20130228090201unit 3 (pendekatan mengajar kaedah gabungan)(1)

Upload: fir-daus

Post on 03-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 20130228090201unit 3 (Pendekatan Mengajar Kaedah Gabungan)(1)

    1/4

    KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 1

    UNIT 3

    PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA

    KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA (KGBK)

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini anda akan dapat :1. Pendekatan A2. Pendekatan B3. Pendekatan C4. Pendekatan D

    PENGENALAN

    Pada peringkat awal membaca, murid-murid diajar secara mekanis untuk menyebuthuruf dan kata dengan suara yang kuat. Bacaan bersuara seperti ini adalah bacaanmekanis yang menyuarakan tulisan dengan menggerakkan alat-alat pertuturanuntuk sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gayamembaca yang betul. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelasrendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya ialahuntuk latihan tekniksupaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan,

    gaya, dan rentak irama yang sempurna.

    ISI KANDUNGAN

    Pendekatan A

    Dalam KBSR, pendekatan-pendekatan mengajar membaca awal yang disarankandi peringkat awal persekolahan disebut sebagai pendekatan A, pendekatan B,pendekatan C, dan pendekatan D.

    Pendekatan A adalah kaedah campuran yang menggunakan kaedahcerakinan. Dalam pendekatan ini kegiatan pra membaca dilakukan pada peringkatawal. Ia melibatkan tugas mengenalkan huruf-huruf terlebih dahulu dan kemudiandilatih menyebut bunyi huruf-huruf tersebut. Pengenalan kepada nama hurufdilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai.

    Pendekatan ini menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantuoleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi.Tatacara pendekatan ini boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah yangberikut:

    (a) Tunjukkan gambar : Gambar baju(b) Tunjukkan kad perkataan : Baju(c) Tunjukkan kad suku kata : ba ju(d) Gandingkan kad suku kata : ba ju(e) Bunyi huruf : b (beh) a (a) (ju); j (jeh) u (u)(f ) Bunyi suku kata : ba ju(g) Membaca perkataan : baju

  • 7/29/2019 20130228090201unit 3 (Pendekatan Mengajar Kaedah Gabungan)(1)

    2/4

    KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 2

    Pendekatan B

    Pendekatan B berasaskan kepada kaedah fonik (bunyi), digabungkan dengankaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungankaedah-kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari. Ia

    memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang bermakna. la sesuaidijalankan dalam bentuk binaan dan juga cerakinan.

    Pada peringkat permulaan, dua bunyi huruf diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu huruf /m/ dan huruf /s/. Tujuannya adalah untuk menarik minatmurid-murid dan memahamkan konsep bunyi huruf. Kedua-dua bunyi lambangdianggap, mudah disebut oleh murid-murid dan dapat pula mengaitkan bunyi hurufdengan bentuk huruf.

    Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:

    Perkenalkan huruf fonik : k

    Sebut bunyi huruf : k k k k

    Gabungkan bunyi konsonan dengan bunyi : ka ka ka kavokal untuk membentuk suku kata

    Suku kata tertutup : kak kak kak kak

    Gabungkan suku kata menjadi perkataan : ka kak, ka kak

    Membaca perkataan : kakak, kakak

    Membaca ayat : ini kakak, kakak saya

    Pendekatan C

    Pendekatan C biasanya disebut sebagai pendekatan bunyi kata. la berdasarkanperkara-perkara berikut:

    a) Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik

    b) Suku katanya adalah jelas dan mudahc) Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah

    pun diketahui maknanya oleh kebanyakan murid.

    Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan bunyibeberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku katadan perkataan-perkataan yang bermakna. Pendekatan C boleh dilaksanakanmengikut langkah-langkah berikut:

    a) Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, ub) Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k

    c) Menggabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki, kud) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka + ki = kaki,

    ku +ku = kukue) Membaca ayat : Kaki ku, Kuku Kaki,

    Kuku kakiku

  • 7/29/2019 20130228090201unit 3 (Pendekatan Mengajar Kaedah Gabungan)(1)

    3/4

    KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 3

    Pendekatan D

    Pendekatan D berdasarkan prinsip sintesis atau membina, iaitu menyusunbahagian-bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang terkandung dalampendekatan ini adalah kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan

    kaedah suku kata.

    Pendekatan D boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:

    a) Tunjukkan gambar : bajub) Namakan huruf tunggal : b a j uc) Perkenalkan kad suku kata : ba jud) Perkenalkan kad perkataan : bajue) Membaca ayat : Itu baju.

    Ini baju.

    RUMUSAN

    Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) yang merupakan salah satu kaedah awalbacaan telah dibincangkan melalui beberapa pendekatan yang sesuai dalam prinsippengajaran bacaan.

    RUJUKAN

    Abd. Ghafar Md. Din (1993).Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan

    Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Brown, A.L. (1980). Metacognitive Development and Reading dalam TheoriticalIssues In Reading Comprehension Perspectives From Cognitive PsychologyLinguistics, Artifical, Intelligence And Education. Spiro R.J (ed.) Hillsdale. LawrenceErlbaum Associates.

    Dale D. Johnson dan P. David Pearson (1978). Teaching Reading and ReadingVocabulary. New York. Holt, Rinehart dan Winston.

    Dorothy Grant Henning (1993).Reading With Meaning. New Jersey. Prentice Hall.

    Dorothy Rubin (1993).A Practical Approach to Teaching Reading. Boston. Allyn andBacon.

    Frank B. May (1990). Reading as Communication. Ohio. Merrill PublicationCompany.

    Frank Smith (1971). Understanding Reading. New York. Holt, Rinehart dan Winston.

    H. Alan Robinson (1978). Teaching Reading And Study Strategies. The Content

    Area. Boston. Allyn and Bacon.

    Irwin L. Joffe. (1980). Opportunity For Skinful Reading. Sixty Edition. California.Wadsworth Publishing Company.

    Kathleen T. McWhorter (1984). Academic Reading. Harper Collins CollegePublishers. New York.

    Marohaini Yusof (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. KualaLumpur. Karya Bistari.

  • 7/29/2019 20130228090201unit 3 (Pendekatan Mengajar Kaedah Gabungan)(1)

    4/4

    KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 4

    McNeil, J.D. (1992). Reading Comprehension. New Directions For ClassroomPractice. New York. Harper Collins Publishers.

    Safiah Osman (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.)Membaca : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd.

    Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For Guiding ContentReading. Boston. Allyn & Bacon, Inc.