fokus kajian

34
Fokus Kajian Fokus utama dalam kajian saya ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Kad Permainan dalam membantu para murid dalam mata pelajaran Sains terutama dalam topik ‘Kitaran Hidup Haiwan’ . Murid kurang berupaya untuk menyatakan kembali dan mengingati kitaran hidup haiwan terutama bagi kitaran hidup rama- rama dan juga katak. Penggunaan Kad Permainan ini dikaji sama ada dapat mempertingkatkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, saya akan merancang satu kajian untuk membantu serta membimbing murid untuk memahami serta mengingati kitaran-kitaran hidup haiwan dengan betul menerusi tindakan intervensi.

Upload: nurul-afifah-sulaiman

Post on 06-Dec-2014

888 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fokus Kajian

Fokus Kajian

Fokus utama dalam kajian saya ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan

Kad Permainan dalam membantu para murid dalam mata pelajaran Sains terutama

dalam topik ‘Kitaran Hidup Haiwan’ . Murid kurang berupaya untuk menyatakan

kembali dan mengingati kitaran hidup haiwan terutama bagi kitaran hidup rama-rama

dan juga katak. Penggunaan Kad Permainan ini dikaji sama ada dapat

mempertingkatkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh

guru. Oleh yang demikian, saya akan merancang satu kajian untuk membantu serta

membimbing murid untuk memahami serta mengingati kitaran-kitaran hidup haiwan

dengan betul menerusi tindakan intervensi.

Page 2: Fokus Kajian

Tinjauan dan analisis masalah

Hasil catatan refleksi pengajaran dan pelajaran memperlihatkan bahawa murid

menghadapi kesukaran untuk mengingat kitaran-kitaran hidup haiwan. Hal ini

menyebabkan mereka tidak dapat menjawab dengan tepat apabila disoal secara lisan

mahupun secara bertulis. Justeru, saya telah melakukan tinjauan lanjut terhadap

masalah ini bagi mendapatkan kepastian akan masalah pembelajaran sebenar yang

dihadapi oleh murid. Triangulasi pengumpulan data telah digunakan untuk

mengesahkan hasil dapatan tinjauan masalah kajian. Sebanyak tiga jenis instrumen

telah dipilih untuk melakukan tinjauan masalah berkenaan. Pertama, saya memilih

instrumen pemerhatian jenis tidak berstruktur. Kedua, saya akan meninjau masalah

menggunakan instrumen penelitian dokumen dan akhir sekali, saya akan membuat soal

selidik yang melibatkan responden dari kumpulan sasaran kajian.

Pemerhatian tidak berstruktur

Instrumen pemerhatian telah dipilih sebagai salah satu alat ukur kajian untuk menilai

tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pemerhatian

tidak berstruktur yang telah digunakan untuk meninjau masalah ini. Peristiwa-peristiwa

pemerhatian telah direkodkan dalam bentuk catatan nota lapangan semasa suatu sesi

pengajaran dan pembelajaran. Saya menggunakan nota lapangan yang disokong oleh

gambar untuk mengumpul data. Justeru, melalui nota lapangan tersebut, saya dapat

menganalisis secara kualitatf untuk meninjau masalah kesukaran murid untuk

memahami serta mengingati kitaran hidup haiwan.

Page 3: Fokus Kajian

Soal selidik

instrumen soal selidik telah dipilih sebagai alat ukur kajian kerana isu keprihatinan

kajian ini terarah kepada masalah pembelajaran kumpulan sasaran kajian. Oleh itu,

kepastian terhadap masalah kajian perlu ditentukan hasil dari persepsi , pendapat dan

perasaan kumpulan sasaran kajian terhadap isu pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah. Saya juga memastikan persekitaran sekeliling selesa dan kondusif agar

kumpulan sasaran dapat menjawab item-item soal selidik dengan tenang dan telus.

Untuk meninjau isu keprihatinan kajian ini, saya telah membina 10 item soal selidik

menggunakan skala Guttman. Soal selidik yang dihasilkan adalah mudah dan ringkas

serta menggunakan aras dn laras bahasa yang mudah difahami kumpulan sasaran.

Seramai 5 orang murid dari kumpulan sasaran telah dipilih sebagai responden soal

selidik. Penerangan serta penjelasan telah dilakukan untuk setiap item soal selidik

ketika menjalankan soal-selidik agar murid dapat menjawab setiap item dengan jujur

dan telus.

Page 4: Fokus Kajian

Penelitian dokumen

Penelitian dokumen digunakan untuk mendapatkan data mengenai tahap pencapaian

murid melalui lembaran kerja yang telah diberikan. Data yang telah diperoleh akan

dianalisis menggunakan kekerapan atau peratus. Analisis dokumen seperti latihan dan

lembaran kerja digunakan untuk menyokong dapatan kajian. Tambahan lagi, pelbagai

bentuk kutipan data juga digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan

kesahan data bagi menjawab soalan kajian dalam kajian kualitatif.

Nota lapangan

Masa : 10.45-11.45 pagi

Tempat : Dewan Sekolah

Kelas : 4 Arif

Tajuk : Kitaran hidup Haiwan

kumpulan Sasaran : Murid 4 Arif (5 orang)

keadaan kelas : Sesetengah murid ada yang memberi perhatian, ada juga yang tidak

memberi perhatian.

Peristiwa / aktiviti yang berlaku :

Mengkaji pengajaran dan pembelajaran menggunakan kad bergambar.

Page 5: Fokus Kajian

Murid mendengar penerangan guru ketika guru menerangkan tentang kitaran- kitaran

hidup haiwan. Guru menggunakan kad bergambar dan kad anak panah untuk

menunjukkan kepada pelajar gambar yang sebenar dan kitaran hidup haiwan dari yang

pertama sehingga yang seterusnya. Apabila guru menyoal kembali setelah kad

bergambar diturunkan, murid-murid tidak dapat menjawab dengan tepat dan masih

teragak-agak semasa memberi jawapan. Setelah itu, guru memberikan lembaran kerja

untuk menguji kefahaman murid dalam topik kitaran haiwan. Walaupun telah diberi

penerangan dan menggunakan kad bergambar serta anak panah,ada sesetengah

murid yang masih tidak dapat mengingat kitaran hidup haiwan dengan baik serta tepat.

Sebagai contoh, dalam kitaran hidup rama-rama, selepas larva ialah pupa. Namun

begitu, ada murid yang mengatakan pupa dahulu barulah larva.

Refleksi penyelidik

Oleh itu, saya mendapati bahawa penerangan dan pengajaran penggunaan kad

bergambar sahaja tidak mencukupi dalam memberikan kefahaman serta memudahkan

ingatan murid-murid terhadap kitaran-kitaran hidup haiwan. Ternyata, objektif

pengajaran yang telah saya rancangkan pada hari itu, kurang tercapai. Terdapat murid-

murid yang gagal menyebut secara lisan kitaran hidup haiwan dengan tepat, begitu

juga jawapan dalam lembaran kerja yang belum mumuaskan hati guru. Oleh yang

demikian, guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang lain iaitu menggunakan

‘Kad Permainan Kitaran Hidup Haiwan’. Ianya berunsurkan permainan yang boleh

Page 6: Fokus Kajian

meningkatkan minat instrinsik untuk belajar dan membolehkan murid-murid untuk

mengingati kitaran hidup haiwan dengan betul.

Tinjauan literatur

Menurut Morrison (2000) dan Spodek (1973) melalui Fauziah (2010), bermain

adalah satu aktiviti semula jadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar

dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana ia dapat meningkatkan daya imaginasi

mereka. Selain itu, menurut Roberts dan Schumm (1971) melalui Nur Fatin (2012),

permainan merupakan sumber pengayaan yang boleh mempercepatkan kadar

pembelajaran murid sederhana sambil mendalami pengalaman murid yang cerdas.

Tambahan pula, kajian lepas daripada Siti Hajar (1996), juga mendapati bahawa

permainan boleh meningkatkan penyertaan murid sehingga membantu mereka untuk

memahami pelajaran. Oleh itu, saya memilih untuk menggunakan kaedah bermain bagi

meningkatkan kefahaman murid. Tambahan pula, kajian yang dijalankan oleh Lynn C.

Minor et al. (2002) menunjukkan adalah penting untuk memilih kaedah pengajaran yang

sesuai kerana ianya akan menentukan keberkesanan dan kualiti mengajar. Dapatan

kajian ini bertepatan dengan teori Hartman (1995) yang menyatakan pelbagai strategi

pengajaran harus dipraktikkan oleh guru-guru dalam pengajaran untuk memudahkan

berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan kognitif pelajar. Pernyataan

ini juga menyokong teori Abu Zahari (1992) yang menyatakan murid-murid lebih

berminat dengan pengajaran guru yang fleksibel dan mempelbagaikan kaedah

pengajaran yang digunakan di bilik darjah.

Page 7: Fokus Kajian

Objektif kajian

Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti samada :

1. Penggunaan Kad Permainan boleh membantu murid-murid mengingat kitaran

hidup haiwan dengan urutan yang betul.

2. Penggunaan Kad Permainan boleh membantu meningkatkan kefahaman murid

tentang kitaran hidup haiwan yang berbeza-beza.

3. Penggunaan Kad Permainan boleh meningkatkan pencapaian murid dalam

mata pelajaran Sains melalui kaedah bermain sambil belajar.

Soalan kajian

1. Bagaimanakah penggunaan Kad Permainan dapat membantu murid-murid

mengingat kitaran hidup haiwan dengan urutan yang betul?

2. Adakah penggunaan Kad Permainan boleh membantu meningkatkan kefahaman

murid tentang kitaran hidup haiwan yang berbeza-beza?

3. Adakah penggunaan Kad Permainan boleh meningkatkan pencapaian murid

dalam mata pelajaran Sains melalui kaedah bermain sambil belajar?

Page 8: Fokus Kajian

Kumpulan sasaran

kajian ini melibatkan lima orang responden daripada 35 orang murid Tahun 4 Arif

daripada Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri yang terdiri daripada tiga orang pelajar lelaki

dan dua orang pelajar perempuan. Kesemua responden dalam kumpulan sasaran

berumur dalam lingkungan 10 tahun. Selain itu, kesemua responden berbangsa

Melayu. Tahap pencapaian akademik kumpulan sasaran di dalam pelajaran terutama

subjek Sains adalah lemah. Pemilihan adalah berdasarkan pandangan guru kelas dan

hasil keputusan murid dalam Ujian Bulanan mereka yang lepas.

Page 9: Fokus Kajian

Perancangan langkah-langkah tindakan

Model Penyelidikan Tindakan

kajian saya menumpukan penyelidikan terhadap isu kesukaran murid untuk mengingati

kitaran-kitaran hidup haiwan . Penyelidikan isu kajian akan dijalankan berpandukan

model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946), dalam (Rosinah Edinin, 2012) . Kitaran

penyelidikan tindakan Model Kurt Lewin adalah seperti berikut ;

Rajah 1 : Kitaran Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin

1) Merancang Tindakan

3) Melaksanakan Tindakan

4) Melaksanakan Pemerhatian

2) Menulis Refleksi

Page 10: Fokus Kajian

Prosedur Penyelidikan Tindakan Isu Kajian

1) Merancang Tindakan

1. Mengenalpasti isu kajian Kesukaran murid mengingati kitaran hidup

haiwan Murid mudah lupa kitaran hidup haiwan

yang tepat Murid sukar memahami kitaran hidup

haiwan yang berbeza-beza

2. Menjalankan tinjauan masalah menggunakan instrument berikut ;

Pemerhatian tidak berstruktur Soal selidik Analisis dokumen

4) Melaksanakan Tindakan

Kaedah Kad Permainan

2) Menulis Refleksi

Kekuatan dan aspek penambahbaikan tindakan intervensi dinilai

3) Melakukan Pemerhatian

Pemerhatian tidak berstruktur Analisis dokumen-lembaran kerja Soal selidik

Page 11: Fokus Kajian

Perancangan Pelaksanaan Tindakan Intervensi dengan menggunakan

kaedah bermain sambil belajar iaitu Kad Permainan

Perancangan

Pengkaji telah mencadangkan satu kaedah untuk memperbaiki masalah kesukaran

pelajar untuk mengingati kitaran hidup haiwan. Pengkaji telah perancang untuk satu

kaedah belajar sambil bermain untuk mengurangkan permasalah dan memperbaiki

kelemahan yang ingin dikaji pada kitaran pertama ini, Pengkaji merancang

menggunakan kad permainan sebagai permainan semasa menjalankan intervensi.

5.1.2 Tindakan

Pengkaji menjalankan kaedah belajar sambil bermain sebagai intervensi pada sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1) Guru mencipta permainan yang berbentuk permainan iaitu Kad Permainan.

2) Guru membina permainan dengan menggunakan kertas warna-warni yang

bergambar.

3) Guru memberikan Kad Permainan kepada 5 orang murid.

4) Selepas itu, guru menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh

para pelajar semasa mengikuti permainan ini.

5) Setiap murid hendaklah bermain kad sesama sendiri. Setiap murid akan

mendapat kad yang sama bilangannya iatu 6 keping. Sebelum itu, murid-murid kan

Page 12: Fokus Kajian

mengambil kad ‘Kuning’ yang bertulis nama kitaran haiwan. Jika murid mendapat

kitaran hidup nyamuk sebagai contoh, murid akan cuba melengkapkan kitaran hidup

nyamuk berdasarkan kad permainan. Murid akan cuba melengkapkan kad permainan

yang hanya mengenai kitaran hidup nyamuk sahaja. Kad boleh diambil pada rakan

sebelah dengan satu giliran sahaja. Setelah lengkap, murid akan meletakkan kesemua

kad dan menyemak jawapan pada kertas jawapan yang disediakan. Jika salah, murid

akan mengambil kembali kad dan mencuba sekali lagi.

6) Selepas permainan tamat, guru akan menyemak kad yang telah dilengkapkan

oleh murid-murid.

7) Setelah itu, guru akan memberi ujian pasca kepada pelajar untuk menguji sejauh

mana tahap penguasaan mereka terhadap soalan yang merangkumi topik kitaran hidup

haiwan dan melihat peningkatan pencapaian pelajar. Jika pencapaian pelajar dalam

ujian tersebut masih tidak meningkat, guru akan menambahbaikan teknik permainan

tersebut dengan memulakan kitaran kedua.

5.1.3 Pemerhatian

Terdapat sebahagian maklumat menjadi tumpuan pengkaji untuk menjadi hasilan data.

Antara aspek yang dititik beratkan ialah kemahiran menambat hati murid-murid,

perasaan murid-murid ketika melaksanakan aktiviti permainan, penglibatan murid-murid

dalam aktiviti permainan dan kefahaman murid-murid terhadap aktiviti permainan yang

dijalankan. Bagi mencatat maklumat pengaji telah menggunakan borang berstruktur

Page 13: Fokus Kajian

unuk mencatat maklumat dan data kajian.. Pengkaji menggunakan pemerhatian tidak

berstruktur, serta menganalisis dokumen-lembaran kerja dan juga soal selidik

5.1.4 Refleksi

Pemerhatian telah ke atas subjek kajian semasa intervensi pembelajaran secara

permainan dilaksanakankan. Melalui pemerhatian yang dilaksanakankan pengkaji

dapat memerhatikan tingkah laku murid yang aktif, serta melalui memek muka subjek

kajian yang gembira semasa tindakan intervensi dijalankan. Kesemua subjek kajian

melibatkan diri walaupun terdapat seorang daripada mereka tidak memahami kaedah

permainan pada mulanya.

Melalui pemerhatian, interaksi dan tingkah laku semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran juga amat mengalakkan. subjek telah memberi komitmen dan menunjuk

minat terhadap aktiviti yang dijalankan.

Page 14: Fokus Kajian

5.2 perancangan kaedah Pengumpulan Data

Bahagian ini menjelaskan mengenai perancangan cara mengumpul data iaitu

menerangkan cara pengumpulan data bagi setiap instrumen kajian. Pengkaji juga akan

membuat penerangan bagaimana menggunakan instrumen kajian berkaitan untuk

mendapatkan data secara teperinci. Pengkaji menggunakan lebih daripada satu

instrumen kajian supaya boleh membuat ‘kesatuan’ data-data dari pelbagai instrumen

kajian. Data dikumpul mengikut soalan kajian dan objektif kajian.

Alat ukur kajian yang dipilih perlu menepati aspek kebolehpercayaan dan kesahan agar

instrumen penyelidikan dapat mengukur apa yang diperlukan (Roninah, 2012). Oleh itu,

aspek triangulasi data telah diberi penekanan dalam perancangan pengumpulan data

penyelidikan yang akan dijalankan. Ia juga dilakukan untuk mengesahkan keputusan

penyelidikan yang akan dijalankan secara kualitatif.

5.2.1 Pemerhatian Tidak Berstruktur

Pemerhatian dibuat untuk memerhatikan tingkah laku murid-murid sepanjang

pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam kelas. Pengkaji menggunakan

pemerhatian tidak berstruktur iaitu catatan pemerhatian nota lapangan. Melalui nota

lapangan ini, guru akan dapat mengenal pasti tingkah laku, mimik muka murid-murid

dan juga pencapaian subjek tindakan semasa tindakan intervensi dijalankan.

Page 15: Fokus Kajian

5.2.2 Ujian / Analisis lembaran kerja

Pra Ujian akan dijalankan ke atas kelas subjek kajian tahun 4 Arif untuk menilai

pencapaian mereka. Ujian akan dilaksanakan bertujuan untuk mendapatakan

pencapaian murid terhadap penguasaan topik kitaran hidup haiwan sebelum

menjalankan aktiviti permainan di dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan

dijalankan pada kelas tersebut. Subjek kajian dikehendaki menjawab soalan yang

dikemukakan secara bertulis . Setelah menjalankan ujian pra tersebut, hasilan dari ujian

akan disemak untuk diberikan markah kemudian keputusan tersebut akan direkodkan

di dalam carta jadual yang telah disediakan.

Pra Ujian juga dijalankan selepas subjek kajian selesai menjalani aktiviti kad permainan

yang telah dirancangkan di dalam kelas. Ujian ini dijalankan adalah untuk melihat

pergerakan pencapaian subjek kajian dan kefahaman setelah aktiviti kad permainan

telah dilaksanakan. Soalan yang dikemukakan perlu dijawab secara bertulis juga.

Kemudian ujian yang diberikan akan disemak dan markah subjek kajian akan

direkodkan di dalam jadual yang telah disediakan

5.2.3 Soal selidik

Bagi mendapatkan maklum balas lebih terperinci,soal selidik akan dijalankan ke atas 5

orang murid tahun 4 Arif. Kepastian terhadap kaedah intervensi kajian iaitu penggunaan

Kad Permainan dalam membantu pelajaran murid perlu ditentukan hasil dari

Page 16: Fokus Kajian

pandangan subjek kajian. Sebanyak 10 item soal selidik telah dibina menggunakan

skala Likert. Soal selidik akan dijalankan selepas sehari aktiviti pembelajaran di

jalankan. Temu bual berstuktur akan dijalankan ke atas murid-murid supaya jawapan

yang diberikan dapat memberikan maklum balas ke atas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang telah dijalankan. Sebelum menemubual perlu disediakan soalan

yang berkaitan supaya soalan tersebut supaya maklumat dan data daripada murid-

murid dapat diperolehi secara sistematik

5.3 Cara Menganalisis Data

Bahagian ini memberikan penjelasan mengenai cara menganalisis data untuk setiap

instrumen kajian yang diguna pakai bagi mendapatkan data.

5.3.1 Ujian (peratus/min dan sisihan piawai)

Ujian merupakan satu instrumen kajian yang diguna pakai untuk mendapatkan

keputusan pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya. Ujian

disediakan dalam pelbagai bentuk untuk menguji tahap afektif, kognitif dan psikomotor.

Pelbagai jenis ujian pencapaian seperti ujian personaliti, ujian kecergasan dan ujian

diagnostik,. Ujian biasa dilaksanakan di sekolah ialah ujian pencapaian dan ujian

diagnostik. Item dalam soalan ujian dan yang paling penting soalan berkenaan dibina

untuk menjawab persoalan kajian (Cohen, Manion & Morrison, 2000).

Page 17: Fokus Kajian

PERATUS GRED

80-100 A

79-60 B

59-40 C

39-0 D

BIL. MURID MARKAH PERATUS (%)

1. M1 25 50

2 M2 31 62

3 M3 29 58

4 M4 32 64

5 M5 23 46

GRED A GRED B GRED C GRED D0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Graf bilangan murid mengikut peratus markah ujian

Page 18: Fokus Kajian

5.3.2 Pemerhatian (nota lapangan serta foto)

Semasa pelajar dalam kelas menjalankan aktiviti permainan tersebut, guru akan

mencatat suasana, gerak geri dan reaksi pelajar dalam setiap kumpulan dengan

mengguna buku nota. Dengan ini, guru dapat mencatat perkara yang berlaku dalam

kelas agar dapat membuat perbandingan dengan rakaman video yang diambil semasa

waktu pengajaran. Melalui catatan lapangan, perkara penting yang berlaku sempat

dicatat oleh guru dalam nota semasa pengajaran. Hal ini dapat mengelakkan perkara

penting dilupa selepas tamat waktu pengajaran. Pengkaji juga akan menggunakan

kamera semasa membuat pemerhatian. Pengkaji mengambil foto-foto semasa

mencatat nota lapangan.

5.3.3 soal selidik

Setiap temu bual yang dilaksanakan direkodkan dengan menggunakan alat perakam

audio supaya tidak ada keterciciran maklumat semasa temu bual dibuat. Temu bual

akan ditafsirkan oleh pengkaji selepastemubual tersebut dibuat. Hasil analisis data

temu bual akan dipersembahkan dalam bentuk yang bertulis. Data temu bual

ditranskripsikan kemudian ditaip dan diberikan bilangan angka dibahagian sebelah kiri

dan disebelah kanan dikosongkan untuk tujuan pengekodan data. Unit yang telah

dikodkan ditulis pada ruang sebelah kanan kertas yang disediakan.

Page 19: Fokus Kajian

Skala ;

1 = sangat tidak setuju

2 = tidak setuju

3 = kurang setuju

4 = setuju

5 = sangat setuju

BIL. ITEM

PERATUS (%)

1 2 3 4 5

1. Saya minat Sains

2. Saya suka bermain sambil belajar

3. Saya boleh mengingati kitaran hidup haiwan

dengan Kad Permainan

4. Belajar Sains bertambah seronok dengan

bermain

5. Saya boleh menyebut kitaran hidup haiwan

dengan betul selepas bermain Kad Permainan

6. Saya boleh menjawab latihan tentang kitaran

hidup haiwan dengan baik selepas bermain Kad

Permainan.

7. Saya mudah memahami topik kitaran hidup

haiwan menggunakan Kad Permainan.

Page 20: Fokus Kajian

8. Saya bosan dengan kaedah Kad Permainan

9. Saya tidak faham kaedah Kad Permainan

10. Saya mahukan Kad Permainan untuk topik yang

lain pula

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Bahagian ini menyatakan jadual pelaksanaan dan kos kajian penyelidikan tindakan

yang dijalankan.

Page 21: Fokus Kajian

BAB 2

2.1 LITERATUR

Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui pengajaran berkonsepkan permainan kerana

teknik permainan membolehkan pelajar dapatmenguasai kemahiran berfikir yang lebih

baik dan berkesan.Dalam proses pengajaran, pelbagai strategi pengajaran telah

dipraktikkan oleh guru-guru untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah

laku, kemahiran dan kognitif pelajar.Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran ini

merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan serta meningkatkan minat

pelajar-pelajar terhadap pelajarannya (Hartman 1995).Tetapi, ramai guru didapati tidak

berinisiatif mengeksploitasikan teknik pengajaran yang berkonsepkan permainan

sebagai bahan bantu mengajar untuk menyampaikan pengajaranmereka (Hartman

1995).Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada

kaedah kuliahdalam bentuk penyampaian maklumat atau prinsip secara lisan dan

abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala masih diamalkan oleh

guru untuk mengajar subjek Geografi. Keadaan ini mengakibatkan pelajar merasa

bosan untuk belajar dan menyebabkan pencapaian dalam subjek geografi pelajar

merosot. Hal ini adalah disebabkan peranan pelajar dalam kelas adalah pasif dan

keadaan ini menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar subjek

Page 22: Fokus Kajian

Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian dan kefahaman

murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

            Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah

yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah

kaedah hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan

sebagainya.Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah

satu cara bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej

yang tersirat di sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.

           Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, saya hanya

menerangkan dengan menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar. Menurut

Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai

pelajar menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi

pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya

secara maksimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman

dan perhatian murid terhadap isi pelajaran tersebut.

Dengan itu, saya telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan

murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya pilih adalah kaedah

permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak

membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel.Menurut beliau,

aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat

Page 23: Fokus Kajian

rendah, kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan

kemahiran sosial mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza

mengikut tahap kematangan murid.

            Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah

permainan adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan

juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah

permainan ini adalah wujud unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang

dirancang. Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan

dengan pembelajaran melalui kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.

            Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat

sinonim dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat

mengembangkan kemahiran mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran

interpersonal mewujudkan ciri-ciri pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan

penerokaan bagi merangsang minda mereka dengan cara yang tepat untuk

perkembangan.

            Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan

peranan bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan

Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan

Page 24: Fokus Kajian

bermain mlurid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping

menyihatkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan

bermalin boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas

penat belajar. Perlaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan

degan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan

juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid. Melalui pendekatan ini

juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran umum kepada yang leih

spesifik.

            Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid

kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut

beliau juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan

yang membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya

memberi peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa

bentuk aktiviti dalam kaedah permainan antaranya adalah sseperti permainan dengan

barang maujud, permainan khyalan, bermain dengan menjelajah dan permainan

mengambil bahagian dan mencantum semula. 

            Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang

menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan

permainan dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya

menggalkkan interaksi dan kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang

kata, puzzle, teka-tekai, maze, mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat

sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajran. Oleh itu, saya telah

Page 25: Fokus Kajian

memilih permainan teka silang kata sebagai bahan bantu mengajar dalam melakukan

kaian ini.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Bahagian ini menyatakan jadual pelaksanaan dan kos kajian penyelidikan

tindakan yang dijalankan.

5.4.1 Jadual Pelaksanaan

Bahagian ini memperjelaskan mengenai pergerakan jadual pelaksanaan yang

telah dilaksanakan oleh pengkaji sepanjang cadangan kajian ini dijalankan.

Jadual 2

Jadual Pelaksanaan

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1 Pengenalan dan Refleksi pengajaran lalu 10.02.2013

2 Refleksi nilai pendidikan 11.02.2013

3 Fokus kajian 22.02.2013

4 Mengumpul jurnal 24.02.2013

5 Tinjauan literatur 26.03.2013

6 Objektif kajian 27.02.2013

7 Persoalan kajian 27.02.2013

Page 26: Fokus Kajian

8 Kumpulan sasaran 28.02.2013

9 Perancangan kajian 10.03.2013

10 Instrument kajian 12.03.2013

11 Cara pengumpulan data 20.03.2013

14 Menghantar Proposal Kajian 31.03.2013

Page 27: Fokus Kajian

Dalam menghadapi era globalisasi pada masa kini, sistem pendidikan kita

bertanggungjawab menyediakan generasi akan datang bagi memenuhi Wawasan 2020

dan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan pada abad ke -21 menuntut para guru

supaya mampu menguasai pelbagai kemahiran generik, kemahiran belajar,

pembelajaran koperatif dan konstuktivisme (Abu Bakar Bachik, 1999).

Terdapat pelbagai kaedah, alat bantu serta teori yang boleh diguna pakai guru

dalam membantu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta

meningkatkan keberkesanan terhadap pencapaian murid. Dalam kajian ini, pengkaji

telah mengenal pasti teori yang berkaitan dengan kajian iaitu teori konstruktivisme dan

behaviorisme.

Menurut Mok Soon Sang (2008), berdasarkan teori konstruktivisme, ilmu

pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran

terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Semasa proses pembelajaran,

pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif,

menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada.

Kaitan antara kajian yang dilaksanakan penyelidik ialah murid akan

didedahkan dengan aktiviti permainan penggunaan kad permainan .Ini kemudiannya

disusuli dengan aktiviti pengukuhan berbentuk latihan yang merupakan bagi

meningkatkan penguasaan murid dalam topik pembelajaran. Pada peringkat ini murid

akan membanding maklumat baru dengan pengalamannya semasa aktiviti bermain kad

perkataan.

Page 28: Fokus Kajian

Selain teori konstruktivis, teori behavioris turut berkaitan dalam kajian ini.

Menurut Mok Soon Sang (2008), implikasi teori pelaziman pembelajaran J. B. Watson

dalam penagajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menggunakan rangsangan yang

boleh memotivasikan murid supaya berminat untuk belajar serta dan mengelakkan

penggunaan rangsangan yang membawa kesan negatif. Kaitan teori ini terhadap kajian

Kad Permainan yang menyeronokkan dapat memotivasikan minat murid untuk lebih

fokus dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang diadakan. Ini secara

tidak langsung meningkatkan kebarangkalian pencapaian objektif yang ingin dicapai.