1.pengenalan semantik

2
BMM3112 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu 1.0 Pengenalan Semantik ialah bidang yang mengkaji makna. Malangnya istilah makna meliputi berbagai aspek bahasa dan para pengkaji bahasa sendiri saling tidak sefahaman mengenai maksud makna serta pendekatan yang harus digunakan untuk menjelaskan tentang makna. Perkataan semantik dikatakan berasal daripada perkataan Greek ‘sema’ yang bererti "tanda" (sign). ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya kata itu menerbitkan kata ‘semaine’ yang bermaksud ‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau menganalisis makna. Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson&Katz semantik ialah “as the study of meaning in natural language”. Perkataan semantik telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis bernama Michel Breal pada tahun 1883 dalam makalah beliau yang bertaju “Les Lois Intellectuellesdu Langage”. Dalam makalah ini, Breal telah member tanggapan bahawa semantik mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logic dan hubungan makna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16). Semantik:teori makna atau teori erti (Verhaar,1983). 1

Upload: hapizah-haron

Post on 17-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Semantik

TRANSCRIPT

Page 1: 1.pengenalan semantik

BMM3112 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu

1.0 Pengenalan

Semantik ialah bidang yang mengkaji makna. Malangnya istilah makna meliputi

berbagai aspek bahasa dan para pengkaji bahasa sendiri saling tidak sefahaman mengenai

maksud makna serta pendekatan yang harus digunakan untuk menjelaskan tentang makna.

Perkataan semantik dikatakan berasal daripada perkataan Greek ‘sema’ yang bererti

"tanda" (sign). ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya kata itu menerbitkan kata ‘semaine’

yang bermaksud ‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang

ilmu yang mengkaji atau menganalisis makna. Semantik ialah istilah yang merujuk kepada

kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik

juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik

yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson&Katz semantik ialah “as the study of meaning in

natural language”.

Perkataan semantik telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis bernama

Michel Breal pada tahun 1883 dalam makalah beliau yang bertaju “Les Lois Intellectuellesdu

Langage”. Dalam makalah ini, Breal telah member tanggapan bahawa semantik mempunyai

kedudukan tersendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang

perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logic dan hubungan makna dengan

psikologi. (Aminuddin,1985:16). Semantik:teori makna atau teori erti (Verhaar,1983).

Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrifkan bahawa semantik sebagai satu

kajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik. (Semanticsis, generally defined, the study of

meaning of linguistic expressions.) Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja

mengkaji makna sesuatu perkataan, frasa, ayat tetapi turut mencari bagaimana untuk

menerangkan makna sesuatu perkataan, frasa,ayat.

Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan ujaran

linguistic yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, homonim dan

hiponim. Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan rujukan, syarat

benar dan analisis wacana. Ilmu semantik mempunyai beberapa tahap perkembangan. Tahap

permulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik

linguistik.

1