163750897 pembentukan kata

Upload: farhanis-omran

Post on 14-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    1/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Konsep Pembentukan Kata

    Proses yang mana perkataan baru dibentuk.

    Menerangkan bagaimana sesuatu perkataan itu dibina dan dibentuk

    sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.

    Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat

    algunatifatau derivative.

    Jenis demikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses

    pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem

    imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan

    serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului

    (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar

    tersebut.

    Tatabahasa Bahasa Melayu

    Morfologi Sintaksis

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    2/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Takrif Morfologi

    Mengikut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), bidang

    morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji

    tenteng perkataan dan cara pembentukannya.

    OGrady & Guzman (2000) juga menyatakan morfologi merujuk

    kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

    Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz(1996), menerangkan morfologi adalah

    satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang

    berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan

    kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.

    Unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.

    Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.

    Perkataan yang tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau

    nahu yang lebih kecil lagi, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit

    atau satu morfem. Contohnya minum.

    Perkataan mi dan num secara individu tidak membawa apa-apa

    makna.

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    3/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Morfem

    Morfem Bebas Kata dasar atau kata yang tidak menerima sebarang imbuhan.

    Dapat berdiri sendiri, misalnya minum, cuti, sekolah, periksa.

    Mempunyai makna sendiri.

    Morfem Terikat/Imbuhan

    Memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan.

    Bentuk Imbuhan, misalnya mem, per, kan, ber.

    Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau

    nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna

    ayat.

    Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:

    Awalan ditambah pada bahagian depan kata dasar.

    Misalnya, membaca (baca), menghafal (hafal).

    Akhiran ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar.

    Misalnya, buatan (buat)

    Sisipan diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar.

    Misalnya, telapak(tapak).

    Apitan ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    4/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Konsep Struktur Kata

    Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit

    bahasa yang bermakna.

    Struktur susunan kata Bahasa Melayu berdasarkan pola suku kata

    berikut iaitu V, KV (suku kata terbuka),dan VK, KVK (suku kata

    tertutup).

    Struktur Kata

    Kata Asli

    Kata yang berasal daripada Bahasa Melayu sendiri.

    Unik untuk Bahasa Melayu.

    Bukannya meminjam daripada bahasa lain.

    Kata Pinjaman

    Kata-kata yang dipinjam/diserap daripada Bahasa yang lain.

    Kata yang hampir sama akan wujud dalam bahasa yang lain.

    Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada Bahasa

    Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Sanskrit sehingga perkataan

    tersebut menjadi sebati dengan penutur Bahasa Melayu itu sendiri.

    Kata ini wujud disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat

    perkataan atau istilah sedemikian.

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    5/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Bentuk Kata

    Kata Tunggal Kata MajmukKata Terbitan Kata Ganda

    Kata Tunggal

    Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar iaitu

    tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain.

    Boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.

    Contoh kata satu suku kata am, dan, roh, skru

    Contoh kata dua suku kata itu, ubi, aku

    Terdapat tiga jenis kata tunggal:

    Unit Bebas dapat berdiri sebagai satu perkataan yang

    bermakna. Misalnya orang, gitar, pen, botol.

    Kata tugas unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi

    memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk

    melaksanakan tugas nahunya. Misalnya dari, dan, pada, demi.

    Kata Akronim perkataan yang diterbitkan melalui proses

    penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu

    perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri

    daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Misalnya

    Berdikari berdiri di atas kaki sendiri.

    Komuter keretapi berkomputer.

    Pawagam panggung wayang gambar.

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    6/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Kata Terbitan Berawalan

    Kata dasar yang menerima imbuhan awalan unsur imbuhan yang

    dotambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.

    Dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata

    adjektif terbitan.

    Kata Nama : pelari, perakus (pe) ; pembawa, pembuat (pem) ;

    suprakelas, supranasional(supra)

    Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (me) ; berjalan, berganti,

    berserta (ber)

    Kata Adjektif : terbesar, tercantik (ter) ; secerah, setebal, senipis

    (se)

    Kata Terbitan

    Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat ataumenerima imbuhan.

    Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses

    yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan

    empat bentuk kata terbitan.

    Kata Terbitan Berawalan

    Kata Terbitan Berakhiran

    Kata Terbitan Berapitan

    Kata Terbitan Bersisipan

    Kata Terbitan Berakhiran Kata dasar yang menerima imbuhan akhiran unsur imbuhan yang

    hadir selepas kata dasar.

    Dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata nama terbitan, dan kata

    kerja terbitan.

    Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (-an) ; sasterawan,

    angkasawan(-wan) ; budiman, seniman(-man)

    Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (-kan) ; duduki, turuti,berkati (-i)

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    7/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Kata Terbitan Berapitan

    Kata dasar yang menerima imbuhan apitan imbuhan yang hadir

    secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir

    serentak pada awal dan akhir perkataan.

    Dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata nama terbitan, dan kata

    kerja terbitan, kata adjektif terbitan.

    Kata Nama :pelaksanaan, perasaan(pe....an) ; kelainan, kedudukan

    (ke....an)

    Kata Kerja : memainkan, melukakan (me....kan) ; beralaskan,

    berlaukan (ber....kan) Kata Adjektif : kemelayuan(ke....an)

    Kata Terbitan Berapitan

    Kata dasar yang menerima imbuhan sisipan unsur imbuhan yang

    hadir di celahan kata dasar.

    Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu

    kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan. Kata Nama : kelingking, telunjuk (...el...) ; keruping, seruling

    (....er....)

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    8/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Kata Ganda

    Satu proses pengulangan perkataan. Kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada

    sebahagian atau seluruhnya.

    Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun

    bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

    Terdapat empat jenis kata Gandaan :

    Gandaan Seluruh Kata

    Gandaan Separa / Separuh

    Gandaan Berirama

    Gandaan Men alin

    Gandaan Seluruh Kata

    Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada

    perubahan.

    Mesti diberi tanda sempang (-).

    Terdiri daripada kata nama, kata adjektif, dan kata kerja.

    Kata Nama : buku-buku, lembu-lembu, murid-murid

    Kata Kerja :baring-baring, pandang-pandang, jalan-jalan

    Kata Adjektif :manis-manis, besar-besar, awal-awal

    Gandaan Separa/Separuh

    Sebahagian daripada kata saja yang digandakan.

    Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang

    memberi maksud kepada benda atau konsep yang memiliki sifat atau

    keserupaan dengan kata dasar.

    Cecair (mana-mana bahan yang berada dalam keadaan cair, seperti

    air atau bendalir)

    Kekunci (butang untuk menaip dari komputer, diilhamkan dari

    perkataan keyyang juga bermaksud kunci)

    Lelangit(langit atau daerah teratas dalam rongga mulut)

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    9/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Gandaan Berirama/Berasajak

    Kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi

    (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

    Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

    Lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum (persamaan bunyi di pangkal)

    Karut-marut, cerai-berai, calar-balar(persamaan bunyi di hujung)

    Compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, selok-belok

    (penyesuaian bunyi seluruhnya)

    Gandaan Menyalin

    Gandaan berlaku dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti

    dengan kata berimbuhan.

    Tergesa-gesa, berpura-pura (imbuhan awalan di awal kata)

    Tahu-menahu, kerja-mengejar (imbuhan awalan selepas tanda

    sengkang)

    Barang-barangan, terang-terangan (imbuhan akhiran di akhir kata)

    Tergila-gilakan, menghuru-harakan (apitan seluruh kata ganda)

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    10/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Kata Majmuk

    Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara

    gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa

    makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam

    frasa.

    Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah

    mantap sebagai satu perkataan. (Antarabangsa, apabila, bagaimana)

    Terdapat empat jenis kata majmuk :

    Kata majmuk biasa

    Kata majmuk gelaran

    Kata majmuk istilah khusus

    Kata Majmuk Biasa

    Terdiri daripada rangkai kata bebas.

    Alat tulis, adat resam, lapangan terbang, tengah hari, gambar rajah

    Kata Majmuk Gelaran

    Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam

    Negara, Duta Besar

    Kata Majmuk Istilah Khusus

    Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai

    bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-

    kata umum atau istilah khusus.

    Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum

    Kata Majmuk Kiasan

    Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud

    sebenarnya.

    Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin, lipas kudung

  • 7/27/2019 163750897 Pembentukan Kata

    11/11

    PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU

    ENG WEI CHIEN

    PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

    Pembentukan Kata

    PengimbuhanPenggandaan

    Pemajmukan

    Imbuhan Kata Nama

    Imbuhan Kata Kerja

    Imbuhan Kata Adjektif

    Kata Majmuk umum

    Kata Majmuk Khusus

    Kata Majmuk Kiasan

    Pengimbuhan Kata

    Majmuk

    Pengimbuhan

    Proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan

    yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

    Dalam Bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan

    kepada kata dasar. Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

    Penggandaan

    Proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

    Terdapat tiga jenis penggandaan :

    o Penggandaan penuh.

    o Penggandaan berentak

    o Penggandaan separaPemajmukan

    Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu.

    Gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan

    perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa.

    Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna

    tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu : umum, istilah, kiasan/peribahasa