153045124 epic 2803 adat resam perkahwinan

Upload: ronie-jumil

Post on 03-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    1/10

  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    2/10

    pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.

    Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri

    terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka

    di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan

    penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di

    Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000.

    Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan

    Singapura, dan di negeriSelangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu.

    Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947disebabkan mereka

    pergi ke Myanmarsemasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untukAngkatan Tentera

    Kebangsaan India, dan kuli untukLandasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India

    merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

    Masyarakat india mempunyai perlbagai adat resam dan kepercayaan yang tersendiri. Dalam

    kerja kursus ini, kita akan mengkaji adat istiadat semasa perkahwinan bagi masyarakat india.

    Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis

    iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India

    biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub

    etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda

    iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya.

    2.0 ADAT RESAM PERKAHWINAN KAUM INDIA

    2.1 MERISIK

    Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik,

    sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status

    sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral,

    rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-

    maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak

    langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang

    dipanggil tirumana taragaakan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan

    tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Getahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kemerdekaan_Tanah_Melayu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lelakihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Lankahttp://ms.wikipedia.org/wiki/1901http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1931http://ms.wikipedia.org/wiki/Selangorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1947http://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jepunhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Angkatan_Tentera_Kebangsaan_India&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Angkatan_Tentera_Kebangsaan_India&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Landasan_Kematian&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/2005http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/2005http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Landasan_Kematian&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Angkatan_Tentera_Kebangsaan_India&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Angkatan_Tentera_Kebangsaan_India&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepunhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1947http://ms.wikipedia.org/wiki/Selangorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1931http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1901http://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Lankahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lelakihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dewasahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kemerdekaan_Tanah_Melayu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Getah
  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    3/10

    2.2 KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN

    Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan

    mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan

    calon isterinya. Adat ini dikenali sebagaipen paarttalatau dalam bahasa Melayu dipanggil

    sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil

    walaupun bilangan tersebut ramai.

    Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta

    serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka

    atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan

    akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan

    orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

    Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan

    menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin

    perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para

    tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh

    wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India,

    adatpen paarttaljuga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.

    2.3 KAJI KECOCOKAN/ KESEPADANAN KEDUA-DUA PENGANTIN

    Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam

    Paartaldijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.

    Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin

    dengan cara tilikan dimanakHindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu

    iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam,Kana poruttam,Mahentira poruttam,Pentiikka

    poruttam, Yooni poruttam,Raasi poruttam,Raasiyaati paati poruttam, Vaiya

    poruttam,Racau poruttam dan Veetai poruttam.

  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    4/10

    2.4 IKAT JANJI

    Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah

    pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang

    ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan,

    buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

    Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah

    pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal

    pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara.

    Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

    Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan

    persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut

    akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan

    menukar sirih pinang yang dinamakantaambuulan marrutal. Kemudian mereka akan

    membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin

    perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan

    lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

    2.5 PARISAM

    Adat parisam terbahagi kepada dua iaituparisam biasa atau udan

    parisam.Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari

    perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari

    yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India,

    parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada

    hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan

    menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh

    wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    5/10

    Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin

    lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat

    muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan

    menyediakan buyung yang dikenali sebagaipuurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu.

    Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahanpuurana

    kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

    Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.

    Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawaparisam yang mengandungi sari dan

    diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan

    menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki

    dan jemputan lain boleh melihatpuurana kumbumdengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut,

    bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita

    lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan

    kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau

    kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

    Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji

    (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh

    masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara

    tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

    2.6 SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

    Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang

    perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

    2.6.1 Kad Jemputan

    Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad

    jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna

    perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapudengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    6/10

    Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil

    untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang

    ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan

    sebagaipaanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk

    diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang

    akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

    2.6.2 Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

    Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan

    pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu

    dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India

    seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat

    pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau

    sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana,

    kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk

    memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari

    sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan

    pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang

    dilakukan oleh pembuat thaali.

    Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagaithaalippadaiyal.

    Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk

    pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini

    kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak

    dicuri orang.

    2.6.3 Mukuurtta Kaal

    Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.

    Adatmukuurtta kaalini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India.Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang

  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    7/10

    untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan

    mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

    Adat mendirikan mukuurtta kaaladalah sebagai menandakan perkahwinan akan

    dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit

    dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya

    perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan

    serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan

    kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian

    hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu

    akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam

    lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh

    pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur

    pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar

    akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya

    adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

    2.7 UPACARA PERKAHWINAN

    Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara

    pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan

    dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam danDiya

    Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.

    Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah

    seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam

    jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. UpacaraKanggenam iaitu

    menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari

    perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari

    sebelum hari perkahwinan.

  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    8/10

    Upacara perkahwinan dilakukan olehPedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup

    bahagia hingga hari tua.Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara

    menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada

    benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada

    pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa

    atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi

    pengantin.

    Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah

    menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke

    dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi

    hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin

    akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu

    bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi

    telah menjadi suami isteri.

    Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan

    untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan

    perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan

    kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah

    perkahwinan.

    2.8 SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN

    Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas

    berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan

    dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka

    disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke

    rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan

    menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    9/10

    Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum

    khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara

    perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan

    ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

    Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan

    dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan

    kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran

    dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan

    tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

  • 7/28/2019 153045124 Epic 2803 Adat Resam Perkahwinan

    10/10

    Rujukan:

    1. http://malaysiana.pnm.my/01/01030201ind_merisik.htm

    2. http://pmr.penerangan.gov.my/images/stories/ingin_tahu/budaya/thali2.jpg

    3. Folio Sejarah Tingkatan 3

    4. Buku Teks Sivik & Kewarganegaraan Tingkatan 5