article p ramlee

21
1 Khairlll A idil :lin lib NU/IIIIII1/. Nllr Afl/oh Vonilha ,'hdllllllh Idiosyncrasy P. Ramlee dalam Geme Filem Komedi Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman Nur Afifah Vanitha Abdullah Universiti Malaysia Sarawak P. Ramlee adalah sebuah nama yang terulung di persada seni tanah air. Beliau telah mengarah banyak filem Melayu yang mendapat sambutan yang amat positif di peringkat nasional dan antarabangsa di era 1950-an dan 1960-an. Hingga kini, filem-filem beliau masih ditonton oleh semua lapisan generasi dan kaum di Malaysia. Daripada 34 buah filem yang diarah oleh P. Ramlee, 18 buah filem adalah dari genre komedi. Filem komedi pertama beliau adalah Bujang Lapok yang diarah pada tahun 1957. Mulai dari tahun 1957 hingga 1972 (http:// www.farahaqil.comlmovies/summary.htm). P. Ramlee telah mengarah sekurang-kurangnya satu filem komedi setiap tahun. P ada tahun 1965 dan 1966 beliau telah mengarah sebanyak tiga buah filem komedi berturut-turut iaitu filem Sabaruddin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi. Ini menunjukkan bahawa pasaran kepada filem komedi adalah sangat tinggi pada tahun-tahun tersebut. Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa melalui filem-filem genre komedi. Filem Pendekar Bujang Lapok telah terpilih sebagai Anugerah Komedi Terbaik pada 1959 di Filem Festival Asia Ke-6, Kuala Lumpur. Filem ini telah menjadi satu trademark kepada filem P. Ramlee yang menyerapkan humor berasaskan keadaan sebenar masyarakat Melayu pada masa itu. Dia juga telah memenangi banyak lagi anugerah iaitu diberi penghargaan diperingkat tempatan, Anugerah Gelanggang bagi penggambaran Filem Hitam P utih Terbaik untuk filem Nujum Pak Belalang pada tahun 1960 dan Anugerah Filem Komedi Terbaik Seluruh

Upload: rosli-sareya

Post on 11-Aug-2015

152 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

tr

TRANSCRIPT

Page 1: Article P Ramlee

'11

Khairlll A idil rl:::lin libel. NU/IIIIII1/.

Nllr Afl/oh Vonilha ,'hdllllllh

Idiosyncrasy P. Ramlee dalam Geme Filem Komedi

Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman

Nur Afifah Vanitha Abdullah

Universiti Malaysia Sarawak

P. Ramlee adalah sebuah nama yang terulung di persada seni tanah air. Beliau telah mengarah

banyak filem Melayu yang mendapat sambutan yang am at positif di peringkat nasional dan

antarabangsa di era 1950-an dan 1960-an. Hingga kini, filem-filem beliau masih ditonton oleh

semua lapisan generasi dan kaum di Malaysia. Daripada 34 buah filem yang diarah oleh P.

Ramlee, 18 buah filem adalah dari genre komedi. Filem komedi pertama beliau adalah Bujang

Lapok yang diarah pada tahun 1957. Mulai dari tahun 1957 hingga 1972 (http://

www.farahaqil.comlmovies/summary.htm). P. Ramlee telah mengarah sekurang-kurangnya satu

filem komedi setiap tahun. P ada tahun 1965 dan 1966 beliau telah mengarah sebanyak tiga

buah filem komedi berturut-turut iaitu filem Sabaruddin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib

Do Re Mi. Ini menunjukkan bahawa pasaran kepada filem komedi adalah sangat tinggi pada

tahun-tahun tersebut.

Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa melalui filem-filem

genre komedi. Filem Pendekar Bujang Lapok telah terpilih sebagai Anugerah Komedi Terbaik

pada 1959 di Filem Festival Asia Ke-6, Kuala Lumpur. Filem ini telah menjadi satu trademark

kepada filem P. Ramlee yang menyerapkan humor berasaskan keadaan sebenar masyarakat

Melayu pada masa itu. Dia juga telah memenangi banyak lagi anugerah iaitu diberi penghargaan

diperingkat tempatan, Anugerah Gelanggang bagi penggambaran Filem Hitam P utih Terbaik

untuk filem Nujum Pak Belalang pada tahun 1960 dan Anugerah Filem Komedi Terbaik Seluruh

Page 2: Article P Ramlee

42

Wacana Seni JOllrnal o/Arrs Discourse. Jil./l'lJ/ . ..J.]()()5

Asia menerusi filem Madu Tiga pada 1964 di Filem Festival Asia Ke- l l di Taiwan (http://

geocities.comlsunsetstrip/Alley/5870/pri.html). Pengkajian genre filem komedi P. Ramlee boleh

dipe1ajari sebagai garis panduan kepada generasi baru ch-dam pengarahan filem komedi.

Genre Komedi

Terdapat pelbagai genre dalam filem. Menurut Robert Sklar da1am bukunya, Film An International History of The Medium, hampir cnam hingga dua belas genre yang dapat disenaraikan oleh para sarjana genre filem (1993: 107). Walau bagaimanapun, memandangkan kertas kerja ini akan mengkhusus kepada filem bergcnrc komedi, perbincangan akan difokuskan kepada filem komedi sahaja.

Di Amerika Syarikat, filem komedi lahir selepas filcl11 aksi pendek yang dikenali sebagai gag dan filem komedi tanpa audio (juga dikenali sebagai filel11 bisu) (Brunovska dan lenkins 1995: 88). Secara umum, filem komedi adalah satu bcntuk filel11 yang popular, lucu dan diakhiri dengan kegembiraan (Cohen 1988: 278). Berdasarkan tail visual,jenis watak dan perwatakan, teknik atau bentuk plot, filem komedi dapat dibahagikan kepada pelbagai bentuk (Sklar 1993: 1 07). P embahagian filem komedi tersebut ada lah scperti berikut,

slapstick, sophisticated, farce, comedian or clown (featuring comic stars or personalities), and what has been called populist comedy-about average people, sometimes with an underlying social message (Sklar 1993: 1 07).

Secara terperinci, filem bergenre komedi slapstik l11elibatkan mana-mana aksi fizikal yang lucu yang bukan naratif (Cohen 1988: 283). Sophisticated (rencal11) pula adalah bentuk yang l11enggarapkan isu-isu perhubungan suami isteri, perkahwinan, penceraian, perbezaan darjat dan sebagainya. Walaupun terdapat elemen slapstik, tetapi ia hanya sekadar sampingan sahaja (Brunovska and lenkins 1995: 311-313). Farce pula bertujuan untuk menghibur dan kesannya terhadap penonton adalah ketawa yang berterusan tanpa dihalang. Komedi bentuk ini kurang kandungan intelektual atau kepentingan simboliknya, ia tidak mementingkan persoalan atau l11esej, atau bermaksud apa-apa. Ciri komedi adalah ringkas, luaran dan spontan (Theodore

Page 3: Article P Ramlee

43

Khairlll Aidil k:lin Ahd. Ra/llllulI. NilI' AIl/ah VUllil//(/lIhdll//uh

1962: 128). Sementara itu, komedi pelawak atau badut adalah filem yang memaparkan pelawak atau watak-watak yang lucu. Akhir sekali, komedi populis adalah tentang orang kebanyakan dan ada kalanya mempunyai persoalan sosial yang tersirat (Sklar 1993: 1 070).

Komedi Visual

"Apabila saya buat cerita komedi, skrip saya miskin dengan kata bual. Segala-galanya itu dibuat secara on the spot (spontan)." Komentar P. Ramlee dalam filem Do Re Mi (1966) (http://www.felix-entertaiment.com/p-ramlee/set.htm ).

Komentar ini menunjukan bahawa P. Ramlee mengaplikasikan teknik visual komedi di dalam banyak filem komedi beliau memandangkan skripnya kurang dengan dialog-dialog dan mengharapkan kepada kemahiran pelakon mengolah dan mempelbagaikan lakonan secara spontan. Secara tidak langsung komedi yang menggunakan fizikal telah diaplikasikan.

Menurut Rowan Atki nson (1991) d i da lam videonya, Laughing Matters, komedi visual adalah teknik hum or yang menekankan fizikal atau objek. Komedi visual lebih mudah dipersembahkan jika dibandingkan dengan komedi lisan. la lebih bersifat universal dan mudah difahami. Atkinson menggariskan tiga prinsip utama komedi visual iaitu:

1. Sesuatu objek atau manusia akan melahirkan humor jika perubahan bentuk objek atau manusia terse but berlaku dengan cara yang tidak disangka.

2. Sesuatu objek atau manusia akan menjadi humor jika objek atau manusia tersebut berada di temp at yang tidak disangka.

3. Sesuatu objek atau manusia akan menjadi humor jika saiz objek atau manusia terse but tidak sesuai dengan keadaan atau sebenarnya.

Page 4: Article P Ramlee

44

Wacalla Seni JOllmal a/Arts Disco/(rse. JiI.lVol.4.]{)()5

Rajah 1: Berangan-angan menjadi tarzan - Perubahan bentuk melalui pemakaian

Rajah 2a dan b: Duit syiling disimpan di dalam kasut dan telinga. Objek berada di tempat yang tidak disangka

Page 5: Article P Ramlee

Raj ah 3: Senapang gajah. Saiz objek yang tidak sesuai dengan keadaan atau yang sebenamya dari filern Ali Baba Bujang Lapok (1960).

P rinsip-pr insip Inl juga diaplikasi oleh P. Rarnlee di dalarn filern-filern arahan beliau. Sehubungan dengan itu, kaedah kornedi visual dapat dibahagikan kepada lirna jenis utarna iaitu:

a. Slapstik dan keganasan

45

K/wiml Aidil A::/ill Abd Ra/lllw/},

NilI' /I/i/(Ih Vanillia A bdllllah

Slapstik merupakan lakonan dengan kelucuan atau kelakar yang kasar. la adalah jenis kornedi yang rnenunjukkan gerakan fizikal yang ketara. lanya banyak diaplikasikan dalarn era kegernilangan filern hitarn dan putih tanpa suara (silent movie) seperti Charlie Chaplin, Laurel and Hardy dan Three Stooges. Stail ini diambil dari commedia dell arte di dalarn bahasa ltali yang berrnaksud 'kornedi rnenggunakan kekerasan'. Kaedah slapstik cuba rnenunjukkan sesuatu kornedi secara realiti. Sesuatu lakonan akan menjadi hurnor jika ianya berlaku secara spontan dan tidak diduga atau dengan tidak sengaja (http://en.wikipedia.org/wiki/Slapstick). Sebagai contoh, America s Funniest Video rnerakamkan gelagat rnanusia bertindak secara lucu rnelalui set up yang dirancang oleh pengarah dan penerbit. Oleh yang dernikian, pendekatan filern kornedi akan rnencuba sedaya upaya mempamerkan kelucuan secara benar dan rnendapat kepercayaan audien (Atkinson: 1991). Kaedah slapstik ini juga bergantung kepada kesan bunyi bagi menyemarakkan visual untuk audien. Kesan bunyi yang efektif akan rnenunjukkan hubung kait pergerakan yang lebih hurnor. Se lain daripada itL!, kaedah penyataan melarnpau pergerakan fizikal (overstatement) dan kenyataan yang tidak menerangkan yang sebenar pergerakan fizikal

Page 6: Article P Ramlee

46

WUCWIU Se/li .lo/ll'I/ul ut '/'IS /)i\(·OIIl·.\(' . .lil./l()I . .f.::005

(understatement) juga boleh mempamerkan humor. Con­tohnya, dalam filem Do Re Mt (1963), A.R. Tompel membuat aksi yang sebenamya ke atas A.K. Jalani dengan mengetuk kepala dengan periuk sementara filem Masam-Masam Manis (1965) menunjukkan pergerakan fizikal yang melampau untuk melahirkan

humor.

Filem Madu Tiga menunjukkan P. Ramlee hendak membunuh diri dengan cara terjun ke dalam sungai tetapi air sungai yang cetek melahirkan humor kepada penonton sebagai penyataan tidak sebenamya (understatement).

b. Ghaib dan Surrealisma

Fenomena ghaib dan surrealisma adalah sesuatu yang bersifat tidak realistik dalam pemikiran kita. Fenomena ini akan dianggap sebagai lucu apabila ditonton dalam filem. Sesebuah babak yang menggambarkan sesuatu yang tidak masuk aka I juga akan menjadi lucu. Ini adalah kaedah

'''11111111

,\ 11

yang sering digunakan dalam filem komedi yang cuba untuk mCll1bllVl di luar jangkaan fikiran manusia. Sebagai contoh, fenomena ghaih I objek boleh menjelma dengan sekelip mata. HUll10r akan lahir sckil mendadak kepada audien atau kepada watak dalam filell1 ill! scndil dalam adegan seram seperti di dalam filem Pendekar Bujang Lapo/i ( I menjadi pendekar di rumah kosong, di kawasan perkuburan clan di dlll surrealisma juga menyentuh perkara khayalan dengan transforll1l1si ) objek kepada objek yang lain. Umpamanya, dalam filell1 Lohll I. menekankan elemen komedi visual melalui mimpi. A pabila watuk k alam fantasi, beliau mempunyai kebebasan merancangkan !rlllll Transformasi manusia kepada binatang dan peniruan watak fantasi �

filem P. Ramlee.

c. Mengajuk dan Mengejek

Mengajuk dan mengejek adalah satu kaedah yang popular kerana melahirkan humor melalui ajukan dan imitasi. Kebiasaanya, kacdll!r ill

Page 7: Article P Ramlee

47

Khairu/ Aidil A::lin Abd. Rahrnan,

Nllr A/i/ah Van;tha Abdll/!ah

yang sering digunakan dalam filem komedi yang cuba untuk membawa audien kepada situasi di luar jangkaan fikiran manusia. Sebagai contoh, fenomena ghaib berlaku apabila sesuatu objek boleh menjelma dengan sekelip mata. Humor akan lahir sekiranya satu kejutan yang mendadak kepada audien atau kepada watak dalam filem itu sendiri. Ini banyak dilakukan dalam adegan seram seperti di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1958) iaitu semasa ujian menjadi pendekar di rumah kosong, di kawasan perkuburan dan di dalam perigi buta. Maksud surrealisma juga menyentuh perkara khayalan dengan transformasi yang mendadak sesuatu objek kepada objek yang lain. Umpamanya, dalam filem Labu Labi (1963), P. Ramlee menekankan elemen komedi visual melalui mimpi. ApabiJa watak komedi berada di dalam alam fantasi, beliau mempunyai kebebasan merancangkan humor dengan lebih baik. Transformasi manusia kepada binatang dan peniruan watak fantasi selalu digunakan dalam filem P. Ramlee.

c. Mengajuk dan Mengejek

Mengajuk dan mengejek adalah satu kaedah yang popular kerana pelawak mempunyai ide asas melahirkan humor melalui ajukan dan imitasi. Kebiasaanya, kaedah imitasi menumpu kepada

Page 8: Article P Ramlee

48

/1'(/('(//1(/ Selli JOllrnal orArls Discourse. Ji1.lVo1.4.20()5

watak yang dikenali ramai dan mudah dibuat rujukan spontan melalui pengalaman mereka

menonton filem yang lalu. Dalam filem Do Re Mi (1966), P. Ramlee telah menyelitkan watak

Zorro dengan cara pemakaian sebagai pencuri. Oleh kerana visual itu tidak setaraf dengan

watak asli, ia akan menjadi humor. Begitu juga dengan filem Laksamana Do Re Mi (1972)

yang mengambil watak Jason King sebagai watak jahat yang dilakonkan oleh Hussein Abu

Hassan. Jason King adalah salah seorang artis yang terkenal dalam filem dan televisyen di

Amerika Syarikat pada zaman 1970-an yang berimej groovy.

d. Mime dan Bahasa Pergerakan Badan

Mime adalah lakonan yang menunjukkan kejadian yang benar berlaku tetapi diperolokkan.

Kebiasaannya pelakon akan membuat pergerakan tanpa kata-kata. Semasa lakonan ini

dipraktikkan, pelakon menggunakan seluruh anggota badan untuk mengekspresikan watak bagi

berkomunikasi dengan audien. Ini banyak dilakukan oleh bad ut dengan pakaian yang dapat

melahirkan jenaka. lni dapat disaksikan dalam filem Seniman Bujang Lapok (1961) semasa

watak berkenaan menghadiri temuduga di pejabat pengurus. Mereka membuat aksi duduk di

atas kerusi sambil hisap rokok dan minum kopi apabila dipelawa oleh pengurus untuk duduk

tetapi tidak disediakan kerusi.

Page 9: Article P Ramlee

e. Jenaka dan Perwatakan

49

Klluiml Aidil A:::lill Ahd RlI/z/1/(///,

NilI' Alifiil/ VG/lli/11U :thdllllall

Rowan Atkinson (1991) menyatakan bahawa, kejayaan sesuatu ide komik bukan sahaja bergantung kepada kemahiran pelawak tetapi faktor yang utama adalah watak baru yang dipersembahkan, Watak yang baru akan menghasilkan hum or yang baru. Penyerapan watak dalam komedi seperti sifat bodoh, kasar, marah, agresif dan tidak hormat akan melahirkan satu

watak yang baru sekali gus akan melahirkan hum or yang baru, terutamanya dalam suasana tindak balas yang tidak diduga. Dalam filem Seniman Bujang Lapok (1961), terdapat adegan screen test yang man a Aziz Satar melahirkan watak yang baru dan bersifat agresif dan tidak

hormat kepada pengarah Ahmad Nisfu. Contoh lain adalah seperti dalam filem Do Re Mi (1966) di sini A.R. Tompel mencipta watak bodoh dan kasar dengan memberi api dalam keadaan yang

ekstrem apabila isterinya memerlukan api untuk merokok.

Kaedah Pengkajian

Melalui penyelidikan teori, penulis telah menggariskan 29 kata kunci kaedah visual komedi.

Kata kunci tersebut telah dikumpulkan menjadi 5 kata kunci utama seperti di dalam ladual 1 di

bawah. Keseluruhannya, 18 buah filel11 genre kOl11edi yang diarah sepenuhnya oleh P. Ral11lee

telah dikenal pasti. Kesel11ua filel11-filel11 tersebut ditontoni oleh penulis dan l11enilai darjah aplikasi kaedah kOl11edi visual dari nilai I (aplikasi rendah) hingga 9 (aplikasi tinggi) terhadap filel11-filem kOl11edi tersebut. Hasil data yang diperolehi diinputkan di dalal11 perisian Statistical

Package for the Social Sciences (SPSS). Proses penganalisaan data l11enggunakan kaedah

principal component analysis dan hierarchical cluster analysis. Selain daripada itu, laporan data juga didapati l11elalui kaedah statistik dan kajian kes filel11-filel11 kOl11edi arahan p, Ral11lee.

la bertujuan untuk mengenal pasti hubung kait struktur kOl11edi visual filel11-filel11 beliau di

antara satu sama lain.

Page 10: Article P Ramlee

50

lVacQIIQ Selli JOllrnal ojAr/s Discollrse. JiUVoI.4.]{)05

Jaduall: Kaedah Komedi Visual

Slapstik & Silapmata & Mengajuk & Mime& Jenaka &

Keganasan Surrealisma Meniru 8ahasa Gerak Perwatakan

8adan

-Realiti -Kejutan -Mengajuk karetor -Pakaian -Perwatakan

-Penyataan -Penjelmaan asal jenaka bodoh

Melampau mendadak -Mengajuk filem -I1usi -Suka berkelahi

-Penyataan -Ghaib asal -Ekspresi muka -Sifat kasar

tidak -Pergerakan -Mempersendakan -8ahasa gerak -Tidak musnah

menerangkan pantas -Keterlaluan badan -Mengejek

yang benar -Perubahan -Tidak biasa -Terbalik

-8unyi tidak masuk dengan -Kesukaan

-Keganasan akal keadaan / berlebihan

-Ketakutan & objek

berhantu

-Mimpi

-Kamera Trik

Keputusan dan Penemuan

Data yang diinput dan analisa yang dibuat melalui kaedah Cronbach Alpha menghasilkan keputusan 0.85 yang menunjukkan bahawa data terse but adalah sesuai untuk membuat penganalisaan selanjutnya. Merujuk kepada Rajah 8, secara keseluruhannya, melalui penganalisaan jumlah purata dan dibandingkan dengan kesemua filem-filem komedi arahan P.

Page 11: Article P Ramlee

52

VV(IC:alla Selli Journal ojAI'/s Di.lco/lI'.1e. .Jif./1 iJI . ..f.2005

Ramlee. Paksi X mewakili sub-genre filem-filem komedi iaitu rencam danfarce manakala

paksi Y mewakili aliran penceritaan iaitu fantasi dan realiti. Sophisticated (rencam) membawa

maksud bentuk yang menggarapkan isu-isu perhubungan suami isteri, perkahwinan, penceraian,

perbezaan darjat dan sebagainya. Farce bermaksud filem komedi yang bertujuan untuk

menghibur dan kesannya terhadap penonton adalah ketawa yang berterusan tanpa dihalang.

Komedi bentuk ini kurang kandungan intelektual atau kepentingan simboliknya, ia tidak

mementingkan persoalan atau mesej, atau bermaksud apa-apa. Realiti pula merujuk kepada

filem yang memaparkan cerita yang mencerminkan kehidupan seharian yang sebenar iaitu

kehidupan manusia biasa dalam situasi yang biasa serta watak harus bersikap seperti apa yang

manusia lakukan dalam kehidupan seharian. Fantasi sebaliknya merujuk kepada cerita yang

aksi-aksi atau kejadiannya tidak normal dan tidak mungkin mengambil tempat di dunia nyata

serta sukar diterima minda.

Melalui analisa heirachical cluster, filem-filem komedi arahan P. Ramlee boleh dibahagi kepada

3 klasifikasi utama sub-genre komedi iaitu rencam-fantasi, rencam-realiti dan kombinasifarce

realiti dan fantasi. Filem-filem kumpulan rencam realiti ada1ah seperti Masam-Masam Manis

(1965), Bujang Lapok (195 7) dan Anak Bapak (1968). Manakala fi1em-filem kategori rencam­

fantasi adalah seperti Ahmad Albab (1968), Musang Berjanggut (1959) dan Sabaruddin Tukang

Kasut (1966). Filem-fiIem kombinasifarce realiti dan fantasi termasuklah Laksamana Do Re

Mi (1972), Labu Labi (1963), Do Re Mi (1966) dan Ali Baba Bujang Lapok (1960).

Page 12: Article P Ramlee

52

VV(IC:alla Selli Journal ojAI'/s Di.lco/lI'.1e. .Jif./1 iJI . ..f.2005

Ramlee. Paksi X mewakili sub-genre filem-filem komedi iaitu rencam danfarce manakala

paksi Y mewakili aliran penceritaan iaitu fantasi dan realiti. Sophisticated (rencam) membawa

maksud bentuk yang menggarapkan isu-isu perhubungan suami isteri, perkahwinan, penceraian,

perbezaan darjat dan sebagainya. Farce bermaksud filem komedi yang bertujuan untuk

menghibur dan kesannya terhadap penonton adalah ketawa yang berterusan tanpa dihalang.

Komedi bentuk ini kurang kandungan intelektual atau kepentingan simboliknya, ia tidak

mementingkan persoalan atau mesej, atau bermaksud apa-apa. Realiti pula merujuk kepada

filem yang memaparkan cerita yang mencerminkan kehidupan seharian yang sebenar iaitu

kehidupan manusia biasa dalam situasi yang biasa serta watak harus bersikap seperti apa yang

manusia lakukan dalam kehidupan seharian. Fantasi sebaliknya merujuk kepada cerita yang

aksi-aksi atau kejadiannya tidak normal dan tidak mungkin mengambil tempat di dunia nyata

serta sukar diterima minda.

Melalui analisa heirachical cluster, filem-filem komedi arahan P. Ramlee boleh dibahagi kepada

3 klasifikasi utama sub-genre komedi iaitu rencam-fantasi, rencam-realiti dan kombinasifarce

realiti dan fantasi. Filem-filem kumpulan rencam realiti ada1ah seperti Masam-Masam Manis

(1965), Bujang Lapok (195 7) dan Anak Bapak (1968). Manakala fi1em-filem kategori rencam­

fantasi adalah seperti Ahmad Albab (1968), Musang Berjanggut (1959) dan Sabaruddin Tukang

Kasut (1966). Filem-fiIem kombinasifarce realiti dan fantasi termasuklah Laksamana Do Re

Mi (1972), Labu Labi (1963), Do Re Mi (1966) dan Ali Baba Bujang Lapok (1960).

Page 13: Article P Ramlee

Rencam

Fantasi

Madu Tiga •

• Sabaruddin Tukang Kasut

53

Khairul Aidil A::lin Abd. Rahman.

NilI' Aji/all Vanitha Ahdllllah

Fantasi

usang. Be�anggut

Ahmad Albab •

Kombinasi Farce

Realiti dan Fantasi

Laksamana DoReMi .

Nasib Labu Labi Seniman Bujang

Labi Lapok

X Farce

Keluarga 69 •

Masam-Masam Manis Nujum Pak

Anak .sapak.

Bel;lang

T: Bujang·La 0

Rencam

Fantasi

Realiti

• Ali Baba Bujang Lapok

Nasib Do Re Mi •

Do Re Mi •

Rajah 9: Struktur Filem-filem Komedi Arahan P. Ramlcc.

Page 14: Article P Ramlee

54

Wacuna Seni Journal of Discoul'se. Jil.ll'ol.4.1()05

Komblnasl FlI"Ce Rea/HI

& FIIlI .. 1

Rencam Realltl

Rencam Flnlul

* , HIE R ARC H I C A L C L U S T ER A N A L Y S I

Dendrogram using Ward Method

CAS E

Label Num

Bujalg Lapok

Nqum Pak Belalang Ali Baba Bqang Lapok Pendekar Bqang Lapok Nesib Lalu Labi Ne sib Do ReMi Laksamana Do Re Mi

Mek Bapek Seriman Bujang Lepok Labu Labi Do Re Mi Tiga AbdLl

Keluarga69

Masam·masam Malis MaduTiga

Sabaruddin Tukang KaSIA

Ahmad Albab MusalQ 8erjanggut

4 16

2 8

14 18

5 6 7

13 10 15 11

9 12 17

3

Rescaled Distance Cluster Combine

o 5 10 15 20 25 +---------+---------+---------+---------+---------+

()� ()3W()�� IJt? � ()x()� c��()()� IJt? o()� � � ()()IJt? c � � �1Jt? o()��()� % � � ()3()� � � IJt? 0 ()��()()()()()� � � � 0 W()()IJt? � ()x % � � IJt? o()()()��� � � � ()x W()()()� � IJt? 0 �W()� � �()IJt? 0 W()()()��W()�1Jt? ��()()IJt?

Rajah 10: Klasifikasi Sub-genre Filem Komedi P. Ramlee.

Pemetaan Elemen Komedi Visual Dalam Filem P. Ramlee

Melalui data yang diproses, graf di Rajah 11 menunjukkan pemetaan elemen komedi visual dalam filem-filem arahan P. Ramlee. Paksi X mewakili mode lakonan iaitu emosi dan fizikal manakala paksi Y mewakili mode pengarahan iaitu teknik dan isi kandungan. Emosi di sini bermaksud filem-filem yang banyak melibatkan emosi para penontonnya seperti sedih, pilu, kebahagiaan dan kesengsaraan, sementara fizikal pula membawa maksud aksi-aksi fizikal watak yang kurang kaitannya dengan emosi dan intelektual tetapi bertujuan untuk melahirkan gelak ketawa semata-mata. Teknik pula merujuk kepada kaedah yang lebih berat kepada pengunaan kamera (shot, angle, camera tricks dan sebagainya) atau kaedah penceritaan (stail pengarahan dan lakonan, tempo dan sebagainya). Sementara itu, isi kandungan pula merujuk kepada elemen­elemen penceritaan dalam sesuatu filem seperti watak dan perwatakan, plot, latar masa, latar tempat dan sebagainya. Elemen perwatakan pula merujuk kepada sifat-sifat watak yang

dikemukakan dalam filem.

Page 15: Article P Ramlee

55

Khaiml Aidil A;;lin Abd. Rahman. NI//' Afi(c,I! Vanilha Abdllllah

Teknik Fantasi Y Kejutan penjelma�

Olahan Ghaib Kamera • •

Mimpi

erubahan .melampau

Perwatakan

Memperse�dakan Mengeje

Agresif •

Kasar •

Emosi • •

• Bunyi • Tidak Ilusi

musnah. •

Reaksi dan

Ekspresi

Penyataa melampau • Tidak biasa

Penyataan ti ak benar

Rea�ti

Anti Realistik

Isi Kandungan

x Fizikal

Rajah 11: Struktur Mode Komedi Visual oleh P. Ramlee.

Melalui analisa heirachical cluster, filem-filem komedi arahan P. Ramlee boleh dibahagi kepada

empat kumpulan utama. Daripada graf ini, kita dapat mengatakan bahawa mode komedi visual

filem P. Ramlee menekankan empat elemen iaitu perwatakan, anti-realistik, fantasi, reaksi dan

ekspresi. Elemen perwatakan merujuk kepada sifat-sifat watak yang dikemukakan dalam filem.

Elemen anti-realistik pula membawa erti sesuatu yang tidak normal, hukum alam dan sukar

Page 16: Article P Ramlee

56

WaccmC/ Seni Journal o(Al'ls Discoul'se. JiI.lVol.4.2(J05

diterima oleh minda. Manakala elemen reaksi dan ekspresi pula bermaksud tindak balas (fizikal

atau ekspresi wajah) yang dipaparkan oleh sesuatu watak kesan dari aksi watak yang lain.

HIE R A R C H I C A L C LU S T E R A N A L y S IS · · .. .. .. ..

Dendrogram uSlng Ward Method

Rescaled Dlstance Cluster Combine

C A S E 10 15 20 25 Label Num ?------- --+---------+-- -------t- ------- -+--------+

Penjelmaan 7 O�

Fantasl Ghaib 6 003� Kamera Trik 13 3a 0300oo 0330oo330oo30oo 000000 00oo 0000000oo � Mimpi 12 Ooo a 000000� Agresif 24 0-3 OO33OO33 OO00� co C>

Kaaat 25 Oa o OOOOoo OOOOOOOOOoo OOOOOOOUUUa C>

ash .. e b aden 21 U-O� co co

Perwatakan Mengajek 27 Ua 003000300000a C>

Mempetsendakan 16 O� co

Kabodohan 23 OOOa C>

Kasukaan m elampau 29 Oa co

Pe'llerakan panlas 9 O� co

Anti-realistik IIuSI 19 00 ""

���r�uk slail visual 15 0000000OOOO03000330300000000300� ""

26 Oa co e:>

Melampau 17 DxOo;;:, C> C>

Tidak musnah 26 Oa 0 OOOOOOOOO� o oooooooooouuoo ooOa Porubahan 10 O-Oa co e:>

Kelakulan Iberhanlu 11 3a co co

Reaksi Penyalaan lidak bonar 3 U� o MOOO03300300000Oa

dan Kajulan 6 00% co

Ekspresl Realili 1 lJa cij� co

Mengajuk karoklor aaal 14 OMa co co

aunyi 4 3� oOoo OOMa Kegonaaan 5 OOO� co

Pemakeian 16 Oa oOa Ponyalaln melampau 2 O� ""

Tldsk biaaa 22 003a Ekspresi mUka 20 Oa

Rajah 12: Klasifikasi Mode Komedi Visual Filem-Filem Komedi.

Page 17: Article P Ramlee

57

/(//{/ini/ 11 idi/ Il::lin libel. Rahll1on. NIII" .. Ilifidl I/ollil/wllhdu/lah

Pengulangan

Menerusi kajian ini, didapati bahawa P. Ramlee mempunyai format bagi filem komedi beliau

yang berbentuk pengulangan. Faktor pengulangan tersebut boleh dibahagi kepada 2 bentuk

iaitu:

a. Pengulangan hubungkait watak diantara satu sama lain.

b. Pengulangan watak dengan aksi yang berlainan.

Ini dapat dilihat denganjelas di dalam filem-filem komedi beliau yang menpunyai 2-3 watak

yang dapat dibahagikan pula kepada:

a. 2 atau 3 sekawan

b. 2 atau 3 bersaudara / isteri / anak (di dalam sebuah keluarga)

c. 3 watak rakan sekerja di temp at yang sama.

Kaedah ini memberi peluang kepada beliau membuat pengulangan watak dengan aksi-aksi

yang berlainan yang melahirkan humor bagi setiap filem melalui isu-isu dari setiap watak

(JaduaI2).

Page 18: Article P Ramlee

58

j,jfacana Seni JOUl'/1u! o(Ans Discoul'se. Jil.lVo!.4.2U05

Jadual2: Kategori Pengulangan Dalam Filem-fiIem Komedi Arahan P. Ramlee

Kategori P engulangan

a. 3 watak sekawan baik

b. 2 atau 3 watak bersaudara / isteri / anak di dalam sebuah keluarga.

c. 2 atau 3 watak rakan sekerja di tempat yang sama.

Konsep Membantu

Filem-filem Komedi P. Ramlee

Bujang Lapok (1957), Pendekar Bujang Lapok (1958), Seniman Bujang Lapok (1961). Do Re Mi (1966), Nasib Do Re Mi (1966), Laksamana Do Re Mi (1972).

Tiga Abdul (1964), Madu Tiga (1964), Keluarga 69 (1967), Ahmad Albab (1968), Anak Bapak (1968), Nujum Pak Belalang (1959), Sabaruddin Tukang Kasut (1966). Masam-Masam Manis (1965).

Musang Berjanggut (1959), Ali Baba Bujang Lapok (1960), Labu Labi

(1963), Nasib Labu Labi (1963).

Di dalam filem komedi beliau, P. Ramlee menunjukkan isu perbezaan di antara masyarakat

kaya dan miskin. Ini adalah isu-isu pada zaman beliau bagi memberi mesej kesedaran kepada

penonton. Kebanyakan filem ini memaparkan konsep membantu. Contoh, da1am filemAhmad

Albab (1958), Tiga Abdul (1964), Sabaruddin Tukang Kasut (1966), Ali Baba Bujang Lapok

(1960), Madu Tiga (1964) dan Keluarga 69 (1967). Filem-filem ini menunjukkan keperibadian

beliau semasa hidupnya yang ikhlas membantu kawan-kawan yang menghadapi kesusahan dan

Page 19: Article P Ramlee

59

Khairu/ Aidi/ A:::/in Abd. Rahlllan,

Nur Atl/ah VC/ni/ha Abdu//ah

kesempitan kewangan. P. Ramlee telah menyatakan, 'sebarang mesej atau nilai moral yang

baik hams diselitkan secara tidak dipaksa dan kita perlu teliti motifyang akan disampaikan'

(http://www.felix-entertaiment.com/p-ramlee/set.htm).

Konsep Kepercayaan kepada Maha Esa dan Nasib

Filem-filem komedi P. Ramlee bukan sekadar komedi semata-mata tetapi beliau juga menyelitkan unsur-unsur kepercayaan yang teguh kepada Allah s.w,t. Ini dapat dilihat dengan perbuatan menadah tang an berdoa walaupun dalam keadaan berjenaka untuk mendapat pertolongan dan restu Ilahi. Nasib juga mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan. Terdapat juga babak yang menunjukkan unsur tidak sengaja dengan nasib yang baik dan nasib yang tidak baik. Filem beliau menekankan konsep nasib seperti ini diperolehi oleh kaum Melayu pada masa itu. la juga satu mesej kepada penonton bahawa manusia tidak hanya bergantung pada nasib. Contoh filem komedi yang terdapat adegan berdoa adalah seperti Madu Tiga (1964), Do Re Mi (1966),

Keluarga 69 (1967), Pendekar Bujang Lapok (1958), Seniman Bujang Lapok (1961) dan lain­lain.

Kesimpulan

Kajian ini telah mengenal pasti struktur filem-filem genre komedi dan mode komedi visual filem arahan P. Ramlee. P. Ramlee mempunyai format pengarahan, lakonan, aliran dan sub­genre filem komedi yang tersendiri. Ini yang melahirkan keunikan beliau kalau dibandingkan dengan pengarah-pengarah filem-filem komedi lain pada masa itu. Filem-filem komedi arahan beliau juga tidak jemu ditonton oleh semua lapisan generasi disebabkan beliau telah mencipta identiti tersendiri melalui filem-filem beliau.ldiosyncracy beliau dapat dijadikan garis panduan kepada pengarah-pengarah filem-komedi untuk mempelajari dan mencari identiti masing­

masing.

Page 20: Article P Ramlee

60

Wacano Seni JOlIl'l1a/ o/Arls Discollrse. Ji!.lJlu/.4.2I105

Kajian ini juga telah mengenal pasti beberapa topik yang boleh dijadikan pengkajian ilmiah

untuk masa hadapan terutama dalam genre komedi seperti perbandingan di antara filem genre

komedi P. Ramlee dengan filem komedi masa kini, format komedi yang sesuai bagi audien

masa kini berlandaskan genre filem komedi P. Ramlee dan perbandingan idiosyncracy filem

komedi P. Ramlee semasa di Singapura dengan di Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, kertas kerja ini telah dapat menghuraikan secara teori dan kritis mengenai

pemikiran P. Ramlee dalam mengarah filem-filem komedi.

RUJUKAN

Brunovska, Kristine and Henry Jenkins. 1995. Classical Hollywood Comedy. New York: Routledge.

Cohen, Robert. 1988. Theatre Brie/Version. California: Mayfield Publishing Co.

Khairul Aidil Azlin Abd Rahman dan Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2004. "Analisa Kaedah Komedi

Visual Dalam Filem-Filem Arahan P. Ramlee", Prosiding Seminar Pemikiran P Ram/ee.

Kuching: Penerbit UNIMAS.

Sklar, Robert. 1993. Film An International History o/the Medium. New York: Prentice-Hall Inc.

Theodore, W. Hatlen. 1962. Orientation To The Theatre. New York: Meredith Pub.

Filem

P. Ramlee.1957. Bujang Lapok, Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee. 1958. Pendekar Bujang Lapok, Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee. 1959. Musang Berjanggut, Malay Film Prod. Ltd.

Page 21: Article P Ramlee

61

K/wiru! Aidi! A::fin Ahd. Hallflwll,

Nllr Aji/(lh Vanil/m Abduffah

P. Ramlee . 1959. Nujum Pak Belalang. Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee . 1960 . A/i Baba Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee . 1961. Seniman Bujang Lapok. Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee . 1963. Labu Labi. Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee . 1963. Nasib Si Labu Labi. Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee . 1964. Tiga Abdul. Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee. 1964 . Madu Tiga. Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee . 1965. Masam-masam Manis. Malay Film Prod. Ltd.

P. Ramlee . 1966. Sabaruddin Tukang Kasut. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.

P. Ramlee . 1966. Do Re Mi. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.

P. Ramlee . 1966. Nasib Do Re Mi. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.

P. Ramlee . 1967. Keluarga 69. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.

P. Ramlee. 1968. Anak Bapak. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.

P. Ramlee. 1968. Ahmad Albab. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.

P. Ramlee . 1972. Laksamana Do Re Mi. Merdeka Film Prod. Sdn Bhd.

Rowa n Atk i nso n . 1991. Laughing Matter. Tiger Televisio n Production for BBC, MCMXCII, ADVA

P ictures.

LamanWeb

http://www.farahaqil.com/movies/summary.htm .

http://geocities . com/sunsetstri p/ All ey / 58 70/pri . html.

http://www.feiix-e ntertaime nt.com/p-ramiee/set .htm .

http://e n .wikipedia .org/wiki/Slapstick .

http://members.optusnet .com.au/�waynedavidson/jkgallery.htm .