topik 4. kemahiran membuat rujukan

50
GWP1092 WACANA PENULISAN Topik 4: Kemahiran Membuat Rujukan Sistem Rujukan American Psychological Association (APA) Pensyarah: Dr. Sajap Maswan Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau pinang

Upload: alecis-alex

Post on 20-Jun-2015

1.028 views

Category:

Education


77 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

GWP1092WACANA PENULISAN

Topik 4:Kemahiran Membuat Rujukan

Sistem Rujukan American Psychological Association (APA)

Pensyarah:Dr. Sajap Maswan

Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme KeguruanIPG Kampus Tuanku Bainun

Pulau pinang

Page 2: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Perkara yang akan dibincangkan4.1 Sistem Rujukan American Psychological

Association (APA) 4.2 Peraturan menulis rujukan 4.3 Aplikasi kemahiran membuat rujukan4.4 Autoriti dan kredibiliti sumber maklumat

Page 3: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Pengenalan• Di dalam penulisan akademik pelajar perlu

membaca sumber-sumber lain sebagai bahan sokongan atau penghujahan.

• Antara sumber yang sering dirujuk ialah: buku, terbitan berkala, artikal, jurnal, bahan elektronik, tesis, badan berkanun, swasta, kerajaan, akhbar, laman web dan sebagainya.

• Senarai bahan rujukan perlu ditulis di bahagian akhir penulisan akademik.

Page 4: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Pengenalan• Terdapat beberapa gaya penyenaraian sumber rujukan

yang digunakan. Antaranya ialah;1. American Psychologikal Association (APA)2. Modern Language Association (MLA)3. Chicago Citation Style (CCS)4. Turabian Citation Style dll.

• Walau apa pun gaya yang digunakan penulisan bahan rujukan mestilah secara piawai dan tekal (jangan menggunakan gaya penulisan rujukan yang bercampur aduk)

Page 5: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

• Gaya APA dibangunkan oleh para sarjana dalam Persatuan Psikologi Amerika.

• Gaya ini amat sesuai bagi penulisan akademik dalam bidang psikologi.

• Gaya APA juga banyak digunakan di dalam penulisan akademik dan laporan penyelidikan pendidikan.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 6: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Peraturan dan aplikasi menulis rujukan dalam teksRujukan yang dimasukkan dalam teks, mengkiut gaya APA ada pelbagai cara;1. Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas

nama pengarang yang dirujuk. Contohnya:

“Menurut Khan (1999), pembelajaran berasaskan laman web telah berjaya meningkatkan pencapaian dan minat para pelajar di dalam pembelajaran mereka”

Page 7: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Rujukan dalam teks2. Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam

ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:

“Pembelajaran berasaskan laman web telah berjaya meningkatkan pencapaian dan minat para pelajar di dalam pembelajaran mereka (Khan, 1999)”

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 8: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Rujukan dalam teks3. Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh

dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contohnya:

“Collins dan Stevens (1993) telah mencadangkan model pengajaran inkuiri bagi membolehkan pelajar membina teori sendiri berdasarkan peraturan-peraturan yang telah dipelajari”

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 9: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Rujukan dalam teks4. Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al

selepas nama pengarang pertama. Contohnya:

“Mereka yang tergolong dalam kumpulan Field Independence dapat menyelesaikan masalah baru dengan usaha gigih sendiri, mempunyai kemahiran untuk menganalisis dan lebih berminat untuk bekerja sendiri (Witkin et.al, 1977)”

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 10: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Rujukan dalam teks5. Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau

lebih penerbitan bagi pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

“Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver (Puget dan Albert, 1994a)”

“Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b)”

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 11: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Suntingan daripada teks (sedutan kata / parafrasa) Parafrasa merupakan salah satu cara meminjam

gagasan/idea dari sebuah sumber tanpa menjadi palagiat.

Parafrasa merupakan cara mengekspresikan apa yang telah ditulis dan dikatakan oleh orang lain dengan menggunakan kata-kata yang berbeza agar membuatnya lebih mudah untuk difahami (Oxford Advanced Leaner’s Dictionary).

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 12: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Suntingan daripada teks (sedutan kata / parafrasa) Seorang penulis akademik harus

berkemamampuan untuk menulis semula idea atau gagasan orang lain dengan kata-katanya sendiri dan ditampilkan dalam bentuk yang baru.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 13: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Parafrasa Seorang penulis akademik harus

berkemamampuan untuk menulis semula idea atau gagasan orang lain dengan kata-katanya sendiri dan ditampilkan dalam bentuk yang baharu.

Parafrasa adalah lebih baik dibandingkan dengan menyalin semula dari sebuah paragraf atau tulisan secara keseluruhannya.

1.parafrase lebih baik dibandingkan dengan mengutip informasi dari sebuah paragraf atau tulisan yang kurang menonjol.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 14: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

ParafrasaContoh :• Ayat asal : Komputer mampu membawa

orang ke tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi sebelumnya, termasuk ke permukaan planet lain.

• Parafrasa: Melalui komputer, orang dapat pergi ke tempat yang belum pernah mereka kenal. (Krisnawati, 2000).

1.parafrase lebih baik dibandingkan dengan mengutip informasi dari sebuah paragraf atau tulisan yang kurang menonjol.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 15: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Peraturan & Aplikasi menulis nama pengarang di dalam Bibliografi/Rujukan1. Bagi pengarang barat dimulai dengan nama

keluarga. Nama selainnya hendaklah menggunakan nama parap (huruf-huruf pertama). Contoh:

John Alan Kennedy ditulis Kennedy, J.A. Robeto Christano Ronaldo ditulis Ronaldo, R.C.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 16: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

CATATAN:2. Nama pengarang Arab hendaklah ditulis

mengikut nama keluarga. Contoh: Abu Bakar ibn Mansor al-Tabrani ditulis

sebagai al-Tabrani

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 17: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

CATATAN:3. Nama pengarang melayu ditulis dengan

lengkap tanpa memasukkan bin atau binti dan gelaran. Nama warisan dimasukkan. Contoh:

Dato’ Dr. Abu Bakar bin Saleh ditulis sebagai Abu Bakar Saleh

Raja Sulaiman Ahmad ditulis sebagai Raja Sulaiman Ahmad

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 18: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

CATATAN:4. Nama pengarang berbangsa cina ditulis nama

keluarga diikuti huruf pertama untuk nama seterusnya. Contoh:

Wong Chee Meng ditulis sebagai Wong, C. M.Lawrance Yap Ah Chai ditulis sebagai Yap, L.A. C.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 19: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

CATATAN:5. Nama pengarang berbangsa India atau Shikh

ditulis nama penuh dan tidak dimasukkan a/p atau a/l. Contoh:

Nadarajan a/l Muthusamy ditulis sebagai Nadarajan MuthusamyPretam Singh ditulis sebagai Pritam Singh

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 20: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Bibliografi Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam menyediakan sesuatu tugasan. Ia perlu diletakkan selepas teks induk dan cara penulisannya perlulah konsisten dan mengikut standard seperti berikut:a. Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama

pengarang dan tidak dinomborkan. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 21: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Bibliografi b. Entri juga hendaklah disusun secara selang

sebaris di antara item dan selang dua baris bagi entri yang seterusnya.

c. Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan baris kedua di “kedalamkan” (indent) lima jalur.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 22: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Menulis Sumber Rujukan/Bibliografi1. Bukua. Seorang penulisNama Pengarang. (tahun). Tajuk buku (Edisi).

Tempat terbit: PenerbitAbu Bakar Nordin. (1986). Asas penilaian

pendidikan (Ed. ke-2). Kuala Lumpur: Heineman (M) Sdn. Bhd.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 23: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

1. Bukub. Dua orang penulisAlessi, S.M. & Trollip, S.R. (1991). Computer-based

instruction: methods and development. New Jersey: Prentice Hall.

c. Lebih dua orang penulisDriver, R., Squires, A., Rushworth, P. & Wood, R.V.

(1994). Making sense of secondary science: research into children’s ideas. New York: Routhledge.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 24: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

2. Jurnal. Nama Pengarang. (Tahun). Tajuk kertas. Nama

Jurnal, Edisi/Volum, Nombor muka surata. Pengarang Tunggal. Contoh:Iskandar Zakaria. (2005). Keberkesanan Perisian

Multimedia Bestari kepada pelajar Pendidikan Khas. Jurnal Pendidikan, 12(2), 152-163.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 25: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

2. Jurnal. Nama Pengarang. (Tahun). Tajuk kertas. Nama

Jurnal, Edisi/Volum, Nombor muka suratPengarang lebih seorang. Contoh:Whyte, M., Karolick, D. & Taylor, M.D. (1995).

Cognitive style and their impact on curriculum development. Educational Communications and Technology, 11(10), 783-799.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 26: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

3. Makalah Nama Pengarang (Tahun). Tajuk makalah. Nama

Makalah: Nombor muka suratContoh:Azlin Norhani Mansor (2004). Amalan

pengurusan pengetua: Satu kajian kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-1: 255-265.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 27: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

4. MajalahNama Pengarang (Tahun). Tajuk. Nama Majalah,

Bulan Terbit, Nombor muka suratContoh:Rusdina Abdul Rahim. (1993). Ke arah

pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan, 16-30.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 28: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

5. AkhbarNama Pengarang. (Tahun, Tarikh). Tajuk artikal.

Nama Akhbar, Nombor muka surat.Contoh:Ahmad Tajul Ansar Ibrahim. (2008, 3 Jun).

Ancaman terbaru pengguna komputer Virus Neraka. Harian Metro, ms. 1.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 29: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

5. AkhbarNama Pengarang (Tahun). Tajuk. Nama Akhbar

Tarikh: Nombor muka surat.Contoh:Ahmad Tajul Ansar Ibrahim (2008). Ancaman

terbaru pengguna komputer Virus Neraka. Harian Metro 3 Jun: 1.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 30: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

6. Badan korporat/swastaNama badan korporat (Tahun). Judul artikel.

Tempat terbit: PenerbitContoh:Commitee of Bank Rakyat (2010). Bank Rakyat

finance. Kuala Lumpur: DBP

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 31: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

7. Badan Berkanun/Institusi/kerajaanNama institusi (Tahun). Judul artikel. Tempat

terbit: PenerbitContoh:Kementerian Pelajaran Malaysia (2010).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Spesifikasi kurikulum tahun 6. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 32: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

8. Akhbar dalam TalianNama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel.

Judul Akhbar. Retrieved tarikh bahan diakses, from URL.

Contoh:Feller, B. (2005, May 6). GM, Ford get “junk” rating.

The Detroit News Online. Retrieved May 6, 2005,from.http://www.detnews.com/2005/autosider/0505/ 06/A01-173553.htm

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 33: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

9. Sumber Jurnal InternetNama pengarang (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul

Jurnal, Jilid, [Online]. [Retrieved Tarikh bahan diakses], from URL.

Contoh:Summervillle, J. (1999). Role of awareness of cognitive style

in hypermedia. International Journal of Educational Technology. [Online], [Diakses: 15 Ogos 2005]. Boleh didapati: http://www.outreach.uiuc.edu/ijet/v1n1/summerville/.

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

Page 34: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

LATIHAN

1. Dengan membuat rujukan di perpustakaan anda dikhendaki mencari peraturan menulis serta mengaplikasikannya dengan contoh yang sesuai bahan-bahan yang berikut;a. Buku versi elektronikb. Laporan tesis (tidak diterbitkan)c. Kertas kerja dalam buku prosidingd. Laporan kerajaan/dokumen kerajaan

Page 35: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Autoriti dan kredibilitiAutoriti dan kredibiliti sumber maklumat Apakah Kepentingan menilai sumber

maklumat?

Bagaimana untuk menyemak autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat?

Page 36: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Pengenalan Tidak semua maklumat yang diperolehi

daripada buku, jurnal, artikal, akhbar, sumber atas talian dan sebagainya sesuai digunakan di dalam penulisan akademik.

Semua sumber yang diperoleh perlu disemak dari segi autoriti dan kredibilitinya.

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 37: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Kepentingan menilai sumber maklumat1. Pada umumnya, maklumat pada masa ini

adalah terlampau banyak dan mudah diperolehi terutamanya dengan adanya lebuhraya maklumat.

2. Maklumat-maklumat ini perlu dipilih, diproses dan dinilai sebelum ia dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh pengguna.

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 38: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Kepentingan menilai sumber maklumat3. Kemahiran menilai maklumat sangat penting

kerana ia merupakan proses menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi berguna atau tidak.

4. Maklumat yang tepat dapat membantu membuat keputusan ataupun menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 39: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Kepentingan menilai sumber maklumat5. Maklumat yang tidak tepat akan memberikan

gambaran yang salah kepada penulis dan orang ramai yang membaca tulisannya.

6. Maklumat yang bias akan memberi keuntungan kepada satu pihak dan memberi impak yang negetif kepada satu pihak yang lain.

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 40: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Kriteria Menilai Maklumat1. Autoriti ( Authority )2. Ketepatan Maklumat3. Saksama ( Impartiality )4. Nilai Semasa ( Currency )5. Lengkap dan Jelas ( Coverage )

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 41: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Kriteria Menilai Maklumat1. Autoriti ( Authority )2. Ketepatan Maklumat3. Saksama ( Impartiality )4. Nilai Semasa ( Currency )5. Lengkap dan Jelas ( Coverage )

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 42: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

1. Autoriti ( Authority ) Sumber maklumat daripada pihak yang berkuasa

atau bertanggung jawab dan pengarang ( author ) yang mempunyai autoriti dalam bidang yang berkenaan

Contohnya kalau Profesor Ungku Aziz menerbitkan sebuah buku yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi negara. Maka pendapat dan cadangannya akan diterima oleh kebanyakan pihak kerana ini adalah bidang beliau.

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 43: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

1. Autoriti ( Authority ) Sumber maklumat daripada pihak yang berkuasa

atau bertanggung jawab dan pengarang ( author ) yang mempunyai autoriti dalam bidang yang berkenaan

Contohnya kalau Profesor Ungku Aziz menerbitkan sebuah buku yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi negara. Maka pendapat dan cadangannya akan diterima oleh kebanyakan pihak kerana ini adalah bidang beliau.

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 44: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

2. Ketepatan Maklumat Maklumat yang tepat adalah maklumat yang

bebas daripada sebarang kekurangan atau kesilapan

Sebagai contoh, data perangkaan atau statistik yang diperolehi adalah berdasarkan dapatan kajian atau penyelidikan yang telah dijalankan.

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 45: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

3. Saksama ( Impartiality ) Maklumat-maklumat hendaklah dapat

memenuhi objektif pengguna Maklumat yang tidak mempunyai sifat ‘ bias

atau ada kepentingan diri. Contohnya untuk melariskan jualan, mempromosi barangan dan sebagainya.

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 46: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

4. Nilai Semasa ( Currency ) Maklumat- maklumat yang kemaskini ( up to

date ) Maklumat yang semakin lama ( dari tempoh

perolehan ) , maka keesahan dan kebolehpercayanya semakin rendah

Sebagai contoh data penduduk Malaysia tahun 2013 adalah lebih tepat berbanding data tahun 2009

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 47: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

5. Lengkap dan Jelas ( Coverage ) Maklumat-maklumat hendaklah memberi

satu gambaran yang jelas dan lengkap mengenai sesuatu perkara.

Mestilah meliputi semua bidang yang berkaitan.

Maklumat-maklumat tersebut hendaklah sentiasa konsisten

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 48: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Ciri-ciri maklumat yang baik1. Tepat ( Accurate ) 2. Cepat ( Timeless )/terkini3. Lengkap ( Completeness ) dan tersusun4. Ringkas ( Conciseness ) dan padat5. Berkaitan ( Relevancy ) / bertepatan dengan

kehendak pengguna

Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat

Page 49: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Perbincangan

1. Apakah kreteria-kreteria asas yang boleh digunakan dalam menilai sesuatu bahan dan maklumat yang akan digunakan dalam penulisan ilmiah?

2. Bincangkan pengertian autoriti dan kreadibiliti dalam memilih bahan-bahan rujukan untuk penulisan akademik. Berikan contoh-contoh yang sesuai dalam bidang mata pelajaran pengkhususan anda.

Page 50: Topik 4. kemahiran membuat rujukan

Terima Kasih