169850489 topik 13
DESCRIPTION
keusahawananTRANSCRIPT
1
TAJUK 13
KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL
KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL
Definisi usahawan dan perniagaan kecil
Konsep usahawan bersepadu
Keusahawan dan perniagan kecil
Sumbangan perniagaan kecil
Manfaat memiliki perniagaan sendiri
Masalah dan kekangan perniagaan kecil
Rujukan
Abu Bakar Hamed (2005) m/s 1-20
DEFINISI USAHAWAN DAN PERNIAGAAN KECIL
Perkataan usahawan bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Ia mula diperkenalkan
dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Pada masa dahulu mereka
yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai pedagang atau saudagar
manakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga.
Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris „entrepreneur‟.
yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.
Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada
perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-
1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan
sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara
besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-
besaran.
2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli
perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal,
buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran
barangannya.
3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang
inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.
4. Webster‟s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang
yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan
menanggung risiko sesuatu perniagaan.
5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan
dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.
Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang
2
mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan
mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli
perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga
adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak
keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan.
Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan serta pertumbuhan
perniagaan.untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan
dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.
PERKEMBANGAN ILMU KEUSAHAWANAN
Pada peringkat awal peringkat awal perkembangan ilmu keusahawanan ia lebih tertumpu
kepada pendekatan ekonomi sebagai punca keusahawanan. Setelah berlaku perkembangan
ilmu maka konsep keusahawanan juga berkembang merangkumi perspektif psikologi dan
perspektif sosiologi
Perspektif ekonomi:
orang yang dapat membangunkan negara dengan pembangunan fizikal
mewujudkan peluang pekerjaan
berupaya mewujudkan proses pertukaran
membuat inovasi terhadap produk
Perspektif psikologi
Berorentasikan pencapaian
Mempunyai kawalan dalam yang tinggi
Mengambil risiko sederhana
Inginkan kebebasan
Kemahiran mengorganisasi
Perspektif Sosiologi
Persepsi Mempengaruhi- budaya masyarakat, keluarga, rakan
Persepsi memudahkan- sokongan, demonstrasi, peluang
Tarikah positif - rakan kongsi, mentor, pelabur , pelanggan
Tolakan positif- bapa, ibu, kerjaya, pendidikan, pengalaman
Aktiviti keusahawanan- pengumpulan sumber, pengurusan organisasi, autonomi
KONSEP USAHAWAN BERSEPADU
Usahawan seharusnya mempunyai tiga kriteria utama untuk membolehkan perniagaan
mereka berkembang secara berterusan iaitu,
1. Sikap dan nilai diri yang positif,
Nilai yang baik perlu digilap dan dibangunkan seperti berdisiplin, bertenaga, kerja kuat,
dedikasi, tabah, bersemangat, berkeyakinan, bertanggungjaab, kreatif, amanah, berfikuran
terbuka, berani, bebas,, kesungguhan, keazaman, berpandangan jauh, praktikal, sabar, syukur
dan lain-lain
2. Pengetahuan dan ilmu perniagaan
3
Usahawan sekurang-kurangnya memiliki pengetahuan asas ilmu pengurusan perniagaan
iaitu ilmu dalam bidang pengurusan, pemasaran, dan kewangan. Pelbagai ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan perniagaan yang perlu dikuasai adalah seperti Pengurusan Organisasi,
Pengurusan sumber Manusia, Ilmu Kemasyrakatan, Pemasaran, Kewangan, Perakaunan,
Perniagaan antara bangsa, Gelagat Manusia, Operasi dan Pengeluaran, Kawalan Kualiti,
Ekonomi, Bahasa, Undang-undang, Budaya dan Sejarah, Komputer, Agama dan Etika,
Pemikiran san Kreativiti, Psikologi dan lain-lain
3. Kemahiran keusahawanan
Kemahiran-kemahiran ini mungkin berkaitan dengan perkara yang teknikal, pengurusan
atau kemanusiaan. Antaranya adalah seperti kemahiran; Membuat atau Mengeluarkan
Produk, Hubungan Pekerja, Motivasi, Perundingan, Mempengaruhi dan Meyakinkan orang lain,
Memimpin, Hubungan dengan pelanggan, Menjual dan Memasar, Merekod Kewangan,
Jaringan Usahawan, Membuat Keputusan, Menyelesaikan Masalah, Menangani Konflik,
Komputer, Berfikir dan mencipta, Merancang, Memantau dan mengawal dan laikn-lain
KEUSAHAWAN DAN PERNIAGAAN KECIL
USAHAWAN PENIAGA
i. Merekacipta dan mengeluarkan
barang baru
ii. Melibatkan diri dalam pembelian
dan/ atau pemprosesan barang
dan penjualan barang atau
perkhidmatan
iii. Bermatlamat keuntungan dan
pertumbuhan
iv. Tujuan utama mendapat
keuntungan
v. Mementingkan pertumbuhan yang
cepat dan pulangan yang tinggi
vi. Pertumbuhan perniagaan adalah
lambat dan perlahan
vii. Menampakan ciri-ciri usahaan yang
jelas dan menonjol
viii. Mereka memiliki ciri-ciri usahawan
tetapi ciri-ciri tersebut kurang
terserlah pada mereka
ix. Biasanya dominan dalam bidang
yang diceburi
x. Tidak dominan dalam bidang yang
diceburinya
xi. Mempraktikan amalan baru dan
inovatif
xii. Tidak inovatif ddan kreatif
SUMBANGAN USAHAWAN DAN PERNIAGAAN KECIL
1. Menggalakan inovasi dan penciptaan teknologi
2. Mewujud dan mengekal keharmonian masyarakat
3. Membantu mengekal daya saing syarikat besar
4. Menyediakan pengalaman kepada pekerja
5. Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat
6. Memberi sumbangan kepada ekonomi negara
MANFAAT MEMILIKKI PERNIAGAAN SENDIRI
1. Ganjaran Kewangan
2. Kebebasan dan dapat mencorak masa depan
3. Kepuasan cara hidup
4. Berupaya menggunakan kebolehan dan keupayaan
4
5. Berupaya memberi sumbangan kepada masyarakat
MASALAH DAN KEKANGAN PERNIAGAAN KECIL
Masalah
1. Kekurangan modal
2. Mesin dan peralatan
3. Jaringan perniagaan
4. Masalah simpan kira
5. Pasaran
6. Tenaga kerja
7. Bahan mentah
8. Kepakaran teknikal
9. Pengurusan am
Kekangan
1. Pendapatan tidak menentu
2. Risiko terhadap modal yang dilaburkan
3. Jangka masa kerja yang panjang dan kerja kuat
4. Suasana hidup yang tidak teratur terutama pada peringkat awal perniagaan
5. Tanggungjawab keseluruhan terhadap perniagaan
6. Risiko minda dan psikologi
7. Risiko sosial
Sebab-sebag kegagalan perniagaan
1. Melibatkan diri dalam perniagaan yang mereka tidak berkemahiran
2. Kurang ilmu pengurusan dan pengalaman perniagaan
3. Tidak bersungguh-sungguhn dan tabah dalam menjalankan perniagaan
4. Kurang memehami keseluruhan aktiviti perniagaan
5. Tidak mempunyai rekod atau catatan urusniaga
6. Tidak mengemaskini rekod perniagaan
7. Kawalan kewangan yang lemah
8. Kurang jaringan perniagaan dan maklumat berhubung dengan pelanggan dan
pasaran
9. Lokasi perniagan yang tidak sesuai
Cara mengelakan kegagalan
1. Mengetahui perniagaan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci
2. Berusaha menyediakan rancangan sendiri setiap tahun
3. Pastikan urusniatga direkodkan
4. Memahami pasaran dan tabiat pelanggan
5. Bezakan perniagaan agar ia menunjukkan sesuatu yang lebih baik
6. Mengurus kerja dan pekerja dengan cekap
7. Jadilah orang yang bermaklumat tentang perniagaan
8. Luaskan jaringan perniagaan
9. Tambahkan ilmu pengetahuan
10. Sejahterakan fizikal, mental dan kerohanian
5
LATIHAN
1. Manakah antara berikut berkaitan dengan konsep sosiologi dalam bidang keusahawanan ?
A. Orang yang mempunyai ciri-ciri kawalan dalaman yang tinggi
B. Orang yang mempunyai jaringan perniagaan yang kuat antara ahli.
C. Orang yang berupaya membuat pembaharuan terhadap produk dan proses
perniagaan
D. Orang yang dapat mewjudkan peluang pekerjaan dan membangunkan negara
dengan pembangunan fizikal
2. Apakah ciri-ciri umum perniagaan kecil?
I. Diuruskan secara perseorangan
II. Mempunyai nilai aset yang tinggi
III. Dikendalikan dalam kawasan tempatan
V. Memerlukan bantuan daripada agensi kerajaan
V. Diuruskan oleh pihak profesional yang dibayar gaji
A. I, II, dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja.
C. II, III dan V sahaja
D. III, IV dan V sahaja
3. Mengendalikan perniagaan memang menghadapi banyak kerumitan.
Masalah manakah yang paling sukar untuk dihadapai oleh peniaga- peniaga kecil.
(A) mengemas kini rekod perniagaan
(B) mengatasi pesaing-pesaing untuk menembusi pasaran..
(C) menggunakan segala sumber untuk menghasilkan keluaran
(D) mendapat keuntungan yang maksimum daripada perniagaan
4. Apakah langkah yang boleh diambil oleh seorang usahawan yang menghadapi
masalah modal kerja yang negatif?
(A) Beli aset secara tunai
(B) Menjual stok secara tunai..
(C) Memohon overdraf daripada bank
(D) Menambahkan belian stok secara kredit
6
5. Konsep keusahawanan dilihat dari pelbagai perspektif seperti ekonomi, psikologi dan
sosiologi.
a. Huraikan perbezaan konsep keusahawanan dari ketiga-tiga perspektif tersebut.
b. “Usahawan yang ingin berjaya memerlukan ciri-ciri khusus untuk mencapai
kejayaan”
Bincangkan pernyataan di atas dalam konteks usahawan bersepadu.
6. a. Keusahawanan dikaitkan dengan kejayaan perniagaan baru.
Huraikan lima ciri keusahawanan yang perlu dipunyai oleh usahawan untuk
meningkatkan perniagaan mereka.
b. Keusahawan menggalakkan perniagaan dari rumah.
Bincangkan dua isu yang memberi implikasi terhadap kehidupan berkeluarga
akibat menjalankan perniagaan dirumah.
7. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan.
KUALA LUMPUR 9 Mac - Kerajaan hari ini memperkenalkan Tabung Pembangunan Kemahiran 1Malaysia khusus untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bertujuan meningkatkan kemahiran dalam sektor pekerjaan. Menteri Sumber manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, tabung berjumlah RM2 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Katanya,, ia bertujuan memberi latihan dan kemahiran dalam aspek kreativiti dan inovasi kepada 500 pekerja yang berdaftar di bawah PSMB. "Skim itu juga berperanan menggalakkan PKS menghantar para pekerjanya mengikuti latihan atau program kemahiran bagi menambah pendapatan masing-masing sekaligus pendapatan negara. "Dana tersebut terbuka untuk semua PKS dan siapa yang cepat akan mendapat tempat, jika boleh kita mahu semua pekerja sektor ini menyertai program di bawah tabung kemahiran itu," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Tabung 1Malaysia dan Seminar Penggalak Latihan untuk PKS di Wisma PERKESO di sini hari ini.
Utusan Malaysia 10 Mac 2010
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk R. Segarajah dan Pengerusi Lembaga Pengarah PSMB, Hasnah Ismail.
Utusan Malaysia, 10 Mac 2010
7
(a) Dari petikan di atas didapati peranan perniagaan kecil adalah penting kepada
pembangunan ekonomi negara.
Apakah sumbangan-sumbangan yang boleh diberikan oleh perniagaan kecil?
(b) Latihan dan program kemahiran sangat penting diikuti oleh peniaga kecil untuk
mengelakan dari kegagalan. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang boleh
menyebabkan seseorang usahawn gagal dalam bidang yang diceburinya?
8. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan.
(a) Dari petikan di atas jelaskan konsep usahawan
(b) Pada pendapat anda apakah sumbangan yang dapat diberikan oleh
peniaga R & R kepada masyarakat.
Singkir peniaga R & R ‘Ali Baba’
Syarikat konsesi lebuh raya akan menarik balik lesen peniaga di kawasan rehat
dan rawat (R & R) yang didapati „mengalibabakan‟ perniagaan mereka kepada
warga asing. Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata
peniagaan di kawasan itu perlu diuruskan oleh pemilik yang berdaftar dan
mereka tidak boleh menyerahkan perniagaan itu kepada warga asing
“Jika kita mendapati ada peniaga R&R yang menyerahkan perniagaan
mereka untuk diurus oleh warga asing, maka lesen itu akan ditarik balik dan
kekosongan itu akan diisi oleh mereka yang lebih layak”
Beliau berkata peniaga di R & R perlu merebut peluang perniagaan yang
diberikan kepada mereka kerana permohonan adalah tinggi.
Beliau pada masa yang sama meminta syarikat konsesi lebuh raya mengambil
tindakan tegas untuk memastikan tiada peniaga mengambil untung berlebihan.
“PLUS akan terus komited untuk memastikan perjalanan orang ramai dan
pengguna lebuh raya selamat, selesa dan efisien pada setiap masa,” katanya.
(Petikan Utusan Malaysia 19 Mac 2009)