203715217 contoh proposal sejarah

Upload: anom-syukri

Post on 14-Jan-2016

105 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

ATIRAH WARDAH BINTI MAZMAN 6A3

ATIRAH WARDAH BINTI MAZMAN 6A3

Tema 1

Sejarah Tokoh

Tajuk

Sumbangan Aminuddin Baki Dalam Memartabatkan Bangsa Melayu Melalui Pendidikan Negara dari tahun 1942 sehingga 1965.

Pengenalan

Aminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam bidang pendidikan. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat bangsa Melayu sendiri amat dikagumi dan harus dibanggakan. Aminuddin adalah tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS. Perjuangan beliau dianggap sebagai vanguard iaitu pelapor dalam membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu itu sendiri.

Objektif Kajian

Dapat mengkaji sejarah kehidupan Aminuddin Baki

Dapat mengkaji usaha Aminuddin Baki dalam memartabatkan bangsa Melayu dalam dunia pendidikan.

Dapat mengetahui tentang sumbangan beliau dalam membentuk sistem pendidikan kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dapat mengetahui perubahan yang dibawa oleh Aminuddin Baki dalam dunia pendidikan

Permasalah Kajian

Esei ini akan menjelaskan tentang kehidupan Aminuddin Baki sepanjang riwayatnya.

Di samping itu, esei ini juga akan mengupas sumbangan dan peranan beliau dalam memartabatkan bangsa Melayu dalam dunia pendidikan serta mengubah sikap orang Melayu itu sendiri.

Bukan itu sahaja, esei ini juga akan menjelaskan sumbangan yang dilakukan oleh beliau dalam dunia pendidikan Negara.

Skop Kajian

Sejarah riwayat hidup Aminuddin Baki dan sumbangannya untuk memartabatkan bangsa Melayu semasa tahun 1942 sehingga 1965.

Kajian ini akan memfokuskan tentang penglibatan beliau dalam aktiviti-aktiviti persatuan serta dalam dunia pendidikan Negara.

Kajian Terdahulu

Hasil daripada kajian saya,terdapat kajian yang ditulis oleh penulis buku yang bernama Siti Ezaleila Mustafa dalam tajuk bukunya yang bertajuk 20 Tokoh Ilmuwan.

Kaedah Kajian

Kaedah temubual Melalui kaedah ini saya telah menemu ramah beberapa orang yang rapat dengan beliau atau mengetahui tentang Aminuddin Baki.

Kaedah Lapangan Melalui kaedah ini saya akan melawati tempat beliau seperti Institut Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Galeri Aminuddin Baki.

Kajian Perpustakaan Saya akan mencari maklumat untuk kajian saya melalui internet,surat khabar, rujukan dari buku dan bahan bahan media yang menyatakan sumbangan tentang Aminuddin Baki.

Pembahagian Struktur Esei

Pendahuluan Pada bahagian ini, saya akan bermula dengan memperkenalkan latar belakang Aminuddin Baki serta menerangkan serba ringkas tentang beliau.

Isi isi Pada bahagian ini saya akan membahagikan penulisan ilmiah saya kepada beberapa subtajuk seperti sejarah pendidikan beliau, sejarah penyertaan beliau dalam menubuhkan beberapa persatuan yang masih aktif sehingga kini. Seterusnya saya akan menerangkan peranan dan sumbangan yang dilakukan oleh beliau sebagai pendidik,ilmuwan dan intelektual serta kenapa beliau digelar sebagai Artkitek Pendidikan Negara.

Penutup

Saya berharap kajian saya ini akan dapat menjawab persoalan yang berlegar di minda saya seterusnya memenuhi aspek penyelidikan saya dalam kajian PBS Sejarah STPM.

Bibliografi

Sumber diperoleh dari -:

Buku

Artikal jurnal

Tesis

Laman web-Internet