216281104-p-ramlee

10
P.RAMLEE: TOKOH INTEGRASI NASIONAL SEDAR TIDAK SEDAR, banyak adegan-adegan yg mendokong kearah integrasi sosial dalam negara ini telah dipromosikan oleh P.Ramlee melalui filemnya. Sebagai contoh, dlm filem "SARJAN HASSAN" watak Ah Leng (yg diwatakkan oleh Leng Hussain) sebagai taukeh penjual sayur pada waktu siang dan "informer" atau "messager" (pembawa maklumat) pada waktu malam (utk Hassan..) adalah cukup signifikan, walaupun tidak ditonjolkan secara berlebihan. Leng Hussain juga membawa beberapa watak Cina dalam filem "SENIMAN BUJANG LAPOK" (sebagai taukeh pembeli botol, suratkabar lama dan barang2 terpakai) dan filem "ALIBABA BUJANG LAPOK" (sebagai tukang kasut). Filem "ALIBABA BUJANG LAPOK" terutamanya boleh dilihat sebagai gambaran pemikiran seorang P.Ramlee yg globalistik kerana telah menyelitkan watak2 dari pelbagai negara seperti dari Jepun (dilakunkan oleh A.Rahim) serta pengisahan tentang penjualan belacan Penang secara "black market" (yg diseludup dari Malaya..), penggunaan skuter, basikal chopper, beca dan lain2 di kota Baghad. Seperti dlm filem "Do Re Mi", filem "SENIMAN BUJANG LAPOK" telah menyelitkan watak pelbagai bangsa dgn mengetengahkan watak bangsa punjabi, Cina dan lain-lain. Tetapi filem "GERIMIS" dilihat sebagai suatu langkah yg lebih ekstrim dlm idealisme integrasi nasional bawaan tokoh unik ini. Rata-rata, P.Ramlee tidak pernah lupa utk menyelitkan aspirasi ini dlm hampir setiap filem beliau. Filem "MADU TIGA" turut menterjemahkan pemikiran beliau kearah membentuk satu bangsa Malaysia yg bersatu. Didalam filem ini, sekretari beliau adalah seorang wanita tionghua. Malahan filem terakhir beliau di Jalan Ampas (filem "TIGA ABDUL") turut memaparkan peranan wanita Cina (sewaktu beliau cuba2 melakukan provokasi agar bapak mertuanya naik marah....sekiranya marah, ia akan dijual...!). Bukan sekadar di filem. Lagu2 beliau juga banyak mengandungi nilai2 patriotik dan cintakan perpaduan. Contohnya: Zapin Malaysia; Kuala Lumpur dan banyak lagi... Semangat yg dibakar utk hidup sebagai satu bangsa Malaysia telahpun beliau perjuangkan sejak sebelum wujudnya sebuah negara yg bernama "MALAYSIA".... Sedar atau tidak, itulah realitinya. Sementara para politikus sibuk memperjuangkan ideologi

Upload: muhamad-ali

Post on 04-Oct-2015

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

P.RAMLEE: TOKOH INTEGRASI NASIONALSEDAR TIDAK SEDAR, banyak adegan-adegan yg mendokong kearah integrasi sosial dalam negara ini telah dipromosikan oleh P.Ramlee melalui filemnya. Sebagai contoh, dlm filem "SARJAN HASSAN" watak Ah Leng (yg diwatakkan oleh Leng Hussain) sebagai taukeh penjual sayur pada waktu siang dan "informer" atau "messager" (pembawa maklumat) pada waktu malam (utk Hassan..) adalah cukup signifikan, walaupun tidak ditonjolkan secara berlebihan. Leng Hussain juga membawa beberapa watak Cina dalam filem "SENIMAN BUJANG LAPOK" (sebagai taukeh pembeli botol, suratkabar lama dan barang2 terpakai) dan filem "ALIBABA BUJANG LAPOK" (sebagai tukang kasut).Filem "ALIBABA BUJANG LAPOK" terutamanya boleh dilihat sebagai gambaran pemikiran seorang P.Ramlee yg globalistik kerana telah menyelitkan watak2 dari pelbagai negara seperti dari Jepun (dilakunkan oleh A.Rahim) serta pengisahan tentang penjualan belacan Penang secara "black market" (yg diseludup dari Malaya..), penggunaan skuter, basikal chopper, beca dan lain2 di kota Baghad.Seperti dlm filem "Do Re Mi", filem "SENIMAN BUJANG LAPOK" telah menyelitkan watak pelbagai bangsa dgn mengetengahkan watak bangsa punjabi, Cina dan lain-lain. Tetapi filem "GERIMIS" dilihat sebagai suatu langkah yg lebih ekstrim dlm idealisme integrasi nasional bawaan tokoh unik ini. Rata-rata, P.Ramlee tidak pernah lupa utk menyelitkan aspirasi ini dlm hampir setiap filem beliau. Filem "MADU TIGA" turut menterjemahkan pemikiran beliau kearah membentuk satu bangsa Malaysia yg bersatu. Didalam filem ini, sekretari beliau adalah seorang wanita tionghua. Malahan filem terakhir beliau di Jalan Ampas (filem "TIGA ABDUL") turut memaparkan peranan wanita Cina (sewaktu beliau cuba2 melakukan provokasi agar bapak mertuanya naik marah....sekiranya marah, ia akan dijual...!).Bukan sekadar di filem. Lagu2 beliau juga banyak mengandungi nilai2 patriotik dan cintakan perpaduan. Contohnya: Zapin Malaysia; Kuala Lumpur dan banyak lagi... Semangat yg dibakar utk hidup sebagai satu bangsa Malaysia telahpun beliau perjuangkan sejak sebelum wujudnya sebuah negara yg bernama "MALAYSIA".... Sedar atau tidak, itulah realitinya. Sementara para politikus sibuk memperjuangkan ideologi politik masing2 yg terlalu perkauman, Ramlee dgn spontannya memperjuangkan integrasi nasional.... Tetapi siapa pernah sedar tentang fakta ini? Para pengkritik filem sendiri tidak pernah terfikir ke arah ini...Jadi, adalah amat wajar jika negara mengiktiraf P.Ramlee sebagai salah seorang dari tokoh integrasi nasional.....!

P.RAMLEE VS BUDAYA BERHUTANGDalam lagu "BEGINILAH NASIB" (yg dipetik dari filem "Ali Baba Bujang Lapok" terbitan tahun 1960) dijelaskan tentang bebanhutang yg perlu dibayar. Ali Baba telah berhutang dgn kekandanya, Kassim Baba, seorang hartawan di kota Baghdad. Ali Baba banyak meminjam gandum dari abang beliau itu dan tidak mampu membayarnya hinggalah suatu ketika dimana beliau beroleh wang emas dari gua persembunyian 40 penyamun. Dengan wang itu, Ali berjaya melunaskan segala hutangnya. Malah, lebih dari itu, beliau melunaskannya dgn gandaan 300%...! Ini sesuatu yg hebat dan tidak akan termampu dibuat oleh kaki-kaki hutang hari ini..

Filem tersebut juga telah mendedahkan bahawa masyarakat hartawan turut tidak terlepas dari perangkap hutang-piutang. Ada yg sanggup merelakan dirinya dirompak atau dicolek semata-mata utk menghindarkan diri dari perangkap ini. Jika para hartawan burjuis sendiri turut terjebak dalam lembah keberhutangan, apa agaknya yg dapat diharapkan dgn marhaen yg lebih terdedah kpd wabak kefakiran...

Isu hutang juga dibentangkan melalui filem "DoReMi" (1966) dan "Anak Bapak" (1967). Ia juga memperlihatkan bagaimana hutang-hutang ituwajar dibayar: iaitu melalui "harta mak" atau "harta bapak" danbukannya melalui salahguna kuasa atau pecah amanahsebagaimana yg berleluasa dalam dunia korporat hari ini. Masyarakat kontemporari terutamanya golongan kelas atasan dan pekerja berkolar putih lebih gemar menggunakan peluang dgn memanipulasi kelemahan atau lompang-lompang yg wujud dlm organisasi masing-masing.

Dlm pada itu, keberhutangan ini sering dikaitkan dgn budaya hidup bergaya (bagi kelas aristokrat...) atau kemalasan berusaha (utk kelas bawahan...) atau akibat ketiadaan pekerjaan (sang penganggur...) lantaran kegagalan negara utk mentadbir dgn bijak..

Jika dikaitkan dgn kehidupan kontemporari, mungkin kita dapat menganalisis sendiri kenapa kita terbabit dgn hutang. Antara lain, mungkin kerana terpaksa membeli rumah kediaman, motosikal, kereta atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Mungkin juga utk membayar bil perubatan yg semakin meningkat kosnya dari masa ke masa. Harga minyak serta barangan-barangan konsumer yg kian meningkat serta nilai matawang yg semakin merosot turut menyumbang kpd peningkatan keberhutangan hidup...

P.Ramlee sendiri dipenghujung hayatnya kehilangan sumber sarahidup kerana kontraknya dgn EMI dan SB ditamatkan. Tidak pasti samaada beliau terbabit (atau tidak..) dgn bencana hutang sebelum menghembuskan nafas yg terakhir. Dlm ertikata lain, hutang bukan semestinya suatu budaya. Sebaliknya ia suatu fenomena sosial yg akan bangkit mencengkam anda jika kita tidak beringat-ingat dan berhati-hati... Ia juga akan mencengkam negara jika sang pemerintah lupa daratan, gila kuasa, tidak adil, tidak cekap dan menjadikan korupsi sebagai budaya dlm mentadbir negara...

P.RAMLEE MENGKRITIK AMALAN PERTAPAANDunia persilatan dan perbomohan Melayu dahulu-kala tidak ubah seperti terpalit dgn amalan-amalan animisme, buddhisme serta amalan-amalan yg terkeluar dari pegangan hidup Islamik. Pada permulaannya ia mungkin tidak mustahil kerana Islam tiba di alam Melayu selepas animisme, hinduisme dan buddhisme. Maka, sebagaimana perubatan Melayu kuno, alam persilatan Melayu juga mungkin telah terpalit dgn ajaran karut-marut dari unsur agama-agama atau ajaran-ajaran sesat tadi.P.Ramlee melalui filem "Pendekar Bujang Lapok" dgn beraninya telah mendedahkan kekarutan disebalik alam persilatan Melayu silam. Antaranya ialah upacara "mengasah ilmu" pada malam Jumaat guna memantapkan ilmu persilatan kononnya. Cara "mengasah ilmu" itu ialah dgn menjalani "pertapaan" yg ringkas di lokasi-lokasi yg sunyi, sepi dan "menggerunkan". Dlm filem tersebut, Aziz diarahkan bertapa dlm perigi buta; Ramlee diatas kubur orang yg mati dibunuh; Sudin bertapa di rumah kosong yg sudah lama ditinggalkan..Kita semua sudah tahu "kesan" dari pertapaan itu. Tiga sahabat ini telah "gagal" dlm upacara ini & terpaksa mengulanginya pada malam yg lain hingga selesai. Mereka "akhirnya berjaya" (secara "default"...!) melaksanakan pertapaan itu kerana Pendekar Mustar sendiri yg "terpaksa" membatalkan kesinambungannya atas sebab2 yg kita semua sudah lihat...Yg menarik bukanlah "pertapaan" itu, tetapi bagaimana P.Ramlee telah "menangkis" pemikiran-pemikiran karut kependekaran silam yg menebal dlm sanubari masyarakat Melayu pada zaman itu. Kita harus ingat: filem itu telah diterbitkan pada tahun 1959, dan mentaliti masyarakat Melayu pada era tersebut masih jauh terkebelakang dari apa yg terpahat dlm pemikiran P.Ramlee yg mungkin lebih "cerah" dan "saintifik"... Oleh itu, sindiran tajam dan kritikan beliau terhadap amalan "bertapa", "jampi-mentera" dan lain-lainnya itu telah "disamarkan" melalui aksi-aksi komediyg dilakunkan. Tetapi jika dikaji dgn mendalam, kita dapat melihat bagaimana tegarnya P.Ramlee memprotes segala amalan-amalan tahyul dan menyesatkan ini yg secara jelas wujud dlm masyarakat Melayu di rantau ini.Hari inikedapatan sesetengahpenerbit filem Melayu tempatan (dan serantau...) yg hebat mengetengahkan semula unsur-unsur ketahyulan dlm masyarakat setempat. Bukan sekadar filem, malah melalui drama dan lain-lain. Mereka bangga mengetengahkan sesuatu yg tidak memberi sebarang faedah kpdorang-orang Melayu umumnya dan pembinaan aqidah Islam khususnya. Yg penting, mereka boleh membuatkekayaan wang-ringgit dgn mempamerkan sesuatu yg tidak memberikan kesan positif kpd masyarakat Melayu serantau...Bagaimana dgn pandangan andapula...? Wajarkah kita memprotes pembikinan filem-filem atau drama-drama yg membesar-besarkan ketahyulan dlm masyarakat...?

P.RAMLEE: MEMBASMI KHURAFAT MELALUI SENIDalam filem "NASIB SI LABU-LABI" diselitkan sebuah paparan drama yg dilakunkan oleh Labu dan Labi dgn iringan lagu "ACI-ACI BUKA PINTU". Umum mungkin menganggap bahawa lagu dan drama itu tidak memilik sebarang makna dan tidak perlu diinterpretasi dgn lebih mendalam. Orangramai mungkin tidak sedar bahawa perbuatan serta kepercayaan khurafat masih berlegar-legar dgn ligatnya dlm masyarakat Melayu. Mereka cuma bergelak-ketawa dgn lagak lucu si Labu dan si Labu.Hakikatnya, bukan itu yg dimaksudkan. Bukan kelucuan yg jadi matlamat akhir adegan "Aci-Aci Buka Pintu" itu. Sebaliknya, P.Ramlee ingin memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap syaitan, hantu mahupun jembalang. Ini bukan kali pertama P.Ramlee menyampaikan mesej sedemikian. Sebelum itu, dlm filem "Pendekar Bujang Lapok" beliau telahpun melemparkan sindiran paling tajam ditengah-tengah masyarakat dgn istilah-istilah "mambang", bertapa pada malam Jumaat, bertapa atas kubur orang yg mati dibunuh, bertapa di rumah yg lama ditinggalkan orang dan "hantu Jepun" yg bangkit menyerang..Sebagai pemikir sosial, ini semua bukanlah khayalan atau paparan omongan kosong. Sebaliknya ia adalah mesej penting buat kita memikirkan dan mengupasnya bersama-sama. Khurafat dikalangan bangsa Melayu masih lagi berleluasa sehingga kini. Kepercayaan kpd kuasa-kuasa jin, hantu dan syaitan masih mengental dalam masyarakat Melayu pasca penjajahan. Kalau dahulu sang penjajah mungkin menggunakan khurafat utk menjajah minda Melayu, pada hari ini apakah alasan yg kita ada utk masih mengamalkan khurafat dlm kehidupan kita...? Sila jawab wahai pengamal-pengamal khurafat....!Senikata dlm lagu "Aci-Aci Buka Pintu" sebenarnya membidas masyarakat yg masih mempercayai kuasa-kuasa hantu, jin atau jembalang. Walhal makhluk-makhluk itu tidak lebih dari mahluk ciptaan Allah Taala yg perlu dibenteras dari menganggu dan merosakkan aqidah umat Islam. Malangnya umat Melayu terlalu daif serta sempit pandangannya dan sekadar melihat paparan-paparan P.Ramlee itu tidak lebih dari kerja-kerja seni semata-mata...! Ini merupakan suatu kegagalan besar dlm sistem pemikiran umat Melayu...

Filem "SI TORA HARIMAU JADIAN" (...yg sudah lama diharamkan dari tayangan kerana, mungkin keterlaluan...!) juga cuba menyampaikan mesej yg serupa. Begitu juga dgn filem "NASIB DO RE MI" yg dipaparkan melalui adegan pawang, serapah-jampi, azimat dan tok-jin sewaktu Komeng mahu menanam azimat di hadapan rumah "mangsa"...Dalam erti kata yg lain, P.Ramlee telah menggunakan sekurang-kurangnya empat buah filem sebagai platform beliau membidas kekhurafatan dikalangan masyarakat Melayu. Malangnya, pada hari ini terlalu banyak drama dan filem yg secara terang-terangan memaparkan kisah hantu syaitan, pontianak, saka dan sebagainya yg seolah-olah menggambarkan bahawa masyarakat hari ini sudah terlalu teruk terjebak dlm amalan khurafat dan syirik ini. Adakah ia bermaksud bahawa aqidah umat Melayu semakin rapuh dlm era serba modern ini..? Adakah Melayu semakin terbelenggu dgn kekurafatan yg tidak mengenal batas..? Adakah sistem pendidikan hari ini semakin gagal membenteras isu khurafat walaupun teknologi pendidikan semakin hari semakin maju...? Dimana silapnya..?

P.RAMLEE: KISAH JIN LAPAR DAN JIN MISKINP.RAMLEE secara halus menyindir status quo golongan aristokrat melalui penggunaan istilah "jin lapar" dan "jin miskin" didalam filem Nujum Pak Belalang. "Jin lapar" ditujukan kpd beliau (oleh anaknya, Belalang..) dan "jin miskin" ditujukan kpd dua penyamun (lakunan Aziz Satar dan S.Shamsuddin) yg telah mencuri kalung pusaka milik Tuan Puteri SiBujur Sirih dan dastar (songkok...) kebesaran diraja Sultan Shahrul Nizam.Mengapa istilah "jin lapar" dan "jin miskin" digunakan? Bukankah mereka yg dibabitkan dgn istilah itu merupakan manusia biasa (??), bukannya "mambang" atau "orang bunian". Sudah tentu ini merupakan suatu "slapstick" atau tamparan kecil utk sang aristokrat yg sentiasa bergelumangan dgn hidup yg bergemerlapan, bergelumangkuasa, kekayaan, hartabenda, intan permata dan keduniaan... Manakala hamba-rakyat yg terpinggir akan terus terpinggir dlm kemiskinan. Kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang...kelaparan tanah, keperluan asasi dan lain-lain.Dalam pada itu ada yg memutuskan utk menjadi "jin miskin" atau penyamun sebagai cara mereka menyara hidup. Kemiskinan menghimpit mereka utk bertindak dgn lebih agresif demi survival. Soal kehidupan adalah soal survival. Terkadang orang menjadi terlalu taksub hingga menjadikan teori "the survival of the fittest" sebagai teori dan falsafah hidup mereka. Namun hari ini falsafah ini telah menjadi konsep asas dlm manusia berpolitik. Hanya mereka yg paling kuat dan gagah sahaja akan "survive" atau terselamat....manakala yg lemah akan kecundang ditengah jalan dan hancur dilanda gelombang ganas perebutan kuasa..!Pada zaman ini jumlah "jin lapar" dan "jin miskin" kian meningkat dari masa ke masa. Dalam ketidaksedaran kita, "jin merempat" dan "jin melarat" semakin berkembang-biak terutamanya di wilayah bandaran. Mereka hidup dalam kongkongan kemelaratan yg terlalu bangsat utk dibincangkan... Mereka bernafas dalam lanskap sosioekonomi yg dicengkam oleh tangan-tangan syaitan berbentuk manusia. Riba' dan rasuah berkembangbiak bagai ulat-ulat yg berkembang didalam kolam najis. Hari ini "jin-jin" serta "pari-pari" yg wujud bukan seindah filem Nujum Pak Belalang atau Sumpah Orang Minyak... "Jin-jin" yg lahir pada zaman ini perlu berperang dgn kehidupan itu sendiri utk terus hidup dan bernafas....!

P.RAMLEE: GURU BAHASA MELAYU YG HEBATWalaupun tidak pernah belajar hingga ke menara gading, tapi penguasaan dan penggayaan bahasa yg digunakan oleh oleh beliau dalam filem mahupun senikata lagu bukan kepalang hebatnya. Belum ada sarjana Bahasa Melayu yg berani menyanggah hakikat ini. Hingga ke hari ini pengaruh bahasa bawaan P.Ramlee terus meluas dan diperluaskan tanpa disedari oleh masyarakat terkini. Apakah rahsia beliau....?BAHASA yang digunakan oleh P.Ramlee dalam filem-filemnya adalah bahasa Melayu yang mudah tetapi cukup hebat untuk kekal jadi ikutan masyarakat kontemporari. Selain dari bahasa Melayu "standard", beliau juga rajin meneroka bahasa-bahasa sub etnik dan digunapakai secara optimum disana-sini dalam filemnya. Sebagai contoh, filem "Masam-Masam Manis" telah mengetengahkan bahasa Kedah dan Penang melalui watak Norkiah dan ibunya. Dalam filem "Nasib Do Re Me", bahasa loghat Perak telah digunakan oleh watak Pak Lebai di sebuah warung kopi.Dalam filem "Kancan Tirana", P.Ramlee telah melakukan eksperimentasi bahasa dengan memperbanyakkan penggunaan perkataan "anda" dan lain-lain perkataan yang dianggap baru pada ketika itu. Meskipun agak kaku, mesej filem masih dicapai. Tetapi eksperimentasi dalam filem "Ahmad Albab" yang cuba menggunakan loghat Arab mungkin dianggap agak berlebihan lantaran filem tersebutialah sebuah filem drama, bukan komediseperti filem "Ali Baba Bujang Lapuk".Filem "Ali Baba Bujang Lapuk" dianggap cukup berjaya kerana eksprementasi kepelbagaian bahasa yang amat mengesankan. Malahan filem ini juga telah mengkritik cara kita bercakap melalui dialog berikut: "....lain kali kalau cakap biar terang...!"

Dalam filem "Seniman Bujang Lapuk", P.Ramlee telah membidas tatacara watak "Sudin" yang berbahasakasar melalui dialognya yangberikut: "....bahasa menunjukkan bangsa...!" Ia merupakan sindiran tajam utk penganut-penganut bahasa kasar dan biadab....Mungkin P.Ramlee tidak pernah ke kolej bahasa, tetapi pengamatan beliau terhadap kepentingan bahasa telah diserlahkan melaluifilem dan lagu-lagu beliau. Bahasa beliau mungkin cuma bahasa harian yang mudah dan ringkas. Tetapi hakikatnya ia cukup maju secara perbandingan waktu. Dalam ertikata lain, beliau cukup prihatan, matang dan "terpelajar" dalam aspek bahasa seawal tahun 50an lagi dan "keterpelajaran" itu telah diperjuangkan melalui lagu dan filem-filem beliau di sepanjang hayat. Belum ada profesor mahupun sarjana bahasa yg benar-benar menyerlah dan berupaya mengatasi beliau. Ini jelas merupakan "bakat" yg telah dibekalkan Allah Taala kpd makhluk yg bernama Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih.Ringkasnya, walaupun bukan seorangguru profesional atau pensyarah bahasa, beliau memiliki cara tersendiri untukdilihat sebagai "GURU BAHASA MELAYU". Meskipun adakalanya perkataan-perkataan yg digunapakai terlalu kasar bunyinya (.....misalnya: "...dah buang tebiat? ....nak mampus...?"; "...cilaka punya penyamun....!") dan adakalanya diselang-seli dgn perkataan Inggeris (....misalnya: "....awas, belacan ini anasmuggleddari Malaya daaa....!"; ".....patik kenakidnappedyaa Tuanku...!"; "....anak datuk memangtip-top.....adaclassed....! ....Anak Bapak laa katakan...!"), namun keupayaan beliau memang cukup cemerlang berbanding dgn pengarah-pengarah seangkatannya mahupun yg terkini.Maka, memang layak beliau dinobatkan sebagai "GURU BAHASA MELAYU" tanpa keraguan lagi...!

PERKONGSIAN PINTAR ALA P.RAMLEEP.RAMLEE antara lain paling gemar membentangkan kisah hidup golongan kelas bawahan (atau lebih tepat disebut sebagai kelas ploretariat atau marhaen). Tetapi gaya penceritaan akan dibezakan dari satu filem ke filem yg lain walaupun konsep atau falsafahnya masih kekal. Kali ini mari kita fokuskan perbincangan kpd kehidupan di bilik sewaan.Dalam filem "Masam-Masam Manis" P.Ramlee telah mengisahkan suatu peristiwa pertengkaran antara penghuni-penghuni di "Lodging Mak Minah" di Kuala Lumpur. Yg menarik disini, gambaran yg membabitkan kehidupan di bilik sewaan seperti rumah kongsi yg mengandungi kompartmen bilik-bilik kediaman tersendiri adalah suatu perkara yg menarik dan sukar utk ditemui pada hari ini. Idea sebuah apartmen yg mengandungi bilik-bilik yg disewapakai oleh manusia atau famili yg berbeza tetapi berkongsi dapur dan bilik air adalah suatu idea tradisional yg semakin lesap pada hari ini. Konsep "perkongsian pintar" seperti ini sudah tidak dapat diterimapakai oleh masyarakat kontemporari yg terlalu taksub kpd individualistik dan materialistik...Sebelum itu, dalam filem "Bujang Lapuk", tiga rakan baik yg terdiri dari Aziz, Sudin dan Ramlee digambarkan hidup berkongsi menyewa bilik di sebuah rumah besar milik janda yg bernama Normah. Didalam filem "Seniman Bujang Lapuk", setting rumah yg digunakan adalah seperti dalam filem "Bujang Lapuk". Ketiga-tiga rakan itu masih menyewa sebilik.

Seperti dalam dua filem yg lain, ragam hidup para penghuni yg berbeza bilik akan akan pasti memberi kesan sampingan kpd yg lain. Contohnya, jika ada suami-isteri yg berkelahi, maka seluruh "penduduk" di rumah sewa berkenaan akan terganggu. Jika ada yg membuat bising, pasti ada yg terancam dgn kebisingan itu. Jika ada yg mengamuk di tengah malam atau menghidupkan motosikal kuasa tinggi, semua jiran di sebelah akan turut "berjaga malam" lantaran tidak dapat tidur dek bunyi yg memekakkan telinga.Hidup menyewa dalam keadaan sebegini sememangnya tidak aman dan perlukan kesabaran tinggi. Jika tidak, perang besar pasti terjadi sepanjang hari. Lantas, ia memerlukan "orang tengah" utk meleraikan sebarang pertengkaran dikalangan mereka.Demikianlah kehidupan golongan marhaen yg terpaksa menyewa di bilik-bilik sempit dlm sebuah rumah atau "lodge" kos rendah. Tetapi intipati dari coretan ini ialah, kita perlu menghargai hidup ini dan belajarlah utk memberi ruang serta peluang hidup kpd golongan terhimpit dan tertindas. Jangan sampai kita jadi lupa daratan dan turut menjiwai sebahagian dari kekejaman makhluk yg kejam dan zalim di mukabumi ini.Sayangilah golongan miskin, anak-anak yatim dan mereka yg tertindas!