modul teknik kasim_mendeley2

27
Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014 1 Pendahuluan Modul ini dibangunkan setelah mendapat maklumbalas peserta Bengkel Teknik KASiM+M yang diadakan di Balai Ilmu IPGKTHO pada 3 Julai 2014. Melalui modul pembelajaran kendiri ini, penulis berharap para peserta dan pembaca dapat mengikuti langkah demi langkah bermula daripada Pengenalan Teknik KASiM Versi 2014 dan Perisian Rujukan Mendeley sehingga peringkat aplikasi dalam penulisan tinjauan literatur. Isi Kandungan ms. 1 Bahagian A Nota Penerangan 1. Teknik KASiM ms. 2 2. Proses & Langkah Teknik KASiM 3. Contoh Pengisian Templat Teknik KASiM ms. 3 4. Penulisan Literatur mengikut Tema, Teori & Dapatan Kajian dan Kronologi (a) Bentuk tema ms. 4 (b) Bentuk Teori dan Dapatan Kajian (c) Bentuk kronologi ms. 5 5. Perisian Pengurusan Rujukan Mendeley 6. Ciri-ciri/Fungsi Mendeley ms. 6 Bahagian B Aplikasi Teknik KASiM+M ms. 7 1. InstallPerisian Mendeley dan Pendaftaran Diri (Sign-up) ms. 8 2. InstallPlug-in MS-Word ms.10 3. InstallWeb Importer ms.11 4. Membina “Mendeley Libraryms.12 5. Mengelola “Mendeley Libraryms.14 6. Aplikasi Teknik KASiM dalam Mendeley ms.20 a. Carian sumber menggunakan kata kunci ms.21 b. Menambah sumber/artikel dalam Library c. Cite While You Write d. The magic of “Sync” Bibliografi ms.28 Lampiran 1. Templat Teknik KASiM Versi 2.0 2. CD Modul Teknik KASiM+M 3. Senarai Bahan Bacaan Tambahan

Upload: tey-lee-poh

Post on 12-Aug-2015

217 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

1

Pendahuluan

Modul ini dibangunkan setelah mendapat maklumbalas peserta Bengkel Teknik

KASiM+M yang diadakan di Balai Ilmu IPGKTHO pada 3 Julai 2014. Melalui modul

pembelajaran kendiri ini, penulis berharap para peserta dan pembaca dapat mengikuti

langkah demi langkah bermula daripada Pengenalan Teknik KASiM Versi 2014 dan

Perisian Rujukan Mendeley sehingga peringkat aplikasi dalam penulisan tinjauan

literatur.

Isi Kandungan ms. 1

Bahagian A – Nota Penerangan

1. Teknik KASiM ms. 2

2. Proses & Langkah Teknik KASiM

3. Contoh Pengisian Templat Teknik KASiM ms. 3

4. Penulisan Literatur mengikut Tema, Teori & Dapatan Kajian dan Kronologi

(a) Bentuk tema ms. 4

(b) Bentuk Teori dan Dapatan Kajian

(c) Bentuk kronologi ms. 5

5. Perisian Pengurusan Rujukan Mendeley

6. Ciri-ciri/Fungsi Mendeley ms. 6

Bahagian B – Aplikasi Teknik KASiM+M ms. 7

1. „Install‟ Perisian Mendeley dan Pendaftaran Diri (Sign-up) ms. 8

2. „Install‟ Plug-in MS-Word ms.10

3. „Install‟ Web Importer ms.11

4. Membina “Mendeley Library” ms.12

5. Mengelola “Mendeley Library” ms.14

6. Aplikasi Teknik KASiM dalam Mendeley ms.20

a. Carian sumber menggunakan kata kunci ms.21

b. Menambah sumber/artikel dalam Library

c. Cite While You Write

d. The magic of “Sync”

Bibliografi ms.28

Lampiran

1. Templat Teknik KASiM Versi 2.0

2. CD Modul Teknik KASiM+M

3. Senarai Bahan Bacaan Tambahan

Page 2: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

2

BAHAGIAN A

1. Teknik KASiM

• Satu inovasi yang diperkenalkan pada tahun 2013 kepada pelajar untuk

menyelesaikan masalah dalam penulisan tinjauan literatur.

• Teknik ini mengandungi empat proses iaitu K=Kumpul, A=Analisis, Si=Sintesis dan

M=Murni.

• Kaedah yang sistematik untuk menstruktur dan mengorganisasikan penulisan

tinjauan literatur pelajar.

2. Proses dan Langkah Teknik KASiM

Page 3: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

3

3. Contoh pengisian templat Teknik KASiM versi 2.0

Senarai Rujukan bagi Kata Kunci/Subtopik Kualiti Peribadi Guru Cemerlang

* Untuk contoh yang lengkap boleh diperolehi dalam CD Modul Teknik KASiM+M

Page 4: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

4

4. Penulisan literatur mengikut Tema, Teori & Dapatan Kajian dan Kronologi

(a) Bentuk tema

(b) Bentuk Teori dan Dapatan Kajian

Page 5: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

5

(c) Bentuk kronologi

Sumber rujukan : Mohd Salleh Lebar - Pendidikan Guru di Malaysia Masa Kini:

Perkembangan Profesionalisme dan Peningkatan yang Berkualiti, Kolej Universiti Sains

dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) Kuala Terengganu (Lebar, 2000).

Page 6: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

6

5. Perisian Pengurusan Rujukan Mendeley

Mendeley adalah satu perisian percuma dalam mengurus sumber rujukan dan

jaringan sosial akademik yang dapat membantu pengguna mengorganisasi penyelidikan,

berkolaborasi secara online antara penyelidik dan membantu penemuan kajian terkini.

Versi terkini adalah 1.11 (Mendeley Desktop).

6. Ciri-ciri/Fungsi Mendeley

Untuk modul ini, fokus lebih mengutamakan fungsi dan ciri-ciri berikut:

1. Pengurus Rujukan – menjana petikan dan bibliografi dalam Ms Word.

2. Menambah dan mengorganisasi – mengimpot dan mengorganisasi fail format

pdf dalam komputer.

Page 7: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

7

Modul Bahagian B ini ditulis berdasarkan aktiviti-aktiviti „hands-on‟ yang

dibuat semasa Bengkel Teknik KASiM+M. Penulisan ini diolah dalam

bentuk langkah demi langkah agar pembaca/pengguna dapat

mengaplikasikannya secara kendiri.

Bagi aktiviti-aktiviti tertentu, terdapat Nota pada bahagian akhir untuk

menjelaskan langkah-langkah yang dinyatakan dan juga penerangan

tambahan.

BAHAGIAN B

Aplikasi Teknik KASiM+M

Page 8: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

8

1. Install Perisian Mendeley Desktop dan Pendaftaran

Sebelum membuat installation, pastikan server penyedia internet boleh mengakses dan

memuat-turun perisian Mendeley.

1. Layari Laman Mendeley http://www.mendeley.com

2. Klik .Skrin berikut dipaparkan dan lengkapkan maklumat diri

seperti dikehendakki. Seterusnya klik “Create a free account”.

3. Arahan “Download Mendeley” dipaparkan dan klik “Download Mendeley”. Paparan

berikut diperolehi, seterusnya klik Save File.

4. Double Klik Mendeley-Desktop file dalam Folder Downloads dan klik Run.

5. Buka Mendeley Desktop dan sign-in dengan email dan password anda.

Nota:

1. Pemasangan Mendeley Desktop membantu pengguna membangun Mendeley

Library dalam PC. Data Mendeley ini juga disimpan dalam akaun di website

Mendeley.com dengan memberi arahan “Sync”.

2. Team Mendeley akan menghantar e-mel kepada pendaftaran baru untuk verifikasi.

Page 9: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

9

3. Ringkasan Langkah dalam bentuk Rajah:

Senarai Semak:

Ya (√) Tidak(X)

Saya telah memahami Teknik KASiM

Saya tahu fungsi dan ciri-ciri Mendeley

Saya telah berjaya membuat installation Mendeley Desktop

Page 10: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

10

2. Langkah untuk Install MSWord Plugin

1. Buka Mendeley Desktop

2. Klik Tools pada menu bar dan pilih Install MS Word Plugin

3. Klik OK dan buka MS Word. Plugin untuk MS Word boleh didapati pada

References Tab.

Nota:

1. Plug-in Mendeley Cite-O Matic membenarkan proses membuat petikan dari

Mendeley Library semasa menulis menggunakan MS-Word.

2. Pautan ke “Mendeley Support”: http://support.mendeley.com/customer

/portal/articles/168756-installing-and-using-the-word-plugin-in-windows

Plugin Mendeley telah disenaraikan di menu References Tab MS Word

Tools

Install MS

Word Plugin

Page 11: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

11

3. Langkah untuk Install Web Importer

1. Buka Mendeley Desktop

2. Klik Tools pada menu bar dan pilih Install Web Importer

3. Paparan berikut diperolehi (Rajah di bawah). Anda diberi panduan “How its works”.

Sila ikut langkah-langkah yang diterangkan terutama Langkah 1.

4. Tarik butang ke Bookmarks Toolbar (Jika browser anda tiada

Bookmarks Toolbar, klik “View” pada Toolbars dan pilih Bookmarks Toolbar).

Gambar 1 menunjukkan butang tersebut ditarik (anak panah) dan diletakkan

pada Bookmarks Toolbar. Gambar 2 memaparkan lokasi “Save to Mendeley”.

Gambar 1 Gambar 2

Nota:

1. Web importer berfungsi jika maklumat @ sumber rujukan yang diperolehi daripada

sesuatu laman ingin disimpan dalam Mendeley Library.

2. Pautan mengenai web importer boleh didapati di http://www.mendeley.com

/import/.

Tools

Install Web

Importer

Save to Mendeley

Page 12: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

12

4. Membina “Mendeley Library”

1. Buka Mendeley Desktop

2. Klik File

2.1. Klik Add Files

2.2. Klik Add Folder

• Menambah file pdf • Menambah folder pdf • Menambah file pdf melalui “watch folder” • Menambah rujukan secara manual

Nota: 1. Langkah ini membantu kita memilih

fail format pdf yang telah sedia tersimpan dalam komputer untuk dibuka dan dimasukkan ke dalam Library Mendeley.

Nota: 1. Langkah ini membantu kita memilih

folder yang mengandungi fail rujukan dalam komputer anda untuk dibuka dan dimasukkan ke dalam Library Mendeley.

Page 13: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

13

2.3 Klik Watch Folder

2.4 Add Entry Manually

2.5 Drag and Drop – Teknik ini boleh digunakan bagi mereka yang mahir atau

telah biasa menggunakan persekitaran Windows 8 dalam memilih dan

mengumpulkan dokumen artikel rujukan untuk dimasuk ke direktori/folder

yang dikehendaki.

Nota: 1. Langkah ini membantu kita

menanda folder-folder yang mengandungi fail rujukan dalam komputer untuk dibuka dalam Library Mendeley.

Nota: 1. Langkah ini merupakan proses memasukkan

sumber maklumat mengenai rujukan secara manual. Kaedah banyak membantu bagi perolehan sumber rujukan tempatan.

2. Data yang dimasukkan secara manual ke dalam pengkalan data Library Mendeley ini boleh digunakan seperti fail-fail yang diperolehi secara online.

Page 14: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

14

5. Mengelola “Mendeley Library”

1. Buka Mendeley Desktop

Fungsi/Ciri paparan Mendeley Library

Di bawah My Library terdapat 7 kategori direktori : All Documents; Recently Added;

Favorites; Needs Review; My Publications dan Unsorted. Jika anda memilih All

Documents, semua sumber rujukan yang ada dalam Library anda dipaparkan pada

lajur sebelah kanan. Recently Added - direktori senarai dokumen baru ditambah

dalam library; Favorites - direktori dokumen rujukan yang anda gemari; Needs Review

- direktori senarai artikel rujukan yang memerlukan semakan/bacaan lanjut; My

Publications - memaparkan hasil penulisan anda sendiri yang telah diterbitkan dan

Unsorted - menyenaraikan dokumen rujukan yang belum diklasifikasikan lagi.

Paparan All Documents menunjukkan setting pilihan Format Sistem APA. Untuk

menukar kepada sistem format lain, klik View pada menu bar, diikuti Citation Styles

dan pilih format yang dikehendaki.

Tanda bulatan hijau menunjukkan dokumen/artikel tersebut telah anda baca. Jika

dokumen tersebut belum dibuka/baca, warna bulatan menjadi kelabu (bukan hijau).

Simbol ini menunjukkan artikel/dokumen dalam library anda mengandungi fail format

pdf dan boleh dibuka terus menggunakan Mendeley Desktop.

Angka ini menunjukkan jumlah dokumen dalam library. Jika anda memilih satu

dokumen, dokumen tersebut akan di‟highlight‟ dan bilangan tersebut akan dipaparkan

pada bahagian bawah.

Jika anda klik mana-mana dokumen dalam lajur ini, maklumat lengkap tentang

dokumen ini akan dipaparkan di sebelahnya (Rujuk No. 3 dalam tajuk ini).

Susunan dokumen diatur mengikut tarikh kemasukan dokumen dalam library,

dokumen paling atas dalam senarai menunjukan dokumen paling terkini. Susunan ini

boleh diubah mengikut aturan dokumen terawal dengan klik simbol ∆ .

1

o

o

l

s

4

o

o

l

s

5

o

o

l

s

7

o

o

l

s

2

o

o

l

s

6

o

o

l

s

3

o

o

l

s

1

o

o

l

s

2

o

o

l

s

4

o

o

l

s

3

o

o

l

s

5

o

o

l

s

6

o

o

l

s

7

o

o

l

s

Page 15: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

15

2. Membuat folder/direktori baru

Terdapat dua cara untuk bina folder:

1. Klik Create Folder. Paparan Untitled Folder akan ditunjukkan seperti berikut.

Anda boleh terus menaip nama folder pilihan anda.

2. Klik Edit pada menu bar, pilih New Folder

Selain daripada membina folder baru anda juga boleh menukar nama folder dengan

arahan Rename Folder.

Nota:

Pembinaan Folder amat penting dalam mengelola semua bahan rujukan atau

dokumen. Cara ini memudahkan kita mengesan dokumen yang tersimpan dalam

library Mendeley.

1

o

o

l

s

Page 16: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

16

3. Menyunting Rujukan bagi ruang Journal, Year, Volume, Issue dan Pages.

Tidak semua dokumen yang diperolehi mempunyai maklumat yang lengkap. Direktori

Needs Review membantu mengumpulkan semua dokumen yang tidak lengkap

seperti contoh berikut:

Pada lajur kanan, dokumen penulis G. Bowen tidak ada maklumat tentang judul jurnal

(G. A. Bowen, 2005). Untuk menambah maklumat ini, anda boleh menggunakan 2

kaedah:

(1) secara online klik pada View research catalog entry for this paper.

(2) secara manual klik simbol fail pdf untuk membuka fail tersebut. Anda boleh lihat

pada bahagian atas artikel tertera maklumat jurnal The Qualitative Report. Seterusnya

anda boleh menaip maklumat ini pada bahagian yang belum lengkap dan klik Details

are Correct.

Page 17: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

17

Pencarian secara online boleh menghasilkan dapatan yang terbaharu. Misalnya

setelah anda klik View research catalog entry for this paper anda akan perolehi

dokumen yang terkini telah diterbitkan oleh pengarang yang sama (G. Bowen, 2010).

Berikut dipaparkan info tersebut.

4. Menyorot dokumen rujukan

Pilih satu dokumen rujukan dan klik fail pdf menggunakan butang kanan tetikus:

Page 18: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

18

5. Menyunting rujukan bagi Pengarang.

Cara penulisan rujukan bagi pengarang sebelah Asia berbeza dengan pengarang

bangsa Inggeris terutama penggunaan nama akhir/keluarga. Sebagai contoh artikel

kajian yang ditulis oleh Zamidi Ismail dan rakan-rakan bertajuk Masalah Penulisan

Tinjauan Literatur: Satu Kajian ke Atas Pelajar Semester 7 di Sebuah IPG Kampus

dibentang dalam Seminar Penyelidikan Zon Selatan di IPGK Raja Melewar pada 3 – 5

September 2013 (Zamidi, Jamia‟aton Sofia, & Muhammad Kasim, 2013). Secara

manual, maklumat artikel ini boleh disunting/ditaip seperti berikut:

.

Contoh artikel kedua yang diperolehi secara online oleh pengarang berbangsa

Melayu (I Zamidi et al., 2012) tetapi kedudukan nama bapa disusun dahulu diikuti

nama pertama. Berikut adalah paparan artikel tersebut:

• Sorot salah satu dokumen rujukan • Klik „Open File‟ • Klik „Mark As‟ sebagai tanda:

• Telah dibaca • Belum dibaca • Favorite • Not Favorite • Perlu direview • Sudah direview

Page 19: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

19

Paparan dalam Mendeley Web:

6. Membaca rujukan dan membuat catatan

Untuk mendapat fungsi ini, pilih dan buka satu dokumen rujukan dari My Library.

Anda boleh membaca terus teks tersebut, membuat highlight dan juga membuat

catatan pada ruang Notes & Annotations.

Page 20: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

20

6. Aplikasi Teknik KASiM dalam Mendeley

(a) Carian sumber menggunakan kata kunci.

Dalam perisian Mendeley, penggunaan kata kunci atau subtopik amat membantu

pencarian sumber dokumen rujukan. Pelajar digalakkan menggunakan Templat

Teknik KASiM versi 2.0 yang menggunakan kata kunci bagi tujuan ini seperti contoh

berikut:

Langkah berikut boleh digunakan:

a) Buka Laman Web Mendeley dan login menggunakan akaun pendaftaran

b) Klik tab Papers dan taip kata kekunci pada Search papers. Klik

c) Contoh : Taip Literature review. Hasil berikut akan diperolehi

Page 21: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

21

d) Jika anda mencari artikel dari sumber akses terbuka, klik kotak Open Access

articles only. Cara ini memudahkan anda mendapatkan artikel dalam format pdf

melalui akses terbuka dan menghasilkan keputusan carian dengan bilangan yang

lebih kecil.

e) Langkah seterusnya simpan artikel rujukan pilihan ke dalam Library Mendeley

dengan klik Save reference to library atau Save PDF to library. Jika anda ingin

membaca maklumat lanjut, klik tajuk artikel seperti Tajuk Literature Review

Organizer dan anda akan dapat paparan seperti di bawah:

Page 22: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

22

f) TIP : Save reference to library membenarkan anda menyimpan maklumat

berkaitan dengan rujukan manakala Save PDF to library membolehkan anda

menyimpan teks penuh artikel rujukan bersama maklumat lengkap di dalam

Library Mendeley. Selain dapat menyimpan artikel yang anda inginkan, Mendeley

juga memaparkan artikel lain yang berkaitan disebut sebagai Related Full-Text

Papers seperti dalam Rajah di atas. Ini membantu anda mendapatkan artikel-

artikel lain yang mempunyai pertalian yang rapat dengan artikel yang anda temui

lebih awal. Dengan lain perkataan anda jumpa satu artikel, anda juga boleh

mendapatkan pelbagai artikel lain yang berkaitan. Teknik ini ada yang

mengatakan Teknik Snowball atau dalam sains biasa disebut Tindakbalas

Berantai. Lebih menarik lagi anda mungkin mendapat artikel yang paling terkini!!

Wow…menarik ni dan pastikan anda mencuba tip ini.

g) Bagi artikel yang disenaraikan oleh Mendeley (melalui carian kata kunci) tetapi

tiada fail pdf, anda masih boleh mencarinya dengan klik pada Find this paper at.

Antara pilihan yang dicadangkan adalah Google Scholar. Anda boleh klik Google

Scholar untuk mendapatkan artikel sama ada dalam format fail pdf atau lain-lain

format.

Page 23: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

23

Hasil carian Google Scholar yang anda perolehi adalah seperti berikut:

Keputusan carian Google Scholar terdapat 196,000 rujukan boleh diperolehi dan

sudah tentu anda inginkan dokumen yang mengandungi teks penuh. Seperti yang

anda lihat dalam Rajah di atas, terdapat beberapa rujukan yang ada fail pdf.

Tugas anda selepas ini adalah download atau klik pdf yang betul-betul sepadan

dengan hajat anda terutama pengarang dan tahun diterbitkan adalah sama.

(b) Menambah sumber/artikel dalam Library

Sila rujuk Tajuk Membina Library Mendeley (pada m/surat sebelum). Anda mungkin

telah menyimpan dan mengumpul beberapa dokumen atau artikel yang diperolehi

dengan pelbagai cara dan bentuk (softcopy atau hardcopy) sebagai koleksi rujukan

penyelidikan anda. Langkah seterusnya adalah anda cuba masukkan semua rujukan

dalam softcopy format pdf ke dalam Library Mendeley. Anda boleh gunakan Add file

atau Add folders. Pastikan artikel yang dimasukkan ke dalam Library menepati kata

kunci penyelidikan tindakan anda.

Tip : Berdasarkan pengalaman penulis, terdapat cara yang mudah atau “shortcut”

bagi fail-fail pdf yang tidak diperolehi menggunakan carian Mendeley. Buka lokasi

simpanan fail pdf tersebut. Dengan menggunakan butang kanan tetikus klik fail pdf

dan paparan berikut boleh diperolehi.

pdf

Klik Mendeley

Desktop untuk

membuka fail

pdf.

Page 24: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

24

Fail pdf tersebut dipaparkan lengkap dengan maklumat terperinci sebaik sahaja

Mendeley Desktop dibuka pada komputer anda. Jika anda tidak dapat mencari lokasi

fail pdf (disebabkan anda telah memilikki banyak dokumen), anda boleh klik direktori

Recently Added.

Seterusnya, penulis mencadangkan anda bina satu folder baru dengan memberi

arahan Create Folder. Contoh dalam rajah berikut, satu folder bernama Mat

Education telah dijana. Anda perlu highlight artikel bertajuk Solving Subtraction

Problems by Means of Indirect Addition (Torbeyns, De Smedt, Stassens, Ghesquière,

& Verschaffel, 2009) dan tarik (drag) artikel berkenaan ke dalam folder Mat Education

(rujuk anak panah). Cara ini meningkatkan kekemasan Library Mendeley anda dan

organisasi dokumen rujukan menjadi lebih sistematik.

Aktiviti Lanjutan (Latihan Kendiri):

Rujuk CD Bengkel. Cuba anda masukkan beberapa artikel yang telah disediakan

dalam folder mengikut opsyen/mata pelajaran anda mengikut langkah-langkah yang

diterangkan seperti di atas.

(c) Cite While You Write

Satu kelebihan yang ada pada Mendeley adalah sokongan aktiviti “Cite While You

Write”. Bagi tujuan ini, anda perlu memasang Plugin Ms Word seperti yang

diterangkan sebelum ini (rujuk ms. 10-11).

Langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan.

Page 25: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

25

1. Buka Templat Teknik KASiM versi 2 yang mengandungi ringkasan tentang artikel

rujukan mengikut kata kunci yang ditetapkan. Tujuan templat ini dibuka adalah

untuk memberi idea kepada anda tentang isi-isi yang saling berkaitan agar dapat

ditulis mengikut olahan gaya dan bahasa anda sendiri. Dengan kata lain, proses

MURNI dilakukan semasa anda meneliti dan membuat semakan artikel yang telah

dikumpulkan. Jika anda rasa sukar mengikut cara ini (membaca dan meneliti

menggunakan komputer secara terus), anda boleh mencetak templat ini dan boleh

melakukan pembacaan dan penelitian secara normal.

2. Buka satu dokumen Ms Word yang baru atau jika anda ingin menggunakan

templat pelaporan artikel/disertasi ada disertakan dalam CD Modul – Folder

Templat. Anda boleh memulakan proses penulisan berdasarkan susunan isi

penyelidikan anda di samping membuat petikan daripada senarai artikel rujukan.

Untuk membuat petikan (citation) berikut adalah panduan melaksanakannya:

(a) Letakkan kursor pada akhir sesuatu ayat.

(b) Klik tab References. Pada Toolbar Mendeley, pilih Style mengikut format

yang dikehendaki; biasanya APA.

(c) Klik Insert Citation. Masukkan nama pengarang artikel yang ingin dipetik

pada SSeeaarrcchh bbyy aauutthhoorr,, ttiittllee oorr yyeeaarr iinn MMyy LLiibbrraarryy; dan klik OK. Jika anda tidak

pasti nama pengarang, anda boleh klik Go To Mendeley.

3. Pada bahagian akhir sesuatu penulisan, anda ingin membuat senarai rujukan atau

bibliografi. Untuk tujuan ini;

(a) Letakkan kursor di muka surat akhir

(b) Klik tab References. Pada Toolbar Mendeley klik Insert Bibliography.

Aktiviti Lanjutan (Kendiri):

Buka folder Templat dalam CD Modul. Buka fail dokumen Ms Word Templat Draf

Laporan. Lengkapkan penulisan Tinjauan Literatur penyelidikan dengan

mengaplikasikan “Cite While You Write” bersama gabungan pengetahuan dan

kemahiran yang diperolehi dalam Teknik KASiM+M.

Page 26: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

26

(d) “Magic of Sync”

Fungsi Sync membolehkan proses sikronisasi antara rujukan di dalam Mendeley

Desktop dan Mendeley Web. Segala rujukan yang anda kumpul boleh disimpan

dalam 2 tempat berbeza iaitu dalam komputer anda (Mendeley Desktop) dan di

Laman Web Mendeley dengan hanya memberi arahan Sync. Magic bukan!! Anda

tidak perlu membawa PC anda. Malah anda juga boleh memasang perisian Mendeley

di dalam smartphone atau I-Pad kerana segalanya telah tersimpan dalam akaun anda

dalam Mendeley Web.

Langkah berikut boleh dijadikan panduan.

a) Buka Mendeley Desktop

b) Klik simbol Sync

Page 27: Modul teknik kasim_mendeley2

Modul Kendiri Teknik KASiM+M 2014

27

Bibliografi

Bowen, G. (2010). From Qualitative Dissertation to Quality Articles: Seven Lessons Learned. Qualitative Report, 15(4), 864–879. Retrieved from http://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ896175.pdf

Bowen, G. A. (2005). Preparing a Qualitative Research-Based Dissertation : Lessons Learned. The Qualitative Report, 10(2), 208–222.

Lebar, M. S. (2000). Pendidikan Guru di Malaysia Masa Kini: Perkembangan Profesionalisme dan Peningkatan yang Berkualiti (pp. 1–10).

Torbeyns, J., De Smedt, B., Stassens, N., Ghesquière, P., & Verschaffel, L. (2009). Solving Subtraction Problems by Means of Indirect Addition. Mathematical Thinking and Learning, 11(1-2), 79–91. doi:10.1080/10986060802583998

Zamidi, I., Jamia‟aton Soffiah, H., & Muhammad Kasim, B. (2013). Masalah Penulisan Tinjauan Literatur: Satu Kajian ke Atas Pelajar Semester 7 di Sebuah IPG Kampus. In Seminar Penyelidikan Zon Selatan 2013.

Zamidi, I., Samat, A., Zaidi, C. C., Mazlan, A. G., Alam, G. M., Al-Amin, A. Q., & Simon, K. D. (2012). Fecundity and temporal reproductive cycle of four finger threadfin (Eleutheronema tetradactylum) in Malaysian coastal water. Asian Journal of Animal and Veterinary Advances, 7(11), 1100–1109.