166652066 analisis cerpen dr aspek sintaksis

18
Pengenalan Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus- rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan 1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. 2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat. 2.1. Subjek Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru dan pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai perkara yang diceritakan. 2.1.1.Binaan Subjek Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur seperti kata nama, kata ganti nama, kata

Upload: shearer-alans

Post on 25-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

dd

TRANSCRIPT

Page 1: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

Pengenalan

Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang

menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata

yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang

sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi

dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang

bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”.Oleh yang

demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata

secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.

Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan

fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan

1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana

morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa

dan ayat merupakan unit terbesar.

2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau

konstruksi. Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata

yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil

rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Binaan ayat

mengandungi subjek dan predikat.

2.1. Subjek

Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa

perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor

Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk

guru dan pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali

sebagai perkara yang diceritakan.

2.1.1.Binaan Subjek

Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur

seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata

adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa

unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara.Contoh dalam cerpen

Mak Timah karya Khatem Bin Ariffin,terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada

orang, benda dan kata kerja.Contohnya ayat pada muka surat 92 : Dia juga pandai

memasak. Subjek dalam ayat ini adalah kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia.

Page 2: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

2.1.1.(i) Kata Nama

Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am,kata

nama khas,atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Mak Timah terdapat banyak ayat yang

subjeknya terdiri daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 2 muka surat

92 : Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang. Subjek ayat ini adalah Mak Timah iaitu

kata nama khas hidup manusia.

Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat.

Buktinya pada perenggan 3 muka surat 92 : Ayah yang selalu meminta aku untuk membantu

dimana perlu. Ayah mahu aku belajar memasak. Pada perenggan 3 : Ayah pun nampak

berselera juga waktu makan masakan Mak Timah.Nenek sudah tua.Subjek ayat tersebut

adalah kata nama am hidup manusia.

2.1.1 (ii) Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama

am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama

tunjuk dan kata ganti nama diri.Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua

jenis iaitu kata ganti nama diri tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda

dalam bentuk tanya.Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.

Penulis cerpen Mak Timah turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam

ayat. Namun hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu pada perenggan 1 muka surat 98 :

Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?. Sebaliknya, penulis lebih kerap

menggunakan kata ganti nama diri orang pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek

ayat.Contoh subjek ayat yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama ialah pada

perenggan 1 muka surat 100 : Aku mengangguk. Aku tersenyum.

2.1.1(Iii) Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama

Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat

sejenis kata kerja yang mengambil tugas kata nama.Penulis cerpen Mak Timah lebih gemar

menggunakan kata nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek

ayat yang bukan dari golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang

subjeknya kata kerja iaitu kata kerja terbitan apitan ke-..-an. Buktinya pada perenggan

terakhir muka surat 94 : Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik

kucar-kacir.

Page 3: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

2.1.1(Iv) Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama

Sehubungan itu,dalam bahasa Melayu,kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang

dijadikan subjek dalam ayat.Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek

sesuatu ayat.Contohnya ialah dalam cerpen Mak Timah Karya Khatem Bin Ariffin,perenggan

4 muka surat 92 : Seleraku sentiasa terbuka apabila menghadap hidangan Mak Timah. Kata

adjektif selera berada dalam struktur binaan ayat tersebut adalah sebagai subjek ayat.

Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan

apitan ke-..-an sebagai subjek ayat> Buktinya pada muka surat 95 : Kelembutan ayah

mencairkan ketegangan dalam diriku. Kemesraan ayah mengelus-ngelus keserabutan

dalam jiwaku.

2.2. Predikat

Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang

menerangkan subjek.Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya

Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang

mengandungi ayat yang mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang

ataupun perkara yang disebut dalam subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu

apa yang dilakukan oleh benda,memberitahu sifat-sifat benda,dan memberitahu

dimana,.kemana,mengapa,bagaimana,dengan sifat dan bila.Oleh yang demikian,predikat

boleh terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa

nama,frasa kerja,frasa sifat dan frasa sendi.

2.2.1 Binaan Predikat

Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa

nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2.2.1.(i) Predikat Frasa Nama

Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi

sebagai subjek dalam sesuatu ayat.Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata

nama khas,dan kata nama terbitan.

2.2.1.(ii) Predikat Frasa Kerja

Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti

unsur kata kerja asal,kata kerja terbitan ,kata bantu dan unsur-unsur keterangan.Kata kerja

Page 4: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

asal terdiri daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal

berimbuhan.Contohnya dalam cerpen Mak Timah, penulis juga menggunakan frasa nama

sebagai predikat dalam ayat. Contoh ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah “Mak

Timah bagaikan ibu kepadaku”.

2.2.1(ii)a.Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan

Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar

sahaja, dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja

tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata

kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang

tidak berimbuhan ialah mandi,masuk,keluar,tidur,hilang,naik,dan sebagainya.Contoh kata

kerja asal tidak berimbuhan dalam cerpen Mak Timah ialah “ Pakaian idah juga aku tukar

dengan baju kurung”

2.2.1(ii)b. Kata Kerja Asal Berimbuhan

Kata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan

imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.

Contoh kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari,bernyanyi,berehat dan

banyak lagi.Contoh kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen

Mak Timah ialah “ Aku berlari kebilikku....”

2.2.1(ii)c.Kata Kerja Terbitan

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi

daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan

akan berlaku bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau

kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan,me-..-i atau memper-....Contoh

perkataan yang terbit daripada proses pengimbuhan ialah

menyekolahkan,membuahkan,menghasilkan dan memperluas. Kata kerja terbitan tersebut

ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing dalam ayat memerlukan

objek.Setelah meneliti ayat –ayat yang digunakan oleh penulis, didapati ada penggunaan

kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja.

a) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka

surat 94)

b) Lagunya yang sumbang dan tidak tentu irama itu dapat juga menidurkan Afiq.

c) .....tidak lagi dapat menakung kencingnya. .(Muka surat 91 )

d) ..... Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepadaku.(Muka surat 91 )

e) .....mendodoikannya sehingga tidur semula. .(Muka surat 91 )

f) Aku cuba menyembunyikan kemuraman wajahku ......(Muka surat 96)

Page 5: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

2.2.1(ii)d.Kata Bantu

Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja.

Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu

ragam.Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu

perbuatan dari segi masa, sama ada belum,sedang,atau sudah dilakukan.Contoh kata bantu

aspek ialah akan,belum,pernah,sedang,masih dan banyak lagi.

Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan

ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Kata bantu jenis ini

adalah seperti hendak, mahu,harus,mesti,boleh,dan dapat. Kehadiran kata bantu ragam

dalam ayat adalah sebelum kata kerja. Sehubungan itu,kata bantu juga boleh hadir secara

berderetan iaitu lebih daripada satu dalam sesuatu ayat.Setelah meneliti setiap ayat dalam

cerpen Mak Timah, didapati sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan

aspek dalam predikat frasa kerja.Antara ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti

yang berikut :

g) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. (Muka surat 92 )

h) Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab ( Muka Surat 94 )

i) Ingatlah ibu tiri boleh menggantikan emak, rupanya dia datang hendak menyiksa hidup kita

sahaja. ( Muka surat 94 ).

j) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka

surat 94)

k) Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu. ( Muka surat 96)

l) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.( Muka surat 99 )

2.2.1(ii)e. Unsur-Unsur Keterangan

Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh

menerima frasa keterangan. Dengan frasa keterangan dimaksudkan unsur-unsur yang

menerangkan kata kerja itu lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa

sendi nama seperti dengan cepat,di kilang,pada pukul dan sebagainya.Penulis cerpen Mak

Timah juga banyak menggunakan unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya

adalah frasa kerja.Antara ayat tersebut adalah seperti berikut ;

a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya ( Muka surat 91)

b) Lampinnya perlu segera ditukar jika basah ( Muka surat 91 )

c) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah ( Muka surat 96)

d) Mak Timah sudah pulang ke rumahnya setelah menyediakan makan malam untuk kami

( Muka surat 96 )

e) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung ( Muka surat 96 )

Page 6: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

2.2.1(iii) Predikat Frasa Adjektif

Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif ,iaitu kata

adjektif selapis atau kata adjektif ganda.Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh

didahului oleh kata penguat seperti amat,sangat,sungguh dan sebagainya. Ada juga kata

penguat yang boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan

benar.Selain itu,kata adjektif juga boleh hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih

dan paling dan juga boleh disertai imbuhan ter- yang membawa maksud “paling”.

Berdasarkan analisis yang telah dibuat,terdapat banyak penggunaan frasa adjektif sebagai

predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat yang berikut :

a) Orangnya berwajah manis,lemah lembut dan berusia disekitar tiga puluh lima tahun.

( Muka surat 92)

b) Mak Timah baik ( Muka surat 92 )

c) Dia juga pandai memasak ( Muka Surat 92)

d) Aku sudah pandai membuat susunya ( Muka surat 95)

2.2.1.(iv) Predikat Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh

frasa nama.Kata sendi nama adalah seperti

di,ke,dari,daripada,kepada,untuk,pada,dengan,oleh,dan sebagainya.Berikut adalah contoh

ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.

a) Afiq lain sedikit daripada Idah

b) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah

3.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai

unsur intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan

penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah

frasa nama.Ada pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh

juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-

unsur nama.

3.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan

perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara

perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang

menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-

perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.

Page 7: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur

yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara

penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.

Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang

boleh terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang

bukan nama.

Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa

binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:

i) Inti + penerang nama jenis.

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Jenis

baju kurung

ii) Inti + penerang milik

Frasa Nama

Inti Penerang Milik

Pakaian Idah

Susu Afiq

Bilik ku

Orang nya

3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama

Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada

jenis kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk

oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata

adjektif,frasa sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga

binaan frasa nama inti + penerang bukan nama.

i)Penentu Hadapan

Frasa Nama

Penentu Hadapan Inti

Bilangan Penjodoh Bilangan 

Semua - barang kemas

ii) Penentu belakang

Frasa Nama

Page 8: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

Inti Penentu belakang

petang itu

waktu itu

iii) Inti + penerang kata adjektif

Frasa Nama

Inti Penerang Kata Adjektif

suara garau

suara langsing

iii) Inti + penerang frasa sendi nama

Frasa Nama

Inti Penerang Frasa Sendi Nama

Sendi Nama Frasa Nama

Aku dari sekolah

Ayah di dapur

3.2 Susunan Konstituen Frasa Nama

Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan

kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian.

Peraturan-peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan

panggilan, dan penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati

penulis sememangnya mengambil kira susunan konstituen frasa nama.

Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah

Frasa Nama

Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang)

Pakaian Idah

Susu Afiq

Baju kurung

4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa

kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu

frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian

mengandungi kata kerja tak transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi

objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk

melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif.

4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek 

Page 9: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis

kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah

sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk

melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah

seperti berikut :

a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap

i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama

Ayah bangun dari tidurnya

Mak Timah datang bekerja di rumah

Aku berlari ke bilik

ii) Kata nama sebagai pelengkap

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama

Ayah cium pipi Idah

iii) kata Adjektif sebagai pelengkap

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Dadku menjadi sebak

b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja

Kata Kerja Penerang

Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu

4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek

Page 10: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata

kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek

atau penyambutnya.

a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Kerja

Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat

Afiq menggunakan pampers

Aku cuba mencari hujah

Aku menggelengkan kepala

b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Kerja

Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi

Mak Timah memberitahu ku satu berita

Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.

4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu

Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu

menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh

kedua-dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu

bagi kerja, manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.

a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Kerja

Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap

Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami

Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku

Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek

Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku

Afiq sedang tidur di biliknya (penerang)

Ayah akan mendukung Afiq

b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah

Page 11: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja

ii. Aku boleh menjaga mereka.

iii. Aku tak mahu kata –kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.

iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami.

v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku.

vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?

vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab

4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.

Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen.

Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung

pancangan komplemen akan digunakan iaitu “bahawa dan untuk” yang berfungsi

menggabungkan dua ayat menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan

komplemen.

a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq.

b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah

c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya.

d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.

4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

ii) Keterangan waktu 

a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya.

b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang

iii) Keterangan cara

a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya.

iv) Keterangan tujuan

a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.

v) Keterangan alat

a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung.

vi) Keterangan bagai

a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.

b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.

4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.

Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa

kerja dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan

kata bantu iaiatu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat

Page 12: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

yang dibina juga telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan

menerbitkan ayat majmuk yang mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsur-

unsur keterangan juga telah digunakan ialah meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan

bagai.

5.0 Binaan Frasa Adjektif dalam ayat bahasa Melayu.

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan

yang mengandungi kata adjektif dengan kata abntu dan penguat, sama ada di hadapan atau

di belakang.

5.1 Binaan Satu Perkataan

Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif.Berikut adalah contoh daripada cerpen Mak

Timah.

I. Terganggu oleh suara langsing Afiq

II. Suara garau ayah kadang-kadang membuat aku tersenyum.

Kata adjektif “langsing dan garau” merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif

yang terdiri dariapda satu kata dasar.

5.2 Binaan Dua Perkataan

Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata

adjektif atau kata adjektif dengan kata nama.

a) Binaan kata adjektif + kata adjektif

Binaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur

keserasian makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata

adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan

bunyi. Contoh daripada cerpen Mak Timah seperti berikut :

a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna

• lemah lembut.

b) Binaan kata adjektif + kata nama

Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri

daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan

kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud

keserupaan dan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak

terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu

perkataan sahaja.

5.3 Frasa Adjektif dan Penguat.

Page 13: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri

daripada kata adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen

Mak Timah

a) Penguat hadapan

Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata

bantu.Contoh ayat ialah “Pampersnya sudah terlalu berat”.

AYAT

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Adjektif

Kata Nama Kata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif

Pampersnya sudah terlalu berat

5.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif

AYAT

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Adjektif

Kata Nama Kata Bantu Kata Adjektif Kata Kerja Kata Nama

Aku sudah pandai membuat susunya

5.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek

sebagai predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai

penerang.

Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen

Mak Timah.

a) Frasa Adjektif sebagai Predikat

Ayat

Subjek Predikat

1) Pampersnya sudah terlalu berat

2) Dia larat untuk menjaga Idah

3) Dia juga pandai memasak

4) Aku sudah pandai membuat susunya

b) Frasa Adjektif sebagai keterangan

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Kerja Keterangan ( Kata Adjektif )

Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya

Page 14: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama

Frasa Nama

Kata Nama Kata Adjektif

1) Mak Timah baik

2) Barang kemas

5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah

Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.

Manakala jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga

susunan tersebut terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat

ialah satu binaan yang boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti

dalam rajah yang berikut:

Kata Bantu + Kata Penguat+Kata Adjektif+Kata Keterangan+ Ayat Komplemen.

6.0 Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama

dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama

ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh

frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Sendi Nama

Kata Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama

Aku dari sekolah

6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu.

i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu

frasa nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Hasil analisis adalah

seperti di dalam jadual dibawah:

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama Frasa Nama

dari sekolah

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama Frasa Nama

di rumah

daripada Mak Timah

Page 15: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

ke rumahnya

dari mulutku

ke dapur

di bandar

di pusat rekreasi

ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+ Frasa Nama

Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa

nama yang didahului satu unsur kata nama arah.Dalam masa yang sama,frasa sendi nama

boleh juga wujud tanpa nama arah.

Frasa Nama

Kata Sendi Nama Frasa Nama

Kata Nama Arah Frasa Nama

di - rumah

di - bilik

di atas tilam

Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Mak Timah.

iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan.

Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi

nama itu diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara

pilihan.

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama Frasa Nama Keterangan

Kata Nama Arah Frasa Nama 

di - bilikku pada waktu malamnya.

ke - bilikku lalu menyembahkan mukaku

di - rumah aku biasanya menggunakan pakaian yang “simple” sahaja.

6.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat.

i) Predikat Frasa Sendi Nama

Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang

mempunyai susunan yang biasa.

Contoh ayat: 

• Ayah di dapur

• Ayah ke dapur

Page 16: 166652066 Analisis Cerpen Dr Aspek Sintaksis

Ayat

Subjek Predikat

Ayah di dapur

Ayah ke dapur

Aku dari sekolah

ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan

a) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja

1) Kami berempat bersiar-siar di bandar.

2) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq

3) Mak Timah datang bekerja di rumah kami

4) Mak Timah balik ke rumahnya.

5) Aku berlari ke bilikku 

6) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang

7) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.

6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak

Timah

Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya

penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang

lain adalah jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama

dalam ayat pula,penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa

sendi nama sebagai keterangan frasa kerja.

7.0 Rumusan

Berdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada

asas iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan

menggaplikasikan frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun

demikian setiap frasa ini mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri.

Kesimpulannya sesuatu ayat boleh di perluaskan dengan unsur frasa –frasa yang boleh di

ubah peranannya dalam ayat seperti menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan

menggunakan kata hubung pancangan komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan

ayat majmuk komplemen.