majlis bandaraya petaling jaya jalan yong shook … · jumlah kes demam denggi mingguan pada minggu...

22
1/22 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (14) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 7 TAHUN 2017 Tarikh : 28 Julai 2017 (Jumaat) Masa : 10.00 Pagi 11.44 Pagi Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 15 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Julai 2017. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Majlis pada kali ini. Beliau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang Majlis. Segala pencapaian dan kejayaan pastinya

Upload: vanxuyen

Post on 13-Mar-2019

270 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (14)

MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017)

BILANGAN 7 TAHUN 2017

Tarikh : 28 Julai 2017 (Jumaat) Masa : 10.00 Pagi – 11.44 Pagi

Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO

2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 15 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Julai 2017.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Majlis pada kali ini. Beliau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang Majlis. Segala pencapaian dan kejayaan pastinya

2/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

menuntut komitmen yang jitu selain semangat kerja berpasukan. Beliau juga mengharapkan agar tanggungjawab yang digalas dapat dipertingkatkan seiring dengan visi dan misi Majlis.

3.2 PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA ON STREET

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menamatkan kontrak penswataan letak kereta On Street dengan syarikat Godell Parking Sdn. Bhd dan mengambil alih kembali pengurusan kutipan letak kereta di Petaling Jaya berkuatkuasa pada 22 Jun 2017.

Sebanyak 759 mesin bayar dan peraga (PND) telah diserahkan kepada Majlis. Walaubagaimanapun, semakan awal mendapati 57% atau 432 mesin PND ini telah mengalami kerosakan dan tidak dapat dibaiki menyebabkan aktiviti kutipan letak kereta tidak dapat dijalankan dengan lancar.

Sehubungan itu, Majlis telah memutuskan untuk menggantikan Sistem Letak Kereta Bayar dan Peraga yang diguna pakai sekarang kepada Sistem Kupon bagi tujuan pengurusan kawalan petak letak kereta di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Majlis telah mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Kewangan Negeri (PWN) bagi pelantikan pembekal secara rundingan terus untuk membekalkan kupon letak kereta (dalam tempoh 6 bulan) sementara proses lantikan secara tender dibuat.

Buat pada masa ini, pas bulanan letak kereta dan mesin PND yang masih beroperasi boleh digunakan bagi tujuan bayaran letak kereta. Tindakan penguatkuasaan hanya akan diambil sekiranya mesin yang berada di kawasan berhampiran berfungsi. Majlis akan melaksanakan sistem pengurusan letak kereta `on street‟ mengikut teknologi semasa dan akan cuba mempelbagaikan cara pembayaran seperti kupon dan sistem bagi memudahkan pembayaran oleh pengguna – mobile apps. Beliau turut berharap agar pelaksanaan sistem pengurusan letak kereta yang baru akan dapat beroperasi dengan lancar dan memberikan perkhidmatan terbaik.

3/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

3.3 BANDAR RAYA PETALING JAYA – BANDAR SEONGBUK-GU METERAI PERJANJIAN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dibawah program „Sister City‟ dengan Bandar Seongbuk-Gu pada 19 Julai 2017 yang lalu. Bidang kerjasama yang telah dipersetujui untuk dimeterai bersama bagi kedua-dua bandar raya merangkumi aspek perdagangan, kebudayaan dan pendidikan.

Kerjasama dua hala ini diharap dapat memberi manfaat kepada bandar Seongbuk-Gu dalam mempelajari best practices yang terdapat di Petaling Jaya dan negeri Selangor selari dengan hasrat Kerajaan Negeri ingin menjadikan negeri Selangor sebagai Smart City.

Bandar Seongbuk-Gu merupakan satu daripada daerah yang membentuk bandar raya metropolitan Seoul yang terkenal dengan sistem penguatkuasaan yang berkesan, seni landskap yang menghijau, perancangan ruang serta kemudahan awam yang sistematik disamping menitikberatkan peninggalan artifak sejarah masyarakat Korea untuk generasi akan datang.

Delegasi Majlis turut dibawa melawat beberapa program komuniti seperti Youth Culture Institue yang merupakan pusat perkembangan minda golongan remaja, Arirang Cine Centre sebuah panggung wayang yang memberi peluang kepada penggiat seni mempamerkan filem pendek (short film) tanpa dikenakan sebarang bayaran, Seongbuk-Gu Public Library dan Seongbuk-Gu Leisure Sport Centre.

3.4 FASA KEDUA PENYERAHAN TONG SAMPAH PERCUMA

KEPADA PENDUDUK PETALING JAYA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan memulakan fasa kedua penyerahan tong sampah sebanyak 62,000 unit bermula 22 Julai 2017. Majlis telah memperuntukan sebanyak RM 7 Juta bagi menyerahkan tong Mobile Garbage Bin (MGB) berkapasiti 120 liter berkenaan kepada setiap pemilik kediaman bertanah di bandar ini secara PERCUMA.

Objektif utama pengedaran tong sampah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai terhadap kepentingan kaedah pembuangan sampah dengan sempurna melalui penggunaan tong sampah yang sesuai. Secara tidak

4/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

langsung melalui inisiatif ini, tahap kebersihan di Petaling Jaya dapat ditambah baik dan membantu Majlis untuk mencapai sasaran indeks kebersihan pada skala <2.5 seperti ditetapkan di dalam kajian Merdeka Center.

Melalui insiatif ini, ia dapat memudahkan kontraktor kutipan yang dilantik oleh Majlis untuk mengangkat sampah masuk ke dalam lori. Selain itu dapat menghindarkan daripada kacau ganggu seperti binatang dan bau busuk. Justeru, selepas edaran tong sampah percuma ini, Majlis akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis kediaman yang tidak menggunakan tong sampah yang telah dibekalkan.

Pada fasa pertama yang lalu, penduduk yang menerima tong sampah berkenaan telah menandatangani „Surat Aku Janji‟ dan diwajibkan untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Namun pada tahun ini, Majlis telah memudahkan urusan edaran tong sampah kepada semua pemilik rumah bertanah tong sampah berkenaan tanpa perlu menyediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan dan salinan cukai taksiran.

Pemilik rumah yang tidak mahu tong berkenaan, tidak wajib untuk menerima tong sampah itu, namun wajib menggunakan tong yang mempunyai piawaian yang serupa. Contohnya tong mengikut piawaian “European Standard” (EN) atau piawaian ISO 120-liter tong beroda (MGB bin). Hal ini kerana, Majlis akan mewajibkan setiap pemilik rumah bertanah menyediakan tong sampah dan tindakan penguatkuasaan bermula pada November 2017.

Pengedaran tong sampah itu akan dibuat dari rumah ke rumah atau melalui program yang dianjurkan oleh Ahli Majlis MBPJ berdasarkan tarikh yang ditetapkan. Pemilik premis yang tidak berkesempatan untuk mengambil tong sampah berkenaan boleh mendapatkannya di pusat pengumpulan di Jalan SS8/39 mulai 1 Ogos 2017. Pemilik premis berkenaan perlu menandatangani surat akuterima yang disediakan. Pusat pengumpulan dibuka mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.

3.5 BERSAMA AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Menurut hasil kajian penyelidik Universiti Stanford, California menunjukkan secara purata rakyat Malaysia berjalan sebanyak 3,963 langkah sehari dengan meletakkan kedudukan Malaysia di tangga ke-44 buah negara malas berjalan dari 46 negara

5/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

meninggalkan Arab Saudi (3,807) dan Indonesia (3,513) langkah sehari.

Kajian yang dilakukan dengan menggunakan aplikasi dalam telefon pintar ke atas 700,000 orang yang melibatkan 46 buah negara ini juga menyaksikan negara Hong Kong dan China menduduki tempat teratas dan kedua negara paling banyak berjalan dengan masing-masing mencatatkan sebanyak 6, 880 dan 6,189 langkah setiap hari.

Di antara kebaikan-kebaikan berjalan kaki adalah membantu mengekalkan berat badan yang sihat, mengurangkan tekanan, menguatkan sistem imunisasi badan, menguatkan otot dan tulang, memperbaiki koordinasi badan selain mampu mengurangkan risiko penyakit seperti jantung, diabetes, asma dan kanser.

Berdasarkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia, kajian ini jika dilihat dari sudut pemerhatian bebas, juga ada asasnya. Rata-rata rakyat Malaysia dilihat kurang kesedaran dan kurang cakna tentang pentingnya berjalan dalam membantu dan mengekalkan cara hidup sihat mereka.

Setiap individu disarankan untuk berjalan sekurang-kurangnya 4,000 hingga 5,000 langkah sehari bagi mengekalkan kesihatan badan mereka. Mengambil contoh negara jiran Singapura, rata-rata masyarakatnya mengamalkan gaya hidup sihat yang tinggi dengan banyak berjalan. Ia juga didorong dengan kadar pakir yang mahal yang situasinya berbeza dengan rakyat Malaysia yang seboleh-bolehnya mahu memakir kenderaan mereka di tempat yang paling dekat atau hampir dengan destinasi yang ditujuinya.

Di peringkat Majlis, Majlis telah mengambil inisiatif dengan menyediakan beberapa taman rekreasi untuk dijadikan tempat bersenam untuk kemudahan orang ramai. Selain menyediakan kemudahan seperti perkhidmatan sewaan basikal bagi pengunjung di Taman Jaya, penjagaan dan pengawasan taman landskap juga dipertingkatkan bagi keselesaan orang awam untuk melakukan sebarang aktiviti-aktiviti kesihatan.

Majlis turut mengadakan kempen promosi gaya hidup sihat buat kakitangan Majlis. Kempen promosi gaya hidup sihat “jom guna tangga” merupakan usaha Majlis untuk memberi kesedaran awam kepentingan amalan bersenam, diet yang sihat, sikap positif serta pemeriksaan kesihatan berkala bagi mengelakkan penyakit. Kempen ini merupakan satu aktiviti promosi kesihatan untuk

6/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

menggalakkan warga kerja membudayakan gaya hidup yang aktif semasa di tempat kerja.

3.6 MENCEGAH AEDES DAN WABAK RABIES

Jumlah kes demam denggi mingguan pada minggu epid. 29, tahun 2017, di kawasan MBPJ adalah sebanyak 77 kes, menunjukkan penurunan kes sebanyak 45.8% berbanding minggu epid yang sama pada tahun 2016 (142 kes) dengan purata kes mingguan adalah 78 kes seminggu.

Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga 22 Julai 2017 (minggu epid ke 29/2017), adalah sebanyak 2272 kes. Jumlah kes kumulatif MBPJ bagi tahun 2017 ini adalah yang terendah berbanding dua PBT lain di daerah Petaling.

Sehingga minggu epid. 29, kawasan MBPJ merekodkan 2 kes kematian, iaitu satu kes di DUN Kota Damansara (Pangsapuri Mawar) manakala satu lagi di DUN Bukit Lanjan (Sri Damansara). Jumlah kematian di daerah Petaling adalah 10 kes.

Graf perbandingaan kes mingguan (28/7/2017), purata kes mingguan adalah dibawah paras 100 kes. Kes pada minggu epid 29 adalah menurun dari 104 kes kepada 77 kes.

7/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

Jumlah lokaliti wabak adalah 41. (2 wabak baru, 28 wabak terkawal, 1 wabak tak terkawal dan 10 wabak hotspot)

Bil Senarai Nama Lokaliti Wabak Jumlah Kes Jumlah

Hari Tarikh Wabak

Tamat

1 SRI PJS10 RIDZUAN KONDO 7 36 25/07/2017

2 SRI PJS 8 MENTARI COURT 31 69 03/08/2017

3 KD PJU5 SEK. 10 D‟ROZELLE KONDO

20 46 26/07/2017

4 KD PJU3 PLM SPRING KONDO (BLOK D,E,F)

11 40 01/08/2017

5 KD PJU1A PPRT C (BLOK G,H) 35 66 27/07/2017

6 BL PJU6 LEBUH BANDAR UTAMA

7 36 26/7/2017

7 BL PJU 9 SD COURT 24 44 04/08/2017

8 BL PJU 9 SD 8 16 59 03/08/2017

9 BL PJU 9 SD 7 14 72 23/07/2017

10 BG SE. 5 TERES (JLN 5/31-5/41)

13 45 26/07/2017

JUMLAH 178

Pecahan bilangan kes mengikut ADUN

ADUN JUMLAH KES

DUN BUKIT LANJAN 566

DUN KOTA DAMANSARA 400

DUN SRI SETIA 354

DUN TAMAN MEDAN 339

DUN DAMANSARA UTAMA 213

DUN BUKIT GASING 205

DUN KG.TUNKU 117

JUMLAH KESELURUHAN

2194

8/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

3.7 SITUASI RABIES

Penyakit rabies atau anjing gila mula di kesan pada 1 Julai 2017, di daerah Serian di negeri Sarawak. Jumlah kes rabies sehingga 18 Julai 2017 adalah empat (4) kes di mana kesemua mangsa telah meninggal dunia. Sebanyak 22 kawasan telah diwartakan sebagai kawasan wabak rabies di Sarawak.

Unit Virologi di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan pemeriksaan DNA virus rabies di Serian. Hasil penemuan menunjukkan bahawa virus tersebut mempunyai persamaan dengan genom strain virus rabies yang berasal dari Kalimantan dan Sulawesi, Indonesia. Wabak ini menunjukkan kaitan epidimiologi yang rapat bagi kes jangkitan rabies di Serian dan kes di Kalimantan.

Di Melaka, seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun yang dimasukkan ke wad Hospital Melaka kerana mempunyai sejarah digigit anjing di Serian telah menjalani ujian awal makmal rabies. Hasil keputusan makmal menunjukkan negatif.

Manakala pada 16 Julai 2017 seekor anjing di dapati positif rabies di Kuala Sepetang, Taiping Perak. Anjing tersebut telah menggigit dua (2) orang kanak-kanak. Kedua-dua kes ini tidak mempunyai gejala klinikal serta dalam keadaan stabil.

Jangkitan rabies pada anjing di Kuala Sepetang adalah melalui gigitan “rabid dog” yang dibawa melalui bot oleh warga asing dari negara jiran dan merupakan kes terpencil dan ianya tiada kaitan dengan kes rabies di Sarawak.

Sehingga kini, tiada kes penyakit rabies dikalangan manusia atau anjing dicatatkan kawasan Majlis. Satu operasi mega tangkapan anjing liar telah dijalankan pada 20hb Julai 2017 di sekitar Jalan PJS 5/10 Taman Desa Ria, melibatkan 20 anggota jabatan dan 8 orang anggota PDRM. Sebanyak 11 ekor anjing liar telah di tangkap.

Sebanyak 381 aduan gangguan anjing telah di ambil tindakan sehingga minggu epid 28, sebanyak 330 ekor anjing liar telah berjaya di tangkap. 15 kompaun dan 67 notis kacau ganggu telah dikeluarkan.

Status negara bebas wabak rabies atau anjing gila hanya dapat diisytiharkan Kerajaan Persekutuan selepas tiada lagi jangkitan positif kepada manusia dan haiwan dalam tempoh dua tahun.

9/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

3.8 OPERASI PENGUATKUASAAN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Majlis akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas pembuangan sampah-sampah haram di kawasan awam sekitar Petaling Jaya. Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (AKTA 133), UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MBPJ 2007 dan UUK Mencegah Kekotoran MPPJ 1999.

Bentuk tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah seperti kawalan statik, siasatan dan penyamaran, kompaun serta tindakan pendakwaaan. Di antara kesalahan-kesalahan yang terlibat adalah seperti pembuangan sampah di kawasan awam, menempatkan sampah binaan tanpa kebenaran dan keadaan jalan yang kotor akibat kerja-kerja tanah.

Sehingga kini, Majlis telah melaksanakan sebanyak 152 tindakan kompaun dan 11 tangkapan pembuang-pembuang sampah haram. Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan bagi menangani isu pembuangan sampah haram ini.

4. MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:-

4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 6 TAHUN 2017 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 6 Tahun 2017 bertarikh 21

Jun 2017 telah diluluskan tanpa pindaan.

10/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 6 TAHUN 2017 YANG TELAH DIADAKAN PADA 21 JUN 2017.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

6.5

CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 14 JUN 2017.

- Minta penjelasan berkenaan kerja pemasangan `Road Stud‟ dan Alat Pemisah Jalan (Separator) di Jalan Sehala (One Way Loop) yang belum dilaksanakan di Jalan Changgai dan keseluruhan `One Way Loop‟ berdasarkan saranan yang disyorkan oleh `Road Safety Auditor‟.

Majlis telah melantik kontraktor dan kerja-kerja di tapak bermula pada 17/7/2017 sehingga 9/10/2017. Cadangan pemasangan `Bollard‟ tidak digalakkan kerana kos yang tinggi dan mudah rosak akibat dilanggar kenderaan.

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-

JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER BERTARIKH 21 JUN 2017 DAN 10 JULAI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (53) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (55)

6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ.

11/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 10 JULAI 2017 DAN 19 JULAI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (2) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (4)

6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK

BERTARIKH 11 JULAI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (40) 6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, Sumber Manusia, MBPJ. 6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 12 JULAI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (8)] 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas. Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ.

6.4.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan perkara yang

dibangkitkan oleh Encik Suriase a/l Gengiah bagi perkara 7.4 di muka surat 20 iaitu:-

a) Membenarkan penggunaan api (sebagaimana kelulusan

pihak Bomba) bagi tujuan perkahwinan Hindu memandangkan api yang digunakan adalah kecil.

b) Encik Oon Chong Ling turut memaklumkan bahawa api yang digunakan adalah kecil dan terkawal, maka ianya boleh dibenarkan.

c) Perkara ini disokong oleh Encik Derek John Fernandez

dan berharap agar ada satu garis panduan dengan sokongan Bomba sekiranya tiada risiko.

12/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

d) Mesyuarat memutuskan agar Pengarah Jabatan Kemasyarakatan menyemak perkara ini dengan PBT lain dan kertas kerja berkaitan perkara tersebut hendaklah dibentangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa akan datang.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ.

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 12 JULAI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (80)]

6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan tambahan bagi nama jalan yang tidak diminitkan di muka surat 11 iaitu

- Dua (2) jalan ini iaitu Jalan Persiaran Bukit Utama dan Jalan Tengkat Bandar Utama masih belum membuat serahan kerana masih belum membuat pembaikan.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 13 JULAI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (103]

6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEWANGAN BERTARIKH 17 JULAI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 4 (8)] 6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

13/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 17 JULAI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (14)]

6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pembetulan dan tambahan ayat yang tidak diminitkan iaitu:-

Muka surat 10 perkara 7.1 i) 7.1 i. Kawasan Lapang Terbiar di SD7/4E

Encik Tang Fuie Koh memaklumkan terdapat aduan berkaitan kawasan lapang di Bandar Sri Damansara SD7/4E yang tidak dibersihkan.

Muka surat 11 perkara 7.3 ii (pembetulan) dan tambahan ayat

yang tidak diminitkan iii) ii) Status Tanah Sebelah Kubur PJS 4/12

Beliau meminta Jabatan Perancangan Pembangunan untuk menyemak status tanah di PJS 4/12 sebelah kubur Majlis sebelum tindakan pengindahan dibuat.

iii) Pengindahan Bulatan Assunta

Beliau turut mencadangkan supaya jumlah pokok kaktus ditambah bagi mencantikkan lagi bulatan Assunta dan mengambil contoh bulatan yang ada di Mersing, Johor. Wakil Jabatan Landskap memaklumkan penambahan pokok kaktus akan dibuat kemudian memandangkan pokok kaktus perlu ditempah terlebih dahulu.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

14/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 18 JULAI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (85)] 6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas. Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan

Pembangunan, MBPJ. 7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK OON CHONG LING

7.1 Penyakit rabies

Beliau membangkitkan bahawa tanggapan oleh pihak Pencinta Haiwan yang terdiri daripada NGO menyatakan bahawa Majlis panik terhadap wabak rabies yang dibawa oleh anjing gila adalah tidak berasas. Sebenarnya majlis mengambil tindakan menangkap anjing liar sama ada mempunyai penyakit rabies atau tidak berdasarkan aduan dan pemantauan majlis. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran serta kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran terutama Encik Ong Poo Soon dan Encik Shah Jahan yang terlibat dalam team menangkap anjing dan kucing liar. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada team Jabatan Penguatkuasa yang menjaga keselamatan unit vektor semasa tangakapan anjing dan kucing liar dibuat. Keselamatan kakitangan dan keluarga turut terjejas di mana terdapat penduduk yang mengancam keselamatan team vektor walaupun laporan polis telah dibuat.

15/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

Beliau turut memaklumkan bahawa team vektor yang terdiri daripada lima (5) orang kakitangan adalah tidak mencukupi untuk menjaga kawasan Petaling Jaya dari ancaman anjing liar. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar kakitangan vektor ditambah bagi meringankan lagi bebanan yang terpaksa ditanggung oleh team tersebut.

Tindakan : Pengarah dan kakitangan Unit Vektor, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ, Pengarah, Jabatan Penguatkuasa, MBPJ, Timbalan Pengarah (Bahagian Sumber Manusia), Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

7.2 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN GHANDIMATHI A/P SUPPIAH

Beliau mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membuat ucapan penangguhan pada kali ini.

Beliau membangkitkan mengenai kenyataan media oleh Pengarah Kastam, berkaitan keraguan tuntutan GST oleh semua PBT di Selangor. Menurut beliau kenyataan Pengarah Kastam adalah tidak berasas dan mengalu-alukan kehadiran Pengarah Kastam ke MBPJ untuk membuat semakan ke atas tuntutan GST oleh MBPJ.

Beliau turut memaklumkan bahawa Kastam berhutang tuntutan GST dengan MBPJ hampir RM7 juta dan sepatutnya Majlis yang perlu bertindak tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Beliau mempersoalkan tujuan Pengarah Kastam mensasarkan Negeri Selangor sama ada bertujuan membalas dendam terhadap tuntutan GST majlis atau publisiti murahan. Sehubungan dengan itu beliau berpandangan, Pengarah Kastam perlu meminta maaf kepada Kerajaan Negeri Selangor sekiranya tuduhan tersebut tidak dapat dibuktikan.

7.3 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN ERMEEMARIANA BINTI SAADON

Beliau memulakan ucapan dengan serangkap pantun

Pohon selasih tumbuh sebatang Sayang Merbah di dahan cemara Terima kasih dan selamat bersidang Kalimah Bismillah pembuka bicara

16/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

7.3.1 Isu Keselamatan Beliau memaklumkan isu keselamatan yang sering dibangkitkan oleh penduduk di zon pemantauan beliau adalah rasa tidak puashati terhadap kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syarikat Utiliti terutama kerja-kerja yang dibuat di waktu malam. Pada pandangan orang awam, pihak utiliti gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis. Pihak Utiliti terlibat perlu mematuhi peraturan seperti memasang lampu mudah alih, papan tanda amaran serta menyediakan kawalan lalulintas sebelum dan semasa kerja-kerja penyelenggaraan dibuat. Sehubungan dengan itu, Jabatan Kejuruteraan diminta untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak utility yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, Jabatan Perancangan Pembangunan diminta berganding bahu membantu mengatasi isu keselamatan memandangkan jabatan tersebut telah diberi amanah untuk melaksanakan program OHSAS. Beliau memohon agar Jabatan Kejuruteraan memasang `speed breaker‟ di Jalan Selangor menghala ke Jalan Othman sehingga ke Perpustakaan Komuniti bagi menghalang kenderaan dipandu laju yang boleh mengakibatkan kemalangan terutama kepada pelajar sekolah yang melintas kerana kebanyakkan kenderaan yang dipandu di kawasan tersebut adalah laju.

Tindakan : Pengarah Jabatan Kejuruteraan, MBPJ, Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

7.3.2 Terminal Bas di Jalan Othman

Beliau mengemukakan pertanyaan berkaitan status terminal bas di Jalan Othman yang menjadi tanda tanya penduduk tempatan. Mengikut laporan akhbar sepatutnya Terminal Bas ini siap pada April 2017 dan boleh digunakan sepenuhnya pada Jun 2017.

Tindakan : Pengarah Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

17/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

7.4 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN FERNANDEZ

7.4.1 Isu Worldwide Holdings

Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa isu yang ingin diusulkan di sini. Akan tetapi memandangkan isu `transfer station‟ yang diuruskan oleh Worldwide Holdings memberikan impak besar kepada pengurusan sisa pepejal Majlis, maka beliau akan menekankan isu ini. Beliau memaklumkan bahawa sebanyak 390 tan sisa pepejal diuruskan oleh kontraktor yang dilantik oleh Majlis untuk dihantar ke Stesen Pemindahan Sisa Pepejal (Shah Alam Transfer Station), Seksyen 21, Shah Alam. Syarat pembuangan sisa pepejal ke Shah Alam ini telah dimasukkan ke dalam perjanjian kontrak tersebut. Keputusan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terhadap pembatalan penyambungan kontrak WHB telah memberi impak besar kepada PBT Selangor termasuk MBPJ di mana kemungkinan penghantaran sisa pepejal akan dihantar ke tapak pelupusan sisa pepejal di Jeram, Kuala Selangor yang jauh. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar Majlis dapat mencelah injunksi mahkamah di antara pihak WHB dengan memaklumkan kepada mahkamah bahawa:- a) MBPJ mempunyai kontrak sedia ada b) kepentingan hak-hak penduduk Negeri Selangor tidak

diambil kira di mana sekiranya sisa pepejal dihantar ke Jeram maka satu perjalanan tidak mencukupi untuk membawa sisa pepejal tersebut

c) membuat tuduhan liar kepada PBT Selangor berkaitan keraguan Pengarah Kastam terhadap tuntutan GST.

18/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

7.5 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH CIK LIM YI WEI

Beliau mengucapkan sejahtera kepada semua ahli mesyuarat.

7.5.1 Pusat Judi Haram Petaling Jaya

Beliau memaklumkan bahawa Akhbar The Star bertarikh 15 Julai 2015 melaporkan sebanyak 404 pusat judi haram di Petaling Jaya yang beroperasi disebalik cafe cyber dan beroperasi di kawasan perumahan. Laporan tersebut turut menyentuh masalah sosial dikalangan anak muda yang ketagih judi. Beliau mencadangkan, walaupun tindakan tersebut adalah dibawah tugas polis, namun berdasarkan maklumat yang ada, Majlis boleh mengambil tindakan aggresif dengan membuat sitaan dan menggantung lesen peniaga cafe cyber tersebut. Tindakan tersebut sedikit sebanyak dapat mengawal masalah sosial yang semakin teruk dikalangan remaja.

Beliau turut mencadangkan agar Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan melaporkan statistik ini di dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang berkaitan.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Penguatkuasaan di atas tindakan yang diambil walaupun terdapat ancaman daripada pemilik perniagaan di atas. Beliau berharap agar laporan polis dibuat demi melindungi anggota penguatkuasa yang bertugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.44 tengahari. YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

Bertarikh : 15 Ogos 2017

19/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

LAMPIRAN KEHADIRAN

HADIR: 01. YBhg. Dato‟ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Azri bin Mohamad Arish,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Onn Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ.

10. Encik Tang Fuie Koh, Ahli Majlis, MBPJ.

11. Encik Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis, MBPJ.

12. Encik Halimey bin Abu Bakar, Ahli Majlis, MBPJ.

13. Encik Shatiri bin Mansor, Ahli Majlis, MBPJ.

14. Encik Ong Swee Long, Ahli Majlis, MBPJ.

20/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

15. Puan Wong Yuet Leng, Ahli Majlis, MBPJ.

16. Cik Jamaliah binti Jamaluddin, Ahli Majlis, MBPJ.

17. Encik Wong Swee Sang, Ahli Majlis, MBPJ.

18. Puan Ghandimathi a/p Suppiah, Ahli Majlis, MBPJ.

19. Puan Ermeemarianna binti Saadon, Ahli Majlis, MBPJ.

20. Encik Derek John Fernandez, Ahli Majlis, MBPJ.

21. Encik Sugumaran a/l R Annamalai, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

23. Cik Lim Yi Wei, Ahli Majlis, MBPJ.

TIDAK HADIR: 01. Encik Terence Tan Teck Seng, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ. 02. Puan Sia Siew Chin, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ. 03. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ.

21/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

HADIR BERSAMA: 01. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid,

Wakil Timbalan Setiausaha, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Hajah Sa‟diyah binti Khasiman,

Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

03. Puan Sharipah Marhaini binti Syed Ali, Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

04. Tuan Ir. Ahmad Roslan bin Hairudin,

Wakil Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 05. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur, P.P.T, M.R.I.S.M,

Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 06. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 07. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 08. Tuan Dr. Badrulzaman bin Jaafar,

Wakil Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 09. Puan Siti Maskas binti Daud,

Wakil Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Encik Mohd Fauzi bin Maarop,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 11. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 12. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Norzita binti Mokhtar, Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

22/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.7.2017, MBPJ

14. Puan Zatul ‟Iffah binti Azizan, Wakil Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ.

15. Puan Haniza binti Abdul Hamid,

Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ. 16. Puan Hajah Norlida binti Md. Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ. 17. Cik Nor Shabani binti Johari,

Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ. 18. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman,

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 19. Encik Mohd Redzuan bin Mohd Jaafri,

Wakil Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak), Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

04. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.