assiment pengukuran

Upload: rosmaliza-mamat

Post on 06-Jul-2015

4.279 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER 2 / TAHUN 2011

HBEF 3203 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : :

761028115384001 761028-11-5384 012-9901142 [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN

NO. KAD PENGENALAN :

ISI KANDUNGAN 1. 2. Sekapur Sirih Pengenalan : 2.1 - Objektif Pengajaran, 2.2 - Pengukuran 2.3.- Penilaian 2.4 - Pengujian Ujian Objektif 3.1 - Langkah-langkah Pembinaan Ujian - Sukatan pelajaran Sains tahun 4 JPU / JSU Indeks Kesukaran Item 5.1 - Analisa Jawapan Ujian 5.2 - Analisa Indeks Kesukaran 5.3 - Ulasan Analisa Indeks Kesukaran Indek Diskriminasi 6.1 - (a) 27% Pencapaian Pelajar Tertinggi 6.2 - (b) 27% Pencapaian Pelajar Terendah 6.3 - Analisa Indeks Diskriminasi 6.4 - Ulasan Analisa Indeks Diskriminasi

Muka Surat i 1-2

3.

3

4. 5.

4 5-8

6.

9- 13

10. Kesimpulan / Rumusan 11. Rujukan 12. Lampiran

14 15

1. SEKAPUR SIRIH Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan. Setelah meneliti kehendak soalan tugasan yang diberi oleh pihak Universiti Terbuka Malaysia, maka saya telah memutuskan untuk memilih mata pelajaran Sains Tahun 4. Sebagai permulaan, kami telah merujuk kepada sukatan mata pelajaran Sains Tahun 4. Kami mengenalpasti topik pilihan dan seterusnya menetapkan objektif-objektif pengajaran yang dikehendaki. Kemudian untuk mengukur dan menilai kefahaman pelajar terhadap topik tersebut, maka suatu bentuk ujian formatif berupa 20 soalan aneka pilihan dan 5 soalan subjektif telah digubal. Penilaian formatif ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh Gua Musang Kelantan dengan jayanya. Kami mengucapakan ribuan terima kasih kepada Puan Noorashikim bt Noor Ibrahim pensyarah HBEF 3203 , di atas bimbingan dan panduan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada Guru Besar, Guru panitia sains dan murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh yang telah memberi kerjasama bagi menjalankan ujian yang berkaitan dengan kerja kursus. Sepanjang tugasan ini saya dapat mempelajari sesuatu yang langsung tidak di ketahui sebelum ini. Sekaligus dapat digunakan untuk meningkatkan profesion sebagai seorang guru. Seterusnya kepada keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Moga-moga segala bimbingan,sumbangan, dan sokongan yang telah diberikan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah swt. Sekian, Wassalam.

i 2. Pengenalan

Proses Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian pelajar / murid. Pengajaran adalah satu aktiviti bagi membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

2.1 - Objektif PengajaranObjektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru dalam satu-satu proses pembelajaran . Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu perlu dinilai dari semasa ke semasa. Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar / murid. Kemajuan atau perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke semasa. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengujian, pengukuran dan penilaian.

2.2 - PengukuranPengukuran ialah satu proses / prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Pengukuran juga merupakan proses yang menentukan takat, dimensi atau kuantiti / gred / skor dengan membandingkan perkara itu dengan sesuatu standard. Tujuan pengukuran ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.

2.3 - PenilaianPenilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Penilaian juga merupakan satu proses untuk menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Tujuan penilaian ialah untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.

1 2.4 -Pengujian

Pengujian merupakan sebahagian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengujian juga adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu. Ujian hanya merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu. Terdapat beberapa criteria dalam pembinaan ujian. Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan anataranya ialah ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran. Ujian ini dikatakan sebagai prosedur yang bersistematik kerana soalan-soalan yang dibina mengikut peraturan tertentu. Prosedur mentadbir ujian ditentukan dan prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci. Ujian membantu murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru. Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian bertulis. Jenis ujian bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja iaitu ; i ) Ujian Objektif / Aneka pilihan ii ) Ujian Subjektif.

2 3. Ujian Objektif

Ujian objektif bermaksud item / soalan yang mempunyai jawapan yang tepat / tertentu / spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan / item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada empat iaitu : i) Soalan aneka pilihan jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi mudah untuk dipereksa. ii) Item Betul / Salah - sesuai digunakan untuk menguji fakta yangmengkehendaki pelajar menentukan sama ada penyataan yang diberikanadalah betul atau salah.

iii)

Item mengisi ruang kosong) - amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.

iv) Item Padanan - sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta konsep.

3.1 - Langkah-langkah PembinaanTerdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar penggubal / guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah-langkah tersebut ialah : 1. Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian 2. Menulis item / soalan ujian 3. Menyemak item / soalan ujian 4. Menilai item / soalan ujian

3

JADUAL PENENTUAN UJIAN / SPESIFIKASI UJIAN

Mata Pelajaran : SAINSUnit : MENYIASAT ALAM KEHIDUPAN BAHAGIAN A 1. Keperluan asas benda hidup 1.1 keperluan asas tumbuhan 1.2 keperluan asas haiwan JUMLAH SOALAN A 1. Keperluan asas benda hidup 2 1 4 6 10 9 2 7, 8, 15 11, 12 PENGETAHUA N M P S KEFAHAMA N M P S

Tahun : 4APLIKASI M P S ANALISIS M P S

16 13 17 19 14 18 20

3 5 3 3 2

3

2

5

1.1 keperluan asas tumbuhan 1.2 keperluan asas haiwan Perlindungan Ciri-ciri khas haiwan JUMLAH SOALAN B 4 1 (a) 1 1c

2

5

4 3 1 b 1d

3

1

5. Indeks Kesukaran Item ( p)Indeks Kesukaran Item adalah ciri uta9irriang dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item / soalan ; iaitu sama ada sesuatu itu mudah dijawab atau susah dijawab. Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul dengan dibahagikan kepada jumlah calon yang menjawab. Pengiraannya adalah seperti di bawah :Nilai p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul --------------------------------------------------------Jumlah calon yang menjawab 30 (Bilangan yang menjawab betul) ----------------------------------------------35 (Jumlah calon yang menjawab) 0.86 0.50 1.00

Contoh : p = = 0.00

Item Sukar Sederhana Mudah Item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai p yang tinggi. Untuk lebih jelas lagi dalam menilai aras kesukaran item ini dapat dijelaskan dalam jadual di bawah. Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item Nilai p Pengkelasan Item Keputusan 0.00 - 0.20 Terlalu Sukar Ubah suai 0.21 - 0.40 Sukar Terima 0.41 - 0.60 Sederhana Sukar Terima 0.61 - 0.80 Mudah Terima 0.81 - 1.00 Terlalu Mudah Ubah suai 5

Kajian Rintis

Untuk menjamin item yang digubal mempunyai cirri-ciri keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran, item yang telah disemak eloklah ditujukan kepada sebahagian kecil pelajar untuk memastikan keesahannya. Soalan-soalan ini telah diberikan kepada 11 orang murid Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh Gua Musang Kelantan. Kelemahan-kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang didapati dari kajian rintis tersebut. Set instrument yang baik dan yang telah dibaiki boleh digunakan sebagai ujian yang sah, atau disimpan dalam bank item untuk kegunaan pada masa hadapan. Keputusan kajian rintis digunakan untuk menganalisa dan mentafsir item. Dalam hal ini Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dikira bagi setiap item untuk menentukan kuantiti sesuatu item, sama ada item itu benar-benr sesuai digunakan atau sebaliknya.

JADUAL INDEKS KESUKARAN (P) ANALISIS ITEM SOALAN OBJEKTIFBilangan Menjawab Betul(n) 7 8 5 7 8 7 7 10 9 6 5 1 6 8 7 8 6 7 7 4 Indeks Kesukaran Item(p) 0.636363636 0.727272727 0.454545455 0.636363636 0.727272727 0.636363636 0.636363636 0.909090909 0.818181818 0.545454545 0.454545455 0.090909091 0.545454545 0.727272727 0.636363636 0.727272727 0.545454545 0.636363636 0.636363636 0.363636364

Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Pengkelasan Item Mudah Mudah Sederhana sukar Mudah Mudah Mudah Mudah Terlalu mudah Terlalu mudah Sederhana sukar Sederhana sukar Terlalu sukar Sederhana sukar Mudah Mudah Mudah Sederhana sukar Mudah Mudah Sukar

Keputusan TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA UBAHSUAI UBAHSUAI TERIMA TERIMA UBAHSUAI TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA

ANALISIS ITEM SUBJEKTIF PENGKELASAN ITEM TERLALU MUDAH MUDAH SEDERHANA SUKAR MUDAH SEDERHANA SUKAR

ITEM 1 2 3 4 5

MARKAH PURATA 37 30 28 22 25

INDEKS KESUKARAN 0.85 0.68 0.51 0.67 0.57

KEPUTUSAN UBAHSUAI TERIMA TERIMA TERIMA TERIMA

5.3 ULASAN ANALISA INDEKS KESUKARAN ITEM OBJEKTIF Berdasarkan indeks kesukaran item objektif kita dapat membuat kesimpulan bahawa JPU yang telah dibina seperti yang telah ditetapkan dalam langkah pembinaan JPU/JSU. Item 1&2 4-7 Indeks Kesukaran 0.72 0.63 Ulasan Peratusan yang murid dapat menjawab soalan ini adalah sama seperti yang telah di tetapkan dalam JPU iaitu sebanyak 5 soalan aras senang dan murid dapat ramai dapat menjawab soalan ini dan pengekelasan soalan ini adalah mudah adalah menepati seperti dalam JPU. Walaupun item 3 indeks kesukarannya bernilai 0.45 iaitu sederhana sukar namun soalan ini tidak perlu di ubahsuai kerana sebahagian daripada murid dapat menjawab soalan ini kerana ianya masih beraras senang.

8 9

0.81 0.91

- Semua murid dapat menjawab soalan ini dengan betul. Item ini perlu di ubahsuai kerana mengikut pengkelasan item, item ini terlalu mudah dan kerana P masing-masing bernilai 0.81 dan 0.91. Berdasarkan JPU yang dibina item beraras sederhana, dan di anggarkan murid ada yang tidak dapat menjawab soalan ini. (Sila lihat lampiran untuk item yang telah diubahsuai.)

Ulasan untuk analisa item subjektif pula ialah, item no 1 perlu di ubahsuai kerana mempunyai P 0.85 iaitu 85 % murid dapat menjawab soalan ini. Item ini terlalu mudah dan tidak dapat membezakan murid pandai dan lemah. Bagi soalan lain yang berada dalam aras mudah, sederhana sukar, akan disimpan dalam bank soalan dan akan digunakan bila-bila masa yang di perlukan. Begitu juga dengan soalan objektif soalan-soalan lain boleh terus di gunakan dan tidak perlu diubahsuai kerana ianya dibina mengikut aras yang dikehendaki dan telah dapat membezakan pencapaian murid-murid. 8

6. Indeks DiskriminasiIndeks diskriminasi item digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar. Item / soalan yang baik akan dapat membezakan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi. Langkah-langkah diskriminasi telah dicadangkan oleh Mehrens & Lehmann seperti di bawah ; a) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan iaitu 27% pencapaian pelajar tertinggi, 27% pencapaian pelajar terendah dan 46 % pencapaian pelajar antara tertinggi dan terendah. b) Mengira pelajar menjawab dengan betul di kalangan berpencapaian rendah (R u), bilangan pelajar menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (R L) dan jumlah pelajar berpencapaian tinggi ( T ( L U ) ) c) Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( R U - R L ) dengan separuh T ( L - U ) seperti berikut: (R U - R L ) d = --------------------( T(L+ U) ) Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Secara amnya, item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan soalan tersebut adalah baik manakala bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negative dikira tidak baik untuk penilaian rujukan norma. Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut jadual di bawah Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item Nilai ( d ) 0.00 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41 1.00 Pengkelasa Item Tidak baik Kurang baik Sederhana baik Baik Sangat baik Keputusan Ubah suai Terima Terima Terima Ubah suai

9

RUJUKAN

1. Proaktif science year 4 KBSR ( UNIK ) 2. UJIAN TOP A UPSR Science Year 4 KBSR ( info didik ) 3. Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun Oleh MGB Gua Musang 4. Zoom-a Pembelajaran Interaktif Berasaskan Komputer 5. Modul HBEF 3203 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN

15

ANALISA INDEKS DISKRIMINASI ITEM OBJEKTIF

Item Jawapan betul Right Upper(RU) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 0 3 3 3 3 2 3 3 3 3 2 1 3 3 3 3 3 3 3 2

Jawapan betul Right Lower (RL) 3 0 1 2 1 1 1 1 1 0 1 0 2 0 1 1 1 0 1 0

RU - RL (d)= ---------- Pengkelasan T Item -1.00 1.00 0.66 0.33 0.66 0.33 0.33 0.33 0.66 1.00 0.33 0.33 0.33 1.00 0.66 0.66 0.66 1.00 0.66 0.66 Tidak baik Sangat baik Sangat baik Baik Sangat baik Baik baik baik Sangat baik Sangat baik Baik Baik baik Sangat baik Sangat baik Sangat baik Sangat baik Sangat baik Sangat baik Sangat baik

Keputusan Ubahsuai Terima Terima Terima Terima Terima Terima Terima Terima Terima

Jadual di atas menunjukkan analisa indeks Diskriminasi terhadap item sebanyak 20 item. Berdasarkan jadual di atas Indeks Diskriminasi adalah baik. Item yang disediakan dapat membezakan murid bercapaian tinggi atau pandai dengan murid bercapaian rendah atau lemah. Kita juga dapat melihat terdapat item yang indeks diskriminasi bernilai -1.00. Ini dapat memberi peluang kepada pelajar bercapaian rendah untuk mendapat markah. Secara logiknya kita memang mengandaikan murid yang bercapaian tinggi akan dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul berbanding dengan murid yang bercapaian rendah atau lemah. Justeru itu, guru atau pengkaji perlu tahu soalan yang bernilai -1.00 adalah tidak baik untuk PRN sebab tidak berupaya untuk membezakan murid pandai dengan murid lemah. Oleh itu saya sebagai guru atau pengkaji akan memperbaiki atau ubahsuai item yang mempunyai indeks diskriminasi yang rendah atau negatif.

9.2 - Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi( RU RL )

Formula ( d ) = (1 / 2T ( L +U )

Item No 1.

(d) =

9 9 = 0.00 9

Item No2.

(d) =

8 8 = 0.00 9

Item No 3.

(d) =

9 4 = 9

5 = 0.55 9

Item No 4.

(d) =

8 7 = 9

1 = 0.11 9

Item No 5.

(d) =

9 6 3 = 9 9

= 0.33

6.5 - Ulasan Analisa Indeks Diskriminasi

Item 1 2

Indeks Diskriminasi 0.00 (Tidak Baik)

Ulasan / Catatan - Item yang tidak baik akan tetap diterima dan digunakan kerana memberi peluang kepada murid yang aras rendah untuk mendapat markah. Soalan ini juga terdapat dalam JPU iaitu soalan berbentuk mudah. Walaubagaimana pun guru boleh mengubahsuai soalan ini . - Item yang kurang baik juga tetap digunakan dalam pengujian 27 % adalah soalan dari aras sukar. Soalan ini dapat menguji minda murid dengan lebih bernas

4

0.11 (Kurang Baik)

Bagi item yang berada dalam kategori baik, sederhana baik dan sangat baik, ia akan terus disimpan di bank soalan dan akan digunakan pada pelajar-pelajar lain pada bila-bila masa yang diingini oleh guru. Soalan yang tidak baik dan kurang baik pula boleh diubahsuai.

********************************

13

Rumusan / Kesimpulan

Penilaian / pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga akhir. Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian yang berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Jika dilihat keputusan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dari kertas kerja kursus yang kami sediakan ini, item / soalan yang dibina adalah baik dan sesuai untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana kedua-dua indeks tersebut tidak menunjukkan sebarang kesukaran / perbezaan yang melampau.

Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang pembinaan ujian agar murid / pelajar dapat menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dan mencabar kebolehan murid agar dapat mencambahkan daya pemikiran mereka.

14