ramlee - sarawak

17
APRIL 2015 Bil :173/4/2015 Penasihat Ajing Kartini Bt. Mohamad Ramlee Hasil Nukilan Nur Faizatul Camellia Rablin Norlela Suleiman Lela Ahmad Allias Sahari Rubiah Alli Dolly Liaw Mariam Gani Yong Azizah Haili Zulhaisham Sulaiman 1 6 April 2015 Sesi Pemurniaan KIK untuk Kumpulan MAREQ dan IMTENG untuk persediaan ke Konvensyen KIK Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak Tahun 2015 di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU. 7 April 2015 Kursus Pengurusan Lean kepada Fasilitator, Ketua Kumpulan dan Penolong Ketua Kumpulan KIK - Projek Pengurusan Lean di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU. 9 April 2015 Perbincangan Balanced Scorecard bersama TP (CPS) di Bilik Anggerik. 10 April 2015 Mesyuarat Jawatankuasa MS ISO 50001 di Bilik Anggerik. Pelupusan Dokumen & Rekod Salinan SO/PO (Bahagian COP) di Percetakan Nasional Malaysia Berhad. 15 April 2015 Pembentangan Laporan Penuh Anugerah AIPBT 2015 di Bilik Mesyuarat Lazali, Aras 15 Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. 16 April 2015 Latihan Task Force untuk Ahli Jawatankuasa Baru Membersih Dokumen/Fail DBKU di Bilik Mawar, Depo Baru. 17 April 2015 Mesyuarat Bersama Timbalan Wakil (Pengurusan Kualiti) Ketua Juruaudit dan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2008 di Bilik Bunga Raya. Prebiu Laporan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (Pengurusan Kewangan) di Bilik TP(FCS). 1 21 April 2015 Perbincangan Balanced Scorecard bersama TP (FCS) di Bilik Anggerik. 22 April 2015 Mesyuarat Bahagian TRI di Bahagian TRI. 23 April 2015 Taklimat Kesedaran MS ISO 9001, MS ISO 14001 dan OHSAS 18001 di Auditorium DBKU. (Sesi 1 dan Sesi II) 24 April 2015 Pencambahan fikiran Projek KIK DBKU secara Hybrid di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU. Spring Cleaning di Bahagian TRI. 27 April 2015 Taklimat Kesedaran MS ISO 9001, MS ISO 14001 dan OHSAS 18001 di Auditorium DBKU. (Sesi III dan Sesi IV) 28 April 2015 Mesyuarat Semakan Suku Tahun Pertama Balanced Scorecard 2015/Perancangan Strategik di Bilik Anggerik. 30 April 2015 Perbincangan Fokus Retreat Perancangan Strategik 2016 Perbincangan Persediaan Lawatan Panel Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan 2015 di Bilik Bunga Raya.

Upload: others

Post on 04-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ramlee - Sarawak

APRIL 2015 Bil :173/4/2015

Penasihat

Ajing Kartini Bt. Mohamad Ramlee

Hasil Nukilan

Nur Faizatul Camellia Rablin Norlela Suleiman

Lela Ahmad Allias Sahari Rubiah Alli Dolly Liaw

Mariam Gani Yong Azizah Haili

Zulhaisham Sulaiman

1

6 April 2015 • Sesi Pemurniaan KIK untuk Kumpulan MAREQ

dan IMTENG untuk persediaan ke Konvensyen KIK Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak Tahun 2015 di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU.

7 April 2015 • Kursus Pengurusan Lean kepada Fasilitator,

Ketua Kumpulan dan Penolong Ketua Kumpulan KIK - Projek Pengurusan Lean di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU.

9 April 2015 • Perbincangan Balanced Scorecard bersama

TP (CPS) di Bilik Anggerik.

10 April 2015 • Mesyuarat Jawatankuasa MS ISO 50001 di

Bilik Anggerik. • Pelupusan Dokumen & Rekod Salinan SO/PO

(Bahagian COP) di Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

15 April 2015 • Pembentangan Laporan Penuh Anugerah

AIPBT 2015 di Bilik Mesyuarat Lazali, Aras 15 Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya.

16 April 2015 • Latihan Task Force untuk Ahli Jawatankuasa

Baru Membersih Dokumen/Fail DBKU di Bilik Mawar, Depo Baru.

17 April 2015 • Mesyuarat Bersama Timbalan Wakil

(Pengurusan Kualiti) Ketua Juruaudit dan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2008 di Bilik Bunga Raya.

• Prebiu Laporan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (Pengurusan Kewangan) di Bilik TP(FCS).

1

21 April 2015 • Perbincangan Balanced Scorecard bersama

TP (FCS) di Bilik Anggerik.

22 April 2015 • Mesyuarat Bahagian TRI di Bahagian TRI. 23 April 2015 • Taklimat Kesedaran MS ISO 9001, MS ISO

14001 dan OHSAS 18001 di Auditorium DBKU. (Sesi 1 dan Sesi II)

24 April 2015 • Pencambahan fikiran Projek KIK DBKU secara

Hybrid di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU.

• Spring Cleaning di Bahagian TRI. 27 April 2015 • Taklimat Kesedaran MS ISO 9001, MS ISO

14001 dan OHSAS 18001 di Auditorium DBKU. (Sesi III dan Sesi IV)

28 April 2015 • Mesyuarat Semakan Suku Tahun Pertama

Balanced Scorecard 2015/Perancangan Strategik di Bilik Anggerik.

30 April 2015 • Perbincangan Fokus Retreat Perancangan

Strategik 2016 • Perbincangan Persediaan Lawatan Panel

Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan 2015 di Bilik Bunga Raya.

Page 2: Ramlee - Sarawak

Cadangan Q - 473 Penambahbaikan/Inovasi - 7

CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI

STATISTIK CADANGAN Q DAN LAPORAN PENAMBAHBAIKAN/INOVASI (JANUARI - APRIL 2015)

STATISTIK LAPORAN CADANGAN Q/PENAMBAHBAIKAN/INOVASI MENGIKUT BAHAGIAN (JANUARI - APRIL 2015)

13

26

16

7

2515

50

3

27

36

8

31

1113

0

31

57

18

8

21

0

23

1

22

9

20 0 1 0 0 0

30 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0

20 0 0 0

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

55

60

ADM

AUD

BDD

BLG

COP

CRD

CTS

CSS

ENF

ENG

ENV

FIN

GPM

HRM

ICT

IMT

IRM

LAW

LES

MNE

LNP

PRD

SCY

TRI

VAL

PDB

CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI

Jumlah Staf

(21) (4) (27) (15) (22) (6) (25) (48) (24) (28) (17) (89) (42) (13) (59) (36) (193) (12) (10) (104) (37) (11) (7) (120)

NOTA: Jumlah staf dikemaskini setakat : 5 Januari 2015

(19) (7)

2

Page 3: Ramlee - Sarawak

1 3

Page 4: Ramlee - Sarawak

4

Page 5: Ramlee - Sarawak

5

Page 6: Ramlee - Sarawak

6

Page 7: Ramlee - Sarawak

7

Page 8: Ramlee - Sarawak

8

Page 9: Ramlee - Sarawak

1. Layanan sebagai seorang manusia: Setiap individu dikeliling anda sama ada kakitangan anda atau rakan sekerja malah majikan anda, semuanya adalah sama seperti anda iaitu masing-masing adalah seorang manusia.

Fitrah seorang manusia mahu dilayan sebaiknya sebagai manusia, bukan sebagai binatang atau haiwan yang boleh dicaci maki sesuka hati, biar apa pun kesalahan atau kesilapannya. Seorang manusia mengharapkan agar difahami, diterima, dihormati, disayangi, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai. Andai wujud kekurangan dalam item utama layanan ini, hubungan interpersonal yang baik sukar diwujudkan.

2. Hormati harga diri orang lain: Asas untuk menghormati harga diri orang lain adalah dengan menjadikan orang tersebut merasakan diri mereka penting.

Perlu telus ketika memberikan maklum balas dalam komunikasi iaitu dengan mendengar dan memberikan perhatian kepada mereka semasa berinteraksi. Mendengar adalah lebih penting daripada berkata-kata tetapi, perlu pastikan anda tidak mendengar dalam keadaan terpaksa. Luangkan masa namun, andai anda perlu beredar segera, nyatakan dengan baik dan tetapkan temu janji untuk menyambung perbincangan pada masa lain. Penting! Pandang mereka ketika bercakap, fokus kepada fakta percakapan, beri penghargaan jika perlu dan berikan maklum balas tanpa membuat sebarang tuduhan, kesimpulan atau hukuman kepada yang bercakap.

3. Fahami orang lain: Manusia mempunyai satu persamaan iaitu berbeza dengan orang

lain.Lantaran, usaha untuk memahami orang lain amat penting dalam hubungan interpersonal. Untuk memahami orang lain, anda perlu bebaskan diri dan minda daripada perkara lain ketika berinteraksi dan fokuskan kepada percakapan yang sedang berlangsung. Perlu diingat! Anda dan pihak lain adalah unik maka perlu bersedia dan terbuka kepada pertembungan idea dan lihatlah kepada aspek yang positif, bukan negatif. Hindari daripada mengenali seseorang daripada orang lain sebaliknya kenali orang tersebut dengan sendiri. Berhati-hati dengan perkataan dan nada percakapan anda kerana gaya bahasa serta lenggok percakapan anda boleh disalaherti yang memungkinkan rosaknya hubungan.

4. Empati: Untuk mempunyai perasaan empati kepada orang lain, anda terlebih dahulu perlu menghapuskan pemikiran, perasaan dan pengharapan anda kepada seseorang kerana unsur penting dalam empati ialah kepercayaan.

Bagi mempraktikkan sikap empati, langkah-langkah berikut perlu diikuti iaitu: * Mendengar secara aktif * Mendapatkan maklumat fakta dan perasaan di sebaliknya * Mengesahkan kefahaman anda melalui kaedah paraphrasing atau rephrasing (memberi respons berlawanan atau mempersoalkan fakta percakapan) * Melihat isu dan pandangan melalui kaca mata mereka

KERJA BERKUMPULAN

9

Page 10: Ramlee - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

1.

7714

Menaik kadar siling tuntutan wang runcit bagi perbelanjaan jamuan mesyuarat dari RM100.00 ke RM200.00.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6067. ICC Ke-81 - Cadangan tidak diterima kerana had maksima jumlah tuntutan yang hendak dibayar melalui wang runcit telah ditetapkan dalam klausa 98 di dalam The Local Authorities Financial Regulations, 1997 (Swk. L.G. 68/97): 98 - All payments of bills for sums not exceeding RM100 shall, as far as possible, be made from the petty cash impress’.

2.

7720

Membuat saringan air kencing untuk warga kerja DBKU terutamanya staf berpakaian seragam.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7279. Cadangan diterima dan akan diambil tindakan untuk staf berpakaian seragam serta tidak terhad kepada yang bermasalah sahaja.

3.

7721

Memasang lampu di hadapan lif Aras 3 Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).

4.

7724

Mengadakan Karnival Sukan Antara Bahagian sama ada sukan luaran ataupun dalaman.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4390, 3447, 3445 dan 0012. Cadangan tidak diterima kerana banyak aktiviti Jom Sihat telah dilaksanakan oleh DBKU melalui Bahagian CRD.

5.

7725

Menyediakan Bilik Sidang Media untuk tiap-tiap sidang media yang diadakan di Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6432 dan 5972. Cadangan tidak diterima kerana ruang adalah terhad. Lagipun sidang media tidak kerap diadakan dan bergantung kepada aktiviti/program/majlis DBKU. Bilik Mesyuarat Anggerik atau Rotunda masih sesuai dan dapat digunakan.

6.

7726

Meletak signboard LED di Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan melibatkan kos.

10

Page 11: Ramlee - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

7.

7728

Bahagian TRI merangka/mencari suatu format dalam sistem e-QSMS untuk pembentangan laporan-laporan cadangan mengikut kategori. Contohnya cadangan yang dihantar oleh staf adalah pelbagai jenis seperti cadangan berbentuk inovasi, teknikal, sistem, persekitaran, penjimatan dan lain-lain. Sekiranya ada format yang dapat mengkategori setiap cadangan tersebut akan memudahkan rujukan dan laporan dibuat.

Cadangan tidak diterima kerana sistem e-QSMS memang ada kategori untuk cadangan-cadangan yang dikemukakan.

8.

7730

Mengecat garisan kuning/traverse bar/petak kuning di sebahagian bulatan DBKU (dari simpang jalan naik ke Bangunan DBKU dan selekoh berdekatan SESCO Substation).

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6864 dan 6213. Cadangan tidak diterima kerana road marking yang sedia ada sudah mencukupi.

9.

7732

Mengecat/Melukis lukisan kreatif di bawah Jambatan Satok antara Jalan Matang ke Jalan Merdeka dan Jalan Kulas ke Jalan Satok.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7385. Cadangan telah dirujuk semula kepada pencadang untuk mengemukakan lakaran/gambar lokasi yang dimaksudkan.

10.

7737

Memberi tambang penerbangan percuma untuk melancong kepada staf yang sudah berkhidmat 25 tahun termasuk ASB RM500.00.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4296 dan 3961. ICC Ke-58 - Cadangan tidak diterima kerana belum dapat dilaksanakan buat masa ini.

11.

7738

Memberi kursus jangka pendek 5 hari bekerja (Isnin - Jumaat) kepada staf berjawatan Skel C - B sekali setahun. Keutamaan kepada yang belum mahir dalam power point dan excel. Dicadang Encik Dasuki Aini dari Bahagian HRM sebagai fasilitator dan tempat kursus di Perpustakaan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6209 dan 0716. Cadangan diterima dan Kursus Komputer Microsoft Word 2010 (Elementary and Intermediate) telah diadakan pada 9 - 10 Jun 2014 di SAINS, Kota Samarahan untuk 68 orang staf.

12.

7739

Menebang pokok berdekatan simpang keluar McDonald, Jalan Satok.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).

13.

7740

Menubuhkan Koperasi DBKU dan diberi nama KoperasiKU (Koperasi Kuching Utara). Urus tadbir koperasi boleh dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Kelab dan MBJ.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7194, 6373 dan 3327. Cadangan tidak diterima kerana sukar untuk diuruskan.

11

Page 12: Ramlee - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

14.

7745

Menyedia kerusi roda di lobi, Bangunan DBKU untuk kegunaan semua.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7602,4125, 5513 dan 0489. Cadangan tidak diterima kerana perkhidmatan kerusi roda ada disediakan di Muzium Kucing dan boleh digunakan jika Kaunter Informasi memerlukan.

15.

7746

Mewujudkan gerai-gerai menjual makanan sebagai pesta di luar Kafeteria DBKU. Staf DBKU atau orang luar dapat membeli makanan.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7599. Cadangan telah dirujuk semula kepada pencadang untuk memberi penjelasan objektif pesta tersebut.

16.

7747

Penyeragaman kerusi dan meja di Bahagian ENG.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 3916. Cadangan diterima dan akan diambil tindakan serta tertakluk kepada kedudukan kewangan perbelanjaan pejabat bahagian masing-masing dan juga keadaan kerusi sedia ada. Yang baik masih boleh digunakan dan yang rosak boleh di BOS.

17.

7748

Menyediakan kawasan tempat letak kenderaan berbumbung di bahagian luar Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6899. ICC Ke-87 - Cadangan tidak diterima kerana pernah dicadang kepada pihak Pengurusan namun tidak diluluskan.

18.

7751

E-mel Zimbra dapat digunakan di komputer Bilik Anggerik, Aras 3, Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana kemudahan tersebut memang dapat diakses dalam bilik tersebut.

19.

7755

Menempatkan Pengawal Keselamatan di pintu keluar/masuk Basement Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4285. Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan memadai dengan tugas Pengawal Keselamatan sekarang.

20.

7760

Menyediakan troli untuk membawa buku-buku yang dipulangkan dari peti bookdrop Perpustakaan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5706 dan 5313.

12

Page 13: Ramlee - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

21.

7762

Memasang sensor untuk semua lampu di Basement Bangunan DBKU kerana kerap kali lampu tidak dipadam pada waktu siang sama ada pada hari bekerja atau bukan hari bekerja.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6604. ICC87 - Cadangan tidak diterima kerana telah membuat uji cuba memasang 1 unit lampu limpah LED di kawasan letak kereta dan didapati ia memberi impak yang lebih berkesan berbanding penggunaan sensor. Di samping itu, tindakan pemasangan timer juga telah dibuat.

22.

7763

Saguhati Cadangan Q diterima oleh Majlis Inovasi dan Kreativiti berjumlah RM2.00 untuk satu cadangan dinaikkan ke RM10.00.

Cadangan tidak diterima kerana memadai dengan RM2.00 yang telah diluluskan pada 27 September 2010 (Mesyuarat ICC Ke-71).

23.

7775

Menambah kouta/kapasiti memori pada e-mel Zimbra DBKU kerana kapasiti e-mel sedia ada sangat terhad untuk menyertakan lampiran yang banyak/besar.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7764. Cadangan telah disalurkan kepada Bahagian ICT untuk tindakan.

24.

7781

Menempatkan sebuah mesin air minuman tin di lobi, Bangunan DBKU atas seliaan Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana mesin tersebut telah disediakan di lobi, Bangunan DBKU.

25.

7783

Menaikkan kadar bayaran saguhati Cadangan Q yang telah diterima oleh Mesyuarat Inovasi dan Kreativiti daripada RM2.00 kepada RM5.00.

Cadangan tidak diterima kerana memadai dengan RM2.00 yang telah diluluskan pada 27 September 2010 (Mesyuarat ICC Ke-71).

26.

7786

Mewajibkan rotation staf antara unit-unit di dalam setiap bahagian terutamanya di kalangan N17 dan N22. Arahan dan pemantauan dibuat oleh Bahagian HRM.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 3292. Cadangan tidak diterima kerana akan diambil kira semasa reshuffle staf oleh Bahagian HRM.

27.

7788

Pembinaan Pusat Kitar Semula di kawasan Petra Jaya.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7764. Cadangan tidak diterima kerana sudah dilaksanakan semenjak 1993. Tidak praktikal untuk semua kawasan perumahan. DBKU telah membina 7 buah Pusat Kitar Semula di 7 kawasan perumahan. Untuk kawasan perumahan yang lain ada yang tidak praktikal tetapi DBKU mengadakan inisiatif approach house to home collection.

13

Page 14: Ramlee - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

28.

7792

Mewujudkan taski/taska untuk anak-anak staf DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7088, 5271, 6998, 5729, 0451,0713, 2578, 3951 dan 4898. Cadangan tidak diterima kerana tiada peruntukan.

29.

7796

Lawatan kerja yang dihadiri oleh pihak Pengurusan disertai oleh AJK Persatuan/Kelab/Pertubuhan yang ditubuhkan oleh DBKU (pegawai dan staf). Contoh: Kelab Sukan dan Rekreasi, Kelab Bowling, Badminton, MBJ dan sebagainya

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7111, 6124 dan 6443. Cadangan tidak diterima kerana permohonan boleh dibuat oleh Ketua Bahagian masing-masing dan tertakluk kepada peruntukan.

30.

7798

Mewujudkan semula pemakaian baju batik untuk pegawai dan staf pada hari Khamis.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4435, 7336, 5486, 4341 dan 5288. Cadangan tidak diterima kerana pemakaian baju batik pada hari Khamis hanya digalakkan dan tidak mewajibkan sebab tidak mahu membebankan staf.

31.

7801

Memberi hadiah kepada staf yang meraikan hari jadi.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7141. ICC Ke-88 - Cadangan tidak diterima kerana kekangan peruntukan.

32.

7804

Meletakkkan papan tanda ‘Jangan Bising’ di Galeri KU memandangkan jika ada pelawat yang datang dan membuat bising dapat didengar hingga ke Bilik Mesyuarat Anggerik.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. DBKU menggalakkan orang awam mengunjungi dan memasuki Galeri KU. Tujuan Galeri KU diubahsuai dan diwujudkan juga adalah untuk menarik orang awam memasuki Galeri KU serta mendapat informasi terkini mengenai DBKU. Pemasangan papan tanda tersebut mengakibatkan pengunjung segan untuk memasuki Galeri KU.

33.

7805

Meletakkan papan tanda ‘Senyap’ di Galeri KU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7804 seperti di atas.

34.

7807

Pihak Pengurusan meluluskan penempatan seunit atau 2 unit kerusi urut di ruang legar lobi DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6106, 5310, 5654, 5876 dan 6023. Cadangan tidak diterima keraena tidak praktikal disebabkan ruang terhad dan terpulang kepada market serta supplier kerusi urut tersebut.

14

Page 15: Ramlee - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

35.

7808

Tempat menunggu di lobi, Bangunan - Menukar keadaan tempat menunggu yang sedia ada (kerusi dan meja bulat) seperti kerusi menunggu yang terdapat di Bahagian FIN - Aras 1.

Cadangan tidak diterima kerana kerusi memang telah disediakan di lobi. The idea is not to ask the visitor to sit but to wonder around and appreciated the environment.

36.

7810

Masa lawatan pengunjung luar ke Galeri KU pada jam 10:00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2:00 hingga 4:00 petang atau masa tertentu yang lebih sesuai

Cadangan tidak diterima kerana Galeri KU terbuka untuk pengunjung yang datang. Mesyuarat diadakan di Bilik Anggerik dengan pintu tertutup tidak akan mengganggu bunyi bising dari Galeri KU dan waktu mesyuarat juga ada diadakan dari jam 8:30 pagi - 12:30 tengahari atau 2:00 - 5:00 petang.

37.

7814

Menempatkan sebuah mesin ATM di ruang lobi, Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan nombor 0293, 0314, 1373, 1673, 2309, 3668, 4156, 5213, 5532, 5546, 5806, 5988 dan 6796. Cadangan tidak diterima kerana di luar bidang kuasa DBKU dan jumlah pengguna yang tidak ramai tidak menarik minat bank.

38.

7815

Mengindahkan kawasan Halaman/Arena DBKU dengan membuat pengubahsuaian kawasan tersebut menjadikannya sebuah taman yang indah memandangkan ramai orang awam yang datang berkunjung membuat pre wedding shoting.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7327 dan 4812. Cadangan tidak diterima kerana taman sedia ada boleh digunakan untuk aktiviti permainan, senaman dan riadah.

39.

7816

Pokok-pokok di Median Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub dari jejantas A Bridge Taman Hussein ke Satok di trim selalu atau trim bentuk lebih kecil supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya jika daun pokok lebat dan lambat di trim. Pengguna jalan raya di sebelah kanan (laju) akan terkena jika pokok-pokok tersebut lebat atau panjang.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).

40.

7817

Maklumat/Kandungan cadangan lain dapat dibaca supaya cadangan tidak berulang.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4447 dan 4218. Cadangan tidak diterima kerana cadangan boleh dilihat di dalam Warta Q. Tambahan pula sistem e-QSMS telah ditambah baik di mana pencadang dengan menaip key word cadangan yang hendak diisi, sistem secara automatik menyenaraikan cadangan yang berkenaan.

15

Page 16: Ramlee - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

41.

7820

Memindahkan kenderaan yang tidak digunakan/hendak di BOS ke tempat yang lebih sesuai kerana terdapat kenderaan lama yang tidak digunakan lagi (dalam proses pelupusan/dijual/ BOS) di Depo DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7209. ICC Ke-88 - Cadangan tidak diterima kerana kekangan ruang di Depo DBKU.

42.

7833

Mengadakan Pasar Seni/Kraftangan setiap hari Sabtu dan Ahad di Esplanade DBKU bagi menarik ramai pelancong. Bahagian yang bertanggungjawab adalah Bahagian PRD dan LES.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6625. Cadangan tidak diterima kerana memang dalam perancangan.

43.

7835

Meletak satu unit mesin ATM di kawasan lobi, Bangunan DBKU dan boleh diletakkan bersebelahan kantin/ruang menunggu.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 0293, 0314, 1373, 1673, 2309, 3668, 4156, 5213, 5532, 5546, 5806, 5988 dan 6796. Cadangan tidak diterima kerana di luar bidang kuasa DBKU dan jumlah pengguna yang tidak ramai tidak menarik minat bank.

44.

7836

Menyediakan bilik/ruang khas untuk dijadikan Fitness Centre/Gim untuk kemudahan staf.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7234, 3571 dan 4664 – ICC Ke-65 (2/4/2009) - Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi melaporkan perbincangan telah diadakan dengan KB(BLG) dan pihak Kelab telah bersetuju dengan cadangan KB(BLG) bahawa Dewan di Tapak Semaian Jalan Depo diubahsuai sebagai gim dan akan dibuat bila ada dana yang mencukupi. KB(BLG) melaporkan lukisan serta kos yang terlibat telah disiapkan dan menunggu kelulusan peruntukan daripada State Development Office. KB(BLG) melaporkan masih menunggu peruntukan daripada State Development Office untuk mengubahsuai Dewan di Tapak Semaian Jalan Depo sebagai gimnasium.

45.

7837

Memasang Lampu Isyarat di simpang Jalan Haji Hashim Jaafar/Jalan Astana (Kampung Lintang berhadapan jejantas SK En. Buyong).

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 2531 dan 4834. Cadangan tidak diterima kerana terdapat lampu isyarat berhampiran dengan tempat yang dicadangkan. DBKU tidak mampu untuk mengadakan terlalu banyak lampu isyarat di sepanjang jalan tersebut kerana jarak antara 2 lampu isyarat yang sedia ada agak dekat.

16

Page 17: Ramlee - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

46.

7842

Menambahkan peruntukan tuntutan perubatan staf (Skel B, C dan D) dari RM1,000.00 ke RM2,000.00

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6033 dan 6069. Cadangan tidak diterima kerana melibatkan polisi dan pencadang telah diminta memajukannya kepada pihak MBJ

47.

7843

Menyerahkan barang hilang dan jumpa di Kaunter Informasi, Bangunan DBKU dan tidak lagi ke Bahagian PRD.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6974 dan 7317. Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan tidak sesuai diletak bersebelahan Kaunter Informasi. Tambahan pula, bilangan barang hilang yang dijumpa sedikit/jarang berlaku. Sekiranya ada, ia boleh disimpan dalam laci atau diserah terus kepada Pengawal Keselamatan atau staf Bahagian PRD yang bertugas di kaunter tersebut.

48.

7844

Mengecat semula Bangunan DBKU dengan menggunakan cat yang tahan lama.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 1884, 5755 dan 7147. Cadangan tidak diterima kerana material luar Bangunan DBKU adalah alluminium cladding dan tidak dapat dicat. Telah dimasukkan dalam pelan perancangan naik taraf bangunan untuk kelulusan. Perlu menitikberatkan soal estetika dan blend dengan persekitaran.

49.

7845

Menyediakan recycle bin khas untuk meletakkan pakaian terpakai di Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana mengutip derma untuk sumbangan kepada orang luar memerlukan kelulusan khas daripada kementerian.

17