150559808-modul-1-6-teknik-dan-kemahiran-membaca.doc

Upload: ahmad-fadzli

Post on 13-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEKNIK DAN KEMAHIRAN MEMBACA

TEKNIK DAN KEMAHIRAN MEMBACA

A. Rahsia Membaca dengan Berkesan

Peperiksaan mengehendaki anda membaca banyak buku. Semua ini memakan masa. Oleh itu, anda perlu memiliki kemahiran membaca buku itu dengan cepat serta dapat mengingati isi-isi yang penting.

B. Rahsia Membaca Buku Secara Berkesan.

1.Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana kemahiran itu merupakan kemahiran sseumur hidup.

2.Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting.

3.Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R):

i. Skim: Baca sepintas lalu. Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki. Ini akan memberikan anda kata kunci atau isi penting dalam keseluruhan bab tersebut. Gunakan jari telunjuk, pen atau pensil untuk membimbing mata anda kepada ayat-ayat yang dibaca itu.

Baca bahagian kandungan buku terlebih dahulu.

Selidiki bab-bab yang penting bagi soalan-soalan esei dan objektif.

Sambil membaca, bulatkan/gariskan isi-isi yang penting. Gunakan dakwat merah atau pen berwarna.

ii. Question: Menyoal - Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.

Contoh soalan:

Adakah tajuk ini penting untuk soalan esei/objektif?

Apakah hubungkait topik-topik ini?

Bayangkan diri anda seorang pemeriksa. Apakah soalan yang akan anda soal?

Kaji soalan-soalan tahun-tahun lepas tentang topik yang berkenaan.

Baca secara perlahan dalam hati.

Baca secara lisan.

Renungkan apa yang anda telah baca tadi tanpa melihat buku itu.

iii. Read: Membaca - Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama. Salin isi-isi yang digariskan itu dalam buku nota peribadi anda. Soal diri sendiri semasa membaca.iv. Recite: Menyebut kembali - Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan

v. Review: Menyemak - Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

Langkah-langkah di atas akan membantu anda untuk membaca banyak buku dengan cepat dan anda boleh mengingati apa yang telah anda baca tadi.

C. Rahsia Duduk semasa Membaca

Ada orang belajar sambil berdiri. Namun posisi badan yang terbaik untuk mentelaah pelajaran adalah duduk. Walau bagaimanapun kaedah duduk itu sendiri adalah berbagai. Malah setiap cara duduk akan membawa kesan yang berbeza terhadap pelajaran.

Cara duduk yang bagaimanakah yang dianggap betul dan boleh mempengaruhi kelancaran minda anda?.

Posisi duduk yang tidak betul akan mengurangkan keberkesanan pelajaran yang dipelajari. Pelajar akan menjadi malas atau letih. Posisi yang tidak betul juga boleh menegangkan otot-otot sehingga pelajar berasa letih belajar walaupun pelajar sebenarnya sedang duduk dan bukan berlari.

Posisi duduk yang baik akan menjadikan minda anda akan cergas. Badan dan mata anda tidak akan letih. Mata tidak akan merosakkan mata anda.

Cara duduk yang sesuai?

tegakkan badan

jangan membaca dalam keadaan badan yang senget atau hampir jatuh ke lantai dari bangku

buku diletakkan di hadapan anda

pastikan terdapat cahaya yang terang dari bahagian atas atau belakang anda

jangan baca dalam keadaan cahaya gelap atau samar-samar.

D. Rahsia Merehatkan Mata

Membaca dan mengulangkaji buku dan nota-nota untuk peperiksaan amat meletihkan badan anda. Oleh itu amatlah penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara melegakan otak anda selepas selesai membaca.

Bacalah untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan diselangi dengan sedikit masa rehat. Misalnya, baca untuk selama 45 minit atau 1 jam dan selepas itu berehat selama 10 minit. Hindari amalan membaca terus-terusan untuk suatu jangkamasa yang melebihi 1 jam. Ini kerana, otak anda yang letih sukar untuk menerima ilmu yang anda paksakan kepadanya.

Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang 'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.

Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? Adakah anda melompat terus ke atas katil? Awas! Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh 'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk merehatkan mata dan melegakan otak anda.

E. Amalkan teknik-teknik di bawah ini.

Untuk merehatkan mata: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.

Untuk menguatkan mata: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.

Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.

Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:

1. Pandang terus ke depan.

2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.

3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.

4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.

5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).

6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.

7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.

8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.

9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.

Lakukan senaman ini:

1. Berdiri tegak

2. Tarik nafas panjang

3. Lepaskan nafas melalui mulut

Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.

Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas anda mentelaah pelajaran selama 1 jam.