di samping menjimatkan masa dan tenaga.

Pentingnya sikap gotong-royong ini diamalkan oleh para pelajar bukan sahaja kerana

dapat menguntungkan mereka, tetapi boleh juga menguntungkan masyarakat.Ini adalah kerana

mereka boleh menyalurkan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat setempat. Secara tidak

langsung, usaha ini akan dapat membantu membina semangat kejirananan dan menguatkan

perpaduan di kalangan anggota masyarakat, tidak kira di desa ataupun bandar.

13. Gambaran aktiviti gotong royong penduduk setempat

13

Page 14: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

14. Cadangan

Masalah penyakit Demam Denggi ini semakin menular di negara kita.Semakinbertambah

bilangan yang terkorban disebabkan oleh penyakit ini.Oleh yang demikianpihak berwajib

terutama pihak kesihatan hendaklah sentiasa meningkatkan pengawasandan pemantauan di

samping memberi khidmat pendidikan kesihatan kepada masyarakatumum supaya lebih berhati –

hati dengan penyakit ini. Secara tidak langsung kaedah ini dapat membantu masyarakat supaya

lebih peka terhadap keadaan persekitaran merekaserta menjaga kebersihan rumah dan diri.

14

Page 15: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

Berdasarkan kenyataan masalah yang dinyatakan, adalah menjadi satukepentingan untuk

meningkatkan pengetahuan danpemahaman masyarakat mengenai risiko penyakit Demam

Denggi. Oleh kerana kadar peningkatan kes denggi amat membimbangkan semua pihak

khususnya pihak PejabatKesihatan Daerah,beberapa cadangan telah disyorkan disini untuk

tindakan berkesan supaya kadar kepadatan dan taburan kes demam denggiberkurangan.

Antara cadangannya adalah dengan memperkasakan peranan Jawatan Kuasa dan Keselamatan

Kampung (JKKK) dalam menggerakkan penduduk sekitar untuk mengambil langkah

pencegahan denggi. Program gotong-royong berkala bersama penduduk sekitar boleh diadakan

untuk menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas bagi individu yang gagal

memastikan kawasan premis mereka bebas pembiakan nyamuk. Kompaun yang dikenakan

sekarang ialah RM500 jika disabit kesalahan membiak nyamuk Aedes. Penguatkuasaan

kompaun perlu ditegaskan dan telus tanpa sebarang kompromi.

Mendidik masyarakat mengenai bahaya wabak denggi boleh dilakukan menerusi pelbagai

medium. Antaranya, media cetak dan media massa boleh menyediakan iklan kempen kesedaran

bahaya denggi dan kempen berbentuk pendidikan pencegahan denggi. Pihak kementerian

kesihatan boleh mengadakan ceramah kesihatan secara berkala kepada masyarakat mengenai

langkah membendung penularan wabak denggi ini.

Pihak berkuasa tempatan juga perlu disiplin dalam menetapkan jadual semburan nyamuk

‘fogging’ di kawasan sekitar yang terlibat. Jadual ‘fogging’ perlu dipatuhi dan dihebahkan

kepada penduduk setempat supaya mereka perlu sentiasa bersedia. Pemantauan juga perlu

dilakukan bukan sahaja terhadap penduduk di kawasan perumahan, tetapi juga di premis

perniagaan dan kawasan tanah persendirian. Tindakan tegas perlu diambil kepada pemilik yang

gagal memastikan kawasan mereka selamat daripada pembiakan nyamuk Aedes.

15

Page 16: ISU DENGGI

GMGA 2033Etika Pentadbiran Awam

15. Kesimpulan

Kajian ini telah memperolehi data – data yang dikehendaki seperti info berkaitan isu yang

dibangkitkan.Maklumat yang diperolehi dari internet dan ditapis bagi mendapatkan maklumat

yang diperlukan bagi mencapai objektif yang telah digariskan.Hasil daripada laporan, didapati

bahawa penyakit demam denggi merupakan penyakit yang berbahaya dan isu penyakit ini tidak

boleh dipandang rendah oleh semua pihak.

Seperti yang kita sedia maklum, penyakit demam denggi bukan sahaja boleh manyebabkan

kematian tetapi turut mengambil masa yang lama untukdirawat.Hal ini menyebabkan kesan

buruk kepada masyarakat memandangkan mereka adalah golongan yang berisiko tinggi untuk

dijangkiti penyakit ini kerana kurangnya pengetahuan tentang penyakit ini.Oleh itu, semua pihak

terutama masyarakat dan pihak kesihatan hendaklah memandang serius masalah ini agar dapat

mengurangkan jangkitan penyakit ini dalam kalangan masyarakat di negara kita. Kerjasama yang

padu bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat amat penting dalam menangai isu denggi

ini. Hubungan erat yang terjalin antara penduduk setempat dan PBT amat perlu kerana dengan

adanya penglibatan kedua-dua pihak secara konsisten, isu denggi dan program gotong royang

boleh dilakukan secara berterusan dan tidak dilakukan secara bermusim sahaja.

16