33 bab dua sorotan kajian lepas 2.0 pengenalan bab ini

63
33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan tentang beberapa penulisan dan kajian yang berkaitan dengan topik kajian. Perbincangan akan berasaskan kepada tujuh bahagian iaitu: i. Isu-isu berkaitan dengan perkembangan moral ii. Teori perkembangan moral iii. Penggunaan dilema moral dalam kajian penaakulan moral iv. Perbezaan jantina dan dilema sebenar v. Orientasi moral dalam penaakulan moral vi. Perbezaan jantina dalam orientasi moral vii. Orientasi moral pelajar salah laku dan tidak salah laku 2.1 Isu-isu Berkaitan dengan Perkembangan Moral Perkembangan moral sering dikaitkan dengan isu-isu kemoralan. Isu-isu kemoralan yang terkandung dalam komponen kemoralan terdiri daripada pemikiran moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Kajian yang dijalankan ini akan berfokus kepada isu penaakulan moral yang secara khusus terkandung dalam pemikiran moral. Ketiga-tiga isu yang berkaitan dengan komponen kemoralan akan dibincangkan di dalam bab ini. Bagaimanapun, sebelum

Upload: hadien

Post on 15-Jan-2017

302 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

33

BAB DUA

SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang beberapa penulisan dan kajian yang

berkaitan dengan topik kajian. Perbincangan akan berasaskan kepada tujuh

bahagian iaitu:

i. Isu-isu berkaitan dengan perkembangan moral

ii. Teori perkembangan moral

iii. Penggunaan dilema moral dalam kajian penaakulan moral

iv. Perbezaan jantina dan dilema sebenar

v. Orientasi moral dalam penaakulan moral

vi. Perbezaan jantina dalam orientasi moral

vii. Orientasi moral pelajar salah laku dan tidak salah laku

2.1 Isu-isu Berkaitan dengan Perkembangan Moral

Perkembangan moral sering dikaitkan dengan isu-isu kemoralan. Isu-isu

kemoralan yang terkandung dalam komponen kemoralan terdiri daripada

pemikiran moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Kajian yang dijalankan ini

akan berfokus kepada isu penaakulan moral yang secara khusus terkandung

dalam pemikiran moral. Ketiga-tiga isu yang berkaitan dengan komponen

kemoralan akan dibincangkan di dalam bab ini. Bagaimanapun, sebelum

Page 2: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

34

membincangkan komponen-komponen kemoralan, penjelasan mengenai konsep

kemoralan dirasakan perlu dijelaskan. Hal ini demikian, memandangkan

orientasi moral merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam komponen

kemoralan.

Perkataan moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin iaitu

mos atau mores yang bermaksud mulia, beretika, berfikiran luas, dan rasional

(Abd. Rahim, 1993). Ia juga bererti peraturan masyarakat yang terdiri daripada

tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat (Abdul Rahman, 1999; Abdul

Rahman & Chang, 1994). Istilah kemoralan pula menitikberatkan aspek kelakuan

dan nilai hidup manusia (Falikowski, 1990; Thiroux, 1977). Walau bagaimanapun

kedua-dua istilah ini pada hakikatnya merujuk kepada akhlak seseorang (Abd

Rahim, 1993).

Sarjana barat seperti Durkheim (1961) menjelaskan kemoralan

terkandung dalam satu sistem peraturan tindakan yang menentukan tingkah

laku. Merujuk kepada kamus Webster (2007) pula, kemoralan didefinisikan

sebagai satu keadaan yang membezakan tingkah laku betul dengan tingkah laku

yang salah. Ianya juga membawa maksud “suatu perbincangan moral,

kenyataan atau pelajaran” atau “satu pegangan atau sistem kelakuan yang

bermoral” atau “keakuran terhadap kelakuan manusia yang diterima oleh orang

ramai”.

Kohlberg (1958) mendefinisikan kemoralan sebagai penentuan tingkah

laku kepada suatu peraturan yang dapat diterima oleh budaya individu.

Bagaimanapun, definisi ini akan memberi implikasi kepada budaya tempatan.

Page 3: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

35

Budaya individu yang dibentuk adalah agak berbeza dengan budaya individu di

negara ini. Ini berikutan individu di negara ini hidup bermasyarakat, maka budaya

hidup bermasyarakat harus dititikberatkan agar setiap individu dapat diterima

sebagai ahli sesebuah masyarakat. Oleh itu, dalam budaya tempatan, kemoralan

perlu dirujuk juga sebagai peraturan yang dapat diterima oleh budaya sesuatu

masyarakat itu.

Definisi kemoralan ini sedikit sebanyak menyentuh mengenai konsep

keadilan yang telah diutarakan oleh Kohlberg (1981), di mana Kohlberg

menyatakan, keadilan bukan suatu peraturan atau sistem peraturan, sebaliknya

keadilan ialah prinsip moral yang membawa maksud memilih sesuatu peraturan

yang bersifat sejagat dan diterima oleh masyarakat dalam sebarang situasi.

Pada dasarnya, kemoralan ialah satu ukuran yang digunakan untuk

memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Falikowski

(1990) menjelaskan bahawa kemoralan berkait dengan kehidupan manusia dan

hubungan antara perseorangan serta berkait rapat dengan konflik dan nilai.

Tindakan yang tidak ada kesan terhadap kehidupan orang lain atau tindakan

yang tidak melibatkan konflik adalah tidak berkaitan langsung dengan soal moral

dan ini di luar maksud kemoralan.

Wilson (1973) menjelaskan bahawa terdapat empat komponen kemoralan

yang meliputi aspek fikiran, aspek emosi, aspek pengetahuan dan aspek tingkah

laku. Menurutnya, aspek fikiran menyentuh mengenai persepsi individu

manakala aspek emosi menyentuh mengenai emosi diri dan emosi orang lain.

Aspek pengetahuan pula menyentuh mengenai fakta berkenaan sesuatu

Page 4: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

36

keadaan dan aspek tingkah laku merujuk kepada tindakan individu yang

disebabkan oleh fikiran, emosi dan pengetahuan yang dipunyai oleh individu

tersebut.

Thiroux (1977), juga telah mengkategorikan kemoralan kepada empat

iaitu kemoralan agama, iaitu merujuk kepada hubungan manusia dengan tuhan.

Kedua, kemoralan naturalis iaitu merujuk kepada tanggungjawab manusia

terhadap alam semulajadi. Yang ketiga, kemoralan individualisme merujuk

kepada kepentingan individu dan yang terakhir kemoralan sosial yang memberi

perhatian kepada hubungan antara individu. Apa yang jelas, kemoralan

membawa maksud mengikuti secara reflektif segala peraturan masyarakat serta

memupuk sifat-sifat murni dan peraturan masyarakat yang digubal berdasarkan

prinsip autonomi, keadilan dan altruisme (Abdul Rahman, 1986).

Abdul Rahman (1986) menjelaskan, prinsip autonomi melibatkan tingkah

laku berdasarkan penaakulan yang rasional dan ianya perlulah bersandarkan

pemikiran diri sendiri. Prinsip keadilan pula menekankan keupayaan individu

melakukan sesuatu secara adil dan tidak mengikut perasaan. Prinsip altruisme

pula membawa maksud melakukan sesuatu perbuatan adalah untuk memberi

manfaat kepada orang lain. Prinsip ini lebih digerakkan oleh emosi moral seperti

rasa simpati.

Perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa kemoralan penting

memandangkan manusia hidup bermasyarakat. Hidup bermasyarakat ini

melibatkan peraturan yang perlu diikuti demi menjamin kesejahteraan

masyarakat itu. Oleh itu, sebagai anggota masyarakat, individu perlu memahami

Page 5: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

37

peraturan-peraturan masyarakat dan mengikutnya bukan kerana dipaksa tetapi

kerana dia autonomous dan boleh berfikir serta mengambil tindakan mengikut

situasi (Tan, 2001; Wilson, 1973).

Kesimpulannya, tindakan moral terhasil daripada persembahan mental

bagi situasi yang diberi. Setiap pelajar perlu mempunyai kekuatan moral iaitu

kebolehan mengawal kelemahan moralnya. Kelemahan moral boleh diatasi

sekiranya pelajar-pelajar berupaya membuat penaakulan moral kerana sikap

tersebut akan membantu pembentukan tingkah laku moral yang positif.

2.1.1 Penaakulan Moral

Penaakulan moral bermaksud keupayaan membuat penaakulan, berfikir

rasional dan memberi perhatian kepada pilihan dan kesan-kesan daripadanya

(Downey & Kelly, 1982). Piaget (1932) adalah pengasas dalam kajian yang

melibatkan penaakulan moral. Usaha beliau kemudiannya dikembangkan dan di-

murnikan oleh Kohlberg (1976,1981). Menurut Kohlberg, perkembangan moral

melibatkan peningkatan kematangan apabila berdepan dengan satu-satu situasi

yang melibatkan dilema. Kematangan penaakulan moral ini telah dibahagikan

kepada tiga tahap dan melibatkan enam peringkat di mana setiap tahap

mempunyai dua peringkat.

Kohlberg (1981) juga menjelaskan penaakulan moral ini merujuk kepada

proses menilai pemikiran apabila seseorang individu tersebut memilih bentuk

pemikiran dan tindakan yang sesuai dalam sistem nilai seseorang. Melalui

proses penaakulan moral, seseorang dapat menentukan apa yang baik dan yang

Page 6: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

38

tidak dalam sesuatu situasi. Memandangkan penaakulan moral melibatkan

proses pemikiran maka apa yang difikirkan baik akan dilahirkan dalam bentuk

tindakan dalam sesuatu situasi moral. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan

apa yang difikirkan baik mungkin tidak dapat dilakukan, kemungkinan

disebabkan nilai-nilai yang baik itu tidak dihayati (Rothman, 1980; Wan Hasmah,

2000).

Pandangan ini disokong oleh Straughan (1989) yang menyatakan

terdapat keadaan di mana penaakulan moral difahami dari segi teori sahaja dan

tidak diterjemahkan dalam bentuk amalan. Menurut Straughan lagi, individu

yang gagal melaksanakan penaakulan moral yang telah dibuat dianggap belum

terdidik dari segi moral. Kay (1975) pula menyatakan penaakulan moral yang

telah dibuat tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan kerana

kadangkala tindakan yang ingin dilakukan itu dipengaruhi oleh komponen

kemoralan yang lain seperti emosi moral.

Dalam hal ini, Kohlberg (1975) menyatakan penaakulan moral adalah

komponen kemoralan yang terpenting memandangkan pemikiran yang

menentukan tingkah laku seseorang. Kenyataan ini adalah berlandaskan kajian

beliau terhadap tingkah laku meniru dalam peperiksaan terhadap sekumpulan

pelajar. Didapati mereka yang membuat penaakulan pada peringkat yang tinggi

kurang melibatkan diri dalam aktiviti salah laku iaitu meniru dalam peperiksaan.

Pandangan Kohlberg ini juga telah disokong oleh pengkaji lain seperti Walker

(1986b).

Page 7: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

39

2.1.2 Emosi Moral

Emosi moral pula merujuk kepada perasaan yang ‘betul’ yang melibatkan

kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi (Downey & Kelly, 1978).

Emosi moral melibatkan perasaan serta suara hati yang mampu memotivasikan

seseorang untuk bertindak secara moral dan meyakini keputusan dan tindakan

tersebut. Perasaan moral ini berupaya menyekat perlakuan tidak bermoral dan

membawa kepada tindakan secara bermoral. Wilson (1973) menjelaskan emosi

moral memerlukan seseorang mengenal pasti emosi diri dan emosi orang lain.

Melalui cara ini individu akan lebih prihatin kepada orang-orang di sekeliling

mereka. Penekanan terhadap akal dan fikiran menyebabkan komponen

kemoralan ini kurang diberikan perhatian (Abdul Rahman & Chang, 1994).

Berk (1989) menjelaskan bahawa emosi moral adalah komponen

kemoralan yang perlu diberikan perhatian dalam kehidupan kerana setiap

manusia perlu mengimbangi akal fikiran dan emosi masing-masing bagi

membentuk tingkah laku yang diingini. Dengan kata lain, emosi moral seseorang

adalah lebih peka dengan perasaan dan keperluan orang lain. Spiecker (1988)

mengatakan setiap orang memerlukan dua jenis emosi dalam diri mereka iaitu

emosi peraturan dan emosi altruistik. Emosi peraturan melibatkan perasaan

seperti rasa bersalah, rasa keadilan, malu dan menyesal apabila terlibat dengan

perkara-perkara yang melanggar peraturan. Manakala emosi altruistik ialah

perasaan murah hati, simpati dan kasihan terhadap orang lain.

Bull (1969) berpendapat pendidikan perlu juga memberi perhatian kepada

emosi moral. Beliau berpendapat sedemikian memandangkan emosi yang tidak

Page 8: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

40

dikawal mampu merosakkan penaakulan yang rasional. Menurutnya lagi, emosi

adalah penting untuk memotivasikan dan mengawal tingkah laku.

2.1.3 Tingkah Laku Moral

Tingkah laku moral pula menurut Abdul Rahman & Chang (1994), adalah

segala yang dilakukan oleh seseorang individu berkaitan dengan peraturan

moral secara konsisten dan iltizam. Peraturan moral memberi panduan kepada

seseorang bertingkah laku moral pada bila-bila masa. Eow (2000) berpendapat

tingkah laku moral berkaitan dengan pemahaman sebab yang baik dan

munasabah dan bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut kemampuan

sendiri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral.

Tan (2001) pula menjelaskan tingkah laku moral merupakan komponen

kemoralan yang ‘overt’ apabila individu melakukan tingkah laku moral selepas

proses penaakulan moral dan dipengaruhi oleh emosinya. Walau bagaimanapun,

Wilson (1973) menyatakan pemupukan tingkah laku moral bukan secara semula

jadi, tetapi memerlukan latihan berulang kali melalui proses pengulangan. Apa

yang penting menurutnya, setiap tingkah laku perlu ditunjuk ajar sehingga

menjadi kebiasaan individu tersebut.

Tujuan bertingkah laku secara moral perlu disokong dan didorong oleh

sebab melakukan tingkah laku tersebut. Sekiranya tujuan tingkah laku tersebut

adalah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan maka tingkah laku ini

dianggap tingkah laku moral (McKinnon, 1995). Walau bagaimanapun, motif

melakukan tingkah laku perlu juga diambil kira (Benninga, 1988; Wilson, 1973;

Page 9: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

41

Kay, 1975). Apa yang jelas ialah sesuatu tingkah laku itu dikira bermoral atau

tidak bermoral bukan kerana kesan tingkah laku tetapi ditentukan oleh motifnya.

Jika motifnya adalah untuk menunaikan kewajipan, maka motif ini dianggap

tingkah laku bermoral dan sebaliknya jika untuk kepentingan diri sendiri maka

dianggap tingkah laku yang tidak bermoral (Benninga, 1988).

Kesimpulannya, kepentingan ketiga-tiga komponen kemoralan ini perlu di

berikan perhatian dalam Pendidikan Moral (Berk, 1989; Rothman, 1980; Wilson,

1973). Bagaimanapun, kajian mengenai komponen pemikiran iaitu penaakulan

moral sering dilihat sebagai satu dimensi yang penting dalam menentukan

tingkah laku individu. Penaakulan moral yang dititikberatkan dalam kajian-kajian

Pendidikan Moral dijangka mampu mengawal emosi dan tingkah laku (Kohlberg,

1975). Oleh itu, kajian ini telah memberikan tumpuan yang khusus kepada

komponen pemikiran sahaja dengan menitikberatkan kepada kandungan

penaakulan moral iaitu orientasi moral dan bukannya struktur penaakulan moral

iaitu peringkat-peringkat penaakulan moral.

2.2 Teori Perkembangan Moral

Tavecchio, Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan

salah satu matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah

untuk memahami serta menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku.

Secara empirikal, hubungan antara kecekapan pertimbangan moral atau

penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang kajian yang terbukti

penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs & Basinger, 1994).

Page 10: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

42

Kajian mengenai perkembangan moral telah membantu pelbagai lapisan

masyarakat mengenal pasti hubungan persekitaran dengan manusia (Raths,

Harmin & Simon, 1978) pengaruh nilai-nilai moral ke atas tingkah laku manusia

(Tavecchio, Stams, Brugman & Thomeer, 1999; Gregg, Gibbs & Basinger, 1994;

Gavaghan, Arnold & Gibbs, 1983; Blasi, 1980) serta pelbagai kajian bagi

meningkatkan perkembangan moral dalam kalangan manusia.

Ramai pengkaji sebelum ini menjadikan bidang penaakulan moral

sebagai keutamaan dalam kajian mengenai perkembangan moral. Tidak kira

apa pandangan yang diberikan, yang pasti semua pihak pasti bersetuju bahawa

kanak-kanak memerlukan bimbingan dan panduan untuk membentuk kemoralan

seperti yang dikehendaki. Rest (1976) mengutarakan tiga teori yang penting

dalam kajian perkembangan moral iaitu:

i. Teori Psiko Seksual Freud;

ii. Teori Pembelajaran Sosial

iii. Teori Perkembangan Kognitif.

Apabila kanak-kanak memperkembang kemahiran berfikir, mereka dijangka

bermula dengan mengikut peraturan-peraturan kemoralan seperti yang

ditetapkan oleh masyarakat. Teori-teori psikologi tentang perkembangan moral

mempunyai perbezaan yang ketara dalam pendapat mereka tentang cara

bagaimana perkembangan moral terbentuk.

Page 11: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

43

Sigmund Freud mendakwa bahawa kualiti perhubungan antara anak-anak

dengan ibu bapa mempengaruhi cara kanak-kanak berkembang secara bermoral

(Mac Intyre, 1958; Wright & Bearer, 2005). Teori Psikoseksual oleh Freud ini

mengatakan individu bertingkah laku baik kerana suara batinnya sentiasa

mengingatkannya untuk bertingkah laku baik. Penekanan teori ini adalah pada

aspek afektif. Teori pembelajaran sosial pula menjelaskan kanak-kanak

mempelajari untuk bertingkah laku moral menerusi peniruan tingkah laku orang

dewasa kerana ia telah dididik dan dibesarkan begitu. Teori perkembangan

kognitif menjelaskan kemampuan anak-anak memberi sebab atau alasan

bermoral bergantung kepada keupayaan berfikir. Teori ini menerangkan bahawa

tingkah laku moral bermaksud bertingkah laku secara rasional. Teori ini memberi

penekanan kepada aspek pemikiran moral iaitu penaakulan moral.

Hakikatnya tiada satu teori yang mampu membincangkan mengenai

aspek perkembangan moral secara menyeluruh iaitu meliputi aspek afektif,

tingkah laku, emosi mahupun kognitif. Bagaimanapun sumbangan teori-teori

secara menyeluruh telah membantu individu mengaitkan teori-teori ini dengan

perkembangan moral individu. Downey dan Kelly (1978) menjelaskan bahawa

ketiga-tiga teori ini berfungsi bersama untuk memberi pandangan terhadap

aspek yang berbeza dalam perkembangan moral individu dan pandangan ini

tidak bercanggah antara satu sama lain. Di bawah dijelaskan dengan lebih lanjut

tentang teori-teori perkembangan moral ini.

Page 12: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

44

2.2.1 Teori Psiko Seksual Freud

Teori ini diasaskan oleh Sigmund Freud (1856-1939). Teori ini dinamakan

sedemikian kerana teori ini menghubungkaitkan perkembangan personaliti

kanak-kanak dengan perkembangan seksnya (Mahmood 1992). Freud

menjelaskan sifat biologi memainkan peranan yang penting dalam

perkembangan manusia. Teori ini menekankan konsep psikodinamik yang

dikenali sebagai libido, iaitu tenaga seks yang ada pada setiap manusia semasa

dilahirkan. Mengikut Teori Psikoseksual, libido inilah yang menggerakkan

tingkah laku seseorang itu. Mengikut saranan Teori Psikoseksual Freud, semasa

kanak-kanak dilahirkan, dia dikuasai sepenuhnya oleh tenaga libido dan

nalurinya sendiri (Lauzun 1964).

Freud pada mulanya telah mengutarakan suatu teori yang membahagikan

akal fikiran manusia kepada tiga lapisan yang berbeza. Ia membahagikan fikiran

manusia kepada alam sedar, alam prasedar dan alam tidak sedar (Mac Intyre,

1958). Mahmood (1992) menerangkan bahawa Freud menjelaskan dalam alam

sedar, manusia menyedari dan mengetahui apa yang telah berlaku dan sedang

berlaku kepadanya, juga kepada persekitarannya. Manakala dalam alam

prasedar yang letaknya antara alam sedar dan alam tidak sedar, individu

sebenarnya tidak menyedari dan tidak tahu yang sesuatu itu sedang berlaku

melainkan jika dia secara sedar memberi perhatian kepada apa yang berlaku itu.

Dalam alam yang tidak sedar pula, individu memang tidak menyedari langsung

apa yang berlaku. Walaupun idea ini pada mulanya amat menarik hati Freud,

tetapi teori ini tidak berupaya untuk menjelaskan dengan lebih lanjut dan teliti

Page 13: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

45

lagi, ia pun mengemukakan pandangannya yang kedua. Idea kedua yang

diutarakan oleh Freud melihat fikiran manusia sebagai suatu sistem yang

mengandungi tiga sistem utama yang dinamakan Id, Ego, dan Superego (Mac

Intyre, 1958).

Menurut Corey (1982), Freud menjelaskan manusia dilahirkan dengan

naluri-naluri kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupannya ditentukan dari

awal lagi oleh naluri-naluri ini. Lantaran dorongan dari naluri-naluri ini seseorang

boleh bertindak secara tidak rasional dan tidak logik. Semua kuasa naluri ini

tersimpan dalam suatu sistem tenaga. Tenaga ini tidak bertambah, dan tidak

pula pernah berkurangan. Tenaga ini sering menjadi rebutan antara id, ego dan

superego, kerana sistem yang mempunyai paling banyak tenaga akan berkuasa

mengawal tingkah laku dan kehidupan manusia itu.

Tenaga yang berasal daripada naluri ini boleh dikatakan terbahagi dua

(Mahmood,1992), iaitu:

a. tenaga hidup (naluri hidup, libido atau Eros) yang sentiasa berusaha untuk

melanjutkan zuriat manusia. Tenaga ini tidak terbatas semata-mata

kepada tenaga seks sahaja, tetapi meliputi juga usaha-usaha ke arah

mengembang, membina dan mendorong kreativiti manusia. Tenaga ini

merupakan tenaga penggerak atau motivasi yang mendorong manusia

untuk mencari keseronokan dan mengelakkan kesakitan.

b. tenaga mati atau naluri mati atau Thanatos yang terjelma dalam bentuk

dorongan-dorongan agresif. Oleh itu, terdapat ketika di mana manusia

Page 14: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

46

cuba menyakiti dirinya sendiri atau membunuh dirinya sendiri atau pun

orang lain.

Kedua-dua tenaga inilah yang bertanggungjawab terhadap tingkah laku

manusia yang mempamerkan personaliti seseorang individu. Corey (1982)

menjelaskan personaliti seseorang pula mengandungi tiga sistem iaitu, id, ego

dan superego. Ketiga-tiga sistem ini bukanlah sesuatu yang konkrit tetapi

berinteraksi antara satu sama lain bagi menghasilkan tingkah laku tertentu yang

dikenali sebagai personaliti seseorang. Menurut Freud, id dianggapnya sebagai

komponen biologi, ego pula dianggap sebagai komponen psikologi manakala

superego pula sebagai komponen sosial dan nilai-nilai moral masyarakat.

Id ialah sistem asal, yang wujud sejak individu dilahirkan, malah

bersama-sama individu itu sendiri kerana sifatnya sebagai sistem biologi. Id juga

merupakan punca utama bagi tenaga jiwa dan pusat bagi semua naluri. Id

bertindak secara membabi buta dan tidak mempunyai sistem organisasi yang

teratur. Id hanya tahu mendesak dan memaksa (Lauzun, 1964). Satu ciri yang

jelas mengenai id ialah, id tidak pernah matang dan membesar, walaupun

individu yang memilikinya sudah bertambah umur dan kian matang

pemikirannya. Oleh sebab itu, kita dapati id ini bertindak secara tidak logik, tidak

bermoral dan hanya mempunyai satu matlamat iaitu memuaskan nafsu naluri

semata-mata pada setiap masa. Tindakan dan dorongan-dorongan yang dibuat

oleh id ini bersifat tidak sedar (Lauzun, 1964).

Page 15: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

47

Ego merupakan tenaga jiwa yang berasal daripada id, tetapi ego amat

berbeza dengan id. Ego mengawal jenis-jenis tindakan yang hendak dilakukan,

memilih persekitaran-persekitaran yang sesuai serta menentukan naluri mana

yang akan dipuaskan dan cara naluri-naluri ini dipuaskan. Ego dipandu oleh

prinsip realiti, dan kerana itu segala tindak tanduknya mestilah dilakukan setelah

menimbangkan dengan baik segala perkara yang wujud dalam realiti (Berk,

1989). Ego berada di tengah-tengah id dan superego. Ego memerlukan

pemikiran yang waras dan logik dalam melaksanakan tugas-tugas ini dengan

baik dan jayanya. Ego bertindak melalui proses kedua atau sekunder di mana

pemikiran yang logik dan rasional digunakan bagi merancang dan melaksanakan

sesuatu tindakan untuk mengurangkan ketegangan. Ego dapat bertindak

sebegini kerana mempunyai kuasa atau kawalan ke atas fungsi kognitif atau

intelektual (Hall & Lindzey, 1978). Perlu dijelaskan di sini bahawa ego wujud

bagi memuaskan kehendak-kehendak id dan bukan untuk menghampakannya.

Superego merupakan komponen sosial atau moral. Superego merupakan

cabang moral atau kehakiman bagi sesuatu personaliti itu. Superego

bertanggungjawab di dalam menentukan apakah sesuatu tingkah laku itu baik

atau buruk, betul atau salah. Menurut Freud (1949), superego bersifat idealistik

dan sempurna. Superego merupakan nilai-nilai tradisi serta ideal yang diturunkan

dari generasi ke generasi. Superego bertanggungjawab untuk menyekat ego

dari menuruti kehendak id, di samping mendorong ego untuk menerima nilai-nilai

dan matlamat-matlamat moral (Freud, 1949). Ia menentukan ganjaran dan

denda. Ganjaran yang diberikannya berbentuk perasaan bangga, manakala

Page 16: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

48

denda pula berbentuk perasaan bersalah dan rendah diri. Sama seperti ego,

superego juga berpunca dari tenaga id, yang dari kecil lagi sudah mula

menerima penentuan masyarakat melalui didikan keluarga.

Pendek kata, fungsi-fungsi utama superego ialah menyekat desakan-

desakan id, terutama sekali yang berbentuk seks, kerana desakan-desakan ini

amat dicemuh oleh masyarakat; memujuk ego untuk menggantikan matlamat

realistik dengan matlamat moral dan berusaha ke arah mencapai kesempurnaan.

Umumnya, setiap individu melalui lima peringkat perkembangan moral yang

masing-masing memperlihatkan penekanan dan ciri-ciri tertentu. Pada setiap

peringkat ini, individu akan menghadapi proses pertumbuhan yang bersifat

fisiologi; kekecewaan; konflik dan ancaman (Hall & Lindzey, 1978). Proses

pertumbuhan ini yang akan menjadi unsur-unsur yang akan mencabar individu

itu untuk bertindak balas. Ada kalanya perkembangan moral ini akan tersekat

oleh dua faktor utama iaitu:

a. individu berkenaan tidak mendapat kepuasan yang cukup dalam

sesuatu peringkat itu untuk membolehkannya berkembang kepada

tahap yang lebih tinggi;

b. individu yang berkenaan mungkin mendapat terlalu banyak kepuasan

pada peringkat tertentu sehingga ia tidak mahu berpindah ke peringkat

yang lebih tinggi kerana ia terlalu selesa pada peringkat ini.

Kelima-lima peringkat yang dikemukakan oleh Freud (1967) ialah:

a. peringkat mulut - tahun pertama

b. peringkat dubur - tahun 1-3;

Page 17: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

49

c. peringkat zakar dan faraj - tahun 3-5;

d. peringkat latensi - tahun 5-12;

e. peringkat syahwat - dewasa.

Menurut Freud perkembangan moral individu hampir lengkap pada usia

lima tahun (Berk, 1989). Tambah beliau, pengalaman pada usia kanak-kanak

serta hubungan mereka dengan ibu bapa akan membentuk sahsiah moral

individu bila besar nanti. Menurut teori ini sahsiah seseorang individu itu telah

pun ditetapkan pada usia kecil dan ini tidak dapat diubah. Pandangan teori ini

kurang popular dalam bidang pendidikan dan tidak sesuai digunakan untuk

meningkatkan penaakulan moral individu kerana sekiranya sahsiah moral telah

ditetapkan sejak usia muda maka tidak perlulah program pendidikan moral

diwujudkan yang bertujuan membentuk pemikiran moral, emosi moral dan

tingkah laku moral.

2.2.2 Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial menggunakan prinsip kesalingan dalam

interaksi manusia dengan alam persekitarannya. Manusia dianggap sebagai

agen perubahan dan mempengaruhi persekitarannya dengan cara pembelajaran

mengikut percontohan (Bandura, 1963). Manusia mempunyai daya rangsangan

pemikiran yang boleh menggerakkan proses secara simbolik serta berupaya

membuat peraturan pilihannya secara sendiri (Sieber, 1980).

Kefahaman seperti ini memberi penekanan bahawa tingkah laku

ditumpukan ke arah individu dan huraian analisis tentang individu dikaitkan

Page 18: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

50

dengan keadaan kehidupan psikologinya. Tingkah laku mula difahami dengan

menumpu pada cara individu berinteraksi dengan orang lain yang signifikan

dalam masyarakat. Di samping berupaya mengubah tingkah laku mereka

mengikut matlamat dan ideal yang dikehendaki sealiran dengan usaha

memahami budaya alam sekelilingnya. Teori Pembelajaran Sosial menganggap

kanak-kanak belajar tingkah laku yang diingini melalui proses peneguhan positif

dan negatif, serta melalui pemerhatian dan peniruan tingkah laku yang diterima

oleh masyarakat (Bandura & Walters, 1963).

Othman Mohamed (1997), menyatakan Bandura melihat personaliti

sebagai interaksi antara tiga perkara iaitu persekitaran, tingkah laku serta proses

psikologi seseorang itu. Menurutnya, kelakuan manusia saling bertindak secara

berterusan antara kognitif, kelakuan dan agen penentu persekitaran. Mengikut

pandangan Teori Pembelajaran Sosial, manusia tidak didorong oleh kuasa

dalaman atau didesak oleh stimulus persekitaran. Teori Pembelajaran Sosial

memperakui bahawa kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui

pemerhatian terhadap percontohan (Bandura, 1986; Eisenberg & Mussen, 1989).

Melalui proses pemerhatian terhadap orang lain, seseorang individu membentuk

satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya. Maklumat

yang telah direkodkan ini bertindak sebagai panduan untuk tindakan. Oleh sebab

manusia boleh belajar daripada contoh sebelum melaksanakan sendiri kelakuan

tersebut, ini membantu mereka terselamat daripada melakukan percubaan dan

kesilapan.

Page 19: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

51

Seterusnya, mengikut teori ini manusia tidak semata-mata bertindak

kepada pengaruh luaran, seolah-olah mereka merupakan organisma yang tidak

berfikir. Namun hakikatnya, manusia sebenarnya memilih, mengelola, dan

memindahkan stimulus yang meninggalkan kesan terhadap mereka (Bandura,

1986). Menurut Bandura (1973,1977), dalam proses peniruan terdapat beberapa

langkah yang perlu diikuti di mana proses ini melibatkan perhatian, pengekalan,

tindak balas motor dan motivasi. Dalam proses memberi perhatian seseorang

akan mempelajari sesuatu sekiranya memberikan perhatian. Selepas proses

memberi perhatian, proses kedua ialah proses pengekalan. Dalam proses ini

individu perlu mengingati sama ada dalam bentuk gambaran atau perkataan.

Proses ketiga memerlukan individu menterjemahkan gambaran dan perkataan

itu dalam bentuk tingkah laku sebenar. Akhir sekali ialah proses motivasi, di

mana tanpa motivasi individu tidak akan meniru. Hal ini menyebabkan ibu bapa

mencorakkan tingkah laku anak-anak mereka dengan tiga cara iaitu ganjaran,

hukuman dan menjadi teladan. Tingkah laku yang dikehendaki diberi peneguhan

positif seperti pujian dan tingkah laku yang tidak diingini diberi peneguhan

negatif seperti hukuman. Menurut Berk (1989) peneguhan positif adalah cara

yang paling sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Bandura (1986) mengemukakan satu bentuk pendekatan perlakuan

berasaskan kepada sistem interaksi antara tiga aspek iaitu rangsangan dari

acara luaran, peneguhan luaran dan proses perantara secara kognitif. Oleh

kerana beliau telah memberi perhatian yang serius ke atas konsep kognitif

(Bandura, 1986; Bandura & Walters, 1963). Bandura telah memulakan kajian ke

Page 20: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

52

atas pengaruh kognitif terhadap pembelajaran sosial. Teori ini menekankan

kepentingan aspek pemikiran dan faktor kognitif dalaman. Beliau mula memberi

fokus kepada cara kanak-kanak dan dewasa menggunakan keupayaan kognitif

dalam pengalaman sosial dan bagaimana cara pemikiran ini mempengaruhi

tingkah laku dan perkembangannya. Bandura menjelaskan reaksi orang-orang di

sekeliling kanak-kanak akan membantu kanak-kanak ini untuk memahami

tingkah laku yang diingini oleh masyarakat. Ini akan memerlukan kanak-kanak

menggunakan kognitif untuk taakulan, memilih dan menjadikan tingkah laku

sebagai pegangan. Oleh sebab teori ini mula menekankan aspek kognitif, pada

tahun 1986, Bandura memberi nama baru kepada Teori Pembelajaran Sosial

iaitu Teori Sosial Kognitif.

Kesimpulannya, perkembangan moral dalam teori ini dilihat sebagai

perubahan yang diperoleh hasil daripada interaksi antara pengaruh sosial dan

kebolehan kognitif yang sering berubah.

2.2.3 Teori Perkembangan Kognitif

Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget, Lawrence

Kohlberg dan Elliot Turiel mendakwa bahawa perkembangan moral bersifat

universal dalam dua perkara:

1. Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkat-

peringkat perkembangan moral yang sama.

Page 21: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

53

2. Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral

adalah konsep-konsep moral yang serupa seperti kewajipan, keadilan dan

tanggungjawab.

Teori perkembangan moral kognitif buat pertama kalinya diutarakan oleh

seorang saintis sosial bernama McDougall (1926). Beliau telah memerhatikan

bahawa terdapat empat peringkat dalam tingkah laku manusia iaitu tahap

kelakuan bersifat naluri yang diubah suai hanya dipengaruhi oleh kesakitan dan

kepuasan yang dialami secara kebetulan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang

bersifat naluri. Kedua, tahap di mana operasi gerak hati yang bersifat naluri,

diubah suai dengan dipengaruhi oleh ganjaran dan hukuman, dan dijaga dengan

sistematik oleh persekitaran sosial. Ketiga, tahap di mana kelakuan dikawal

dalam pujian sosial atau tuduhan sosial. Keempat, tahap tertinggi, di mana

kelakuan adalah dikawal oleh perilaku yang ideal yang membolehkan seorang

lelaki bertindak mengikut apa yang betul baginya tanpa mengambil kira pujian

atau tentangan terhadap persekitaran sosial yang terhampir dengannya.

Pengikut McDougall yang agak terkenal dengan peringkat-peringkat

perkembangan kognitif mereka adalah seperti Gesell (1954) dan Peck &

Havighurst (1960).

2.2.3.1 Pandangan Piaget terhadap Perkembangan Moral

Piaget (1932) merupakan pelopor yang telah menggunakan peringkat-

peringkat moral dalam perkembangan kognitif. Dasen dan Heron (1984)

Page 22: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

54

mengatakan yang teori perkembangan kognitif Piaget bukanlah suatu teori

psikologi tetapi ialah satu pandangan epistemologi, iaitu suatu falsafah

pengetahuan (Philosophy of Knowledge) yang diperoleh melalui pemerhatian

terperinci yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai tahap

umur dan perkembangan. Walau bagaimanapun, melalui kaedah ini, Piaget telah

berjaya mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak-kanak

yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi kesemua

budaya dan masyarakat (Mahmood Nazar, 1992).

Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif

kanak-kanak yakni dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia

berfikir dan memahami. Dengan melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau

cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimana

mereka memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti menunjukkan

kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman

sosial. Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan

kognitif iaitu tahap deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan

tahap operasi formal.

Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama

adalah tahap pramoral. Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri

sahaja dan mengutamakan pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu

peringkat heteronomous, kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada

orang lain. Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa

serta berupaya menerima peraturan. Kanak-kanak juga berupaya membuat

Page 23: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

55

pertimbangan moral iaitu menentukan baik buruk atau betul salah melakukan

sesuatu perkara. Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira

dalam peringkat ini.

Peringkat yang terakhir pula ialah kemoralan autonomous. Pada peringkat

ini kanak-kanak mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing.

Perasaan hormat pada orang lain juga mula dititikberatkan. Piaget menjelaskan

pada peringkat ini kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah

berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain. Keputusan moral tidak

lagi pada kehendak undang-undang autoritarian tetapi segala aspek boleh

diambil kira. Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut

bertambah, ini meningkatkan keupayaan seseorang menkonseptualisasi dilema

moral (Kurtines & Greif, 1974)

Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan

oleh Kohlberg (1963, 1964, 1969, 1976,1981, 1984). Pada kali ini kajian-kajian

oleh Kohlberg telah mengambil kira semua peringkat umur dari golongan kanak-

kanak sehinggalah golongan dewasa.

2.2.3.2 Pandangan Kohlberg terhadap Perkembangan Moral

Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (1969) telah

memperkembang peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiap

peringkat mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral.

Menurut Walker dan Moran (1991), teori perkembangan kognitif Kohlberg telah

berjaya menarik minat pengkaji menjalankan pelbagai kajian dan penilaian,

Page 24: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

56

kerana Kohlberg menegaskan bahawa teorinya dapat diaplikasikan di serata

dunia. Tambahnya lagi, teori Kohlberg mempamerkan pelbagai kontroversi

memandangkan teorinya berakar umbi kepada falsafah moral di barat serta

ideologi liberal sains sosial. Disebabkan kontroversi ini maka kajian demi kajian

dijalankan bagi menguji teori ini dalam budaya yang berlainan seperti di Papua

New Guinea (Tietjen & Walker, 1985), di negara China (Walker & Moral, 1991),

di Israel (Wainryb, 1995), di Pakistan (Maqsub, 1978) dan di negara-negara lain.

Kajian yang menyentuh tentang penaakulan moral dan perbezaan gender

juga banyak dilakukan seperti oleh Flanagan dan Jackson (1987), Galotti,

Kuzberg dan Farmer (1991), Gilligan (1977,1979,1982a,1982b), Meehan (1984),

Rothbart, Hanley dan Albert (1986) dan ramai pengkaji lagi. Kajian Kohlberg

yang pertama bermula pada tahun 1958 di mana respondennya terdiri daripada

kanak-kanak dan remaja lelaki berusia 10,13 dan 16 tahun daripada keluarga

kelas pertengahan dan kelas rendah dari Bandar Chicago. Beliau kemudiannya

telah menggunakan responden yang terdiri daripada kanak-kanak yang lebih

muda, remaja, lelaki dan perempuan dari beberapa buah bandar di Amerika dan

beberapa negara lain. Kajian secara jangka panjang juga telah dijalankan di

perkampungan dan bandar Turki bagi sekumpulan kanak-kanak lelaki pada usia

yang sama dan kajian secara rentas budaya juga telah dijalankan di Canada,

Britain, Israel, Taiwan, Yucatan, Honduras dan India (Kohlberg, 1986).

Beliau telah menggunakan dilema hipotetikal untuk menentukan peringkat

penaakulan moral. Kohlberg sebenarnya berminat untuk mengetahui penaakulan

moral seseorang di sebalik jawapan yang diberi dan bukannya jawapan ‘ya’ atau

Page 25: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

57

‘tidak’ apabila memberi respons kepada dilema moral yang diberikan. Tumpuan

utama Kohlberg ialah penaakulan moral. Lawrence Kohlberg dalam kajian

selama 20 tahun merumuskan terdapat tiga tahap perkembangan moral dan

setiap satu tahap terdapat dua peringkat. Susunan dalam enam peringkat ini

adalah mengikut keupayaan seseorang memberi sebab dan alasan kepada

dilema moral yang diberikan dalam menangani isu moral.

Menurut Colby dan Kolhberg (1987), setiap pertimbangan moral yang

dibuat oleh individu adalah menggambarkan peringkat terkini perkembangan

moral mereka. Pandangan Kohlberg bahawa peringkat baru mengambil alih dan

menggantikan peringkat yang lama semasa perkembangan moral. Apabila

seseorang berada dalam satu-satu peringkat mereka dijangka mempamerkan

satu bentuk pertimbangan moral, manakala apabila seseorang berada dalam

peringkat peralihan, mereka dijangka membuat pertimbangan moral yang

mempamerkan peringkat terkini dan yang lebih tinggi mengikut susunan (Colby &

Kohlberg, 1987).

Teori Perkembangan Kognitif Kohlberg yang menjelaskan mengenai

perkembangan penaakulan moral telah berjaya menarik perhatian pengkaji

barat, memandangkan saranan beliau bahawa teorinya adalah bersifat sejagat

(Walker & Moran, 1991). Bagi menentukan kesejagatan teorinya banyak kajian

telah dijalankan terutama dalam budaya, bahasa dan cara hidup yang berbeza

daripada yang di barat seperti yang dijalankan di Papua New Guinea (Tietjen &

Walker, 1985) dan di Republik China (Walker & Moran, 1991).

Page 26: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

58

Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal

pasti terdapatnya tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada

dua peringkat. Kajiannya meliputi mereka daripada pelbagai peringkat umur,

latar belakang budaya dan sosioekonomi yang memberi sebab dan alasan

kepada dilema moral dalam peringkat-peringkat yang bersifat hierarki, berurutan

dan invarian (Snarey, 1985). Menurut Kohlberg (1976), enam peringkat moral

yang telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap

prakonvensional (peringkat 1 dan 2), tahap konvensional (peringkat 3 dan 4),

dan tahap pascakonvensional (peringkat 5 dan 6). Menurutnya peringkat yang

lebih tinggi dalam setiap tahap adalah lebih baik dan tersusun dan mampu

menggambarkan perspektif umum setiap tahap tersebut. Menurutnya lagi untuk

memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih baik untuk memahami ketiga-tiga

tahap terlebih dahulu.

Tahap prakonvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak

berusia kurang sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi

golongan dewasa dan remaja yang terlibat dengan jenayah. Tahap

konvensional pula merupakan tahap bagi kebanyakan remaja dan golongan

dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala tahap pascakonvensional pula

paling kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh mereka yang telah

berusia lebih dua puluh tahun.

Kohlberg (1976) telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam

tiga bentuk yang berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan

jangkaan, iaitu:

Page 27: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

59

Tahap l: golongan prakonvensional, di mana undang-undang dan jangkaan

sosial adalah bersifat luaran pada diri seseorang.

Tahap ll: golongan konvensional, di mana diri mereka dikenal pasti menurut

peraturan dan jangkaan terhadap orang lain terutama pihak berkuasa.

Tahap lll: golongan pascakonvensional, golongan ini berupaya membezakan diri

daripada undang-undang dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi

makna pada nilai-nilai dalam bentuk prinsip pilihan sendiri (self-chosen prinsipal).

Jadual 2.0 Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg ______________________________________________________________

Prakonvensional Peringkat 1. Orientasi Hukuman dan Kepatuhan (Might makes right) Peringkat 2. Orientasi Timbal balik (Scratch my back, I’ll scratch yours) ________________________________________________________________ Konvensional Peringkat 3. Orientasi Persetujuan Antara Individu (Good boy, nice girl approval) Peringkat 4. Orientasi Undang-undang dan Peraturan

(Fixed rules, right behavior consists in doing one’s duty)

________________________________________________________________ Pascakonvensional Peringkat 5. Orientasi Kontrak Sosial

(Standards critically examined and agreed upon by whole society)

Peringkat 6. Orientasi Prinsip Etika Sejagat (Universal justice, equality) ________________________________________________________________ Dipetik daripada Traviss, 1985.

Peringkat-peringkat perkembangan seperti di atas pada dasarnya tidak

menunjukkan kandungan sebenar yakni kepercayaan tertentu mahupun

Page 28: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

60

pendapat dalam pertimbangan moral tetapi merujuk kepada struktur ataupun

bentuk (form) penaakulan yang mempamerkan corak pemikiran (Kohlberg, 1986,

Colby & Kohlberg, 1987). Dalam menentukan peringkat-peringkat dan orientasi

penaakulan moral, soalan-soalan berbentuk menyiasat akan diberikan bagi

mencungkil penaakulan moral pelajar-pelajar. Soalan-soalan berbentuk

penyiasatan ini pula dibahagikan kepada tiga jenis iaitu soalan berkaitan dengan

dilema. Soalan yang ditanya adalah untuk mendapatkan pertimbangan ‘ya’ atau

‘tidak’ dalam dilema, contoh soalan “Patutkah Heinz mencuri ubat tersebut?

Kedua, soalan berpusat kepada isu di mana soalan yang ditanya untuk

mencungkil penaakulan moral peserta kajian mengenai isu yang dipilih, contoh

soalan, “Adalah salah dari segi undang-undang bila Heinz mencuri, tetapi

adakah perlakuan itu salah dari segi moral? dan ketiga, soalan umum mengenai

nilai sesuatu isu yang dikemukakan. Soalan-soalan yang ditanya bertujuan

menentukan tindakan yang akan diambil apabila memberi respons kepada

dilema-dilema moral berbentuk hipotetikal serta dilema sebenar yang diimbas

oleh pelajar.

Berdasarkan kepada tindakan pilihan yang dipilih oleh pelajar maka

alasan ke atas tindakan perlu dijelaskan, dengan ini, pengkaji perlu mengenal

pasti penaakulan moral seseorang pelajar berdasarkan kepada alasan yang

diberikan terhadap pemilihan tindakan yang dilakukan. Banyak kajian telah

dijalankan bagi menentukan penaakulan moral seseorang individu berdasarkan

vignet dilema hipotetikal oleh Kohlberg dan disokong hampir selama 2 dekad

dengan kajian intensif secara longitudinal, cross sectional serta merentas

Page 29: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

61

budaya (Blasi, 1980; Gibbs & Widaman, 1982; Rest, 1986b; Snarey, 1985).

Kesejagatan peringkat-peringkat penaakulan moral juga telah dibuktikan dengan

beberapa kajian tempatan di negara kita (Jeevajothi, 1997; Loganathan, 1995;

Azian, 1990; Chandrasegaran, 1979).

Kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini juga telah membuktikan

perkembangan penaakulan moral berlaku seiring dengan peningkatan usia

seseorang. Namun begitu, kadar perkembangan moral individu mungkin berbeza

dari satu negara dengan negara yang lain kerana dipengaruhi oleh budaya

bangsa di negara tersebut (Snarey, 1985). Hal ini demikiaan kerana dua orang

individu yang membesar dalam dua persekitaran yang berbeza berkembang

dengan corak pemikiran yang berbeza (Bandura, 1986; Kohlberg & Candee,

1984; Maqsud, 1980).

Menurut Kohlberg, peringkat-peringkat perkembangan moral mempunyai

beberapa ciri, iaitu:

a) peringkat yang bersifat “hierarchial intergrations”. Ini bermakna apabila

seseorang individu didapati berada disatu peringkat yang lebih tinggi, ia telah

pun melalui peringkat-peringkat moral yang lebih rendah. Seseorang individu

akan menggunakan peringkat yang lebih tinggi apabila membuat sesuatu

keputusan.

b) Peringkat yang bersifat “structured wholes” kerana peringkat ini

merupakan sistem pemikiran yang berterusan. Cara seseorang menganalisis

dan menginterpretasikan data serta membuat keputusan mengenai masalah

Page 30: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

62

sosial dan peribadi merupakan perkara yang sangat penting dalam

perkembangan menyeluruh seseorang itu.

c) Urutan dalam peringkat-peringkat itu adalah tidak varian. Ini bermakna

dalam keadaan normal, pergerakan dalam peringkat penaakulan moral selalunya

adalah ke depan dan tidak pernah undur. Individu juga tidak akan melompat ke

peringkat yang lebih tinggi tanpa melalui susunan sepatutnya.

Kesimpulannya, Piaget dan Kohlberg berjaya menjelaskan bahawa

perkembangan moral bukan sahaja melibatkan usaha memupuk nilai-nilai murni

sebaliknya perkembangan moral melibatkan proses transformasi struktur kognitif.

Keberkesanannya bergantung kepada kematangan intelek dan bagaimana

seseorang berupaya menyesuaikan diri dengan persekitarannya (Duska &

Whelan, 1975).

2.2.3.3 Kritikan Gilligan terhadap Teori Perkembangan Moral

Gilligan (1977,1982) merupakan orang pertama yang telah mencabar

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Beliau menyatakan bahawa keadilan

bukanlah satu-satunya orientasi yang terkandung di dalam dilema moral. Beliau

mendakwa terdapat dua orientasi asas iaitu orientasi keprihatinan dan orientasi

keadilan. Orientasi ini juga dikatakan berkaitan dengan jantina seseorang yang

menjawab dilema moral. Kedua-dua orientasi ini mempamerkan cara yang

berbeza apabila membincangkan soal perhubungan manusia di dunia, cara

berbeza menerangkan masalah moral, cara berbeza dalam memahami masalah-

masalah ini, dan strategi berbeza apabila menyelesaikan dilema ini (Day &

Page 31: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

63

Tappan, 1996; Lefton, 2000). Memandangkan Kohlberg tidak mengambil kira

golongan perempuan dalam kajian asalnya, maka Gilligan (1977,1982) telah

mempertikaikan Teori Kohlberg yang dilihat berat sebelah terhadap golongan

perempuan. Sebagai contoh, dalam bidang perkembangan moral apabila skala

Kohlberg digunakan untuk mengukur perkembangan moral orang perempuan di

dapati “....sifat paling utama yang mengatakan kebaikan wanita iaitu sifat

keprihatinan dan sensitif terhadap keperluan orang lain adalah sifat-sifat yang

juga dikenal pasti menunjukkan perkembangan moral yang rendah (Gilligan,

1982).

Gilligan (1977) yang telah menjalankan beberapa kajian dengan melihat

kepada alasan yang diberi oleh responden perempuan apabila menjawab dilema

moral. Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama 29 wanita, mengenai

keputusan untuk mengekalkan atau menggugurkan kandungan, Gilligan berjaya

menunjukkan perkembangan moral yang berdasarkan pemahaman dan

penaakulan moral golongan perempuan berdasarkan dilema tersebut.

Perkembangan moral tersebut dilihat dari tiga tahap iaitu: a) Orientasi

Penghidupan Individu (Orientation to Individual Survival) (b) Kebaikan sebagai

Pengorbanan Diri (Goodness as Self-Sacrifice), dan c) Kemoralan tanpa

keganasan (The Morality of Nonviolence)

Tahap 1: Orientasi Penghidupan Individu

Peringkat pertama mempamerkan sikap mementingkan diri atau melindungi diri

sendiri. Menurut Brabeck (1983) dan Belknap (2000), pada tahap ini, “Diri

Page 32: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

64

sendiri adalah objek yang paling penting. Kelangsungan diri diberi keutamaan

terutama apabila seseorang itu membuat pertimbangan moral ketika diri

menghadapi konflik”. Pada peringkat ini didapati golongan perempuan cuba

untuk berjaya tanpa memikirkan pihak lain. Perhubungan didapati tidak menepati

kehendak sekiranya tiada sebarang ganjaran diberikan. Kepentingan diri

merupakan tunjang utama dan mereka hanya mengambil berat mengenai

keinginan diri sendiri. Pada peringkat ini golongan perempuan tidak mengambil

kira akibat atau keinginan untuk bertanggungjawab terhadap tindakan yang

mereka ambil (Gilligan, 1977).

Peralihan daripada peringkat pertama kepada peringkat kedua

diklasifikasikan kepada peralihan sikap mementingkan diri sendiri kepada sikap

lebih bertanggungjawab. Peringkat ini mula meneroka rasa tanggungjawab

terhadap tindakan yang diambil. Golongan perempuan mula mengaitkan

tindakan yang diambil dengan perasaan orang lain dan bersikap tanggungjawab

terhadap diri sendiri. Konflik mula dilihat apabila ingin membuat keputusan iaitu

antara apa yang ingin dilakukan dan apakah tindakan yang bertanggungjawab.

Dalam peralihan ini, menurut Gilligan (1977) ”..seseorang perempuan akan mula

dibelenggu oleh perasan bersalah yang terhasil akibat percanggahan antara

kehendak dan tanggungjawabnya”. Golongan perempuan mula memikirkan

bahawa bukan hanya perasaannya sahaja yang terlibat, maka ini mendorong

kepada keazaman untuk melihat orang lain juga bahagia dengan tindakannya.

Sekiranya seseorang itu tidak mampu membuat seseorang bahagia dengan

Page 33: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

65

tindakannya maka dia harus mampu menanggung rasa bersalah akibat

perbuatannya.

Tahap 2: Kebaikan sebagai Pengorbanan Diri

Pada tahap ini, “Pertimbangan moral dihasilkan daripada norma dan

persetujuan sosial” (Barbeck, 1983). Golongan perempuan lebih berhati-hati

dengan persekitarannya. Pemerhatian terhadap orang lain dan mencontohi apa-

apa yang dilakukan oleh mereka agar sesuai dengan kehendak masyarakat.

Menurut Gilligan (1977) pada peringkat ini suara sebenar golongan perempuan

dapat difahami atau dilihat dengan jelas. Pada peringkat ini golongan

perempuan mula memahami peranan mereka terhadap orang lain. Mereka mula

mengenali diri dan mampu mengambil peranan sebagai pelindung kepada yang

lain. Mereka mampu melindungi orang lain dengan mengorbankan pandangan

diri sendiri. Terdapat sedikit kekeliruan mengenai apa yang betul, tambahan jika

tindakan yang ingin diambil akan melukakan orang lain. Di sini mereka akan

berkorban demi kebahagiaan pihak lain.

Pada peringkat peralihan, iaitu peringkat daripada kebaikan kepada

kebenaran (from goodness to truth), dipenuhi dengan penelitian perasaan di

mana seseorang perempuan itu akan berulang kali mendefinisikan perkara yang

dilihat sebagai mementingkan diri sendiri dan perkara yang dilihat sebagai

tanggungjawab. Pada peringkat ini mereka akan menilai kehendak dan

pandangan mereka sebagai sangat penting. Mereka mampu mencari keselarian

antara tanggungjawab pada diri sendiri dan juga pada orang lain. Di sini

golongan perempuan memahami bahawa rasa prihatin terhadap orang lain tidak

Page 34: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

66

semestinya menyakitkan hati diri sendiri (Gilligan, 1977). Keinginan sebenar

untuk bertindak dan memberi alasan menjadi sangat penting berbanding sikap

yang hanya ingin menunjukkan baik terhadap orang lain seperti peringkat tiga

Kohlberg (1969) iaitu peringkat orientasi persetujuan antara individu.

Dalam peringkat transisi ini, keupayaan golongan perempuan untuk

menilai keinginannya menjadi penting di mana mereka akan mula mengenali

setiap kesalahan dan juga sifat mementingkan diri dalam hubungan dengan

orang lain. Pada peringkat ini keputusan yang dilakukan adalah berbeza.

Walaupun seseorang perempuan itu berkelakuan seperti di peringkat satu

namun penaakulan di sebalik tindakannya adalah berbeza. Menurut Gilligan

(1977), “seseorang perempuan akan mengenal pasti pendapat diri sendiri dan

menilai pendapat tersebut dari sudut dalaman dan luaran. Ini bertujuan untuk

menentukan sebarang kesan yang mungkin terjadi akibat reaksi ke atas pilihan

yang ada”.

Tahap 3: Kemoralan tanpa keganasan

Peringkat terakhir ini menunjukkan ”Keprihatinan merupakan keinginan

sejagat...dengan kesedaran bahawa sikap melukakan perasaan orang lain perlu

diatasi” (Brabeck, 1983). Pandangan ini dikenal pasti melalui keupayaan

golongan perempuan untuk mengenali pilihan-pilihan dalam objektif terakhirnya,

mengambil berat tentang diri dan orang lain. Mereka melihat sesuatu dilema

secara logik dan mengambil tindakan berdasarkan kesedaran bahawa perasaan

sedih harus dikurangkan bagi mereka yang terlibat. Ketiga-tiga tahap ini terhasil

Page 35: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

67

berdasarkan temu bual yang telah dilakukan oleh Gilligan dengan menggunakan

dilema sebenar.

2.3 Penggunaan Dilema Moral Dalam Kajian Penaakulan Moral

Jenis dilema moral yang digunakan dalam kajian penaakulan moral

dipercayai memberi kesan kepada corak penaakulan moral dan orientasi moral

seseorang individu. Menurut Walker et al., (1987), perbezaan orientasi moral

boleh dirujuk kepada jenis dilema moral yang digunakan, tidak dinafikan jenis

dan pilihan dilema yang berbeza berkemungkinan mempengaruhi orientasi moral

seseorang individu. Namun begitu, pengalaman sosial lelaki dan perempuan

yang berbeza dalam kehidupan harian akan menunjukkan dilema moral yang

cuba dikaitkan.

Menurut penyataan di atas, boleh dikatakan orientasi moral bergantung

kepada jenis dilema yang dibincangkan oleh peserta kajian. Bagaimanapun

pengalaman sosial yang dilalui oleh orang lelaki dan perempuan adalah berbeza

dalam kehidupan harian dan ini berkemungkinan mempengaruhi jenis-jenis

dilema yang dibincangkan. Kajian penaakulan moral sebelum ini telah

menggunakan dua jenis vignet dilema. Vignet-vignet tersebut ialah vignet dilema

sebenar (real-life dilemma) dan vignet dilema hipotetikal. Vignet dilema sebenar,

merujuk kepada konflik yang dialami sendiri oleh peserta kajian. Vignet dilema

hipotetikal pula terdiri daripada vignet dilema hipotetikal klasik dan vignet dilema

hipotetikal praktikal. Vignet dilema hipotetikal klasik digunakan oleh Kohlberg

dalam MJI (Moral Judgment Interview), manakala vignet dilema hipotetikal

Page 36: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

68

praktikal pula terdiri daripada isu-isu yang sering dialami oleh manusia dalam

kehidupan seharian (Chang, 1998; Leming, 1978).

2.3.1 Dilema Sebenar

Haviv dan Leman (2002) dan Baumrind (1978) menjelaskan cara yang

lebih sesuai membentuk vignet dilema moral adalah dengan memberi fokus ke

atas situasi sosial yang melibatkan individu. Menurutnya cara ini bukan sahaja

berupaya mendedahkan masalah-masalah moral yang dihadapi individu tetapi

juga dikatakan berupaya meningkatkan lagi penaakulan moral individu. Dilema

dalam situasi moral yang melibatkan individu inilah dikenali sebagai dilema

sebenar.

Dilema sebenar merupakan konflik hidup yang benar-benar dialami oleh

seseorang individu. Penggunaan dilema sebenar memerlukan seseorang

membincangkan dilema yang pernah dialami oleh mereka. Penggunaan dilema

sebenar dalam kajian penaakulan moral mula berkembang sejurus saranan

Gilligan (1982) bahawa ianya berupaya mempamerkan orientasi moral

seseorang. Satu rumusan penting yang dibuat menunjukkan penggunaan dilema

sebenar didapati lebih realistik dalam memahami perspektif moral peserta

kajian. Penggunaan dilema sebenar perlu kerana setiap individu berbeza antara

satu sama lain dalam cara mereka menginterpretasikan masalah moral

(Vishalache, 2002; Gilligan & Attanucci, 1988).

Menerusi kajian-kajian yang dijalankan oleh Gilligan dan Attanucci

(1988), Gilligan dan Belensky (1980), Lyon (1983), Gilligan (1982) dengan

Page 37: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

69

menggunakan dilema sebenar sama ada untuk menentukan peringkat

penaakulan moral mahupun orientasi moral, berjaya mempamerkan orientasi

moral seseorang. Selain itu, perbandingan penaakulan moral antara jantina

dengan menggunakan dilema hipotetikal Kohlberg dan dilema sebenar juga

telah dijalankan (Walker, de Vries, Trevethan, 1987).

Dapatan kajian oleh Walker dan Moran (1991), serta Wark dan Kreb

(1996) menunjukkan terdapat orientasi yang berbeza di antara jantina apabila

menggunakan dua jenis dilema yang berbeza. Jenis dilema yang digunakan

dalam sesuatu kajian telah membuktikan kepentingannya dan merupakan faktor

utama dalam kajian orientasi moral dan juga kajian penaakulan moral amnya.

Kandungan dilema dilihat bukan sahaja mempengaruhi pertimbangan moral

tetapi metodologi pemilihan dilema juga dilihat sangat menarik dalam kajian

yang menentukan orientasi moral (Haviv & Leman, 2002).

Walaupun sesetengah kajian menggunakan dilema sebenar tetapi konflik

di dalam dilema telah diutarakan oleh pengkaji sendiri. Namun kebelakangan ini

kajian yang menggunakan kaedah ‘self-report’ telah mengambil kira konflik yang

dialami dan ditimbulkan oleh peserta kajian. Kajian seumpama ini telah

dilakukan oleh Vishalache (2002) terhadap 16 orang pelajar tingkatan empat

yang mengambil matapelajaran Pendidikan Moral. Kaedah ‘self-report’ yang

dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik telah berjaya mengumpul

sebanyak 80 masalah pelbagai jenis.

Kajian-kajian yang menggunakan dilema sebenar juga telah

menggunakan konflik peribadi (personal) di mana keputusan perlu dilakukan oleh

Page 38: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

70

diri sendiri. Selain itu, konflik bukan peribadi (impersonal) juga diambil kira di

mana konflik ini tiada kena mengena dengan diri sendiri atau orang-orang yang

rapat dengan diri, yang secara tidak langsung tidak memaksa peserta membuat

keputusan tetapi cuma memikirkan perkara-perkara penting yang perlu

dilakukan. Kajian seperti ini telah dilakukan oleh Wark dan Krebs (1996, 1997).

Apa yang menarik, kajian tersebut berjaya mengenal pasti dilema yang

berkaitan dengan dilema philosopikal iaitu isu yang berkaitan dengan isu sejagat

seperti hak wanita, konflik antarabangsa, pengguguran dan sebagainya.

Perbincangan mengenai dilema sebenar menunjukkan selain daripada

dilema yang menggunakan konflik peribadi dan konflik bukan peribadi seperti di

atas, terdapat juga jenis dilema antisosial, ianya melibatkan “sikap membabitkan

diri dengan pencabulan ke atas undang-undang, peraturan mahupun

kesaksamaan, mempengaruhi seseorang demi keinginan dan keperluan

peribadi, melibatkan kekejaman peraturan dan undang-undang, berkelakuan

tidak jujur, tidak bermoral, atau tidak berlaku adil” (Wark & Krebs, 1997).

Dilema prososial juga telah dikenal pasti, perkataan prososial membawa

maksud dilema yang melibatkan “perhubungan antara dua atau lebih individu

yang membuat tuntutan yang tidak selaras dengan kehendak diri mereka, yang

akhirnya mungkin memberi implikasi kepada perhubungan mereka, ia juga

menimbulkan perasaan sama ada perlu atau tidak memikul tanggungjawab

apabila membantu seseorang yang penting kepada mereka”. (Wark & Kreb,

1997).

Page 39: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

71

Sarjana barat seperti Wark dan Krebs (1996) dan Kreb et al., (1991) telah

membandingkan peringkat-peringkat penaakulan moral antara dilema hipotetikal

dan dilema sebenar dan mendapati dilema sebenar menunjukkan penaakulan

yang lebih rendah berbanding dilema hipotetikal.

2.3.2 Dilema Hipotetikal

Dilema hipotetikal ialah cerita pendek yang mengandungi dilema moral.

Ianya terdiri daripada dilema hipotetikal klasik, dan juga dilema hipotetikal

praktikal. Dilema hipotetikal klasik telah direka dan dibina oleh Kohlberg (1963)

bagi mencungkil penaakulan moral peringkat tertinggi seseorang individu. Vignet

dilema hipotetikal ini terdiri daripada sembilan dilema yang terkandung dalam

borang A, B dan C ‘Moral Judgment Interview’. Tujuan Kohlberg membina

dilema ini adalah untuk mencungkil keupayaan individu membuat pertimbangan

moral.

Dilema hipotetikal klasik ini diiringi oleh soalan terbuka yang memerlukan

seseorang memberi tindakan pilihan dan alasan kepada tindakan bagi

menentukan peringkat perkembangan moral seseorang. Menurut Kohlberg

(1984), isu-isu yang diketengahkan dalam dilema ini adalah bersifat sejagat dan

berupaya mempamerkan nilai-nilai moral universal. Terdapat soalan-soalan

terbuka yang seragam berbentuk ‘probing’ yang bertujuan menyiasat respons

yang diberi oleh peserta kajian di sebalik setiap soalan yang diutarakan.

Terdapat 12 soalan yang digunakan bagi menentukan tindakan pilihan dan

orientasi moral setiap peserta kajian. Menurut Colby dan Kohlberg (1987), bukan

Page 40: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

72

semua soalan perlu dijawab oleh peserta kajian sekiranya orientasi moral

peserta kajian telah berjaya ditentukan oleh pengkaji atau pengkaji menghadapi

kesuntukan masa. Sistem pengukuran yang dibina oleh Kohlberg adalah

berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh responden apabila memberi

tindakan kepada dilema-dilema.

Penggunaan vignet dilema hipotetikal klasik kemudiannya telah dikritik.

Menurut Gilligan (1982a) adalah sukar bagi manusia menentukan secara tepat

tindakan yang perlu diutamakan, kerana orientasi moral seseorang individu

adalah berbeza, ini bergantung kepada isi cerita dan konteks dilema tersebut.

Gilligan menambah, perbincangan dilema sebenar adalah cara yang terbaik bagi

seseorang itu menyuarakan isi hatinya. Bantahan terhadap penggunaan dilema

hipotetikal ini juga dilakukan oleh beberapa pengkaji seperti Wark dan Krebs

(1996); Krebs, Vermeulan, Denton dan Carpendale (1994); Pratt, Golding,

Hunter dan Sampson (1988); dan Walker, de Vries dan Trevethan (1987) yang

menjelaskan penggunaan dilema hipotetikal seperti yang digunakan oleh

Kohlberg, tidak mempamerkan penaakulan moral sebenar seseorang individu.

Menurut mereka penggunaan dilema berbentuk hipotetikal menyebabkan

individu tidak mempamerkan penaakulan moral yang sebenarnya. Hal ini

demikian kerana fokus terhadap isu dalam dilema ini adalah tidak relevan dan

tidak pernah dialami oleh individu. Kesannya, akan mengurangkan identifikasi

dan penglibatan emosi (Walker, de Vries & Trevethan, 1987; Gilligan, 1982;

Baumrind, 1978).

Page 41: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

73

Selain daripada dilema hipotetikal klasik, dilema hipotetikal

praktikal juga pertama kalinya telah diperkenalkan oleh Leming (1978). Dilema

yang diutarakan oleh Leming ini menyentuh isu yang dialami oleh manusia

dalam kehidupan harian. Tujuan Leming menggunakan dilema hipotetikal

praktikal ini adalah kerana menurut pandangannya isu-isu yang dikemukakan

dalam dilema hipotetikal klasik Kohlberg jarang dialami oleh manusia. Maka ini

mampu mengurangkan keupayaan membuat penaakulan moral kerana individu

tidak terlibat dengan dilema moral ini. Dilema hipotetikal praktikal ini

bagaimanapun telah digunakan oleh Leming hanya untuk menentukan peringkat

penaakulan moral. Beliau menghadapi kesukaran untuk menentukan peringkat

penaakulan moral kerana peringkat-peringkat penaakulan moral yang ingin

ditentukan telah berpandukan sistem pengukuran yang ditetapkan oleh Kohlberg.

Sistem pengukuran yang telah ditetapkan oleh Kohlberg ini didapati tidak

sesuai dengan dilema moral praktikal kerana isu-isu yang dikemukakan dalam

kedua-dua dilema ini adalah berbeza. Chang (1998) juga telah menggunakan

dilema praktikal dalam kajiannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat yang

mengambil matapelajaran Pendidikan Moral. Kajian menunjukkan peserta

kajian lebih mengutamakan orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi

keprihatinan apabila memberi respons kepada dilema hipotetikal praktikal.

Satu lagi dilema hipotetikal yang pernah digunakan ialah dilema

hipotetikal yang menggunakan cerita rakyat terutama yang melibatkan karakter

binatang untuk menentukan orientasi moral. Kajian ini telah dijalankan oleh

Page 42: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

74

Johnston (1988) dan mendapati remaja lelaki lebih mirip kepada orientasi

keadilan berbanding remaja perempuan.

Memandangkan terdapat beberapa jenis dilema yang boleh digunakan

dalam mengkaji orientasi moral peserta maka kesesuaian dilema perlu

ditentukan. Kajian ini telah menggunakan dilema sebenar berikutan saranan

pengkaji sebelum ini bahawa dilema sebenar berupaya mencungkil keupayaan

penaakulan moral individu (Gilligan,1977,1982). Tambahan pula, peserta kajian

akan menggunakan masalah sebenar yang melibatkan diri mereka sendiri dan

bukannya masalah pihak ketiga. Dilema sebenar ini dijangka mampu mencungkil

dan mengenal pasti orientasi moral peserta.

2.4 Perbezaan Jantina dan Dilema Sebenar

Kajian perkembangan moral pada peringkat awal telah menggunakan

dilema hipotetikal untuk menentukan peringkat penaakulan moral seseorang itu.

Penggunaan dilema ini adalah untuk membolehkan seseorang memberi respons

tanpa pengaruh prakonsepsi. Bagaimanapun, terdapat andaian di mana

penggunaan dilema yang tidak bersesuaian dengan dilema diri sendiri

menyebabkan seseorang tidak berjaya melibatkan diri dan emosi dalam

penyelesaian dilema tersebut (Walker, 1987). Dalam masa yang lain, teori

Gilligan (1977,1982) telah melibatkan perbincangan dilema sebenar yang dialami

oleh ibu mengandung. Isu pengguguran kandungan yang dibincangkan telah

menghasilkan penemuan baru. Memandangkan jenis-jenis dilema yang berbeza

Page 43: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

75

berupaya mencungkil penaakulan yang berbeza antara jantina maka kajian

lanjutan perlu dilakukan.

Kajian lepas menunjukkan terdapat peralihan dalam penggunaan dilema

hipotetikal kepada dilema sebenar apabila membincangkan dilema moral

seseorang (Gilligan & Attanucci, 1988). Gilligan mengatakan, dilema hipotetikal

sesuai digunakan bagi tujuan penambahbaikan prinsip keadilan dan juga untuk

pengukuran kesaksamaan serta timbalbalik. Bagaimanapun, usaha pemurniaan

dilema dari segi kontekstualnya telah memberi pemahaman tentang sebab dan

akibat yang akhirnya mengaitkan kesabaran dan tolak ansur dalam membezakan

pertimbangan moral (Gilligan, 1982).

Sehubungan dengan itu, isu perbezaan jantina dalam perkembangan

moral telah lama dijalankan tetapi kebanyakan kajian tersebut ingin melihat

sekiranya wujud sebarang perbezaan dalam peringkat perkembangan moral

berbanding orientasi moral. Apabila orientasi moral mula diuji didapati dapatan

kajian adalah berbeza-beza antara pengkaji. Terdapat kajian yang

menunjukkan terdapat perbezaan jantina (Lyon, 1983) dan ada yang tidak

menunjukkan perbezaan jantina (Pratt, Golding & Hunter, 1984; Walker et al.,

1987). Perbezaan ini lebih ketara dalam kalangan orang dewasa apabila

membincangkan dilema sebenar (Gilligan & Attanucci, 1988; Rothbart, Hanley &

Albert, 1986; Walker, 1984; Walker, 1989; Walker & et al., 1987). Lyon (1983)

mendapati, secara keseluruhannya perempuan telah menggunakan orientasi

keprihatinan (75%) berbanding lelaki yang lebih berorientasi keadilan (79%)

Page 44: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

76

apabila membincangkan dilema sebenar. Perbezaan ini juga ada kaitannya

dengan jenis dilema sebenar yang dibincangkan (Pratt et al.,1984).

Kajian-kajian dalam orientasi moral menunjukkan perbezaan jantina

hanya wujud di kalangan individu dewasa apabila menggunakan dilema sebenar

(Walker, 1989; Walker et al., 1987). Kajian dalam orientasi moral tidak

menjumpai sebarang perbezaan jantina dalam kalangan kanak-kanak apabila

menggunakan dilema hipotetikal. Perbezaan jantina cuma didapati dalam

kalangan dewasa apabila menggunakan dilema sebenar (Walker, 1980; Walker

et al., 1987). Menurut Walker (1987), kebanyakan orang tidak menggunakan

satu orientasi sahaja, dan orang dewasa lebih menggunakan kombinasi orientasi

apabila memberi respons kepada dilema moral sebenar. Namun menurutnya,

dilema hipotetikal lebih berjaya mencungkil orientasi keadilan manakala

penggunaan dilema sebenar lebih berupaya mencungkil orientasi keprihatinan.

Apabila dilema sebenar diterokai, didapati kandungan dilema memberikan

kesan kepada orientasi moral seseorang mengikut jantina (Pratt et al., 1984).

Didapati dilema sebenar yang berkisar kepada soal perhubungan lebih

meningkatkan penggunaan orientasi keprihatinan berbanding dilema sebenar

yang tidak berkaitan dengan perhubungan diri dan orang lain (Pratt et al., 1984;

Walker, 1989; Walker et al., 1987). Didapati juga jenis dilema yang berkaitan

dengan soal perhubungan sosial ini didominasi secara keseluruhannya oleh

golongan perempuan (Pratt, Golding, Hunter & Sampson, 1988).

Page 45: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

77

2.5 Orientasi Moral dalam Penaakulan Moral

Orientasi moral ialah perkara yang kurang dititikberatkan oleh Kohlberg

dalam kajiannya mengenai perkembangan moral seseorang. Orientasi moral

adalah kecenderungan seseorang menyelesaikan dilema moral dari sudut etika

keprihatinan atau etika keadilan (Liddell, 1990). Secara mudah, etika

keprihatinan memberi fokus kepada perhubungan antara seseorang (Gilligan,

1993), manakala etika keadilan memberi fokus kepada peraturan serta prinsip

(Kohlberg, 1984). Walker & Moran (1991) menjelaskan bahawa orientasi moral

mewakili ‘kerangka kerja atau perspektif global untuk menyusun dan memahami

domain moral, yang secara konsepnya bebas daripada peringkat penaakulan

moral. Ia berkait dengan kandungan berbanding struktur penaakulan individu dan

dalam erti kata lain mampu memberi perspektif tambahan ke atas perkembangan

moral yang mungkin berguna untuk menjelaskan kepelbagaian merentas

budaya’. Bagaimanapun, terdapat kajian-kajian lepas menyokong fakta yang

menunjukkan lelaki dan perempuan menggunakan kedua-dua jenis orientasi

dalam penaakulan moral mereka (Gilligan & Attanucci, 1988; Liddell, 1990).

Kedua-dua orientasi yang dinyatakan didapati sama pentingnya, kajian

juga mendapati apabila dilema moral digunakan, kebanyakan individu akan

memberikan fokus kepada salah satu orientasi dan bukan kepada kedua-

duanya. Kohlberg (1976,1984) menjelaskan di bawah prinsip keadilan terdapat

empat orientasi moral yang dikenal pasti apabila seseorang memberi respons

kepada dilema moral. Orientasi-orientasi tersebut adalah orientasi normatif yakni

bersifat saksama serta adil menurut peraturan dan peranan normatif. Orientasi

Page 46: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

78

utilitarian yakni memaksimumkan kebajikan dan kebahagiaan terhadap setiap

orang, orientasi ini sendiri terbahagi kepada dua iaitu utilitarian egoistik iaitu

tindakan yang diambil sering mengingatkan akibatnya pada diri sendiri.

Manakala, utilitarian sosial menyentuh tindakan yang diambil sering

mengenangkan kesan pada kumpulan. Orientasi kesempurnaan (perfectionistic

orientation) pula mencari keharmonian, maruah, autonomi atau intergriti untuk

diri dan kumpulan sosial dan orientasi kesaksamaan (fairness orientation), yakni

mengimbangi perspektif, menitikberatkan soal kebebasan, keadilan serta

kesaksamaan, mengekalkan keadilan dan kesaksamaan serta kontrak sosial.

Orientasi ini telah ditentukan dengan mengumpulkan alasan dan sebab

yang diberikan oleh subjek apabila memberi respons kepada dilema hipotetikal.

Kohlberg dalam usahanya mengukur peringkat penaakulan moral telah

menyenaraikan 17 respons atau elemen yang diberi oleh individu yang mana

ianya merangkumi kesemua pertimbangan moral. Kesemua elemen yang dikenal

pasti ini digunakan dalam proses menentukan pertimbangan moral (Colby et al.,

1987). Kesemua 17 alasan atau respons yang telah dikenal pasti oleh Kohlberg

dikumpulkan dalam empat orientasi moral seperti di bawah.

Orientasi Normatif:

1. Menurut perintah/berunding dengan individu atau tuhan. Patut menurut

perintah dan mendapatkan kebenaran (patut berunding, pujuk)

2. Menyalahkan/menyetujui. Patut dipersalah, tidak dipersetujui (patut

disetujui)

Page 47: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

79

3. Balasan bentuk hukuman /buktikan tidak bersalah

4. Ada hak/tiada hak

5. Ada tugas/tiada tugas.

Orientasi Utilitarian:

6. Reputasi baik/reputasi tidak baik

7. Mencari ganjaran/mengelak hukuman

8. Akibat perbuatan baik/akibat perbuatan jahat

9. Akibat kumpulan berkelakuan baik/akibat kumpulan berkelakuan jahat.

Orientasi Kesempurnaan (Perfectionistic Orientation):

10. Menjaga kelakuan

11. Menjaga kehormatan diri

12. Berkhidmat demi keharmonian atau keadaan sosial yang ideal

13. Berkhidmat untuk maruah dan autonomi.

Orientasi Kesaksamaan (Fairness Orientation):

14. Mengimbangi perspektif atau mengambil peranan

15. Timbal balik atau pengabaian secara positif

16. Mengekalkan kesaksamaan

17. Mengekalkan kontrak sosial atau persetujuan bersama.

Kohlberg dalam teorinya menjelaskan bahawa prinsip keadilan mendasari

keempat-empat orientasi secara lebih eksplisit dan digunakan terus dalam

orientasi kesaksamaan. Gilligan (1982) mempersoalkan bahawa kerana terlalu

memfokuskan prinsip keadilan sebagai orientasi asas dalam penaakulan moral,

Page 48: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

80

sistem tersebut gagal mengambil kira kepentingan aspek kemoralan yang

disebutnya sebagai keprihatinan dan perhubungan antara manusia. Gilligan

(1982,1993) menyatakan terdapat dua orientasi sahaja yang menunjukkan

penaakulan moral seseorang. Orientasi tersebut adalah orientasi keadilan dan

orientasi keprihatinan. Menurutnya, orientasi keprihatinan menyentuh keunikan

individu, situasi serta orientasi ini mementingkan perhubungan, kasih sayang

serta pertalian individu dalam sesuatu dilema. Manakala orientasi keadilan lebih

mementingkan kebenaran, peraturan serta keadilan.

Colby dan Kohlberg (1987) bersetuju dengan pandangan Gilligan (1982)

bahawa dilema yang digunakan dalam ‘Standard Moral Judgment Interview’

mempamerkan konflik mengenai kebenaran, tetapi pertimbangan sebenar yang

dilakukan oleh peserta kajian mungkin berfokus pada kasih sayang atau

mengambil berat terhadap orang lain, pada komitmen diri, rasa simpati dan

memahami, kesedaran mengenai kemanusiaan dan juga mengenai peraturan,

tanggungjawab serta kebenaran. Komitmen seumpama ini meliputi setiap

manusia.

Beberapa kajian telah dijalankan sebelum ini untuk menentukan sama

ada terdapat sebarang pertalian antara dakwaan Gilligan dan Kohlberg dalam

model mereka (Walker, 1986). Dapatan kajian menunjukkan orientasi

keprihatinan adalah gabungan orientasi utilitarian dan orientasi kesempurnaan

manakala orientasi keadilan adalah gabungan orientasi normatif dan orientasi

kesaksamaan. Walau bagaimanapun Colby dan Kohlberg (1987), menegaskan

orientasi yang ditegaskan oleh Gilligan pada dasarnya telah digambarkan dalam

Page 49: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

81

teori Kohlberg. Menurut mereka orientasi utilitarian dan orientasi kesempurnaan

dipamerkan dalam orientasi keprihatinan manakala orientasi normatif dan

kesaksamaan dipamerkan dalam orientasi keadilan.

Walker (1986) menyatakan walaupun orientasi keprihatinan dan orientasi

keadilan ini tidak serupa, namun terdapat keselarian dari segi tema atau tajuk.

Walker (1986a) telah menjalankan kajian untuk melihat kebenaran dakwaan

Gilligan bahawa orang lelaki memberikan respons berdasarkan orientasi normatif

atau orientasi kesaksamaan. Hal ini demikian disebabkan mereka lebih

memfokuskan kepada kebenaran, tugas dan keadilan. Manakala orang

perempuan pula memberikan respons berdasarkan orientasi utilitarian atau

orientasi kesempurnaan memandangkan mereka lebih memfokuskan kepada

perhubungan, kebajikan serta kasih sayang. Kajiannya gagal membuktikan

terdapat sebarang perbezaan jantina dalam orientasi. Kajian oleh Lyon (1983)

terhadap 30 individu antara umur 8 hingga 60 tahun dengan membincangkan

dilema sebenar mendapati 75% sampel perempuan memilih orientasi

keprihatinan manakala 79% sampel lelaki cenderung kepada orientasi keadilan.

Kohlberg (1969,1976) jelas menegaskan aspek keadilan merupakan asas

konsep kemoralan. Bagaimanapun, Gilligan (1982) menegaskan dilema

hipotetikal bersifat abstrak, ini menyebabkan peserta kajian mengambil kira

pertimbangan ‘right’ atau keadilan, manakala dilema sebenar disebabkan bersifat

‘contextualized nature’ akan mencungkil pertimbangan keprihatinan

‘response/care’ seseorang peserta kajian.

Page 50: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

82

Berdasarkan kepada dilema sebenar yang dialami oleh manusia, Gilligan

(1982) juga telah membina Teori Perkembangan Moral yang terbahagi kepada

tiga tahap iaitu peringkat pertama, keprihatinan pada diri. Peringkat kedua,

keprihatinan pada yang lain-lain dan peringkat ketiga, gabungan antara

keprihatinan pada diri sendiri dan keprihatinan pada yang lain. Orientasi keadilan

dan orientasi keprihatinan (Gilligan, 1982; Gilligan & Attanucci, 1988)

membayangkan dua cara yang berbeza dalam mana manusia membayangkan,

memikirkan dan menerangkan masalah moral. Perbezaan ini menghasilkan

perbezaan dalam dimensi perhubungan manusia. Ini menimbulkan dan

membangkitkan kesedaran moral. Kemoralan berdasarkan keadilan memberi

perhatian kepada masalah ketidaksamaan dan penindasan dengan menegakkan

prinsip keadilan seperti kesaksamaan, adil dan timbal balik serta hak individu.

Dalam orientasi keadilan masalah moral ditafsirkan sebagai isu yang

berkonflik antara individu. Masalah moral ini terpisah atau objektif dalam

hubungannya dengan orang lain dan penyelesaian bagi masalah ini adalah

dengan merujuk kepada peraturan-peraturan yang tidak berat sebelah. Orientasi

keprihatinan memberi fokus kepada masalah yang tidak mendapat perhatian,

seterusnya memberi perhatian serta mengambil berat kepada yang memerlukan.

Masalah moral ditafsirkan sebagai isu perhubungan, atau isu kebenaran dan

diselesaikan melalui aktiviti keprihatinan. Walaupun pengkaji-pengkaji teori telah

memberi sorotan perbezaan antara Teori Perkembangan Moral Kohlberg dan

Gilligan (Gilligan, 1982; Gilligan & Attanucci, 1988; Lyon, 1983; Lyon, 1989)

Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang sama bahawa perbezaan

Page 51: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

83

dalam penaakulan moral terhasil disebabkan terdapat perbezaan sifat dalaman

antara manusia.

Kedua-dua ahli teori ini mengharapkan pertimbangan moral konsisten

antara manusia dan merentas dilema. Kohlberg (1984) menjelaskan bahawa

kematangan moral terhasil daripada dalaman seseorang individu itu, struktur

kognitif secara keseluruhannya yang menerangkan peringkat-peringkat

perkembangan moral. Gilligan (1982) mendakwa bahawa orientasi keadilan dan

orientasi keprihatinan adalah dua kerangka dan perspektif yang tersendiri di

mana individu menunjukkan konsistensi dalam memahami dan mengatur isu-isu

moral.

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan yang mempercayai bahawa

pandangan individu sama ada menyebelahi atau tidak sesuatu isu moral itu

memberi kesan terhadap penaakulan moral. Ini berlaku sama ada pada orang

lelaki mahupun orang perempuan (Carpendale & Krebs, 1995). Hal ini demikian

kerana kebanyakan manusia tidak menunjukkan pilihan yang serupa serta

konsisten untuk satu orientasi moral merentas dilema moral yang berbeza-beza.

Perbezaan individu dan perbezaan jantina dalam orientasi moral adalah

signifikan apabila kandungan masalah moral dikawal (Wark & Kreb, 1996;

Walker, 1989,1991; Walker, De Vries & Thevethan 1987).

Sebelum ini telah dijelaskan bahawa, sebab serta alasan yang diberikan

oleh peserta kajian apabila memberi respons kepada dilema sebenar boleh

dikategorikan. Kajian lepas menunjukkan terdapat tiga cara yang paling kerap

digunakan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini untuk menentukan Orientasi

Page 52: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

84

Moral, iaitu kategori yang dicadangkan oleh Lyon (1983), Rest (1986) serta

Colby dan Kohlberg (1987). Tiga cara yang telah digunakan ialah pertama,

Lyons Coding Scheme (Lyons, 1982), kedua, Rest’s Defining Issues Test (Rest,

1986) yang telah disemak semula, dan ketiga, Moral Judgment Interview (MJI)

oleh Kohlberg (Colby & Kohlberg, 1987).

Lyons Coding Scheme (Lyons, 1982) menggunakan kaedah ‘content

analysis’ bagi mengenal pasti lima kategori yang merangkumi pertimbangan

keadilan dan pertimbangan keprihatinan. Pertimbangan-pertimbangan yang

diambil kira, sebagai contoh adalah unit analisis yang diberi maksud “setiap idea

yang dikemukakan oleh peserta, membincangkan masalah moral” (Gilligan &

Attanucci, 1988). Lyon telah memperkembang skim ini hasil daripada kajian

yang dilakukan secara sistematik bagi mengenalpasti orientasi moral responden.

Kajian yang telah dijalankan adalah berdasarkan teori Gilligan (1977,1982).

Lyon telah menemu bual 36 peserta kajian, di mana setiap peserta kajian di

minta untuk menceritakan dilema sebenar yang sedang dialami oleh mereka.

Data yang diperoleh daripada temu bual tersebut menghasilkan dua cara

mengambil kira isu moral seperti yang dicadangkan oleh Gilligan iaitu kemoralan

keadilan dan kemoralan keprihatinan.

Rest’s Defining Issues Test (Rest, 1986), adalah ujian ‘paper-and-pencil’

yang memerlukan peserta kajian mengambil kira pertimbangan keprihatinan dan

pertimbangan keadilan dalam memberi respons kepada dilema hipotetikal.

Dilema yang telah digunakan ialah ‘Heizn Dilemma’ dan ‘Escaped Prisoner

Dilemma’. Ujian ini adalah lebih mudah berbanding ujian yang dijalankan oleh

Page 53: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

85

Lyon kerana mudah ditadbir dan ditentukan skor. Bagaimanapun, kajian yang

menggunakan ujian ini gagal menunjukkan perbezaan jantina dalam orientasi

moral (Friedman, Robinson & Friedman, 1987; Pratt & Royer, 1982).

Cara ketiga mengukur orientasi moral yang telah digunakan adalah

menggunakan Kohlberg Moral Judgment Interview (MJI) dan cara mengukur

yang telah ditetapkan oleh Colby dan Kohlberg (1987). MJI telah meminta

peserta kajian memberi respons kepada beberapa dilema dan soalan-soalan

terbuka telah diberikan. Temu bual itu kemudiannya akan diskorkan dengan

menentukan peringkat penaakulan moral dan juga menentukan ‘elemen’ atau

moral orientasi. Kohlberg telah memberikan empat jenis orientasi moral iaitu

normatif, kesaksamaan, utilitarian serta kesempurnaan seperti yang telah

dijelaskan di atas. Kajian-kajian yang telah menggunakan MJI (Moral

Judgement Interview) dan cara pengukurannya sebelum ini telah berjaya

menunjukkan perbezaan jantina yang signifikan dalam orientasi moral seperti

kajian oleh Walker (1986). Namun kaedah ini tidak menggunakan dilema

sebenar dalam menentukan orientasi moral peserta kajian. Soalan terbuka juga

memerlukan masa yang panjang untuk ditadbirkan.

Gilligan (1986) menegaskan kebanyakan manusia memfokuskan kepada

satu orientasi sahaja. Bagaimanapun, Colby dan Kohlberg (1987)

mengkategorikan empat jenis orientasi manakala Lyon (1983) dengan dua jenis

orientasi moral iaitu keadilan dan keprihatinan. Kajian oleh Gilligan dan Attanucci

(1988) mendapati terdapat gabungan orientasi dalam alasan yang diberi oleh

peserta kajian apabila menjawab dilema. Skim Lyon (1983) kemudiannya telah

Page 54: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

86

di kembangkan kepada lima jenis orientasi iaitu keadilan sahaja, fokus kepada

keadilan, kombinasi keadilan dan keprihatinan, keprihatinan sahaja dan fokus

kepada keprihatinan.

Walker, de Vries dan Trevethan (1987) pula dalam kajian mereka telah

menghasilkan tiga kategori bagi menunjukkan orientasi moral. Orientasi tersebut

adalah keadilan, keprihatinan dan gabungan antara orientasi keprihatinan dan

orientasi keadilan. Eisenberg (1991), Menutti dan Creamer (1987), Yeh dan

Creamers (1987) pula menunjukkan kehadiran orientasi kendiri yang menjurus

kepada pertimbangan mengenai diri sendiri. Chang (1998) dalam kajiannya

untuk melihat orientasi moral pelajar-pelajar berusia 16 tahun di Malaysia

mendapati empat jenis orientasi telah digunakan iaitu orientasi keadilan,

orientasi keprihatinan, orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi gabungan.

Orientasi gabungan digunakan bagi respons yang menunjukkan kombinasi

antara dua atau lebih jenis orientasi dalam penaakulan moral. Manakala

orientasi pertimbangan kendiri pula adalah orientasi yang memberi fokus kepada

harapan, keperluan-keperluan dan hormat kendiri.

2.6 Perbezaan Jantina dalam Orientasi Moral

Teori perkembangan moral oleh Kohlberg (1969, 1976, 1981) dikritik

kerana dikatakan berat sebelah atau ‘bias’ terhadap golongan wanita (Gilligan,

1977, 1982a; Haan, 1977; Holstein, 1976). Hal ini berlaku disebabkan terdapat

kajian-kajian yang dijalankan dengan menggunakan dilema sebenar (real-life

dilemma) telah meletakkan wanita pada peringkat yang lebih tinggi berbanding

Page 55: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

87

dengan dilema hipotetikal dalam kajian mereka. Kritikan yang paling

menyemarakkan keadaan dibuat oleh Gilligan (1977, 1979, 1982a, 1982b).

Menurut Gilligan, Teori Kohlberg dan sistem pengukurannya terhadap peringkat

penaakulan moral, kurang sensitif terhadap ciri-ciri golongan wanita. Sifat wanita

yang mengambil berat perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan,

tanggungjawab dan perhubungan telah meletakkan golongan perempuan pada

peringkat yang lebih rendah berbanding dengan golongan lelaki dalam Teori

Kohlberg.

Gilligan (1982a) berpendapat penggunaan skim yang ditetapkan oleh

Kohlberg meletakkan golongan perempuan pada peringkat ketiga sahaja iaitu

pada tahap konvensional dan berkemungkinan besar tidak mampu mencapai

tahap pasca konvensional. Pandangan ini telah disokong oleh Lyon (1983).

Untuk membuktikan kesahihan pendapat Gilligan (1982a, 1982b) dan Lyon

(1983), Walker, de Vries dan Trevethan (1987) telah menggunakan kedua-dua

dilema iaitu dilema hipotetikal serta dilema sebenar untuk melihat peringkat

penaakulan moral serta orientasi moral ke atas 240 peserta kajian yang terdiri

daripada ibu, bapa dan seorang anak. Kajian mendapati, mereka yang berada

pada peringkat penaakulan moral yang lebih tinggi menggunakan kedua-dua

orientasi iaitu keprihatinan dan keadilan.

Kajian yang dilakukan oleh Lyons (1983), Gilligan dan Attanucci (1988),

Stiller dan Forrest (1990) telah mengambil peserta kajian yang terdiri daripada

lelaki dan perempuan. Persampelan dilakukan bagi mengelakkan “bias” jantina.

Lyon (1983) pula dalam kajiannya telah menggunakan dua jenis dilema iaitu

Page 56: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

88

dilema hipotetikal klasik oleh Kohlberg (dilema Heinz) dan juga dilema moral

sebenar dengan orientasi ‘tanggungjawab/keprihatinan’ yang telah dibina oleh

Gilligan dalam kajiannya. Kajian oleh Gilligan dan Attanucci (1988) serta Stiller

dan Forrest (1990) telah menggunakan dilema sebenar bagi mendapatkan

respons pelajar tentang dilema moral. Ketiga-tiga kajian tersebut mendapati

terdapat perbezaan jantina apabila memberi respons kepada dilema moral.

Lyons (1983) serta Stiller & Forest (1990) melaporkan bahawa perempuan

lebih dominan dalam penggunaan orientasi keprihatinan berbanding lelaki

(p<.001). Hampir sama dengan kajian tersebut, Gilligan dan Attanucci (1988)

juga mendapati bahawa perempuan lebih berorientasikan keprihatinan

berbanding lelaki. Bagaimanapun, kedua-dua kajian mendapati kedua jantina,

lelaki dan perempuan menggunakan orientasi keprihatinan juga keadilan apabila

memberi alasan kepada dilema moral. Kajian oleh Pratt et. al., (1988), Walker et.

al., (1987) dan Walker (1989) mempamerkan bahawa orientasi moral peserta

kajian juga bergantung kepada jenis dilema sama ada ‘personal’ atau

‘impersonal’. Personal adalah dilema yang melibatkan hubungan antara peserta

kajian dengan orang yang dikenali seperti keluarga dan rakan-rakan manakala

impersonal adalah dilema yang mengaitkan seorang atau sekumpulan orang

yang tidak mempunyai hubungan dengan peserta kajian.

Apabila peserta kajian ditanya untuk menceritakan dilema diri sendiri,

Pratt et al., (1988) mendapati bahawa 39% lelaki, dan 7% perempuan yang

membincangkan dilema impersonal berorientasikan keadilan. Walker et al.,

(1987) juga mendapati peserta kajian perempuan lebih suka membincangkan

Page 57: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

89

dilema personal manakala peserta kajian lelaki lebih suka membincangkan

dilema impersonal (p<.05). Hasilnya sama seperti kajian Pratt di mana dilema

personal berjaya mencungkil orientasi keprihatinan manakala dilema impersonal

berjaya mencungkil orientasi keadilan (p<.005). Walker (1989) mendapat skor

yang lebih tinggi di mana untuk dilema personal (p<.001).

Hasilnya, ketiga-tiga kajian mendapati perempuan adalah lebih

berorientasikan keprihatinan dan lelaki berorientasikan keadilan apabila

kandungan dilema tidak diambil kira. Dalam erti kata lain jika kandungan dilema

diambil kira maka tiada seorang pengkaji yang berjaya membuktikan terdapat

perbezaan jantina apabila membuat penaakulan moral. Ini bermakna, dilema

personal mempamerkan orientasi keprihatinan bagi kedua jantina dan dilema

impersonal menghasilkan orientasi keadilan. Memandangkan kajian yang

dilakukan oleh Gilligan (1977,1982), Gilligan dan Attanucci (1988), Lyons (1983),

dan Stiller dan Forrest (1990), tidak mengelaskan dilema kepada personal atau

impersonal maka tidak menghairankan jika dikatakan orientasi keprihatinan

dilihat memfokus kepada jantina.

Terdapat beberapa pengkaji mendapati golongan wanita mentafsir dilema

sebenar lebih kepada orientasi keprihatinan berbanding golongan lelaki (Wark &

Krebs, 1996; Gilligan & Attanucci, 1988; Walker, de Vries & Trevethan, 1987;

Ford & Lowery, 1986; Lyons, 1983). Bagaimanapun, masih terdapat pengkaji

yang mendapati tiada terdapat perbezaan jantina dalam orientasi moral (Wark &

Krebs; 2000). Kajian yang telah dijalankan oleh Maqsud (1979) terhadap kanak-

kanak perempuan dan lelaki Muslim Haunsa mendapati terdapat perbezaan

Page 58: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

90

yang signifikan dalam respons yang diberikan apabila menjawab dilema moral.

Menurut Maqsud, hal ini berlaku kerana kanak-kanak perempuan Haunsa adalah

lebih patuh dan bertanggungjawab. Ini berikutan dengan budaya penduduk

Haunsa di mana perempuan diharapkan agar lebih patuh dan bersifat permisif

daripada lelaki. Menurutnya lagi, perbezaan jantina dalam penaakulan moral

adalah bergantung pada peranan lelaki dan perempuan dalam masyarakat.

Perbezaan jantina dalam penaakulan moral juga berkaitan dengan umur

kanak-kanak di mana seseorang tidak dapat melihat perbezaan jantina secara

signifikan dalam penaakulan moral pada awal usia kanak-kanak memandangkan

peranan mereka dalam masyarakat adalah kurang. Namun perbezaan jantina

dalam penaakulan moral menjadi lebih ketara apabila usia seseorang itu

meningkat, memandangkan peranan individu menjadi semakin berbeza pada

usia lewat kanak-kanak dan awal remaja.

Dapatan yang didapati oleh Baumrind (1986) yang mendapati perempuan

yang kurang berpendidikan lebih berorientasikan keadilan berbanding

perempuan yang berpendidikan tinggi. Oleh itu, pemerhatian terhadap

perbezaan jantina dalam pemahaman moral dan tingkah laku mempamerkan

kecenderungan dilema moral yang membezakan perkembangan moral lelaki dan

perempuan (Gilligan & Wiggins, 1987). Gilligan dan Attanucci (1988)

menyatakan ketegangan ini wujud kerana pandangan atau alasan-alasan yang

dikatakan matang dari perspektif keadilan, dilihat sebagai masalah moral dari

perspektif keprihatinan sebaliknya pertimbangan moral yang matang dari

Page 59: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

91

perspektif keprihatinaan pula dikatakan masalah moral dari perspektif keadilan,

ini menyebabkan tiada persefakatan untuk berlaku adil.

Pandangan ini perlu difahami sebagai saling melengkapi antara satu

sama lain. Walaupun golongan lelaki dan perempuan memberi pandangan yang

berbeza terhadap dilema moral, namun mereka tidak menggunakan satu

orientasi sahaja. Kebanyakan mereka akan menggunakan kedua-dua orientasi

apabila membincangkan dilema sebenar. Tetapi kadangkala kekerapan

menggunakan satu-satu orientasi melebihi daripada orientasi yang satu lagi

(Gilligan & Attanucci, 1988).

2.7 Orientasi moral pelajar salah laku dan pelajar tidak salah laku

Kajian dalam bidang penaakulan moral dalam kalangan pelajar salah laku

dan tidak salah laku menyentuh lebih kepada peringkat-peringkat penaakulan

moral atau melihat hubungan antara pemikiran moral dengan tingkah laku moral.

Satu kajian yang melibatkan seramai 60 orang remaja delinkuen pernah

dilakukan, dengan menggunakan Hare’s (1985) Psychopathy Checklist. Kajian

ini bertujuan melihat hubungan antara pemikiran moral dengan tingkah laku

moral. Kajian klasikal oleh Kohlberg (1958) mendapati ada kaitan antara corak

tingkah laku antisosial apabila pelbagai jenis alat pengukuran ketidakmatangan

moral digunakan.

Terdapat juga kajian yang dilakukan memberi fokus kepada usaha yang

dilakukan untuk memperkembang pengetahuan moral golongan salah laku dan

tidak salah laku (Haynie, 2002; Matsuede & Anderson, 1998; Harre, 1983).

Page 60: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

92

Terdapat juga kajian yang menunjukkan terdapat perkaitan antara jenayah atau

tingkah laku delinkuen dengan ketidakmatangan berfikir dalam penaakulan moral

(Warr & Stafford, 2007; Sarich, 2004; Blasi, 1980; Hayes & Walker, 1986;

Jurkovic, 1980; Kohlberg & Candee, 1954). Kajian seumpama ini menunjukkan

remaja mempunyai kematangan yang rendah dalam penaakulan moral

(Hanushek, Kain, Markman & Rivkin, 2003; Haines & Ryan, 1983; Jurkovic &

Prentice, 1974). Hasil yang sama juga diperoleh apabila kajian dilakukan

terhadap golongan yang telah didiagnosis sebagai sosiopathic atau psychopathic

(Moffiltt, 2005; Campagna & Harter, 1975; Jurkovic & Prentice, 1977; Trevethan

& Walker, 1989).

Turiel (1983) dalam kajian-kajiannya pula mendapati bahawa setiap

manusia akan dapat membezakan pengetahuan sosial, moral dan peraturan-

peraturan yang mengikat nilai ini. Turial berjaya mengenal pasti tujuh peringkat

pengetahuan sosial dan mendapati pelajar-pelajar yang sering mengganggu

suasana kelas berada di tangga terendah daripada tujuh peringkat.

Semasa peringkat remaja, terdapat peralihan dalam keupayaan membuat

keputusan yang mana keputusan yang ingin dilakukan sering bergantung kepada

peringkat kognitif seseorang. Peringkat kognitif ini merujuk kepada

perkembangan yang dilalui dan egosentrism (Hirschi & Gottfredson, 2003;

Levine & Linn, 1977). Contohnya pada usia remaja keupayaan remaja adalah

membuat deskripsi serta menerangkan sesuatu fenomena (Gaviria & Raphael,

2001). Sekiranya fenomena ini difahami dan mampu dijelaskan, pengetahuan ini

mungkin mampu digunakan dalam situasi yang sama pada masa depan.

Page 61: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

93

Bagaimanapun, terdapat elemen lain yang juga mampu mempengaruhi

keupayaan seseorang remaja membuat keputusan iaitu pengalaman pada

masa lalu (Levine & Linn, 1977, Linn & Pulos, 1983). Mereka mendapati remaja

menunjukkan kematangan yang lebih pada situasi-situasi yang pernah dilalui.

Didapati apabila remaja diberi satu situasi yang tidak pernah dialami, keputusan

selalunya berat sebelah atau bias. Satu lagi elemen yang mempengaruhi

keupayaan seseorang remaja membuat keputusan adalah jangkaan serta isu

kontekstual (Beaver & Wright, 2005; Levine & Linn, 1977; Juhasz &

Sonnenshein-Schneider, 1980; Linn, Pulos & Gans, 1981; Linn, de Benedictus &

Delucchi, 1982). Gilligan sendiri mencadangkan agar isu kontekstual digunakan

untuk melihat orientasi moral pelajar kerana isu seumpama ini lebih difahami

dan pernah dilalui oleh individu.

Selain itu, perkembangan kognitif juga didapati rendah dalam kalangan

mereka yang delinkuen (Warr & Stafford, 2007). Secara keseluruhannya, remaja

delinkuen mempamerkan keupayaan penaakulan yang lebih rendah daripada

remaja tidak delinkuen (Sarich & Miele, 2004; Hains, 1981; Hains, 1982; Hains,

1985). Keputusan yang dilakukan didapati sering berat sebelah terhadap

informasi, situasi tekanan dan pengaruh egosentrik. Pengkaji-pengkaji sebelum

ini telah menyiasat penaakulan moral dalam kalangan remaja salah laku dalam

kerangka perkembangan moral (Kohlberg, 1969; Jurkovic & Prentice, 1977).

Teori perkembangan moral dan konsep penaakulan moral telah digunakan untuk

menyiasat tingkah laku salah laku remaja (Jurkovic, 1980). Kohlberg (1958)

Page 62: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

94

mengandaikan bahawa penaakulan moral memainkan peranan penting dalam

tingkah laku moral.

Penaakulan moral didapati menyediakan kesepaduan dalam banyak

proses seperti menjawab soalan-soalan, keraguan-keraguan, pertimbangan

serta keputusan yang mampu mengubah tingkah laku moral. Jika dilihat daripada

perspektif ini, tingkah laku moral mampu dilihat sebagai satu kriteria untuk

mengukur penaakulan moral (Nelson, Smith, dan Dodd, 1990). Dengan ini

pengkaji-pengkaji sering membuat hipotesis bahawa penaakulan moral remaja

salah laku adalah kurang matang berbanding remaja tidak salah laku (Moffiltt,

2005; Jurkovic & Prentice, 1977; Kohlberg, 1958).

Kajian meta analisis oleh Nelson, Dodd dan Smirt (1990) telah melibatkan

13 kajian lepas yang menggunakan vignet hipotetikal Kohlberg dan 2 lagi kajian

lepas yang menggunakan vignet dilema sendiri. Kajian ini mengambil kira

kumpulan salah laku yang berusia 11-17 tahun. Dapatan menunjukkan min 0.74

(median=0.79), bermaksud kajian meta analisis ini menyokong pendapat yang

menyatakan peringkat penaakulan moral remaja salah laku adalah rendah

berbanding remaja tidak salah laku.

Kesimpulannya, bab dua ini telah membincangkan tujuh perkara yang

menyentuh tentang isu-isu berkaitan kemoralan, teori-teori perkembangan moral,

orientasi moral dalam penaakulan moral, perbezaan jantina dalam orientasi

moral, perbezaan jantina dan dilema sebenar, penggunaan dilema moral dalam

kajian penaakulan moral, serta orientasi moral pelajar salah laku dan pelajar

tidak salah laku. Kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan mampu memberi

Page 63: 33 BAB DUA SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan Bab ini

95

panduan kepada penyelidikan ini. Terutamanya bagi mengenal pasti orientasi

moral pelajar salah laku dan tidak salah laku dengan mengambil kira faktor

jantina dan jenis dilema sebenar dalam kalangan pelajar tingkatan empat.