208907015 pengurusan makmal sains

Upload: dustin-cooper

Post on 10-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengurusan makmal sainsPengurusan merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai objektif yang dirancang. Penubuhan pengurusan secara formal sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang besar kerana terletaknya ketetapan atau peraturan bertulis yang jelas dimana kuasa menubuhkan badan tersebut. Makmal sains adalah satu bentuk organisasi pengurusan yang formal. Makmal sains mempunyai peraturan dan ketetapan bertulis dengan ini menggambarkan tanggungjawab yang wajar dipenuhi bagi menyokong kepada matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah.Agar mencapai matlamat yang dikehendaki, terdapat lima aspek pengurusan yang harus dititik beratkan iaitu;1. Penentuan matlamat.2. Perancangan3. Perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber4. Pemonitoran5. Penentuan piawai.Kelima lima saling berkaitan membentuk pertalian erat. Pertalian erat diterjemahkan kepada fungsi yang saling menyokong antara satu sama lain dalam membentuk pengurusan yang cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Penentuan matlamat member panduan supaya semua ahli di dalam organisasi ini mengetahui hala tuju yang jelas. Penulisan matlamat menjelaskan gerak balas dan tanggungjawab ahli untuk mendorong kea rah yang ditetapkan.Perancangan member maksud iaitu merancang untuk melaksanakan bagaimana untuk mencapai matlamat. Perancangan memerlukan pemikiran srategik mencari jalan dan usaha untuk melaksanakan agar mencapai matlamat yang ditentukan.

Perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber adalah merujuk kepada sumber dari manusia dan peralatan yang diberi tanggungjawab di bawah pengurusan yang ditetapkan. Di dalam sesuatu pengurusan penggunaan sumber manusia adalah perlu digunakan secara bijak untuk memberi kesan positif kepada pembangunan organisasi. Peralatan dan bahan menjadi sumber menyokong kepada kerja-kerja yang hendak dilaksanakan. Antara yang penting adalah peralatan dan bahan berada pada tahap kesediaan memuaskan dari aspek kecukupan dan kebolehgunaan pada masa yang diperlukan.Namun aspek piawai dengan maksud kualiti dan kuantiti perlu juga dilihat supaya memenuhi dengan keperluan sesuatu tindakan. Piawai termasuklah nisbah bilangan pelajar bagai setiap ujikaji. Nisbah peralatan bagi bilangan tertentu pelajar. Saiz kerusi dan meja makmal. Bilangan kipas penyedut udara bagi setiap bilik.Pelaksanaan pula menggambarkan tindakan bagi menggunakan keseluruhan sumber yang ada untuk mencapai matlamat pengurusan yang ditetapkan. Kejayaan sesuatu badan pengurusan terletak kepada keupayaan dan kemampuan pelaksanaan. Makin cekap dan berkesan pelaksanaan member hasil atau pulangan yang berkualiti.Pengawalan piawai meletakkan tahap tertentu bagi menentukan mutu pengurusan mencapai tahap memuaskan pelanggan. Contohnya seperti meletakkan tanda arahan peraturan dan label tertentu untuk urus keselamatan dan pematuhan penggunaan bahan-bahan kimia tertentu.

Makmal SainsKonsep makmal sains memberi peluang pelajar mempelajari sains menerusi kegiatan amali , pemerhatian, penyiasatan dan penemuan dalam persekitaran terkawal. Pelajar diberi peluang untuk berinteraksi dengan menggunakan kemahiran proses sains dengan optima. Kaedah yang mengutamakan pemerhatian dan melakukan amali dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Dengan kata lain kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang utama adalah memerhati, membuat atau melakukan sesuatu atau hand-on di samping mind-on. Jadi kegiatan tersebut sepatutnya mempunyai persediaan persekitaran fizikal yang menyokong aktiviti tersebut. Oleh itu bilik yang dikenali sebagai makmal sains haruslah disediakan.Makmal sains seharusnya mempunyai kemampuan menyediakan peluang pembelajaran sains secara maksima. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran sains yang baru menggikut tahap mereka menerusi penyepaduan penggunaan peralatan, bahan persekitaran fizikal yang sesuai.

Keselamatan: Alatan; Peti pertolongan cemas, Pemadam api, Peraturan keselamatan.

Aspek UtamaPengurusan Makmal Sains

Sumber manusia: Penyelaras, pembantu makmal.Fizikal : Stor, bilik, perabot, sumber elektrik, gas dan air pengedaran udara, pencahayaan, projector.

Media pengajaran : Spesimen, CD, internet, buku rujukan, carta, model, alatan dan bahan sains.

Peraturan Umum MakmalPeraturan makmal diwujudkan adalah untuk memastikan operasi makmal berjalan lancer dengan mengutamakan keselamatan diri, orang lain dan persekitaran. Peraturan yang disarankan merupakan langkah awal pencegahan kemalangan di dalam makmal.1. Kot makmal dan kasut bertutup mesti dipakai semasa berada di dalam makmal. Pemakaian sebarang jenis selipar dalam makmal adalah dilarang.2. Rambut yang panjang perlu diikat dengan kemas. Tudung hendaklah dikemaskan dan dimasukkan ke dalam kot makmal.3. Makan, minum, merokok, menyimpan makanan dan memakai kosmetik tidak dibenarkan di dalam makmal.4. Dilarang meletak makanan dan minuman di dalam peti sejuk makmal.5. Alat perlindungan peribadi perlu dipakai di dalam makmal.6. Dilarang memakai kanta sentuh di dalam makmal.7. Sarung tangan yang sesuai perlu dipakai dalam semua prosedur yang melibatkan bersentuhan secara langsung.8. Baca dan fahami prosedur amali sebelum memulakan amali.9. Penggunaan alat-alat radas perlu mendapat keterangan yang lengkap daripada guru atau kakitangan makmal terlebih dahulu. Laporkan sebarang kerosakan alat dengan segera kepada kakitangan makmal.10. Laporkan sebarang kejadian, insiden atau kemalangan dengan segera kepada guru / kakitangan makmal atau penyelia.11. Penunu Bunsen perlu dinyala menggunakan pemetik api. Elakkan penggunaan kertas dan mancis.12. Penggunaan sumber api secara terbuka perlu diberi perhatian dan jangan ditinggalkan begitu sahaja.13. Pastikan gas, bahan api dan elektrik telah ditutup sebelum meninggalkan makmal.14. Meja kerja mestilah dikemaskan sebelum meninggalkan makmal.

Pelan Makmal Sains yang sedia adaMejamuridMejaguru pintu

Almari/rakpintuStor

Stor

Pelan makmal sains di atas merupakan pelan makmal yang sedia ada di sekolah saya iaitu Sk Nanga Ngemah, Kanowit. Pada pendapat saya, pelan atau keadaan bilik sains yang ada sekarang adalah kurang sesuai dan tidak konduksif untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains. Ini adalah kerana makmal sains ini adalah merupakan bilik stor yang diubah suai untuk dijadikan bilik makmal sains. Memandangkan sekolah saya kekurangan bagunanan, jadi pihak sekolah mengambil keputusan untuk mengubahsuai bilik stor untuk dijadikan makmal sains buat sementara waktu. Selain daripada itu juga bilik sains ini kekurangan rak untuk menyimpan bahan-bahan sains serta peralatan sains. Ini adalah kerana hanya terdapat satu almari sahaja untuk menyimpan pelbagai peralatan sains. Jadi dengan keadaan ini, saya telah mencadangkan satu pelan baru untuk bilik makmal sains yang lebih sesuai untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains.

Pelan Baru Bilik Sains pintuPili airPili air

AlmariAlmari

MejamuridMeja guru

Mejamurid

Mejamurid

AlmariAlmari

pintuPili airPili air

Pelan makmal sains yang baru di atas memang dibuat khas berdasarkan kesesuaian serta memenuhi cirri-ciri sebuah makmal sains. Di situ telah ditambah almari untuk menyimpan bahan serta peralatan sains serta ditambah dengan pili air. Selain daripada itu juga, turut ditambah ialah meja murid yang sebelum ini tidak mencukupi. Begitu juga dengan ruang bilik sains direka lebih luas supaya lebih selesa.Rasionalnya perkara ini harus dilakukan adalah untuk menjadikan bilik sains lebih konduksif dan lebih sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran sains. Selain daripada itu juga menepati ciri-ciri keselamatan serta senang untuk mengendalikan bahan dan peralatan sains. Seterusnya pula adalah perkara yang paling penting ialah ia dapat menarik minat murid-murid dalam mempelajari matapelajaran sains khususnya.