2.0 fokus kajian

8
2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian Menulis ulasan merupakan salah satu kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid pada peringkat sekolah rendah bermula tahap II. Murid-murid perlu mengetahui dan mampu menyenaraikan nilai-nilai murni sebagaimana yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum. Menulis ulasan memerlukan kemahiran khusus yang perlu didedahkan oleh guru ketika mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Masalah yang pengkaji kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu menentukan nilai yang tepat daripada pernyataan yang diberi melalui petikan. Mereka sering mengharapkan bantuan dan bimbingan guru untuk memberikan jawapan atau nilai yang tepat. Berdasarkan skema pemarkahan (lampiran 10) untuk bahagian ini, murid tidak akan mendapat sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang ditulis menepati pernyataan yang diberi. Bukan sesuatu yang mustahil untuk mendapatkan markah

Upload: ac-mal-faezs

Post on 01-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

2.0 FOKUS KAJIAN2.1Isu KajianMenulis ulasan merupakan salah satu kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid pada peringkat sekolah rendah bermula tahap II. Murid-murid perlu mengetahui dan mampu menyenaraikan nilai-nilai murni sebagaimana yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum. Menulis ulasan memerlukan kemahiran khusus yang perlu didedahkan oleh guru ketika mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Masalah yang pengkaji kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu menentukan nilai yang tepat daripada pernyataan yang diberi melalui petikan. Mereka sering mengharapkan bantuan dan bimbingan guru untuk memberikan jawapan atau nilai yang tepat. Berdasarkan skema pemarkahan (lampiran 10) untuk bahagian ini, murid tidak akan mendapat sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang ditulis menepati pernyataan yang diberi. Bukan sesuatu yang mustahil untuk mendapatkan markah penuh dalam bahagian ini sekiranya murid dapat menentukan nilai dan huraian yang tepat berdasarkan pernyataan yang diberi. Kajian saya ini akan berfokuskan kepada masalah murid yang tidak dapat mengenalpasti nilai daripada petikan dan menulis ulasan yang lengkap. Saya akan memfokuskan kajian ini kepada aspek yang berikut ;i. Meningkatkan kemahiran murid membaca secara mentalis dan mengenalpasti nilai yang tepat berdasarkan petikan menggunakan jadual nilai.ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran mengajar menulis ulasan menggunakan kaedah jadual.

Secara umumnya, fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis nilai. Berdasarkan masalah yang dikenal pasti, subjek kajian masih belum mahir dalam mengenalpasti nilai dan menulis ulasan yang lengkap. Mereka tidak menulis nilai yang tepat berdasarkan pernyataan. Mereka hanya menulis semula pernyataan dalam petikan dan mengulas cerita dalam petikan. Sedangkan arahan dalam soalan ialah menulis lima nilai berdasarkan petikan dalam satu perenggan.

Berdasarkan masalah tersebut, adalah penting bagi seorang guru untuk mengkaji cara yang berkesan bagi membantu murid mengenalpasti nilai menggunakan kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, pengkaji akan menjalankan tiga langkah tinjauan awal dengan menjalankan ujian diagnostik Bahagian C, mendapatkan maklumat mengenai murid dan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dengan kaedah senarai semak, dan menjalankan ujian menggunakan lembaran kerja.Hasil daripada beberapa langkah tinjauan masalah tersebut, didapati tujuh orang murid kurang menguasai kemahiran mengenalpasti nilai. Antara kesilapan mereka ialah menyalin semula ayat dalam petikan dan tidak menulis nilai yang tepat. Situasi ini mendorong saya untuk menjadikan tujuh orang murid ini sebagai subjek kajian.

2.2Tinjauan dan Analisis MasalahJadual 3 menyatakan prosedur atau langkah-langkah tinjauan awal yang telah saya laksanakan bagi mengenal pasti bilangan subjek kajian dan meneliti punca permasalahan dari sudut murid dan juga guru.

Jadual 3 Tinjauan dan Analisis MasalahLangkahTinjauan MasalahKumpulan SasaranDapatan Tinjauan Awal

Langkah 1Ujian Diagnostik

17 orang murid Tahun 6- terdapat 2 orang murid yang menyalin ayat dalam petikan.- 5 orang murid lagi menulis nilai yang tidak tepat.- jumlah murid yang tidak dapat menulis lima nilai yang tepat berdasarkan petikan ialah seramai 7 orang.

Contoh jawapan murid menyalin ayat dalam petikan

Langkah 2Semakan Buku Latihan Penulisan7 orang murid Tahun 6 Tiga orang murid sering tidak menyiapkan latihan yang diberi. 2 orang murid menyalin jawapan daripada buku kawan. 2 orang murid tidak dapat menulis ulasan nilai yang tepat.

Langkah 3Ujian (Lembaran Kerja)7 orang murid Tahun 6 - lembaran kerja ini bertujuan sebagai bahan bukti pengumpulan data awal kajian.- hasil dapatan menunjukkan markah : subjek kajian A : 0/20 subjek kajian B : 1/20 subjek kajian C : 2/20 subjek kajian D : 2/20 subjek kajian E : 4/20 subjek kajian F : 4/20 subjek kajian G : 6/20

Contoh jawapan subjek kajian B

Pada peringkat awal tinjauan, saya telah menjalankan ujian diagnostik terhadap 17 orang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Kenangan bagi mengesan murid yang lemah dalam menulis ulasan nilai. Ujian ini saya jalankan semasa sesi pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Murid-murid diberikan petikan cerita dan mereka perlu menulis lima nilai dalam sebuah perenggan. Masa yang diberikan selama 20 minit. Hasil daripada analisis mendapati bahawa seramai tujuh orang murid belum menguasai kemahiran menulis nilai (Lampiran A)

Seterusnya saya juga telah menyemak buku latihan penulisan subjek kajian. Subjek Kajian A, B dan C sering tidak menyiapkan latihan yang diberi. Subjek kajian D dan E menyalin buku rakan dan Subjek kajian F dan G tidak menulis nilai yang tepat.

Saya juga telah memberi lembaran kerja sebagai langkah akhir dalam tinjauan awal untuk menguji tahap penguasaan mereka dalam menulis ulasan nilai. Hasil dapatan menunjukkan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan tepat dan mendapat markah yang sedikit. Oleh yang demikian pengkaji berpendapat satu kajian tindakan perlu dijalankan untuk memastikan 7 orang murid yang dipilih sebagai sampel dapat menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan kaedah jadual. Hasil kajian ini nanti akan dapat digunakan oleh guru-guru lain untuk melihat sejauh mana tindakan yang dilakukan boleh membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mengesan dan menulis nilai murni yang tepat dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan nanti.