laporan kajian-penggunaan-web-2.0

Download Laporan kajian-penggunaan-web-2.0

Post on 20-Feb-2017

327 views

Category:

Education

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIANational University of Malaysia

FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

LAPORAN ANALISIS KAJIAN BERDASARKAN WEB 2.0

PENSYARAH: ENCIK MD YUSOFF BIN DAUDNamaNo. MatrikEmail

NUR SYUHAIDAH BT NOR AZNI A146345nursyuhaidahnorazni@gmail.com

NURSYUHADAH BT ABDUL RAZAK A146368syuhadah510@gmail.com

FATIN ATHIRAH BT SUKRI A146374pensil.kertas.2010@gmail.com

NORADILAH BT AWALLUDIN A146389adyla_awal@yahoo.com.my

ABSTRAKWebsiteadalah halaman informasi yang disediakan melalui jalur internet yang boleh diakses di seluruh dunia selagi ia bersambung dengan jaringan internet. Website merupakan komponen atau kumpulan komponen yang terdiri daripada teks, gambar, suara animasi sehingga lebih merupakan media informasi yang menarik untuk dikunjungi. Secara rawaknya, website boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu website statik, website dinamik dan website interaktif. Istilah web 2.0 amat luas untuk diterangkan namun web 2.0 merupakan sebuah aplikasi web yang melibatkan para pengguna merancang mahupun mengatur sesebuah catatan. Ada juga yang mengatakan web 2.0 lebih kearah sosial network antara pengguna seperti Blog, Facebook, Friendster dan lain-lain. Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai tools atau alatannya yang tersendiri. Menurut Richardson (2009) terdapat pelbagai jenis alatan dalam web 2.0 antaranya adalah Blog, Wiki, Forum Atas Talian (Online Forum),Social Bookmarking,Rangkaian Sosial, Perkongsian Media dan sebagainya. Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi. Kesimpulannya, peranan web dalam dunia pendidikan adalah setiap pengguna internet itu seharusnya terlebih dahulu memahami tentang ciri-ciri web supaya penggunaan web boleh digunakan semaksima mungkin. Banyak sistem pendidikan yang menggunakan web sebagai alat bantu pendidikan untuk memudahkan pengajar dan pelajar sehingga proses pembelajaran dapat dilakukan secara efektif. Dengan itu pembelajaran dapat dilakukan secara dua hala yang melibatkan pengajar dan pelajar menggunakan aplikasi web yang disediakan.

PENGENALANWeb 2.0 telah diperkenalkan oleh OReilly Media pada tahun 2004. Ia dikenali sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsian maklumat secara online. Menurut Tim OReilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai revolusi arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai keberhasilan pada platform baru tersebut.Penggunaanteknologiberasaskan web yang digunakan dalam bidang pendidikan mendorong kepadaanjakan paradigma. Guru bukan sahaja berperanan dalam menyampaikan maklumat tetapi guru juga berperanan sebagai fasilitator merancang strategi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan web. Pelajar tidak lagi berperanan sebagai penerima sahaja tetapi pelajar kini boleh menjadi penyumbang aktif kepada pelbagai maklumat.Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0 yang pada awalnya lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat.Web 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi.

METODOLOGI

Metodologi merupakan aspek penting untuk melakukan kajian. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kaedah pengumpulan yang dijalankan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dari segi soal selidik. Dalam reka bentuk ini, penilaian dilakukan melalui kajian demografi responden iaitu jantina, kelulusan serta keputusan subjek computer atau setara. Seramai 32 orang respondan telah memberi maklum balas melalui soal selidik yang telah dijalankan menerusi google form. Kajian yang dilakukan tidak tertumpu kepada pelajar yang hanya mengambil subjek komputer dalam pendidikan, malah soal selidik ini diedarkan kepada para pelajar disekitar UKM. Hal ini adalah untuk mendapatkan pelbagai maklum balas daripada respondan.

OBJEKTIF

Dalam menjalankan setiap kajian, terdapat beberapa objektiaf kajian yang harus dipatuhi supaya kajian yang dijalankan mencapai matlamatnya. Antara objekti bagi kajian yang dijalankan adalah:1. Mengenal pasti berapa ramai pengguna yang mengetahui tentang web 2.0.2. Mengenal pasti samaada pengguna sering menggunakan web 2.0 untuk mencari maklumat.3. Mengenal pasti adakah pengguna menggunakan web 2.0 untuk berkongsi maklumat dengan pengguna lain di laman social.4. Mengenal pasti adakah web 2.0 merupakan sumber rujukam utama pengguna dalam proses pembelajaran.5. Mengenal pasti adakah pengguna berminat menggunakan bahan yang terdapat dalam web 2.0 untuk tujuan pembelajaran.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan melalui soal selidik tentang pengetahuan rakan-rakan mengenai web 2.0, bahagian ini membincangkan tentang analisa data dan memaparkan hasil penilaian.

DEMOGRAFI RESPONDENUntuk mengkaji persepsi rakan-rakan, seramai 32 orang telah memberi maklum balas yang terdiri daripada kalangan pelajar UKM. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, kelulusan serta keputusan subjek komputer atau setara yang disediakan dalam bentuk rajah seperti dibawah.

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 32 responden, seramai 24 orang (75%) adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala bakinya sebanyak 8 orang(25%) adalah responden lelaki. Memandangkan kajian dijalankan melalui atas talian, bilangan responden jantina tidak dapat disamaratakan. Oleh itu, kajian ini banyak memihak kepada responden perempuan.

Berdasarkan hasil kajian, daripada 32 orang reponden yang menjawab soal selidik ini, seramai 17 orang(53.1%) adalah terdiri daripada pelajar yang berkelulusan daripada Matrikulasi. Manakala responden yang berkelulusan Diploma atau setara adalah seramai 10 orang (31.3%) diikuti dengan 2 orang (6.3%) bilangan pelajar yang berkelulusan STPM. Selebihnya bagi pelajar berkelulusan STAM dan lain-lain kelulusan adalah sebanyak seorang (3.1%) masing-masing.

Melalui hasil kajian bagi keputusan subjek komputer atau setara, daripada 32 orang responden, sebanyak 20 orang (62.5%) memperoleh gred A. Manakala seramai 7 orang (21.9%) mendapat gred B. Bagi gred D pula hanya seorang (3.1%) sahaja yang memperolehinya. Selebihnya adalah seramai 4 orang (12.5%) tidah pernah mengambil subjek berkaitan.

SOAL SELIDIK

Bagi kaji selidik mengenai pengetahuan mereka tentang web 2.0, seramai 22 orang (68.8%) telah mengetahui tentang penggunaan web 2.0, manakala sebanyak 9 orang (28.1%) tidak pasti mengenai penggunaan web 2.0. Hanya seorang (3.1%) sahaja yang tidak tahu mengenai web 2.0. Majoritinya para pelajar telah mengetahui tentang web 2.0.

Berdasarkan soalan mengenai akaun sosial media yang dimiliki oleh para responden, sebanyak 29 orang (90.%) telah memiliki akaun persendirian masing-masing manakala seramai 3 orang (9.4%) tidak pasti adakah mereka mempunyai akaun media sosial ataupun tidak.

Untuk soalan seterusnya adalah mengenai aplikasi yang mana seperti dinyatakan merupakan aplikasi web 2.0. Majoriti pelajar iaitu sebanyak 28 orang (87.5%) memilih aplikasi Facebook, diikuti 20 orang (62.5%) memilih aplikasi Instagram, 19 orang (59.4%) bagi aplikasi Twitter serta aplikasi Blog dipilih oleh 17 orang (53.1%). Ada diantara responden yang memilih television yang mengaplikasikan web 2.0 iaitu sebanyak seorang(3.1%) manakala 10 orang (31.3%) telah memilih Scribd dan Flickr.

Bagi persoalan yang seterusnya iaitu penggunaan web 2.0 dalam pencarian maklumat, seramai 24 orang (74%) mengakui penyataan ini dan mereka menggunakan web 2.0 sebagai sumber untuk mencari maklumat. Manakala bagi 6 orang (18.8%) respondan mengatakan tidak menggunakan web 2.0 sebagai pencarian maklumat dan selebihnya tidak pasti tentang penggunaan maklumat web 2.0.

Soalan seterusnya adalah mengenai kekerapan penggunaan media sosial atau internet dalam kehidupan seharian. Seramai 23 orang (71.9%) respondan menggunakan internet pada setiap hari, diikuti oleh 6 orang (18.8%) menggunakan sosial media hanya pada satu hingga dua hari sahaja dalam masa seminggu. Manakala 2 orang (6.3%) melayari internet atau menggunakan sosial media lima ke enam hari seminggu. Majoriti pelajar menggunakan internet setiap hari kerana tuntutan sebagai pelajar untuk menyiapkan tugasan dan mengadakan perbincangan secara atas talian.

Berdasarkan soalan yang diajukan iaitu tentang penggunaan web 2.0 dalam segi pendidikan pada m

Recommended

View more >